Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Nampak Pocong, Lebih 50 Pelajar Diserang Histeria

$
0
0

Pelajar di sebuah sekolah menengah di Pengkalan Chepa di sini diarahkan bercuti hari ini selepas sesi persekolahannya ‘terganggu’ sejak Isnin lalu apabila lebih 50 pelajarnya serta beberapa gurunya didakwa diserang histeria.

Kejadian terbabit dipercayai bermula pada Isnin lalu selepas ada pelajar mendakwa melihat makhluk asing di sebuah kelas kosong.

Pelajar tersebut kemudian rebah dan meracau-racau sebelum ‘berjangkit’ kepada pelajar lain.

Seorang mangsa, Raja Nor Athirah 17, yang merupakan pelajar tingkatan 5 di sekolah berkenaan berkata, dalam kejadian pada kelmarin dia berasa kebas di kedua-dua belah tangan sebelum fikiran menjadi berserabut.

“Mula-mula kedua-dua tangan kebas, selepas itu dunia rasa gelap dan serabut. Saya mula menangis sehinggalah guru-guru datang membantu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu seorang bapa berkata, anaknya yang belajar di tingkatan 3 juga memberitahu sekolah terbabit ditutup hari ini.

“Anak saya pulang ke rumah memberitahu dia tidak perlu ke sekolah esok. Namun pihak sekolah tidak memberikan sebarang penjelasan atau sebab kenapa sekolah ditutup,” katanya.

Usaha untuk menemubual pihak pentadbiran sekolah dan guru tidak berhasil ekoran pihak terbabit enggan mengulas.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jaafar Ismail ketika dihubungi berkata, perkara itu adalah merupakan masalah dalaman sekolah selain enggan mengulas lanjut.

The post Nampak Pocong, Lebih 50 Pelajar Diserang Histeria appeared first on WOWBERITA.ORG.


MB Kelantan Masuk Hospital Alami Pendarahan Kepala

$
0
0

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilaporkan dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tengahari Rabu.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood ketika dihubungi berkata, Ahmad dijangka akan melakukan pembedahan kecil pada Khamis.

Menurutnya lagi, Ahmad mengalami sakit kepala serta pendarahan akibat pernah terjatuh beberapa bulan lalu.

Ketika melakukan pemeriksaan di HUSM katanya pihak hospital memaklumkan beliau terpaksa menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan darah beku di kepalanya.

Tambahnya lagi, Ahmad ketika ini dirawat di unit rawatan jantung (CCU) HUSM dan keadaanya stabil serta mampu bercakap.

Katanya, semua rakyat Kelantan diminta mendoakan keselamatan dan kesihatan Menteri Besar Kelantan.

The post MB Kelantan Masuk Hospital Alami Pendarahan Kepala appeared first on WOWBERITA.ORG.

Gambar Mira Filzah Jilat ‘Batang’ Buat Netizen Terkesima

$
0
0

Terkejut dan tergaman melihat gambar berbaur lucah pelakon Mira Filzah. Gambar tersebut menunjukkan aktres baru meningkat naik itu menjilat jeli berbentuk kemaluan lelaki.

Memetik sumber Astro Gempak, gambar itu kini sedang disebarkan menerusi Whatsapp. Melihatkan kepada gambar tersebut, ianya diambil semasa majlis sambutan hari lahir Mira pada awal bulan ini.

Puas meneliti dan membelek gambar itu, adakah gambar itu benar atau ianya sekadar satu teknik photo editing sahaja?

Tak mahu tuduh-tuduh sebab kadang-kadang ada sahaja orang yang berniat jahat mahu menjatuhkan seseorang. Mungkin gambar itu sekadar gambar yang telah disunting.

Nama Mira pun sedang meningkat naik di persada seni tanah air, pastinya ada yang tidak senang hati dengan kejayaan Mira. Takkanlah Mira sanggup berbuat begitu kerana dia merupakan seorang wanita berhijab dan terkenal dengan sikap sopan santun.

Harap Mira dapat memberi penjelasan mengenai gambar ini, adakah ianya benar atau sekadar salah satu teknik suntingan untuk memburukkan nama Mira.

The post Gambar Mira Filzah Jilat ‘Batang’ Buat Netizen Terkesima appeared first on WOWBERITA.ORG.

Sultan Johor Cadang Tubuh ‘Bank of Johor’ Mudahkan Rakyat Buat Pinjaman Perumahan

$
0
0

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan bank sendiri atau “Bank of Johor”.

