Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Kecoh! ‘Bodyguard’ Sultan Kelantan Bawa Mesingan Di Sidang DUN

$
0
0

sultan kelantanGambar-gambar sultan Kelantan berangkat ke pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam sambil diiringi pengawal peribadi yang bersenjata api tersebar di media sosial.

Dalam gambar-gambar tersebut yang beredar semalam, pengawal peribadi Sultan Muhammad V memakai sut hitam, bertali leher dan bersongkok.

Mereka kelihatan jelas membawa senjata api “carbine” dan “submachine gun” sambil mengiringi baginda.

Difahamkan bahawa sultan-sultan pada lazimnya memiliki pengawal peribadi, namun senjata mereka biasanya agak tersorok dan kurang menonjol.

Portal The Star Online melaporkan desas-desus ahli-ahli politik negeri itu bahawa inilah kali pertama baginda merasmikan pembukaan DUN sambil dikawal ketat pengawal bersenjata seumpama ini.

Di laman rasmi Facebook Sultan Muhammad V dan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, para penyokong baginda rata-rata berasa kagum dengan senjata api yang dibawa.

Portal berbahasa Inggeris itu juga melaporkan baginda sentiasa dikawal pengawal peribadi bersenjata ketika mencemar duli menghadiri majlis sosial seperti makan malam, atau berada di luar Kelantan, sejak ditabalkan pada tahun 2010.

Semasa baginda masih Tengku Mahkota dan Pemangku Raja, baginda pernah bertitah meminta kawalan ketat dari polis semasa krisis kerabat diraja Kelantan pada 2010.

Pihak polis kemudiannya mengerahkan kawalan ketat ke atas ayahanda baginda Sultan Ismail Petra pada Mei 2010, selepas seorang pengawal keselamatan istana ditembak suspek tidak dikenali.

The post Kecoh! ‘Bodyguard’ Sultan Kelantan Bawa Mesingan Di Sidang DUN appeared first on WOWBERITA.ORG.


‘Dia Beria-Ria Nak Suruh Kami Patah Balik, Rupa-Rupanya…’

$
0
0

maid kantoiPerkara normal bagi sesebuah keluarga untuk memiliki pembantu rumah warga asing di Malaysia ini, terutamanya daripada Indonesia. Sesetengah orang tak treat pembantu rumah macam orang gaji pun, tapi macam ahli keluarga sendiri lagi-lagi kalau pembantu rumah tu dah lama kerja dan menetap di rumah mereka.

Samalah macam keluarga lelaki bernama Imran Kamil ni. Pembantu rumah yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri tiba-tiba minta kebenaran untuk pulang ke negara asalnya secara mendadak. Namun, di pertengahan jalan dia tersedar bahawa dia telah tertinggal sesuatu di rumah majikannya dan bertegas mahu berpatah semula. Apa sebenarnya cerita disebalik kejadian ini?

Mahu Pulang Indonesia Sebab Ibu Sakit…

5-1

Bakar Kek Sebelum Balik…

4-1

Tertinggal Kek, Menangis Nak Patah Balik!

3-1

Bila Potong Kek Baru Tahu Dalam Tu Ada..

2-2

Pencuri Barang Kemas!

1-4

The post ‘Dia Beria-Ria Nak Suruh Kami Patah Balik, Rupa-Rupanya…’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Trailer Ada Apa Dengan Cinta 2 Didedahkan

$
0
0

aadcTapi aku pasti kembali dalam satu purnama, untuk mempertanyakan kembali cintanya.

Demikian baris puisi Rangga lakonan Nicholas Saputra yang ditujukan kepada Cinta (Dian Sastrowardoyo) dalam babak akhir filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC).

14 tahun kemudian, sekuel filem ini bakal menemui peminat. Laman Facebook rasmi Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) hari ini memuat naik trailer filem tersebut.

Trailer hampir dua minit itu menampilkan sambungan kepada kisah Cinta dan Rangga 14 tahun selepas filem pertama berakhir. Cinta dilihat menyertai beberapa rakannya untuk kembara ke Jogjakarta. Rangga pula telah menjadi penulis di New York.

Jalan cerita filem ini masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat kerana tiada sinopsis yang didedahkan oleh pasukan produksi. Hal ini dilihat sebagai strategi pemasaran agar para peminat berteka-teki dan tidak sabar untuk menonton sekuel ini.

AADC2 menampilkan Mira Lesmana dan Prima Rusdi sebagai penulis lakon layar dan Riri Riza sebagai pengarah. Riri merupakan pengarah Indnesia tersohor yang sebelum ini menjadi teraju utama salah sebuah filem terlaris sepanjang zaman di Indonesia, Laskar Pelangi.

Selain Nicholas dan Dian, AADC2 turut dibintangi Titi Kamal (Maura), Adinia Wirasti (Carmen), Sissy Priscilia (Milly), dan Dennis Adhiswara (Memet).

AADC2 bakal ditayangkan serentak di Indonesia, Malaysia, dan Brunei pada 28 April ini.

