Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Kerajaan Sumbang RM1 Juta Kepada JDT

$
0
0

Kerajaan memberi sumbangan sebanyak RM1 juta kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk pembangunan sukan bola sepak di negeri itu.

Sumbangan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim di sini sebentar tadi pada majlis perasmian projek Forest City.

BERITA PENUH MENYUSUL

The post Kerajaan Sumbang RM1 Juta Kepada JDT appeared first on WOWBERITA.ORG.


Promosi Tiket Percuma Airasia 7 Hingga 13 Mac 2016 Free Seats

$
0
0

air asiaAirAsia dan AirAsia X menawarkan tiga juta tempat duduk promosi percuma yang menghubungkan pengguna ke lebih 100 destinasi di 22 negara.

Tempat duduk promosi ini bermula daripada tambang asas RM0, serta cukai dan fi.

Promosi itu ditawarkan dari 7 Mac hingga 13 Mac, 2016 menerusi laman web syarikat penerbangan itu di airasia.com bagi perjalanan dari 1 Okt 2016 hingga 22 Mei 2017, kata AirAsia dalam satu kenyataan hari ini.

Tempahan juga boleh dibuat menggunakan aplikasi mudah alih AirAsia menerusi iPhone dan perkhidmatan Android, selain laman web mobile.airasia.com.

“Orang ramai boleh memanfaatkan promosi Fly-Thru ini untuk ke destinasi menarik AirAsia X seperti Auckland, Sapporo, Tokyo, Gold Coast, Sydney dan banyak lagi,” kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Siegtraund Teh.

The post Promosi Tiket Percuma Airasia 7 Hingga 13 Mac 2016 Free Seats appeared first on WOWBERITA.ORG.

China Dilanda ‘Revolusi Seks’ Sejak Akta Ketat Mao Dimansuh

$
0
0

revolusi seks 1“Revolusi seks” melanda China, kini lebih ramai mengadakan seks sebelum berkahwin, amalan yang dilarang tegas beberapa dekad lalu sewaktu pemerintahan Mao Zedong.

Dalam tempoh 20 tahun mutakhir, lima kali ganda warga negara itu kini melakukan hubungan jenis berbanding sewaktu wujud undang-undang menyekat amalan itu, lapor portal News.com.au di sini hari ini.

Menurut Li Yinhe, seorang pakar kajian seks China, dulu kerajaan memperkenalkan peraturan yang membolehkan wanita dihukum jika bersetubuh dengan lebih seorang lelaki.

“Dalam tinjauan saya pada 1989, 15.5 peratus responden melakukan hubungan kelamin sebelum perkahwinan,” katanya dalam satu wawancara untuk dokumentari BBC.

“Namun dalam tinjauan saya dua tahun lalu, angka itu meningkat kepada 71 peratus.”

sex revolutionMenyifatkan gejala ini sebagai “revolusi seks”, Li berkata China sekarang berada di tengah-tengah zaman perubahan penting apabila peraturan-peraturan itu dilonggarkan.

“Orang sedang mengalami perubahan peringkat revolusi dalam fikiran dan tingkah laku dan kajian saya mendepani pergelutan tersebut,” beliau dipetik berkata.

“Apabila saya menyampaikan syarahan di Tianjin, lebih 1,000 orang hadir mendengar… Saya fikir keinginan yang terpendam di jiwa masing-masing telah melompat keluar.”

Sebelum undang-undang ketat mengawal seks luar nikah dimansuhkan pada 1997, penyebaran bahan lucah atau menganjurkan parti seks boleh dikenakan hukuman mati.

Tindakan terhadap kegiatan pelacuran juga sangat berat. Pada 1996, seorang pemilik rumah mandi dikenakan hukuman mati kerana menjalankan kegiatan pelacuran.

Namun kini seorang wanita muda Beijing hanya dikenakan hukuman penjara enam bulan atas kesalahan menerbitkan enam novel seks atas talian.

sexPada 2014 di Shanghai, sekumpulan rakyat China dipenjara tiga bulan kerana menganjurkan seks parti melalui Internet.

Pada 2012, lapor News.com.au lagi, seorang wartawan Amerika Syarikat mengkaji sejarah perkembangan seks di China dalam tempoh 5,000 tahun dalam bukunya Behind the Red Door: Sex in China.

Richard Burger berpendapat perubahan besar selera seks di sana meledak akibat perkembangan Internet. “Tidak ada faktor penyebab yang mencetukan revolusi seks sebagaimana [dampak] Internet,” katanya dalam wawancara dengan Business Insider Australia.

“Anda boleh menjejak revolusi seks mulai merebak cepat apabila Internet menjadi makin popular.”

