Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Jadual & Keputusan Perlumbaan LTDL 2016 Malaysia

$
0
0

Jadual & Keputusan Perlumbaan LTDL 2016 Malaysia. Perlumbaan edisi ke-21 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 akan berlangsung pada 24 Februari hingga 2 Mac 2016. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah penaja utama LTdL 2016 dengan Ciclista Sports Sdn Bhd akan menjadi penganjur. Menurut Laman Web Rasmi LTdL, jarak keseluruhan adalah sejauh 1,182.4 kilometer bermula dari Kangar dan berakhir di Melaka. Berikut jadual dan keputusan LTDL 2016.

Jadual Perlumbaan LTDL 2016 Malaysia

NO PERINGKAT TARIKH NAMA LALUAN JARAK (KM)
1 Peringkat 1 24 FEBRUARI 2016 KANGAR KE BALING 165.5
2 Peringkat 2 25 FEBRUARI 2016 SUNGAI PETANI KE GEORGETOWN 159.8
3 Peringkat 3 26 FEBRUARI 2016 KULIM KE KUALA KANGSAR 107
4 Peringkat 4 27 FEBRUARI 2016 IPOH KE CAMERON HIGHLANDS 129.5
5 Peringkat 5 28 FEBRUARI 2016 TAPAH KE KUALA LUMPUR 149.9
6 Peringkat 6 24 FEBRUARI 2016 PUTRAJAYA KE REMBAU 147.6
7 Peringkat 7 1 MAC 2016 SEREMBAN KE PARIT SULONG 203.2
8 Peringkat 8 2 MAC 2016 BATU PAHAT KE MELAKA 119.9

Keputusan Perlumbaan LTDL 2016 Malaysia

* akan dikemaskini semasa kejohanan berlangsung.


Terdedah Debu Bauksit Boleh Sebabkan Alzheimer

$
0
0

Mereka yang terdedah dengan debu bauksit dalam tempoh yang panjang terutama pekerja di kawasan perlombongan dan penduduk yang berada di sepanjang laluan pengangkutan bauksit berisiko menghidap penyakit Alzheimer.

Felo Penyelidik Kualiti Udara Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Dr Azman Azid berkata bauksit mengandungi aluminium hidroksida dan debu bahan itu yang terbebas ke udara apabila dihidu dalam tempoh yang lama boleh menyekat pengaliran oksigen dalam darah sekali gus ke sistem saraf.

“Apabila otak kekurangan oksigen ia boleh menyebabkan seseorang itu terdedah dengan risiko untuk menghidap penyakit Azheimer atau penyakit lupa,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya hasil kajian yang dijalankan institut berkenaan di beberapa lokasi terjejas dengan keadaan itu beberapa bulan lepas termasuk di Sekolah Tahfiz Bukit Goh, antara laluan utama kenderaan bauskit mendapati indeks pencemaran udaranya melebihi tahap berbahaya iaitu mencecah sehingga 468.

Azman menyifatkan pencemaran udara di kawasan yang terlibat dengan aktiviti itu sebagai serius dan menganggarkan zarah terampai bawah 10 mikron (PM10) berada di tahap lebih 200µg/m3, melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti Udara Ambien Malaysia, iaitu 150 µg/m3.

Azman bimbang sikap sesetengah penduduk dan pekerja yang tidak mengendahkan kesihatan mereka kerana tidak memakai topeng keselamatan apabila berada di kawasan tercemar dengan aktiviti itu kerana mereka berdepan masalah pernafasan, batuk, alahan radang paru-paru serta gatal-gatal pada bahagian mata selain masalah kepada hati.

“Manusia yang terdedah dengan tahap kualiti udara yang tidak sihat untuk tempoh yang lama juga boleh mengalami simptom kesukaran dan masalah pernafasan sebelum menjadi kronik apabila tidak dikawal.

“Selain pekerja perlombongan, mereka yang berisiko untuk menghidapinya termasuk juga golongan bayi, kanak-kanak, dan warga emas kerana keperluan udara yang tinggi untuk pernafasan dan lemah imuniti tubuh badan melawan penyakit tersebut,” katanya.

Menurut Azman, masalah pencemaran dapat dikurangkan sekiranya agensi penguatkuasaan berkaitan mengambil tindakan sewajarnya sejak aktiviti itu mula berlaku di daerah ini.

“Secara peribadi saya berpendapat agensi berkenaan termasuk Jabatan Alam Sekitar sepatutnya sejak awal memantau keadaan ini terutama aspek pelaksanaan dalam kerja-kerja perlombongan.