Ada Apa Dengan Cinta 2 | OFFICIAL TRAILER | #TrailerAADC2

3 countries & 1 official date. Indonesia, Malaysia, Brunei, get ready for #AADC2 on 28 April! Watch #trailerAADC now

Posted by Ada Apa Dengan Cinta 2 on Tuesday, 8 March 2016

The post (Video) Trailer Ada Apa Dengan Cinta 2 Didedahkan appeared first on WOWBERITA.ORG.

Cukup-Cukuplah Layan ‘Blues’ Ahmad Said – Najmil Faiz

$
0
0

najmil-faiz-ahmad-saidAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dinasihat menerima kenyataan dan memberikan sokongan padu kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman untuk mengemudi jentera menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Datuk Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, sokongan kepada Ahmad Razif juga seharusnya sama seperti yang diterima Ahmad Said semasa eranya menjadi menteri besar sebelum ini.

“Ahmad Said harus terima kenyataan. Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dia sudah lepas. Dahulu semasa dia menjadi menteri besar pun orang sokong Ahmad Said.

“Sebarang keputusan biarlah Kerajaan Pusat yang tentukan. Tunggu PRU akan datang untuk kita tentukan keputusan KPI Ahmad Razif. Buat masa ini, cukup-cukuplah kita melayan blues Ahmad Said.

“Sebagai ahli parti dan pemimpin seharusnya Ahmad Said berdiri teguh bersama Pengerusi UMNO negeri, buat kerja dan pertahankan parti. Tidak patut membuat usul yang boleh merosakkan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN), sekali gus mengkhianati perjuangan UMNO,” katanya.

Najmil Faiz mengulas tindakan Ahmad Said yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

BACA: Ahmad Said Kemuka Usul Tidak Percaya MB Terengganu

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menerima usul itu kemudian menangguhkan sidang untuk meneliti usul tersebut mengikut kerangka perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri.

Bagaimanapun, Mohd Zuber menolak usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif dengan alasan Ahmad Said tidak mengikut peraturan ketika mencadangkannya.

BACA: Speaker DUN Tolak Usul Tak Percaya Ke Atas MB Terengganu

Dalam pada itu, jelas Najmil Faiz yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, UMNO negeri kini harus memberi sokongan dalam usaha untuk menguatkan parti selain mengetepikan sebarang perasaan dendam yang masih ada dalam kalangan pemimpin dan ahli.

“Lihat pada parti. Kuatkan saf untuk menghadapi pilihanraya. Semua wakil rakyat di Terengganu perlu memberi fokus untuk membantu dan bekerja untuk rakyat serta parti.

“Jangan memporak-perandakan struktur pentadbiran. Ahmad Razif sedang dalam momentum baik untuk membangunkan Terengganu dan membantu rakyat termasuk golongan muda di negeri itu.

“Jangan bantutkan perjalanan Ahmad Razif kerana ia hanya merugikan rakyat. Jangan hilangkan fokus kepimpinan negeri, beri kerjasama sepenuhnya untuk mencapai KPI terbaik pada PRU akan datang. Pemuda Kuala Terengganu sentiasa menyokong penuh kepimpinan Ahmad Razif,” ujarnya.

Sebelum ini, Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dilapor berkata, tindakan Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif disifatkan sebagai ‘gila talak’.

Tegas Azalina, tindakan bekas menteri besar itu dikatakan akan melakukan apa sahaja untuk menyandang jawatan itu semula.

The post Cukup-Cukuplah Layan ‘Blues’ Ahmad Said – Najmil Faiz appeared first on WOWBERITA.ORG.

(4 Gambar) Cristiano Ronaldo Bersama TMJ, Mafla JDT Tarik Perhatian

$
0
0

imageResizeAndCropPemain bola sepak terkenal dunia Cristiano Ronaldo menjadi perhatian selepas bergambar bersama dengan mafla pasukan JDT.

Foto tersebut didedahkan sendiri oleh akaun Facebook rasmi pasukan Johor iaitu Johor Southern Tigers beberapa jam yang lalu dengan kapsyen:

“Tahniah kepada Cristiano atas gol dan kemenangan malam ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bergambar dengan mafla JDT, khas buat penyokong JDT walaupun beratus orang menunggu anda di luar sana. Jumpa anda di Singapura atau Johor. Jumpa lagi dan selamat maju jaya,”

Lebih menarik, foto tersebut juga menunjukkan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) turut berada disisi bintang bola sepak Real Madrid itu.

TMJ-CR7-JDT

cristiano-TMJ-JDT

Dalam pada itu, Cristiano Ronaldo juga telah menghadiahkan dua pasang jersi Real Madrid miliknya beserta tanda tangan khas buat TMJ dan pasukan JDT.

Sehingga kini, foto-foto yang dimuat naik oleh Facebook Johor Southern Tiger telah menerima komen-komen positif yang rata-ratanya menunjukkan rasa bangga kerana TMJ memperkenalkan pasukan JDT kepada Ronaldo.

Terdahulu, difahamkan kehadiran TMJ ke Real Madrid adalah untuk mengadakan pertemuan bersama dengan Presiden Real Madrid CF, Mr Florentino Pérez.

