Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Jadilah Seperti Rashid: Kartun Nasihat Jadi Viral Di Laman Sosial

$
0
0

Beberapa hari ini, nama Rashid tiba-tiba menjadi sebutan pengguna laman sosial.

Semuanya gara-gara istilah dan hashtag #jadilahsepertirashid, dalam kartun-kartun nasihat yang kini memenuhi timeline baik di Facebook, Twitter mahupun Instagram.

Watak kartun Rashid diinspirasikan daripada kartun Bill, yang popular dengan frasa #belikebill.

Bill knows what's up. Be like Bill.

Posted by Be like Bill on Monday, January 11, 2016

‘Jadilah Seperti Rashid’ bagaimanapun lebih menerapkan tema setempat, bertujuan memberi nasihat dan menyampai mesej berhubung isu semasa dan kehidupan.

Rashid bijak. Jadilah seperti Rashid.

Posted by Wowberita (Official) on Tuesday, January 12, 2016

Sebuah akaun Facebook ‘Jadilah Seperti Rashid’ juga diwujudkan, dengan jumlah like menghampiri 100,000, walaupun baru semalam diwujudkan.


Isteri Fizo Omar, Mawar Mengandung?

$
0
0

Jika benar seperti apa yang diperkatakan oleh peminat Fizo Omar mengenai isterinya yang dikatakan hamil, pastinya ia satu perkara yang mengggembirakan bagi pasangan ini. Perkara tersebut mula menjadi tanda tanya apabila Fizo berkongsikan sesuatu melalui laman Instagramnya.

“Alhamdulillah syukur. Baru sahaja dapat berita gembira. Alhamdulillah syukur semakin murah rezki kami. Terima kasih diatas doa kalian semua. Semoga diberkati. Insyallah rezeki dari-Nya melalui kami untuk di kongsi bersama,” tulisnya di laman sosial tersebut.

Sebelum ini Fizo pernah menyatakan bahawa mereka telah pun berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan cahaya mata dan menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Tuhan.

Jika benar apa yang ingin dikongsikan oleh Fizo tersebut adalah mengenai berita kehamilan, kami ucapkan tahniah kepada perkara tersebut. Semoga semuanya baik-baik belaka dan sentiasa dipermudahkan segala urusan buat pasangan ini.

Semakan Bajet 2016 Tidak Jejas Beli Pesawat Baharu – Menteri

$
0
0

Malaysia tetap akan membeli pesawat baharu meskipun Bajet 2016 disemak semula, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, walaupun keadaan ekonomi tidak menentu, Malaysia berharap ia tidak menjejaskan rancangan dan agenda untuk membeli pesawat baharu demi keselamatan dan pertahanan negara.

“Kita akan kekal dengan perancangan kita cuma kita kena memikirkan kaedah yang di luar kotak. Cara bagaimana ia (pembelian) dapat dilaksanakan.

“Bermakna rancangan kita untuk lima tahun mesti dipanjangkan hingga 10 hingga 15 tahun. Rancangan Malaysia Ke-11 mesti merangkumi Rancangan Malaysia ke -12 dan 13,” katanya pada sidang medianya di Majlis Penerimaan Pesawat Kedua A400M di sini, hari ini.

Beliau mengulas adakah penstukturan semula Bajet 2016 akan menjejaskan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membeli pesawat dan jet baharu.

5 Pasangan Selebriti Malaysia Terima Tajaan Kahwin Jutaan Ringgit

$
0
0

Semalampemegang trofi Bintang Paling Popular tiga kali, Shaheizy Sam, mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan aktres Syatilla Melvin. Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah nilai tajaan yang diterima pasangan ini iaitu, RM25 juta.

Percaya atau tidak, trend memberi tajaan untuk majlis perkahwinan artis sebenarnya perkara biasa. Sebelum Sam dan Syatilla, ada beberapa nama besar dalam industri seni yang turut mendapat ‘rezeki terpijak’ apabila ramai yang sudi menaja hari bahagia mereka.

Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Dengan reputasi Che’ Ta sebagai ikon fesyen, tidak hairanlah mereka menerima penajaan berjumlah kira-kira RM13 juta.

Difahamkan, RM10 juta daripada tajaan itu adalah untuk aksesori yang dipakai pengantin dari sebuah syarikat barangan kemas terkemuka.

Siti Nurhaliza dan Datuk K

Siapa yang tidak mahu memahat nama dalam perkahwinan bersejarah ini? Beberapa sumber menganggarkan nilai tajaan ‘perkahwinan dekad ini’ itu mencecah hampir RM12 juta.

Kebanyakan tajaan adalah berbentuk barang kemas, aksesori dan pakaian.

Norman Hakim dan Memey Suhaiza

Syarikat Rafflesia memberikan tajaan RM12 juta untuk perkahwinan pasangan ini yang bertemakan New York in Black and White.

Gaun yang dikenakan Memey pada majlis berkenaan adalah rekaan Vera Wang dan diterbangkan khas dari Hong Kong.

Ezlynn dan Adam

Sekali lagi Rafflesia bermurah hati menaja perkahwinan pasangan selebriti, kali ini dengan jumlah yang sama dengan jumlah yang diterima Memey dan Norman.

Gaun kuning yang dipakai Ezlynn difahamkan bernilai RM400 ribu, manakala tajaan barang kemas adalah kira-kira RM4 juta.

Mawi dan Ekin

Ketika demam ‘tsuMawi’ melanda negara, perkahwinan bintang kelahiran Akademi Fantasia ini tidak ketinggalan mendapat perhatian.

Banyak pihak bermurah hati memberikan tajaan sebanyak RM5 juta, dengan RM2.5 juta adalah tajaan barangan kemas.

Bulan madu pasangan ini juga turut mendapat tajaan syarikat DCL.

(Video) Tak Pakai Seluar Dalam, ‘Anu’ Artis Jelita Nyaris Terlihat

$
0
0

Sebuah video klip dari sebuah kumpulan Laysha menjadi viral di internet akibat aksi terlampau dari salah seorang ahlinya.

Kumpulan baru ini dianggotai oleh 4 orang gadis comel dan salah seorang daripadanya dikenali sebagai Goeun.

Aksi Goeun menjadi sebutan peminat apabila beliau membuka luas kakinya dalam satu persembahan ketika hanya memakai seluar yang amat pendek dan sedikit longgar. Akibat perbuatannya itu, dikatakan kemaluannya hampir terlihat kerana tidak memakai seluar dalam.

Entahlah, malas nak ditenung lama-lama…nak tengok leh usha video kat bawah, bawah umur 18 tahun dilarang sama sekali!

Guru Wanita Diserang Bapa Murid, Dedah Layanan Buruk Pihak Sekolah

$
0
0

Seorang guru wanita membuat laporan polis semalam berikutan keselamatan dirinya serta beberapa lagi guru lain berasa terancam.

Salina Daud, 50, mendakwa dia telah diserang oleh seorang bapa kepada muridnya di SJKC Pai Chee pada jam 12.20 tengah hari.

Difahamkan, murid terbabit, Ng See How, telah memaki beliau pada 5 Januari yang lalu dalam bahasa mandarin tanpa sebarang sebab semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Bapa murid terbabit, Ng Lee Ze, bagaimanapun datang menyerang mangsa dengan membaling buku-buku dan alatan mengajar milik mangsa di bilik guru sambil disaksikan oleh beberapa orang guru sebelum bertindak menarik dan menenangkannya.

Mangsa membuat aduan mengenai perkara itu pada guru kelas tetapi sehingga jam satu tengah hari, tiada sesiapa pun yang datang berbincang dengannya mengenai kejadian itu.

Ekoran itu, mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu serta tidak berpuas hati pihak sekolah juga tidak melindunginya sebagai salah seorang guru sekolah tersebut.

Dalam laporan yang sama, mangsa juga mendedahkan Guru Besar, Cikgu Ang Swee Hoon juga pernah menghalaunya dan dua lagi guru yang lain iaitu Cikgu Syuhadah dan Cikgu Zuraida bahawa masyarakat Cina Pai Chee tidak mahu guru-guru Melayu (iaitu kami) mengajar di SJKC Pai Chee pada 19 November 2015.

