Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Lebih Banyak Tonton Porno, Lebih Kuat Pegangan Agama

$
0
0

Menonton bahan lucah lebih kerap boleh mengukuhkan lagi pegangan agama seseorang daripada mereka yang jarang-jarang menontonnya.

Seorang penyelidik Universiti Oklahoma percaya gejala ini terjadi apabila seseorang “berasa berdosa” dan melakukan lebih kegiatan agama, lapor portal The Independent hujung minggu lalu.

Samuel Perry, ahli sosiologi dan kajian agama, menganalisis data daripada 1,314 warga Amerika Syarikat dalam tempoh lebih enam tahun, mulai 2006.

“Mereka yang menonton pornografi paling kerap nampaknya lebih beragama, dari segi kekerapan berdoa dan hadir sesi ibadat berbanding mereka yang kurang menggunakan bahan lucah,” katanya kepada portal Britain itu.

“Secara khusus, mereka yang menonton bahan lucah setiap minggu atau lebih kerap pada tahun 2006 dilaporkan lebih banyak berdoa dan menghadiri aktiviti ibadat pada 2012 jika dibandingkan mereka yang menggunakan pornografi sebulan sekali atau kurang.”

Kajian beliau, yang diterbitkan dalam Journal of Sex Research, mendapati mereka yang tidak pernah menonton bahan lucah yang paling warak dan paling sedikit meragui pegangan agama.

Umumnya, mengikut kajian Perry lagi, menonton pornografi beberapa kali sahaja dalam sebulan menjadikan seseorang itu kurang kuat beragama dari semasa ke semasa.

Namun, apabila seseorang menggunakan lebih kerap bahan lucah, yakni seminggu sekali atau lebih kerap lagi, kesedaran beragama tiba-tiba menjadi semakin kuat pula.

Menjelaskan gejala ganjil ini, lapor portal itu lagi, beliau berhujah mereka yang terlalu kerap menonton bahan lucah mungkin rasa berdosa dan bertaubat selepas itu.

Perry juga menegaskan kajiannya tidak mendapati agama menyebabkan seseorang menggemari pornografi tetapi peminat tegar bahan itu mungkin ke gereja lebih kerap daripada yang dijangkakan.

Sementara portal Daily Mail pula melaporkan kajian pada 2014 menunjukkan seseorang yang beragama lebih cenderung menggunakan bahan lucah.

Negeri-negeri di selatan tengah dan tenggara Amerika Syarikat, yang mendapat jolokan “lingkaran Bible,” kerap mencari bahan-bahan pornografi melalui enjin carian Google.

Kesimpulan itu diperolehi penyelidik di Universiti Brock di Ontario, Kanada yang meneliti data-data daripada Google Trends selama dua tahun negeri-negeri di Amerika Syarikat.

Berbanding mereka yang dianggap “liberal”, golongan beragama konservatif dan pandangan politik aliran konservatif lebih kerap mencari bahan-bahan seperti “gay sex, free porn atau XXX.”

The post Lebih Banyak Tonton Porno, Lebih Kuat Pegangan Agama appeared first on WOWBERITA.ORG.


(6 Gambar) Pesawat Pejuang Milik TUDM Terhempas Di Pahang

$
0
0

Sebuah pesawat pejuang milik TUDM, Aermacchi MB-339 dilaporkan terhempas di Kampung Serun dekat Nenasi, Pekan Pahang tengahari tadi.

Menurut kenyataan awal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian difahamkan berlaku kira-kira jam 12.50 tengahari selepas pesawat berkenaan mengalami masalah enjin.

Bagaimanapun, juruterbang dan pelatih juruterbang TUDM terbabit dilaporkan selamat dan kedua-dua mereka mengalami kecederaan ringan.

“Kedua-dua juruterbang pesawat tersebut dilaporkan selamat apabila berjaya keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi injal pesawat,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan TUDM.

TUDM juga akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan, tambah kenyataan itu lagi.

The post (6 Gambar) Pesawat Pejuang Milik TUDM Terhempas Di Pahang appeared first on WOWBERITA.ORG.

Tiga Wanita Diserang Secara Seksual, Video Bogel Dirakam

$
0
0

Bukan sahaja terpedaya dengan iklan cari kerja malah tiga wanita turut dipukul dan dipaksa merakam gambar bogel di Fortune Perdana, Kepong di sini pada 8 Mei lalu.

Mereka yang berumur antara 28 hingga 33 tahun itu dikatakan memohon kerja yang diiklankan di dalam akhbar tempatan.

Malah, jika mendapat kerja me­nguruskan perniagaan online itu, mereka turut menikmati kemudahan tempat tinggal secara percuma.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, kesemua mangsa ber­asal dari Ipoh, Perak dan Kepong itu kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian selepas beberapa hari diambil bekerja.

Sehubungan itu, ujarnya, dua individu yang dikenali sebagai Nikkie Tan dan Brenda Tan yang dipercayai majikan mangsa terbabit diminta tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan maklumat, ke­dua­-dua suspek menjalankan perniagaan jual beli atas talian.

“Kita telah menjejaki kedua-dua suspek menerusi satu unit premis yang disewa, tetapi maklumat mendapati kad pengenalan yang digunakan suspek adalah palsu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Munusamy, mangsa mendakwa dipukul suspek sele­pas dituduh mencuri duit syarikat sebanyak RM18,000.

Tambahnya, kes disiasat di ba­wah Seksyen 324 Kanun Kesek­saan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

The post Tiga Wanita Diserang Secara Seksual, Video Bogel Dirakam appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Transformers: The Last Knight Diumum Tajuk Sekuel Terbaru Transformers

$
0
0

Transformers arahan Michael Bay merupakan antara siri filem yang paling banyak menjana keuntungan di Hollywood. Meskipun menerima kritikan yang negatif daripada para peminat Transformers sejak dari awal pembikinan filem Transformers, keuntungan yang diterima oleh syarikat Paramount Pictures amatlah memuaskan.

Tajuk terbaru filem kelima Transformers ini baru sahaja diumumkan dengan tajuk The Last Knight. Tajuk yang diumumkan ini sedikit sebanyak sangat mirip jika dibandingkan dengan filem kedua Batman arahan Christopher Nolan iaitu The Dark Knight.

Setakat ini, masih belum ada sebarang info tentang plot terbaru filem Transformers ini memandangkan produksi bagi filem terbaru ini akan mula dijalankan pada bulan hadapan iaitu pada 6 Jun 2016. Mark Wahlberg selaku pelakon utama bagi filem ini bakal berganding bersama Isabela Moner selaku heroin bagi filem ini.

Terima kasih kepada Paramount Pictures atas teaser pertama filem terbaru Transformers: The Last Knight. Filem ini dijangka akan mula ditayangkan di pada 23 Jun 2017 ini.

Calling all #Autobots: Optimus Prime is ready for battle. Are you? #transformers

A video posted by Transformers (@transformersmovie) on

The post (Video) Transformers: The Last Knight Diumum Tajuk Sekuel Terbaru Transformers appeared first on WOWBERITA.ORG.

Julia Perez Pakai Tudung Tapi Tayang Buah Dada

$
0
0

Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan penyanyi paling kontroversi dari Indonesia, Julia Perez.. Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe cukup terkenal sebab suka mewujudkan kontroversi murahan..

Jupe ni cukup terkenal dalam kalangan kaum Adam.. Sebab terkenal kerana suka tayang ‘buah ranum’.. Walaupun badan Jupe kecil, tapi dia punya buah dada memang besar.. Tak pasti la original atau tidak..

Dah lama menyepikan diri dari kontroversi liar setelah disahkan sakit kanser servik tahap kedua.. Hari ini, Jupe kembali menjadi perbualan hangat rakyat di Indonesia bila memuatnaik video yang telah mencetuskan kemarahan rakyat Indo beragama Islam..

Mungkin Jupe ni dah kena kanser servik tahap ketiga baru nak sedar dan kembali ke pangkal jalan kot.. Kalau nak pakai seksi tu tak payah nak cover dengan pakai tudung.. Geram pulak tengok artis Indonesia yang tak ada otak macam ni..