Ia bagi memudahkan rakyat negeri itu membuat pinjaman perumahan ekoran masih ramai rakyat yang tidak dapat memiliki rumah walaupun kerajaan Negeri dan Persekutuan membina banyak rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah.

“Negeri menubuhkan bank sendiri bagi memudahkan rakyat membuat pinjaman perumahan. Bank, yang dinamakan sebagai ‘Bank of Johor’, berkenaan turut diharap dapat memberi pembiayaan terhadap projek pembangunan selain membolehkan rakyat membuat simpanan tabungan dan pelaburan,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim di sini, hari ini.

Titahnya baginda lagi, “Bank of Johor” turut diharap dapat memberi pembiayaan terhadap projek pembangunan selain membolehkan rakyat membuat simpanan tabungan dan pelaburan.

“Dengan rizab wang tunai kerajaan negeri yang mencecah RM3 bilion dan pendapatan kerajaan dan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang mencecah RM7.5 bilion setahun, sudah pasti mereka boleh menjadi pemegang saham untuk “Bank of Johor” ini,” kata baginda lagi.

Sultan Ibrahim turut menyambut baik kerjasama yang dihulurkan Bank Rakyat kepada Yayasan Sultan Ibrahim untuk menyediakan pembiayaan pembelian rumah bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Titah baginda urusan pendaftaran permohonan pinjaman ini akan dibuka tidak lama lagi dan pemilihan akan dibuat oleh satu jawatankuasa khas berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan.

23 Mac lalu, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Abdul Aziz Zainal mengumumkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM500 juta.

Ia membolehkan penjawat awam dan swasta yang layak di Johor mengemukakan deposit pembelian serendah satu ringgit bagi tempahan rumah kos rendah dan mampu milik.

Pembiayaan juga dicadang untuk 6,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat memiliki kediaman masing-masing.

The post Sultan Johor Cadang Tubuh ‘Bank of Johor’ Mudahkan Rakyat Buat Pinjaman Perumahan appeared first on WOWBERITA.ORG.

(7 Gambar) Lamborghini Aventador Warna Pink Dirakam Di London

$
0
0

Sebuah kereta Lamborghini Aventador SV yang bernilai RM1.65 juga bewarna pink dirakam di sini hujung minggu lalu.

Lebih unik, kereta pink itu turut dihiasa dengan gambar bintang filem komedi Baywatch, Pamela Anderson.

Kereta yang digelar “Pam-borghini” itu dipercayai milik pengasas laman web Missguided dari Machester, Nitin Passi.

Kereta tersebut dirakam ketika himpunan kereta mewah milik pelancong dari Arab Saudi yang mengunjungi ibu kota itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Pamela Anderson baru-baru ini menjadi wajah penghias laman web fesyen tersebut.

The post (7 Gambar) Lamborghini Aventador Warna Pink Dirakam Di London appeared first on WOWBERITA.ORG.

Gambar Lucah: ‘Biar Allah Saja Yang Membalas’– Mira Filzah

$
0
0

Berikutan kes pemalsuan foto lucah yang melibatkan aktres Mira Filzah, pelakon telefilem Abang Beduk itu tampil memberikan penjelasan di laman Instagram miliknya.

Berikut merupakan penjelasan Mira:

“Assalamualaikum. Rasanya, rata rata pun dah tahu gambar diatas (iaitu gambar sebenar) yg telah DI-EDIT tersebar. Dan tak perlulah Mira tunjuk atau upload disini gambar yg telah di-edit.

“Cukuplah Mira tampil di sini, nak bagitahu, nak tunjuk, ini adalah GAMBAR YG SEBENAR. Cuma skrg ni, bg Mira, benda2 mcm ni, biarlah Allah shj yg membalas.

“Mira pun tak tahu siapakah disebalik dalang perbuatan ini, tapi Allah tahu. Bukan tugas Mira utk menghukum. Terima kasih. #MiraFilzah,” tulis Mira.

The post Gambar Lucah: ‘Biar Allah Saja Yang Membalas’ – Mira Filzah appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Period Dah Habis? Bangun Mandi Wajib Sekarang!’

$
0
0

“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat sesungguhnya dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”.

Kisah tentang solat ini di kongsikan oleh seorang wanita bernama Atenn Azlan di Facebooknya, dimana beliau menceritakan tentang seorang suami yang menegurnya tentang solat. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini.

