Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

9 Tips Berguna Untuk Menjaga Alat Sulit Wanita Dengan Baik

$
0
0

Alat sulit wanita atau faraj merupakan kawasan anggota badan yang paling sensitif dan memerlukan penjagaan yang baik. Ada wanita yang kurang mengambil berat mengenai kebersihan alat sulit mereka dan boleh menyebabkan risiko terkena pelbagai penyakit.

Oleh sebab itu, anda perlu membaca dan mengetahui tips-tips menjaga dan merawat alat sulit wanita agar sentiasa terpelihara dan bersih .

1. Biasakan untuk membilas alat sulit anda setiap kali selesai buang air kencing atau air besar, harus membilasnya sampai bersih, iaitu dengan membasuh menggunakan air bersih dari arah depan ke belakang setiap kali selesai buang air kecil atau buang air besar. Kemudian basuh dengan tisu sekali usap sebelum memakai seluar dalam. Kerana jika sekitar organ dibiarkan lembab, maka kulat dan bakteria akan mudah merebak.

2. Perhatikan jenis kertas tisu yang digunakan untuk membersihkan kawasan kemaluan. Lendir dan air memang terserap dengan baik oleh tisu. Namun tisu yang digunakan ada juga yang mudah tercemar oleh kuman dan bakteria yang merupakan penyebab jangkitan. Kita tidak mahu ini terjadi ya para wanita!

3. Gantilah seluar dalam paling tidak pun dua kali dalam sehari.Pastikan memilih seluar dalam yang mudah menyerap peluh yang diperbuat daripada kapas.

4. Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat. Seluar dalam yang terlalu ketat akan menekan otot faraj dan membuat kawasan kemaluan menjadi lebih lembap, misalnya seluar jeans, dan memberi peluang bakteria tumbuh subur di kawasan tersebut.

5. Elakkan penggunaan pantyliner beraroma (minyak wangi) atau secara terus menerus setiap hari kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Pantyliner hanya digunakan bila anda mengalami keputihan saja ya.

6. Gunakan pad/tuala wanita dengan permukaan yang lembut dan kering sehingga tidak menimbulkan iritasi ketika anda datang haid. Selain itu gantilah pad sekerap mungkin sekurang-kurangnya 5-6 jam sekali. Darah yang tertampung pada pad boleh menjadi medium tumbuhnya kuman penyebab jangkitan.

7. Elakkan penggunaan cecair khusus pembersihan organ intim secara rutin kerana akan mengganggu keseimbangan flora dalam faraj. Bila terlalu sering dipakai, justru akan membunuh bakteria baik dalam faraj, yang selanjutnya akan mencetuskan tumbuhnya cendawan. Akibatnya, muncul gatal-gatal di kawasan organ intim.

8. Elakkan hubungan seksual semasa anda dalam haid. Kerana apabila menstruasi , dinding rahim cenderung lebih sensitif sehingga boleh menyebabkan luka.

9. Elakkan stres berlebihan dan beralihlah ke gaya hidup aktif dengan teratur bersenam dan pengambilan makanan seimbang.

The post 9 Tips Berguna Untuk Menjaga Alat Sulit Wanita Dengan Baik appeared first on WOWBERITA.ORG.


Helikopter Bawa Timbalan Menteri, Ahli Parlimen Hilang Di Betong Sarawak

$
0
0

Sebuh helikopter yang membawa Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dilaporkan hilang dari radar sebentar tadi.

Menurut sumber helikopter turut membawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Helikopter tersebut dikatakan dalam perjalanan menuju ke Kuching setelah berlepas dari Betong.

Laporan lanjut menyusul.

The post Helikopter Bawa Timbalan Menteri, Ahli Parlimen Hilang Di Betong Sarawak appeared first on WOWBERITA.ORG.

Bank Tersilap Masuk RM13.85 Juta Ke Akaun Pelajar

$
0
0

Seorang warganegara Malaysia ditahan di lapangan terbang Sydney ketika hendak meninggalkan Australia, atas dakwaan membelanjakan jutaan ringgit membeli barangan mewah dengan menggunakan wang yang tersilap dimasukkan ke dalam akaunnya.

Lapor Harian Metro & Daily Mail, A$4.6 juta (RM13.85 juta) dikatakan tersilap dimasukkan ke dalam akaun bank Westpac Christine milik Jiaxin Lee, 21, pelajar kejuruteraan kimia, sebagai overdraf pada 2012.