“Guru Besar juga telah menemui PPD dan meminta agar kami dikeluarkan dari SJKC Pai Chee atas sebab guru-guru Melayu tidak pandai mengajar dan tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah,” katanya.

Mangsa menegaskan bahawa laporan itu dibuat kerana merasakan dirinya dan dua orang guru Melayu berasa tidak lagi selamat berada di sekolah berkenaan.

Dalam surat rasmi yang dihantar kepada Pegawai Pelajaran Daerah Mersing pula mendedahkan lebih terperinci.

Selain dari dipaksa keluar dari sekolah itu, guru-guru yang terlibat juga pernah dimarahi dan dimalukan di hadapan murid tahun enam ketika berada di dalam dewan.

“Maruah kami terjatuh apabila Guru Besar memalukan dan memarahi kami di depan murid-murid tahun 6 yang kami tidak membuat kerja yang diamanahkan.

“Salah seorang daripada kami juga tidak dibenarkan mendapatkan rawatan di hospital atas alasan ‘Belum mahu mati lagi’ sedangkan ada guru-guru yang lain mendapatkan khidmat rawatan setiap minggu.

“Cuti sakit dan cuti rehat khas bagi guru-guru dan kakitangan Melayu juga dipertikaikan. Ada sesetengah guru-guru Cina menghebahkan kepada murid-murid bahawa guru-guru Melayu menyusahkan pihak sekolah,” dedahnya antara 17 perkara yang dibangkitkan dalam surat rasmi tersebut.

Krolonogi Serangan Pengganas Di Sarinah Indonesia 14.1.2015

$
0
0

Sekurang-kurangnya tujuh maut dalam siri kejadian enam letupan di sekitar kawasan Sarinah, Jalan MH Thamrin, Jakarta hari ini.

Berikut adalah kronologi kejadian seperti yang dilaporkan oleh saksi kejadian, media dan pihak berkuasa tempatan:

4:45 petang: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menawarkan bantuan kepada Indonesia dalam apa jua cara susulan beberapa serangan bom yang menggegarkan Jakarta hari ini.

Dalam tweet terkini beliau, perdana menteri nyatakan rasa terkejut dan amat sedih dengan serangan itu.

4.00 petang: Pasukan polis memaklumkan serangan di Jakarta telah berjaya dipatahkan, dan tiada lagi penyerang yang bebas.

Setakat i ini, lima penyerang dan dua orang awam maut dalam serangan bom dan kejadian tembak menembak yang berlaku.

“Lima pengganas maut,” kata Menteri Keselamatan Indonesia Luhut Panjaitan kepada wakil media hari ini.

3.40 petang: Sepasukan 100 anggota polis dari briged khas ditempatkan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta bagi mengetatkan kawalan keselamatan susulan serangan di Jakarta Pusat.

Antara News memetik jurucakap lapangan terbang, Yudis Tiawan, yang memberitahu walaupun prosedur pemeriksaan dan kawalan di lapangan terbang tersebut sudah ketat, namun kini ia dipertingkat demi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku.

Prosedur pemeriksaan termasuklah kandungan bagasi penumpang dan juga pemeriksaan rawak terhaap kenderaan yang memasuki kawasan lapangan terbang.

3 petang: Menurut CNN Indonesia, empat individu yang disyaki militan maut ditembak polis Indonesia.

2.50 petang: Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Metro Jaya Kombespol, M Iqbal, menyatakan kesemua suspek yang terlibat dalam serangan bom telah dilumpuhkan dan tiada yang terlepas.

“Semua pelaku telah dilumpuhkan. Kesemuanya terdapat tujuh orang yang terkorban termasuk empat militan,” katanya.

2.45 petang: Pihak polis memindahkan beberapa mayat akibat ledakan dan tembakan di kawasan Sarinah, Jalan MH Thamrin menggunakan empat ambulans.

Amaran turut dikeluarkan kepada petugas media yang dilihat cuba mendekati kawasan tersebut bagi membuat liputan.

Jalan MH Thamrin masih ditutup dan pasukan keselamatan meningkatkan kawalan di kawasan Sarinah, kafe Starbucks.

2.30 petang: Masih ramai orang awam yang masih berada dalam Gedung Sarinah dan mereka bimbang untuk keluar. Mereka memberitahu, semua yang berada dalam bangunan sedang ketakutan kerana mendengar bunyi letupan dan tembakan di luar.

2.15 petang: Pihak berkuasa Indonesia masih menunggu maklumat daripada pihak intelijen berkenaan serangan tersebut. Wakil Ketua MPR, Mahyuddin memberitahu, sebelum berlaku kejadian tersebut, telah tersebar khabar angin mengenainya dan ia dikaitkan dengan serangan yang terjadi di Istanbul, Turki baru-baru ini.

2.05 petang: Aplikasi tempahan pengangkutan awam dalam talian Grabtaxi Indonesia menyediakan pengangkutan percuma gratis untuk orang awam di sekitar Jakarta

2 petang: Perkhidmatan pengangkutan awam Transjakarta dihentikan bagi kawasan Koridor 1 laluan Blok M-Kota, Jakarta. Pegawai Perhubungan Awam Transjakarta Prasetya Budi berkata, pemberhentian operasi itu adalah untuk menghindari kejadian yang tidak diingini.

Sementara itu, kereta perisai dan pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) memasuki kawasan tempat berlaku serangan pengeboman.

1:50 petang: Pihak media mula mendekati kawasan operasi. Arahan perintah berkurung diteruskan.

1.30 petang: Dari Wisma Antara yang terletak di kawasan Sarinah, terdengar letupan ketujuh masih dari sekitar Sarinah. Pasukan polis masih mengepung Djakarta Theatre.

1.20 petang: Presiden Joko Widodo yang berada di Majalengka, Jawa Barat, meminta rakyat Indonesia tidak gentar dengan insiden keganasan tersebut.

“Negara, bangsa, dan, rakyat, kita tidak boleh takut, tidak boleh kalah oleh aksi keganasan seperti ini. Saya berharap masyarakat tetap tenang,” kata Jokowi kepada Kompas TV.

1.07 petang: Jalan MH Thamrin dan persekitaran Hotel Indonesia ditutup dari kedua-dua arah.

1.05 petang: Sepasukan anggota Tentera Nasional Indonesia telah datang bergabung tenaga bersama anggota polis untuk mengawal keselamatan di sekitar Gedung Sarinah, Jalan MH Thamrin.

1 petang: Ketua Bahagian Perhubungan Masyarakat Polis Republik Indonesia (Polri) Inspektor Jeneral Anton Charliyan meminta masyarakat untuk menghindari sekitar lokasi kejadian.

Pihak polis pada peringkat awal mengkategorikan insiden itu sebagai serangan pengebom berani mati.

12.10 tengah hari: Empat polis masuk dari Gedung Bangkok Bank ke lokasi kejadian. Tembakan mula reda.

12 tengah hari: Letupan keempat terjadi, diikuti dengan ledakan kelima dan keenam tidak lama kemudian.

Reuters melaporkan, orang ramai telah mendengar enam kali ledakan bom di kawasan tersebut.

Seorang saksi memberitahu TV One, dia melihat seorang anggota polis ditembak mati di hadapannya.

Salah satu letupan berlaku di Starbucks yang memusnahkan kaca jendela kafe itu, dan diikuti dengan adegan sepasukan polis menyerbu bangunan itu.

Seorang saksi lain berkata, dia melihat terdapat tiga mayat bergelimpangan di atas jalan, dan seorang anggota polis sedang mengacukan senjata kepada seorang suspek yang berada di atas bumbung bangunan tersebut.

11.50 pagi: Letupan kedua berlaku manakala ketiga berlaku enam minit kemudian.

11 pagi (10 pagi waktu Indonesia): Menurut laporan media tempatan, letupan pertama berlaku pukul 10 pagi waktu tempatan.

