Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Adira Mengaku Berkahwin, Jadi Isteri Kedua VIP Muda

$
0
0

Penyanyi, Adira, 24, mengesahkan dia kini isteri kedua kepada Datuk Seri selepas berkahwin dengan lelaki itu kira-kira tiga minggu lalu.

“Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak.

“Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu,” katanya kepada Harian Metro sebentar tadi.

Berita mengatakan Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkahwin dengan lelaki itu tersebar sejak Khamis lalu.

Perkara itu dikongsi isteri pertama lelaki terbabit apabila wanita menggunakan nama Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar dimuat naik di Facebook miliknya bahawa dia dan Adira berkongsi suami.

Difahamkan, suami Adira adalah ahli perniagaan.


Parkir Dekat LRT Taman Jaya Terbakar, Polis Sahkan Tiada Bom

$
0
0

Sebuah tempat letak kereta berdekatan stesen LRT Taman Jaya terbakar tengahari tadi melibatkan enam buah kereta, mengikut laporan beberapa media.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abd Khalid Abu Bakar menjelaskan bahawa tiada letupan bom terlibat dalam insiden itu, dan kes tersebut sedang disasat pihak berkuasa.

Tambah beliau, suspek dipercayai membakar kereta tersebut.

Ura-ura letupan bom di tempak letak kereta tersebut telah disebarkan di media sosial melalui beberapa catatan Twitter.

Prasarana Malaysia Bhd juga mengesahkan bahawa stesen LRT tersebut tidak mengalami apa-apa kerosakan akibat insiden tersebut, dan perkhidmatan RapidKL berjalan lancar seperti biasa.

Biodata Suami Adira AF, Datuk Seri Adnan Abu

$
0
0

Biodata Datuk Seri Adnan Abu suami sah Adira AF. Dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan pengumuman penyanyi Adira yang sudah bernikah dengan soerang lelaki bergelar Datuk Seri pada Khamis 3 Disember 2015. Menerusi kenyataan Adira, dia mengakui sudah menjadi isteri kedua kepada salah seorang ahli perniagaan. Semua dibongkar sendiri oleh isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu yang dikenali sebagai “Datin Red”.

Biodata Datuk Seri Adnan Abu Suami Adira AF

Nama Penuh: Datuk Seri Adnan Abu

Umur: 30-an

Gelaran: Dato Seri

Pekerjaan: Ahli Perniagaan

Nama Isteri Pertama: Syarifah Norshafila Binti Hassim

Foto Adira Bersama Isteri Pertama Datuk Seri Adnan Abu

(3 Gambar) Lelaki Ditahan Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Sultan Johor

$
0
0

Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan selepas bertindak menunjukkan isyarat ancaman dan biadap terhadap konvoi Sultan Johor di Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.

Insiden itu berlaku apabila konvoi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam perjalanan kembali ke Johor Baru selepas melawat bandar Muar kira-kira jam 11.20 pagi di Kilometer 95 Lebuhraya PLUS arah selatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan insiden itu dan penahanan suspek.

“Suspek kini bawah tahanan polis dan akan disiasat di bawah Seksyen 506 dan 509 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan kata-kata atau isyarat yang bertujuan untuk mencabul kehormatan seseorang,” katanya.

Difahamkan suspek yang memandu Perodua Viva bertindak menurunkan cermin keretanya sebelum mengangkat penumbuk dan isyarat lucah terhadap konvoi diraja itu.

Tindakan biadap suspek dilihat oleh Sultan Ibrahim yang kemudiannya mengarahkan ketua keselamatan dirajanya untuk mengambil tindakan.

Polis kemudiannya bertindak menghentikan kenderaan suspek sebelum menahannya.

Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Ayer Hitam untuk diambil kenyataan.

Suspek turut menjalani ujian air kencing, namun didapati negatif dadah.

Pemeriksaan awal mendedahkan suspek dikatakan dalam perjalanan ke kampungnya di Parit Raja, Batu Pahat dari rumahnya di Puncak Alam, Selangor.

Dia turut mendakwa tidak menyedari sultan berada dalam kenderaan terbabit pada masa itu.
Wan Ahmad turut menasihatkan orang awam agar tidak melakukan perbuatan yang mampu mengguris perasaan orang lain.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya sambil menambah rakyat Malaysia perlu menghormati antara satu sama lain.