The post China Dilanda ‘Revolusi Seks’ Sejak Akta Ketat Mao Dimansuh appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Pelajaran Anak Terjejas Ketika Saya Bercerai’– Nurul Wahab

$
0
0

nurulSiapa sangka rumah tangga yang dibina antara penyanyi Nurul Wahab dan komposer Ajai hancur pada tahun 2007. Namun kini keduanya sudah menjalani kehidupan masing-masing.

Berkongsi kisah lalu, Nurul memberitahu kes penceraian tersebut memberi kesan kepada pelajaran anaknya Ayu Nadirah Mohd Faizal, 17, yang dikatakan pernah merosot.

Menurut Nurul atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab berkata, anak sulungnya itu turut terkesan dengan kegagalan rumah tangga yang dibina itu sehingga tidak dapat memberi perhatian terhadap pelajaran. Meskipun begitu langkah diambil dengan mencari jalan untuk mengembalikan tumpuan Ayu terhadap pelajaran.

“Saya akui keluarga yang bercerai sedikit sebanyak memberi kesan kepada anak, begitu juga Ayu yang mana sekitar dua tahun perpisahan kami pelajarannya terjejas teruk.

“Bagaimanapun, saya dan Ajai cari punca dan jalan untuk dia kembali fokus dengan pelajaran sehingga dia kembali semula seperti biasa,” ujar Nurul.

Nurul berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pencapaian anaknya Ayu Nadirah yang memperoleh 9A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang diumumkan pada Khamis lalu.

Dalam pada itu Nurul berkata, sebagai ibu dia berasa gembira dan berbangga dengan kejayaan yang dicapai anaknya itu.

Tambahnya, Ayu juga bertuah mendapat sokongan dan galakan daripada dua buah keluarga.

“Dia bertuah kerana ada ramai yang ambil berat tentang pelajarannya. Saya dan suami hanya beri nasihat dari segi psikologi sahaja supaya dia lakukan terbaik,” ujarnya.

Untuk info, Nurul berkahwin dengan Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Pelajaran Anak Merosot Ketika Kami Bercerai – Nourul Wahab

Selepas itu, Ajai mendirikan rumah tangga bersama Norliza Ilias pada 15 Ogos 2009 manakala Nourul pula melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.

The post ‘Pelajaran Anak Terjejas Ketika Saya Bercerai’ – Nurul Wahab appeared first on WOWBERITA.ORG.

Jutawan Iran Dihukum Bunuh Kerana Rasuah RM11 Bilion

$
0
0

babak zanjaniJutawan paling kaya Iran, yang mempunyai bank dan syarikat minyak di Malaysia, dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan menyeleweng wang negara.

Babak Zanjani, ditahan pada Disember 2013, dituduh tidak memulangkan US$2.7 bilion (RM11 bilion) hasil minyak yang disalurkan melalui syarikatnya, lapor portal stesen BBC di sini, hari ini.

Beliau, yang menafikan tuduhan itu, didapati bersalah melakukan jenayah ekonomi dan rasuah, kata jurucakap keadilan Iran dalam satu sidang media.

Namun Zanjani, 41, masih dibenarkan merayu hukuman bunuh ini. Dua lagi yang terlibat dalam kes ini dijatuhkan hukuman sama.

Mereka juga dikehendaki membayar denda, lapor agensi berita AFP pula, kira-kira 25 peratus daripada jumlah yang diselewengkan.

Antara seorang yang paling kaya di republik Islam, Zanjani disenarai hitam oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah atas dakwaan mengelak sekatan perdagangan minyak.

Beliau menggunakan puluhan syarikat miliknya di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki dan Malaysia untuk menjual berjuta-juta tong minyak Iran bagi pihak kerajaan sejak 2010.

Pengerusi kumpulan Sorinet, menurut maklumat Perbendaharaan Amerika Syarikat, memiliki syarikat International Safe Oil di Labuan dan First Islamic Investment Bank di Kuala Lumpur.

Bank dan syarikat ini antara jaringan 60 entiti milik ahli perniagaan itu, yang dipantau pihak berkuasa negara-negara Barat, berjaya menjual US$17.5 bilion (RM71.1 bilion), lapor BBC.

Sebelum ditangkap, Zanjani mendakwa sekatan ekonomi itu menghalangnya mengembalikan wang kerajaan sebanyak US$1.2 bilion (RM4.9 bilion).

Semasa perbicaraan kes tersebut, lapor BBC lagi, pihak pendakwa menyatakan jutawan itu memiliki US$2.7 bilion (RM11 bilion) hasil jualan minyak Iran.

Beliau ditahan sehari selepas Presiden Hassan Rouhani mengarahkan kerajaan mengambil tindakan terhadap “penyelewengan kewangan”, khususnya melibatkan “tokoh-tokoh istimewa” yang “mengambil kesempatan daripada sekatan ekonomi.”

