Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Rahsia Berat Eina Azman Turun 30kg Dalam Masa 18 Hari

$
0
0

Pelakon Eina Azman tidak menyangka mengalami penurunan berat badan mendadak selepas 18 hari melahirkan anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef, Februari lalu.

“Saya tidak mengamalkan diet, tetapi berat badan susut sebanyak 30 kilogram (kg) dalam tempoh itu kerana saya memberikan susu badan dan tak cukup tidur. Daripada 85 kg, kini berat saya menjadi 55 kg.

“Tambahan pula saya menjaga bayi kembar. Ia memang pengalaman baharu bagi saya. Anak saya pula jenis yang suka berjaga dari jam 3 hingga 7 pagi. Saya hanya dapat tidur dari jam 8 pagi hingga ke 12 tengah hari.

“Mujur suami pun turut membantu, selain pembantu rumah yang lebih banyak memberi tumpuan menjaga anak pada sebelah siang hingga ke malam,” kata Eina seperti yang dilaporkan BH online.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 21, berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmit, 37, pada 31 Ogos 2014.

Sejak bergelar ibu, Eina mengakui dirinya selalu hendak pulang awal sebaik saja selesai urusan kerja.

“Hendak menguruskan anak kembar bukan mudah. Sebelum keluar rumah pun saya kena pam susu badan, sekurang-kurangnya empat botol seorang. Malah, saya perlu bangun tiga jam awal untuk menguruskan mereka,” katanya yang turut mengakui rindu untuk kembali berlakon.

The post Rahsia Berat Eina Azman Turun 30kg Dalam Masa 18 Hari appeared first on WOWBERITA.ORG.


(15 Gambar) ETS Rempuh Kereta Api Biasa Di Kuala Kubu Bharu

Sadiq Khan Dilantik Datuk Bandar London Pertama Beragama Islam

$
0
0

Wakil Parti Buruh Sadiq Khan mencatat sejarah apabila dilantik menjadi Datuk Bandar London pertama yang beragama Islam, selepas mengatasi calon Konservatif, Zac Goldsmith.

Bagi keputusan terakhir, Sadiq berjaya meraih undi sebanyak 56.8 peratus berbanding hanya 43.2 peratus yang diterima Goldsmith.

Kemenangan Sadiq ini menamatkan penguasaan lapan tahun Konservatif di London, yang mempunyai populasi penduduk seramai kira-kira lapan juta orang.

Sadiq yang juga bekas ahli parlimen dan menteri, bakal menjadi Datuk Bandar ketiga dari Parti Buruh selepas Boris Johnson dan Ken Livingstone.

Kemenangan Sadiq turut disambut oleh Ketua Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn menerusi Twitter rasminya pada pagi tadi.

The post Sadiq Khan Dilantik Datuk Bandar London Pertama Beragama Islam appeared first on WOWBERITA.ORG.

Cuma Tolong Papah Wanita, Tiga Warga Afrika Difitnah Culik & Rogol

$
0
0

Sikap buruk sangka dan prejudis rakyat Malaysia terhadap warga berkulit hitam timbul lagi apabila tuduhan menculik dan merogol wanita di sebuah pangsapuri di sini yang menjadi viral terbukti tidak benar.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata wanita yang terlibat dalam gambar itu tampil membuat laporan selepas gambarnya tersebar di media sosial.

“Gambar yang viral di Facebook disebarkan seorang individu itu adalah tidak benar.

“Wanita terbabit sudah hadir membuat laporan polis untuk membersihkan nama ketiga-tiga lelaki warga Afrika terbabit.

“Salah seorang daripada lelaki itu adalah teman lelakinya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Kejadian malam kelmarin itu dilaporkan berlaku di Pangsapuri Lagoon Perdana dengan kelihatan sekumpulan lelaki Afrika menyeret seorang wanita sehingga terdedah bahagian kakinya.

Susulan pendedahan gambar itu, pengguna media sosial berkongsi mengingatkan agar berwaspada dengan kegiatan tiga lelaki berkenaan.

Fitnah itu dipercayai timbul akibat coretan seorang pengguna lelaki Melayu di kumpulan Facebook tertutup bagi penduduk di pangsapuri itu, yang menuduh mereka cuba menculik dan merogol wanita itu.

Azlin berkata mangsa yang berusia 44 tahun mendakwa tiga lelaki Afrika itu hanya mahu membantunya dalam keadaan mabuk pulang ke rumah selepas menghadiri majlis hari jadi di premis tersebut.

“Wanita itu adalah warga Filipina dan bekerja di sekitar daerah ini,” beliau dilaporkan berkata.

The post Cuma Tolong Papah Wanita, Tiga Warga Afrika Difitnah Culik & Rogol appeared first on WOWBERITA.ORG.

Keputusan Rasmi PRN Sarawak 7 Mei 2016

$
0
0

BN telah meraih majoriti dua pertiga bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 hari ini.

Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN telah memenangi 72 kerusi daripada keseluruhan 82 kerusi yang dipertandingkan.

Ia sekaligus melebihi sasaran yang ditetapkan gabungan itu sebanyak 70 kerusi.

Manakala DAP pula memenangi tujuh kerusi dan PKR sekadar berjaya menawan tiga daripada 40 kerusi yang ditandinginya.
PAS pula masih gagal meraih sebarang kemenangan, meskipun menurunkan 11 calon pada PRN kali ini.

Seramai 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini.

The post Keputusan Rasmi PRN Sarawak 7 Mei 2016 appeared first on WOWBERITA.ORG.

Live Streaming Selangor vs Singapura Piala Sultan Selangor 7 Mei 2016

$
0
0

Live streaming Selangor vs Singapura Piala Sultan Selangor 2016. Perlawanan tradisi antara Selangor menentang Singapura akan bersiaran secara langsung pada Sabtu, 7 Mei 2016 bertempat di Stadium Shah Alam. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada seawal jam 8.30 malam. Bagi penyokong yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Selangor vs Singapura Piala Sultan Selangor 2016.

Live Streaming Selangor vs Singapura 7 Mei 2016

Server 1: TV9

Jadual Siaran Langsung Piala Sultan Selangor 2016

Tarikh: 7 Mei 2016 (Sabtu)
Masa: 8.20 malam
Lokasi: Stadium Shah Alam
Siaran Rasmi: TV9 bermula pada jam 8.30 malam

The post Live Streaming Selangor vs Singapura Piala Sultan Selangor 7 Mei 2016 appeared first on WOWBERITA.ORG.

Keputusan Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa Ke-58 2016

$
0
0

Qari dan qariah Malaysia, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan Nor Azrah Ayub muncul johan majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-58, diumumkan sebentar tadi.

Naib Johan bagi kategori qari dimenangi Awangku Adibul Amin Pengiran Marjuki dari Brunei manakala kategori qariah Mastia Lestaluhu dari Indonesia.

Tempat ketiga bagi qari dimenangi peserta dari Indonesia iaitu Awaluddin Mohor dan qariah dimenangi Siti Huzzaimah Yadey Rosli (Brunei).

Mesir muncul johan bagi kategori Hafazan bahagian lelaki dan wanita yang diwakili Abdulla Said Mohamed Bayoumy Elkazzaz dan Mayada Mahmoud Mahmoud Abdelrahim.

Kedua-dua wakil Malaysia bagi kategori hafazan mendapat naib johan. Malaysia diwakili Mohamad Omar Mansu dan Farihah Zulkifli.

Tempat ketiga dimenangi peserta Amerika Syarikat, Hamzah Alhabasy bagi kategori hafiz dan hafizah dimenangi peserta Lubnan, Asma Adra.

Johan qari dan qariah kategori tilawah membawa pulang kepingan emas bernilai RM70,000 tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), piala iringan dan wang tunai RM40,000 manakala bagi kategori hafazan, johan hafiz dan hafizah bakal menerima kepingan emas bernilai RM20,000 tajaan Yapeim, piala iringan dan wang tunai RM20,000.

Penganjuran tilawah antarabangsa tahun ini bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ berlangsung selama lima hari bermula Isnin lalu.

