Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Lagi Aksi Jijik Pasangan Melayu Disebalik Batu Besar

$
0
0

Amboi! Seronoknya pasangan sengal tu ‘main’ air yer, kat mana tu?? Miss tengok tempat tu macam menarik jer, pemandangan di belakang pun cantik.. Pandai pasangan tu cari tempat? Tapi apa yang tak sedap mata memandang tu, bila melihat aksi tak senonoh pasangan tu.. Menyakitkan mata jer!

BACA: Pasangan Melayu Kantoi ‘Mengawan’ Disebalik Batu Besar

Dah pergi tempat mandi manda tu, dilakukan pulak aksi tak senonoh.. Bertuah punya budak, bikin malu keluarga jer lah! Boleh pulak dorang melakukan aksi menjilat di tempat awam macam tu.. Tak malu langsung dengan orang lain yang berada di sekeliling dorang! Tipu lah kalau cakap tak ada orang di tempat macam tu, betul tak??

Tak dinafikan, tempat mandi manda macam tu memang sering jadi ‘port’ pasangan couple bermadu asmara.. Kalau tak, sebelum ni tak dak la pasangan couple Melayu kantoi sedang mengawan di sebalik batu besar.. Baik punya dorang melayan nafsu masing-masing, sampai tak sedar ada individu lain sedang merakam aksi tak senonoh dorang..

Begitu juga dengan pasangan di atas tu, tapi gambar dorang ni memang sengaja diambil untuk dibuat sebagai ‘kenangan’.. Itulah posing ‘paling menarik’ dikasi! Korang lihat jer lah minah tu, bukan main suka dia menjilat leher si boyfriend.. Sedap yer dapat jilat?? Ada rasa apa-apa tak?? Mana nak tahu, ada rasa ‘manis’ macam gula-gula ke?? Si boyfriend pun senyum macam kerang busuk jer, seronok lah tu kena jilat..

Mana tak seronoknya, bukan senang nak dapat macam tu! Tak kahwin pun, dah boleh dapat macam-macam.. Teruk kan perangai orang sekarang, pergaulan tu dah tak ada batas lagi! Dah tak ingat lagi dosa pahala! Kasihan kaum perempuan macam tu, ‘murah’ sangaaattt…

Dorang tak fikir ke, lelaki macam tu belum tentu nak jadikan dorang sebagai isteri.. Nak jadikan ‘stok’ pakai buang ada lah! Bila habis ‘manis’, ditinggalkan begitu jer.. Nak merana lebih-lebih nanti, perempuan jugak..

The post Lagi Aksi Jijik Pasangan Melayu Disebalik Batu Besar appeared first on WOWBERITA.ORG.


Gempar! Polis Temui Pistol Dalam Kereta Safee Sali

$
0
0

Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup dalam kenderaan milik pemain bola sepak JDT, Safee Sali, yang dipandu seorang pemilik kedai eksesori kenderaan pacuan empat roda (4WD), siang tadi.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari.

Hasil pemeriksaan ke atas Ford Ranger itu, polis menemui pistol itu dalam beg kuning yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata Safee sebelum ini menghantar kenderaan miliknya itu minggu lalu ke kedai suspek untuk diubahsuai dan akan mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung semalam.

“Saya mengesahkan suspek kes ini tiada kaitan dengan Safee Sali dan suspek hanya mengenali pemain bola sepak itu sebagai pelanggan yang mendapatkan khidmat ubahsuai di kedainya.

“Suspek itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

The post Gempar! Polis Temui Pistol Dalam Kereta Safee Sali appeared first on WOWBERITA.ORG.

Keputusan Juara Pemenang Gempak Superstar 2016 Akhir

$
0
0

Keputusan juara pemenang Gempak Superstar 2016 Astro. Konsert bertemakan dangdut Gempak Superstar pentas akhir kini berlangsung di Dewan Teater Shah Alam pada Ahad 15 Mei 2016. Seramai lima finalis antaranya adalah Elizad, Sherry Ibrahim, Nazim, Soffi dan Arja Lee berentap untuk merebut gelaran juara Gempak Superstar musim pertama. Siaran secara langsung turut disiarkan menerusi saluran Astro Ria bermula pada jam 9.00 malam. Siapakah bakal juara konsert Dangdut Gempak Superstar?

Keputusan Juara Pemenang Gempak Superstar 2016 Akhir

Juara: Elizad (RM100,000 + Trofi)

Naib Juara: Sherry Ibrahim (RM25000 + Trofi)

Tempat Ketiga: Arja Lee (RM15,000 + Trofi)

Tempat Keempat: Sofi Jikan (RM10,000 + Trofi)

Tempat Kelima: Nazim Othman (RM5,000 + Trofi)

Anugerah Khas Terlajak Gempak: Sherry Ibrahim

Tahniah, Elizad diumumkan sebagai juara program Gempak Superstar musim Pertama.

The post Keputusan Juara Pemenang Gempak Superstar 2016 Akhir appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Saya Ingat Semua Nama Guru Saya’– Ahmad Zahid

$
0
0

“Saya ingat semua nama guru saya yang telah mendidik saya dari darjah satu hingga ke sekolah menengah” jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena sambutan Hari Guru 2016.

Beliau berkata jasa guru amat bermakna dan menyebabkan beliau tidak pernah putus hubungan akrab dengan guru yang telah mendidik dirinya.

“Hingga sekarang hubungan saya dengan mereka dan keluarga mereka, sama ada yang masih hidup mahupun guru-guru yang sudah meninggal masih terus intim.

“Ini kerana saya sangat menghargai sumbangan mereka walaupun itu (hubungan antara murid dan guru) adalah tugas dan profesion mereka.

“Hubungan saya dengan mereka itu lebih rapat daripada hanya tugas rasmi,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.

Ahmad Zahid juga mengimbas semula jasa guru yang pernah mendidik dirinya di mana beliau selalunya disayangi oleh guru.

Sejak zaman persekolahan dari darjah satu, beliau merupakan seorang murid aktif dan menjadi ketua darjah sehingga ke sekolah menengah.

Ahmad Zahid yang turut mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru di negara ini berharap mereka akan sentiasa beristiqamah dan ikhlas dalam menyebarkan ilmu kepada pelajar.

Jelasnya, biarpun terdapat kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh guru, beliau yakin bukan hanya ganjaran yang akan datang namun satu penghargaan yang lebih bermakna kepada semua guru di negara ini.

“Saya yakin bukan hanya ganjaran yang akan datang tetapi kita tahu penghargaan daripada pelajar dan murid-murid yang menerima ilmu daripada mereka”, katanya.

The post ‘Saya Ingat Semua Nama Guru Saya’ – Ahmad Zahid appeared first on WOWBERITA.ORG.

(7 Gambar & Video) Padah Lintas Landasan, Remaja 16 Tahun Berkecai Dilanggar ETS

$
0
0

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut dilanggar perkhidmatan tren elektrik (ETS) ketika dia dipercayai cuba melintasi landasan itu di Kilometer 114, Kodiang ke Anak Bukit di sini, petang tadi.

Dalam kejadian berhampiran Megat Dewa kira-kira 4.30 petang itu, mangsa terseret sejauh beberapa meter akibat dilanggar tren berkenaan.

Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Siti Badariah Wan hanafi berkata, pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kita hanya menerima maklumat mengenai seseorang melintas trek secara haram kerana ada kesan pagar dipotong di kawasan kejadian.

“Berikutan itu, operasi ETS tergendala selama 30 minit untuk pemeriksaan dan laporan keselamatan sebelum dibenarkan bergerak semula seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Selepas menerima laporan penemuan mayat di trek ETS, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kubang Pasu dikejarkan ke lokasi,” katanya.

The post (7 Gambar & Video) Padah Lintas Landasan, Remaja 16 Tahun Berkecai Dilanggar ETS appeared first on WOWBERITA.ORG.

Hidap Gangren, Kaki Ustaz Kazim Elias Risiko Dipotong

$
0
0

Selepas diserang penyakit jantung, penceramah bebas terkenal Datuk Mohd Kazim Elias kini berisiko hilang empat jari kakinya apabila disahkan menghidap kelemayuh, atau juga dipanggil gangren.

Selain kemerosotan otot kaki, Kazim juga mengalami masalah mata, buah pinggang dan kaki, namun itu tidak menghalang semangatnya untuk meneruskan jelajah dakwah.

“Saya perlu berceramah walaupun doktor menasihatkan saya berehat. Saya ada masalah pada mata kiri, buah pinggang dan kaki.

“Kalau tidak berjaga-jaga banyak risiko akan berlaku, tapi bila saya dapat mikrofon, saya akan jadi sihat hingga susah nak berhenti (bercakap),” katanya dipetik laporan Kosmo! hari ini.

Beliau berkata sedemikian sebelum memulakan ceramah di padang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat di sini semalam.

Kazim dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengadu penat dan sakit dada ketika berceramah di bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong di Bachok, Kelantan pada 19 Februari lalu.

Dua bulan kemudian, masih dalam tempoh proses rawatan, beliau kembali semula berceramah di Terengganu, kemudian Johor dan beberapa negeri lain.

Kelemayuh, atau gangren, berlaku apabila tisu daging mati kerana tidak mendapat bekalan darah, dan kemudiannya diserang bakteria.

The post Hidap Gangren, Kaki Ustaz Kazim Elias Risiko Dipotong appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nazim Othman Sudah Tempah Baju Kahwin?

$
0
0

Umum mengetahui bahawa pasangan Nazim Othman dan Bella Dally telah lama mengikat tali pertunangan, namun sehingga sekarang kedua-dua belah pihak masih merahsiakan lagi tarikh bahagia tersebut. Namun baru-baru ini, khabarnya Nazim sudah mula berjumpa dengan pereka fesyen untuk menempah baju perkahwinan.

Menerusi akaun Instagram beliau, Nazim telah berkongsi sekeping gambar bersama pereka terkenal tempatan Rizman Ruzaini di sebuah restoran dengan kepsyen yang sangat jelas untuk berbincang baju perkahwinan beliau. Selalunya jika sudah menempah baju perkahwinan, maknanya perkawinan pasangan ini sudah semakin hampir.

Selepas gambar itu dimuat naik, rata-rata para peminat membanjiri laman sosial pelakon dan penyanyi itu dengan ucapan tahniah disamping mendoakan kebahagiaan selebriti itu. Malah semuanya sudah tidak sabar lagi menunggu ketibaan hari bahagia pasangan ini yang kurang mendedahkan percintaan mereka.

Walau apapun, semoga segala urusan dan perancangan pasangan sama padan ini akan dipermudahkan olehNya serta berjalan dengan lancar. Sama-samalah nantikan pengumuman tarikh bahagia yang dipilih pasangan ini nanti, dah harap-harap Nazim juga tidak lupa untuk berkongsi bersama peminat.

The post Nazim Othman Sudah Tempah Baju Kahwin? appeared first on WOWBERITA.ORG.

Semakan Keputusan UPU Sesi 2016/2017 Online & SMS

$
0
0

Semakan Keputusan Permohonan UPU Sesi 2016/2017 secara online dan SMS. Menerusi makluman rasmi KPM, keputusan kemasukan ke universiti awam (UA) atau politeknik premier bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf boleh disemak mulai Isnin, 16 Mei 2016 jam 12 tengah hari. Keputusan rasmi UPU sesi 2016/2017 boleh disemak secara online dan SMS.

Semakan Keputusan UPU Sesi 2016/2017 SMS

Sila taip UPU [jarak] RESULT [jarak] NO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Contoh: UPU RESULT 9804210355318 dan hantar ke 15888

Semakan Keputusan UPU Sesi 2016/2017 Online

Calon boleh menyemak keputusan UPU masing-masing di 5 laman web iaitu

1. http://upu.mohe.gov.my
2. https://jpt.utm.my
3. http://jpt.uum.edu.my
4. https://jpt.unimas.my
5. http://jpt.ums.edu.my

Rayuan Keputusan UPU Sesi 2016/2017 Online

Bagi calon yang gagal, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline Rayuan iaitu http://upu.mohe.gov.my yang akan dibuka selama lima hari sahaja mulai 26-31 Mei 2016.

The post Semakan Keputusan UPU Sesi 2016/2017 Online & SMS appeared first on WOWBERITA.ORG.


Suami Nekad Gali Perigi Sendiri Selepas Isteri Diherdik

$
0
0

Seorang lelaki menghabiskan 40 hari berturut-turut menggali perigi selepas isterinya dihalang dan dimalukan ketika cuba mengambil air daripada telaga milik orang yang berkasta lebih tinggi di Maharashtra, India, yang dilanda kemarau.

Bapurao Tajne berkata, dia menangis apabila isterinya menceritakan pengalaman itu dan terus berazam mencari sendiri air untuk kegunaan keluarganya.

“Saya berazam kami tidak akan lagi mengemis air daripada sesiapa,” katanya.

Kerana tidak mampu berhenti kerja sebagai buruh, Tajne sanggup bangun lebih awal setiap pagi dan menggali telaga selama empat jam sebelum pergi bekerja selain dua jam sebaik pulang.

“Sebenarnya saya cuma berdoa dan bergantung kepada kata hati ketika mencari tempat menggali.

Pada mulanya saya gagal kerana tiada pengalaman atau ilmu, malah ramai yang ketawakan saya kerana terpaksa mencuba tiga kali sebelum berjaya.

“Namun, saya tidak berputus asa dan akhirnya menemui air,” katanya.

Seramai 330 juta orang terkesan akibat kemarau di India, malah sesetengah tempat juga melihat bekalan air minuman dicatu.

Bagaimanapun, Tajne bermurah hati berkongsi air telaganya bersama orang kampung.

“Biarlah mereka gelakkan saya dulu, yang penting kita semua dapat berkongsi rezeki,” katanya.

Isterinya mengaku turut menggelakkannya kerana tidak percaya dia mampu berjaya.

“Sejujurnya saya tidak membantunya langsung. Tetapi sebaik dia menemui air saya kagum dan kami sekeluarga terus menolongnya,” katanya.

The post Suami Nekad Gali Perigi Sendiri Selepas Isteri Diherdik appeared first on WOWBERITA.ORG.

Kerana Terlalu Percayakan GPS, Kereta Terjunam Dalam Tasik

$
0
0

Seorang wanita di Kanada menerima satu pengajaran berguna dalam hidupnya, iaitu jangan sewenang-wenangnya mempercayai apa yang diarahkan oleh aplikasi GPS.

Dalam satu kejadian pada Khamis minggu lalu, kereta wanita yang identitinya tidak didedahkan itu, dipercayai menjunam masuk ke dalam sebuah tasik di Ontario gara-gara mengikut arahan yang dipaparkan pada skrin GPS.

Insiden itu dikatakan berlaku dalam keadaan cuaca hujan dan berkabus.

Laporan portal The Toronto Sun menyebut, wanita berkenaan tidak dapat melihat dengan jelas melalui cermin keretanya, sebaliknya hanya berpandukan arahan yang dipaparkan oleh GPS.

Malah wanita itu mengakui tidak menyedari bagaimana dan bila keretanya ‘terbang’ dan kemudiannya jatuh ke dalam air.

Nasib wanita itu baik kerana kereta berkenaan terapung untuk beberapa minit, memberi masa untuknya menurunkan tingkap dan keluar dari kereta.

