Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Netizen Minta Syarifah Sakinah ‘Bogel’ Saja Bila Jogging

$
0
0

Sharifah Sakinah ni memang tak pernah nak insaf.. Dah macam tak ada agama pun ada jugak.. Dulu hanya muatnaik gambar pakai ‘sport bra’ waktu pergi gym.. Sekarang dah makin berani pakai ‘sport bra’ jogging kat tepi pantai u’olls..

Pakai ‘bra’ dalam gym boleh la diterima lagi, orang-orang dalam gym tu saja yang boleh tengok.. Ini dah keluar jogging tepi pantai, nak tunjuk satu Malaysia perangai buruk dia tu ke kat orang..

Bodoh betul la minah ni, memang dah tak ada rasa malu langsung.. Wei, ko tu artis, keluar jogging kat tepi pantai macam tu dengan tempat yang ramai orang.. Ingat orang tak kenal ke? Budak-budak remaja tengok artis pakai macam ini, memang jadi ikutan dorang la..

Motif apa la yang ko ni nak pergi umrah ek Kinah? Suami ko tak tegur ke dok pakai macam tu? Sebabkan memang dah tak rasa malu tampil pakai bra kat tempat awam.. Netizen minta Kinah bogel je sambil jogging lepas ni kat tepi pantai..

Kinah ni jenis kisah kot kalau jogging sambil bogel.. ‘Mat saleh’ bukan ada rasa malu pun nak bukak-bukak baju ni.. Lepas ni boleh panggil Kinah ‘Miley Cyrus Malaysia’ ye u’olls..

Tak lama lagi kita boleh tengok la gambar bogel Kinah.. Untung dapat suami ‘open minded’ dan sanggup tanggung dosa isteri dok tayang body kat orang ramai.. Dah makin meroyan dah Kinah ini.. ‘Meroyan’ sebab keguguran anak ke Kinah?

The post Netizen Minta Syarifah Sakinah ‘Bogel’ Saja Bila Jogging appeared first on WOWBERITA.ORG.


‘Saya Silap Kira, Bukan RM42 Bilion Tapi…‘

$
0
0

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau tersilap sebelum ini apabila mendakwa sejumlah RM42 bilion telah hilang dari akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, beliau berkata, laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ternyata mendapati jumlah yang jauh lebih besar iaitu RM50 bilion.

“Laporan PAC sebut bukan RM42 bilion tetapi RM50 bilion. Jauh lebih banyak, maka saya silap sebab sebelum ini saya nyatakan jumlah yang lebih kecil.

“Saya rasa RM50 bilion ini juga tidak betul, mungkin lebih dari itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri dialog Deklarasi Rakyat: Realiti atau Fantasi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blognya semalam bahawa laporan PAC yang diumumkan membuktikan tuduhan Mahathir terhadap 1MDB selama ini adalah tidak benar.

Ketika ditanya mengenai laporan PAC yang meminta bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim disiasat, Mahathir berkata, Najib sebagai pengasas 1MDB merupakan individu yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap syarikat itu.

“Saya simpati dengan (bekas) CEO, bukan dia yang tubuhkan 1MDB. 1MDB dimulakan oleh Najib dan dia penasihatnya.

“Semua yang berlaku kepada 1MDB dia patut tahu. Sebenarnya tiada apa boleh dilakukan tanpa persetujuan Najib, jadi kenapa hukum lelaki ini (Shahrol),” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Lembaga Pengarah 1MDB yang menawarkan untuk meletakkan jawatan, Mahathir berkata, 1MDB perlu dibubarkan secara keseluruhannya.

“Mereka langsung tidak buat apa-apa yang baik. Tunjuk kepada saya di mana RM42 bilion itu. Ia di sini dan di sana tetapi kita tidak nampak,” dakwanya.

Dalam perkembangan lain, ditanya berhubung penahanan Rafizi Ramli, beliau mendakwa ia sebagai satu usaha untuk menghalang Ahli Parlimen Pandan itu daripada bercakap.

“Rafizi ini dia tak serik bercakap dalam Parlimen, jadi dua tiga hari ini simpan dia dulu lah (dalam penjara) supaya dia tak boleh bercakap,” katanya.

The post ‘Saya Silap Kira, Bukan RM42 Bilion Tapi… ‘ appeared first on WOWBERITA.ORG.

Walau Songlap RM100j, Pegawai KBS Dibenar Sambung Kerja

$
0
0

Seorang pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan dibenarkan kembali ke pejabat selepas tamat reman akibat tuduhan menggelapkan kira-kira RM100 juta dana sejak enam tahun lalu.