Sebanyak 68 peserta memperdengarkan bacaan daripada 38 peserta bagi kategori tilawah dan 30 peserta bagi kategori hafazan.

The post Keputusan Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa Ke-58 2016 appeared first on WOWBERITA.ORG.

PRN Sarawak: Semua Calon AMANAH Hilang Deposit

$
0
0

AMANAH beranggapan adalah perkara biasa untuk calon kehilangan wang deposit pada pilihan raya, khasnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11.

Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir berkata, ia adalah satu kejayaan, jika ada di kalangan calon parti yang baru berusia tujuh bulan itu memperoleh semula wang deposit mereka.

“Hilang deposit di Sarawak ini adalah perkara biasa bagi calon-calon. Mana-mana kawasan yang kita perolehi deposit itu sudah kita anggap sebagai suatu kemenangan,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Anuar turut menjelaskan, pengalaman pertama parti itu bertanding pada PRN kali ini merupakan pengalaman berharga untuk AMANAH memperkenalkan parti dan logonya kepada rakyat Sarawak.

“Ia memberikan pengalaman yang cukup berharga dan sebagai parti baru untuk diperkenalkan kepada orang ramai bukanlah suatu perkara mudah.

“Jadi, tujuan kita menyertai PRN Sarawak adalah untuk memperkenalkan parti dan logo yang berusia tujuh bulan ini kepada rakyat Sarawak,” jelasnya.

Ujarnya lagi, tidak dapat dinafikan suasana politik di Sarawak berbeza dengan Semenanjung Malaysia, kerana rata-rata rakyat di negeri itu tidak memahami secara mendalam isu yang dibincangkan di Semenanjung, iaitu 1MDB dan juga isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Tambahnya, sekatan terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang ke Sarawak juga memperlihatkan demokrasi yang tidak subur di Bumi Kenyalang.

“Suasana di Sarawak ini memang kita sangat kecewa kerana demokrasi yang sangat terhakis, pilihan raya di Afrika mungkin lebih maju lagi.

“Kita sangat terasa dalam pilihan raya yang kita sertai ini. Kalau BN tidak menang dalam PRN kali ini maknanya dunia boleh kiamat kerana cara mereka berkempen iaitu menggunakan televisyen, radio dan lain-lain,” ujarnya lagi.

Semua 13 calon yang diturunkan AMANAH pada PRN Sarawak kali ini kecundang dan gagal mendapatkan kembali deposit mereka sebanyak RM5,000.

Calon-calon pilihan raya akan kehilangan wang deposit, jika mereka gagal memperolehi 1/8 daripada jumlah undi yang diperolehi semua calon bertanding di sesebuah kerusi itu.

The post PRN Sarawak: Semua Calon AMANAH Hilang Deposit appeared first on WOWBERITA.ORG.


PRN Sarawak: Malang Berganda Buat Calon DAP DUN Batu Kawah

$
0
0

Malang berganda menimpa calon DAP yang juga penyandang kerusi DUN Batu Kawah, Christina Chiew Wang See.

Awal hari ini, Chiew dilaporkan mengalami keguguran dan ketika proses pengiraan undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Sim Hui Kian.

Memetik laporan MalaysiaKini, Chiew berkata dia mengambil keputusan untuk mengaku kalah selepas melihat Dr Sim mendahului undian dan menganggap ia terlalu sukar untuk ditandingi.

Chiew mengaitkan kekalahannya dengan peratusan keluar mengundi yang rendah terutamanya kalangan pengundi muda.

“Jumlah pengundi muda hanya 50 peratus dan ia tidak membantu kami,” katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang melalui Twitternya berkata, Chiew mengalami keguguran disebabkan usahanya berkempen di kawasan Batu Kawah.

Sementara itu, Dr Sim yang juga pakar jantung dan Presiden Persatuan Jantung Negara Malaysia mengharapkan agar Chiew segera pulih.

Bercakap kepada pemberita di SMK Bandar Kuching No 1, Ketua SUPP itu mengingatkan Chiew bahawa kesihatannya adalah lebih penting daripada politik.