Kereta Toyota Yaris yang dipandunya itu tenggelam sebelum berjaya dikeluarkan pada pagi Jumaat.
Wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

The post Kerana Terlalu Percayakan GPS, Kereta Terjunam Dalam Tasik appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nga Kor Ming Kesal Fitnah Najib & Rosmah, Janji Tak Buat Lagi

$
0
0

Kes saman fitnah dikemukakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor terhadap Ahli Parlimen DAP, Nga Kor Ming diselesaikan secara baik.

Ini berikutan pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP Perak itu menarik balik status bergambar yang dikatakan memfitnah Najib dan Rosmah.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib dan Rosmah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya menerima kenyataan kesal yang dibacakan peguam Alex Tan Chie Sian bagi pihak Kor Ming.

Dalam kenyataan itu, Chie Sian berkata, gambar yang dimuat naik berserta status ‘Siapa PM Malaysia yang sebenar’ itu diambil di China apabila Najib dalam persiapan untuk pulang ke Malaysia selepas dimaklumkan berhubung kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah.

“Dengan itu saya melahirkan rasa kesal kerana gambar itu disalah tafsir dan diberi maksud luar daripada konteks.

“Atas niat baik ini, saya dengan ini menarik balik status yang dimuat naik bagi merujuk kepada gambar itu dan mengaku janji untuk tidak menyiarkan status sama pada masa hadapan,” katanya.

Susulan itu, Mohd Hafarizam memberitahu mahkamah bahawa pihaknya menerima kenyataan kesal itu berdasarkan keikhlasan defendan menarik status bergambar itu dan aku janji untuk tidak mengulanginya.

Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan bagi penyelesaian kes saman berkenaan.

Pada Mac tahun lalu, Kor Ming didakwa memuat naik gambar Najib dan Rosmah bersama beberapa menteri Kabinet dan pegawai tertinggi Wisma Putra dalam sebuah bilik hotel di China.

Kor ming dikatakan telah menerbitkan perkataan-perkataan fitnah dalam akaun Facebooknya dengan memuat naik status menfitnah yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet di seluruh dunia.

The post Nga Kor Ming Kesal Fitnah Najib & Rosmah, Janji Tak Buat Lagi appeared first on WOWBERITA.ORG.

(5 Gambar) Lelaki Warga Malaysia Mati Ditembak Di Hatyai

$
0
0

Seorang lelaki warga Malaysia mati ditembak ketika sedang menunggang motosikal menuju ke sebuah hotel di pekan Hatyai kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hatyai, Kol Khittichai Sankha-thavorn, mangsa dikenali sebagai Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28, berasal dari Pulau Pinang.

“Mayat mangsa ditemui terbaring dengan kesan tembakan di dada dan punggungnya di Jalan Phadungpakdee,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis, katanya, turut menemui dua kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian.

Khittichai berkata, polis sedang memeriksa motosikal yang ditunggang mangsa dan pemiliknya serta rakaman kamera litar tertutup di lokasi berhampiran bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hatyai untuk dibedah siasat.

The post (5 Gambar) Lelaki Warga Malaysia Mati Ditembak Di Hatyai appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Rasul Melayu’ Bertaubat, Dibebaskan Dengan Parol

$
0
0

Seorang lelaki yang pernah disabit kesalahan kerana menyebarkan ajaran sesat selain mendakwa dirinya Rasul Melayu dibebaskan dengan parol.

Abdul Kahar, 66, sebelum ini dijatuhi hukuman 10 tahun penjara, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

Pada tahun 2009 dia ditahan kerana mendakwa dirinya Rasul Melayu dan menyebarkan ajaran sesat bagaimanapun mengakui sudah bertaubat.

Dia juga menandatangani Dokumen Pengisytiharan Taubat dalam satu majlis anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Pusat Rawatan Islam Al-Manarah, Kuang.

Majlis tersebut disaksikan oleh Setiausaha MAIS, Datuk Bakhtiar Hussin serta Ahli MAIS, Prof Dr Mujaini Tarimin.