Selepas pertemuan tersebut, baginda bersama Presiden kelab itu telah menyaksikan perlawanan Real Madrid CF menentang AS Roma pagi tadi.

Pertemuan antara TMJ dan Mr Florentino Pérez berjalan dengan lancar.

The post (4 Gambar) Cristiano Ronaldo Bersama TMJ, Mafla JDT Tarik Perhatian appeared first on WOWBERITA.ORG.

Usul Undi Tak Percaya Tidak Boleh Dibuat Secara ‘Serang Hendap’– Pandikar Amin

$
0
0

pandikarDatuk Seri Ahmad Said didakwa cuba membuat ‘serangan hendap’ terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman apabila membuat usul undi tidak percaya, semalam.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata tindakan Ahmad itu jelas bertentangan dengan amalan sistem demokrasi negara ini, apabila lansung tidak memberi notis untuk membawa usul kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ini satu insiden yang menjadi liputan media massa beberapa hari ini ialah usul undi tidak percaya di Terengganu yang saya tidak pernah terfikir bahawa usul tidak percaya kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh dibuat dalam negara demokrasi moden seperti ini yang tidak memberi notis untuk dbuat oleh Yang Berhormat.

“Beliau (Ahmad Said) cuma berdiri lepas itu bawa usul undi tidak percaya seolah-oleh itu perang hendap beliau (terhadap MB). Dalam demokrasi tidak ada tipu menipu ini semua mesti secara telus dan perlu notis,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Menara SPR di sini hari ini.

DUN Terengganu semalam dikejutkan dengan cadangan usul tidak percaya Ahmad terhadap Ahmad Razif, namun speaker DUN Datuk Mohd Zubir Embong menolak cadangan usul itu.

ADUN Kijal itu mengemukakan alasan bahawa terdapat konspirasi untuk memburukkan nama beliau dalam politik dan sebagai wakil rakyat.

The post Usul Undi Tak Percaya Tidak Boleh Dibuat Secara ‘Serang Hendap’ – Pandikar Amin appeared first on WOWBERITA.ORG.

Undi Tidak Percaya MB: ‘Pas Tidak Mahu Terlibat’– Hadi Awang

$
0
0

hadi awangPas mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semalam.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak terlibat dengan gerakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang mencadangkan usul itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

“Sehingga kini kita (PAS) tidak ambil bahagian. Pas hanya lihat isu-isu yang munasabah dan bukan isu untuk merebut jawatan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Abdul Hadi diminta mengulas mengenai cadangan usul dibawa Ahmad, yang juga bekas menteri besar Terengganu selama enam tahun bermula 2004, sebelum mengakhiri perbahasannya di DUN itu.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak Speaker DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Sementara itu, ketika diminta mengulas pendirian PAS mengenai ‘Deklarasi Mahathir’, Abdul Hadi berkata parti itu tidak bersetuju dengan tindakan ‘gopoh’.

“Saya sebelum ini sudah beri kenyataan bahawa ada perkara yang kita setuju dan ada yang tidak setuju mengenai deklarasi itu. Yang kita setuju adalah perubahan. Yang kita tidak setuju adalah gopoh.

“Kita mahu perubahan secara demokratik sama ada pilihan raya atau undi tidak percaya. Undi tidak percaya mestilah undi di Parlimen, mestilah (melibatkan) orang UMNO sendiri. Kalau UMNO tak ubah dan kita (Pas) saja yang ada 14 kerusi nak buat apa, maka sia-sialah. Mesti ada kemunasabahannya,” katanya.

Jelasnya, Pas tidak akan bersetuju dengan perkara-perkara yang tidak mengikut proses demokrasi.
Beberapa anggota UMNO dan pembangkang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu menandatangani deklarasi yang antara lain mahu Datuk Seri Najib Tun Razak berundur sebagai perdana menteri.

The post Undi Tidak Percaya MB: ‘Pas Tidak Mahu Terlibat’ – Hadi Awang appeared first on WOWBERITA.ORG.

Gagal Usul Undi Tidak Percaya, Ahmad Said ‘Lari’ Ke Korea?

$
0
0

mad- saidMisteri kehilangan Datuk Seri Ahmad Said pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Rabu menjadi tanda tanya kebanyakan pihak.

Apa tidaknya, Ahmad, 56; tiba-tiba menjadi sensasi seluruh Malaysia apabila membuat kejutan pagi Selasa dengan nekad mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Ahmad Razif, 50; yang juga ADUN Seberang Takir.

Usul tergempar itu bagaimanapun ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Mohd. Zuber Embong kerana ia dikemukakan tanpa notis minimum selama dua minggu sekali gus tidak mematuhi peraturan untuk mesyuarat tersebut.

Menurut portal berita AgendaDaily, bukan sahaja pihak media malah semua orang tercari-cari di manakah kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kijal yang juga bekas Menteri Besar Terengganu ini ‘bawa’ diri.

Macam-macam cerita timbul mengenai ketiadaan Ahmad Said pada sidang DUN. Ada yang kata beliau konon sudah ‘terbang’ pergi ke Korea Selatan untuk menghantar anaknya belajar di negara kimchi K-Pop tersebut.