“Jika saya adalah dia, saya tidak akan mati untuk politik,” katanya seperti dilaporkan New Straits Times.

PRN Sarawak ke-11, menyaksikan BN terus menguasai Bumi Kenyalang selepas memenangi majoriti dua pertiga.

The post PRN Sarawak: Malang Berganda Buat Calon DAP DUN Batu Kawah appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Telefon Bimbit Tiba-Tiba Meletup…’

$
0
0

Allahuakbar! Alhamdulillah. ALLAH bagi kami sekeluarga peluang sekali lagi untuk terhindar daripada musibah pagi ini,” demikian coretan Tengku Khalidah Tengku Bidin di ruangan Facebooknya tatkala menceritakan kejadian telefon bimbit anaknya yang meletup secara tiba-tiba pagi tadi dirumahnya.

Ujarnya, kejadian itu berlaku ketika anaknya mengecas telefon bimbit dibiliknya.

“Sekitar pukul 9.30 tadi, anak saya, Dina mengecas telefon bimbitnya (HP) dekat bilik saya. Setengah jam kemudian, tiba-tiba sahaja, booommm. Meletup dan terbakar telefon bimbit itu.

“Saya di dapur, terkejut bila anak menjerit-jerit, api…api. Api menjulang dari HP, berasap-asap. Nasib kami sangat baik sebab HP itu memang takda siapa yang pegang.

“Memang saya selalu ingatkan anak, masa HP sedang ‘charge’ tak boleh guna. Memang nasib baik, bayangkan masa kita tengah guna benda tu berlaku?Nauzubillah. Hasilnya, tengoklah keadaan bateri tu. Lunyai…walaupun baru sahaja tukar tak sampai setahun dan ia original,” tulisnya.

Dalam pada itu, Tengku Khalidah berkata kejadian itu patut dijadikan sebagai satu pengajaran dan iktibar bersama.

“Masa ia nak meletup, tidak kira ia original atau tidak. Hati-hati jadikan pengajaran dan selalu pesan pada anak-anak.

“Kawan saya Niezam Abdullah pesan, cara paling baik charge HP letak atas kayu, jauhkan dari benda yang mudah terbakar.

“Kalau terbakar, terus ajar anak-anak pergi ke suis utama, tutupkan semua suis dulu. Pastikan kita sudah ajar anak-anak perkara ni.

“Anak saya tadi menjerit dan tengok saja sebab panik. Nasib baik saya tadi ada kat bawah, jadi pantas sahaja matikan suis utama tu.

“Kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi. Alhamdulillah,” tulisnya lagi.

The post ‘Telefon Bimbit Tiba-Tiba Meletup…’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Arwah Tetap Hadir Walaupun Telah Pergi 30 Kenduri’

$
0
0

“Arwah cakap dia dah pergi 30 kenduri kahwin.. kenduri kahwin anak saya yang terakhir disinggahinya,” kata Pengusaha Mentarang Bakar, Sazali Zainal, 56.

Sazali berkata, Allahyarham, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon sempat singgah di gerai mentarangnya bagi menghadiri kenduri perkahwinan anak lelakinya, lewat petang Sabtu lalu.

“Arwah mohon maaf tak datang tengah hari sebab penuhi 30 jemputan kenduri,” katanya kepada Sinar Harian.

Sazali berkata, arwah yang datang bersama dengan beberapa pegawainya sempat meluangkan masa kira-kira 15 minit, bagaimanapun tidak menjamah sebarang makanan.

“Masa tu arwah tak nak makan sebab dah kenyang. Saya dan isteri berbual dengan arwah.

“Arwah nampak ceria sepanjang masa. Banyak yang kami bualkan antaranya tentang kemajuan gerai yang kami usahakan,” ujarnya.

Sazali berkata, dia tidak menyangka pertemuan itu adalah kali terakhir dia bertemu dengan Ahli Parlimen Sungai Besar itu sebelum mayat Ahli Parlimen Sungai Besar itu ditemui berhampiran serpihan pesawat, semalam.

