Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Jaringan Lampard selamatkan Chelsea

$
0
0

Keputusan Penuh EPL 2 Januari 2012: Wolves 1 – 2 Chelsea. Chelsea bangkit daripada ketinggalan untuk memastikan kemenangan 2-1 pada minit terakhir permainan ke atas Wolves pada saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Kemenangan itu amat bermakna kepada pengurus, Andre Villas-Boas yang menerima tekanan hebat selepas beberapa kekalahan, termasuk dimalukan Aston Villa 1-3 di tempat sendiri, hujung minggu lalu.

Namun jaringan Frank Lampard menyelamatkan tiga mata Chelsea menerusi jaringan pada minit ke-89 selepas Wolves memperoleh gol penyamaan menerusi Stephen Ward.

Chelsea yang bertandang ke Wolve memperoleh gol pembukaan hanya selepas separuh masa kedua permainan menerusi Ramires pada minit ke-54.

“Ia satu kemenangan yang amat getir. Semua orang mengetahui kami melalui masa yang getir dan saya percaya kemenangan ini sememangnya diperlukan,” kata Lampard.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997