Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Gambar Nikah Nabila Huda & Mohd Izwan Johar 25 Disember 2015

$
0
0

Tahniah diucapkan buat Nabila Huda, 31, yang telah selamat diijabkabul dengan pasangannya, pengurus restoran Kulcats, Mohd Izwan Johar, 32, pada jam 9.20 pagi Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh bapa Nabila sendiri iaitu Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search) dengan sekali lafaz.

Dalam majlis tersebut, pasangan ini kelihatan anggun dan segak menggayakan busana berona putih.

Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008 namun berpisah tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan mereka, aktres itu dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.


Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2015 Diumumkan Keluar

$
0
0

Tarikh keputusan SPM 2015 akan diumumkan keluar pada bulan Mac 2016. Seperti tahun-tahun sebelumnya keputusan rasmi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 hanya akan diketahui pada bulan Mac 2016. Tarikh rasmi akan diumumkan melalui media massa dan di Portal Rasmi KPM. Pihak Wowberita akan mengemaskini tarikh keputusan SPM 2015 dari semasa ke semasa.

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2015 Diumumkan Keluar

Keputusan SPM 2015 akan diumukan pada bulan Mac 2016.

Semakan Keputusan SPM 2015 Online & SMS

Sila klik Semakan Keputusan SPM 2015

Berita Terkini Aziz Desa Meninggal Dunia 27 Disember 2015

$
0
0

Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa, 50, meninggal dunia kira-kira jam 10.50 pagi ini dipercayai akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.

Perkara itu disahkan sendiri oleh adik kandungnyanya, Azri Desa ketika dihubungi sebentar tadi.

Bekas selebriti TV3 sebelum ini pernah terlantar di Hospital Langkawi (HL) buat kali keempat awal tahun ini.
Januari lalu, doktor mengesahkan, penyakit buah pinggangnya berada pada tahap serius.

Aziz yang pernah mengacarakan beberapa program TV termasuk Nasi Lemak Kopi O dan Malaysia Hari Ini serta terkenal dengan slogan ‘Cermin-cerminkan diri anda’.

Baca Novel Cinta Si Wedding Planner Online

$
0
0

Baca novel Cinta Si Wedding Planner karya Dhiyana secara online. Drama terbaru adaptasi novel gandingan lakonan Adi Putra dan Mira Filzah akan menemui penonton mulai bulan Januari 2016 setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3. Bagi anda yang masih belum membaca Novel Cinta Si Wedding Planner , anda boleh baca menerusi setiap Bab yang tertera di bawah.


Selamat membaca dan dapatkan novel Cinta Si Wedding Planner menerusi kedai buku MPH yang berhampiran dengan anda.

Tarikh Tutup Kemaskini Permohonan BR1M 2016

$
0
0

Tarikh akhir permohonan dan kemaskini BR1M 2016. Kepada pemohon baru dan juga penerima BR1M sedia ada yang belum melakukan kemaskini BRIM, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan dan kemaskini BRIM akan ditutup pada Khamis 31 Disember 2015. Kelewatan permohonan dan kemaskini BR1M dari tempoh yang telah ditetapkan akan menyebabkan permohonan anda akan ditolak atau gagal.

Tarikh Tutup Kemaskini Permohonan BR1M 2016

31 Disember 2015 (Khamis)

‘Saya Sendiri Pun Buat Tiga Kerja’– Ahmad Maslan

$
0
0

Berikutan dikritik oleh netizen dan media selepas mengeluarkan kenyataan mengenai dua kerja rakyat Malaysia untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi, nampaknya Datuk Ahmad Maslan telah tampil menjawab kritikan berkenaan.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri itu, beliua juga dalam pada masa yang sama melakukan tiga kerja iaitu di dalam kerajaan dan Umno.

“Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja.

“Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” kata timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Semalam, portal Astro Awani menyiarkan kenyataan timbalan menteri berkenaan yang menyatakan dua pekerjaan bagi rakyat bukan sesuatu yang luar biasa, malah turut dilakukan kebanyakan rakyat di negara-negara utama.