The post ‘Period Dah Habis? Bangun Mandi Wajib Sekarang!’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

Wanita Ditemui Mati Bersama Bayi Perempuan

$
0
0

Ibu bersama bayinya berusia enam bulan ditemui mati di dalam rumah mereka di Taman Rawang Perdana 2, Rawang, 9 pagi tadi.

Mayat dua beranak itu ditemui bapa mentua mangsa yang datang menziarah mereka.

Dia terkejut apabila pintu rumah berkenaan dalam keadaan terbuka.

Menurut jiran mangsa, bapa mentua wanita itu menjerit selepas menemui menantu perempuan bersama cucunya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya terdengar pakcik (bapa mentua) itu menjerit sebelum berlari untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku.

“Pakcik itu menunjukkan anaknya yang berada di dalam rumah terbaring di lantai manakala cucunya berusia enam bulan terbaring tidak sedarkan diri di atas katil.

“Keadaan rumah seakan-akan dipecah masuk kerana berselerak dan pintu terbuka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, dia terus menghubungi polis untuk melaporkan kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.30 pagi sebelum ke lokasi kejadian.

“Polis menjumpai seorang wanita tempatan bersama anaknya terbaring di lantai dan atas tilam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pihak Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) sudah ke lokasi kejadian untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

The post Wanita Ditemui Mati Bersama Bayi Perempuan appeared first on WOWBERITA.ORG.


Pengemis ‘Professional’ Raih Pendapatan RM286,000 Sebulan

$
0
0

Pihak berkuasa majlis perbandaran Dubai menahan seorang lelaki yang dikatakan mengumpul sehingga Dh270,000 (RM286,000) sebulan dengan mengemis.

Dalam satu kenyataan, Ketua Bahagian Pasaran majlis berkenaan, Faisal Al Badiawi, berkata, lelaki itu ditahan baru-baru ini dalam kempen membasmi pengemis yang dilancarkan sejak tiga bulan lalu.

Seramai 59 pengemis profesional ditahan dalam kempen berkenaan dengan kerjasama polis.

“Sebahagian pengemis itu memiliki pasport dengan visa perniagaan atau pelancong. Kebanyakannya memasuki negara ini secara sah dengan visa tiga bulan dan mereka menggunakannya untuk mengumpulkan sebanyak wang yang mungkin sepanjang tempoh itu,” kata Faisal.

Menurutnya, seorang daripada mereka ditahan bersama-sama wang berjumlah lebih Dh270,000, hanya sebulan selepas tiba di Dubai.

“Mengikut pengiraan kami, dia memperolehi hampir Dh,9,000 (RM9,500) sehari atau Dh1,500 (RM1,590) dalam masa satu setengah jam.

Dia mengaku boleh memperoleh lebih banyak dengan mengemis di depan masjid, khususnya pada Jumaat,” kata Faisal.

Katanya, kempen itu akan dilancarkan sepanjang masa, lebih-lebih lagi ketika Ramadan bagi membersihkan imej negara itu.

The post Pengemis ‘Professional’ Raih Pendapatan RM286,000 Sebulan appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Dilarang Masuk Sarawak, Ini Respon Jamal Yunos

$
0
0

Datuk Jamal Md. Yunos yang dihalang memasuki Sarawak pagi tadi, mengecam pentadbiran Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebagai mengamalkan double standard kerana membenarkan NGO pembangkang memasuki negeri itu.

Ekoran itu, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia mempersoalkan tujuan Adenan Satem berbuat demikian.

“Saya adalah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,” tegas Jamal, “kalau kami NGO pro-kerajaan tidak boleh masuk Sarawak, jadi bagaimana NGO-NGO daripada pembangkang yang kami lihat berduyun-duyun masuk Sarawak?”

“Saya akan menulis surat kepada kerajaan negeri Sarawak minta sebab (mengapa kami dihalang) dan akan merayu untuk kami kembali ke Sarawak di waktu yang akan datang,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Bersamanya ialah tiga rakan yang turut disekat daripada memasuki Sarawak. Beliau dihalang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 11,30 pagi tadi dan diarah untuk dihantar pulang ke Semananjung pada kadar segera.

Jamal membantah layanan pentadbiran Adenan keatas beliau dan rakan-rakannya yang seolah memukal mereka bersekali dengan pembangkang.

“Untuk disamakan sebagai pembangkang tu saya tak bersetuju lah,” kata Jamal, yang berasa kecewa dan sedih dengan sekatan ini, “apakah kesalahan kami kepada Ketua Menteri Sarawak?”