Individu yang menggunakan kenderaan ini dipercayai telah menunjukkan isyarat lucah kepada DYMM Sultan Johor. Individu…

Posted by Friends of Johor on Sunday, December 20, 2015

Kad Prabayar Palsu: SKMM Kompaun Telco RM2.29 Juta

$
0
0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan sebanyak 50 kompaun bernilai RM2.29 juta kepada syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) atas kesalahan pendaftaran palsu kad sim prabayar bagi tempoh antara Januari hingga Disember tahun ini.

Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi suruhanjaya itu, Zulkarnain Mohd Yasin berkata jumlah kompaun yang dikeluarkan meningkat sebanyak 89 peratus berbanding jumlah kompaun yang dikeluarkan pada tahun lepas.

“Kompaun-kompaun berkenaan telah dikeluarkan kepada telco pada bulan Mac, September dan yang terbaharu, awal bulan ini (Disember),” katanya dalam kenyataan di laman Facebook suruhanjaya itu.

Menurut Zulkarnain, pada Mac dan September lepas, MCMC mengeluarkan sebanyak 25 kompaun berjumlah RM1.11 juta, manakala pada awal bulan ini, sebanyak 25 kompaun lagi berjumlah RM1.18 juta telah dikeluarkan.

“MCMC memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh syarikat telco dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam isu pendaftaran palsu kad sim prabayar kerana ia melibatkan isu keselamatan,” katanya.

Zulkarnain berkata pengenalan pendaftaran talian prabayar sejak tahun 2006 adalah bagi tujuan keselamatan dan perlindungan pengguna, namun MCMC mendapati siasatan terhadap kes jenayah sering menemui jalan buntu apabila talian yang dikenal pasti digunakan oleh penjenayah adalah talian pendaftaran palsu.

Sehubungan itu, beliau mahu semua syarikat telco lebih bertegas terhadap ejen-ejen mereka dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan ketika menjalankan operasi serta tidak mengabaikan aspek keselamatan negara dan kepentingan pengguna.

Pada bulan ini, MCMC mengeluarkan tujuh saman bernilai RM350,000 kepada syarikat Tune Talk Sdn Bhd, enam saman bernilai RM300,000 kepada Digi Telecommunications, Celcom Mobile Sdn Bhd (tiga saman bernilai RM130,000), Celcom Axiata Berhad, Maxis Mobile Service Sdn Bhd dan XOX Com Sdn Bhd masing-masing dua saman bernilai RM100,0000.

Selain itu, saman turut dikeluarkan ke atas Merchantrade Asia Sdn Bhd (satu saman bernilai RM50,000), Ceres Telekom Sdn Bhd (satu saman bernilai RM30,000) dan Altel Communication (satu saman bernilai RM20,000).

Peniaga Miliki Kapak Tanpa Kebenaran Dipenjara 5 Tahun

$
0
0

Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun atas tuduhan memiliki kapak tanpa kebenaran di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

Peniaga terbabit, Mohd Bakri Mohd Adnan, 43, dijatuhi hukuman terbabit selepas mengaku bersalah dihadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Hukuman penjara tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 November 2014.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki kapak berukuran 44 sentimeter di dalam kereta kancil tanpa kebenaran yang sah di Jalan Bukit Gedombak, Pasir Puteh pada 5.45 petang pada 25 November 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata 1958.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjaram minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, NurLiyana Md. Zukri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nahas Bas Chiang Mai: ‘Ayah, Jom Kita Balik Rumah’

$
0
0

“Ayah, jom kita balik rumah,” kata Lum Ker Sin, sebaik sahaja jasad bapanya, Lum See Seng, 63, yang terkorban dalam nahas bas di Chiang Mai, Thailand pada Ahad lalu, tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini awal hari ini.

Anak perempuan See Seng itu merupakan antara anggota keluarga 13 rakyat Malaysia yang maut dalam nahas tragik yang diterbangkan ke Chiang Mai untuk urusan pengecaman mayat sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.

Mereka diterbangkan dengan pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Thailand yang mendarat di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini masing-masing pada 3.32 pagi dan 3.38 pagi ini.

Ker Sin, 23, mengiringi keranda bapanya yang diusung keluar dari pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Thailand bersama-sama 12 keranda jasad mangsa yang lain.