“Debu yang terbebas di udara boleh dikurangkan sekiranya lori-lori bauksit ini menutup dengan rapi lori mereka semasa mengangkut bahan tersebut dan jalan-jalan yang dilalui pula disembur dengan air.

“Dalam masa yang sama, penampan perlu dibina sepanjang laluan itu untuk menapis air berkenaan sebelum memasuki anak-anak sungai,” katanya.

Katanya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) juga perlu memainkan peranan memastikan semua pekerja yang terlibat dalam industri itu memakai topeng keselamatan bagi mengelakkan kesihatan mereka daripada terjejas untuk jangka masa panjang.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata memang terdapat teori mengatakan mereka yang mengalami keracunan aluminium menerusi air boleh terkena penyakit Alzheimer.

“Bagaimanapun, setakat ini tidak ada bukti kukuh menyatakan keracunan aluminium melalui udara boleh menyebabkan penyakit itu. Ia sekadar teori tanpa bukti dalam bidang perubatan,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau tidak menafikan berlaku pertambahan jumlah pesakit mendapatkan rawatan untuk penyakit yang berkaitan pernafasan seperti lelah, selesema dan batuk di klinik dan hospital kerajaan di negeri ini.

‘Ika Rasa Terhina, Abang Cuma Tertarik Pada Tubuh Badan Ika’– Janda

$
0
0

Salam.

Abang, ni Ika.

Ika dah baca warkah yang abang coretkan pada Kak Mah isteri abang tu. Dah viral sampai ramai marah-marah abang. Ika juga tempias makian orang ramai. Sedih.

Abang,

Dah hampir 6 tahun kita bersama. Bersama dalam keadaan yang tidak sah.

Ika sedar tu. Bukan Ika tidak mahu jadi isteri kedua abang, tapi Ika selalu fikirkan perasaan Kak Mah. Anak-anak abang. Tak nak dia terluka sebenarnya. Abang pun selalu cerita yang dia baik. Dalam masa yang sama, Ika jatuh sayang dekat abang. Sebab sangka abang matang, berpengalaman dan osem. Sebab abang baik, caring dan kata-kata abang cukup manis. Menyebabkan Ika tak mampu jauh dari abang. Abang pun tak kedekut, selalu tolong Ika bila dalam kesusahan. Waktu Ika down. Waktu Ika tak ada duit.

Benarlah cinta itu buta.

Tapi, dalam tempoh 6 tahun itu juga, Ika tak sangka abang tak pernah cuba berterus-terang pada isteri abang. Ika lebih terkejut baca surat tu, rupa-rupanya abang cuma lempiaskan nafsu abang pada Ika. Cuma tertarik pada tubuh badan Ika. Ika rasa terhina. Ika sangka abang jujur dalam perhubungan. Tapi, rupa-rupanya, dusta semata. Nafsu serakah semata-mata.

Ika bukan GRO. Status Ika sebagai janda bukanlah lesen untuk abang jadi seperti lelaki lain yang melihat golongan janda seperti penggoda dan perosak rumah tangga orang.

Cinta Ika dipermainkan! Takkan abang tak nampak cinta yang membara dalam mata Ika selama ni? Atau abang cuma nampak lekuk tubuh badan Ika? Jijik pandangan abang tu. Sangat jijik! Malahan, setiap bait kata abang pada isteri abang tu juga betul-betul menghina golongan wanita, golongan ibu. Nampak seperti ayat penuh bunga, padahal ditusukkan duri-duri bisa semata. Ika mengerti hati isteri abang yang remuk teruk sebab Ika pun seorang wanita!

Ika menangis bengkak mata lepas baca tinta abang tu. Sedih. Rasa diri sangat teruk. Rasa diri sangat berdosa. Selama ini, hanyut dengan abang dalam noda. Timbul dalam diri Ika, mahu belek Al-Quran. Tapi, saat Ika sentuh Al-Quran, Ika rasa seperti tak layak nak pegang kalamullah yang suci ni. Sebab, Ika rasa diri Ika kotor!

Ika belek buku agama pula. Cari berkenaan selingkuh dan zina. Ya Allah! Ika khilaf. Ika hanyut kerana cinta semu. Cinta palsu. Dosa bersekedudukan, berzina dengan suami orang lebih besar dari berzina dengan orang bujang. Andai hudud dilaksanakan di dalam negara saat ini, sudah pasti Ika sudah mati direjam, abang pun mati sama!

Ika baca tentang zina. Dalam kitab agama tulis, zina buat agama seseorang jadi lemah, bunuh rasa malu diri, hilangkan keceriaan wajah – jadi kusam kelam, hilang cahaya dari hati, mengakibatkan kemiskinan bagi pelakunya dan banyak lagi. Ya Allah. Itu di dunia. Di akhirat, dapat neraka!