Menurut menteri Khairy Jamaluddin, prosedur kerajaan menyatakan bahawa seseorang penjawat awam cuma akan digantung kerja apabila beliau didakwa di mahkamah.

“Menurut prosedur kerajaan, pegawai cuma akan digantung tugas apabila sudah didakwa di mahkamah … Suspek masih belum didakwa di mahkamah hari ini, dia masih direman di bawah SPRM, tetapi belum digantung tugas,” kata Khairy, menggunakan akronim Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Buat masa ini ya … Buat masa ini, itulah prosedur kerajaan,” jawabnya apabile disoal samada suspek akan dibenar menyambung kerja.

Terdahulu, Khairy mengumumkan bahawa satu pasukan siasatan bebas akan ditubuhkan untuk membuat semakan segera terhadap mekanisme dalaman dan proses tadbir urus berkaitan penyaluran dana di KBS.

Pasukan siasatan bebas itu akan dilantik ketua setiausaha negara sendiri dan ia tidak akan melibatkan pegawai dari KBS bagi memastikan tiada kepentingan diri dalam siasatan yang bakal dijalankan, katanya.

SPRM Jumaat lepas menahan seorang setiausaha bahagian di kementerian itu selepas disyaki terlibat mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.

Dalam sidang media hari ini, Khairy mengakui tidak sedar akan kes penyelewengan tersebut sehinggalah dimaklumkan SPRM beberapa minggu lepas.

The post Walau Songlap RM100j, Pegawai KBS Dibenar Sambung Kerja appeared first on WOWBERITA.ORG.

Identiti Pelajar Perubatan ‘Kritik’ Kerajaan Di Ceramah Zakir Naik

$
0
0

Adik ini ialah classmate anak perempuan sahabat saya Dr Shaiful Zaman. Dia pelajar perubatan tahun 1 UIA, Indera Mahkota Kuantan.
.
Adik ini cemerlang semasa di Sekolah Menengah dan Foundation. Cuma adik ini berasa keciwa kerana setelah bertungkus lumus berusaha dan berjaya memasuki Fakulti Perubatan UIA iaitu sebuah IPTA yang sangat berprestiji, tetiba tiada biasiswa yang disediakan oleh JPA untuknya tidak seperti para2 senior dan juga para pelajar U lain.
.
Kita jangan terus melatah sebaliknya perlu menyelami perasaan mereka yang bukan dari keluarga senang. Yuran RM3600 itu banyak bagi orang kampung dan ia tidak termasuk kos sara hidup. Semoga kita semua bisa mengerti.
.
Jangan aibkan orang, tak baik. Adik …nanti jumpa abang ekk. Tak pa dik, esok adik dah lulus jadi doktor adik tolong ramai orang ekk. Adik jadi doktor pakar. Adik tolong selamatkan nyawa ramai orang yang kata kat adik hari ni ekk. Biarkan dik..deorang tak faham. – Baharuddin Mohamed

The post Identiti Pelajar Perubatan ‘Kritik’ Kerajaan Di Ceramah Zakir Naik appeared first on WOWBERITA.ORG.

Majikan Bayar RM1,940 Jika Pekerja Tidur 7 Jam Sehari

$
0
0

Jika kakitangan benar-benar tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap malam, majikan ini akan membayar US$500 (RM1,940) setahun.

Syarikat insurans Aetna percaya tidur yang cukup boleh meningkatkan produktiviti seseorang kakitangan pada keesokannya.

Maka ketua pegawai eksekutifnya Mark Bertolini sanggup membayar US$25 (RM97) setiap malam jika kakitangannya buktikan dapat lena 20 hari berturut-turut.

Syarikat di Amerika Syarikat ini mengguna peranti penjejak kecergasan Fitbit untuk memantau masa tidur kakitangan yang memilih program ganjaran ini.

Data yang diperolehi dinilai oleh pihak ketiga, lapor portal News.com.au di sini semalam.

Bercakap dalam program televisyen CNBC, Bertolini sangat percaya ada kaitan langsung antara tidur, kakitangan yang produktif dan keuntungan syarikat.

Menurutnya, kakitangannya menunjukkan peningkatan produktiviti tambahan 69 minit setiap bulan hasil kejayaan programnya menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka.

“Jika kita boleh buat … asas-asas niaga lebih baik dengan melabur pada kakitangan kita, ia akan dapat dilihat pada pendapatan syarikat,” katanya.