Juga yang menjadi tanda tanya lebih besar apakah motif Ahmad sebenarnya sengaja cetus kejutan itu. Beliau dakwa terpaksa kemuka usul undi tidak percaya itu kerana tidak puas hati pada Menteri Besar dalam beberapa hal.

Sedangkan pada kelaziman, isu dalaman parti dan pentadbiran antara wakil rakyat kerajaan hanya diselesaikan menerusi pertemuan dan rundingan sesama sendiri khasnya ketika mesyuarat badan perhubungan UMNO negeri.

Kenapa Ahmad guna platform DUN yang boleh gugat kedudukan kerajaan BN negeri? Dakwanya beliau hanya tidak sokong Menteri Besar tetapi bukan berniat hendak menumbangkan langsung kerajaan negeri BN.

Juga katanya beliau tetap kekal dalam UMNO kecuali dipecat. Ironi penganalisis politik tempatan menilai ia mungkin ada kaitan dengan ‘angin’ politik di peringkat pusat khasnya isu panas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perkara itu diakui Ketua Kelab Barisan Penyokong Kerajaan Terengganu dan juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar yang berkata tindak tanduk Ahmad agak pelik.

“Sejarah yang agak pelik apabila ada ADUN BN kerjasama dengan pembangkang untuk undi tidak percaya. Ini mungkin rentetan dari peringkat persekutuan seperti tindakan (bekas perdana menteri) Dr. Mahathir (Mohamad).

Justeru katanya BN Terengganu tetap berdiri teguh di belakang Ahmad Razif di sebalik Ahmad Said kebelakangan ini beberapa kali mengkritik kerajaan negeri secara terbuka dan tidak sembunyi mengakui beliau pro-Mahathir.

The post Gagal Usul Undi Tidak Percaya, Ahmad Said ‘Lari’ Ke Korea? appeared first on WOWBERITA.ORG.


‘Saya Simpan Rahsia Besar Najib’– Ahmad Said

$
0
0

ahmad-said-najibBekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa beliau menyimpan satu rahsia besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata, jika rahsia itu didedahkan, ia boleh memalukan Najib dan rakyat.

“Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri (Najib Razak).

“Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya, saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu ‘terhutang,” katanya.

Ahmad berkata, disebabkan rahsia besar itu beliau berjuang habis-habisan dan sanggup mengorbankan dirinya, semata-mata untuk menyelamatkan rakyat di Terengganu.

Diminta menjelaskan lebih lanjut rahsia besar itu, Ahmad berkata, beliau hanya akan mendedahkan rahsia itu selepas melihat reaksi dan komen-komen pemimpin UMNO terhadap dirinya termasuk daripada Najib sendiri.

“Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor).

“Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina,” katanya.

Semalam, Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif kerana berkata usul itu dibuat tanpa notis sekaligus melanggar peraturan DUN.

The post ‘Saya Simpan Rahsia Besar Najib’ – Ahmad Said appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Viral MP Parit Sulong ‘Lepas Gian’ Di Parlimen

$
0
0

noraini 2Tindakan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad yang melepaskan gian untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi di pekarangan Parlimen menarik perhatian kakitangan serta petugas media di sana.

Menerusi klip video yang dimuat naik menerusi portal SuaraTV, Noraini dilihat sedang menunggang motosikal milik rakannya hanya kerana ingin melepaskan gian setelah sekian lama meninggalkan hobi tersebut.

Menurut Noraini, beliau sememangnya amat menggemari aktiviti menunggang motosikal malah pernah menyertai beberapa konvoi besar suatu ketika dahulu.

“Ia berlaku secara tak sengaja sebab itu motor kawan saya.

“Saya dah lama memiliki lesen B dan dulu semasa mewakili Puteri Umno, saya juga pernah terlibat dalam konvoi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebab dulu saya ada motor sendiri tapi sekarang tinggal helmet sahaja.

“Sebab (sebagai) orang kampung memang (kami) selalu bawa motor, cuma saya kecil-kecil dahulu hanya mampu naik Vespa dan sejak usia 16 tahun (saya) sudah dapat lesen pertama,” katanya seperti yang dipetik oleh portal berkenaan.

Dalam pada itu, Noraini memaklumkan bahawa beliau sudah hampir setahun tidak menunggang motosikal yang sebelum ini menjadi rutin dan hobinya.

The post (Video) Viral MP Parit Sulong ‘Lepas Gian’ Di Parlimen appeared first on WOWBERITA.ORG.

Mayat ‘Pondan’ Dalam Bungkusan Dicampak Dari Tingkat Tiga Kondominium

$
0
0

mayat podanPenghuni sebuah kondominium mewah di Subang Jaya terkejut apabila satu bungkusan disangkakan sampah yang dibuang dari tingkat atas, rupanya berisi mayat seorang ‘pondan’.