“Kalau kami yang pro-kerajaan lebih-lebih saya selaku pemimpin politik tak dibenarkan masuk Sarawak, kita minta kerajaan Sarawak juga sekat pemimpin atau NGO-NGO pembangkang yang kita tahu mereka ini selalu buat provokasi, fitnah, berbohong dan berdusta.”

“Pihak kerajaan negeri Sarawak tidak boleh ‘double standard’,” tegasnya.

Jamal turut ditanya samada beliau akan menunjuk perasaan di Jabatan Imigresen sebagai tanda protes.

“Jauh sekali, tidak. Kami berbeza dengan pembangkang yang semua sedia tahu sikap pembohongnya. Kami bukan pembohong, malah tiada satu rekod yang mengatakan kami ini pembohong,” katanya.

The post (Video) Dilarang Masuk Sarawak, Ini Respon Jamal Yunos appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Kita Dah Ada Ulama Sendiri, Kenapa Perlu Jemput Dr Zakir?’– Menteri

$
0
0

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mempersoalkan keperluan untuk menjemput pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik untuk memberi ceramah di negara ini.

Tegasnya, Malaysia mempunyai ulama atau ahli agama tersendiri untuk dijadikan rujukan rakyat.

Tambah Nazri, walaupun mereka yang menghadiri ceramah Dr Zakir menggambarkan ia sebagai sederhana, adalah tidak menghairankan jika penganut agama lain merasakan perkara yang berbeza.

Akui Nazri, isu yang dikaitkan dengan Dr Zakir ialah mengenai persepsi dan menurutnya persepsi berkenaan adalah berdasarkan kepada apa yang dilakukannya pada masa lalu terutamanya ketika beliau bercakap tentang agama-agama lain.

“Saya fikir jika anda mahu bercakap tentang agama, maka hanya bercakap tentang anda sendiri.

“Semasa membuat perbandingan antara agama, anda terikat untuk membuat kesimpulan bahawa agama anda adalah lebih baik,” kata Nazri seperti yang dipetik dalam satu wawancara dengan sebuah portal berita.

Nazri berkata umat Islam di Malaysia “tidak perlu diberitahu bahawa mereka berada di landasan yang betul” kerana rakyat Malaysia sudah lama terdedah dengan Islam.

Kata Nazri lagi ia bukan satu persoalan mengenai kebebasan bersuara, tetapi bagi memastikan rakyat Malaysia tidak berpecah akibat seseorang yang tidak mempunyai hubungan dengan Malaysia.

Nazri berkata, Dr Zakir memberikan ucapannya dan beliau akan meninggalkan negara ini.

Namun rakyat Malaysia akan ditinggalkan dengan semua masalah yang mungkin beliau lakukan.

Dr Zakir mencetuskan kontroversi selepas beliau dijemput untuk bercakap di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dengan topik ‘persamaan antara agama Hindu dan Islam’.

The post ‘Kita Dah Ada Ulama Sendiri, Kenapa Perlu Jemput Dr Zakir?’ – Menteri appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Gambar & Video) Gadis Kristian Masuk Islam Selepas Dengar Syarahan Dr Zakir

$
0
0

Penceramah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik berjaya mengislamkan seorang gadis Kristian berusia 19 tahun yang mengikuti syarahannya di Padang Astaka di sini, sebentar tadi.

Remaja yang dikenali sebagai Nina Grace dari Filipina merupakan seorang penuntut di sebuah kolej tempatan di sini.

Nina dengan rela hati bersetuju mengucap dua kalimah syahadah selepas berpuashati mendengar penjelasan Dr Zakir mengenai konsep ketuhanan dan kenabian Muhammad.

Gadis itu mengucap syahadah di hadapan lebih 30,000 hadirin dan kelihatan sedikit sebak. Nina yang ditemui berkata dia mula mengenali Islam sejak berusia 13 tahun. Katanya, di waktu lapangnya dia selalu membaca mengamalkan surah al Fatihah, tiga Qul dan ayat Kursi.

The post (Gambar & Video) Gadis Kristian Masuk Islam Selepas Dengar Syarahan Dr Zakir appeared first on WOWBERITA.ORG.

Seks Awal Pagi Buatkan Wanita Lebih Cantik & Awet Muda!

$
0
0

Selalunya pasangan yang sudah berkahwin memilih untuk melakukan hubungan intim pada waktu malam.

Tapi, menurut kajian, hubungan intim seelok-eloknya dlakukan pada awal pagi kerana ia mampu membuatkan tubuh menjadi lebih sihat dan bertenaga.

Menurut Doktor Falsafah Debby Herbenick dan juga pengarang buku ‘Because It Feels Good’, hubungan intim pada waktu pagi membantu tubuh mengeluarkan hormon oxytosin.

Oxytosin merupakan hormon yang mampu membuatkan pasangan rasa dicintai.

Tambahnya lagi, antara manfaat lain ialah seks di awal pagi mampu mencetuskan adrenalin untuk membakar 300 kalori dalam satu jam.

Dalam masa yang sama ia mengurangkan risiko penyakit diabetes atau kencing manis.

Untuk para wanita, seks di awal pagi buatkan anda lebih cantik dan awet muda

Ia memberi manfaat yang baik untuk kesihatan kulit, kuku dan rambut.

Apabila melakukan hubungan intim, wanita akan mengelarkan hormon estrogen. Gabungan kedua-dua hormon tersebut buatkan wanita lebih cantik dan kulit pipi menjadi kemerah-merahan.

The post Seks Awal Pagi Buatkan Wanita Lebih Cantik & Awet Muda! appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Saya Tak Tahu Mengaji, Baca Bismillah Pun Salah’– Rosyam Nor

$
0
0

Usianya kini sudah 49 tahun dan pengarah dan pelakon terkenal, Rosyam Nor tidak segan silu menjelaskan bahawa dia tidak pandai mengaji sehinggalah dirinya berusia 45 tahun malah turut menjelaskan bahawa hanya menghafal tiga surah – al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas.

“Saya baru tahu selama 45 tahun usia saya ini, saya baca ‘bismillah’ pun salah. Saya tak malu mengaku ini di hadapan anda semua. Biarlah saya malu dengan anda daripada saya malu dengan Allah,” katanya yang dipetik melalui Sinar Harian.

“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji. Kadang-kadang bila jadi imam di rumah, anak-anak saya pun tahu surah apa saya akan baca. Sebab itu saya tak berlakon cerita agama,” jelasnya yang terkesan setelah pemergian ayahnya.

Tambahnya, dia turut memasang angan-angan untuk belajar mengaji sehinggalah didatangi seorang lelaki ketika penggambaran akhir filem KL Gangster 2. Mengakui rimas kerana diganggu lelaki tersebut pada mulanya, akhirnya ada sinar baru buat Rosyam.

“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Kemudian beliau minta nombor telefon dan setiap minggu beliau hubungi saya ajak berjumpa”

“Selama empat bulan beliau hubungi saya sampai saya rimas dan akhirnya saya setuju untuk bertemu di kawasan rumah saya,” katanya yang akhirnya belajar mengaji dengan lelaki tersebut.

“Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulillah usia 45 tahun saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” jelasnya. Syukur buat Rosyam, dia akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah pada usia 48 tahun.

The post ‘Saya Tak Tahu Mengaji, Baca Bismillah Pun Salah’ – Rosyam Nor appeared first on WOWBERITA.ORG.

Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 12

$
0
0

Video Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Minggu 12 suku akhir secara online. Gelanggang Maharaja Lawak Mega musim 2016 kini sudah berada di minggu kedua belas pada Jumaat 15 April 2016. MLM 2016 minggu 12 akan disiarkan secara langsung dari Royale Teater Shah Alam menerusi saluran Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak menerusi Astro Mustika HD jam 10 malam. Bagi yang tidak berkesempatan menonton MLM 2016 minggu 12, anda boleh tonton di laman ini sebaik sahaja rancangan tamat.

Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 12

  • Part 1
  • Part 2
  • Part 3
  • Part 4
  • Part 5
  • Man Of The Match
  • Keputusan Penyingkiran

Nota: Video penuh MLM 2016 Minggu 12 akan dikemaskini sebaik sahaja rancangan bermula

The post Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 12 appeared first on WOWBERITA.ORG.


Israel Cipta Sejarah Lantik Orang Muslim Jadi Timbalan Ketua Polis

$
0
0

Pertama kali dalam sejarah, Israel mengiktiraf seorang pegawai kanan polis beragama Islam apabila beliau diberikan pangkat kedua tertinggi di negara itu.

Gamal Hakroosh dinaikkan pangkat ke timbalan pesuruhjaya polis, pada Rabu, kedudukan tertinggi yang pernah disandang polis Muslim setelah 36 tahun berkhidmat.

Kenaikan pangkatnya dianggap satu pengiktirafan di saat orang Arab Israel berasa komuniti mereka disisihkan dan kesetiaan mereka pula dipersoalkan, lapor The Associated Press.