Bersetuju dengan langkah itu, Yayasan Kesihatan Tidur Australia berkata program Aetna boleh membantu satu daripada empat rakyat negara itu yang selalu terganggu waktu tidur mereka.

“Mereka ini hidup dalam ‘keadaan tidur terbatas’, mereka tidak boleh menunjukkan prestasi (kerja) yang sepatutnya,” kata ketuanya David Hillman kepada portal itu.

“Bertolini jelas sekali menyedari anda boleh ke pejabat dan boleh bertugas, tetapi tidak secara optimum.

“Apa yang kita mahu prestasi yang optimum, dan hanya tidur dapat memberikan prestasi itu.”

The post Majikan Bayar RM1,940 Jika Pekerja Tidur 7 Jam Sehari appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Bila Ranking Merudum Pemain Disalahkan, RM100j Lesap Semua Diam’– Safee Sali

$
0
0

Pemain kebangsaan Safee Sali meluahkan rasa kecewa apabila pemain sentiasa dipersalahkan susulan kejatuhan berterusan ranking pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.

Dilihat merujuk kepada kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebelum ini, Safee membangkitkan kontroversi penyelewengan dana kementeriannya bernilai RM107 juta.

“Kecewa. Apabila pasukan kebangsaan ranking merudum, hanya pemain di persalahkan. Tapi bila RM100 juta lesap senyap macam itu sahaja.

“Bayangkan berapa banyak kemudahan dan keperluan boleh di gunakan dengan duit sebanyak itu,” tulisnya di Facebook hari ini.

Kedudukan terbaharu Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) di tangga 174 meletakkan sebaris dengan negara yang tidak mempunyai kemudahan bola sepak lengkap seperti Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179).

Khairy sebelum ini dilapor berkata kualiti Harimau Malaysia seakan tidak boleh lagi menunjukkan peningkatan luar biasa dan semua pihak harus menerimanya.

“Jadi apabila ranking jatuh, saya katakan, ia sudah dijangka sebab kita buat banyak pelaburan untuk program pembangunan NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara).

“Mereka baru berusia 14 tahun, kalau kita nak lihat peningkatan yang membanggakan, saya rasa kita kena tunggu.

“Apapun, maaflah… pemain sedia ada ini, itulah kualiti yang mereka ada. Mungkin kalau naik (ranking) pun sedikit saja. Dengan jurulatih dan apa yang ada sekarang ini, mereka tidak boleh jadi lebih baik daripada itu, namun jangan salahkan mereka kerana itulah potensi mereka,” kata Khairy

Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tuanku Ismail Sultan Ibrahim berkata Khairy bertanggungjawab sepenuhnya memperbaiki mutu bola sepak negara.

Mengulas lanjut, Safee berkata pihak-pihak berkaitan seharusnya membantu menaikkan imej pasukan bola sepak kebangsaan dan bukan hanya menyalahkan pemain.

“Sama-sama bantu naikkan imej pasukan bukan hanya menuduh pemain sahaja,” tambah Safee.

Malaysiakini telah menghubungi Khairy dan timbalannya, Datuk M Saravanan bagi mendapatkan maklum balas dan sedang menunggu jawapan mereka.

Khairy difahamkan sedang berada di luar negara buat masa ini.

The post ‘Bila Ranking Merudum Pemain Disalahkan, RM100j Lesap Semua Diam’ – Safee Sali appeared first on WOWBERITA.ORG.

Daphne Iking ‘Belanja’ Pose Menggoda Buat Peminat

$
0
0

Ini baru boleh dinamakan hot mummy, lepas dah bersalin body masih lagi tiptop macam anak dara.. Hahaha.. Ingat lagi dengan pengacara Daphne Iking? Dia dah pun selamat melahirkan bayi lelaki..

Masalah ibu bila mengandung selalunya adalah masalah berat badan, lepas bersalin saja mesti susah nak dapatkan semula bentuk badan yang cantik.. Daphne dengan selambernya belanja follower Instagramnya pose menggoda..

Sebenarnya Daphne selalu memuatnaik video rutin kehidupannya kat Youtube.. Daphne nak kongsikan video buat yoga..So, ada la beberapa adegan terlajak seksi ditayangkan pada followersnya..

Gaya hidup ala barat yang diamalkan oleh Daphne, memang dah tak kisah berpakaian macam ni.. Tapi sebagai seorang selebriti tempatan, Daphne perlulah menjaga cara berpakaian dan tak perlu nak muatnaik gambar seksi kat media sosial..