Beliau turut mengulas kenyataan kontroversinya itu dengan mengatakan ia adalah kerja sambilan dalam konteks perniagaan atas talian.

“Jika kerja sedia ada waktu siang, boleh business online waktu malam dan hujung minggu asal tak jejas prestasi, boleh tambah pendapatan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata terdapat peraturan yang perlu diikuti bagi pihak yang bekerja tetap.

Berikut adalah reaksi netizen mengenai kenyataan terbaru timbalan menteri berkenaan.

Siapalah kita ni kalau nak dibandingkan dengan Ahmad Maslan.. Dia ni mampu buat 6 kerja sekali.. Bersyukurlah tanpa mat…

Posted by Sultan Melaka Fans on Sunday, December 27, 2015

Pengguna Prepaid Terima Rebat GST Kurang 24 Jam – SKMM

$
0
0

Dalam Belanjawan 2016 yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, pihak kerajaan dikatakan akan mengembalikan semula rebat GST yang dibayar pengguna sebelum ini dan pada masa yang sama tambah nilai untuk prabayar akan dijual pada harga asal tanpa penambahan 6% seperti sekarang.

Bermula 1 Januari 2016 nanti, tambah nilai akan dijual pada harga normal seperti sebelum April lalu iaitu beli RM10 dapat RM10.

Bagaimanpun, apabila menambah nilai, kadar 6% turut akan ditolak tetapi ia akan dikembalikan semula dalam tempoh 24 jam.

Sebagai contoh, sekiranya pengguna membuat tambah-nilai sebanyak RM10, anda hanya akan menerima RM9.43 ketika proses tambah-nilai berkenaan, dan baki RM0.57 dalam tempoh kurang 24 jam.

Mekanisma baru ini dikatakan akan aktif selama satahun sehingga 31 Disember 2016 kelak, dan lanjutan untuk rebat prabayar ini akan diketahui bergantung kepada pengumuman pihak kerajaan pada Belanjawan 2017 kelak.

SKMM juga menyatakan bahawa rebat GST akan hanya direbatkan semula kepada pengguna prabayar sahaja kerana ini adalah salah satu usaha kerajaan dibawah Rancangan Malaysia Kesebelas dalam membantu golongan B40 yang mempunyai pendapatan purata bawah RM2,537.

Rekod 100 Meter Badrul Hisham Tidak Sah?

$
0
0

Mungkinkah pencapaian pelari pecut muda negara Badrul Hisham Abd Manap yang memecah rekod kebangsaan 100m dianggap tidak sah gara-gara penganjuran di Brunei tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF)?

Yang Dipertua Persatuan Olahraga Brunei Darussalam (BAA), Awang Kifli Jaafar meminta Malaysia membuat aduan rasmi mengenai dakwaan Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN pada bulan lalu yang tidak mengikut peraturan persekutuan tersebut.

Beberapa pihak mendakwa Brunei tidak mengikut spesifikasi ditetapkan IAAF ketika menganjurkan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah ASEAN.

Antaranya mengenai alat pengukur angin yang tidak berada di garisan 50m selain bukti ‘photofinish’.

Kedua-dua aspek itu wajib ada untuk dapat pengiktirafan IAAF.

Namun, Brunei minta aduan rasmi dibuat terlebih dulu sebelum sebarang siasatan dijalankan

“Saya sudah berbincang dengan jawatankuasa dan selagi tidak ada surat hitam putih mengenai perkara-perkara ini maka kita tidak boleh ambil sebarang tindakan,” kata Awang.

Pelari sensasi, Badrul Hisham mencipta sejarah apabila memecah rekod kebangsaan 100m di kejohanan itu menerusi catatan 10.29 saat, sekali gus memadamkan rekod terdahulu milik Watson Nyambek yang mencatat masa 10.30 saat.

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih menunggu bukti rekod itu dipecahkan namun gagal dapat maklum balas daripada Brunei.

Catatan 10.29 saat itu bukan sahaja memecah rekod 17 taun milik Watson tetapi memberi sinar terhada masa depan arena pelari pecut negara.