Zanjani, mendakwa memiliki kekayaan US$13.5 bilion (RM54.8 bilion), menafikan hubungan politik dengan pemimpin kerajaan Iran.

Namun ada laporan-laporan menyebut beliau dekat dengan bekas presiden Mahmoud Ahmadinejad, yang mengarahkannya mengelak sekatan dan menyalurkan wang melalui bank luar negara.

Sekatan antarabangsa terhadap Iran ditarik balik Januari lalu selepas badan bebas mengesahkan republik itu akur pada syarat-syarat untuk tidak membangunkan senjata nuklear.

The post Jutawan Iran Dihukum Bunuh Kerana Rasuah RM11 Bilion appeared first on WOWBERITA.ORG.

Bertudung Tapi Pakai Baju Jarang, Adik Neelofa Dikecam Netizen

$
0
0

nur ameeraBaru sahaja reda kontroversi mengenai video adik selebriti ini yang membandingkan kelebihan bersekolah swasta dan kerajaan, nama Ameera sekali lagi menjadi bualan orang ramai.

Kali ini, fesyen yang dikenakan oleh si cantik manis ini pula menjadi krtikan netizen. Baju jarang, seluar singkat dikatakan tidak sesuai dengan penampilannya yang berhijab.

Menerusi laman Instagramnya, foto-foto yang dimuatnaik ini telah mendapat kritikan demi kritikan daripada netizen. Malah, ada juga yang mengaitkan isu ini dengan isu sekolah swasta yang menjadi viral baru-baru ini.

Dakwa mereka, pemikiran Ameera banyak dipengaruhi oleh persekitaran sekolah swasta sehingga tidak menjada tatasusila sebagai seorang gadis Islam yang berhijab yang seharusnya menutup aurat dengan sempurna.

komen2

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu yang mempertahankan adik Neelofa ini dengan menyatakan bahawa gadis ini baru berusia belasan tahun dan masih belum cukup matang.

The post Bertudung Tapi Pakai Baju Jarang, Adik Neelofa Dikecam Netizen appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Allah Pinjamkan Menjadi Suami 2 Tahun & Jadi Ayah 2 Bulan’– Luahan Sayu Isteri

$
0
0

luahanOrang selalu berpesan, “jangan terlalu membenci seseorang kerana itu mungkin jodoh kita,” dan ianya dibuktikan oleh Puan Nadirah Razak yang telah berkahwin dengan suami tercintanya di mana suaminya itu dulu tidak disukainya kerana suka menyakat, memang ‘sweet’kan.

2

Namun, segala keindahan itu hanya pinjaman sementara daripada yang Maha Esa, pada 3 November, jam 11 malam, suami Puan Nadirah, Ali Hazman Md Din yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya telah berhenti menolong sebuah kemalangan.

Namun, Allah lebih sayangkannya, ketika itu datang sebuah kereta dengan laju yang dipandu seorang pemandu mabuk telah melanggar mereka yang berhenti disitu untuk membantu termasuk mangsa kemalangan dan Ali Hazman disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira jam 1 pagi, 4 November 2015.

Berita mengenai kemalangan suami Puan Nadirah ini telah disiarkan oleh akhbar Harian Metro, ketika arwah meninggal, anak mereka ketika itu baru berumur 46 hari di mana majlis aqiqah akan diadakan beberapa hari selepas itu.

Puan Nadirah dalam kenyataan kepada Harian Metro memberitahu bahawa arwah sebelum itu telah meninggalkan pesan supaya menjaga anak perempuan mereka dengan baik

“Saya bertanya mengapa dia meminta sedemikian, tetapi arwah hanya berkata bahawa ia hanya satu pesanan.

“Kami merancang untuk mengadakan kenduri aqiqah hujung bulan ini dan semua persiapan sudah dibuat dan arwah sangat teruja.

“Bagaimanapun, setiba saya di hospital arwah disahkan meninggal dunia, Saya tidak sangka dia pergi meninggalkan kami,” katanya di mana arwah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras.

4

Menurut carita seorang penunggang motosikal yang turut cedera kerana turun membantu mangsa kemalangan, Mohamad Jusoh Miskun, 41, berkata, arwah bersungguh-sungguh mahu membantu mangsa kemalangan itu sebelum dirempuh kereta.

“Saya ternampak seorang lelaki dan seorang wanita berada di tepi jalan di susur keluar ke Bandar Tun Razak sebelum memberhentikan motosikal.

“Wanita yang menunggang motosikal itu terlanggar sebuah kereta Perodua Myvi milik seorang lelaki. Bagaimanapun selepas beberapa minit berbincang untuk membantu menyelesaikan kemalangan itu, tiba-tiba sebuah kereta merempuh kami,” katanya.