Body Daphne memang hot gila kot, dah ada anak ni ‘nasi lemak’ pun nampak besar je.. Lelaki kat luar tengok gambar Daphne ni, mesti geram je rasa.. Hahaha..

The post Daphne Iking ‘Belanja’ Pose Menggoda Buat Peminat appeared first on WOWBERITA.ORG.

Inilah Billionair Melayu ‘Low Profile’ Yang Miliki 4 Jet & 40 Helikopter

$
0
0

Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim. Bilionair Melayu ‘low profile‘ yang memiliki 4 jet eksekutif, lebih 40 buah helikopter!

Beliau asalnya adalah seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat selama 13 tahun dalam ATM hingga memperoleh pangkat Mejar. Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai.

Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Masa tu beliau tidak memiliki AP namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut.

Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.

Kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP.

Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar kemudian barulah permit itu dianugerahkan kepadanya.

Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia antaranya Honda Jazz.

Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar pula Chevrolet dan Suzuki.

Dalam satu temubual dengan akhbar The Star tak lama dulu, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.

Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya. Bila heli itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat.

Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia. 5 tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

Dan hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) itu memiliki lebih 40 buah helikopter, 4 buah jet persendirian dan beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.

Ini belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan etc.

Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya. Beliau hanya menjawab: “Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka”. Hehehe. Comel tak jawapan tu?

The post Inilah Billionair Melayu ‘Low Profile’ Yang Miliki 4 Jet & 40 Helikopter appeared first on WOWBERITA.ORG.


Terpisah Selama 20 Tahun, Gadis Terengganu Ini Ke Korea Cari Ayah Kandung

$
0
0

Gadis berusia 22 tahun, Mimi Nadia Adam nekad belajar bahasa Korea secara serius sejak tahun lalu demi misinya menjejaki bapanya yang merupakan warga Korea Selatan, Adam Abdullah atau nama sebenarnya, Jung Taewook, 60 yang kini menetap di negara tersebut.

Mimi berkongsi perjalanannya itu sejak tahun lalu melalui akaun Facebooknya hingga detik-detik mendebarkan ketika tiba di tanah kelahiran ayahnya itu, 4 April lalu dan saat pertemuan pertama antara mereka di Seoul.

“Alhamdulillah penantian sudah berakhir. Setelah 20 tahun tidak jumpa, dari Malaysia ke Korea Selatan saya datang. Alhamdulillah semuanya lancar. Tapi tak macam drama pun, tak ada nangis, tak ada tangkap gambar. Sadis juga rasa,” ceritanya menerusi kemaskini status di Facebook.

Menurut Mimi, ayahnya membuat kejutan dengan menjemputnya di hostel ketika dia hendak mendaftar keluar bersama abangnya yang merupakan anak pertama bapanya itu sebelum berkahwin dengan ibunya.

Mimi sebelum ini telah bertemu dengan abangnya yang menyambut ketibaannya di lapangan terbang.

Difahamkan Mimi dan ayahnya itu telah berkenalan melalui Facebook pada 2012 lalu dan rupa-rupanya bapanya itu telah mencarinya melalui media sosial itu sejak 2010.

“Saya penah letak gambar berdua dengan mummy (ibu) pada akhir tahun 2012 dalam Facebook ini, di situ dia jumpa kami. Masih cam lagi rupanya walau mak dah banyak berubah fizikalnya.

“Mula-mula saya tak percaya bila tengok. Saya tanya mak cik, tanya mak, barulah saya percaya. Banyak betul potong bawang (menangis) ketika itu. Cubit pipi banyak sangat sebab takut ini hanyalah mimpi,” tulisnya tahun lalu.

Mimi turut melahirkan rasa syukur kerana ayahnya itu masih beragama Islam walaupun telah meninggalkan Malaysia selama 20 tahun selain masih memahami beberapa perkataan bahasa Melayu.

Difahamkan, ayahnya duda beranak satu itu telah berkahwin dengan ibunya ketika bekerja di Paka, Terengganu namun perniagaan bapanya itu terpaksa ditutup dan memaksa beliau kembali ke tanah airnya hingga hubungan mereka terputus.

Ibunya kini telah berkahwin lain manakala bapanya masih tidak berkahwin sejak perkahwinan mereka gagal.

The post Terpisah Selama 20 Tahun, Gadis Terengganu Ini Ke Korea Cari Ayah Kandung appeared first on WOWBERITA.ORG.