(9 Gambar) Pemandu Teksi Mati Dibunuh Di Persimpangan Lampu Isyarat

$
0
0

Seorang pemandu teksi warga emas mati ditikam dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Mas-Salor di sini, Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Ahmad Taufek Abdullah berkata,mangsa Sudin Awang, 67, dibunuh seorang lelaki yang menunggang motosikal ketika teksi yang dipandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat itu kira-kira pukul 2.30 petang.

“Semasa dia (pemandu teksi) berhenti di persimpangan itu ketika lampu merah, suspek menghampiri kenderaannya lalu memecahkan cermin belakang, cermin pintu penumpang depan dan cermin pintu sebelah pemandu dengan objek keras.

“Kemudian pemandu teksi ini diarah keluar daripada teksinya oleh suspek dan kemudian dia dipercayai ditikam dengan senjata tajam sebelum rebah di tempat kejadian,” katanya.

Ahmad Taufek berkata, suspek kemudiannya melarikan diri ke arah Salor.

Beliau berkata ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh, sedang memandu teksinya dari arah Dewan Beta di sini, bersama seorang penumpang wanita yang duduk di bahagian penumpang belakang.

“Penumpang dalam teksi itu bagaimanapun dapat menyelamatkan diri,” katanya.

Ahmad Taufek turut meminta orang ramai termasuk pemandu kenderaan lain yang berhenti di persimpangan itu semasa kejadian berlaku, untuk tampil membantu polis menyiasat kes berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat.

Pemandu Teksi Dibunuh: ‘Arwah Ayah Pernah Diserang Jun Lalu’– Anak Mangsa

$
0
0

Pemandu teksi, Sudin Awang, 67, yang maut ditikam di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Mas – Salor, di Kota Bharu hari ini pernah diserang oleh seorang lelaki pada Jun lalu.

Anaknya, Nazri Hanafiah, 25, berkata, pada ketika itu, ayahnya diserang ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran Balai Islam, Lundang di sini.

Katanya, sepanjang pengetahuannya, mangsa yang sudah memandu teksi lebih 30 tahun tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

“Sebelum ini arwah ayah pernah diserang lelaki di lampu isyarat berhampiran Balai Islam, Lundang di sini sekitar Jun lalu. Lelaki yang tidak dikenali itu cuba memecahkan cermin teksi ayah tetapi tidak berjaya.

“Saya berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan lanjut untuk menahan suspek yang bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku ketika mangsa sedang memandu teksi jenis Proton Wira dengan membawa seorang penumpang lelaki datang dari arah Dewan Beta di sini.

Setibanya di lokasi kejadian, Sudin memberhentikan teksinya berikutan lampu isyarat tersebut dalam keadaan merah sebelum seorang lelaki memberhentikan motosikal dan bertindak memecahkan cermin di bahagian penumpang hadapan serta belakang menggunakan senjata tajam.

Semasa kejadian, persimpangan tersebut sibuk dengan trafik dan orang ramai hanya mampu melihat tindakan suspek tersebut.

Nazri memberitahu, dia me­ngetahui kejadian malang me­nimpa arwah ayahnya itu kira-kira pukul 3 petang selepas menerima panggilan daripada seorang jiran.

Katanya, sebaik sahaja me­ngetahui kejadian itu, dia terus menelefon kakaknya dan kemudian bergegas ke hospital.

Sementara itu, seorang lagi anak Allahyarham, Rosnani, 33, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah ayahnya itu dua hari lalu ketika pulang ke kampung di Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh.

“Arwah ayah seorang periang, namun berubah menjadi pendiam dan tidak banyak bercakap,” ujarnya.

Tamat Zaman Duda, Menteri JPM Kahwini Wanita 33 Tahun Lebih Muda

$
0
0

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Joseph Entulu Belaun menamatkan zaman dudanya dengan mengahwini wanita 33 tahun lebih muda Sabtu lepas.

Majlis perkahwinan Entulu, 61, dengan pegawai bank, Jacklyne Anthony, 28, diadakan dalam satu majlis tertutup di Hotel Kingwood Resort di Mukah, dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk keluarga terdekat dan kenalan rapat.

