Penyerang Fulham, Bobby Zamora meledak pada masa kecederaan bagi membolehkan Fulham membenam Arsenal 2-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Craven Cottage, awal pagi tadi.
Arsenal terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan antarabangsa Perancis, Laurent Koscielny menerusi tandukannya pada separuh masa pertama.
Bagimanapun, Fulham berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan bekas pemain tengah Arsenal, Steve Sidwell.
Namun, gol Zamora memisahkan kedua-dua pasukan dari London itu menerusi sepakan volley ketika permainan dilanjutkan tima minit masa kecederaan.