Ketika keranda bapanya hendak dimasukkan ke dalam kereta jenazah, Ker Sin yang berkemeja-T putih dan berseluar jeans biru, memegang keranda itu dan kedengaran mengungkapkan:

“Ayah, kita sudah sampai ke Malaysia. Jom kita balik rumah kita di Batu Pahat pula,” dalam bahasa Mandarin dengan penuh hiba dan sayu.

Ketika ditemui pemberita, Ker Sin berkata mayat bapanya, seorang penjual teh herba di Batu Pahat, akan dibakar terlebih dahulu mengikut upacara agama Buddha sebelum disemadikan di Batu Pahat.

Selain jasad 13 rakyat Malaysia yang maut dalam nahas itu, turut dibawa pulang ialah seorang daripada lapan mangsa yang cedera iaitu Lee Siew Kim, 61, serta waris mangsa yang terlibat.

Stacy Dikritik Gara-Gara ‘Sambut’ Krismas?

$
0
0

Baru-baru ini, melalui satu video keraian Krismas yang dimuatnaik Stacy di Instagram, telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat tak kurang melemparkan kritikan terhadap penyanyi yang popular dengan lagu Not For Sale itu.

Bagaimanapun melalui beberapa komen di laman sosial tersebut turut menerangkan bahawa apa yang dilakukan juara AF6 ini adalah bagi menghormati keluarganya yang beragama Kristian malah perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan penduduk di Sabah.

Christmas carol by T.K.C.C #carolling 😍😊😊 #thankyou

A video posted by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

Stacy, 25, memeluk agama Islam di pejabat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Johor Bahru pada Ogos lalu. Dia menggunakan nama Islamnya iaitu Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam.


Pas Silap Besar ‘Ceraikan’ DAP – Mat Sabu

$
0
0

Tindakan Pas ‘menceraikan’ DAP adalah satu kesilapan politik yang cukup besar, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, untuk memenangi pilihan raya, Pas mesti berkawan dengan semua pihak termasuk parti bukan Melayu.

“Bagi kita (Amanah), untuk sertai pilihan raya mesti bergabung. Tuduhan komunis dan syiah akan kita hadapi.

“Malah tuduhan sebagai ‘barua DAP’ itu juga terlalu kecil pada saya. Itu hak mereka nak tuduh,” katanya kepada media.

Menurutnya, parti Islam serpihan Pas itu juga tidak mempunyai sebarang isu yang bertentangan Islam bersama DAP.

“Kita tiada pertentangan, itu cuma sentimen yang dimainkan oleh pihak tertentu. Macam mereka kata DAP akan perintah Malaysia kalau Umno kalah. Maknanya kalau DAP menang semua, MCA kalah semua.

“Malah gabungan PR juga menambahkan tujuh kerusi Melayu dalam Parlimen yang sepatutnya bukan Melayu yang menang melalui BN sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu membuktikan bahawa gabungan yang disertai DAP dan PKR lebih menguatkan lagi kedudukan Melayu di Parlimen.

(Video) Ronaldo ‘Tayang’ Rumah Mewah Berharga RM30 Juta

$
0
0

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, akhirnya mendedahkan mahligai yang menjadi kediamannya untuk tatapan umum.

Ronaldo, 30, memberikan guided tour rumahnya itu kepada sebuah laman web sukan, Unscriptd Sport. Video itu kemudiannya dikongsi Ronaldo di akaun Facebook rasminya.

Rumah yang berharga kira-kira 4.8 juta pound (RM30 juta) itu terletak di sebuah kawasan perumahan mewah Pozuelo de Alarcon, Sepanyol. Kawasan berkenaan yang terletak 10 kilometer dari Madrid, juga merupakan kawasan kediaman beberapa rakan sepasukan Ronaldo, termasuk Gareth Bale.

Ia mempunyai tujuh buah bilik tidur, lapan bilik air, sebuah kolam renang dan sebuah padang bola sepak mini. Sebuah bilik khas juga diwujudkan untuk meletakkan semua trofi dan anugerah yang dimenangi.

Curious to see my house in Madrid? Take a look! Merry Christmas to all!

Posted by Cristiano Ronaldo on Tuesday, December 22, 2015

Anak tunggal Ronaldo, Cristiano Ronaldo Jr, turut mempunyai bilik permainan sendiri.