Ahli Parlimen Selangau daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu merupakan duda anak empat manakala Jackeline, ibu tunggal dua anak, lapor akhbar Harian Metro.

Mengikut laporan Borneo Post pula, majlis perkahwinan mereka diraikan meriah oleh persembahan artis dan penari Iban popular.

“Majlis resepsi ini turut dihadiri beberapa pemimpin politik negeri. Majlis perkahwinan mereka diadakan sederhana bersesuaian dengan sikap Joseph Entulu sendiri yang sentiasa merendah diri,” kata seorang ahli keluarga dipetik berkata.

Rakaman gambar perkahwinan Entulu dan Jackeline tersebar luas di Internet dan ramai yang memuji kecantikan wanita yang berasal daripada etnik Orang Ulu itu, lapor Harian Metro lagi.

Entulu sebelum ini merupakan timbalan menteri di JPM, kemudian timbalan menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum dilantik menjadi menteri penuh JPM.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-13 2008, Joseph Entulu menang kerusi Selangau mengalahkan calon PKR dengan majoriti 70 peratus.

‘Melayu Akan Terus Layu Jika Takut Dengan Corak Salib’– Ustaz

$
0
0

Umat Islam tidak perlu takut mahupun merasa tergugat dengan bentuk atau corak seperti salib.

Penceramah bebas, Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek berkata apa yang harus digusarkan oleh umat Islam di negara ini ialah pegangan akidah mereka berbanding memikirkan perkara yang dianggapnya sebagai remeh.

“Sebenarnya begini, kita tidak perlu takut pun dengan bentuk itu. Sebab tanda salib ini adalah satu corak, bukan semua benda yang bercorak sedemikian melambangkan Kristian.

“Ada corak batik yang berbentuk salib, ada juga sejadah yang berbentuk sedemikian. Kenapa kita perlu takut kepada corak?” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan gambar yang viral di media sosial mengenai satu gambar yang menunjukkan taman perumahan yang mempunyai bahagian bumbung yang kelihatan seperti simbol salib di Langkawi.

Jelas Hanafiah, isu berkenaan tidak wajar untuk diperbesar-besarkan memandangkan ada lebih banyak lagi perkara lain yang lebih penting berbanding isu tersebut.

“Selagi mana iktikad (pegangan yang kuat) kerana Allah dan kita benar, tiada masalah. Apa yang perlu kita takutkan ialah dakyah Kristian itu sendiri, bukan lambang dan juga bukan corak. Jarum-jarum halus Nasarah (Kristian) perlu kita fikirkan sekarang ini.

“Mereka yang menyebarkan perkara ini pada saya ada penyakit mental, suka mencari perhatian (attention seeker), mereka suka benda yang sensasi. Kalau sifat orang Melayu terus begini, maka akan terus layulah Melayu,” tegasnya lagi.

Susulan daripada penyebaran gambar bumbung satu di kawasan perumahan teres berdekatan Taman Sri Langkawi dan Kampung Bakau itu, pihak pemaju telah dipanggil Majlis Daerah Langkawi bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu tersebut.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, keputusan akan diberikan esok sama ada pemaju perlu menukar warna struktur itu agar sepadan dengan jubin bumbung supaya tidak lagi menyerupai lambang salib.

Sementara itu, Ahli Parlimen DAP-Segambut Lim Lip Eng berkata isu tersebut adalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan ketegangan agama di negara ini.

Katanya, pihak yang menyebarkan gambar tersebut mempunyai masalah penglihatan sehinggakan tidak dapat membezakan simbol salib dan struktur binaan.

Jelasnya, struktur berkenaan kelihatan seperti simbol salib hanya disebabkan sudut penglihatan semata-mata.

Kadar Dividen & Bonus ASB Dari 1990-2015

$
0
0

Kadar dividen dan bonus ASB bagi tahun 2015 dan tahun-tahun terdahulu. Seperti sedia maklum, bonus dan dividen ASB akan diumumkan keluar pada bulan Disember setiap tahun. Berikut senarai kadar dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera sejak dilancarkan pada tahun 1990 sehingga kini (2015) untuk tatapan, semakan, perbandingan atau kajian anda.