Kejadian pada jam 9 pagi Rabu itu disedari apabila bungkusan tersebut jatuh menembusi bumbung anjung sebelum tersembam ke kaki lima tingkat bawah bangunan.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, SAC Yahaya Ramli, mangsa lelaki yang berpakaian wanita itu dipercayai dicampak dari tingkat tiga kondominium tersebut.

Berdasarkan keterangan daripada jiran tetangga, mereka terdengar bunyi bising pertengkaran sekitar jam 6 pagi, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.

Ekoran daripada kejadian berkenaan, seorang lelaki warga Afrika ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

The post Mayat ‘Pondan’ Dalam Bungkusan Dicampak Dari Tingkat Tiga Kondominium appeared first on WOWBERITA.ORG.

Kelantan Kaji Sebat Pesalah Zina Di Khalayak Ramai

$
0
0

sebatKerajaan Kelantan akan mengkaji cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah zina dilakukan di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, cadangan yang dikemukakan Datuk Hassan Mahamood (Pas-Tawang) adalah baik kerana ia mampu menakutkan masyarakat daripada melakukan perbuatan itu.

“Kita telah melaksanakan hukuman rotan ini namun ia dilakukan di penjara sahaja dengan maksimum enam sebatan. Boleh jadi kalau diadakan di hadapan orang ramai, ia boleh menggerunkan mereka untuk melakukan kesalahan berkenaan.

“Apapun kerajaan (negeri) akan melakukan kajian tentang perkara ini terlebih dahulu,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada perasmian sidang Dun Kelantan yang bermula Isnin lalu dan berakhir hari ini.

Semalam Hassan ketika membahaskan titah Sultan Muhammad V mencadangkan agar kerajaan negeri melaksanakan hukuman itu di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah zina.

Mohd Nassuruddin berkata, pada masa ini hukuman sedia ada bagi pesalah zina di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah penjara tidak lebih tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan yang dilaksanakan di lokap pesalah.

The post Kelantan Kaji Sebat Pesalah Zina Di Khalayak Ramai appeared first on WOWBERITA.ORG.

(10 Gambar) Dua Bahan Letupan Di KLCC Berjaya Dimusnahkan

$
0
0

bom klccSkuad bom polis hari ini meletupkan dua bahan letupan buatan sendiri yang ditemui di Aquaria di KLCC yang menjadi tempat pelancongan popular.

Memetik portal Malaysiakini, Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hang Tuah, Fuad Omar memberitahu bahawa bahan letupan itu berjaya diletupkan oleh robot yang dikendalikan oleh skuad bom polis pada kira-kira 7.45 malam.

“Bom diletakkan dalam balang. Tiada kejadian yang tidak diingini,” katanya ketika dihubungi.

BREAKING NEWSDua objek mencurigakan dalam balang kaca ditemui berhampiran Aquaria KLCC lewat petang tadi. Pengunjung…

Posted by Wowberita (Official) on Wednesday, 9 March 2016

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah berkata butiran lanjut akan diberikan kepada media tidak lama lagi.

Fuad berkata seorang pekerja Aquaria KLCC ternampak balang itu pada kira-kira jam 5.30 petang dan meletakkannya berhampiran sebuah tong sampah berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Anggota keselamatan KLCCyang mengesyaki sesuatu yang tidak kena kemudiannya menghubungi pihak polis, yang seterusnya menghantar skuad bom.

klcc 2

klcc 1

bom 4

bom 5

bom 6

Pasukan Bomba dan Penyelamat diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga semasa bahan itu diletupkan.

Fuad berkata bom itu diletupkan di taman di hadapan pusat konvensyen itu, selepas kawasan itu dikepung daripada orang ramai.

Menurutnya, anggota polis masih berada di loaksi untuk menentukan bahan yang digunakan untuk membuat bom itu.

The post (10 Gambar) Dua Bahan Letupan Di KLCC Berjaya Dimusnahkan appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Dua Botol Di KLCC Bukan Bom Tapi Bahan Ujikaji Pelajar Sekolah’– KPN

$
0
0

kpnKetua Polis Negara, Tan Sri Khalid berkata dua objek mencurigakan yang disyaki bom di KLCC bukannya bahan letupan seperti yang digembar-gemburkan.

Menurut beliau, ia adalah bahan ujikaji lampu yang ditinggalkan oleh pelajar sekolah.

“Siasatan awal @PDRMsia terhadap 2 botol di KLCC bukan nya bahan letupan tetapi bahan uji kaji lampu yg ditinggalkan oleh penuntut sekolah.

“Murid Sekolah terlibat dari Bkt Beruntung telah tinggalkan botol2 tersebut di KLCC dan di syaki bom oleh mrk yg menemuinya. @PDRMsia”, kata beliau menerusi Twitter.

Sebelum ini dua objek mencurigakan telah menimbulkan kebimbangan bom di KLCC. Kedua-dua objek itu telah dimusnah oleh Unit Pemusnah Bom.

The post ‘Dua Botol Di KLCC Bukan Bom Tapi Bahan Ujikaji Pelajar Sekolah’ – KPN appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Saya Akan Lawan, Berusaha Untuk Rakyat’– Ahmad Razif

$
0
0

ahmad-razif“Saya akan lawan! Saya akan lawan dengan berusaha supaya mencipta lebih banyak kejayaan, lebih banyak kebaikan untuk rakyat!