Jiaxin dilaporkan telah membelanjakan A$3.3 juta (RM9.9 juta) untuk membeli beg tangan serta beberapa barangan mewah yang lain.

Dia dihadapkan ke Mahkamah Tempatan Waverley hari ini bagi menghadapi tuduhan dengan curang mengambil kesempatan menggunakan wang itu walaupun tahu bahawa ia adalah kesalahan jenayah.

Menurut dokumen mahkamah, Jiaxin melakukan kesalahan itu di antara Julai 2014 hingga Mac 2015 dan gagal memaklumkan kepada pihak bank yang dia tidak berhak memiliki wang tersebut.

Polis memulakan siasatan pada 2012, namun waran tangkap terhadap Jiaxin hanya dikeluarkan pada Mac 2016.

Mahkamah dimaklumkan yang Jiaxin sedar bahawa polis cuba menghubunginya sebelum ini, menyebabkan dia memohon pasport kecemasan Malaysia untuk meninggalkan negara itu. Bagaimanapun, peguam yang mewakilinya berkata, Jiaxin mahu pulang untuk melawat ibu bapanya.

Jiaxin dibenarkan diikat jamin sebanyak A$1,000 (RM3,000).

Majistret Lisa Stapleton berkata, perbuatan Jiaxin itu tidak sampai ke tahap jenayah tetapi ia mengenai wang yang semua orang inginkan.

“Dia tidak mengambilnya daripada bank, mereka yang memberi kepadanya,” katanya.

Menurut majistret itu, jika itu keadaannya, Jiaxin hanya berhutang wang yang sudah dibelanjakan tetapi tidak melanggar undang-undang.

Jiaxin tidak dibenarkan memasuki mana-mana lapangan terbang di negara itu atau pelabuhan serta perlu melapor diri kepadap olis dua kali sehari.

Jiaxin yang tinggal di Australia sejak 5 tahun lalu bersama dengan teman lelakinya di Rhodes, sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah pada 21 Jun depan.

The post Bank Tersilap Masuk RM13.85 Juta Ke Akaun Pelajar appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Kerana ‘Peti Ais Bodoh’, Dua Beradik Dapat Peti Ais Baharu

$
0
0

Minggu lalu, viral sebuah video yang memaparkan gelagat dua beradik yang kecoh apabila pintu peti ais di rumah mereka yang tercabut.

Apa yang mencuit hati netizen adalah kesungguhan mereka yang cuba membaiki pintu peti ais berkenaan, namun dalam masa yang sama, masih sempat ‘bercekau’ sesama sendiri.

Menerusi video itu, dapat didengar dengan jelas suara seorang wanita yang dipercayai ibu dua beradik berkenaan, memarahi mereka kerana merosakkan peti ais tersebut.

Si abang dilihat cuba membetulkan pintu peti ais yang dirosakkan adiknya, sambil mulutnya membebel memarahi si adik yang asyik menuduh peti ais itu sebagai ‘bodoh’.

“Yang hang pi hempas kuat-kuat pasai apa? Dok kata peti ais bodoh, dia yang bodoh,” bebel si abang dalam loghat utara.

Tidak dapat dipastikan sama ada peti ais itu dapat dibaiki.

Namun mungkin sudah rezeki, mereka sekeluarga menerima cenderahati sebuah peti ais baharu selepas menjadi tetamu rancangan Meletop Kebaboom, dua hari lalu.

Mereka juga sempat beramah mesra dan ke udara bersama krew pagi Sinar FM, Sepahtu.

Nampaknya ‘kenakalan’ mereka yang satu ini menjadi kenangan manis yang akan diingati sepanjang hayat.

The post (Video) Kerana ‘Peti Ais Bodoh’, Dua Beradik Dapat Peti Ais Baharu appeared first on WOWBERITA.ORG.

Noriah Luah Rasa Tidak Sedap Hati, Takut Naik Helikopter

$
0
0

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, pada mulanya tidak mahu menaiki helikopter kerana berasa tidak sedap hati sebaliknya lebih rela menggunakan kereta walaupun jarak perjalanan memakan masa panjang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Noriah sendiri kepada salah seorang saudara terdekatnya melalui telefon beberapa minit sebelum berlepas.