Kadar Dividen & Bonus ASB Dari Tahun 1990-2015

Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember Kadar Dividen ASB
(sen/unit)
Kadar Bonus ASB
(sen/unit)
2015 7.25 0.50
2014 7.50 1.00
2013 7.70 1.00
2012 7.75 1.15
2011 7.65 1.15
2010 7.50 1.25
2009 7.30 1.25
2008 7.00 1.75
2007 8.00 1.00
2006 7.30 1.25
2005 7.25 1.75
2004 7.25 2.00
2003 7.25 2.00
2002 7.00 2.00
2001 7.00 3.00
2000 9.75 2.00
1999 8.50 1.50 + 2.00 (bonus istimewa)
1998 8.00 2.50
1997 10.25 1.25
1996 10.25 3.00
1995 10.00 3.00
1994 9.50 4.50
1993 9.00 4.50
1992 7.50 5.00
1991 8.50 4.00
1990 8.00 6.00

Tarikh Pembayaran Dividen & Bonus ASB 2015

$
0
0

Tarikh pembayaran dividen dan bonus ASB 2014. Pihak Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Selasa 29 Disember 2015 telah mengumumkan secara rasmi bahawa dividen ASB 2015 adalah 7.25 sen seunit manakala bonus 0.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit mulai 4 Januari 2016.

Pengumuman Rasmi Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2015

Dividen 7.25 sen seunit, Bonus 0.50 sen Seunit

Tarikh Pembayaran Dividen & Bonus ASB 2015

Pembayaran dividen dan bonus ASB 2015 akan dikreditkan ke akaun pengguna pada 4 Januari 2016. Oleh itu, para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASB masing-masing di ibu pejabat PNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara.

Jakim Nafi Air Minuman Jenama Fanta Tiada Lemak Babi

$
0
0

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah tampil menafikan gambar viral kononnya bahawa minuman berperisa buah jenama Fanta mengandungi lemak babi.

Jakim melalui laman Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM telah mengeluarkan kenyataan ini di mana menurut mereka minuman berkenaan mendapat pengesah halal daripada bahagian halal Jakim.

Menurut laman Facebook Jakim itu lagi, minuman berjenama Fanta itu memegang sijil halal dan boleh dirujuk di laman sesawang milik mereka di www.halal.gov.my.

Viral palsuPenjelasan: produk minuman fanta mendapat pengesahan halal daripada Jakim Rujuk direktori halal www.halal.gov.my untuk semakan lanjut#yakinihalalmalaysia

Posted by Bahagian Hab Halal, JAKIM on Sunday, December 27, 2015

Beberapa hari lalu, gambar tersebut telah menjadai viral di laman sosial di Malaysia di mana pos yang dimuatnaik oleh seorang lelaki tempatan berkenaan pada 22 Desember lalu dan telah mendapat 9000 perkongsian.

Hasil carian kami ternyata gambar berkenaan mula tersebar ke negara ini selepas ia mula disebarkan di luar negara.

Di dalam gambar tersebut tertulis “Kepada semua Muslim dari Mufti Rizwi. Kepada semua, jangan minum minuman Fanta yang baharu. Ia mengandungi’carcinogenic’ (E211, E224) lemak babi.

“Tolong jangan padam ini sehingga semua orang Muslim berkongsi maklumat ini,”


Ahmad Maslan Boleh Jadi Juara Maharaja Lawak

$
0
0

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan terus dikritik susulan saranannya supaya rakyat Malaysia melakukan dua kerja (#2Kerja) untuk menambah pendapatan.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan turut tidak mahu ketinggalan mengkritik Ahmad Maslan kerana membuat kenyataan yang disifatkan ‘mempersendakan kebodohan diri sendiri’.

Katanya, dalam kehidupan seharian bukan soal untuk mencari rezeki siang malam saja tetapi dalam masa yang sama perlu seimbangkan juga dengan masa untuk keluarga khususnya mendidik anak-anak yang memerlukan masa bersama ibu-bapanya setiap hari.