Kapten Portugal itu menyatakan bilik tidur adalah ruang terpenting di rumahnya kerana untuk beraksi dengan baik di padang, dia memerlukan rehat yang cukup dan berkualiti.

Difahamkan, pemenang tiga kali anugerah Ballon d’Or FIFA itu dibayar RM1.7 juta seminggu bersama Real Madrid.

Selain Sepanyol, Ronaldo juga mempunyai sebuah apartment mewah di New York, Amerika Syarikat yang dianggarkan berharga 11.8 juta pound (RM75 juta).

Isu PTPTN: Kalau Baki Gaji RM19 Nak Makan Apa?

$
0
0

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mungkin akan menarik balik kebenaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) membuat pemotongan gaji untuk kakitangan awam, sekiranya agensi itu masih melaksanakan pemotongan maksimum.

Presiden Cuecpacs, Datuk Azih Muda melahirkan kekesalannya apabila ada kakitangan awam yang dipotong gaji pada kadar maksimum yang disifatkan sebagai tidak wajar.

“Ada slip gaji kakitangan awam yang tinggal sampai RM19, nak makan apa nanti? Gunakanlah kuasa sebaik-baiknya.

“Cuepacs juga mengingatkan, kami tidak akan teragak-agak untuk menarik balik keputusan benarkan penjawat awam potong gaji mereka untuk bayar PTPTN,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Cuepacs 2015, semalam.

Azih turut mengingatkan PTPTN agar lebih bertimbang rasa terhadap kakitangan awam dalam melaksanakan pemotongan gaji agar kakitangan awam tidak terbeban dalam aspek kewangan.

Menurutnya lagi, ‎isu PTPTN adalah antara empat perkara yang menekan kehidupan kakitangan awam pada masa kini selain isu kenaikan kos sara hidup.

Berkaitan kos sara hidup, Azih menggesa Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) campur tangan secara serius dalam isu kenaikan harga barangan, terutamanya barangan dan perkhidmatan yang telah diberi pengecualian daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Kami (Cuepacs) rasa kesal kerana kenaikan harga barang yang sepatutnya 0 peratus dalam GST, telah dinaikkan,” katanya.

‘Dulu Bil Elektrik RM205 Sebulan, Sekarang RM39.89 Je’

$
0
0

Seorang surirumah berkongsi satu tips mudah penjimatan elektrik sehingga 80 peratus!

Liyana Syazwani mendedahkan bil eletrik rumahnya berkurang dari RM205 sebulan kepada hanya RM40 sahaja setelah beliau mula mencabut plug yang tidak digunakan.

“Jika anda menggunakan kipas berdiri, cabut plug kipas tersebut apabila anda keluar dari bilik. Biarpun anda akan kembali masuk ke dalam bilik beberapa jam kemudian,” tulis Liyana melalui status Facebook.

Kata Liyana lagi, salah satu punca kenaikan penggunaan elektrik ialah sikap suami beliau yang suka mengecas laptop sehingga pagi.

Our electricity bills from June – Dec 2015.Read caj semasa only.June – RM205.00Jul – RM163.41Aug – RM126.21Sep -…

Posted by Liyana Syazwani on Tuesday, December 22, 2015

Mahfuz Kena Bayar RM200,000 Fitnah Hasan Ali

$
0
0

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali, kerana memfitnahnya menerima bantuan kerajaan dalam setiap siri ceramahnya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee Ariffin, membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan saman Hasan selaku plaintif dan mendapati Mahfuz (defendan) bertanggungjawab memfitnahnya.

Mahkamah turut memerintahkan Mahfuz membayar kos sebanyak RM30,000.

Nor Bee dalam penghakimannya berkata, Hasan berjaya membuktikan bahawa Mahfuz mempunyai niat jahat ketika mengeluarkan kenyataan fitnah itu.

Hakim itu berkata, defendan tidak boleh menggunakan perlindungan bersyarat kerana beliau tidak mendapatkan penjelasan daripada plaintif dan KBS sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Katanya, perkataan fitnah oleh defendan jika dibaca secara keseluruhannya boleh menyebabkan plaintif dipandang serong oleh masyarakat.

Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 12 April 2012, Hasan berkata, Mahfuz mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang media pada 2 Mac 2012 dan ia diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.

Sehubungan itu, Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi bagi menghalang Mahfuz daripada mengulangi kata-kata fitnah itu.

Hasan dan Mahfuz tidak hadir di mahkamah.

Selepas Gegar Vaganza, Datuk Seri Vida Disaran ‘Selamatkan’ Bola Sepak Kelantan

$
0
0

Selepas berjaya menaja dan menjadi sebahagian daripada kejayaan beberapa program hiburan, nama Datuk Seri Vida kini disaran untuk menjadi penyelamat bola sepak di negeri Kelantan.

Peminat bola sepak tempatan umumnya mengetahui tentang kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada musim 2015, terutama sekali berhubung isu perbelanjaan pasukan yang didakwa tidak diurus dengan baik.

Akaun Instagram rasmi pasukan Kelantan semalam memuat naik petikan kata-kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, yang menawarkan sesiapa yang berkemampuan untuk tampil ke hadapan untuk memimpin persatuan tersebut.

TAWAR JAWATAN KEPADA YANG BERMINAT — "28 Disember ini adalah hari kongres Mesyuarat Agung KAFA diadakan. Hanya kongres yang boleh memutuskan perkara besar KAFA terutama hal jawatan. . "Justeru saya harap mereka yang berminat, jangan lepaskan peluang dan diharap akan ada yang sanggup tampil ke hadapan untuk mengambil alih tugasan di KAFA. . "Dan jika ada, bolehlah kita buat satu ketetapan dan resolusi pada 28 Disember ini untuk kita secara sukarela beri giliran kepada tenaga baru yang lebih mampu menguruskan bola Kelantan. . "Sebagai tugasan sukarela saya harap ramai yang sedia dan inilah masanya. . "Yang berminat boleh hubungi Su Agong KAFA, Dato Ismail Md Noor sebelum tarikh 28 Disember 2015. Salam hormat." . – Tan Sri Annuar Musa – 22 Disember 2015

A photo posted by TRWFC (@trwfc_official) on

Penyokong kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan menyebut nama Datuk Seri Vida.

Ia menggambarkan keyakinan penyokong pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) itu yang melihat Datuk Seri Vida sebagai figura yang berkemampuan memulihkan ‘poket’ KAFA.

Ia bukan satu perkara yang pelik memandangkan beliau merupakan antara ahli perniagaan yang cukup berjaya di Kelantan.

Selain Gegar Vaganza, beliau pernah menaja Anugerah Juara Lagu dan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan.

Datuk Seri Vida, atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn.Bhd. yang mengasaskan beberapa produk kosmetik, antaranya Qu Puteh dan jus Pamoga.

Peniaga Di Plaza Kota Raya Kini Sukar Dapat Pelanggan

$
0
0

“Lagi 20 (ringgit saya bayar esok ya,” kata seorang pelanggan kepada Nira (bukan nama sebenar), pekerja di sebuah kedai telekomunikasi di Kompleks Kota Raya.

Cuti umum selama dua hari sedikit sebanyak merancakkan kembali perniagaan di kompleks itu, yang lengang ekoran kekecohan pada 20 Disember lalu.

Menurut Nira, selepas hampir seminggu insiden kekecohan oleh sekumpulan lelaki berlaku di situ, majikannya semakin sukar mendapat pelanggan baru.

“Sekarang yang datang hanya pelanggan tetap. Biasanya mereka beli kad tambah nilai dan aksesori lain.
“Sudah sukar untuk dapat pelanggan baru, apatah lagi untuk beli telefon,” katanya yang merupakan pekerja warga Indonesia.

Sementara itu, pelanggan yang datang ke tempat dia bekerja itu yang juga merupakan warga Indonesia berkata, dia sudah biasa berurusan di kedai tempat Nira bekerja dan telefon bimbit yang digunakan turut dibeli di kedai berkenaan.

“Telefon pun masih dalam keadaan baik. Jadi kalau ada apa-apa, datang sini sahajalah,” katanya lagi.

Suasana di Kota Raya petang Jumaat kembali sesak dengan pengunjung yang datang kebanyakannya warga asing.

Rakan Nira yang bekerja di kedai bersebelahan pula mengharapkan, aktiviti perniagaan di plaza berkenaan akan kembali pulih seperti sedia kala.