Rakyat Israel keturunan Arab, kira-kira 20 peratus daripada lapan juta penduduk, biasanya lebih miskin dan kurang pendidikan berbanding Yahudi.

Selain berasa dipinggirkan, walau mempunyai hak-hak warganegara yang sama dengan Yahudi, mereka juga tidak mendapat pembelaan khidmat kerajaan sewajarnya.

Disebabkan kurang pengawasan polis di kawasan orang Arab, kejadian jenayah berleluasa dan mereka pula menuduh pihak berkuasa tidak mengawasi kawasan penduduk.

Mereka juga melihat pasukan polis Israel dengan penuh rasa curiga dan takut.

Di tempat asal Gamal di Kafr Kana, sebuah bandar Arab di utara Israel, menyaksikan tunjuk perasaan ganas pada hujung 2014 apabila seorang lelaki ditembak polis.

“Tugas polis berkhidmat untuk rakyat dan antaranya kepada orang Arab, warga Israel keturunan Arab. Mereka layak mendapat khidmat polis,” kata Gamal, 59, kepada agensi berita itu.

“Mereka layak mendapat perlindungan polis.”

Kenaikan pangkat Gamal disusuli dengan rancangan Israel untuk menambah balai-balai polis dan beratus-ratus lagi pegawai untuk berkhidmat kepada orang Arab.

Israel turut mengumumkan peruntukan berbilion-bilion dolar bagi menaik taraf kehidupan masyarakat Arab.

“Sebelum ini kita tidak memberi khidmat keselamatan yang sama kepada sektor orang Arab.

“Dalam semua hal berkaitan pasukan polis, kita tidak bertindak dengan adil,” kata Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan, semasa majlis pelantikan Gamal.

Namun beban tugas yang menunggunya tidak mudah, khususnya ketegangan yang meningkat di Jerusalem Timur sepanjang tujuh bulan ini yang menyaksikan kematian 28 warga Israel, dua rakyat Amerka Syarikat dan 188 penduduk Palestin.

Selain selalu berasa dipinggirkan dan dicurigai, orang Arab Israel sering pula dicurigai memihak kepada rakyat Palestin dalam krisis berdekad-dekad antara dua negara itu.

Walau umumnya keganasan di Jerusalem Timur dan Tebing Barat angkara warga Palestin, sebilangan orang Arab warga Israel dilaporkan turut terlibat.

Selain masalah ketegangan Israel-Palestin dan jenayah di kalangan penduduk Arab sendiri, Gamal juga terpaksa berdepan kecurigaan kaumnya sendiri.

Ahli-ahli Knesset, parlimen Israel, keturunan Arab tidak hadir di majlis pelantikannya. “Pelantikan ini tidak akan mengubah apa-apa,” kata Salah al-Yassini, seorang penduduk Jerusalem Timur.

The post Israel Cipta Sejarah Lantik Orang Muslim Jadi Timbalan Ketua Polis appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Adel Al-Jubeir Sahkan Derma Memang Dari Arab Saudi

$
0
0

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengakui sumbangan dana kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memang datang dari negara itu.

“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

“Justeru, setahu kami, isu itu ditutup,” katanya kepada wartawan Malaysia pada Khamis.

Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di sini.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari lepas, membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata, hasil siasatan menunjukkan jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, sebelum RM2.03 bilion dipulangkan kepada penderma pada tahun sama.

The post (Video) Adel Al-Jubeir Sahkan Derma Memang Dari Arab Saudi appeared first on WOWBERITA.ORG.

Isteri MB Terengganu Ajar Nina Grace Berhijab, Sudah Ada Nama Islam

$
0
0

Sejurus seorang remaja Kristian yang telah di Islamkan oleh pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik secara langsung di hadapan kira-kira 45,000 di Padang Astaka, Kemaman, remaja berkenaan telah dibawa oleh pihak Jabatan Agama ke belakang pentas untuk mengelakkan dari diserbu orang ramai, lapor Terengganu Times.

Ramaja berkenaan yang dikenali dengan nama Nina Grace telah disambut oleh isteri kepada Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Halina Zakaria di belakang pentas di mana To’ Puan Harlina telah mengajar remaja berkenaan cara memakai tudung.

Dalam pada itu, Nina dikhabarkan sudah mempunyai nama Islamnya dan bercadang akan menukar nama dari Nina Grace kepada Nur Nina Farisha.