Anak saudara Noriah, Ummu Hani Assaidah Abdullah, 30 berkata, dia mendapat tahu perkara tersebut daripada ibunya yang menerima panggilan daripada Ahli Parlimen Sungai Besar itu.

“Emak saya beritahu yang Noriah tidak mahu menaiki helikopter sebab takut (tidak sedap hati).

“Dia (Noriah) nak naik kereta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ummu Hani Assaidah Abdullah menambah, setakat ini dia tidak mendapat laporan rasmi daripada mana-mana pihak dan kejadian yang berlaku pun diketahuinya daripada kawannya yang mengetahui berita tersebut menerusi media sosial.

Sebuah helikopter milik Hornbill Skyways yang dipercayai membawa lima penumpang termasuk Noriah terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara di Betong, Sarawak, petang tadi.

Difahamkan, pesawat yang berlepas dari Betong menuju ke Kuching, Sarawak dan terputus hubungan kira-kira pukul 5 petang.

The post Noriah Luah Rasa Tidak Sedap Hati, Takut Naik Helikopter appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Doakan Selamat…Ke Betong’, Status Datuk Noriah Sebelum Bertolak

$
0
0

Timbalan Menteri, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang dilaporkan hilang ketika menaiki sebuah helikopter sempat memuat naik status di Facebooknya yang memohon agar mendoakannya selamat mendarat di Betong, Sarawak.

Ahli Parlimen Sungai Besar yang menggunakan akaun identiti ‘Nur Nin’ memuat status itu di Kuching pada kira-kira jam 11 tengahari tadi.

Antara komen balas yang diterima pada status itu dikirim pemilik akaun Intan Asmari yang mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.

Komen lain pada status itu, dikirim oleh Julak Bar.

“Semoga ALLAH beri keselamatan atas rahmat-NYA. Semoga diredai segala urusan, Amin.

Sementara itu, Noriah dalam komennya pada status itu membalas: “Amin, terima kasih semua,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kediaman Noriah di Sungai Besar mendapati suasana kediamannya lengang hanya terdapat ahli keluarga terdekat.‎

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Norhisham Mohamad berkata, pihaknya telah meletakkan seluruh pasukan penyelamat dalam keadaan siap siaga penuh.

Pihaknya sedang melakukan perincian lokasi terakhir helikopter berkenaan dikesan di kawasan Sebuyau, sebelum menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Antara yang akan digerakkan termasuklah pasukan khas menyelamat STORM, Pasukan Must dan Unit Udara Bomba.

The post ‘Doakan Selamat…Ke Betong’, Status Datuk Noriah Sebelum Bertolak appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) ‘Serpihan Helikopter Telah Dijumpai’– Najib

$
0
0

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui serpihan pesawat dipercayai milik helicopter Eurocopter AS350 yang dilaporkan hilang, petang semalam.

Menurut beliau maklumat penemuan itu diterima pada jam 9.50 pagi tadi.

“Sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahgian lain telah dijumpai. Pasukan SAR akan berusaha mencari badan utama helikopter tersebut,” katanya pada sidang media.

BACA: (5 Gambar) Penemuan Serpihan Pintu & Dinding Helikopter Hilang

The post (Video) ‘Serpihan Helikopter Telah Dijumpai’ – Najib appeared first on WOWBERITA.ORG.

(5 Gambar) Penemuan Serpihan Pintu & Dinding Helikopter Hilang

$
0
0

Pasukan SAR telah menemui serpihan daripada helikopter AS350 yang hilang berdekatan Batang Lupar pada jam 9.50 pagi Jumaat.

Antara serpihan itu adalah dari bahagian pintu dan dinding pesawat.

BACA: (Video) Najib Sahkan Penemuan Serpihan Helikopter Di Batang Lupar

Menurut Perdana Menteri, aset akan dikerahkan untuk meneruskan proses mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar kawasan berkenaan.

Helikopter itu disahkan membawa enam orang, antaranya Timbalan Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, suaminya Asmuni Abdullah, Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Turut berada dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun, dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.

The post (5 Gambar) Penemuan Serpihan Pintu & Dinding Helikopter Hilang appeared first on WOWBERITA.ORG.


Lantang Kritik Presiden PAS, Husam Akhirnya Dipecat

$
0
0

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dipecat daripada menjadi ahli Pas berkuat kuasa 23 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Dr Sanusi Daeng Mariok berkata, Jawatankuasa Tatatertib Pas telah meneliti aduan salah laku terhadap Husam dan setelah mempertimbangkan kes dari setiap aspek, satu perbincangan telah diadakan di peringkat jawatankuasa pada 23 April lepas.