Tapi, Ika betul-betul tersentuh dengan kasih sayang Allah. Dalam Al-Quran dan hadis-hadis yang Ika baca, Allah masih bukakan pintu taubat seluas-luasnya. Taubat nasuha saja caranya.

Belek lagi buku agama. Menitis air mata Ika baca firman Allah, Surah Al-Furqaan ayat 68-71:

“68. Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya),

69. (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina,

70. kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

71. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.”

Abang,

Walaupun abang dah buat keputusan tinggalkan Ika, Ika nak abang buat keputusan untuk taubat juga. Tinggalkan bukanlah solusi. Berubah sepenuhnya dan insaf serta tidak mengulangi lagi. Itu yang utama.

Yang lebih penting, abang tolonglah jangan lihat lagi pada kecantikan luaran wanita. Abang pun tidak lagi muda. Luaran abang juga makin pudar. Makin lama, makin tua. Di sebalik kulit luaran ni, cuma daging dan belulang yang hodoh di mata.

Hargai isteri yang sentiasa setia di sisi. Terfikir jua Ika, andai pada isteri abang pun sanggup dicurangi sedemikian rupa, mana tahu suatu hari bila Ika sudah tidak bergetah lagi, Ika pula dikhianati.

Abang sebenarnya masih tidak matang walaupun berpengalaman. Tak matang kerana walaupun telah lama bersama isteri, masih tidak berani meluahkan rasa dan keinginan yang sebenar. Isteri abang boleh jadi cantik seperti permaisuri jika abang yang jaga dia sepenuh hati. Isteri adalah acuan suami. Taat kemahuan suami. Abang nak dia jadi cantik macam model sekalipun, boleh. Masih tak dapat tolerate dengan isteri sendiri. Macam isteri tu batu yang tak boleh dibuat bicara or bawa berbincang! Tapi akhirnya, abang permaisurikan nafsu abang, bukan isteri tersayang!

Abang boleh buang Ika macam sampah, tapi tolong jangan ulang lagi kesilapan sama. Jangan cari Ika. Ika takkan kembali semula pada abang. Kalau kembali baik, bukan taubat nasuha namanya. Segala kata-kata abang sekarang dah tak bererti lagi pada Ika. Hanyut bersama duka lara.

Menyesal lah sekarang. Jangan menyesal kerana takut kehilangan isteri tercinta. Tapi, kerana takut pada azab Dia.

Akhir sekali, Ika terfikir.

Andai si buta boleh bercinta setulus hati tanpa melihat, kenapa abang yang ada mata tidak begitu?

Cinta tu rasa dalam hati. Allah yang beri. Supaya cinta itu kerana Ilahi.

Andai abang memahami.

Oh. Ika lupa. Abang memang takkan faham erti cinta. Erti setia.

Sebab abang cuma pencinta ketulan-ketulan daging di tubuh manusia.

Yang mencari jalan pulang,

— Zulaikha.

‘Saya Tak Suruh Orang Makan Nasi Lauk Kicap’– Ahmad Maslan

$
0
0

Datuk Ahmad Maslan mendakwa difitnah lagi apabila beliau dikatakan menyuruh orang ramai makan nasi berlaukan kicap bagi menjimatkan perbelanjaan.

Walaupun kecewa, beliau tetap mendoakan agar pihak yang memfitnahnya dibukakan hati dan menyesal atas perbuatan itu.

“Fitnah fitnah. Saya doakan agar orang yang mencipta fitnah ini dibukakan hatinya oleh Allah agar kesal dan tak ulangi lagi,” katanya menerusi laman sosial twitter miliknya.

Beliau turut memuat naik sekeping gambar di twtternya yang didakwa memfitnahnya;

“Jika nak berjimat cermat rakyat boleh makan nasi dengan kicap. Jangan nak salahkan kerajaan sebab GST dan penghapusan subsidi”

Ketua Penerangan UMNO itu sebelum ini menerima kecaman apabila menyarankan orang ramai agar melakukan dua kerja bagi mengatasi kos sara hidup.

Di sebalik kritikan, beliau tetap akan memberikan saranan kepada rakyat Malaysia menerusi media sosial bagi membantu rakyat berdepan dengan kehidupan yang mencabar.

Solat Hajat 10 Kali Sehari, Datuk Vida Kongsi Rahsia Kejayaan

$
0
0

“Saya amalkan solat hajat 10 kali sehari sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari agar perjalanan hidup saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

“Alhamdulillah sejak berniaga saya tidak pernah gagal untuk melaksanakan kewajipan ini meskipun kehidupan saya sudah senang dan perniagaan pula semakin maju,” kata pengasas produk kecantikan popular Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida ketika ditanya rahsia kejayaan menjadi usahawan berjaya.

