Seorang bekas penuntut jurusan kejuruteraan awam terlepas dari hukuman mati bagi tuduhan membunuh teman wanitanya, dua tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Khairi Nor Azizi yang mengaku bersalah bagi tuduhan pindaan menyebabkan kematian teman wanitanya, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun.
Pihak pendakwaan sebelum itu membenarkan permohonan tertuduh meminda pertuduhan kepada menyebabkan kematian mangsa.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Asmadi Asnawi mengarahkan hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 12 September 2011.
Muhammad Khairi, 21 tahun berdepan tuduhan menyebabkan kematian Nurul Awatif Mohd Shakir, 19 tahun.
Kesalahan didakwa dilakukan pada 5 September 2011 di Aparment Sri Wira, Taman Ukay Perdana, Ampang.
Berita Berkaitan: