Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Jangan Sebar Berita Tidak Sahih Mengenai 1MDB’– SKMM

$
0
0

Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menyebarkan gambar-gambar yang diubahsuai, berita-berita yang tidak sahih atau sebarang spekulasi mengenai siasatan ke atas syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penyebaran itu termasuk menerusi semua platform laman sosial termasuk aplikasi pesanan WhatsApp.

“Adalah menjadi satu kesalahan bila berkongsi atau menyebarkan perkara-perkara atau kandungan sedmikian kerana ia mungkin melanggar undang-undang khususnya Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika didapati bersalah, hukumannya adalah denda tidak melebihi RM50,000 dan atau tidak lebih satu tahun penjara,” kata kenyataan itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997