Menurut Vida, 44, sejak kecil dia sudah diajar untuk mengamalkan bacaan zikir dan selawat dalam kehidupan seharian selain sentiasa berdoa memohon agar diampun dosa tanpa mengira waktu.

“Amalan ini saya buat dari kecil selain bangun malam untuk menunaikan solat sunat dan berdoa malah saya sentiasa berusaha untuk tidak mengabaikan kewajipan ini agar tidak lalai dan terleka.

“Saya sebenarnya bimbang jika perkongsian saya ini dianggap sebagai menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan riak tetapi saya memandang ia dari sudut positif dan berharap semua ini menjadi ikutan,” katanya.

Lapor Diri Lambat, Terpaksa Kongsi Pakaian Sekolah Dengan Abang

$
0
0

Dengan perkembangan teknologi media sosial, kisah dan cerita golongan tidak berkemampuan dapat disebar dengan mudah dan berkesan.

Terbaru, seorang guru bernama Shafawi Danish telah berkongsi mengenai kisah seorang pelajar yang baru mendaftar sesi persekolahan hari ini.

Berdasarkan cerita pelajar itu, dia terpaksa berkongsi pakaian dan beg sekolah bersama abangnya menyebabbkan salah seorang daripada mereka akan datang ke sekolah dan seorang akan ponteng.

Berikut adalah cerita beliau.

Allahuakbar.. Kisah ini bukanlah berlaku dikawasan perdalaman tetapi di bandar, adik ini baru melaporkan diri di sekolah hari ini untuk tingkatan satu.

Selepas diselidik kenapa dia lambat melaporkan diri ke sekolah rupanya dia adalah mengsa kes penceraiaan ibu bapa di mana ibunya tidak bekerja.

Dua hari lepas abang dia yang belajar di tingkatan 4 telah datang ke sekolah terlebih dahulu untuk mengetahui kelas.

Dan hari ini abangnya tidak datang ke sekolah kerana beg, baju dan seluar sekolahnya dipakai oleh si adik(berkongsi satu pakaian) di mana dia datang berseorangan untuk melaporkan diri, itupun dengan duit bantuan jirannya. menangis la pulak..

‘Jika Perlombongan Bauksit Dihentikan, Kami Semua Nak Makan Apa?’– Peneroka

$
0
0

Di sebalik kegembiraan penduduk daerah ini menerima keputusan kerajaan menangguhkan tiga bulan kegiatan perlombongan bauksit, peneroka Felda Bukit Goh dan Bukit Kuantan yang terlibat dengan aktiviti itu memberikan reaksi berbeza.

Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Masalah Bauksit Bukit Goh, Shahrudin Mohd berkata kerajaan sepatutnya memberikan tempoh yang lebih panjang untuk tuan punya tanah bauksit mengeluarkan hasil yang telah dikumpul.

Tempoh yang diberikan sehingga 15 Januari ini terlalu singkat untuk tuan tanah seperti mereka untuk mengeluarkan semua bauksit dari kawasan penyimpanan, dan ini belum lagi ditambah dengan tindakan penguatkuasaan yang menghalang kerja-kerja itu, katanya.

“Bayangkan terdapat seramai 248 peneroka Felda Bukit Goh dan Bukit Kuantan yang selama ini bergantung rezeki dengan hasil perlombongan ini.

“Dianggarkan kami memperoleh RM2,000 sebulan hasil pembayaran pengeluaran bauksit setiap bulan, jika diberhentikan sementara, kami semua nak makan apa dalam tempoh tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya banyak pihak yang salah faham dengan beranggapan peneroka yang terlibat telah memperoleh pendapatan yang lumayan hasil pajakan tanah mereka kepada pengusaha bauksit.

“Kami hanya mendapat bayaran deposit sahaja tahun lepas antara RM50,000 sehingga RM100,000 dan tidak ramai yang mendapat bayaran sehingga berjuta ringgit seperti anggapan sesetengah pihak sebelum ini.

“Sehubungan itu saya mewakili peneroka terlibat memohon kerajaan sekali lagi agar mempertimbangkan semula tempoh tersebut dan tidak melaksanakannya secara tergesa-gesa,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak berniat menghalang kerajaan untuk melaksanakan tempoh moratorium itu, namun mengharapkan satu penyelesaian terbaik dapat dicari dengan memberikan situasi menang-menang terhadap semua pihak yang terlibat termasuk pengusaha lombong dan penduduk Kuantan sendiri.