Beliau merupakan pelajar daripada Kolej Ranaco, offshore engineering Ranaco dimana sebelum ini beliau telah menghafal Al-Fatihah,3 kul dan Qursi sejak berumur 13 tahun

Menurut TerengganuTimes, Nina yang berasal daripada Kulai, Johor dan telah memeluk islam di Program Grand Finale Dr Zakir Naik Terengganu Tour di Padang Astaka Kemaman semalam.

The post Isteri MB Terengganu Ajar Nina Grace Berhijab, Sudah Ada Nama Islam appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Pelacuran ‘Mobile’ Dikesan Di Kota Bharu

$
0
0

Pelacuran berkonsepkan mobile dengan modus ope­randi bertemu di satu lokasi dan bergerak ke lokasi lain dikesan menjadi pilihan kebanyakan lelaki untuk melanggan pelacur di bandar ini.

Menurut sumber pihak ber­kuasa tempatan (PBT), kegiatan tersebut tidak memerlukan premis tertentu kerana kedua-dua pihak iaitu pelacur dan pe­langgan hanya berhubung menerusi telefon bimbit.

Katanya, pelanggan boleh menghubungi pelacur yang diinginkan dan mengambil mereka di sesuatu lokasi yang dijanjikan sebelum meneruskan urusan di tempat lain.

“Di bandar Kota Bharu, kita mengesan lima pelacur terdiri daripada wanita dan pondan didapati menjadikan Jalan Hamzah sebagai ‘terminal’ untuk pelanggan datang mengambil mereka dengan kereta seawal pukul 8 malam.

“Saya difahamkan perkhidmatan ditawarkan mereka serendah RM80. Dulu mereka sering dilihat beroperasi lewat malam tetapi kini diawalkan. Pukul 8 malam sudah mula bekerja,” katanya di sini hari ini.

Menurut sumber itu lagi, PBT tidak dapat mengambil tindakan ke atas pihak yang dipercayai me­lakukan kegiatan tidak bermoral tersebut kerana kekurangan bukti memandangkan mereka sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

“Golongan ini licik, lokasi mereka melakukan perbuatan maksiat tidak tetap dan keadaan ini menyukarkan pihak penguat kuasa agama bertindak.

“Projek mereka kita tidak tahu di mana, dalam kereta pun boleh, tepi pantai pun boleh,” katanya.

Tambahnya, sebuah lagi lo­ka­si yang kini dipercayai mula menjadi tempat pertemuan pelacur dan pelanggan adalah Lembah Sireh.

“Bagi membanteras kegiatan tidak bermoral ini, kita memerlukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” katanya.

The post (Video) Pelacuran ‘Mobile’ Dikesan Di Kota Bharu appeared first on WOWBERITA.ORG.

Petua & Cara Memutihkan Bibir Faraj Yang Gelap

$
0
0

Berikut petua dan cara-cara memutihkan faraj atau kemaluan wanita yang gelap. Warna kulit bergantung kepada genetik atau keturunan. Andainya seorang wanita berasal daripada keluarga berkulit putih, maka kemungkinan anak-anaknya akan berkulit cerah juga. Bolehkan ia diubah? Pada zaman moden sekarang, teknologi semakin canggih. Ia tidak lagi mustahil untuk mereka yang berkulit gelap menjadi cerah.

Soalan:

Saya baru berusia 23 tahun dan masih belum berkahwin. Saya berkulit cerah dan putih. Saya dah banyak pakai produk-produk untuk memutihkan bahagian bibir faraj,

Tapi satu pun tidak memberi hasil. Dan lagi satu, saya ada masalah bibir faraj yang panjang. Adakah itu satu yang normal? – Dyla Zalia, Kuala Lumpur

Jawapan:

Bibir faraj hitam sebenarnya adalah normal walaupun warna kulit kita putih mungkin faktor genetik. Cik dylia tak perlu risau itu normal dan bibir faraj panjang juga adalah normal dan tak sama antara individu.

Berikut petua untuk mencerahkan bibir faraj yang hitam dan lebam.

Bibir faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan semula dengan mencuci faraj dengan air kelapa muda yang baru. Lakukan sekerap yang mahu.

Walaupun tiada jaminan ia akan berkesan kerana ia bergantung kepada faktor genetik seseorang wanita.

Yang penting ialah terimalah seadanya kurniaan tuhan. Walau bagaimanapun, masalah kehitaman boleh dikurangkan dengan produk seperti kolagen dan juga sabun bervitamin. Ia berfungsi untuk mengurangkan pigmentasi hitam di bahagian badan. Walau bagaimanapun, seperti yang Dyla cakapkan semua produk pemutihan yang digunakan tidak berkesan.

