Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Marsha Mengaku Sudah Peluk Agama Islam, Nikah 31 Disember

$
0
0

Akhirnya pihak pengurusan penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh, Lalan Entertainment telah mengedarkan siaran media mengenai desas-desus berita yang mengatakan Marsha telah memeluk Islam dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Menerusi siaran media itu, Marsha mengakui sudah pun memeluk Islam beberapa minggu yang lalu dan masih menggekalkan nama asal Marsha Milan Londoh. Upacara tersebut berjalan lancar. Tarikh dan lokasi dirahsiakan atas permintaan keluarga.

“Ya,saya sudah memeluk agama Islam. Segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan kerana ia terlalu peribadi buat saya. Apa yang saya mohon di sini jangan dihebohkan perkara ini kerana semuanya sudah selesai demi menghormati kedua belah pihak,” ujar Marsha.

Marsha juga mengakui bahawa dia sudah pun bertunang dengan lelaki yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu Mohamed Shaiful Nizam bin Dato Seri Hj. Mohamed Ismail, 29, yang berasal dari Pulau Pinang, seorang ahli perniagaan, pada 14 Disember lalu dalam satu majlis ringkas di kampung Marsha di Sabah. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Majlis pernikahan pula akan Pulau Pinang pada 31 Disember ini. Majlis resepsi pula akan diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari.

“Saya bersetuju untuk berkahwin dengan pasangan saya Mohamed Shaiful Nizam setelah melihat keikhlasan dan kejujuran beliau sepanjang perkenalan kami. Sifatnya yang sentiasa mengambil berat dan hormat dengan ahli keluarga saya amat menambat hati.

“Beliau juga sentiasa memberi sokongan dalam kerjaya seni dan mahu saya lebih maju dalam bidang ini. Di atas iskap yang ditunjukkan ini menguatkan gerak hati saya untuk menerima lamarannya. Doakan majlis perkahwinan saya yang bakal berlangsung berjalan dengan lancar,” pintanya.


(Video) Remaja Diculik Van Putih Telefon Minta Tolong

$
0
0

“Tolong aku, aku nak balik, diorang culik aku, diorang nak jual aku,” kata seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang mendakwa diculik menggunakan van putih.

Nor Amira Atirah Abdul Majid memberitahu perkara itu ketika menelefon salah seorang ahli keluarga bagi meminta pertolongan sebelum perbualan itu terputus.

Rakaman perbualan selama 3 minit 43 saat itu menjadi viral di media sosial apabila ahli keluarga mangsa meminta bantuan orang ramai.

Nor Amira Atirah dipercayai diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang pada petang Selasa.

Berdasarkan rakaman perbualan itu, mangsa mendedahkan dia telah diculik oleh penculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat melihat nombor pendaftaran kenderaan apabila kepala ditutup dengan kain.

Malah mangsa hanya tersedar apabila dia hanya ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru.

Menurut Amira, dia tidak keseorangan diculik, apabila mendakwa ramai lagi gadis lain turut berada dalam tahanan yang dipercayai untuk dijual.

Sebuah portal pula melaporkan, ibu mangsa menyedari anak perempuannya itu tidak berada di rumah kira-kira jam 10 malam, seterusnya bertindak menghubungi mangsa namun tidak berjaya.

Pihak Polis Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya sedang mengumpul maklumat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

GADIS HILANG! Admin dapat rakaman audio yang juga sedang 'viral' sekarang.. Dikatakan gadis berusia 14 Tahun diculik menaiki Van Putih, info seperti berikut..Dipetik dari Facebook – Faizah Wahab#INFO KES CULIK:BANDAR SULTAN SULAIMANPELABUHAN KLANG.*Report sedang diambil.maklumat untuk semua Gerakan ;NOR AMIRA ATIRAH BINTI ABDUL MAJID14 TAHUNPUTIH2 KULITNYARAMBUT PENDEK.RECORD PERBUALAN MENGATAKAN MANGSA TERNAMPAK SIGNBOAD JOHOR .MANGSA MENGATAKAN BAHAWA VAN YANG DIGUNAKAN UTK MENCULIK MANGSA ADALAH BERWARNA PUTIH.MAKLUMAN SEMUA GERAKAN UNTUK MULA MENYEBARKAN HEBAHAN ORANG HILANG/CULIK INI.NO REPORT AKAN DISEBARKAN KEMUDIAN.TQ#Mohon Viralkan

Posted by Wowberita (Official) on Tuesday, December 29, 2015

Selamatkan Zulkifli: Salahkah Mempertahankan Diri?

$
0
0

Jika pada tahun 2010 lalu masyarakat digemparkan dengan kes Kalaichelvi, dimana beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kerana membunuh tanpa niat apabila telah memukul seorang lelaki yang cuba merogolnya sehingga mati.

Kes berkenaan ternyata mengundang simpati banyak pihak kerana ada antara mereka menganggap hukuman itu adalah tidak wajar kerana dia cuba mempertahankan dirinya.

Terbaru, satu kes yang menjadi bualan netizen yang membuatkan mereka tertanya-tanya adakah peristiwa lama berulang kembali?

Dua minggu lalu berlaku di Terengganu, seorang lelaki bernama Zulkifli yang tinggal di sebuah kampung bernama Labuhan di daerah Kerteh dilaporkan telah menikam mati seorang perompak yang merompak rumahnya sendiri untuk mempertahankan diri dan melindungi keluarganya.

Tahukah anda, Zulkifli telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudian ditukar pada 304 membunuh tanpa niat beliau dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.