“Beliau juga melahirkan rasa kesalnya terhadap apa yang pernah dilakukan selain nekad tidak akan mengulangi lagi kesalahan lampau.

“Beliau memohon maaf kepada Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri dan umat Islam yang terguris hati serta terkeliru dengan ajaran salah yang dibawanya,” kata Bakhtiar, seperti yang dilapor Berita Harian.

Dalam pada itu, Abdul Kahar juga memohon masyarakat dan media tidak lagi merujuknya sebagai Rasul Melayu demi menjaga kesucian Islam dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.

The post ‘Rasul Melayu’ Bertaubat, Dibebaskan Dengan Parol appeared first on WOWBERITA.ORG.

Bapa Setan Ditahan, Kanak-Kanak Dirantai Telah Diselamatkan

$
0
0

Polis sudah menahan bapa yang merantai kaki anak lelakinya dalam keadaan bogel selama enam jam di pangsapuri di Paya Terubong, Georgetown semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini polis menahan bapa terbabit yang berusia 45 tahun bagi membantu siasatan.

Suspek mendakwa mangsa berusia 10 tahun itu dirantai dan dibiar dalam keadaan bogel kerana terlalu nakal dan membuat bising di rumah mereka.

“Suspek bekerja sebagai pemandu bas sekolah dan kita sudah mengambil keterangan daripadanya.

“Kita akan merujuk kes terbabit kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sekiranya mempunyai unsur-unsur penderaan kita akan mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Gambar kanak-kanak terbabit menjadi viral selepas penduduk pangsapuri itu merakam dan memuat naik ke dalam Facebook.

Difahamkan, kanak-kanak itu dirantai bermula 9 malam Sabtu lalu hingga 3 pagi semalam dan kejadian ini dikatakan adalah kali kedua yang dilakukan bapanya terhadap mangsa.

Turut kelihatan dalam gambar berkenaan tompokan air dipercayai air kencing mangsa.

The post Bapa Setan Ditahan, Kanak-Kanak Dirantai Telah Diselamatkan appeared first on WOWBERITA.ORG.

Neelofa Tayang Bra Merah Jambu Di Turki

$
0
0

Dalam ‘diam-diam’ tak sangka baju dalam pengacara Neelofa sebenarnya telah di ‘sponser’ oleh Dato Seri Vida iaitu pengasas produk kecantikan ‘Qu Puteh’.. Sampai baju dalam pun Dato Vida nak sponser kan?hahaha

U’olls semua jangan salah faham, sebenarnya Dato Vida tak ada sponser sebarang baju dalam pun untuk Neelofa.. Sebabkan Dato Vida terkenal dengan wanita yang sangat gilakan warna merah jambu..

Tapi bila terpandang Neelofa belanja peminat bra ‘merah jambu’ terus terfikir Dato Vida sponser baju dalam Neelofa..hahaha.. Alkisahnya bermula bila Neelofa bercuti sambil bekerja di Turki..

Tak pasti Neelofa pergi Turki atas kerja apa, tapi semasa berada di sana Neelofa sering kali memuatnaik gambar terbaru.. Ada satu gambar yang dimuatnaik Neelofa telah ‘mengoda’ banyak jejaka..

Neelofa tayang bra merah jambu untuk tatapan netizen dan rakyat di Istanbul..Mesti ramai jejaka di Istanbul yang geram tengok Neelofa kan? Dah tahu pakai baju warna putih dan jarang, gatal nak pakai bra warna terang macam tu dah kenapa Neelofa ni?

Memang tujuan Neelofa pergi Turki sebab nak goda jejaka Turki dengan bra merah jambu tu ke? Untung lelaki di Turki dapat tayangan free dari selebriti terkenal Malaysia.. Bukan selalu dapat tengok awek bertudung tayang bra pink, ye dak?

Sehingga kini, Neelofa masih belum padam gambar bra merah jambunya itu.. Dah kena kutuk ingatkan nak ambil langkah padam.. Murah betul maruah Neelofa sebagai wanita bertudung tayang warna bra untuk tatapan lelaki..