Ia mungkin boleh memutihkan bahagian lain, namun pada faraj. Ia mungkin tidak berkesan.

Anda boleh berikhtiar terumanya untuk wanita yang bakal berkahwin tidak lama lagi. Tampil sempurna dimana suami adalah sangat penting dalam perkahwinan.

Soalan:

Saya seorang wanita dan akan berkahwin tidak lama lagi. Bagaimanapun, saya mempunyai masalah faraj yang seakan-akan lebam dan bibir vagina saya menjadi makin gelap. Saya berkulit cerah dan tidak pernah melakukan persetubuhan sepanjang hidup saya.

Saya ingin mengetahui cara mengatasi masalah ini dan adakah produk yang baik untuk menghilangkan lebam dan warna vagina yang gelap ini. Saya harap doktor dapat membantu saya mengatasi masalah ini dan mengesyorkan produk apa yang terbaik untuk saya guna? – GADIS RUNSING, Rawang, Selangor

Jawapan:

Saya dapati ramai wanita keliru mengenai anggota kelamin mereka kerana istilah bahagian anggota kelamin seperti faraj dan vagina tidak digunakan dengan betul. Faraj dan vagina adalah sama dan ia bukanlah keseluruhan anggota kelamin wanita. Anggota kelamin wanita itu mempunyai dua bahagian; bahagian luar yang diberi nama ‘vulva’ dan bahagian dalam yang terdiri daripada faraj, rahim, salur telur dan sepasang ovari.

Vulva terdiri daripada tundun atau ‘mons veneris’, bibir besar, bibir kecil yang bertemu di atas untuk menjadi kulup klitoris atau ‘kelentit’. Sesetengah wanita mempunyai bibir kecil kecil yang tidak kelihatan apabila bibir besar menutupinya, dan ada pula yang mempunyai bibir besar yang panjang dan ada juga yang mempunyai bibir besar yang tidak seimbang iaitu satu kecil dan satu besar.

Semua ini normal! Bahagian di antara bibir kecil bergelar ‘vestibule’ yang mana pembukaan lubang kencing di bahagian atas dan pembukaan faraj di bahagian bawah, berdekatan lubang najis. Jadi, jika ditinjau, warna kulit badan dan warna kulit bahagian luar anggota kelamin perempuan yang bergelar tundun atau ‘mons veneris’ tampak sama.

Yang kelihatan ‘gelap’ atau pudar atau comot ialah kulit bahagian ‘dalam’, bahagian di antara pembukaan bibir besar, bahagian dalam yang mendedahkan bibir kecil dan ‘vestibule’.

Kulit bahagian ini adalah jenis kulit yang lembut dan lembap serta mengandungi lapisan kulit yang mengandungi lapisan sel pewarna yang membuatkan kulit bahagian itu ‘pudar’ atau ‘gelap’.

Jadi, warna kulit bahagian di antara bibir besar itu sememangnya begitu dan lebih-lebih lagi jika individu itu dalam keadaan teruja seksual, maka akan kelihatan lebih pudar, tembam dan lebam!

Ini kerana kemasukan darah yang banyak kepada anggota berkenaan membuatkannya bersedia untuk tujuan persetubuhan. Jika anda melihat gambar ‘vulva’ yang mudah didapati di Internet, seperti dalam laman ‘Wikipedia’, anda akan lihat pelbagai bentuk dan warna ‘vulva’ perempuan mengikut keturunan mereka.

Mereka semua mempunyai ‘vulva’ yang berwarna lebih gelap daripada kulit badan sendiri. Jadi, anda tidak perlu tertekan.

Jangan mudah terpengaruh dengan iklan atau saranan penjual krim pemutih yang kononnya bahan terbabit dapat memutihkan vulva anda.

Mungkin sebaliknya yang akan berlaku. Pastikan anda memakai pakaian dalam 100 peratus diperbuat daripada kapas yang selesa, pakai pelekat sanitari wanita yang sesuai waktu haid dan pelekat panti ketika berlaku kebasahan faraj.

Jika mahu menggunakan pencuci wanita, ia hanya boleh digunakan pada bahagian luar saja.

Yakinlah dengan anggota kelamin anda dan jaga ia dengan baik.

The post Petua & Cara Memutihkan Bibir Faraj Yang Gelap appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live