Pada 27 November lalu, berita yang kami petik dari Facebook Selamatkan Zulkifli memberitahu bahawa mahkamah telah memutuskan Encik Zulkifli ditahan semula dengan dua pertuduhan bagi kes tersebut.

Berdasarkan makluman di page berkenaan, Ahad lalu keluarga nyata terkejut apabila kes Zulkifli telah kembali disebut di bawah 302 dan juga 326 di mana dibawah 302 membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin sedangkan RM15.00 telah dibayar sebelum ini sebagai ikat jamin selepas kes bertukar ke 304.

Dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati, manakala tuduhan kedua pula di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan. Encik Zulkifli juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Zulkifli berumur 50 tahun dimana beliau mempunyai 3 anak dan anak keduanya pula yang berumur 8 tahun menghidap autisme sedang melalui proses rawatan.

Sehingga kini pertuturannya tidak jelas dan keluarga ini tidak mampu mendapatkan rawatan berkala buat anak ini kerana hospital yang menyediakan rawatan fisioterapi autisme terletak 120 kilometer dari rumah mereka.

Beliau juga dilaporkan adalah seorang yang tidak berada dimana rumah mereka amat kecil dan hanya memerlukan tidak sampai 10 langkah sudah sampai ke pintu belakang.

Namun ia tidak menghalang keluarga ini untuk hidup bahagia dengan mengamalkan kehidupan bergama.

Namun kini penghalang untuk kehidupan keluarga bahagia ini ialah ketua keluarga mereka, Zulkifli ditahan dalam lokap berpanjangan dan dianggap penjenayah.

Menurut isteri Zulkifli, Puan Zaimah, beliau kini tidak mampu untuk berniaga sarapan pagi seperti kebiasaan kerana terganggu dengan kes ini yang menyebabkan ekonomi keluarga terjejas selain ada segelintir mulut jahat yang menghina suaminya sebagai pembunuh membuatkan beliau lebih selesa berkurung bersama 3 anaknya dalam rumah sempit itu.

Cerita Zulkifli mengenai waktu kejadian kepada wakil Parti Sosialis Malaysia yang kami petik dari The Malaysian Insider, rupanya rumah Zulkifli dan masyarakat sekitar kerap dimasuki pencuri dan perompak dari kalangan penagih dadah. Malah ketika reman berlangsung beberapa kabel eletrik rumah ini dicuri pencuri lain.

Disebabkan itu mereka sangat berwaspada andai kelihatan orang mencurigakan mendekati kawasan rumah mereka. Ketika hari kejadian Zaimah melihat ada dua orang lelaki menaiki sebuah motorsikal dalam keadaan mencurigakan melalui jalan menuju ke rumah mereka. Ketika itu Zaimah dan Zulkifli berada di warung kecil sarapan pagi mereka sekitar 300 meter dari rumah mereka.

Zulkifli mengikuti dengan berhati-hati dan ternyata motorsikal itu berhenti di rumahnya. Pembonceng motosikal turun dan mula mengumpil generator sebelah dinding rumahnya manakala seorang lagi berjaga-jaga di atas motorsikal.

Ketika mereka melihat Zulkifli sampai lelaki pertama yang berada di atas motorsikal meluru pada Zulkifli dengan membawa satu objek dipercayai besi untuk memukul Zulkifli, beliau tanpa berlengah terus mengeluarkan parang kecil yang digunakan untuk memotong ayam di warung setiap hari dan berjaya menikam lelaki pertama. Lelaki kedua pula berlari ke arahnya dan sekali lagi Zulkifli berjaya menikam di bawah bahu lelaki tersebut.

Lelaki pertama kemudiannya cuba melarikan diri dengan motorsikal. Lelaki kedua juga berlari menyeberang jalan dengan harapan sempat menaiki motorsikal tersebut namun apabila sampai pada pembahagi jalan lelaki kedua rebah dan mati di tempat kejadian. Zulkifli kemudian terus serahkan diri ke Balai Polis Kerteh. Lelaki pertama ditahan pihak polis ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Hanya satu tikaman, di kawasan perkarangan rumah, yang tikaman itu sendiri tidak disangka akan mengakibatkan kematian demi mempertahankan diri dan harta maka Zulkifli pula bakal dilihat sebagai penjenayah berdasarkan tafsiran undang-undang kini?

Bagaimanakah nasib keluarga ini jika Zulkifli dihukum mati atau dipenjara?

Malah menurut Zulkifli beliau hanya akan mewakili dirinya sendiri kerana tidak mampu untuk mengupah peguam.

“Tiada apa perlu diselindungkan, saya akan cerita sebiji-sebiji apa yang berlaku, Allah saksi saya dan saya teringin nak tanya pihak pendakwaraya atas alasan apa ingin dikemukakan beliau di mahkamah Allah nanti kerana mendakwa saya atas hak saya sendiri?” katanya.

TOLONG JANGAN NANGISAhad lalu sepatutnya menjadi tarikh sebutan kes di mahkamah.Apa yang berlaku tiba-tiba kes disebut bawah 2 pertuduhan iaitu 302 dan 325.302 menyebabkan perlu tahan semula (tiada ikat jamin dibenarkan)Maka terkejutlah sekalian keluarga. Sebelum ini 15 ribu telah dibayar ikat jamin waktu kes bertukar dari 302 pada 304. Kini kembali pula pada 302.Video ringkas ini saat Zulkifli dibawa keluar dari mahkamah sebelum dibawa ke penjara Marang.Tolong jangan nangis.

Posted by Selamatkan Zulkifli on Tuesday, December 29, 2015

Mayat Kapten Hasman Hussin Telah Ditemui

$
0
0

Mayat pegawai Tentera Darat Kapten Hasman Hussin, 34, yang ‎ dilaporkan hilang dihanyutkan air deras di Missouri Amerika Syarikat telah ditemui.

Perkara itu disahkan jurucakap Kementerian Pertahanan dan kenyataan media berkenaan kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Semalam Tentera Darat mengesahkan telah menerima maklumat dari Penolong Penasihat Pertahanan Kedutaan Malaysia di Washington DC, berkenaan kehilangan Hasman.

Hasman Hussin, seorang Angkatan Tentera Malaysia yang sedang menuntut di Fort Leonardwood, Missouri, Washington, Amerika Syarikat disyaki hilang apabila kereta yang dinaiki bersama empat rakannya dihanyutkan oleh air banjir.

‎Kesemua empat mayat rakannya telah ditemui semalam.

Hasman sedang mengikuti kursus Engineer Captains Career Courses di Fort Leonard Wood, Missouri, Amerika Syarikat mulai 1 Oktober hingga 15 April 2016.

Lelaki ‘Naik Hantu’ Di JPJ Batu Uban Akan Didakwa Esok

$
0
0

Polis akan mendakwa lelaki 40 tahun yang memaki hamun dan membuat kecoh di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Uban, di sini, 26 November lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten, Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata lelaki terbabit akan dituduh di Mahkamah Majistret, Georgetown, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, esok.

Menurutnya, lelaki itu sudah ditahan untuk diambil keterangan namun dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kita sudah merujuk kesnya kepada Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian bersetuju untuk mendakwa lelaki terbabit kerana kesalahannya itu,” katanya ketika dihubungi.

Video lelaki itu yang memaki hamun Pegawai JPJ menjadi viral di laman sosial, sejak beberapa hari lalu.

‘Sudah Enam Bulan, Hutang 1MDB Macam Mana?’

$
0
0

Bekas ahli Umno, Anina Saadudin hari ini berkata, rakyat Malaysia sedang menanti janji yang pernah dilafaz Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait isu hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut Anina, tempoh enam bulan yang dijanjikan Najib juga sudah sampai dan beliau perlu mengotakan janjinya itu.

“Rakyat negara ini tidak menantikan bunga api sambutan tahun baru, sebaliknya mereka menunggu janji-janji Najib bahawa 1MDB akan berjaya mengatasi masalah kewangannya menjelang 31 Disember 2015… enam bulan dari tarikh janji tersebut diucapkan,” katanya menerusi posting terbaharu di laman sosial Facebook miliknya.

Najib sebelum ini dilaporkan pernah melafazkan janji sebanyak dua kali untuk menyelesaikan kemelut berkait hutang 1MDB dalam tempoh enam bulan.

Kali pertama beliau dilapor pernah meminta tempoh enam bulan untuk itu diberikan ialah dalam satu pertemuan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 Jun 2015.

Pada Ogos, Najib sekali lagi mengulangi perkara sama dalam satu program di Negeri Sembilan.

Pasukan Khas Polis Jejak Lokasi Nur Amirah Athirah

$
0
0

Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak seorang remaja yang dipercayai hilang dilarikan suspek menaiki van putih.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Selangor dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan penyiasat ini ditubuhkan bagi menjejak dan mengesan lokasi remaja berusia 14 tahun tersebut.

“Kini, siasatan serta operasi untuk mengesan remaja terbabit sedang giat dijalankan.

“Justeru, polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, Asisten Superintendan Burhanuddin Mustafa di talian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Tarmizi Umar di talian 013-3430150.

Mengulas berkenaan kes terbabit, Abdul Samah berkata, sebelum itu, ibu mangsa menyedari kehilangan anaknya itu kira-kira jam 2.30 petang, Ahad lalu, selepas dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat pada keesokannya.

Katanya, pada peringkat awal, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya menerusi telefon bimbit di mana anaknya itu memaklumkan bahawa dia keluar untuk berjumpa rakannya.

Tambahnya, siasatan awal polis mendapati, kali terakhir mangsa dilihat kira-kira jam 7 malam, Ahad lalu, bersama seorang lelaki Cina yang dipercayai merupakan teman lelakinya di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

“Siasatan juga mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya.

“Malah, remaja tersebut juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah selain tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya,” katanya.

Katanya lagi, bagaimanapun, semalam kira-kira jam 7.30 malam, ibu mangsa telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu telah dilarikan oleh dua lelaki yang tidak dikenali semasa dalam perjalanan ke rumah.

“Mangsa juga memberitahu dirinya telah dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih,” katanya.

Insiden berkenaan kehilangan remaja dikenali Nur Amirah Athirah Abdul Majid dari rumah keluarga di Pelabuhan Klang telah menjadi viral di laman media sosial Facebook.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik di bawah seksyen 363 Kanun Keseksaan.

‘Niat Saya Baik Tapi Media Salah Tafsir’– Ahmad Maslan

$
0
0

Saranan agar rakyat melakukan lebih dari satu kerja bagi menangani kos sara hidup oleh Datuk Ahmad Maslan telah disalah tafsir oleh media.

Demikian keluhan Ahmad Maslan yang mengakui niatnya hanyalah supaya rakyat menggunakan platform perniagaan dalam talian selain melakukan pekerjaan sedia ada untuk menambah pendapatan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, saranan itu dilakukan berikutan pemerhatian beliau terhadap rakyat negara ini yang sangat suka menggunakan media sosial.

“Rakyat Malaysia sangat suka melayari media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Twitter hingga lewat malam. Saya tidak faham bagaimana ia membantu mereka.

“Jadi saya berpendapat, alangkah eloknya jika mereka belajar e-commerce, e-dagang dan sebagainya supaya ia dapat dimanfaatkan untuk menjana pulangan yang menguntungkan,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Menara Martrade pada Rabu.

Beliau, yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia menambah, formula seperti (p)endidikan tinggi, (k)emahiran tinggi, (p)roduktiviti tinggi dan (k)eusahawan atau niaga yang biasanya digunakan untuk meningkatkan pendapatan.

“Jika dirumus, saya namakan ia sebagai formula ‘PKPK’ untuk mengatasi kos sara hidup dan dalam bidang keusahawanan, perkara yang saya nampak adalah niaga dalam talian.

“Saya berikan suatu yang positif tetapi digambarkan dengan negatif ditambah pula komen dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Tan Sri Shahrir Samad dan juga Tengku Razaleigh Hamzah,” katanya lagi.

Pada Selasa, veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan masalah yang dihadapi rakyat masa kini bukan melibatkan soal dua pekerjaan sebaliknya peluang pekerjaan itu sendiri yang tidak mencukupi.

“Macam mana saya nak cari kerja sedangkan satu kerja pun tidak ada sekarang?” sindirnya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Tabung Kemanusian Pelajar Melayu Mesir, pada Selasa.


‘Penjajah Tertipu, Tok Janggut Tak Mati Dibunuh’– Waris

$
0
0

Tahun 2015 yang akan melabuhkan tirai pada Khamis agak signifikan daripada segi sejarah kerana ia menandakan genap 100 tahun berlakunya peristiwa Tok Janggut menentang British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh, Kelantan.

Kalau hendak diikutkan, sudah banyak artikel Tok Janggut diketengahkan sebelum ini.

Namun apabila diselidiki hampir kesemua berkongsi sumber yang sama dan tidak banyak maklumat catatan yang boleh diambil sebagai rujukan serta pengajaran bersama.

Pada masa yang sama masih banyak persoalan yang tidak terjawab. Ada juga pihak yang sangsi dengan banyak fakta yang didakwa mengikut acuan penjajah.

Mereka percaya kisah Tok Janggut dibunuh oleh British hanyalah dongengan bagi menggelapkan sejarah sebenar perjuangan tokoh Serambi Mekah itu.

Sebaliknya mereka beranggapan penjajah sendiri tertipu kerana Tok Janggut sebenarnya telah berjaya menyelamatkan diri.

Gambar mayat lelaki yang digantung songsang untuk tatapan umum juga bukanlah Tok Janggut.

BUKAN TOK JANGGUT YANG TERBUNUH

Cucu sepupu Tok Janggut, Ustaz Wan Asrul Wan Hussin, 31, mendedahkan Tok Janggut atau nama penuhnya Haji Mat Hassan Munas sebenarnya hanya mengalami cedera di bahu kirinya ketika kemuncak pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh pada 24 Mei 1915.

Tok Janggut kemudiannya disembunyikan oleh pengikutnya di Hulu Kelantan (Gua Musang) untuk menyelamatkan beliau.

“Sesudah sembuh daripada kecederaan di bahunya, Tok Janggut berpindah ke Machang sebelum kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu,” katanya.

Mengulas mengenai kononnya mayat Tok Janggut diarak di sekeliling bandar Kota Bharu dan kemudiannya ia digantung songsang separuh bogel selama tiga hari, Wan Asrul sekeras-kerasnya menolak dakwaan itu.

Tegas beliau, kisah itu adalah semata-mata rekaan serta dibuat atas desakan British yang mahu menakut-nakutkan orang Melayu bagi memastikan tiada lagi kebangkitan kedua di negeri itu.

“Kebanyakan orang yang tinggal di Kota Bharu tidak kenal wajah sebenar Tok Janggut dan mereka hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut sahaja.

“Dan secara logiknya, jika kita melihat pada faktor fizikal gambar mayat itu, adakah sedemikian rupa seorang Melayu asli? Wajarkah Tok Janggut yang mempunyai ilmu agama tinggi diaibkan begitu?

Gambar mayat itu diperolehi daripada Perpustakaan Bodleian, Oxford, United Kingdom, England hasil usaha tokoh sejarah Allahyarham Prof Datuk Nik Anuar Nik Mahmud ketika melakukan kajian di sana.

Jelas Wan Asrul penampilan fizikal Tok Janggut adalah Melayu Kelantan Asli. Ibunya, Che Mah berasal dari Pattani manakala ayahnya Munas orang Melayu dari Kampung Saring, Pasir Puteh.

“Adik-beradik Tok Janggut termasuk dirinya tiga orang, dua lagi Tahir dan Yah@Sepiah meninggal dunia ketika dilahirkan.

“Tidak ada mana-mana anak-beranak Tok Janggut berwajah Sikh seperti dalam gambar itu. Malah, Tok Samad, iaitu datuk kepada Tok Janggut adalah Melayu Asli dan antara orang yang terawal membuka daerah Pasir Puteh,” katanya.

TIDAK MENGISYTIHARKAN DIRI

Perkara yang sering kali menjadi persoalan ialah sekiranya Tok Janggut masih hidup selepas peristiwa pertempuran di Pasir Puteh itu, kenapa beliau tidak mengisytiharkan diri seperti yang dilakukan pejuang Pahang Mat Kilau.

Wan Asrul berkata perlu diingat satu ketika Mat Kilau pernah bertemu dengan Tok Janggut di Kedai Lalat, Kota Bharu iaitu pada 1966.