Berikutan itu Shahrudin turut mencadangkan agar perbincangan meja bulat diadakan antara semua pihak yang terlibat dalam kegiatan perlombongan bauksit dengan agensi kerajaan berkenaan agar penyelesaian dapat dicari.

Rakyat Pahang Mahu Teruskan Perlombongan Bauksit – Adnan Yaakob

$
0
0

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa terdapat rakyat negeri itu yang mahu industri perlombongan bauksit diteruskan.

Sehubungan itu, katanya, tiada pampasan dituntut oleh rakyat Pahang kepada kerajaan negeri seperti disarankan Persatuan Pengguna Pulau Pinang sebelum ini.

“Bauksit tiada di Pulau Pinang, tetapi di Pahang. Rakyat Kuantan tidak minta (pampasan), kita tahu apa yang kita buat.

“Hendak minta (pampasan) apa dia? Awak (wartawan) tahu, ada rakyat yang minta bauksit diteruskan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris menggesa Kerajaan Negeri Pahang memberi pampasan kepada nelayan yang terjejas sumber pendapatan akibat pencemaran bauksit.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai isu bauksit yang berlarutan sehingga menyebabkan kematian, Adnan berkata, beliau akan bertanggungjawab.

“Itu saya uruskan, tak apa, saya tahu apa perlu dibuat. Saya, Menteri Besar Pahang kena mencontohi Raja, rapat dengan rakyat.

“Kalau tak, tak menang pilihan raya,” katanya.

Beliau juga menasihatkan rakyat Pahang supaya menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk mencari penyelesaian masalah pencemaran akibat perlombongan bauksit.

“Jumpa saya, kalau ada masalah jumpa menteri besar. Saya tidak bergurau, saya mahu tahu (masalah).

“Nasihat saya kepada rakyat, kekal bertenang kerana kita sedang usahakan apa yang termampu. Saya terbuka dengan sebarang pendapat dan semuanya akan dipertimbangkan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai moratorium selama tiga bulan dikenakan terhadap aktiviti perlombongan bauksit, Adnan berkata, ia akan membolehkan syarikat perlombongan mendapat keuntungan lebih.

“Apabila bekalan kurang, harga akan naik. Ini satu rahmat kepada syarikat perlombongan dan kalau saya jadi mereka, saya akan ‘nikmati’ tempoh moratorium ini,” katanya.


Ibu Tunggal Nafi Berita Viral Anak Terpaksa Kongsi Pakaian Sekolah

$
0
0

Seorang ibu tunggal menafikan anak lelakinya lambat mendaftar di tingkatan satu di sebuah sekolah di Permatang Rawa di sini, kerana terpaksa berkongsi pakaian sekolah dengan abangnya seperti yang tersebar di laman sosial termasuk Facebook pada Rabu.

Fadzilah Hashim, 45, berkata walaupun mereka sekeluarga susah, beliau masih mampu menyediakan pakaian sekolah untuk tiga anaknya termasuk dua anak lelaki yang belajar di sekolah yang sama.

“Saya terkejut apabila didatangi pelbagai pihak termasuk Zakat Pulau Pinang (ZPP) selepas gambar anak saya menjadi viral hari ini…memang betul kami susah tetapi setiap bulan saya terima bantuan dari ZPP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mereka datang bertanya sama ada saya memang tidak mampu menyediakan pakaian dan tiada duit untuk anak-anak bersekolah dan saya menafikannya kerana telah menyiapkan kelengkapan sekolah mereka…cuma anak bongsu yang tingkatan satu itu lambat mendaftar kerana baru tahu dia bersekolah di situ,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Permatang Rawa pada Rabu.

Gambar mengenai seorang pelajar tingkatan satu yang baru mendaftar persekolahan semalam kerana dikatakan terpaksa meminjam pakaian abangnya yang menuntut di tingkatan empat sekolah yang sama, menjadi viral.

Remaja itu dikatakan dari keluarga susah selepas ibu bapanya bercerai dan ibunya tidak bekerja.

Fadzilah berkata beliau yang mengambil upah mengopek ikan bilis dengan pendapatan RM8.50 sehari, sedih dengan cerita yang menjadi viral itu dan berharap mereka yang memuat naik gambar itu dalam laman sosial dapat tampil memberi penjelasan sebenar.

“Setiap bulan saya terima bantuan sebanyak RM400 dari ZPP dan RM300 dari JKM, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya untuk menampung perbelanjaan tiga anak berusia 13 hingga 16 tahun,” katanya.