The post Neelofa Tayang Bra Merah Jambu Di Turki appeared first on WOWBERITA.ORG.


Rasa Tidak Sedap Hati Petanda Cucu Pergi Selama-Lamanya

$
0
0

“Ketika pertemuan kali terakhir, arwah hanya memandang saya dengan sayu tanpa menoleh ke tempat lain.”

Begitulah kata-kata Saadiah Abu, 80, menceritakan mengenai cucu kesayangannya, Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28, yang maut ditembak di Hatyai, Thailand, 3 pagi tadi.

Katanya, kali terakhir dia bertemu arwah pada 5 Mei lalu dan cucunya itu bekerja sebagai pekerja kontrak di Singapura.

Menurutnya, tiga hari lalu dia juga sangat teringatkan arwah cucunya itu dan terlalu rindukannya.

“Arwah bekerja di Singapura sejak Januari tahun ini dan dia mempunyai empat lagi adik beradik tiri hasil perkahwinan bapanya dengan ibu tiri.

“Bapa dia (arwah) beritahu saya pagi tadi yang cucu sudah mati kena tembak di Siam,” katanya.

Menurutnya, cucunya itu sangat rapat dengannya kerana dia memelihara arwah sejak berusia dua bulan selepas ibu bapanya bercerai.

“Saya memeliharnya sejak kecil namun saya sangat sedih selepas menerima berita kematiannya yang ditembak ketika berada di Thailand.

“Bagaimanapun, saya tetap reda dengan pemergian arwah kerana mungkin itu sudah ajalnya,” katanya yang sebak ketika menceritakan kejadian itu di rumahnya di Kuala Sungai Pinang, di sini, hari ini.

Mohd Nizam ditemui mati ditembak ketika menunggang motosikal ke hotelnya di pekan Hatyai di Thailand 3 pagi, tadi.

Mayat mangsa ditemui terbaring dengan kesan tembakan di dada dan punggung di Jalan Phadungpakdee.

The post Rasa Tidak Sedap Hati Petanda Cucu Pergi Selama-Lamanya appeared first on WOWBERITA.ORG.

Lelaki Mati Dipercayai Akibat Seks Ganas

$
0
0

Seorang lelaki berusia 47 tahun ditemukan mati terbaring dengan keadaan mulut dan kaki berikat, dipercayai terlibat dalam aktiviti seks ganas, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata pihaknya menerima panggilan daripada pengawal keselamatan sebuah kondominium di Sri

Hartamas berhubung kejadian itu pada kira-kira 12.17 tengah hari tadi.

“Mangsa ditemui terbaring tanpa pakaian dalam keadaan mulut dan kaki berikat manakala alat sulitnya ditutupi kain.

“Pemerhatian awal oleh doktor patalogi daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang memeriksa mayat mangsa di lokasi kejadian mendapati mangsa kemungkinan mati akibat melakukan seks ganas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sharul berkata sebelum itu bapa lelaki itu telah beberapa kali menghubungi anaknya namun tidak berjaya dan telah meminta pemilik rumah yang diduduki anaknya itu untuk pergi menemui anaknya itu.

“Pemilik rumah telah pergi ke rumah mangsa semalam namun tidakberjaya menemui mangsa sehinggalah beliau datang semula hari ini bersama tiga rakan serta pengawal keselamatan untuk mengesan mangsa di rumah berkenaan.

“Setelah pintu rumah mangsa dipecahkan mereka mendapati mangsa telah mati,”katanya.

Sharul berkata hasil pemeriksaan mendapati tiada kamera litar tertutup(CCTV) di tempat kejadian melainkan di dalam lif dan kawasan lobi.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

The post Lelaki Mati Dipercayai Akibat Seks Ganas appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Arwah Adik Saya Baik, Mustahil Dia Membunuh Diri’

$
0
0

Kakak remaja yang terbunuh akibat dilanggar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Megat Dewa, Jitra semalam, sayu dan sedih dengan tanggapan orang ramai di media sosial mengatakan adiknya membunuh diri, sakit mental, serta mempunyai masalah sosial.

