Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Chong Wei mara ke final kalahkan Chen Long

$
0
0

Jaguh badminton negara Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir perseorangan lelaki kejohanan badminton Siri Super Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil sebentar tadi. Perseorangan nombor satu dunia itu menundukkan pemain nombor tiga dunia Chen Long dari China 21-18, 17-21, 21-13 dalam masa 1 jam 15 minit.

Chong Wei bermula baik dengan memenangi set pertama, namun Chen Long tampil lebih agresif pada kedua sehingga memaksa permainan diheret ke set penentuan.

Pada set ketiga, meskipun ketinggalan 4-8 pada awal permainan, Chong Wei tidak putus asa dan terus menyerang sehingga berjaya mematikan langkah pemain China itu.

“Penonton di stadium, yang menyokong saya ‘all the way’ sepanjang permainan, turut menaikkan semangat saya, mungkin juga kerana saya tidak mahu kalah di ‘home ground’ sendiri, (jadi saya lebih bersemangat),” katanya kepada media.

Dia yang kini dalam misi merangkul kejuaraan kali kelapan, akan berentap dengan Kenichi Tago dari Jepun dalam perlawanan akhir esok.

Terdahulu, Tago mara ke pusingan akhir apabila lawannya Chen Jin dari China menarik diri akibat kecederaan di bahagian pergelangan kaki kanan selepas melakukan ‘jumping smash’ pada awal permainan.

Tago yang ditemui selepas itu berkata beliau amat kecewa kerana tidak dapat bermain menentang Chen Jin.

Katanya dia akan bermain bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik esok, meskipun menyedari Chong Wei mempunyai kelebihan kerana bermain di tempat sendiri.

Sementara itu, dalam saingan beregu campuran, beregu negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying terpaksa akur pada ketangkasan pilihan pertama Zhang Nan/Zhao Yenlei dari China 21-13, 21-16, sekaligus gagal melangkah ke pusingan akhir.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997