Menurutnya, dia bersama lima lagi mangsa yang berada di tempat kejadian tercampak selepas dirempuh kenderaan berkenaan.

Salam takziah buat Puan Nadirah. Anggaplah ini sebagai ujian kerana ujian itu tuhan nak uji hambaNya itu kuat atau tidak dan tuhan tidak akan sekali-kali menguji lebih dari kemampuan HambaNya.

The post ‘Allah Pinjamkan Menjadi Suami 2 Tahun & Jadi Ayah 2 Bulan’ – Luahan Sayu Isteri appeared first on WOWBERITA.ORG.

Serpihan Kedua Pesawat Dipercayai Milik MH370 Dijumpai Di Pulau Reunion

$
0
0

johnny begueSatu lagi serpihan pesawat, dipercayai ada kaitan dengan MH370, dijumpai di Pulau Reunion, sebuah pulau kecil milik Perancis di Lautan Hindi pada Khamis lalu.

Serpihan kedua itu dijumpai Johnny Begue, orang sama yang menjumpai ‘flaperon’ yang disahkan daripada pesawat MH370 pada Julai tahun lalu.

Menurut Begue, sepertimana dilaporkan AFP, dia sedang berjoging di pesisir pantai apabila ternampak sebuah objek kecil berukuran 40 dan 20 sentimeter.

Katanya, objek berkenaan mempunyai tanda berwarna biru di bahagian permukaan serta berwarna kelabu di bahagian bawahnya.

“Objek berkenaan adalah ringan dan strukturnya kelihatan sama seperti flaperon yang jumpai tahun lalu.

“Selepas menjumpainya, saya menyerahkan objek itu kepada polis,” katanya.

Begue berkata, sejak dia menemui flaperon tahun lalu, dia sering berlegar-legar di tepi pesisir pantai untuk mencari lagi serpihan pesawat.

“Saya mulakan pencarian saya setiap kali selepas berlakunya cuaca buruk yang kebiasaannya ombak akan menghanyutkan pelbagai sampah dan benda ke pesisir pantai,” katanya lagi.

Menurut Begue, polis belum lagi menghubunginya sejak objek itu diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu.

Begue menjumpai objek berkenaan beberapa hari selepas penemuan satu lagi serpihan dipercayai daripada pesawat MH370 di Mozambique oleh seorang lelaki warga Amerika Syarikat, Blaine Gibson.

Gibson dilapor menjumpai objek itu ketika berjalan di kawasan pantai berdekatan Vilankulo, Pulau Benguerra (sebahagian daripada kepulauan Bazaruto).

Gibson merupakan seorang penulis blog dan aktif menyiasat kehilangan pesawat tersebut.

Gibson hadir menyerahkan kepingan objek berukuran 57 dengan 90 sentimeter itu dan ditemani wakil dari kedutaan Australia.

Setakat ini, flaperon yang dijumpai oleh Begue Julai tahun lalu merupakan satu-satunya serpihan pesawat yang disahkan daripada pesawat MH370.

Pesawat MH370 hilang dari radar sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pesawat bersama 239 penumpang dan anak kapal itu hilang daripada imbasan radar.

The post Serpihan Kedua Pesawat Dipercayai Milik MH370 Dijumpai Di Pulau Reunion appeared first on WOWBERITA.ORG.


#RespectMyPM: Kempen Netizen Pertahan Najib

$
0
0

respectPM“I am Malaysian. And I #RespectMyPM.”

Begitulah ayat yang terpapar pada beberapa poster yang viral di media sosial sebagai kempen untuk menyatakan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hashtag #RespectMyPM yang membanjiri Facebook dan Twitter dilihat sebagai usaha untuk membuktikan kepercayaan netizen kepada kepimpinan Najib yang kebelakangan ini menerima pelbagai tekanan termasuklah Deklarasi Rakyat yang ditandatangani lebih 50 orang tokoh politik dan NGO yang mendesak agar Najib meletakkan jawatan.

Kebanyakan netizen termasuk ahli politik menyahut seruan tersebut di Twitter:

Namun ada netizen yang turut mempersoalkan keberkesanan penggunaan hashtag di media sosial sebagai kempen kesedaran.

Beberapa gambar dimuat naik dengan slogan di atas bersama dengan bendera semua negeri di Malaysia.

I AM MALAYSIAN. AND I _________________#RESPECTMYPM

Posted by Pertahan Negara Kita on Sunday, 6 March 2016

The post #RespectMyPM: Kempen Netizen Pertahan Najib appeared first on WOWBERITA.ORG.