(Video) Lelaki Tendang Isteri Dalam Pantang Dikecam Netizen

$
0
0

Hatinya tidak ubah seperti binatang apabila sanggup menendang seorang wanita dipercayai isterinya yang masih berpantang selepas melahirkan anak kedua dalam kejadian di sebuah premis dobi layan diri di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan.

Perbuatan dayus lelaki itu bagaimanapun dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan sebelum dimuat naik ke Facebook (FB) dan menjadi viral sejak kelmarin.

Video berdurasi kira-kira seminit itu mendapat kecaman dan kutukan netizen terutama kaum wanita yang menganggap tindakan lelaki itu tidak berperikemanusiaan dan ganas.

Dalam kejadian dipercayai berlaku antara jam 4 hingga jam 5 petang itu, difahamkan suspek berusia lingkungan 30 tahun bertindak demikian selepas tidak berpuas hati dengan isterinya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila suami mangsa yang berada di depan premis membaling bakul plastik ke arahnya sebelum masuk dan menendang pinggang wanita berkenaan hingga mengakibatkan lelaki itu turut terjatuh kerana terpijak baju di atas lantai.

Selepas perbuatan kejam lelaki itu, anak mangsa datang memeluk ibunya yang sedang menahan kesakitan di bahagian pinggang.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis sudah bertemu dengan wanita berusia lingkungan 20-an itu dan mengambil keterangan daripadanya untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

“Saya sudah tonton video yang berdurasi selama seminit itu dan melihat sendiri bagaimana kejadian itu berlaku, namun mangsa enggan membuat laporan kerana tidak mahu polis mengambil tindakan terhadap suaminya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, polis tidak dapat memastikan punca kejadian itu dan akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk tindakan selanjutnya bagi memastikan suami mangsa mendapat hukuman atas perbuatan dilakukan.

Bomoh OKU Cubit Kemaluan Gadis Kena Penjara

$
0
0

Perbuatan seorang bomoh orang kelainan upaya (OKU) yang didakwa pukau sebelum mencubit alat sulit dua gadis membawa padah apabila dijel 24 bulan dan dikenakan lima sebatan oleh mahkamah majistret, di sini, hari ini.

Hukuman diputuskan Majistret, Azem Fatihi Kamal terhadap tertuduh, Che Mohd Shamsul Che Ab Rahman, 36, selepas dia mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa mencubit pangkal paha kiri dan kanan serta kemaluan dari bahagian luar kain seorang gadis berusia 18 tahun di sebuah bangsal goreng pisang di Kampung Kemudi, di sini, antara jam 6.30 petang dan 8.30 malam, 2 Mei lalu.

Bagi pertuduhan kedua dia turut didakwa mencubit kemaluan serta payudara seorang lagi mangsa yang juga berusia 18 tahun di sebuah rumah di Jelawat, di sini, antara jam 8.30, 2 Mei lalu dan jam 5 pagi, 3 Mei lalu.

Terdahulu, tertuduh yang masih bujang dan tidak mempunyai pekerjaan itu merayu hukuman ringan dengan alasan menghidap penyakit jantung, namun Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memohon hukuman penjara dan sebatan dikenakan.

“Tertuduh melakukan perbuatan jijik dengan tipu helah hingga mengakibatkan mangsa mengalami trauma. Mohon satu hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak mengulanginya,” kata Mohamad Firdaous.

Azem Fatihi menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan dua sebatan bagi kesalahan pertama dan penjara 24 bulan dan tiga sebatan untuk kesalahan kedua. Hukuman diarah berkuat kuasa serentak bermula semalam.

Ayah Dipenjara 2,350 Tahun Kerana Rogol Tiga Anak

$
0
0

Seorang lelaki dipenjara selama 2,350 tahun oleh mahkamah majistret di sini kelmarin setelah didapati bersalah mencabul dan merogol tiga anak perempuannya antara tahun 2008 hingga 2014.