Berlaku perbualan antara mereka berdua: ” Abe Mad (Tok Janggut), tidak mahu keluar ke? Orang Putih (British) dah balik ini.”

Jawab Tok Janggut; ” Puak-puak kamu itu nak pilih orang Putih, biar mereka dah balik pun, biarlah aku hidup macam ini.”

Tambahan menurut Wan Asrul, keadaan Tok Janggut ketika itu sudah uzur dengan umur dipercayai sekitar 116 tahun dan bagi beliau lebih baik memilih mendiamkan diri.

Dalam erti kata lain, meskipun Tanah Melayu ketika itu sudah mencapai kemerdekaan, bagi diri Tok Janggut paling utama pesanan yang di bawa daripada gurunya Ahmad al- Fatani, iaitu bebaskan tanahair daripada penjajah sudah tercapai, katanya.

Tiga tahun kemudian pada 1969 Mat Kilau menggemparkan negara dengan mengisytiharkan diri sebenarnya selepas solat Jumaat di Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

ULAMA BERJIWA PANGLIMA

Ketika berusia 27 tahun, Tok Janggut telah mula mendalami ilmu agama di Mekah dengan gurunya Syeikh Ahmad al-Fatani yang juga guru kepada tokoh ulama nusantara Tok Kenali.

Ilmu persilatan pula diwarisi daripada ayahnya Munas Samad, seorang guru agama dan panglima yang tangkas di istana Jeram, Pasir Puteh.

“Tok Janggut kembali ke Kelantan pada tahun 1910 pada usia 63 tahun membawa amanah besar gurunya supaya berikhtiar membebaskan Patani daripada penjajahan Thai.

Tok Janggut adalah seangkatan dengan pejuang-pejuang lain Tanah Melayu termasuk Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Haji Abdur Rahman Limbong.

Berlaku beberapa siri pertemuan antara kesemua pejuang Melayu itu tetapi tidak banyak yang diketahui mengenai hasil pertemuan itu.

Salah satu pertemuan itu adalah dengan ulama Terengganu, Tok Ku Paloh pada tahun 1913 yang turut dihadiri kelima-lima pejuang Melayu itu.

Pada pertemuan itu, Tok Ku Paloh berpesan dengan pejuang-pejuang Melayu itu sekiranya beliau meninggal dunia, Tok Janggut adalah penggantinya untuk meneruskan perjuangan bangsa Melayu dan Islam.

Kos Operasi Naik Gara-Gara GST, Transnasional Mahu Tambang Dinaikkan

$
0
0

Syarikat bas ekspres terbesar di Malaysia, Konsortium Transnasional Bhd (KTB) merayu kepada kerajaan agar menaikkan kadar tambang setelah lama tertangguh.

“Kos operasi kami meningkat memandangkan kejatuhan nilai ringgit dan kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Kos operasi, termasuk penyelenggaraan dan alat ganti, semakin meningkat tetapi kami tidak menyalurkannya kepada pengguna,” kata Pengarah Urusannya, Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, tanpa mendedahkan sejauh mana kenaikan kos kerana syarikat itu masih lagi menelitinya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) Nadicorp Holdings Sdn Bhd dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi penyelidikan aplikasi komersial getah asli terepoksida (Ekoprena) dan getah asli nyah protein (Pureprena) untuk tayar.

Mohd Nadzmi juga Pengerusi Eksekutif Nadicorp, konglomerat beberapa syarikat terlibat dalam pengangkutan bas awam, termasuk KTB. Pada Mac tahun ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres dan teksi.

Bagaimanapun, kerajaan hanya meluluskan kenaikan tambang untuk teksi, dan menangguhkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres.

Pada majlis pemeteraian MoA itu, Pengerusi LGM, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, penyelidikan yang dijalankan di kemudahan LGM di Sungai Buloh dan Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di United Kingdom, membuktikan tayar getah asli sangat baik dengan prestasi cengkaman waktu basah.

Kerjasama antara LGM dan Nadicorp adalah untuk pengeluaran 500 tayar yang akan digunakan oleh bas ekspres di bawah KTB mulai 2016 hingga 2018.

(4 Gambar) Anak Maut Jatuh Flat Depan Mata Ayah

$
0
0

Seorang kanak-kanak berusia lelaki lima tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga flat kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama malam tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 11.05 malam ketika mangsa, Aqeef Nifael Sharhafizie Afzal, bersama ibu bapanya baharu pulang daripada bercuti.

Mangsa dikatakan naik ke rumah bersama ibunya di tingkat tiga bangunan, sementara bapanya dan anak yang kedua sedang berkemas di kereta.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay, berkata ketika bapa mangsa dalam perjalanan di koridor ke lif, tiba-tiba mangsa jatuh dari atas ke tepi longkang blok Felicia dan terbaring di depan matanya.

Katanya, semasa kejadian tiada saksi lain selain kedua ibu bapa mangsa.

“Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan jenazah akan dibawa ke kampung ibu bapanya di Sungai Petani untuk pengebumian,” katanya.

‘Apa Yang Dilalui Abang Zulkifli Adalah Prosedur Biasa’– Peguam

$
0
0

Kisah seorang lelaki dengan nama Mohammad Zulkifli Ismail yang dilaporkan ditahan dan akan dituduh kerana didakwa membunuh perompak yang menceroboh rumahnya, mendapat perhatian warga media sosial.

Namun dari sudut perundangan, apa yang sedang dihadapi Zulkifli adalah satu prosedur biasa perundangan terutamanya apabila terdapat kes yang membabitkan pembunuhan dan kematian.