Anggota Polis Hisap Kemaluan Tahanan, Telan Air Mani Mangsa

$
0
0

Seorang anggota polis berpangkat koperal direman enam hari, sejak Ahad lepas, berikutan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang tahanan bawah umur di sebuah lokap di Jinjang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, anggota itu disiasat di bawah Seksyen 337C Kanun Keseksaan, kerana melakukan seks luar tabii tanpa persetujuan.

“Suspek merupakan anggota polis yang bertugas pada waktu berkenaan dan kejadian tersebut berlaku di sudut tepi sel di dalam lokap,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Wad 5PA, Pusat Perubatan Universiti Malaya, semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan polis yang tersebar di laman sosial mengenai salah laku seorang anggota polis didakwa melakukan seks oral terhadap seorang tahanan di kawasan tertutup di dalam lokap di Jinjang, baru-baru ini.

The post Anggota Polis Hisap Kemaluan Tahanan, Telan Air Mani Mangsa appeared first on WOWBERITA.ORG.

Remaja Mahu Nikah Perlu Dapatkan Kebenaran MB, Ketua Menteri

$
0
0

Remaja bawah umur yang mahu berkahwin perlu mendapatkan kebenaran daripada Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri masing-masing, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata perkara itu terkandung dalam pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 yang diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini, bagi mengelak berlakunya perkahwinan pada usia muda dalam kalangan remaja perempuan.

Katanya rata-rata perkahwinan pada usia muda disebabkan mereka terlanjur yang akhirnya remaja perempuan tersebut dibenarkan oleh keluarga untuk berkahwin dengan pasangannya.

Beliau berkata ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan memberi pendidikan agar remaja perempuan tersebut diberi masa dan ruang dengan aktiviti lebih sihat agar tidak terjerumus dalam kancah perkahwinan pada usia muda.

“Kita bimbang bila mereka kahwin pada usia muda, mereka tidak dapat kawal emosi yang menyebabkan rumah tangga mereka bergolak sekali gus menyebabkan berlaku masalah sosial dalam masyarakat,” katanya selepas merasmikan Seminar Mengenai Hak dan Isu Wanita serta Kanak-kanak di sini, hari ini.

Nancy berkata di Kedah, 105 kes permohonan perkahwinan di bawah umur pada tahun lepas, berbanding 76 kes pada tahun 2014 dan 38 kes pada 2013.

“Bagi Januari hingga 29 Feb tahun ini, 13 kes permohonan perkahwinan bawah umur direkodkan dan ia amat serius serta perlu dibendung,” katanya.

Sementara itu, Nancy berkata 552 kes dicatatkan pada tahun lepas membabitkan keganasan rumah tangga di negeri ini berbanding 404 kes pada tahun 2014 serta 284 pada 2013.

Beliau berkata bagi kes penderaan fizikal terhadap kanak-kanak di negeri ini pula mencatatkan 14 kes pada 2015, 11 kes pada 2014 dan 13 kes pada 2013.

The post Remaja Mahu Nikah Perlu Dapatkan Kebenaran MB, Ketua Menteri appeared first on WOWBERITA.ORG.

Live Streaming Lao Toyota vs JDT 13.4.2016 Piala AFC

$
0
0

Live streaming JDT vs Lao Toyota pada 13 April 2016. Siaran langsung aksi Piala AFC pusingan timbal balik antara pasukan Johor Darul Ta’zim lawan Lao Toyota kini berlangsung di Stadium National, KM16, Vientiene bermula pada jam 7.00 malam Rabu. Siaran eksklusif secara tertunda turut disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada jam 8.30 malam. Bagi penonton yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Lao Toyota menentang JDT Piala AFC 2016.

Live Streaming JDT vs Lao Toyota 13.4.2016 Piala AFC

Server 1: TV9

Jadual Siaran JDT vs Lao Toyota Piala AFC (2nd Leg)

Tarikh: 13 April 2016 (Rabu)
Masa: 7.00 malam
Venue: Stadium National, KM16, Vientiene
Siaran Rasmi: TV9 bermula pada jam 8.30 malam

The post Live Streaming Lao Toyota vs JDT 13.4.2016 Piala AFC appeared first on WOWBERITA.ORG.

Stephen Hawking, Jutawan Rusia Umum Rancangan Jelajah Alpha Centauri

$
0
0

Pelabur jutawan Rusia Yuri Milner dan ahli kosmologi British Stephen Hawking mengumumkan inisiatif untuk menjelajah ke Alpha Centauri, bintang paling hampir dengan bumi.

Milner dan Hawking sedang menerajui pasukan saintis bergelar ‘Breakthrough Starshot’ yang berusaha untuk mewujudkan kumpulan kapal angkasa kompak dan ringan atau lebih dikenali sebagai ‘nanocraft’.