Misha Omar Sah Hamil Anak Sulung

$
0
0

misha-omar-dan-suami-firosSelepas dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar, 34, kini hamil anak sulung.

Tidak mahu mendedahkan usia kehamilan, Misha bersyukur kerana dirinya tidak mengalami alahan yang teruk.

“Sejujurnya, tidak banyak perkara yang dapat dikongsi kerana semuanya masih terlalu baru. Saya bersyukur kerana pada usia awal kehamilan ini, saya tidak mengalami alahan teruk malah setiap urusan kerja berjalan dengan lancar,” kata Misha kepada BH Online.

Tambah Misha, suaminya merupakan insan yang paling gembira apabila mendapat perkhabaran yang dirinya kini sedang hamil.

“Suami saya gembira dan terharu. Dia begitu mengambil berat dan memberikan layanan istimewa. Ianya membuatkan saya rasa dihargai.

“Saya rasa sangat terharu. Permulaan tahun 2016 ini membawa pelbagai memori manis dalam hidup saya. Saya berdoa agar diberikan Allah kesihatan yang baik supaya dapat melalui momen ini dengan indah,” katanya lagi.

Misha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firos Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. Sebelum ini, Misha mempunyai dua orang anak angkat, Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.

The post Misha Omar Sah Hamil Anak Sulung appeared first on WOWBERITA.ORG.

Tonton BoBoiBoy: The Movie (2016) Full Movie

$
0
0

filem boboiboy the movieJom tonton filem BoBoiBoy: The Movie secara online di sini. BoBoiBoy: The Movie mengisahkan sekumpulan makhluk asing bernama The Tengkotak tiba di bumi dan menculik Ochobot. Mereka mahu menggunakannya untuk mencari sebuah Sfera Kuasa yang tersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya perlu menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di sebalik Sfera Kuasa tersebut.

Tonton BoBoiBoy: The Movie (2016) Full Movie

The post Tonton BoBoiBoy: The Movie (2016) Full Movie appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Gambar & Video) Ibu, Bayi 10 Bulan Maut Selepas Terjatuh Dari Cerun Bukit

$
0
0

ibu-anak-1Seorang ibu bersama anaknya berusia enam bulan maut manakala suaminya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam nahas ngeri di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Cheras pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 9.50 pagi, kedua-dua mangsa dipercayai terjatuh dari cerun setinggi 20 meter ketika motosikal yang ditunggang suaminya terbabas dan melanggar tembok di kiri jalan berkenaan.

Berikutan kejadian, isteri dan anak mangsa telah terpelanting dan jatuh ke cerun bukit berhampiran sebuah kawasan flat di situ.



Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika ditemui tengah hari tadi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

A mother and her ten-month-old baby were killed in a motorcycle accident, early this morning.They were both pillion riders of the motorcycle.The accident occurred at Jalan Taman Bukit Permai, Ampang at about 8.45 am.The husband of the deceased woman, who rode the motorcycle, sustained serious injuries.He was found by members of the public near the motorcycle.The motorcycle in which they were riding was believed to have skidded at a sharp bend, before it rammed onto a curb.#OPPOF1 #OPPOMalaysia

Posted by ntv7 7Edition on Monday, 7 March 2016

ibu-anak-4

ibu-anak-2

ibu-anak-10

ibu-anak-7

ibu-anak-6

ibu-anak-9

The post (Gambar & Video) Ibu, Bayi 10 Bulan Maut Selepas Terjatuh Dari Cerun Bukit appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘ISIS Pernah Cuba Menculik Perdana Menteri Tahun Lalu’– Zahid Hamidi

$
0
0

pmTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam dewan rakyat hari ini mendedahkan bahawa terdapat cubaan untuk menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan Daesh.

Menurut beliau yang juga merupakan Menteri Kementerian Dalam Negeri, kumpulan pengganas tersebut turut menjadikan beberapa pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran.

“Kumpulan ini (Daesh) turut menjadikan beberapa orang pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran mereka untuk diculik.

“Pada 30 Januari 2015 seramai 13 orang dengan elemen Daesh telah merancang untuk menculik pemimpin termasuk perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Beliau mendedahkan perkara berkenaan bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Abdul Manan Ismail (BN- Paya Besar) mengenai kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menggagalkan plot rancangan serangan pengganas IS di negara ini.

The post ‘ISIS Pernah Cuba Menculik Perdana Menteri Tahun Lalu’ – Zahid Hamidi appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Kalau Dapat Ramai Anak Pun, Apa Salahnya?’

$
0
0

akim stacyMengakui masih lagi awal berbicara tentang zuriat, Akim Ahmad yang sememangnya rapat dengan anak angkatnya, Bella menjelaskan bahawa dia tidak menolak jika rezeki yang dinantikannya itu tiba awal.