Itu yang dijelaskan oleh peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

“Apa yang berlaku sekarang adalah prosedur biasa apabila adanya kes membabitkan kehilangan nyawa. Alasan Zulkifli tentang dia membela diri dan keluarga, hal itu perlu diperjelaskan sewaktu pembelaan nanti.

“Jika benar ia adalah kes mempertahankan diri, ia pasti akan diambil kira semasa proses perbicaraan di mahkamah,” katanya.

Beberapa portal media sebelum ini melaporkan Zulkifli ditahan selepas menikam mati seorang perompak yang juga penagih dadah, yang dikatakan memasuki kediamannya di Kerteh, Terengganu, awal Disember lalu.

Zulkifli pada mulanya dilaporkan ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, namun ditukar kepada Seksyen 304 kanun yang sama kerana membunuh tanpa niat, dan dibenarkan diikat jamin RM15,000.

Bagaimanapun, kejutan diterima Zulkifli dan keluarganya apabila dia dimaklumkan kesnya akan disebut di bawah seksyen 302 dan seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan.

Sebutan kes di bawah seksyen 302 bermakna pesalah boleh ditahan semula tanpa ikat jamin. Dan jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Perubahan seksyen, kata Khairul, adalah perkara biasa apabila terdapatnya keperluan dan penentuan seksyen kesalahan jenayah adalah tertakluk kepada Peguam Negara.

Peguam yang mewakili Zulkifli boleh membuat representasi kepada Peguam Negara untuk mengkaji semula kes atas alasan-alasan yang munasabah, seperti mempertahankan diri.

Khairul bagaimanapun enggan mengulas tentang faktor yang membuatkan penukaran seksyen berkenaan kerana tidak mengetahui kes itu secara mendalam, namun berpendapat mereka yang terbabit tentunya punya sebab untuk berbuat demikian.

Koleksi Ucapan & SMS Selamat Tahun Baru 2016 Terbaik

$
0
0

Koleksi Ucapan & SMS Selamat Tahun Baru 2016 Terbaik. Tahun 2015 kini sudah sampai ke penghujungnya. Yang pasti ia akan menjadi ‘kenangan’ yang terindah buat kita semua. Dikesempatan ini marilah kita memberikan ucapan selamat tahun baru kepada keluarga, saudara mara dan juga sahabat handai.

Koleksi Ucapan SMS Selamat Tahun Baru 2016

Untungnya punyai. isteri yang bijak berjimat
Suami : Sayang, ni ada RM30. ambik laa untuk buat belanja keperluan rumah untuk 3 hari … Harap harap boleh cukup seminggu.. 🙈🙈
Isteri : Baiklah bang.. untuk setahun pun boleh pakai
Suami : Betul ke cukup sayang?…
Isteri : Insya’Allah cukup bang..
Suami : Nak belikan apa Sayang untuk cukup setahun tu?
Isteri : Beli kalender… tahun 2016… boleh pakai untuk setahun..
Suami :
SELAMAT~ TAHUN ~ BARU
2 0 1 6

Tahun lama sudah berlalu
Tahun Baharu menjelang tiba
Semoga mulakan hidup dengan azam baru
Selamat tahun baru 2016

Hari ini adalah hari terakhir buat tahun 2015
selamat tinggal tahun 2015
semoga tahun baru 2016 lebih baik dari tahun sebelumnya
HAPPY NEW YEAR

buka hati dapat cinta
buka tangan dapat persahabatan
buka mata dapat pemandangan
buka handphone dapat pesanan
buka pesanan dapat ucapan
selamat tahun baru 2016

Selamat tahun baru 2015
Lupakan kisah lama dan buka buku baru
Selamat datang 2015
semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya

Tahun 2015 telah berlalu,
selamat datang tahun 2016,
semoga tahun 2016 penuh diberkati
Selamat Tahun Baru 2016

Tik Tok Tik Tok Bunyi Jam Diding
Jam pun sudah tunjuk pukul 12
Mat rempit pun sudah berbunyi
itu tandanya sudah tahun baru
Selamat tahun baru 2016

Amaran !!!
Malam niEy jangaN masuK tandAs paDa jAm 11:59pm..
sebAb andA akaN kluAr tandAs paDa tahuN depAn..
mohoN sebArkaN

Kuatkan semangan dan bina azam baru
Tinggalkan kisah lama yang penuh berduka
semoga tahun baru dipenuhi dengan hikmah disebalik dugaan
selamat menyambut Tahun Baru 2016

1MD Jual Tanah Bandar Malaysia RM7.41 Bilion

$
0
0

1Malaysia Development Bhd (1MDB) bersetuju menjual 60% daripada ekuitinya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd pada harga RM7.41 bilion, sebagai sebahagian daripada rancangan rasionalisasi untuk mengurangkan hutang RM42 bilion, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ekuiti yang dijual kepada konsortium terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd, kata 1MDB.

1MDB akan menerima deposit 10%, atau RM741 juta atas pelaksanaan perjanjian penjualan dan pembelian saham, dan urus niaga itu dijangka siap pada akhir Jun 2016.

Konsortium menganggarkan tanah Bandar Malaysia itu pada harga RM12.35 bilion, kata 1MDB.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy sebelum ini berkata, tanah itu sekurang-kurang bernilai pada RM11.5 bilion.

Konsortium IWH-CREC Sdn Bhd adalah usahama 60:40 antara IWH dan CREC.

#SelamatkanZulkifli: ‘Hak Pertahankan Diri Tak Bermakna Anda Boleh Bunuh Orang’– KPN

$
0
0

Orang ramai dinasihatkan supaya meneliti peruntukan undang-undang dibawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan bagi memahami hak untuk mempertahankan diri sebelum membuat sebarang andaian, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata demikian bagi mengulas siasatan berhubung keputusan untuk mendakwa seorang lelaki yang membunuh perompak ketika cuba mempertahankan dirinya di Terengganu.