“Penghidupan kita bukan harus memperhambakan diri siang malam untuk mencari rezeki sehingga anak-anak terabai dari segi pengawasan dan pendidikan dari ibu-bapa mereka. Anak-anak juga memerlukan masa luang bersama ibu-bapa serta institusi kekeluargaan turut memerlukan ruang masa untuk bersama-sama setiap hari bagi menjalinkan keakraban kekeluargaan.

“Namun, kita tak hairanlah kenyataan ini datangnya daripada pemimpin-pemimpin UMNO masa kini yang cukup bangang. Mereka ni terlalu angkuh. Cakap dan tutur kata lebih cepat dari otak mereka. Inilah kualiti pemimpin UMNO pada hari ini,” katanya.

Suami kepada pelakon Umi Aida itu berkata, hakikatnya pentadbiran kerajaan hari ini teruk dan kos sara hidup meningkat tak selari dengan peningkatan pendapatan rakyat.

“Kalau kerajaan efektif; satu kerjaya pun dah cukup untuk tampung hidup keluarga seperti zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad memimpin tanahair kita suatu masa dahulu.

“Zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kita juga hadapi gawat ekonomi dunia yang cukup parah namun keseluruhan rakyat boleh hidup selesa.

“Ini membawa erti pentadbiran kerajaan masa kini tidak cekap serta tidak efektif lagi. Kemungkinannya terlalu ramai pemimpin-pemimpin masa kini otak mereka berada dalam lutut bukan di kepala kot?, sindirnya.

Katanya, Ahmad Maslan tidak boleh bandingkan kerjaya orang politik dengan golongan marhaen kerana kerjaya politik nempunyai pelbagai kemudahan sampingan dan sumber pendapatan yang boleh datang bergolek dari banyak sumber dengan mudah.

“Tak habis-habis suka buat kenyataan bodoh yang tidak munasabah yang boleh mengguris hati nurani rakyat jelata. Cukup-cukuplah Ahmad Maslan. Kenyataan-kenyataan bangang yang macam inilah membuatkan rakyat semakin menyampah dengan UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan.

“Tapi saya tetap yakin Ahmad Maslan tetap terbaik untuk pertandingan Maharaja Lawak kerana sifat semulajadinya itu boleh memenangkan beliau secara spontan,” sindirnya lagi.

(13 Gambar) Air Laut & Sungai Bertukar Merah Angkara Bauksit

$
0
0

Aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan memberi kesan terhadap Pantai Beserah di Kampung Batu Hitam apabila air laut bertukar menjadi merah hari ini.

Penduduk tempatan sempat berkongsi gambar-gambar ‘laut merah’ yang dimuat naik di Facebook Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) sejak pagi tadi, yang menunjukkan perubahan dalam warna yang dikatakan berlaku apabila hujan lebat.

Seorang ahli kumpulan itu, Afdillah Black Stone, menjelaskan secara ringkas bahawa senario itu dapat dilihat selepas hujan yang berlaku semalam di Kampung Batu Hitam.

Ada x mana2 team paranormal tolong g cari jawapan kenapa tiba2 laut Merah ada kat sini..bukan Laut Merah kat arab nuh…

Posted by Wowberita Dot Org on Tuesday, December 29, 2015

“Masa Musim tengkujuh dulu2 … aku gan arwah bapak Turun kat pantai menjala ikan belanak Atau ronda pantai Sepanjang Mencari siput sedut … skrg hampeh,” tulis Afdillah.

Ahli-ahli lain juga turut berkongsi gambar sambil melahirkan rasa sedih di sisi laut yang berubah warna.

Dalam laman Facebook yang sama, Ahli Parlimen PKR-Kuantan, Fuziah Salleh turut berkongsi beberapa gambar laut merah diikuti postingnya yang memerlukan jawapan daripada pihak berkaitan.

“Buat makluman warga Kuantan, Saya sudah pun Bertanya kpd timbln Menteri Alam Sekitar Melalui WhatsApp berkenaan dgn analisa udara merah ini kepada samada ianya Membawa mudharat kpd Manusia Dan Kehidupan di udara dan Sedang Menunggu jawapan dari beliau,” katanya.