“Masih terlalu awal untuk berbicara soal zuriat tetapi saya tidak kisah jika diberi rezeki memiliki anak dalam masa terdekat. Saya selalu percaya bahawa anak adalah rezeki. Kalau dapat ramai anak pun, apa salahnya”

“Saya suka sebab nanti suasana dalam rumah akan jadi meriah. Apa yang datang, itulah yang terbaik daripada Allah. Semoga kami dikurniakan cahaya mata yang baik-baik,” kata Akim kepada Kosmo! Online.

Selain itu, pasangan pengantin baru ini juga sudah menyatakan hasrat untuk berbulan madu dengan mengelilingi Eropah secara backpacker, namun belum mempunyai sebarang perancangan tersebut kerana masing masing pun masih sibuk dengan kerjaya.

The post ‘Kalau Dapat Ramai Anak Pun, Apa Salahnya?’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

Uqasha Senrose Sekat Pengikut Biadap Di Laman Instagram

$
0
0

Uqasha-SenroseTidak habis-habis diekori kontroversi, Uqasha Senrose melalui BH Plus menyatakan bahawa dia kini menyekat akses pengikut di akaun laman sosial miliknya yang biadap kerana tidak mahu terus terjerumus dalam lembah kritikan tidak membina dan negatif.

“Benda sudah berlalu, jadi biarlah ia pergi. Cerita lama. Sebagai manusia biasa, saya sendiri tak dapat lari daripada berbuat salah. Belum habis cerita baharu, ada pula yang timbulkan cerita lama”

“Mentaliti sesetangah orang kita terlalu melihat yagn negatif hingga benda yang baik dilupakan. Bukan bermaksud saya tak boleh terima teguran. Tetapi, jalau nak menegur sekalipun, biarlah berhemah,” jelasnya.

Mengakui dirinya juga hanyalah manusia biasa, Uqasha menjelaskan apa yang dilakukannya itu adalah untuk dirinya sendiri selain mahu mengelakkan dirinya terkesan dengan perkara negatif.

“Jangan cakap ikut sedap mulut saja. Kenapa perlu saya ‘simpan’ orang yang tegur keterlaluan. Jadi leboh baik saya sekat akses mereka di alamn sosial daripada terus merosakkan mood diri sendiri,” katanya.

The post Uqasha Senrose Sekat Pengikut Biadap Di Laman Instagram appeared first on WOWBERITA.ORG.


(Video) Ahmad Said Kemuka Usul Tidak Percaya MB Terengganu

$
0
0

ahmad saidBekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), sebentar tadi.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal mengemukakan usul undi tidak percaya ketika berucap membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Susulan itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd Zuber Embong yang menerima usul itu menangguhkan persidangan untuk mengkaji butiran usul itu mengikut perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri.

Dewan dijangka membuat keputusan sama ada menerima atau menolak usul itu kira-kira jam 2.30 petang ini.

Difahamkan Mohd Zuber, Ahmad Razif dan pegawai undang-undang negeri sedang mengadakan mesyuarat untuk meneliti peraturan dewan.

Dengar kata bekas MB Terenģganu buat usul undi tidak percaya pada MB Terenģganu. Dewan di tangguhkanYa dok

Posted by Saleh Faruqi on Monday, March 7, 2016

The post (Video) Ahmad Said Kemuka Usul Tidak Percaya MB Terengganu appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Jadilah Seperti Cynthia!’– Guru Ini Minta Ameera Contohi Murid Asrama Luar Bandar

$
0
0

ameera cynthiaTidak dinafikan, netizen masih terkesan dengan isu ‘kutuk sekolah kerajaan’ yang dicetuskan oleh adik Neelofa bernama Ameera pada bulan lepas.

Bukan sahaja ibu bapa dan pelajar sekolah kerajaan yang naik angin dengan kenyataan perbandingan berani Ameera, namun golongan profesional seperti guru turut merasai tempiasnya.

Justeru, kami kongsikan pengalaman seorang guru yang bertugas di asrama kawasan luar bandar Sarawak tentang pertemuannya dengan murid yang terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga walaupun masih kecil dan bertatih untuk mengenal hidup.

Jom kita baca kisahnya.

Nama dia Cynthia Mili. Baru berumur 7 tahun. Tinggal di asrama. Kecil tubuhnya. Saya melihat dia dari jauh. Mula mula dia main belalai (menyorok) dengan kawan kawannya.

Semasa dia lalu dibawah ampaian dia mengutip 2 helai seluarnya yang terjatuh di tanah. Sambil membawa seluar yang saya jangkakan kotor dengan perlahan dia melangkah ke tempat cuci.

