Tahun baru 2012 dimulakan dengan tragedi berdarah yang bakal tercatat di dalam lembaran sejarah sebagai kekejaman pihak polis terhadap mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik. Malam tadi, satu demonstrasi aman diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim oleh sekumpulan aktivis mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik.
Kumpulan mahasiswa ini difahamkan merancang untuk berhimpun sehingga pagi secara aman sebagai simbolik memperjuangkan kebebasan akademik.
Malangnya pihak Polis Simpanan Persekutuan, FRU menyerbu masuk ke kawasan Universiti dan menghalang perhimpunan ini. Tambah malang kumpulan mahasiswa kerdil yang berhimpun tanpa senjata ini telah dipukul, dipijak dan dibelasah hanya kerana enggan bersurai.
Berikut antara gambar yang sempat diambil semasa kejadian berlaku menggunakan kamera handphone.
Akibatnya, ramai mahasiswa yang cedera akibat dibantai, dipijak dan dibelasah oleh FRU. Malah ada yang dikerjakan sehingga separuh mati. Ramai yang cedera termasuk di muka, patah gigi dan tulang rusuk serta bermandi darah.
Di bawah ini antara gambar-gambar bukti kekejaman polis untuk tatapan anda semua. Sila klik untuk membesarkan image.