Menerusi laman sosial pada 28 April 2015, tersebar gambar TMJ dengan tagline “Alamak, Stadium Larkin Dah Hilang”.
Kenyataan itu merupakan sindiran terhadap Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang mendakwa penyokong JDT mencuri tiang gol di Stadium tersebut pada perlawanan Liga Super 24 April 2015 yang lalu.
Terdahulu, kekecohan telah berlaku di Stadium Ipoh susulan kekalahan 2-1 JDT kepada Perak.
Tiang Gol Stadium Perak Hilang Punca TMJ Buat Lawak
Pada 24 April lalu, berlaku kekecohan di Stadium Ipoh sehingga berlaku insiden kehilangan tiang gol di Stadium tersebut. Pihak Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) juga telah mendakwa bahawa penyokong JDT bertanggungjawab terhadap kerosakan pada papan iklan, jaring gol yang dikoyakkan serta kehilangan tiang gol di Stadium Perak.