Dalam pengakuannya di hadapan hakim, tertuduh mengaku mula mencabul anak perempuan sulungnya berusia sembilan tahun sejak tahun 2008.

Dua tahun kemudian, dia bertindak merogol anaknya itu dengan purata dua kali seminggu.

Bermula tahun 2012, tertuduh turut didapati mencabul dan merogol anak perempuan keduanya yang ketika itu baru berusia 10 tahun.

Setahun kemudian, dia sekali lagi melakukan perbuatan yang sama terhadap anak perempuan ketiganya yang berusia lapan tahun.

Setelah mengambil keterangan daripada ketiga-tiga anaknya itu,mahkamah diberitahu bahawa tertuduh didapati mencabul dan merogol anak-anak kandungnya itu sekurang-kurangnya 300 kali sepanjang enam tahun.

Perbuatan keji yang dilakukan lelaki yang bekerja sebagai pengutip barang-barang buangan ini terbongkar pada November tahun 2014 setelah anak perempuan keduanya itu mengadu kepada guru sekolah.

Mengikut keputusan mahkamah, tertuduh sepatutnya dihukum penjara selama 2,350 tahun berdasarkan jumlah kesalahan yang dilakukan. Bagaimanapun, mahkamah hanya mengenakan hukuman maksimum, iaitu penjara selama 30 tahun ke atas tertuduh yang berusia 56 tahun itu.

Ketika polis menggeladah di rumah tertuduh, didapati banyak VCD lucah dan kondom yang disimpan dalam bilik tidurnya.


Live Streaming Selangor vs Kelantan 18.5.2016 Liga Super

$
0
0

Live Streaming Selangor vs Kelantan pada 18 Mei 2016 Liga Super. Siaran langsung perlawanan Liga Super Malaysia 2016 menyaksikan pertembungan antara pasukan Selangor menentang Kelantan bertempat di Stadium Shah Alam bermula pada jam 9.00 malam Rabu. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV3 bermula pada seawal jam 8.30 malam. Bagi penyokong yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Selangor lawan Kelantan Liga Super 2016.

Live Streaming Selangor vs Kelantan 18.5.2016 Liga Super

  • Server 1: TV3

Jadual Siaran Langsung Selangor vs Kelantan Liga Super 2016

Tarikh: 18 Mei 2016 (Rabu)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Stadium Shah Alam
Siaran Rasmi: TV3 bermula pada jam 8.30 malam

Live Streaming JDT vs Pahang 18.5.2016 Liga Super

$
0
0

Live Streaming JDT vs Pahang pada 18 Mei 2016 Liga Super. Siaran langsung perlawanan Liga Super Malaysia 2016 antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Pahang akan diadakan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin bermula pada jam 9.00 malam Rabu. Perlawanan JDT vs Pahang malam ini tidak disiarkan di saluran televisyen tempatan, tetapi boleh ditonton secara online menerusi internet streaming JDT TV di bawah.

Live Streaming JDT vs Pahang 18.5.2016 Liga Super

  • Server 1: JDT TV


Jadual Siaran JDT vs Pahang Liga Super 2016

Tarikh: 18 Mei 2016 (Rabu)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin
Siaran Rasmi: JDT TV bermula pada jam 9.00 malam

Live Streaming Kedah vs PDRM 18.5.2016 Liga Super

$
0
0

Live Streaming Kedah vs PDRM 18 Mei 2016 Liga Super. Siaran langsung perlawanan Liga Super Malaysia 2016 menyaksikan pertembungan antara pasukan Kedah menentang PDRM bertempat di Stadium Darul Aman bermula pada jam 9.00 malam Rabu. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada seawal jam 8.30 malam. Bagi penyokong yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Kedah lawan PDRM Liga Super 2016.