“Memang tak ramai orang ke sini sebelum ini, tetapi keadaan menjadi lebih teruk sepanjang minggu ini.

“Ramai yang datang adalah mereka yang sudah biasa berkunjung dan kebanyakannya warga asing. Susah juga kalau bergantung kepada pelanggan tetap sahaja,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia menyambut baik langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuka kaunter aduan di kompleks itu.

“Saya harap tindakan itu akan dapat hilangkan rasa takut orang ramai kerana sikap segelintir penjual, kami semua turut terjejas,” katanya yang sudah tujuh tahun bekerja di situ.

KPDNKK membuka kaunter aduan di tiga lokasi, iaitu Kompleks Kota Raya, Kompleks Pertama dan Plaza Low Yat sehingga 27 Disember ini bagi membolehkan mangsa penipuan membuat aduan.


Gadis Peramah Hilang Di Melaka, Bapa Syak Anak Dibawa Lari

$
0
0

Seorang ibu memohon bantuan orang ramai untuk mencari anak perempuannya Intan Suliyana Mohamad Som, 18, yang dipercayai hilang di sebuah pusat membeli-belah di Peringgit di sini, tiga hari lepas.

Nor Asiah Ab Hamid, 52, berkata remaja itu keluar dari rumahnya di Taman Rumpun Bahagia, Bachang, di sini untuk membayar bil Astro pada kira-kira 2 petang di pusat beli-belah tersebut yang terletak kira-kira satu kilometer.

Suri rumah itu berkata Intan Suliyana sempat bertemu dengan kakaknya yang bekerja di sebuah butik di pusat beli-belah tersebut sebelum menyatakan hasratnya untuk pulang ke rumah kira-kira 3 petang.

“Saya dan keluarga menunggu sepanjang hari namun Intan tidak pulang ke rumah. Saya dan suami kemudian mengambil keputusan membuat laporan polis di balai polis berhampiran kira-kira jam 4 petang hari Khamis (24 Disember),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir bapa mangsa Mohamad Som Ahmad, 59, yang bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej vokasional di sini.

Nor Asiah berkata selepas laporan polis dibuat, dia kemudiannya menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Intan Suliyana yang meminta tolong daripadanya pada 7.30 malam hari sama.

Beliau berkata lima jam selepas itu, Intan Suliyana mengirim SMS kepada salah seorang kakaknya yang menyatakan dia sihat dan takut untuk pulang ke rumah.

“Kami cuba menghubunginya selepas menerima SMS itu, namun gagal. Suami dan anak-anak yang lain juga sedang berusaha mencari Intan di sekitar bandar Melaka termasuklah menampal gambar Intan di sekitar bandar ini,” katanya.

Beliau berkata dia dan keluarganya mengharapkan anaknya itu selamat pulang dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kes itu menghubungi pihak polis.

Pengarah Ditahan Disyaki Curi Sumbu Badak Milik Muzium Diraja Johor

$
0
0

Seorang pegawai kanan kerajaan Johor ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, kira-kira jam 9 malam semalam kerana disyaki mencuri sumbu badak milik Muzium Diraja Johor pada 21 Oktober lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, penelitian kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pegawai tinggi kerajaan itu mengambil sumbu badak yang sedang dijemur di Pejabat Penyimpanan Barangan Muzium Diraja ketika selesai mesyuarat bersama Jabatan Pelancongan Negeri di Bukit Timbalan, di sini kira-kira jam 2.30 petang hari berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya sumbu badak berkenaan telah dikembalikan semula oleh pemandu pegawai itu selepas beberapa hari menyimpan di pejabatnya.

“Pegawai yang baru bertukar dari ke negeri ini telah kita reman untuk siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana sumbu badak yang berusia lebih 100 tahun itu merupakan hak milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang diwarisi daripada keturunan baginda sejak berzaman,” katanya pada sidang media, di sini, pagi tadi.

Budak Sekolah Agama Langgan Pelacur Dicekup Sedang ‘Beraksi’

$
0
0

Seorang pelajar yang baru tamat pengajian di sekolah agama di Jordan ‘kantoi’ selepas dicekup ketika sedang melanggan seorang wanita warga asing di sebuah pusat urut di Klang, kelmarin.