Laut di Kuantan dilaporkan bertukar menjadi merah setiap kali hujan, kerana debu dari perlombongan bauksit di kawasan itu.

‘Jangan Salahkan Sesiapa Tambang ERL Naik’– Ku Li

$
0
0

Perjanjian sudah termeterai, jadi tidak wajar untuk menunding jari kepada mana-mana pemimpin sekarang, tegas veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau mengulas berkenaan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenaikan tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) semalam yang menyalahkan kepimpinan terdahulu yang menandatangani perjanjian konsesi berkaitan.

Menurut Ku Li, perjanjian tidak boleh diubah namun apa yang perlu dilakukan ialah untuk menyelesaikan masalah yang timbul yang kini membebani rakyat.

“Perjanjian tetap perjanjian, tak boleh nak salahkan siapa pun. Kalau perjanjian dibuat pada zaman Nabi Adam, kena kita tanggung sekarang pun, jadi tak boleh nak salahkan orang lain.

“Kita diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah, dan kita mesti cuba menyelesaikan masalah berkenaan, tetapi kalau sudah ada dalam perjanjian maka terpaksa kita patuh kepada apa yang telah diterima dan dipersetujui oleh kita,” katanya di dalam sidang media selepas merasmikan Majls Pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir Perkasa hari ini.

Semalam Zahid di dalam Majlis Deklarasi Prioriti 2016 anjuran Yayasan Damai Sejahtera Malaysia (YDSM) berkata bahawa pimpinan sekarang terpalit dengan ‘najis’ yang dibuat oleh pimpinan terdahulu.

Ini merujuk kepada kenaikan tambang ERL berdasarkan perjanjian yang termeterai di zaman pentadbiran kerajaan di bawah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini turut pernah mengeluarkan kenyataan yang sama ketika berucap di ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2015 yang berlangsung awal bulan lalu.

Menurut Najib, pihaknya terpaksa menanggung beban dengan kenaikan tambang pengangkuta awam berkenaan dan terpaksa membayar sejumlah pampasan RM2.9 billion sekiranya ingin memberikan diskaun kepada pengguna.

Perjanjian tersebut dianggap berat sebelah oleh pimpinan hari ini.

Askar Malaysia Hilang, Dikhuatiri Lemas Di Amerika Syarikat

$
0
0

Seorang pegawai tentera berpangkat kapten dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dilaporkan hilang selepas kenderaan dinaiki bersama empat pegawai tentera dari negara lain dihanyutkan banjir yang melanda Missouri, Amerika Syarikat (AS), Sabtu lalu.

Jurucakap Jabatan Perhubungan Awam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengesahkan kejadian itu berkata, Kapten Hasman Hussin berada di AS bagi menjalani kursus kejuruteraan di kem tentera Fort Leonard Wood.

“Berdasarkan maklumat daripada pegawai pertahanan Kedutaan Malaysia di AS, pegawai tentera terbabit dipercayai hilang ketika banjir melanda Missouri, Sabtu lalu.

Malah, mayat keempat-empat pegawai tentera yang berada di dalam kenderaan sama sudah ditemui.

“Mangsa diklasifikasikan sebagai hilang dan operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan.

Kenyataan rasmi mengenai kejadian ini akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Hanez Suraya, Romie Selamat Timang Bayi Perempuan

$
0
0

Pelakon, Hanez Suraya, 30, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.5 kilogram, jam 9.48 malam tadi di hospital di sini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur proses bersalin dipermudahkan. Saya selamat bersalin secara normal.
“Terima kasih kepada suami yang sentiasa berada di sisi sepanjang saya dalam bilik bersalin,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut pelakon drama Love You Mr Arrogant ini, dia menangis sejurus selamat bersalin dan melihat wajah anaknya.

“Saya tak tahu lagi berapa lama akan berada hospital. Apabila keluar hospital, saya akan berpantang di rumah kami di Shah Alam,” katanya.

Tambah Hanez, nama anak sulungnya itu akan diberikan selepas tujuh hari kelahiran.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live