Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik dengan rasminya menjadi ahli Umno apabila mereka menyerahkan borong keahlian pertubuhan kepada Setiausaha Kerja Umno Pusat, Datuk Abd Rauf Jusoh di PWTC.
Afdlin menganggotai Umno dalam usaha menarik lebih ramai golongan belia untuk menyertai parti itu.
Sementara Harun Salim Bachik pula tidak berfikir panjang mengenai perkara tersebut kerana ia adalah keputusan yang tepat. Kedudukannya sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kata Harun dan penglibatan dalam Umno juga dilihat dapat memberi kelebihan kepada industri seni kerana ia dapat membantu golongan artis pada masa hadapan. (Owh, ade udang disebalik batu rupenyer)
Afdlin dan Harun masing-masing menjadi ahli Umno di Cawangan Dataran Merdeka, dalam Bahagian Bukit Bintang sebagai ahli biasa.