Matlamat projek ini adalah untuk menghantar kapal angkasa mini yang digerakkan oleh kuasa cahaya ke Alpha Centauri yang terletak 25 trilion batu dari Bumi.

Saiz kapal angkasa ini hampir sama dengan telefon bimbit.

Mereka menganggarkan ia akan mengambil masa kira-kira 20 tahun untuk mencapai sistem bintang, lebih cepat daripada kapal angkasa terpantas yang mengambil masa 30,000 tahun untuk berbuat demikian.

“Perjalanan ke angkasa lepas, seperti yang kita tahu adalah perlahan. Bagaimana kita pergi lebih cepat dan lebih jauh? Bagaimana kita membuat lonjakan besar ini?

“Buat kali pertama dalam sejarah, kita boleh melakukan lebih daripada sekadar melihat bintang-bintang. Kita kini boleh mencapainya,” kata Milner dalam satu sidang media di Manhattan.

Milner berkata beliau akan menyumbang AS$100 juta daripada poketnya sendiri untuk projek itu yang dianggarkan bernilai $10 bilion.

Milner, Hawking dan pengasas Facebook Mark Zuckerberg akan mengetuai projek tersebut.

The post Stephen Hawking, Jutawan Rusia Umum Rancangan Jelajah Alpha Centauri appeared first on WOWBERITA.ORG.

Debat Rahman Dahlan-Lim Guan Eng Boleh Diteruskan, Dengan Satu Syarat…

$
0
0

DAP bersetuju untuk mengadakan debat berkaitan isu tanah Taman Manggis dengan syarat ia disiarkan secara langsung.

Ketua Whip dan juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan parti Anthony Loke berkata persetujuan itu walau bagaimanapun dengan syarat ia disiarkan secara langsung.

Debat di antara Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijadual disiarkan pada 19 April jam 9 malam di sebuah stesen televisyen tempatan.

The post Debat Rahman Dahlan-Lim Guan Eng Boleh Diteruskan, Dengan Satu Syarat… appeared first on WOWBERITA.ORG.

Luahan Hati CEO Rayani Air Selepas Syarikatnya Digantung

$
0
0

“Sedih… Tentulah saya rasa sedih. Ini syarikat yang saya dan isteri usahakan selama ini,” demikian ujar pengasas syarikat penerbangan, Rayani Air, Ravi Alagendrran.

Beliau berkata demikian mengeluas mengenai situasi terkini yang melanda syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.

Mengakui sudah sembilan tahun berhempas pulas membangun dan memastikan Rayani Air berada pada kedudukannya, Ravi berkata, usahanya tidak akan terhenti begitu sahaja, sebaliknya beliau akan terus berusaha membangunkan semula syarikat penerbangan tersebut.

“Masalah Rayani Air berpunca daripada kegagalan dua pesawat untuk berfungsi pada musim cuti sekolah lalu, penerbangan yang dijadualkan terpaksa ditunda dan sebagainya,” ujar beliau.

Kata Ravi, berikutan daripada insiden itu, penumpang dan pelanggan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan syarikatnya.

Bukan itu sahaja katanya, rentetan demi rentetan insiden dan spekulasi mula dibangkitkan serta disebarkan netizen menerusi laman sosial, menyebabkan kredibiliti syarikat tersebut terjejas teruk.

“Keadaan semakin meruncing apabila juruterbang kami mula mogok tidak mahu terbangkan pesawat dan ia menyebabkan pelabur menarik diri daripada syarikat kami.

“Bagaimanapun kami sedar apa yang sedang berlaku dan kami sentiasa mengambil peluang untuk memperbaiki kelemahan kami,” katanya ketika ditemui Sinar Online.

Menurutnya lagi, meskipun terpaksa membekukan operasi buat sementara waktu, syarikatnya kini giat mengambil langkah pemulihan segera bagi memastikan Rayani Air kembali beroperasi.

“Kami sudah bekerjasama dengan syarikat pelaburan baharu dan buat masa sekarang, ia masih di dalam perbincangan. Saya tidak boleh dedahkan apa-apa lagi.

“Tetapi kami akan buat yang terbaik dan akan maklumkan keputusannya dalam masa seminggu lagi,” katanya lagi.

The post Luahan Hati CEO Rayani Air Selepas Syarikatnya Digantung appeared first on WOWBERITA.ORG.