Beliau yang bercerai dengan suami sejak lima tahun lepas, tinggal di rumah yang dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat di Mukim 7 Permatang Rawa.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar ZPP Mohd Khairi Ghazali berkata pihaknya segera ke rumah keluarga berkenaan selepas mendapat maklumat menerusi laman sosial seperti yang diviralkan untuk melihat sendiri keadaan mereka.
“Kami juga terkejut kerana memang sebelum ini keluarga ibu tunggal itu menerima bantuan ZPP sejak 2012,” katanya.

Malaysia Nikmati Kelebihan Jika Sertai TPPA Lebih Awal – Mustapa Mohamed

$
0
0

Malaysia berkemungkinan tidak dapat menikmati kelebihan sebagai negara penggerak pertama jika mengamalkan sikap tunggu dan lihat dan menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada masa lebih lewat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, mengulangi Malaysia juga antara lainnya dapat melindungi perkara seperti hak Bumiputera, perniagaan kecil serta industri halal dalam rundingan perjanjian perdagangan itu.

“Jika Malaysia terus bersikap tunggu dan lihat, ia akan kehilangan kesemua kelebihan yang dibincang (pada peringkat awal) andai memutuskan untuk menyertai TPPA lebih lewat.

“Kita perlu merundingkan semula (perjanjian) jika mahu menyertainya kemudian dan mungkin tidak dapat memperolehi semua perkara berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai TPPA di Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini, pada Rabu.

Pada majlis yang dihadiri lebih 500 orang, termasuk pakar akademik dan penuntut, beliau memberi penjelasan mengenai TPPA dan menyangkal dakwaan bahawa kementerian ‘berahsia’ mengenai perjanjian itu.

Mengulas isu dibangkitkan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen bahawa analisis PricewaterhouseCoopers (PWC) menunjukkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan eksport negara hanya boleh berkembang sebanyak 0.22 peratus di bawah TPPA serta risiko penyusutan imbangan dagangan sebanyak 30 peratus, Mustapa berkata perdagangan Malaysia mengalami lebihan.

“Laporan PWC menunjukkan ada kelebihan dan cabarannya, namun secara keseluruhan, perjanjian itu lebih banyak memberikan manfaat berbanding cabaran.

“Kerajaan juga menyedari yang kita perlu meningkatkan eksport negara dan atas dasar itu, kita memperkenalkan inisiatif seperti penubuhan Majlis Eksport Negara serta beberapa langkah agar lebih agresif serta meneroka pasaran baharu.

“TPP sendiri adalah satu mekanisme yang dapat mempelbagaikan dagangan negara supaya tidak terlalu bergantung kepada Asia Timur seperti China,” katanya.

Mengenai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) — satu lagi cadangan perjanjian perdagangan bebas ASEAN dengan enam negara (Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand) yang turut menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan blok itu, Mustapa berkata, kerajaan sememangnya komited untuk melihat ia dapat dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.

“TPPA akan menggalakkan lagi supaya RCEP ini dapat dimuktamadkan. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada Februari dan (jika perlu) kita akan membawa ke peringkat menteri jika tidak banyak perkembangan dicapai,” katanya.

Rundingan TPPA melibatkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam, yang ketika ini menyumbang hampir 40 peratus kepada KDNK dunia dan satu pertiga daripada perdagangan global.

Keputusan mengenai penyertaan Malaysia dalam TPPA akan ditentukan menerusi persidangan Parlimen, iaitu di Dewan Rakyat pada 26 dan 27 Januari ini dan keesokannya di Dewan Negara.

(6 Gambar) Biodata Qistina Enara Haris Tutor Peribadi Cantik

$
0
0

Biodata Gadis Tutor Cantik Qistina Enara Haris. Nama Qistina Enara Haris viral di laman sosial kerana khidmat tutor peribadi yang beliau tawarkan. Sehingga kini Qistina Enara sudah mempunyai 50 pelanggan. Penuntut Kolej Antarabangsa Kirkby, Cyberjaya itu turut menawarkan harga murah untuk caj khidmat tutornya.

Biodata Tutor Peribadi Qistina Enara Haris

Nama: Qistina Enara Haris

Umur: 18 tahun

Pendidikan: Penuntut Kolej Antarabangsa Kirkby, Cyberjaya

Pekerjaan: Tutor peribadi, model dan pelakon

Gambar Qistina Enara Haris Tutor Cantik

Datuk Seri Vida Sedia Tajaan Cecah Lapan Angka Buat TRW

$
0
0

Pengasas Vida Beauty Sdn.Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, nampaknya benar-benar bersungguh-sungguh mahu menaja pasukan bola sepak Kelantan.

Ini terbukti apabila beliau mendedahkan kepada mStar Online bahawa beliau telah memperuntukkan nilai tajaan sehingga lapan angka untuk pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) itu.