Ketika ditemui di rumah ibunya di Megat Dewa, Kodiang, Hajar Yaziz, 27, berkata sebagai kakak paling rapat dengan adiknya, dia tahu Mohd Afendy, 20, taat agama, tidak pernah melawan atau meninggikan suara kepada mereka sekeluarga.

“Sedih melihat komen netizen di Facebook cakap adik saya macam-macam sedangkan kami tahu dia macam mana.

“Dia kerap melawat saya di Sungai Petani, malah menjaga saya ketika dalam pantang. Dia tidak keluar malam, suka duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga ,” katanya yang meminta semua berhenti menyebarkan gambar arwah adiknya.

Menurutnya, selepas tamat tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, adiknya melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah pondok di Perlis, namun berhenti setelah setahun dan bercadang belajar pondok di Kedah.

Dalam kejadian kejadian 4.40 petang semalam, di Kilometer 114, laluan Kodiang-Anak Bukit, Afendy, anak keenam daripada sembilan beradik dikatakan baru selesai solat Asar dan hendak melintas laluan tren untuk membeli roti di seberang jalan.

Afendy tidak sempat mengelak tren ETS dari arah Padang Besar ke Kuala Lumpur menyebabkan dia dilanggar dan cebisan mayatnya diseret sehingga satu kilometer.

The post ‘Arwah Adik Saya Baik, Mustahil Dia Membunuh Diri’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

Live Streaming Malaysia vs Korea 17.3.2016 Piala Thomas

$
0
0

Live Streaming badminton Malaysia vs Korea pada 17 Mei 2016. Siaran langsung pusingan akhir Piala Thomas 2016 antara Malaysia menentang Korea akan diadakan di Kompleks Sukan Kunshan, China bermula pada jam 1.30 petang Selasa. Perlawanan Malaysia vs Jerman petang ini tidak disiarkan di saluran televisyen tempatan, tetapi boleh ditonton secara online menerusi internet streaming BadmintonWorld.tv di bawah.

Live Streaming Malaysia vs Korea 17.5.2016 Piala Thomas

  • Server 1: BadmintonWorld.tv

Jadual Siaran Malaysia vs Korea Piala Thomas 2016
Tarikh: 17 Mei 2016 (Selasa)
Masa: 1.30 petang
Venue: Kompleks Sukan Kunshan, China
Siaran Rasmi: BadmintonWorld.tv bermula pada jam 1.30 petang

The post Live Streaming Malaysia vs Korea 17.3.2016 Piala Thomas appeared first on WOWBERITA.ORG.

Pesakit Kanser Jalani Pemindahan Zakar Pertama Di AS

$
0
0

Seorang pesakit kanser berjaya menjalani pemindahan zakar pertama di Amerika Syarikat.

Thomas Manning, 64, menerima organ berkenaan melalui prosedur pembedahan selama 15 jam di hospital umum Massachusetts.

Organ itu diperoleh daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia.

Menurut pakar urologi Hospital Umum Massachusetts, Dr. Dicken Ko pemindahan zakar itu perlu memenuhi tiga kriteria utama bagi menentukan kejayaan pembedahan itu.

“Apa yang cuba kami lakukan adalah menerusi tiga peringkat Pertama, penampilan kemaluan secara luaran. Yang kedua adalah untuk mewujudkan fungsi urin dan kesinambungan saluran kencing dan ketiga potensi untuk berfungsi secara seksual,” kata Dr Dicken.

Zakar Thomas terpaksa dipotong selepas dia disahkan mengidap kanser pada 2012.

Thomas dalam kenyataannya berkata dia memulakan kehidupan barunya dengan harapan mereka yang senasib dengannya juga mempunyai harapan untuk mempunyai kehidupan seksual.

The post Pesakit Kanser Jalani Pemindahan Zakar Pertama Di AS appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live