“Saya rasa amat sedih dengan pemergiaan seorang pemimpin berjiwa rakyat.

“Kami tak sangka arwah singgah jua ke kenduri kahwin anak kami, walaupun dalam keadaannya yang sibuk. Kehilangannya beri kesan mendalam bagi sesiapa saja yang mengenalinya,” katanya.

The post ‘Arwah Tetap Hadir Walaupun Telah Pergi 30 Kenduri’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

(3 Gambar) Peniaga Telefon Bimbit Parah Ditetak Penyamun

$
0
0

Seorang peniaga telefon bimbit parah akibat ditetak dua lelaki berparang di kepala dalam kejadian di sebuah premis di Bandar Port Dickson, di sini, petang ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian 2.30 petang, mangsa berusia 24 tahun bersama adik perempuannya berada di premis itu.

Katanya, datang dua lelaki berpura-pura mahu membeli telefon bimbit dan seorang daripadanya cuba merampas beg milik mangsa.

“Sebaik menyedari suspek mahu melarikan beg mengandungi barangan berharga, peniaga itu cuba melawan. “Dalam pergelutan, mangsa parah ditetak di kepala oleh penjenayah berkenaan,” katanya.

Adzli berkata, sejurus mendapat beg terbabit, suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.

“Polis sedang menjalankan buruan terhadap suspek mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan,” katanya.

The post (3 Gambar) Peniaga Telefon Bimbit Parah Ditetak Penyamun appeared first on WOWBERITA.ORG.

Adik Neelofa Berhabis RM12,000 Beli Kasut ‘Fake’ Adidas Yeezy

$
0
0

Mungkin ramai sudah mengenali adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera yang pernah mencetuskan kontroversi beberapa bulan lalu.

Dan baru-baru ini, gadis ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar sepasang kasut edisi khas Yeezy yang dibelinya dengan harga 2000 pound (lebih kurang RM12,000).

Setelah gambar itu dimuatnaik di laman Instagram, ianya mendapat perhatian orang ramai kerana seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena dengan kasut tersebut.

Kasut yang dimaksudkan adalah Adidas Yeezy 350 ‘Pirate Black’. Menerusi gambar itu, para peminat kasut atau sneakerheads di Malaysia perasan kasut tersebut bukanlah original atau kata lainnya palsu.

Seorang pengguna Twitter yang bernama Dinie memberitahu gadis tersebut bahawa kasut yang dibelinya itu palsu. Bagaimanapun gadis ini tetap bertegas bahawa kasut yang dibelinya itu original.

Malahan, apa yang lebih membuatkan ramai kesal, gadis ini turut memperlekehkan sesiapa yang menegurnya.

Tambahnya lagi, beliau mempunyai personal shopper sendiri untuk membeli barang-barang kesukaannya yang tiada di Malaysia.

Selepas beberapa jam isu itu menjadi viral, gadis ini nampaknya dengan sengaja mengeluarkan tweet yang seakan-akan ingin menampakkan beliau sememangnya kaya.

Untuk pengetahuan anda, kasut ini sebenarnya boleh didapati di pasaran dalam lingkungan RM3000-RM4500 bergantung kepada saiznya

Tetapi kenapa sangat mahal?

Ini kerana kasut ini direka oleh rapper terkenal iaitu Kanye West dan kuantiti kasut ini adalah sangat terhad di seluruh dunia. Limited edition lah katakan.

Disebabkan beliau kini adalah salah seorang ikon fesyen dunia, jadi apa sahaja yang dipakainya akan menjadi perhatian.

Dan kalau anda nak tahu, Kasut Yeezy 350 harga asalnya adalah dalam sekitar RM800 sahaja.

Agak-agak macam manalah rasanya kalau anda terhabiskan RM12 ribu untuk kasut fake?

The post Adik Neelofa Berhabis RM12,000 Beli Kasut ‘Fake’ Adidas Yeezy appeared first on WOWBERITA.ORG.