“Melalui perbincangan itu, Jawatankuasa Tatatertib Pas mendapati beliau (Husam) telah melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan Pas, maka Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju untuk memecat beliau daripada menjadi ahli Pas,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Husam sebelum ini dilihat lantang menyerang parti dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara Pas dan Umno.

Selain itu, Husam turut didakwa menyarankan Abdul Hadi memberi laluan kepada kepimpinan baru yang boleh membawa perubahan kepada parti Islam itu dan tanggungjawab yang digalas diganti dengan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

The post Lantang Kritik Presiden PAS, Husam Akhirnya Dipecat appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nahas Helikopter: Mayat Wanita Ditemui Di Kawasan Serpihan

$
0
0

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan penemuan mayat wanita berdekatan lokasi serpihan helikopter ditemui, sebentar tadi.

Namun, Pengarahnya, Nor Hisham Mohamad menafikan maklumat dua mayat ditemui setakat ini seperti yang tersebar di media sosial.

“Setiap minit kami berhubung dengan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan setakat ini hanya satu mayat wanita yang ditemui.

“Ada maklumat jadi viral yang mengatakan ada dua mayat ditemui. Itu tidak benar,” katanya dipetik melalui Buletin Awani, sebentar tadi.

The post Nahas Helikopter: Mayat Wanita Ditemui Di Kawasan Serpihan appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nahas Helikopter: ‘Mak Cik Hanya Mampu Berdoa’– Ibu Mangsa

$
0
0

“Ibu mana yang tidak sedih dan risau apabila anaknya hilang tanpa dapat dikesan dan kini hanya doa sebagai penguat semangat saya dan keluarga,” kata Rahmah Abdullah, 76.

Rahmah ialah ibu kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad,56, yang berada dalam helikopter yang hilang ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching, semalam.

BACA: Serpihan Pintu & Dinding Helikopter Ditemui Di Sungai Batang Lupar

BACA: Najib Sahkan Penemuan Serpihan Helikopter

BACA: Mayat Wanita Ditemui Dekat Serpihan Helikopter

Dalam nada sedih, Rahmah berkata, dia terkejut apabila menerima berita itu semalam daripada anak bongsunya dan sehingga kini tidak henti-henti mendoakan keselamatan anaknya itu.

“Walaupun saya sedih dan risau namun saya masih mengharapkan anak saya selamat dan berharap semua mendoakan supaya mereka selamat.

“Dia (Datuk Wan Mohammad Khair-il) adalah anak yang baik dan seorang yang terlalu minat politik sehingga seluruh jiwanya diserahkan dalam politik,” katanya yang ditemui di rumahnya selepas mendengar sidang media oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

The post Nahas Helikopter: ‘Mak Cik Hanya Mampu Berdoa’ – Ibu Mangsa appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nahas Helikopter: Mayat Ditemui Tertiarap, Sah Datuk Noriah Kasnon

$
0
0

Mayat wanita mangsa nahas helikopter ditemukan dalam keadaan tertiarap di tebing sungai Batang Lupar tengah hari tadi, kata Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon 2 Sarawak Azman Julaihi.

Beliau yang merupakan komander operasi mencari dan menyelamat (SAR) JBPM berkata, mayat wanita itu ditemui berhampiran serpihan pesawat.

“Kita berharap semua mangsa dijumpakan secepat mungkin,” katanya.

“Sekarang radius operasi SAR meliputi 150 kilometer melibatkan lebih 50 anggota daripada agensi penyelamat APMM, marin, tentera dan helikopter JPAM dari Sibu, Betong, Sri Aman serta Kuching.

“Unit skuba akan cuba buat selaman selepas ini. Pencarian semua tertumpu di hulu Sungai Batang Lupar,” katanya.

Azman berkata, pihaknya turut meminta bantuan daripada nelayan untuk membantu operasi SAR.

Terdahulu, telah disahkan bahawa mayat ditemukan itu adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

The post Nahas Helikopter: Mayat Ditemui Tertiarap, Sah Datuk Noriah Kasnon appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nahas Helikopter: Menteri Sebak Sambut Jenazah ‘Adik’

$
0
0

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sudah menganggap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon mangsa nahas helikopter di Sarawak seperti adiknya sendiri.