“Saya akan lawan dengan berusaha keras supaya Terengganu dihormati kawan dan lawan. Saya akan lawan dengan berusaha supaya kita dapat hapuskan sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan. Kalau saya mati sekalipun, saya mati melawan.”

Demikian ikrar Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung tindakan bekas Menteri Besar dan juga ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadapnya (Ahmad Razif) semalam tetapi ditolak Speaker DUN, Datuk Mohd Zubir Embong.

Abdul Razif berkata, sejak awal mengambil tugas sebagai Menteri Besar, beliau sentiasa menjadikan tiga bekas penyandang iaitu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ahmad sebagai ikon.

“Saya raikan mereka dalam satu majlis semata-mata bertujuan memperingati dan menunjukkan rasa hormat saya terhadap jasa dan sumbangan mereka, namun malangnya Adun Kijal tidak hadir.

“Saya mahu rakyat tahu bahawa saya menyambung kerja-kerja baik dan asas yang telah mereka letakkan untuk pembangunan Terengganu. Siapalah saya berbanding mereka. Saya hanya cikgu sekolah.

“Saya mengharapkan ketiga-tiga bekas Menteri Besar ini dapat bersama-sama membantu saya dan kerajaan dalam memajukan negeri. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan, itu adalah dendam,” katanya.

Ahmad Razif turut menyatakan bahawa beliau berasa pelik apabila dikatakan membuat konspirasi untuk menafikan sumbangan Ahmad sewaktu beliau menjadi Menteri Besar.

Katanya, sekiranya terdapat kebaikan yang disebut oleh pihak lain ketika beliau menjadi menteri besar, ia sebenarnya adalah kebaikan yang dimulakan oleh Barisan Naisonal (BN) terdahulu.

“Misalnya, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) telah siap ketika saya menjadi Menteri Besar namun kerja-kerja awal telah pun bermula ketika zaman Wan Mokhtar lagi. Begitu juga stadium, ITC Kemaman, Sekolah Menengah IMTIAZ dan pelbagai projek yang sebelum ini terbengkalai atau dibiarkan lesu.

“Saya sambung dan selesaikan. Saya tidak menafikan sumbangan sesiapa, malah saya selesaikan apa yang tidak selesai dan tambah nilai apa yang belum selesai.

“Saya sentiasa katakan bahawa kita harus sentiasa memandang ke hadapan. Kita jangan lupa, apabila kita tinggalkan sesuatu jawatan, kita mungkin tinggalkan bukan sahaja legasi baik tetapi mungkin ada legasi tidak baik,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut memuji tindakan Idris yang hadir secara konsisten dalam sidang DUN walaupun telah menyerah tugas, namun ia berbeza dengan keadaan Ahmad, yang mana beliau kerap tidak hadir.

“Yang sudah tu sudahlah. Saya teringat kata-kata yang diucap sendiri oleh Adun Kijal, ‘kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kita orang politik jangan berkecil hati, jangan makan hati, jangan rasa hati dan mesti berhati-hati’.

“Saya akui saya hanyalah seorang cikgu dan cikgu ini sifatnya sentiasa akur dan menerima, jarang sekali membantah. Diseru dan dipanggil… kita datang. Disuruh pergi.. kita pulang.

“Tetapi sesiapa sekalipun, sama ada dia seorang cikgu atau bukan, sekiranya asyik diasak dan maruahnya dihina, dia akan melawan. Saya akan lawan!” katanya sebelum mengakhiri ucapan yang mendapat tepukan gemuruh dalam kalangan barisan kerajaan.

The post ‘Saya Akan Lawan, Berusaha Untuk Rakyat’ – Ahmad Razif appeared first on WOWBERITA.ORG.


Chong Wei Tersingkir Kejohanan Seluruh England

$
0
0

lcwPemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei tersingkir daripada Kejohanan Seluruh England selepas tewas mengejut kepada B Sai Praneeth dari India di pusingan pertama di Barclaycard Arena, Birmingham awal pagi ini.

Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia yang memburu kejuaraan keempat di kejohanan ini selepas menjuarainya pada 2010, 2011 dan 2014, tewas 22-24, 20-22 kepada lawan yang berada 32 tangga di bawahnya dalam ranking dunia.

Kekalahan Chong Wei yang juga pilihan kedua bagi edisi kali ini, turut menyaksikan rekod cemerlang beliau di kejohanan Seluruh England sejak 2009 hingga 2014 yang tidak pernah gagal mara ke final, berakhir.

Chong Wei, 33, tidak beraksi di Seluruh England tahun lalu kerana menjalani penggantungan lapan bulan akibat kesalahan doping ketika itu.

Ini juga adalah kemenangan pertama Sai Praneeth, 24, ke atas Chong Wei dalam lima pertemuan mereka sejak Mei 2012. Kali terakhir mereka bertarung adalah di suku akhir Terbuka Kanada Jun tahun lepas.