Sementara itu, warga Jakarta mula membanjiri media sosial dengan perkongsian situasi kejadian berserta reaksi mereka terhadap insiden berkenaan

(19 Gambar) Dua Pelajar Maut Dirempuh Lori Hantu Depan Sekolah

$
0
0

Dua pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di Bandar Damai Perdana, Kajang maut selepas sebuah lori hantu terbabas sebelum melanggar beberapa kenderaan dan 15 motosikal diparkir di hadapan sekolah berkenaan, tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 1 tengah hari, dua wanita yang kebetulan berada di situ turut dilaporkan cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata dua pelajar perempuan itu tersepit di bawah sebuah van NISSAN Vanette yang remuk selepas dirempuh lori hantu berkenaan yang dilaporkan menghadapi masalah brek.

“Bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan pada pihak polis sebelum dibawa ke hospital,” katanya, tadi.


Lori Hantu Rempuh Pelajar: Pemandu Warga Asing Ditahan

$
0
0

Susulan tragedi lori hantu yang terbabas di hadapan SMK Bandar Damai Perdana petang tadi, seorang pemandu warga asing ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian itu, dua pelajar sekolah berusia 13 tahun maut manakala dua lagi pemandu wanita cedera.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, kejadian tersebut dipercayai berpunca dari masalah brek lori dimana ketika itu lori terbabit dipandu menuruni kawasan bukit ketika kejadian.

Katanya lagi, apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu tersebut gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar dua kereta, sebuah van dan 15 motosikal sebelum melanggar pokok di hadapn sekolah.

“Kejadian berlaku ketika pelajar daripada sekolah terbabit pulang daripada waktu persekolahan. Terdapat dua orang mangsa tersepit di di bawah van terbabit.,” katanya.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Wong Siow Xuen dan Lau Zi Xin, kedua-dua berusia 13 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah.

Seorang saksi kejadian yang juga seorang penjual air di hadapan sekolah tersebut, Shahairi Abu Bakar, 40, berkata, dua pelajar terbabit sedang membeli makanan di gerai berhampiran dan mereka ditemui di bawah van selepas kejadian.

Saksi tersebut berkata, pemandu warga asing itu cuba melarikan diri namun ditahan pelajar sekolah sebelum diserahkan kepada pihak polis.

(6 Gambar) Wajah Suspek Pengebom Jakarta Berjaya Dirakam

$
0
0

Detik dramatik serangan pengganas di kawasan Sarinah Mall hari ini berjaya dirakam jurugambar Tempo.com, Aditia Novansyah, yang berada di lokasi kejadian.

Kompas.com melaporkan, ada 11 gambar berturutan diterbitkan Tempo dan melaluinya dapat dilihat suspek melakukan aksi tanpa disedari orang ramai.

Pada gambar pertama, seorang lelaki berpakaian hitam, bertopi dan membawa beg sandang di Jalan MH Thamrin yang menuju Bulatan Hotel Indonesia.

Suspek terbabit dilihat bersama seseorang yang berpakaian biru dan jaket hitam.

Kedua-dua suspek itu berdiri bersahaja di belakang kerumuman orang awam yang melihat tiga mayat terkapar sejurus selepas bom meletup.

Pada gambar lain, suspek dilihat mengacukan pistol ke arah dua polis trafik yang ada berhampiran orang ramai.

Pada dua gambar terakhir, anggota polis terbabit dilihat memegang perutnya sambil membelakangi suspek.

Adakah pengebom dan penembak ini merupakan pengikut pengganas IS? Buat masa ini perkara tersebut masih belum dapat dipastikankan.

Pelakon Alan Rickman Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

$
0
0

Pelakon veteran Britain, Alan Rickman, yang terkenal sebagai Profesor Snape dalam Harry Potter meninggal dunia hari ini, ketika berusia 69 tahun selepas lama menderita akibat barah.

Rickman yang pernah memenangi anugerah Golden Globe dan BAFTA sepanjang kerjayanya sebagai pelakon filem, televisyen dan teater, sering memegang watak jahat.

