Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Capello Letak Jawatan Pengurus England Serta Merta

$
0
0

Fabio Capello membuat keputusan mengejut, awal pagi tadi apabila secara rasmi meletak jawatan sebagai pengurus skuad kebangsaan England berkuatkuasa serta merta.

Ia disahkan Persatuan Bola Sepak England (FA England) dengan pengendali dari Itali itu memilih untuk berundur hanya empat bulan sebelum berlangsung saingan Euro 2012.

Capello, 65, dikatakan berang dengan tindakan FA England yang membuat keputusan tanpa memberitahunya untuk memecat John Terry daripada jawatan ketua pasukan skuad kebangsaan England, minggu lalu.

Dia melangkah keluar dari Stadium Wembley, awal pagi tadi selepas melakukan perbincangan dengan Pengerusi FA England, David Bernstein dan Setiausaha Agung FA England, Alex Horne.

Capello kemudian dipetik media Itali sebagai berkata dia telah ‘dihina’ oleh lembaga pengarah FA England.

Namun dia menafikan membuat sebarang serangan peribadi kepada FA England sambil menegaskan akan memberi penjelasan apa punca sebenar perletakkan jawatannya itu.

“Saya sudah tinggalkan skuad kebangsaan England dan saya tidak akan kata apa-apa lagi buat masa ini,” kata Capello kepada ANSA, agensi berita nasional Itali.

Capello memulakan karier sebagai pengurus England pada Januari 2008. Dia sempat mengendalikan 41 perlawanan rasmi dengan 28 menang, tujuh seri dan enam tewas.

Pengurus Tottenham, Harry Redknapp disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Capello itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997