Berikutan kekalahan itu, Malaysia tidak lagi mempunyai wakil dalam acara perseorangan lelaki, sebaliknya mengharapkan pasangan veteran, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan cabaran negara dalam acara beregu lelaki.

Cabaran pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yee juga berakhir seawal pusingan pertama selepas tunduk 11-21, 18-21 kepada Lindaweni Fanetri dari Indonesia manakala beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tumpas 21-16, 17-21 di tangan gandingan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Kim Ha Na.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara beregu wanita.

The post Chong Wei Tersingkir Kejohanan Seluruh England appeared first on WOWBERITA.ORG.

Ahmad Razif Dedah Terima Amaran Awal Usul Undi Tidak Percaya

$
0
0

ahmad-razif-2Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadapnya sebagai Menteri Besar Terengganu, dibuat atas dorongan pihak tertentu.

“Saya telah diingatkan supaya berhati-hati dan akan ada gerakan luar yang mahu menjatuhkan saya.

“Saya mendapat maklumat tersebut dari Kuala Lumpur,” kata Ahmad Razif ketika berucap pada majlis perjumpaan khas Barisan Nasional (BN), Veteran UMNO dan Mubarak Terengganu di sini, Rabu malam.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kecoh pada Selasa, berikutan cadangan usul undi tidak percaya itu, bagaimanapun berjalan lancar pada Rabu.

Malah, Adun Kijal yang mengemukakan cadangan itu tidak langsung kelihatan sehingga selesai sesi penggulungan titah ucapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan DUN ke-13 itu.

Ahmad Razif dalam ucapannya berkata agendanya kini adalah untuk memastikan BN Terengganu terus kuat dan mencipta sebanyak mungkin kejayaan agar BN mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Apa berlaku kepada saya sekarang tidak penting, jika ditakdirkan saya terpaksa berkorban, saya rela demi memastikan UMNO dan BN terus kekal berkuasa pada PRU-14 nanti,” katanya.

Ahmad Razif menyifatkan tindakan Ahmad itu sebagai satu hikmah kerana beliau kini dapat mengetahui siapa musuh daripada dalam yang cuba menjatuhkan BN di Terengganu.

Sementara itu, Biro Penerangan Persatuan Siswazah Terengganu (PERSIST) dalam satu kenyataan, berharap semua pihak perlu berlapang dada, memberi ruang dan peluang serta bersama-sama Ahmad Razif membangunkan Terengganu.

“Pemimpin yang baik memimpin masyarakat ke arah penyatuan, dan bukanlah perpecahan. Mari kita semua, bawa negeri kita agar mampu menjadi negeri terhebat, terbaik dan natijah untuk ini adalah rakyat yang mendapat impak positifnya,” menurut kenyataan itu.

The post Ahmad Razif Dedah Terima Amaran Awal Usul Undi Tidak Percaya appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Penumpang Islam Dihalau Keluar Pesawat Kerana ‘Merenung’

$
0
0

jetbluePolis mengiringi dua wanita Islam keluar dari pesawat selepas seorang kru kabin menuduh mereka ‘merenungnya.’

Wanita berkenaan dalam penerbangan dari Boston ke Los Angeles tanpa sebarang kejadian tetapi didakwa berbuat demikian selepas pesawat penumpang JetBlue mendarat, kata saksi.

Penumpang berkata, mereka mendengar anggota kru kabin memberitahu rakan sekerjanya beliau direnung dengan cara tidak sopan oleh kedua-dua wanita itu, lapor akhbar The Sun.

Video kejadian itu dimuat naik ke YouTube. Seorang penumpang, Sharon Kessler, menulis dalam Facebooknya: “Ia saat yang dahsyat, secara jujur, kerana wanita itu duduk diam, menonton filem, ia seperti satu pembunuhan dilakukan pembantu penerbangan.

“Pembantu penerbangan memberitahu rakan sekerjanya beliau direnung secara tidak sopan walaupun tidak kelihatan gementar atau takut, cuma kesombongan.

“Kemudian, selepas mendarat, beliau mengumumkan pihak berkuasa akan memasuki pesawat tan kami perlu kekal berada di tempat duduk dengan tali pinggang keselamatan dipasang.”

Dalam kenyataan, JetBlue berkata, pembantu penerbangan mengesyaki salah seorang wanita itu merakamkan prosedur dalam pesawat.

The post (Video) Penumpang Islam Dihalau Keluar Pesawat Kerana ‘Merenung’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Kami Mungkin Berkahwin Tahun Ini’– Nora Danish

$
0
0

Bagi peminat kepada pasangan romantik, Nora Danish dan Nedim Nazri pastinya teruja untuk melihat mereka naik pelamin secepat yang mungkin. Terkini Nora memberitahu bahawa mereka mungkin akan berkahwin pada hujung tahun ini selepas tiga tahun menyulam cinta.