Penajaan pula akan membabitkan kontrak selama dua tahun.

Ahli perniagaan yang berasal dari Machang, Kelantan itu memberitahu beliau tidak ada masalah untuk mengeluarkan jumlah yang besar dan tampak begitu teruja dan bersemangat untuk memastikan pasukan negeri kelahirannya itu mampu memberi saingan.

Dalam perkembangan berkaitan, Perbadanan Stadium Kelantan juga bersedia mempertimbangkan cadangan agar Stadium Sultan Muhammad ke IV, yang merupakan gelanggang rasmi TRW, diubah ke warna merah jambu sebagai salah satu syarat penajaan untuk TRW.

Datuk Seri Vida sebelum ini memberitahu beliau bersetuju mahu menaja TRW, namun mengenakan dua syarat utama iaitu stadium berkenaan ditukar ke warna merah jambu, selain nama TRW dijenamakan ke Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

SPRM Dedah Wujud Unsur Rasuah Dalam Isu Bauksit Di Pahang

$
0
0

Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati telah wujud unsur-unsur rasuah dilakukan oleh pihak tertentu yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran bauksit di Kuantan.

“Sejak kebelakangan ini, SPRM telah menerima banyak aduan berkaitan isu pencemaran alam sekitar akibat aktiviti perlombongan bauksit yang tidak terkawal di Pahang.

“SPRM memandang serius perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah serta salah guna kuasa tersebut di bawah Akta SPRM 2009,” menurut satu kenyataan.

Sebelum ini, Kerajaan Pahang diberi tempoh sehingga 15 Januari ini untuk menghentikan sepenuhnya aktiviti perlombongan bauksit di negeri itu.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) serta ribuan penduduk yang terjejas dengan aktiviti itu juga telah menyuarakan akan membina benteng manusia secara besar-besaran bagi menyekat laluan jentera dan lori mengangkut bauksit di semua pintu daerah di Kuantan.

Restoran Di Brooklyn Jual Donat Bersalut Emas RM440 Sebiji

$
0
0

Sebuah restoran di Brooklyn menjadi tumpuan media sosial setelah mengumumkan produk terbaharu mereka iaitu donat keladi bersalut emas, lapor BuzzFeed.

Manila Social Club, restoran bertema selera Filipina milik cef Björn DelaCruz itu dibuka kepada pelanggan pada April tahun lalu.

Donat istimewa ini turut ditabur dengan emping emas 24-karat yang boleh dimakan.

Idea untuk produk mewah ini timbul daripada salah satu menu istimewa restoran tersebut iaitu donat ube, donat ungu yang diperbuat dari keladi.

Remaja 16 Tahun Mengaku Salah Rogol Gadis Kontroversi

$
0
0

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan merogol gadis berusia 14 tahun yang mendakwa diculik baru-baru ini.

Mengikut pertuduhan, dia dituduh merogol remaja perempuan berkenaan di sebuah rumah di Pelabuhan Klang pada Disember 2014 kira-kira pukul 12 tengah hari ketika mangsa berusia 13 tahun enam bulan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali.

Majistret, Nor Asma Datuk Ahmad menetapkan 14 Januari ini sebagai jatuh hukum dan laporan akhlak.


Kastam Sasar Kutip RM39 Bilion GST Pada 2016

$
0
0

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasar RM39 bilion bagi kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk tahun 2016.

Menurut Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad, ia dapat dicapai melalui usaha jabatan untuk mendaftar kira-kira 100,000 syarikat pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan 500,000 syarikat berbanding 400,519 tahun lalu.

“Sepatutnya lebih banyak syarikat yang didaftarkan dalam sistem kita berbanding angka sekarang. Tidak adil kepada syarikat yang sudah berdaftar apabila ada yang belum berbuat demikian,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Kastam dijangka melancarkan ‘Ops Jejak GST 2016′ bermula 17 Januari hingga 22 Februari ini bagi menjejak dan mendaftar syarikat atau perniagaan yang layak tetapi masih tidak berbuat demikian.

“Maklumat kita mendapati ada syarikat yang mempunyai bekalan boleh dicukai lebih daripada RM500,000 tetapi masih tidak berdaftar untuk GST.

“Ada banyak sebab mengapa mereka masih tidak berdaftar, tetapi inilah tujuan operasi ini. Bukan untuk mencari kesalahan, tetapi untuk mendidik dan memberitahu bagaimana sistem ini berjalan,” katanya.

Katanya lagi, ‘Operasi Jejak’ ini akan dibahagikan mengikut zon tengah, timur, utara, selatan, Sabah dan Sarawak serta melibatkan 1,500 kakitangan pelbagai peringkat.