Live Streaming Kedah vs PDRM 18.5.2016 Liga Super

  • Server 1: TV9

Jadual Siaran Langsung Kedah vs PDRM Liga Super 2016

Tarikh: 18 Mei 2016 (Rabu)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Stadium Darul Aman
Siaran Rasmi: TV9 bermula pada jam 8.30 malam

Projek Rumah Mangsa Banjir Di Kelantan Gagal

$
0
0

Laporan Ketua Audit Negara tahun 2015 Siri 1 menyifatkan matlamat kerajaan untuk membantu mangsa banjir kembali kepada kehidupan asal dengan segera tidak dapat dicapai.

Hal ini berikutan kelewatan projek pembinaan rumah kekal baharu (RKB) yang dirancang atas faktor di luar kawalan.

“Seperti proses pengambilan tanah, halangan ke tapak projek dan sebagainya,” kata laporan itu.

Semakan Jabatan Audit Negara terhadap prestasi kewangan projek setakat 8 Januari 2016 mendapati sejumlah RM 75.95 juta (30.70%) bagi projek RKB dan baik kerja pembaikan rumah telah selesai dibelanjakan daripada RM246.73 juta yang diperuntukan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Laporan tersebut juga menyebut seramai 172,981 mangsa telah didaftarkan dalam sistem ePasca Banjir setakat 17 Januari 2016 dan Audit mendapati seramai 116 penerima bantuan dan 155 penerima bantuan pembaikan tidak didaftarkan.

Audit juga mendapati akibat kekangan bilangan pegawai agensi pelaksana bagi menjalankan proses pengesahan ke atas keseluruhan mangsa banjir di kawasan setempat, ada ketua isi rumah yang tidak mendapat bantuan.

“Seramai 21 ketua isi rumah mangsa banjir di Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan tidak mendapat bantuan RKB meskipun rumahnya musnah sepenuhnya akibat banjir.

“Lawatan Audit selanjutnya mendapati empat ketua isi rumah di Kuala Krai, satu di Tanah Merah dan Gua Musang tidak mendapat bantuan kerja pembaikan,” katanya.

Susulan itu, masih ada beberapa mangsa yang tinggal di dalam khemah atau mendiami rumah transit.

Ada juga rumah yang dibina tidak mengikut reka bentuk diluluskan berpunca daripada tindakan pemantauan dan pengesahan akhir kurang berkesan terhadap prestasi kerja kontraktor dilantik.

Sebanyak 171 daripada 422 projek EKB bagi semua agensi pelaksana telah mengalami kelewatan antara sebulan hingga tiga bulan.

Lelaki Kelantan Ditahan Conteng Bas PBNP Di Johor

$
0
0

Polis berjaya menahan dua lelaki disyaki menconteng bas Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang di letakkan dilot parkir belakang Hotel Grand Blue Wave menjelang perlawanan Liga Super menentang Pahang kira-kira jam 4.00 petang tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 7.00 malam semalam hingga 8.30 pagi tadi.

Menurutnya, bas berkenaan bernombor pendaftaran CDQ 7007 di sembur dengan cat beRwarna putih dengan perkataan ‘Hilang Ker???’ oleh suspek pertama yang berasal dari Kelantan manakala suspek kedua berasal dari Tampoi, di sini hanya mengikuti rakannya itu.

“Kejadian disedari oleh salah seorang pegawai PBNP yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sentral, di sini, kira-kira jam 12.40 tengah hari, hari ini. Hasil maklumat orang ramai kita berjaya menahan suspek di kawasan sekitar.

“Suspek pertama berumur 21 tahun yang bekerja di kedai perkakasan rumah manakala suspek kedua berumur 35 tahun yang bekerja sendiri mengaku melakukan perbuatan khianat keatas bas PBNP menaiki sebuah motosikal.

“Hasil siasatan juga mendapati tindakan suspek disebabkan ingin lepas geram pada bas yang digunakan untuk membawa 22 pemain, tujuh pegawai dan seorang pemandu kerana kedudukan Pahang yang merosot dalam saingan Liga Malaysia dan ini tiada ada kaitan dengan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT),” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, di sini, sebentar tadi.

Katanya. kes berkenaan dianggap terpencil dan diharap ia tidak diperbesar-besarkan oleh kedua-dua pasukan manakala semua suspek direman bermula hari ini (Khamis) untuk membantu siasatan.