Pertuduhan itu mencetuskan kemarahan di kalangan netizen.

Khalid juga mempertikaikan peranan Majlis Peguam dan peguam hak asasi manusia kerana tidak mendidik orang ramai mengenainya.

“Jika seseorang merompak kita, itu tidak bermakna kita boleh membunuhnya.
“Seksyen 99 Kanun Keseksaan menyatakan dengan jelas had untuk mempertahankan diri, bukan hanya kepada orang ramai tetapi kepada kita juga (polis).

“Apabila ia melibatkan perkara lain, Majlis Peguam pantas mengeluarkan kenyataan tetapi mengapa senyap mengenai perkara ini?

“Disinilah Majlis Peguam memainkan peranan dalam mendidik orang ramai,” katanya di Bukit Aman pada Khamis.

Khalid berkata hak untuk mempertahankan diri tidak meliputi melakukan lebih banyak kemudaratan berbanding yang sepatutnya.

Baru-baru ini, netizen marah apabila berita mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Zulkifli yang didakwa bakal menghadapi hukuman gantung sampai mati selepas menikam seorang perompak yang memecah masuk ke dalam rumahnya di Kerteh, Terengganu, tersebar di media sosial.

Menurut laporan itu, pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan senjata berbahaya atau cara lain.


Anak Bekas Peserta Gegar Vaganza 2 Ditangkap Curi Motosikal

$
0
0

Anak kepada bekas peserta peringkat separuh akhir program realiti Gegar Vaganza 2 ditangkap kerana terlibat dalam kes kecurian motosikal di sini baru-baru ini.

Remaja berusia 16 tahun itu ditangkap pihak polis bersama seorang lagi rakannya yang berusia 18 tahun.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan mengesahkan penangkapan anak penyanyi wanita popular era 80-an itu dan kedua-dua tertuduh telah pun dihadapkan ke mahkamah pada Isnin lalu.

“Kedua-duanya telah dituduh pada Isnin lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

“Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ditetapkan pada Febuari depan,” katanya.

Rosly berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Supritendan Mak Pak Chuai yang bersara pada Khamis, kepada Pemangku Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Deputi Supritendan Rudy Abdullah.

Tambah Rosly, kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.

Mengenai kes jenayah di Putrajaya sepanjang 2015, Rosly berkata sehingga 21 Dis, indeks jenayah di daerah ini turun sebanyak 5.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara 37.5 peratus daripada kes yang ditangkap dituduh di mahkamah, katanya.

Beliau berkata tahun depan, kerjasama antara polis dan komuniti setempat akan ditingkatkan untuk menjadikan Putrajaya sebagai daerah yang sejahtera dan selamat tercapai.

Terpaksa Hidang Arak, Pramugari MAS Menangis Depan Mufti

$
0
0

Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkongsi kisah sedih mengenai luahan hati seorang pramugari Malaysian Airline System Bhd (MAS) yang menderita jiwanya kerana terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan memakai tudung.

Asri berkata, beliau amat simpati dan tersentuh dengan luahan hati pramugari tersebut.

“Malam ini jiwa saya agak tersentuh. Dalam penerbangan MAS malam ini, seorang pramugari datang mengadu dan menangis di hadapan saya mengenai nasibnya. Jiwanya menderita kerana terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan memakai tudung. Dia bekerja untuk menyara anak-anaknya. Ini bukan kali pertama saya mendengar aduan seperti ini.

“Saya sangat simpati dan tersentuh. Lebih sedih lagi memikirkan MAS merupakan sebuah syarikat penerbangan negara yang majoriti penduduknya muslim,”katanya.

Asri turut mengajak rakyat Malaysia memohon kepada pihak kerajaan agar wanita muslimah yang bertugas sebagai pramugari MAS diberikan keizinan untuk memakai pakaian yang memenuhi sifat pakaian seorang wanita muslimah.

“Saya mengajak rakyat Malaysia memohon kepada pihak kerajaan agar wanita muslimah yang bertugas sebagai pramugari MAS diberikan keizinan untuk memakai pakaian yang memenuhi sifat pakaian seorang wanita muslimah. Juga pekerja muslim dan muslimah tidak ditugaskan untuk menghilangkan arak,” tulisnya di posting terbaharu Facebooknya.‎

Jelas Asri, beliau juga hairan mengapa MAS perlu menyediakan hidangan arak, sedangkan banyak lagi syarikat penerbangan lain yang tidak menghuidangkan minuman itu.

“Terimalah itu sebagai hak mengamalkan agama mereka iaitu Islam. Bahkan MAS tidak wajar menghidangkan arak. Banyak penerbangan yang tidak menghidangkan arak, mengapa perlu kita menghidangkannya?.

“Marilah kita menyokong permohonan ini kepada sebuah kerajaan yang sering melaungkan nama Islam dalam pelbagai slogannya. Mohon mencadangkan,” katanya.

Mahu Qu Puteh Taja The Red Warriors? Ini Dua Syarat Datuk Vida

$
0
0

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang bergelut dengan krisis kewangan kini mempunyai peluang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida bersedia untuk menaja KAFA.

Namun, kesudian Datuk Seri Vida hadir dengan dua syarat iaitu:

1- Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat semula dengan warna merah jambu.

2- Pasukan Kelantan perlu dinamakan semula sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) seperti pasukan Negeri Sembilan yang telah dijenamakan semula sebagai NS Matrix.