Ops Noda yang dijalan sepasukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, di tiga lokasi berasingan di Bandar Baru Klang dan Bukit Raja jam 9 malam.

Remaja berusia 16 tahun itu antara 15 pelanggan yang ditahan dalam operasi tersebut.

Siasatan polis mendapati remaja yang telah tamat pengajian pada Februari lalu datang ke premis tersebut secara sendirian.

Malah, difahamkan, remaja itu dua kali hadir ke premis terbabit.

Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya menahan remaja tersebut ketika sedang melanggan tukang urut wanita warga asing.

“Kita akan serah remaja berkenaan pada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, lapan wanita warga Vietnam dan Filipina yang bekerja sebagai tukang urut dan gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam operasi sama.

Katanya, dua warga tempatan serta dua lelaki warga asing disyaki penjaga serta pekerja turut ditahan.

“Siasatan mendapati premis berkenaan mengenakan bayaran perkhidmatan seks lingkungan harga RM110 hingga RM200.

“Kita rampas beberapa barang seperti tuala, minyak pelincir, kondom dan wang tunai,” katanya.

Kesemua ditahan dibawa ke IPD Klang Utara untuk disiasat.

Janna Nick Dikritik Persenda Insiden MH370 Ketika Tonton Dilwale

$
0
0

Berjenaka mengenai nahas MH370 yang melibatkan 239 nyawa adalah sesuatu yang sangat tidak kena pada tempat dan situasinya dan niat pelakon baru Janna Nick bergurau mengenai perkara berkenaan, mendapat kritikan di Twitter.

UPDATE-1: Janna Nick telah pun memadam tweet berkenaan selain turut memohon maaf terhadap kesilapannya itu.

Melalui sedutan pendek dalam filem Dilwale yang menampilkan pelakon utama menari di atas pesawat, caption ringkas – MH370 ditemui… – sudah cukup untuk menimbulkan teguran dan juga kritikan dan ada juga yang menyokong pelakon baru ini dengan niat berjenaka.

Apa pun, jelas sekali apa yang disampaikan oleh Janna adalah menyentuh sensitivit keluarga mangsa tragedi yang terlibat. Tahniah Janna, anda berjaya menambah seri penghujung tahun bagi memeriahkan industri seni tanah air dengan kontroversi.

Taja Pasukan Kelantan: ‘Doakan Kami Ada Jodoh’– Datuk Seri Vida

$
0
0

Beberapa hari lepas, ada laporan tentang bagaimana penyokong bola sepak Kelantan menyarankan agar ahli perniagaan, Datuk Seri Vida, melakukan sesuatu untuk membantu masalah kewangan yang dihadapi pasukan tersebut.

Mungkin tergerak hati dengan pujukan rakyat Kelantan, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman semalam memuat naik gambar dan video bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, di akaun Instagram miliknya.

Apakah tujuan saya bertemu Tan Seri Anuar Musa??? Apa yang nak dibincangkan nie…. Pamoga Qu Puteh bertemu Tan Sri Anuar Musa

A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Akaun Instagram rasmi pasukan Kelantan juga turut memuat naik gambar yang sama.

Menerusi kapsyen pada gambar-gambar tersebut, boleh disimpulkan bahawa adanya usaha untuk menjalinkan ‘ikatan’ antara Datuk Seri Vida dan KAFA, berkemungkinan dari segi bentuk penajaan kepada pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) itu.

Setakat ini, belum ada sebarang pengesahan, sebaliknya pengasas Vida Beauty Sdn.Bhd itu meminta agar orang ramai mendoakan agar kedua-dua belah pihak dapat mencapai kata sepakat, sekali gus merealisasikan apa yang dirancang.
Isu pengurusan kewangan dan gaji pemain antara yang menjadi kontroversi dalam pasukan Kelantan sepanjang musim 2015, dan ia dikatakan menjadi punca penurunan prestasi pasukan yang pernah digelar gergasi dalam arena bola sepak tanah air itu.

Kejayaan Datuk Seri Vida, yang merupakan anak kelahiran Kelantan, menaja beberapa program hiburan mencetuskan idea dalam kalangan penyokong TRW agar beliau membantu bekas juara treble 2012 itu agar mampu kembali memberi saingan pada musim hadapan.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live