Melalui kemas kini status di Facebooknya, Rohani memberitahu beliau hadir ke IPK Sarawak untuk menyambut jenazah yang dipercayai Noriah.

Namun, sehingga kini masih tiada pengesahan rasmi dibuat oleh pihak berkuasa.

“Sekarang ini saya berada di IPK Sarawak untuk menyambut jenazah adik saya YB Noriah yang merupakan mangsa pertama kemalangan helikopter,” tulisnya.

Sekitar jam 12 tengah hari tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan penemuan mayat wanita tersangkut di tebing Sungai Batang Lupur sebelum dibawa ke Bilik Mayat Hospital Umum Sarawak.

Noriah merupakan salah seorang penumpang yang menaiki pesawat jenis Eurocopter AS350 dari Betong ke Kuching yang hilang petang semalam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Pagi tadi, serpihan-serpihan helikopter ditemui pasukan mencari dan menyelamat.

The post Nahas Helikopter: Menteri Sebak Sambut Jenazah ‘Adik’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) ‘Kalau Begini Permainannya, Dah Lama Saya Tarik Diri’– Datuk Aliff Syukri

$
0
0

Pengasas D’Herbs Holding, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menafikan dakwaan yang mengatakan beliau ingin memiliki tanah di negeri Kedah sebagai syarat untuk menaja pasukan bola sepak negeri tersebut.

Menurutnya, melalui perbincangan sebelum ini, pembangunan tanah tersebut dipersetujui dibuat melalui proses usahasama dengan anak syarikat negeri Kedah iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah(PKNK).

“Tanah berkenaan merupakan tapak projek terbengkai sebelum ini dan hasil perbincangan telah bersetuju agar tanah berkenaan dibangunkan secara kerjasama dengan PKNK.

“Tiada istilah saya mahukan tanah itu secara percuma, dan apa yang saya nak hanyalah untuk pelaburan. Kalau betul saya nak tanah, dengan RM30 juta saya boleh dapat tanah di Selangor,” katanya dalam sidang media yang berlangsung di Wisma D’Herbs Kota Damansara , hari ini.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memaklumkan penolakan tawaran penajaan oleh D’Herbs adalah bagi memastikan hak rakyat negeri itu tidak tergadai.

Dalam pada itu, Aliff berkata, pihaknya merasa amat kecewa memandangkan tiada sebarang sesi perbincangan diadakan sebelum KFA memuktamadkan keputusan tersebut

“Mengapa sebelum ini kami boleh berbincang selama dua bulan tapi bila keputusan penolakan ini dibuat tiada perbincangan diadakan terlebih dahulu.

“Sedangkan sebelum ini kami telah beberapa kali boleh berbincang dan mengubah draf kertas cadangan usahasama terbabit namun ketika mereka memuktamadkan keputusan, tiada langsung perbincangan dan pihak mereka terus membuat sidang media,” katanya.

Selain daripada itu, Aliff mengakui pihaknya merasa amat terkejut dengan penolakan penajaan tersebut dan menggesa agar pihak berkenaan menunjukkan bukti bahawa beliau ingin merampas tanah-tanah milik rakyat Kedah.

Beliau berkata, pihaknya akan menawarkan wang bernilai RM100 juta sekiranya terdapat bukti sedemikian seperti dakwaan Menteri Besar Kedah tersebut.

“Saya amat kecewa bila didakwa ingin merampas tanah negeri Kedah. Kalau macam ini permainannya, sudah lama saya tarik diri,” katanya.

The post (Video) ‘Kalau Begini Permainannya, Dah Lama Saya Tarik Diri’ – Datuk Aliff Syukri appeared first on WOWBERITA.ORG.

Live Streaming JDT vs Pulau Pinang 6.5.2016 Liga Super

$
0
0

Live Streaming JDT vs Pulau Pinang pada 6 Mei 2016 Liga Super. Siaran langsung perlawanan Liga Super Malaysia 2016 antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Pulau Pinang akan diadakan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin bermula pada jam 9.00 malam Jumaat. Perlawanan JDT vs Pulau Pinang malam ini tidak disiarkan di saluran televisyen tempatan, tetapi boleh ditonton secara online menerusi internet streaming JDT TV di bawah.