Abdul Wahib berkata, Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat terhadap harta awam yang boleh dipenjara sehingga dua tahun dan boleh denda dan Seksyen 15 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan boleh didenda RM100 jika sabit kesalahan.

(Video) Polis Akan Panggil Peniaga Durian Beri Keterangan

$
0
0

Polis Diraja Malaysia akan memanggil peniaga durian yang video pekerjanya didakwa meludah pek buah berkenaan menjadi viral di laman sosial untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, tindakan akan diambil jika terdapat kesalahan dilakukan.

“Kami akan memanggil peniaga berkenaan dan akan siasat perkara ini. Jika didapati melakukan kesalahan, tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.

“Setakat ini tiada laporan polis dibuat dan tiada penahanan. Unit peronda sudah memantau lokasi malam tadi tetapi peniaga berkenaan sudah tiada,” katanya ketika dihubungi.

Rakaman video itu viral petang semalam apabila kelihatan lelaki dipercayai pekerja gerai durian di Taman Sri Gombak didakwa seolah-olah meludah durian yang sedang dibungkus.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati, gerai berkenaan sudah tidak beroperasi, difahamkan disebabkan reaksi orang ramai yang marah selepas melihat rakaman itu.

Seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui di lokasi berkata, gerai berkenaan sudah beroperasi lebih 10 tahun di situ, dan berlaku sedikit kekecohan, kira-kira 9 malam tadi.

“Selepas rakaman itu viral petang tadi (semalam), orang ramai datang dan marah-marah. Mereka pun berkemas bawa semua barang jualan masuk ke dalam lori,” katanya.

Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Gombak turut kelihatan membuat tinjauan di kawasan itu.

Difahamkan satu kenyataan media mengenai perkara ini akan dibuat hari ini.

Live Streaming Malaysia vs Taiwan 19.3.2016 Piala Thomas

$
0
0

Live Streaming badminton Malaysia vs Taiwan pada 19 Mei 2016. Siaran langsung suku akhir Piala Thomas 2016 antara Malaysia menentang Taiwan akan diadakan di Kompleks Sukan Kunshan, China bermula pada jam 1.30 petang Khamis. Perlawanan Malaysia vs Korea petang ini tidak disiarkan di saluran televisyen tempatan, tetapi boleh ditonton secara online menerusi internet streaming BadmintonWorld.tv di bawah.

Live Streaming Malaysia vs Taiwan 19.5.2016 Piala Thomas

Jadual Siaran Langsung Malaysia vs Taiwan Piala Thomas 2016
Tarikh: 19 Mei 2016 (Khamis)
Masa: 1.30 petang
Venue: Kompleks Sukan Kunshan, China
Siaran Rasmi: Astro Arena 801 bermula pada jam 1.30 petang


Plat Kereta F & V Untuk Putrajaya, Wilayah Persekutuan Mulai Jun 2016

$
0
0

Huruf depan baru bagi nombor plate untuk Kuala Lumpur dan Putrajaya akan diperkenalkan mulai Jun dan Julai ini.

Lapor The Sun, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata huruf F akan diletakkan untuk Putrajaya setelah menerima permintaan dari Perbadanan Putrajaya baru-baru ini.

“F” bermaksud persekutuan dan mulai 1 Jun, F akan menjadi huruf baru bagi Putrajaya”, kata beliau, sambil menambah bahawa suatu notis bidaan tender bagi nombor keemasan (satu digit) akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhir bulan ini.

“Bagi Kuala Lumpur, JPJ akan memperkenalkan huruf V selepas Hari Raya, bagi menyenangkan orang ramai dan menggalakkan pemilik kereta membida nombor keemasan, nombor cantik (dua digit) dan nombor popular (empat digit), ” tambah Aziz.

Aziz berkata, orang ramai lebih selesa dengan turutan awalan mudah dan nombor dari 1 ke 9999, tidak seperti urutan sekarang.