Misteri ‘Budak Solar’ Lumpuh Di Waktu Malam Peningkan Doktor

$
0
0

Dua beradik menerima jolokan ‘budak solar’ kerana kondisi mereka yang aneh menyebabkan doktor di Pakistan tertanya-tanya punca penyakit kedua kanak-kanak itu.

Shoaib Ahmed, 9 dan Abdul Rashid, 13, kelihatan normal sahaja ketika matahari sedang bersinar. Namun sebaik sahaja matahari turun, kondisi kedua beradik itu mula menjadi pelik – tidak mampu bergerak atau bercakap – seolah-olah mereka seperti sudah ‘separuh mati’.

Kondisi aneh ini menyebabkan mereka digelar budak solar dalam kalangan warga tempatan

Professor dari Institute Sains Medikal Pakistan, Javed Akram berkata kepada AP pada Khamis bahawa beliau tidak tahu apa yang menyebabkan penyakit aneh ini.

“Kami mengambil perkara ini sebagai satu cabaran. Doktor kami sedang menjalankan ujian medikal untuk mencari sebab mengapa kanak-kanak ini aktif pada siang hari tapi tidak boleh membuka mata, bercakap atau makan apabila matahari terbenam”, kata beliau ketika melawat kanak-kanak itu di hospital.

Akram berkata, kerajaan akan membiayai semua bayaran medikal untuk kedua beradik itu, yang hidup dalam keluarga kurang bernasib baik.

Kedua beradik itu kini sedang dirawat di sebuah hospital di Islamabad dan sampel darah mereka telah dihantar ke pakar di luar negara, kata beliau. Selain itu, penyelidik juga telah mengambil sampel tanah dan udara dari kawasan rumah keluarga itu.

Bapa kepada dua beradik itu, Mohammad Hashim berkata teorinya tentang keadaannya sangat mudah.

“Saya rasa anak-anak saya mendapat tenaga dari matahari”, katanya.

Namun, doktor telah pun menidakkan teori tersebut setelah kajian dilakukan.

Kedua beradik itu diletakkan di dalam satu bilik gelap pada waktu siang dan mereka masih boleh bermain seperti normal.

The post Misteri ‘Budak Solar’ Lumpuh Di Waktu Malam Peningkan Doktor appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nahas Helikopter: Pasukan SAR Guna Dron & Sonar Jejak Mayat Terakhir

$
0
0

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menggunakan sonar untuk mengesan mayat dan serpihan helikopter di Sungai Batang Lupar, pagi ini.

Pegawai Operasi Negeri Leftenan (PA) Madihi Habib berkata, sonar berkenaan sudah digerakkan ke lokasi pencarian jam 9 pagi tadi.

Beliau berkata, sonar berkenaan mampu mengesan objek di dasar sungai pada radius 30 meter persegi dengan kedalaman 200 meter.

“Teknik ini diharap dapat memberi pentunjuk positif dalam operasi mencari seorang lagi mangsa dan serpihan helikopter,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Dron JPAM Samarahan, Leftenan (PA) Ahmad Shahfikri berkata, dron yang digunakan akan membantu membuat tinjauan dari udara.

Katanya, dron jenis Inspire dan Phantom 4 itu akan dikendalikan dua pakar dari syarikat swasta yang bekerjasama dengan JPAM.

“Dron berkenaan boleh terbang selama 20 minit pada jarak ketinggian 400 meter dengan luas sehingga dua kilometer.

“Jika dron dapat mengesan objek yang mencurigakan, kita akan hantar pasukan pencari ke kawasan berkenaan bagi mengesahkan penemuan itu,” katanya.

The post Nahas Helikopter: Pasukan SAR Guna Dron & Sonar Jejak Mayat Terakhir appeared first on WOWBERITA.ORG.


(Video) Teruk Dikecam Netizen, Bella Tampil Mohon Maaf

$
0
0

Wanita yang membuat laporan polis terhadap produk kurus yang didakwa tidak berkesan akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka.

Menerusi video berdurasi 1 minit 34 saat itu, Bella Nabela meluahkan rasa kesal atas penghinaannya terhadap produk serum kurus Izeara Extravaganza.