Live Streaming JDT vs Pulau Pinang 6.5.2016 Liga Super

  • Server 1: JDT TV


Jadual Siaran Langsung JDT vs Pulau Pinang Liga Super 2016

Tarikh: 6 Mei 2016 (Jumaat)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin
Siaran Rasmi: JDT TV bermula pada jam 9.00 malam

The post Live Streaming JDT vs Pulau Pinang 6.5.2016 Liga Super appeared first on WOWBERITA.ORG.


Nahas Helikopter: ‘Dok Sedap’, WhatsApp Terakhir Ahmad Sobri

$
0
0

“Sdap ape..xsedap..(sedap apa..tak sedap)”. Ia WhatsApp terakhir Ahmad Sobri Haron, 26, yang turut berada di dalam helikopter yang nahas di Sarawak, kepada anggota keluarganya apabila diusik bahawa beliau akan seronok dapat menaiki helikopter.

Kiriman dihantar beliau pada 2.15 petang semalam itu, mendapat reaksi adik-beradiknya yang lain, dan ada mendoakan supaya beliau selamat mendarat, namun tiada sebarang balasan daripada mangsa.

Adik bongsu Ahmad Sobri, Siti Noriah, 22, berkata abangnya yang dipanggil Abang Cik itu, baru sahaja pulang ke kampung pada hujung April lalu dan sempat membawa kedua ibu bapa mereka bercuti di Cameron Highlands.

“Abang Cik (Ahmad Sobri) seorang yang penyayang. Saya berdoa agar abang cik selamat,” katanya dalam nada hiba ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Bukit Cempaka, Batu Rakit.

Siti Noriah berkata Ahmad Sobri yang masih bujang, amat meminati kerjaya sebagai anggota polis dan mula menjadi pengawal peribadi sejak tiga tahun lepas.

Katanya Ahmad Sobri menamatkan latihan polis pada 28 Dis 2012. Beliau merupakan pengawal peribadi kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

Siti Noriah berkata, keluarganya hanya menyedari berlaku nahas membabitkan anak keempat daripada lima beradik itu, menerusi televisyen malam tadi.

“Mak dan ayah serta dua adik beradik lain telah ke Kuching. Mak dan ayah keluar dari sini sejak 12 tengah hari tadi dan kedua beradik lain akan tunggu di KLIA,” katanya, yang turut menunjukkan gambar kiriman Ahmad Sobri menerusi WhatsApp sekitar 11.50 pagi semalam.

Gambar tersebut menunjukkan Ahmad Sobri sedang ‘berselfie’ bersama seorang lagi di dalam sebuah helikopter.

The post Nahas Helikopter: ‘Dok Sedap’, WhatsApp Terakhir Ahmad Sobri appeared first on WOWBERITA.ORG.

Penyokong Kedah ‘Serang’ KFA, Desak Presiden Letak Jawatan

$
0
0

Berikutan kemelut isu penajaan yang membelenggu persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan D’Herbs holding, nampaknya peminat Kedah kembali bersuara.

Sejak sejam lalu Facebook Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah telah dipenuhi beribu luahan hati para penyokong kedah di mana mereka mendesak Presiden Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Facebook rasmi KFA itu dipenuhi Hastag #UndurPresidentKFABashah.

Ini kerana tindakan kerajaan Negeri Kedah dan KFA yang menolak tajaan dari pemilik D’Herbs sebanyak 30 juta berkaitan pemilikan di negeri berkenaan menyebabkan hak rakyat Kedah tergadai.

Bagaimanapun Pengasas D’Herbs Holding,Datuk Aliff Syukri Kamarzaman hari ini telah membuat satu sidang akhbar bersama bukti-bukti bahawa beliau ingin merampas tanah-tanah milik rakyat Kedah seperti yang didakwa.

Beliau menyifatkan dakwaan yang dibuat Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah baru-baru ini sebagai satu penghinaan buat dirinya.

Bahkan beliau turut mencabar mana-mana pihak membuktikan yang dia cuba merampas tanah rakyat Kedah dan akan berikan sebanyak 100 juta jika berjaya kemuka bukti.

The post Penyokong Kedah ‘Serang’ KFA, Desak Presiden Letak Jawatan appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nahas Helikopter: Jenazah Datuk Noriah Selamat Dikebumi

$
0
0

Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Sungai Burong, di sini, jam 2 pagi tadi.