Tangannya cuba membuka paip tapi sayang tiada air pada waktu itu. Dia terus membawa seluar kotor di tangki air simpanan. Disitu dia membuka paip dan mula.mengosok seluar kotornya.

Sesekali dia meletakkan sedikit sabun dan membersihkan sekali lagi. Selesai membilas dia pergi semula.ke penyidai dan menyidai semula.

Saya memanggilnya. Dia datang mengadap saya dalam.wajah agak gusar.

“Siapa nama kamu?” Tanya saya.

“Cynthia Mili,” jawabnya.

” Kampung kamu dimana?” Soal saya lagi.

“Batu Besai,” Jawabnya.

“Seronok tinggal ba asrama,?” Tanya saya lagi.

Dia merenung jauh ke arah rakan rakannya yang bermain. Tanpa menjawab dia hanya mengangguk. Saya hanya melihat wajahnya yang bungkam seketika.

“Belajar manah manah auk,” Saya menasihatinya.

Itulah Cynthia. Murid seperti dia sentiasa silih berganti setiap tahu mengisi asrama sekolah luar bandar di sarawak.

Mereka bukan sahaja belajar mengenal abc atau 123 atau membaca serta mengira. Namun mereka belajar erti hidup. Belajar mengurus diri. Belajar untuk saling bergantung dan percaya pada kawan kawannya. Belajar bahawa hidup ini perlu ada kawan.

Murid seperti cynthia dan lisyana akan membesar dengan sikap yang berani, rajin dan tidak menyusahkan orang lain.

Patutlah ramai bekas murid yang berasal dari Sarawak boleh hidup senang di Semenanjung hatta diluar negara sendirian.

Mereka umpama benih subur. Dihanyut kelaut jadi pulau. Di lempar ke tanah jadi dusun.

Semoga kamu terus kuat Cynthia. Masamu masih panjang. Semoga jadi pengajaran buat anak anak bandar agar lebih menghargai kesenangan hidup. Ketahuilah kesenangan yang kamu kecapi seharusnya dibalas dengan rajin membantu ibubapa dan belajar bersungguh sungguh.

Moga Allah lindungi kamu Cynthia. Cikgu belajar sesuatu dari kamu. Terima kasih.

Semoga adik artis meletop yang terkenal membandingkan sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa membaca kisah ini. Bersyukurlah hasil didikan dan pengalaman hidup Di asrama tidak menghasilkan generasi yang sombong seperti beliau. – Bila Cikgu Emmet menulis

The post ‘Jadilah Seperti Cynthia!’ – Guru Ini Minta Ameera Contohi Murid Asrama Luar Bandar appeared first on WOWBERITA.ORG.

Speaker DUN Tolak Usul Tak Percaya Ke Atas MB Terengganu

$
0
0

ahmad razifSpeaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong sebentar tadi menolak usul undi tidak percaya bekas menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said ke atas penggantinya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

BACA: (Video) Ahmad Said Kemuka Usul Tidak Percaya MB Terengganu

Beliau membuat pengumuman itu sebaik sahaja sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bersambung semula pada jam 2.30 petang selepas berhenti berehat pada tengah hari.

Sebelum ini, ADUN PKR bagi kerusi Bandar, Azan Ismail mengesahkan usul itu dibentangkan mengikut Artikel 14(3) perlembagaan negeri pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Berikutan itu, beliau berkata Dewan ditangguhkan dan pengundian dijadualkan pada 2:30 petang.

“Pembangkang akan menyokong usul ini, ia tidak boleh ditolak oleh speaker kerana mengikut perlembagaan negeri, bukan peraturan tetap.

“Perlembagaan negeri adalah lebih tinggi daripada undang-undang negeri,” katanya kepada Malaysiakini.

Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad yang dipaksa meletakkan jawatan setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.

Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad yang berundur setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.

Ahmad (gambar) ketika itu dilapor membantah pertukaran itu, antaranya kerana ia timbul menjelang majlis perkahwinan anaknya.

Beliau malah mengambil keputusan drastik dengan keluar Umno, tetapi menyertai kembali parti itu tidak berapa lama selepas itu.

Beliau kemudian dilihat bersama dalam beberapa acara dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB.

1MDB pada mulanya ditubuhkan dengan nama Terengganu Investment Authority (TIA) ketika era kepimpinan Ahmad.

The post Speaker DUN Tolak Usul Tak Percaya Ke Atas MB Terengganu appeared first on WOWBERITA.ORG.

Subhanallah! Al-Quran Dalam Keadaan Baik Walau Maahad Tahfiz Rentung (9 Gambar)

$
0
0

maahadGuru dan pelajar di Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi, Batu 40, di sini, terkejut menemui kira-kira 15 al-Quran dan kitab hadis dalam keadaan baik meskipun bangunan maahad itu rentung terbakar pagi, semalam.