“Nampak gayanya tahun ini juga kami akan berkahwin. Bagaimanapun sejujurnya saya tidak mahu terburu-buru kerana ia juga perkahwinan kedua saya. Saya tidak mahu berkahwin atas dasar cinta semata-mata, tetapi biarlah kerana Allah”

“Walaupun perbincangan ke arah itu pernah dilakukan, namun kami masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk detik bersejarah terbabit. Selain itu, saya juga mengimpikan perkahwinan yang sederhana, apa yang penting kami sebagai pasangan sah bergelar suami isteri,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan bapa Nedim, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tempoh hari, Nora berkata, mereka pernah bertemu beberapa kali namun beliau enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu demi menghormati status bapa Nedim sebagai menteri.

Terdahulu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pernah mengeluarkan kenyataan berhubung hubungan cinta diantara anak lelakinya dengan Nora Danish. Dalam kenyataan tersebut, beliau seolah-olah memberikan lampu hijau atau restu sekiranya mereka ingin berkahwin.

The post ‘Kami Mungkin Berkahwin Tahun Ini’ – Nora Danish appeared first on WOWBERITA.ORG.

Enam Kelemahan 1MDB Terkantoi Melalui Laporan PAC

$
0
0

Mujur ada siasatan terhadap macam-macam dakwaan salah laku syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak beberapa tahun.

Dengan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dibantu laporan Ketua Audit Negara, sebahagian syak wasangka dan tuduh-menuduh selama ini sedikit sebanyak terungkai.

Walaupun isu ini belum tuntas, banyak dakwaan terus dilontarkan dan siasatan masih dijalankan oleh beberapa negara lain, berikut isi-isi utama laporan PAC yang diumumkan hari ini.

1. Ingkar keputusan dan arahan lembaga pengarah

Menurut laporan PAC, pihak pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan lembaga pengarah ataupun mengambil tindakan sebelum mendapat kelulusan khusus daripada lembaga pengarah.

Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian kesannya terhadap aliran tunai syarikat. Banyak pula keputusan penting hanya dibuat melalui resolusi bertulis tanpa perbincangan dalam mesyuarat.

2. Bayar US$1.4 bilion ke Aabar Ltd, syarikat yang tidak pasti

1MDB membayar deposit cagaran sekitar US$1.4 bilion (RM5.5 bilion) kepada Aabar Ltd tanpa persetujuan lembaga pengarah.

Malah, bukan itu sahaja, bayaran dibuat tanpa memastikan syarikat tersebut benar-benar dimiliki dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).

Sehingga kini, 1MDB masih belum dapat menentukan mana satu anak syarikat IPIC, Aabar Ltd ataupun Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, yang mempunyai nama mirip.

3. Bayar US$700 juta ke firma tidak berkaitan urusan PetroSaudi

1MDB tidak mendapat kebenaran lembaga pengarahnya apabila membayar US$700 juta (RM2.72 bilion) kepada Good Star Ltd pada 2009, sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan usaha sama dengan firma minyak Arab Saudi, PetroSaudi International Ltd.

Daripada US$1 bilion peruntukan untuk usaha sama tersebut, 1MDB memindahkan cuma US$300 juta ke akaun bank JP Morgan (Suisse) SA milik syarikat bersama 1MDB PetroSaudi Ltd.

Manakala bakinya masuk ke akaun RBS Coutts Bank Ltd yang dimiliki Good Star.

4. Pecat dua firma audit berturut-turut, tidak tahan disiasat

Dalam tempoh empat tahun, 1MDB menamatkan khidmat dua syarikat audit terkenal Ernst & Young (EY) dan KPMG selepas mereka sering mendesak dokumen-dokumen penting.

Dokumen itu gagal diberikan oleh syarikat tersebut dan ia berbeza pendapat dengan firma-firma audit berwibawa itu.

EY diberhentikan pada 15 September 2010, sebelum 1MDB menghantar laporan kewangan pertamanya untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.

KPMG pula diberhentikan pada 31 Disember 2013 sebelum laporan bagi tahun 2013 dikemukakan, lalu digantikan dengan Deloitte.

5. Berharap hutang berbilion-bilion, bahayakan Putrajaya

Kerajaan persekutuan berdepan dengan risiko sebesar RM20.3 bilion pada Oktober tahun lepas jika 1MDB gagal melangsaikan hutangnya.

Jumlah tersebut datang daripada jaminan kerajaan sebanyak RM5.8 bilion, surat sokongan untuk menjamin RM13.56 bilion dan juga kredit tunggu sedia sebanyak RM950 juta.

6. Jadi ‘anak emas’ Putrajaya, dapat banyak kelebihan

1MBD mendapat banyak kelebihan daripada pentadbiran Putrajaya yang tidak diberikan kepada anak-anak syarikat lain di bawah MOF Inc milik penuh Kementerian Kewangan.

Misalnya, 1MDB diberikan pengecualian cukai korporat untuk semua pendapatan selama 10 tahun sejak 23 November 2010.

Lembaga pengarahnya juga tidak mempunyai pegangan saham dan juga diberi pengecualian lain daripada peraturan kerajaan dalam aspek pengurusan bayaran perolehan, penggajian dan bonus kepada lembaga pengarah dan pengurusan.

The post Enam Kelemahan 1MDB Terkantoi Melalui Laporan PAC appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live