“Soal tajaan, saya tidak kisah. Jika mereka tidak cukup perbelanjaan, saya boleh salurkan. Mereka memerlukan dana secepat mungkin dan saya bersedia membantu tetapi bersyarat,” ujar Datuk Seri Vida.

Datuk Seri Vida turut menjelaskan keinginan untuk memulihkan pasukan yang juga merupakan negeri kelahiran beliau. Pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu dilahirkan di Machang, Kelantan.
Beliau juga menambah, sekalipun perbincangan awal dengan juara Piala Malaysia dua kali itu menemui jalan buntu, dia tidak menolak kemungkinan untuk rundingan seterusnya diadakan.

“Saya pasti rundingan akan dilakukan lagi kerana KAFA memang memerlukan bantuan saya,” ujar beliau.

Malas Membaca Punca Kes Zulkifli Disalah Tafsir

$
0
0

Sikap malas membaca dan hanya suka melihat tajuk berita menjadi punca kes Mohamad Zulkifli Ismail yang bakal didakwa di mahkamah kerana membunuh perompak disalah tafsir.

Perkara itu dinyatakan oleh seorang pengguna Facebook Syahrizzal Arfandy Adam melalui tulisan yang dikongsi di laman Facebook Friends of PDRM.

Menurut Syahrizzal, dalam isu berkenaan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menjadi mangsa apabila mendapat tohmahan ekoran mengeluarkan kenyataan yang disensasikan melalui tajuk berita.

Katanya, Khalid telah menerima pelbagai cacian ekoran daripada justifikasi orang ramai yang tidak faham dengan maksud dan penjelasan mengenai kes yang disebut dan kini masih diperingkat permulaan perbicaraan.

“Ramai yang malas membaca dan terus membuat justifikasi melalui tajuk sahaja.

“Akibatnya ramai yang tidak faham dan terus mencaci KPN dan seluruh anggota/pegawai pasukan Polis.
“Maksud sebenar KPN, untuk alasan mempertahankan diri, janganlah terus kepada membunuh, kerana kita tidak boleh bunuh sewenang-wenangnya,” Katanya.

Menurutnya lagi, kes yang sedang dihadapi oleh Zulkkifli itu belum lagi diputuskan oleh mahkamah dan perbicaraan mengenainya baru bermula.

Syahrizzal turut melahirkan kehairanan apabila ramai yang mengatakan bahawa Zulkifli dihukum gantung kerana mempertahankan diri sedangkan pihak Peguam Negara dan Pendaftar Kehakiman belum menghabiskan laporan yang sedang dibuat.

“Entah dari mana terlalu banyak andaian yang Zulkifli ke tali gantung,” tulisnya.

Dalam pada itu, Syahrizzal mengingatkan agar orang ramai mendapatkan maklumat sahih dan berkualiti terlebih dahulu dan tidak terlalu menggelabah dengan menghebahkan sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu.

Katanya, mereka harus mendapatkan keseluruhan maklumat dengan membaca isi kandungan berita dan tidak sekadar melibat pada tajuk berita itu.

“Ada juga yang telah menulis laporan dengan lengkap, tetapi entah kenapa ramai yang memberikan andaian berlainan dengan apa yang ditulis.

“Penat penat je abang reporter tulis, headline jugak cukup buat pembaca ni,” tulisny lagi.

Zukifli ditahan kerana menikam mati seorang perompak yang juga penagih dadah yang cuba merompak rumahnya awal Disember lalu.

Dia bertindak demikian kerana mahu mempertahankan diri dan keluarganya. Dia kemudian menyerah diri di balai polis berdekatan.

Zulkifli kemudian direman selama 14 hari dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kemudian ditukar kepada Seksyen 304 membunuh tanpa niat dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000.

Qu Puteh Taja TRW: ‘Bola Sepak Tak Sama Dengan Hiburan’– Netizen

$
0
0

Kecoh jadinya apabila sebuah akhbar tempatan melaporkan ahli perniagaan, Datuk Seri Vida yang bersetuju menaja pasukan bola sepak Kelantan atau The Red Warriors (TRW).

Apa yang menjadi perbualan adalah dua syarat yang dikenakan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn.Bhd itu.

Syaratnya ialah stadium rasmi pasukan berkenaan, Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat dengan warna rasmi produk Qu Puteh, iaitu warna merah jambu.

Syarat seterusnya ialah nama pasukan itu perlu diberi penjenamaan semula menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Ramai yang mempertikaikan syarat tersebut dan menyifatkan ia agak keterlaluan.

Penyokong, terutamanya rakyat Kelantan berpendapat, dua syarat tersebut akan menghilangkan identiti TRW yang dibina dan dibawa selama ini.

Apatah lagi, kata mereka, TRW sudah sinonim dengan warna merah yang bukan sahaja mewakili warna bendera negeri Pantai Timur itu, tetapi juga melambangkan semangat dan kekuatan pasukan.

KAFA kali ini menang dalam negotiation demi identiti pasukan dan saya rasa ia mewakili hati peminat juga. Tak ada…

Posted by Axello Tacts on Thursday, December 31, 2015

Pun begitu, tidak kurang juga yang tidak kisah dengan syarat-syarat tersebut dan merasakan pengukuhan kewangan adalah aspek paling penting yang perlu diberi perhatian pasukan itu.

Dalam laporan akhbar Berita Harian pada Jumaat, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memberitahu, dia tidak keberatan menaja TRW memandangkan dia juga berasal dari negeri itu, namun pengurusan TRW perlu mengikut syarat yang diberikan.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live