Pengetuanya, Mohd Sharif Musa berkata, kitab suci itu ditemui ketika pelajar dan guru mencari barang kelengkapan lain yang boleh diselamatkan, malangnya semuanya hangus dijilat api kecuali al-Quran dan hadis.

Menurutnya, sebahagian al-Quran dan kitab hadis yang ditemui itu masih dalam keadaan elok, bagaimanapun terdapat kesan kebakaran pada kulit depan dan belakang al-Quran tanpa menjejaskan isi kandungannya.

“Kebesaran yang ditunjuk ALLAH pada hari ini (semalam) apabila kami menemui kitab al-Quran dan hadis yang masih sempurna kandungannya walaupun kebanyakan barangan rentung terbakar,” katanya.

Mohd Sharif berkata, al-Quran dan hadis itu ditemui di pejabat dan bilik koperasi selain beberapa helai jubah dan barangan kelengkapan solat juga turut ditemui masih dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih lagi dalam proses mencari dan mengesan sisa-sisa bahan kebakaran berbentuk tulisan termasuk al-Quran dan hadis yang terbakar untuk dikumpul bagi proses pelupusan.

“Bahan berbentuk tulisan ini akan kita serahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

kebakaran maahad 8

kebakaran maahad 7

kebakaran maahad 9

kebakaran maahad 3

kebakaran maahad 2

Dalam pada itu, Mohd Sharif berkata, pihaknya memerlukan jutaan ringgit bagi menampung kos pembinaan semula bangunan itu selepas pejabat, bili guru dan tiga bilik asrama terbakar dalam kejadian berkenaan.

“Bangunan yang dibina sejak tahun 80-an ini tak boleh digunakan dan terpaksa dirobohkan semula atas faktor keselamatan. Kita memerlukan dana besar bagi kos bina semula dan baikpulih beberapa prasarana lain,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini, pelajar akan ditempatkan sementara di dewan serbaguna dan surau maahad itu, manakala selebihnya akan dipindahkan ke bilik asrama yang masih selamat dalam kejadian itu.

“Keadaan ini mungkin kurang selesa kepada pelajar tetapi kita harap mereka sabar dengan ujian ini. Kita harap dengan adanya sumbangan orang ramai dapat bantu mempercepatkan pembinaan bangunan baru maahad ini,” katanya.

Jelas beliau, maahad yang mempunyai seramai 103 pelajar dan lapan tenaga pengajar itu memerlukan sumbangan daripada mana-mana pihak bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung pihak pengurusan sekolah terbabit.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pihak yang ingin menghulur bantuan boleh menyalurkan sumbangan mereka ke nombor akaun Maybank Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi Batu 40 (562094050271).

The post Subhanallah! Al-Quran Dalam Keadaan Baik Walau Maahad Tahfiz Rentung (9 Gambar) appeared first on WOWBERITA.ORG.

Gara-Gara Cemburu, Wanita 19 Tahun Potong Zakar Teman Lelaki

$
0
0

Miss-Patma-YimadiCemburu dipercayai menjadi motif utama lelaki warga Indonesia hilang alat sulit akibat dipotong oleh seorang gadis berusia 19 tahun di Pos Pulat, Gua Musang, dekat sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Ahmad Taufek Abdullah berkata, pihaknya percaya mangsa yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit dan suspek warga Thailand itu mempunyai hubungan intim.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut namun kita tidak menolak kemungkinan kejadian ini berpunca daripada perasaan cemburu kerana suspek mengetahui mangsa mempunyai hubungan sulit de­ngan wanita lain.

“Mangsa yang berusia 36 tahun itu kini masih menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan dilaporkan stabil,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan seorang gadis warga Thailand bertindak di luar batasan apabila memotong kemaluan seorang pekerja warga Indonesia di Kampung Gua Air, Pos Bulat di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam, kemaluan lelaki berusia 36 tahun hanya dikenali sebagai Aznil itu putus dan dia mengalami pendarahan teruk lebih sejam sebelum menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Ahmad Taufek berkata, pihak­nya kini sedang memburu suspek yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian tersebut.

“Setakat ini kita percaya suspek masih berada di Gua Musang selain mengarahkan balai-balai yang terdapat di sekitar daerah tersebut turut melakukan pemantauan.

“Orang ramai diminta turut menyalurkan maklumat berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Saiful Bahri Abdullah berkata, suspek dan mangsa saling mengenali kerana bekerja di sebuah ladang kelapa sawit yang sama.

“Setakat ini kita masih mengesan senjata yang digunakan oleh gadis terbabit,” katanya.

The post Gara-Gara Cemburu, Wanita 19 Tahun Potong Zakar Teman Lelaki appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live