“Ini berdasarkan kepada penurunan dalam bidaan bagi urutan nombor plat semasa KL. Jadi saya berharap dengan awalan ‘V’, ia akan mengujakan orang ramai” katanya.

Dengan awalan baru Putrajaya itu, Aziz menjangkakan ‘kemeriahan’ dalam membida ‘F 1’.

Timbalan Menteri itu berkata: “Di UK, seorang ahli perniagaan Yorkshire menolak tawaran sebanyak 6 juta pound sterling (RM34.7 juta) dua tahun lalu untuk membeli plat pendaftaran ‘F 1’ yang dibeli pada harga 440,000 pound sterling (RM2.5 juta) untuk Bugatti Veyronnya pada tahun 2008. ”

Sementara itu, JPJ akan mengumumkan tarikh pembukaan tender nombor pendaftaran “F 1” minggu depan.

Tauke Raja Lawak Dikecam Netizen Gara-Gara ‘Prank Call’

$
0
0

Sebelum ini, segmen prank Era FM iaitu Sate yang dikendalikan oleh Shahrul Shiro, Tauke Raja Lawak dan Dina Nadzir pernah dikecam kerana hampir menyebabkan satu pasangan suami isteri bergaduh kerana dianggap tidak menjaga sensitiviti.

Namun malam semalam, seorang pengguna Twitter yang meggunakan tweethandle @okedkama telah mengkritik satu lagi prank yang dibuat oleh Tauke Raja Lawak dan Dina Nadzir, juga dianggapnya keterlaluan.

Kritikan yang dibuat oleh @okedkama mendapat ratusan retweets, dah telah sampai ke pengetahuan Tauke yang juga agak aktif di Twitter. Tauke kemudiannya mempersoalkan perkataan yang digunakan oleh @okedkama dan meminta beliau duduk di tempatnya untuk faham.

Reaksi Tauke masih mendapat kritikan netizen, bagaimanapun Tauke kemudiannya memuatnaik perbualan Whatsapp dengan ‘mangsa’ beliau pagi tadi. Dakwanya, ia bukan satu bentuk penganiayaan terhadap mangsa.

Isi yang cuba disampaikan oleh netizen ialah jika mahu buat prank, sepatutnya bukan dengan memberi harapan kemudian mengecewakan orang lain. Apa yang diperkatakan oleh Netizen ada benarnya.

Hingga kini, Tauke masih menerima kritikan dan kecaman di Twitter, termasuk dari mereka yang menganggap program Sate tidak berfaedah dan hambar. Ada juga yang berendapat Tauke tidak perlu mempersoalkan kerja @okedkama kerana kerjanya di Era FM hanya sekadar membuat prank sahaja.

Apa pendapat anda?

Pesawat EgyptAir Dari Paris Ke Kaherah Hilang Dari Radar

$
0
0

Pesawat EgyptAir MS804 menuju ke Kaherah dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Paris sekitar jam 11.09 malam Selasa (waktu tempatan).

Pihak EgyptAir dalam Twitter hari ini mengesahkan hal ini. Menurut syarikat penerbangan dalam Twitter rasminya, sistem komunikasi dengan sistem pengesan radar terputus sekitar jam 2.45 pagi (waktu tempatan).

Menurut syarikat penerbangan dalam Twitter rasminya, sistem komunikasi dengan sistem pengesan radar pesawat tersebut terputus sekitar jam 2.45 pagi (waktu tempatan).

Pesawat yang membawa 59 penumpang dan 10 anak kapal itu dilaporkan sedang berada di ketinggian 37,000 kaki dan baharu sahaja memasuki ruang udara Kaherah ketika hilang dari radar.

Syarikat penerbangan berkata dalam Twitternya yang pada ketika ini, ia sudah menghubungi badan-badan penguatkuasa dan pmeriksaan bagi memulakan pencarian.

Aplikasi radar pemantauan trafik udara, Flight Radar 24 menyatakan, lokasi terakhir pesawat itu dikesan adalah di Laut Mediterranean sebelum ia memasuki ruang udara Mesir.