(5 Gambar) Pawagam Pertama Di Kelantan Beroperasi Julai Ini

$
0
0

Pihak pengurusan KB Mall mengesahkan panggung pertama di Kelantan akan mula beroperasi pada Julai ini.

Sinchew Daily melaporkan panggung itu akan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri tetapi seorang pengurus KB Mall tidak menjelaskan perkara itu secara spesifik.

Difahamkan pawagam KB Mall bakal mempunyai lapan panggung di dalamnya.

Kelantan dilaporkan tidak mempunyai pawagam hampir selama 20 tahun. Semasa zaman kemuncaknya, terdapat lima buah pawagam di negeri Pantai Timur itu.

Walaupun kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan panggung, tetapi soal pengurusan, kos dan syarat kerajaan negeri yang ketat menyebabkan kemudahan hiburan itu tidak wujud di negeri tersebut.

Kerajaan negeri dilaporkan menetapkan tiada filem ditayangkan sepanjang Ramadan dan malam Jumaat.

Penonton lelaki dan wanita perlu dipisahkan manakala lampu di sesetengah tempat duduk juga tidak harus dipadamkan.

The post (5 Gambar) Pawagam Pertama Di Kelantan Beroperasi Julai Ini appeared first on WOWBERITA.ORG.

Dubai Keluarkan Fatwa Haram Jika ‘Curi’ WiFi Orang Lain!

$
0
0

Kalau di Malaysia, curi Wifi orang lain tu dah jadi perkara biasa sampai owner nak kena tukar password banyak kali. Tapi tak ada undang-undang untuk si pencuri WiFi.

Tapi berbeza di Dubai sebab memang akan rasa berdosa sangat kalau nak curi WiFi orang lain.

Menurut laporan Emirates 24/7, Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD) baru-baru ini telah mengeluarkan fatwa dengan mengharamkan penggunaan WiFi orang lain tanpa kebenaran.

Fatwa tersebut dikeluarkan berikutan pihak mereka menerima pertanyaan dari orang awam.

Yelah, siapa yang suka orang guna barang kau? Dah la bayar WiFi tu, tapi nak guna je slow.

Fatwa tersebut di siarkan di laman web Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai, di bahagian ‘fatwa moden’.

Ia tertulis, tidak dibenarkan bagi orang ramai untuk menggunakan apa yang dimiliki oleh orang lain tanpa bayaran atau tanpa kebenaran.

The post Dubai Keluarkan Fatwa Haram Jika ‘Curi’ WiFi Orang Lain! appeared first on WOWBERITA.ORG.

Ahli Perniagaan Malaysia Beli Kelab Bola Sepak Itali

$
0
0

Datuk Dr Noordin Ahmad, ahli perniagaan dari Malaysia, membeli 50 peratus saham kelab bola sepak divisyen dua Itali, FC Bari 1908.

Akhbar negara itu Calcio Finanza melaporkan Dr Noordin menandatangani perjanjian awal pemilikan pada Jumaat lalu dengan presiden kelab Gianluca Paparesta, lapor Utusan Malaysia.

Paparesta memiliki 95 peratus saham dalam kelab berkenaan. Namun nilai pembelian tidak dinyatakan dan kelab itu masih menunggu Dr Noordin bersama peguamnya tiba di Bari.

Berita itu kemudian disahkan dalam web rasmi kelab FC Bari 1908.

Akhbar itu melaporkan FC Bari sebelum ini pernah cuba menarik minat pelabur dari China, Herman Zheng namun tidak berjaya.

Jika menjadi kenyataan, Dr Noordin rakyat Malaysia ketiga membeli kelab bola sepak selepas dua saudagar Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Tony Fernandes.

Vincent, pengerusi Berjaya memiliki kelab Cardiff City yang beraksi dalam Liga Kejuaraan England.

Beliau juga pemilik kelab KV Kortrijik dari Belgium dan FK Sarajevo dari Bosnia Herzegovina.

Manakala pengasas AirAsia dan Tune Gropus memiliki Queens Park Rangers (QPR).

The post Ahli Perniagaan Malaysia Beli Kelab Bola Sepak Itali appeared first on WOWBERITA.ORG.

Khairy Tampil Perjelas Isu Hadiah ‘Ciput’

$
0
0

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan dalam program Junior Cycling Malaysia (JCM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) sememangnya kecil.

Namun begitu, Khairy berkata JCM memilih untuk buat demikian memandangkan apa yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang malah bukan kerana habuan wang.

“Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan,” tulis beliau di laman Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Khairy mendapat kecaman hebat daripada netizen berikutan daripada pemberian hadiah bagi program JCM yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) pada 9 April lalu dianggap seolah seperti tidak berbaloi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerana hadiah, KJ dikecam netizen]

Dalam pada itu, Khairy berkata, pihaknya mahu peserta-peserta program tersebut membesar dengan nilai serta sikap yang betul.

“Ya, wang memang penting dan jika mereka berjaya dalam sukan, mereka akan mendapat ganjaran dari segi kewangan di kemudian hari tetapi jangan kita merosakkan mereka ketika mereka masih muda.

“Biarkan mereka mahu menang demi untuk menang, untuk menjadi yang terbaik bukan kerana wang tetapi kerana kesungguhan dan penghormatan,” katanya.

Selain daripada itu, Khairy turut memaklumkan bahawa hadiah kemenangan tersebut telah dimaklumkan kepada semua peserta sebelum pendaftaran malah dipaparkan dalam laman web JCM dan tiada sebarang isu yang timbul.

Tambah beliau, rata-rata ahli keluarga peserta yang membawa anak mereka tidak memikirkan mengenai soal hadiah wang tunai namun mereka mengorbankan masa demi minat anak-anak dalam sukan tersebut.

“Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan, ia merupakan pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang. Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak,”katanya.

Dalam pada itu, susulan daripada penyebaran foto Khairy menyampaikan replika cek yang menjadi viral di laman sosial tersebut, terdapat pihak cuba mengambil kesempatan dengan mengubahsuai gambar terbabit untuk dijadikan bahan jenaka.

Menerusi foto yang dimuat naik ke laman sosial Facebook OhBulan! menunjukkan gambar-gambar yang menjadi viral tersebut diubah suai dengan kapsyen yang dilihat seolah-olah seperti menyindir Khairy.

Namun begitu, terdapat juga sesetengah netizen yang mempertahankan Khairy dan beranggapan beliau tidak mengetahui mengenai pemberian hadiah tersebut.

The post Khairy Tampil Perjelas Isu Hadiah ‘Ciput’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Ketepikan Hadiah Wang, Fokus Untuk Jadi Juara’– Josiah Ng

$
0
0

Hadiah ‘ciput’ yang diberikan kepada pemenang Junior Cycling Malaysia (JCM) yang menjadi perbualan hangat pengguna media sosial, turut menarik perhatian bekas pelumba trek negara, Josiah Ng.

Dia menasihatkan kepada pelumba muda negara ini supaya lebih fokus untuk menjadi juara berbanding memandang wang sebagai perkara utama untuk memenangi sesuatu pertandingan.

Katanya, wang itu boleh datang kepada mereka sekiranya mereka sudah berjaya dan menjadi juara pada masa akan datang.

“Saya lihat banyak komen berhubung hadiah berbentuk wang yang diberikan oleh penganjur JCM terlalu kecil. Pada pandangan saya, ketika saya menjadi pelumba waktu muda, saya hanya bimbang dua perkara iaitu berlumba dan mahu menang.

“Wang akan datang sendiri apabila saya mampu menyertai banyak perlumbaan dan daripada situ saya mampu menjadi juara. Saya telah mengubah kehidupan saya lebih baik ketika saya berumur 15 tahun. Jangan fokus kepada wang,” katanya di laman Facebooknya.

Josiah turut memuji pihak JCM dan percaya pertandingan seperti itu merupakan satu permulaan untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda yang mampu mengharumkan nama negara pada masa akan datang.

“Saya gembira dengan usaha pertama JCM dan percaya mereka akan membantu untuk membangunkan sukan itu dalam melahirkan seorang sang juara masa akan datang. Sebaik sahaja anda menjadi juara, wang akan datang,” katanya.

Program JCM telah diadakan di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) pada 9 April lalu bagi mencungkil bakat dan mencari pelumba basikal yang bakal menggantikan atlet-atlet negara dalam sukan berkenaan.

Apa yang menarik perhatian netizen untuk berkongsikan gambar-gambar berkenaan ialah jumlah hadiah yang diberikan kepada pemenang dalam program itu terutama bagi kategori bawah 15, 13, 11 dan 9 tahun.

Menerusi replika cek yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pemenang bagi kategori 15 tahun menerima medal dan wang tunai RM50, naib juara RM40 manakala tempat ketiga, RM30 berserta medal.

Pemenang kelima bagi kategori 13 tahun, 11 tahun dan 9 tahun menerima botol air.

The post ‘Ketepikan Hadiah Wang, Fokus Untuk Jadi Juara’ – Josiah Ng appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live