(Video) Wanita Tersilap Masuk Majlis Pengumuman Kahwin Shahiezy Sam

$
0
0

Majlis pengumuman perkahwinan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin semalam di sebuah hotel kecoh seketika apabila seorang wanita dikatakan tersilap masuk majlis.

Wanita itu yang menutup sebahagian mukanya dengan penuh yakin berjalan masuk ke dalam majlis itu manakala jurugambar pula sibuk merakam gambarnya kerana menyangka dia adalah Syatilla.

Wanita itu kemudian duduk di tempat yang disediakan untuk bakal pengantin perempuan menyebabkan Shaheizy Sam dan ibunya sedikit terkejut dan terpinga-pinga.

Dalam rakaman video itu, ibu Shaheizy Sam kelihatan berbisik sesuatu kepada wanita mungkin memaklumkan dia tersilap. Wanita terus bangun dan meminta maaf.

Kejadian itu disaksikan wartawan hiburan tempatan dan sempat dirakam oleh salah seorang tetamu yang hadir.

Shaheizy Sam dan Syatilla akan berkahwin pada 9 Februari ini dan dilaporkan perkahwinan mereka mendapat tajaan sebanyak RM25 juta.

Salah Tempat

"Alamak tersalah pulak"Wanita tersalah datang ke majlis press conference Shaheizy Sam

Posted by Dubsmash Malaysia on Tuesday, January 12, 2016

Gambar Jersi Baru Kelantan TRW Musim 2016

$
0
0

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pasukan The Red Warriors akan memakai jersi berwarna merah jambu atau pink dalam Liga Malaysia musim 2016. Ini kerana, warna merah jambu merupakan antara syarat utama syarikat penaja iaitu Qu Puteh untuk musim ini. Untuk musim 2016, pasukan TRW akan memakai jersi yang ditaja oleh Nike. Berikut beberapa contoh gambaran awal jersi baru Kelantan 2016.

‘Kau Like Gambar Wife Aku, Ada Apa-Apa Hubungan Ke Dengan Dia?’

$
0
0

Seorang lelaki menerima mesej dari suami kepada kenalannya di Facebook, yang mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit bersama isterinya itu.

Mangsa yang terkejut menafikan dakwaan yang tidak berasas itu.

Difahamkan, si suami telah memeriksa laman Facebook isterinya dan mendapati gambar wanita itu menerima ‘like’ daripada mangsa. Mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, lelaki berkenaan menghubungi mangsa bagi mendapatkan penjelasan.

“Kau ada apa-apa ke dengan isteri aku? Sebab aku tengok dah lama kau like gambar dia,” katanya.

“Lah, Like gambar pun jadi isu ke bang? Maaflah bang kalau tak boleh nak like gambar isteri abang ye. Tak apa. Saya unlike balik. Saya like tidak bermaksud saya ada apa-apa hubungan dengan isteri abang,” jelas mangsa.

Mangsa turut memaklumkan bahawa isteri lelaki itu sendiri yang telah ‘meminta’ untuk menjadi kawannya di Facebook sekitar November tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, mangsa hanya ‘like’ dua gambar wanita itu sahaja dan mengaku bahawa dia tidak pernah bersembang atau meninggalkan sebarang komen pada gambar wanita itu.

Akhirnya lelaki berkenaan berpuas hati dengan penjelasan mangsa dan memohon maaf. Bagaimanapun ia tidak cukup untuk meredakan rasa kesal mangsa dituduh mempunyai skandal dengan isteri orang.

“Bang, ini laman sosial. Apa yang isteri abang muat naik, satu dunia boleh tengok. Kalau tak nak satu dunia tengok, tak perlu post apa-apa lagi. Pesan pada isteri abang, tak perlu ada Facebook lagi, okay!?” katanya.

Isu Menyusu Anak: ‘Akhir Zaman Ni Orang Makin Hilang Rasa Malu’

$
0
0

Walaupun kisah ibu muda selfie menyusukan anak hampir seminggu jadi viral, ia seolah-olah tiada penghujungnya. Ada yang mempertahankan tindakan tersebut dan ada yang beri teguran demi kebaikan serta menjaga maruah kaum wanita yang bergelar ibu.

Kali ni mari kita baca dari sudut pandangan seorang suami dan bapa mengenai isu ni. Apa yang diperkatakan oleh lelaki ini pasti buat kaum wanita yang menyokong isu breastfeeding berfikir sejenak.. Wajar ke tidak?

Minggu depan, anak aku genap 5 bulan. Dia pun fully breastfeed. Tak tambah susu formula lagi. InsyaAllah hajatnya nak…

Posted by Iqbal Syarie on Sunday, January 10, 2016

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live