Suami Bongkar Adegan Panas Isteri Bersama 12 Lelaki

$
0
0

Bukan satu, dua ataupun tiga, tetapi 12! Itulah apa yang dilakukan oleh seorang wanita dengan mengadakan hubungan sulit dengan 12 lelaki tanpa pengetahuan suaminya.

Namun, rahsia adegan panas wanita bersama 12 lelaki itu akhirnya terbongkar juga setelah suaminya secara tidak sengaja membuka rakaman video yang dimuat dalam telefon bimbit milik isterinya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 8 malam Isnin lalu berhampiran kawasan perindustrian di sini.

Ketika itu, wanita itu yang dikenali sebagai Ah Yin sedang memandikan anak perempuannya yang berusia empat tahun di bilik mandi. Manakala suami menonton televisyen di ruang tamu.

Perbuatan curang Ah Yin terbongkar setelah bunyi pesanan daripada telefon bimbitnya didengari suaminya. Ketika itu, telefon bimbit Ah Yin diletakkan di tepi kerusi yang diduduki suaminya.

Tanpa mengesyaki apa-apa, suaminya yang cuba membaca pesanan tersebut begitu terkejut apabila mendapati adanya sebuah rakaman video mengenai adegan cumbuan antara seorang lelaki dengan seorang wanita dengan durasi 15 minit.

Tetapi apa yang lebih mengejutkannya ialah wanita itu ialah isterinya sendiri. Setelah meneliti dengan lebih banyak pesanan yang ada dalam telefon bimbit itu, suami akhirnya mendapati isterinya bukan sahaja mempunyai hubungan sulit dengan lelaki itu sahaja, malahan dengan 11 lelaki yang berlainan.

Lelaki mana yang boleh menahan perasaan apabila isteri didapati melakukan curang. Tanpa memikir panjang, lelaki yang dikenali sebagai Ah Wen itu lalu mengambil sebilah pisau di dapur dan cuba membunuh isterinya yang ketika itu masih bersama anaknya di bilik mandi.

Ah Yin akhirnya tahu punca suaminya mengamuk setelah didesak menceritakan apa yang dilakukan dalam rakaman video berkenaan.

Melihat perasaan suami yang begitu marah seperti orang yang sudah hilang pertimbangan, Ah Yin segera lari dari rumah dan segera membuat laporan di balai polis yang berdekatan.

Pasangan suami isteri itu kemudian bertemu semula di balai polis. Setelah dua jam berbincang, mereka akhirnya mencapai persetujuan. Mereka tidak ingin bercerai semata-mata memikirkan masa depan anak perempuan yang masih kecil.

Dengan menurunkan tanda tangan surat penyesalan, Ah Yin mohon maaf dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan itu lagi.

Demi menyelamatkan rumah tangga yang dibina mereka sejak lima tahun lalu, Ah Wen sedia memberikan peluang kepada isterinya dan mahu isterinya segera memutuskan hubungan dengan 12 lelaki itu.

Amah Indonesia Tak Dibenar Tinggal Bersama Majikan Mulai 2017?

$
0
0

Indonesia tidak lagi akan membenarkan golongan wanita dari negara itu untuk bekerja sebagai pembantu rumah tinggal bersama majikan di luar negara bermula tahun depan.

Negara itu mahu pembantu rumah diambil kerja sebagai pekerja formal dengan waktu kerja yang ditetapkan dan tidak lagi perlu tinggal di rumah majikan selain perlu diberi cuti rehat mingguan, kata Duta Besar Indonesia, Herman Prayitno.

“Kami mahu kontrak rasmi antara pembantu rumah dan majikan. Sama seperti kontrak disediakan untuk bekerja di syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media bahawa Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Republik Indonesia sedang melaksanakan Pelan Hala Tuju Pekerja Pembantu Rumah dari negara itu pada tahun depan bagi melindungi kepentingan rakyatnya.

Laporan itu memetik kerajaan Indonesia sebagai berkata langkah itu dianggap sebagai penting untuk menghentikan penyalahgunaan terhadap pembantu rumah yang tidak menerima gaji minimum, cuti dan waktu kerja tetap.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live