Kata Bella, dia terdesak untuk manjadi kurus kerana sering dihina dan dimaki oleh orang sekeliling.

Bella berjanji untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat berhubung isu berkenaan dan dia berharap pihak pemilik produk kurus dapat memaafkannya serta tidak memanjangkan itu tersebut lagi.

Di akhir video, Bella berkata dia ingin berjumpa dengan pengasas produk itu untuk menerangkan situasi yang dialami dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

The post (Video) Teruk Dikecam Netizen, Bella Tampil Mohon Maaf appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nahas Helikopter: Jenazah Asmuni Dikebumi Sebelah Pusara Isteri

$
0
0

Jenazah Mohd Asmuni Abdullah, suami kepada Allahyarham, Datuk Noriah Kasnon yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak tiba di Masjid Ar Rahmah Kampung Sungai Burong kira- kira jam 9 pagi tadi.

Jenazah dari Lapangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)Subang itu, disembahayangkan di masjid sebelum dikebumikan kira-kira jam 10 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sungai Nibong, bersebelehan kubur arwah isterinya yang dikebumikan awal pagi semalam.

Allahyarham Asmuni, 52, yang berkahwin dengan timbalan menteri, perusahaan, perladangan dan komoditi kira-kira lapan bulan lalu.

Turut menghadiri pengebumian, Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

Asmuni Abdullah (kanan) bersama isterinya, Noriah ketika bercuti di Amerika Syarikat, Februari lalu.

The post Nahas Helikopter: Jenazah Asmuni Dikebumi Sebelah Pusara Isteri appeared first on WOWBERITA.ORG.

Cinta Abadi Noriah-Asmuni Selepas 30 Tahun Terpisah

$
0
0

Mereka bertemu ketika remaja, jatuh cinta namun terpaksa berpisah. Tetapi…walaupun selepas lebih daripada 30 tahun dan telah mempunyai kehidupan masing-masing, namun cinta mereka tetap kuat dan utuh.

Itulah kisah cinta antara Allahyarhamah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Mohd Asmuni Abdullah, kedua-duanya, 52, dijemput Ilahi pada Khamis lalu, selepas helikopter yang mereka naiki terbabit nahas di Sungai Batang Lupar, Sarawak.

Kebahagian mereka hanya bertahan lapan bulan, sesudah berkahwin pada September lalu selepas bertemu semula melalui Facebook.

Adik Noriah, Saiful Baharim, 44, ketika mengimbau kembali kisah cinta kakaknya berkata, mereka berdua berpisah lebih daripada 30 tahun lalu, selepas ibunya membantah hubungan mereka berdua.

“Mereka belajar di sekolah rendah yang sama di SK Sungai Burong, Selangor. Mereka mahu berkahwin apabila mereka selesai belajar di sekolah menengah tetapi ibu tidak membenarkannya kerana dia berkata, sambung belajar lebih penting.

“Akhirnya, mereka terpaksa melupakan hasrat untuk bersatu demi melanjutkan pengajian masing-masing.

“Asmuni pergi ke Amerika Syarikat untuk belajar seni bina manakala Noriah menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,” katanya petik laporan The Star yang menemui Saiful di rumah keluarganya, di Kampung Batu 12, Sungai Burong, di sini semalam.

Beliau berkata, kedua-dua terputus hubungan dengan satu sama lain dan Noriah kemudian berkahwin dan mempunyai lima orang anak daripada tiga perkahwinan terdahulu, termasuk mempunyai seorang anak angkat yang berusia tiga tahun, manakala Asmuni juga mempunyai empat orang anak dan menetap di New York selepas menamatkan pengajiannya.

Saiful berkata, pasangan itu hanya ‘bertaut semula’ pada awal tahun lalu apabila Noriah membuat ‘reunion’ untuk mengimpunkan alumni sekolah rendah beliau melalui Facebook.

Menyedari bahawa mereka masih mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain, mereka terus berhubung dan berkahwin pada September lalu.