Majlis pengebumian dihadiri keluarga dan sanak saudara termasuk kira-kira 1,000 penduduk pelbagai kaum yang tidak mahu ketinggalan memberi penghormatan terakhir kepada Ahli Parlimen Sungai Besar itu.

Turut kelihatan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan Naib Presiden Gerakan Datuk A. Kohilan Pillai.

Jenazah terdahulu tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang pada jam 11.32 malam dan dibawa ke Masjid Ar Rahmah Batu 12, Sungai Burong untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

Allahyarham meninggalkan empat anak, dua lelaki dan dua perempuan iaitu Mohd Shafiq Ishak, 29; Ain Shafinas Ishak, 24; Anis Athirah Ishak, 21, dan Adam Aidid Suhaili, 19, serta seorang anak angkat, Adam Mukhriz Abdullah berusia 3 tahun.

Allahyarham meninggal dunia selepas helikopter dinaiki terhempas ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching, Sarawak kelmarin.

Helikopter itu sepatutnya mendarat di Kuching pada jam 5 petang hilang daripada radar di kawasan Triso, Sri Aman, pada 4.32 petang.

Turut berada dalam helikopter itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Dr Sundaran Annamalai, Pengerusi MPOB yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun serta juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas.

Nasib mereka bagaimanapun setakat ini belum diketahui.

The post Nahas Helikopter: Jenazah Datuk Noriah Selamat Dikebumi appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nahas Helikopter: Mayat Kedua Ditemui Terikat Di Tali Pinggang Keselamatan

$
0
0

Mangsa kedua nahas helikopter di Sungai Batang Lupar ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pagi Sabtu.

Penemuan pada pukul 8.34 pagi itu disahkan Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan ketika dihubungi mStar Online di sini.

Mayat mangsa yang masih terikat di tali pinggang keselamatan kerusi ditemui berhampiran Pulau Seduku, kira-kira 10 kilometer dari pusat operasi SAR.

Identiti mangsa masih belum diketahui.

Mayat mangsa diterbangkan ke Kuching dengan helikopter Nuri untuk dibedah siasat di Hospital Umum Sarawak.

Pada Jumaat pasukan SAR menemui mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon berdekatan lokasi serpihan helikopter.

Selain Noriah helikopter itu turut dinaiki suaminya, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

The post Nahas Helikopter: Mayat Kedua Ditemui Terikat Di Tali Pinggang Keselamatan appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nahas Helikopter: Mayat Ketiga Dijumpai, Belum Berjaya Dibawa Naik

$
0
0

Polis Sarawak memaklumkan orang awam menemui mayat sekitar jam 10.30 pagi tadi kira-kira 1 kilometer dari penemuan mayat pertama semalam, di Sungai Batang Lupar.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, namun mayat tersebut masih belum dapat dibawa naik pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gara-gara keadaan air yang surut ketika ini.

“Di lokasi mereka (pasukan SAR) nampak satu mayat lagi tapi masalahnya sekarang ini air surut jadi bot tidak dapat nak menghampiri mayat.

“Kami cuba yang terbaik untuk mendapatkan mayat mangsa satu lagi. Buat masa ini masih berusaha merapati tempat yang dimaksudkan. Kami akan cuba cara ‘airlift’ kalau boleh. Saya masih menanti laporan dari lokasi.

“Saya hanya dapat mengesahkan satu mayat dapat dibawa naik dan satu mayat (ketiga) yang telah dimaklumkan masih belum dapat disahkan,” katanya pada sidang media, sebentar tadi.

Beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada mayat tersebut merupakan mangsa nahas helikopter yang hilang ketika dalam penerbangan ke Kuching, kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu operasi SAR yang diteruskan jam 11 malam tadi terpaksa dihentikan jam 2.30 pagi dan bersambung jam 7 pagi tadi.

“Sekarang kita sudah tambah kekuatan ke darat juga. Tentera dan polis ke darat untuk mengesan sebarang kesan (kemalangan) di sana,” katanya.

Semalam mayat pertama ditemui sekitar jam 12 tengah hari tersangkut di tebing Sungai Batang Lupar dan disahkan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

Hari ini, kira-kira jam 8.31 pagi mayat lelaki berjaya ditemui dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk pengesahan.

Namun masih tiada sebarang pengumuman dibuat pihak berkuasa mengenai identiti mayat.

The post Nahas Helikopter: Mayat Ketiga Dijumpai, Belum Berjaya Dibawa Naik appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live