“Ia adalah benar-benar sebuah kisah cinta abadi kerana mereka suka antara satu sama lain sejak kecil,” katanya sambil menunjukkan gambar-gambar lama Noriah dan Asmuni semasa zaman kanak-kanak dan remaja.

Sementara itu kakak Noriah, Sunarsih, 55, pula berkata, adiknya dilihat lebih gembira dan bahagia selepas berkahwin dengan Asmuni, dan acapkali bercakap tentang keluarganya.

The post Cinta Abadi Noriah-Asmuni Selepas 30 Tahun Terpisah appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nahas Helikopter: ‘Cukuplah Dua Biji Untuk Buat Kenangan’– Arwah Asmuni

$
0
0

“Saya tanya ada dua pelam je ke, arwah jawab, cukuplah dua ni buat kenangan,” kata Kahpi Ngiso, 56, rakan kepada Allahyarham Mohd Asmuni Abdullah, 52, yang ditemui maut dalam nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, semalam.

Menurut Kahpi, kali terakhir dia bertemu arwah ketika Mohd Asmuni bertandang ke rumahnya di Tali Air 1 Sungai Burong, pagi Ahad lalu.

“Arwah beri saya satu pelam harum manis dan satu pelam mas hitam. Dia suruh saya rasa sebab pelam ni datangnya dari Perlis dan Thailand,” katanya kepada Sinar Harian.

Kahpi memberitahu, arwah kemudiannya memancing di depan rumahnya, sementara dia meninggalkan arwah bersendirian kerana ada urusan lain di luar.

“Bila saya balik ke rumah tengok arwah masih memancing. Dia sempat sapa saya kata dua ikan haruan dah terlepas dalam parit,” katanya.

Katanya, selepas memancing, arwah kemudiannya ke Sungai Besar untuk menghadiri program isterinya, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

“Itulah kali terakhir saya bersama arwah. Saya terkejut bila dapat berita arwah terlibat dalam nahas,” katanya.

Kahpi yang berkawan rapat dengan Allahyarham sejak bersekolah rendah berkata, hubungannya dengan Mohd Asmuni begitu rapat meskipun arwah menetap di Amerika Syarikat.

“Biasanya dia akan datang ke rumah saya bila balik dari Amerika (Syarikat).

“Arwah seorang ceria dan suka tersenyum. Walaupun belajar dan menetap di luar negara dia mcam anak-anak kampung yang lain suka memancing,” katanya.

Katanya, kehilangan Allahyarham amat dirasai memandangkan beliau seorang yang bermasyarakat dan amat rapat dengan kenalannya.

“Saya berasa sedih bila tahu arwah dan isterinya (Noriah) maut dalam tragedi helikopter. Sudah tentu saya rasa sedih dengan pemergiannya,” katanya.

The post Nahas Helikopter: ‘Cukuplah Dua Biji Untuk Buat Kenangan’ – Arwah Asmuni appeared first on WOWBERITA.ORG.

Live Streaming ABPBH 8 Mei 2016 Anugerah Bintang Popular

$
0
0

Live streaming Anugerah Bintang Popular ABPBH 29 pada 8 Mei 2016. Siaran langsung malam penentuan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kali ke-29 akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad. Acara karpet merah akan bermula pada jam 8.30 malam manakala majlis kemuncak ABPBH29 akan bermula pada jam 9.00 malam. Siaran eksklusif secara langsung turut disiarkan menerusi saluran TV3 bermula pada jam 9.00 malam. Bagi peminat yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Anugerah Bintang Popular ABPBH 2016.

Live Streaming Anugerah Bintang Popular ABPBH 8 Mei 2016

Siaran Langsung Anugerah Bintang Popular ABPBH 29

Tarikh: 8 Mei 2016 Ahad
Karpet Merah: 8.30 malam
Acara Kemuncak: 9.00 malam
Lokasi: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Siaran Rasmi: Media Prima TV3

Keputusan ABPBH 2016 Anugerah Bintang Popular

Sila klik Keputusan Penuh ABPBH 2016 Anugerah Bintang Popular

The post Live Streaming ABPBH 8 Mei 2016 Anugerah Bintang Popular appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live