“Pelakon dan pengarah Alan Rickman meninggal dunia akibat barah ketika berusia 69 tahun dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan,” kata kenyataan oleh keluarganya hari ini.

Rickman yang bermula sebagai pelakon teater mula terkenal selepas muncul sebagai Hans Gruber, pengganas Jerman, dalam ‘Die Hard’ pada 1988 yang dibintangi Bruce Willis. Dia juga memegang watak sebagai Sheriff of Nottingham dalam ‘Robin Hood: Prince of Thieves’ pada 1991 bersama Kevin Cosner.

Serangan Jakarta: Orang Ramai Panik, Tayar Meletup Disangka Bom

$
0
0

Orang ramai di sekitar Jalan Thamrin, tempat kejadian serangan bom oleh pengganas di bandar raya ini, terus trauma apabila mereka berlari bertempiaran apabila terdengar satu lagi letupan pada kira-kira pukul 9 malam tadi.

Letupan berdekatan bangunan Badan Pengkajian dan Penerapan Teknolgi (BPPT), di sini itu boleh didengar sehingga 500m itu menyebabkan ramai yang menjadi panik sehingga ada yang menangis ketakutan.

Bagaimanapun polis mengesahkan letupan itu adalah bunyi tayar sebuah trak pecah di jalan itu.

Ketua Polis Jakarta Pusat, Hendro Pandowo memberitahu pemberita di sini orang ramai mungkin masih trauma dengan kejadian pagi tadi dan sensitif dengan sebarang bunyi letupan.

Polis juga telah melakukan pemeriksaan dan memastikan tidak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Kita sudah pastikan tidak ada letupan bom tetapi hanya letupan tayar lori sahaja. Keadaan terkawal dan jalan sudah dibuka seperti biasa,” katanya.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati orang ramai masih lagi berhimpun berdekatan bangunan tersebut untuk mengikuti perkembangan walaupun keadaan sudah terkawal.

Pada kejadian pukul 10.50 pagi semalam, tujuh orang termasuk lima suspek penjenayah dan dua orang awam terbunuh selepas berlaku insiden letupan bom dan tembak menembak di hadapan Gedung Cakrawala di Jalan Thamrin di sini.

Permohonan Diploma Jururawat USM Sesi 2016/2017 Online

$
0
0

Permohonan kemasukan ke Diploma Jururawat USM sesi akademik 2016/2017 secara online. Menerusi kenyataan rasmi Bahagian Kemasukan Universiti Sains Malaysia, permohonan program Diploma Jururawat secara online akan dibuka mulai 25 Februari 2016 sehingga 4 April 2016. Berikut adalah cara permohonan secara online bagi program Diploma Jururawat USM sesi akademik 2016/2017.

Permohonan Diploma Jururawat USM Sesi Akademik 2016/2017

Permohonan boleh dibuat secara online menerusi https://pohon.usm.my mulai 25 Februari 2016

Tarikh Tutup Permohonan Diploma Jururawat USM 2016/2017

4 April 2015

Serpihan Tengkorak Dipercayai Milik Jururawat Hilang Ditemui

$
0
0

Penemuan serpihan tengkorak dipercayai milik manusia di Sungai Dua, Pasir Pandak, pagi tadi, memberi harapan kepada anggota penyelamat merungkai misteri kehilangan jururawat Hospital Umum Sarawak (HUS), sejak 11 Disember lalu.

Jururawat berkenaan, Nurul Wazieyana Mohd Yusuf, 23, dilaporkan hilang ketika berjalan di gigi air di Pantai Pasir Panjang, di sini.

Difahamkan, petunjuk baharu itu ditemui jam 10.45 pagi tadi berhampiran lokasi penemuan mayat remaja lelaki, Raziman Razali, 15, yang dilaporkan dibaham buaya, Selasa lalu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata lokasi penemuan serpihan tengkorak itu ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi remaja lelaki berkenaan diserang buaya.

Justeru, katanya, pasukan penyelamat yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarawak Forestry Corporation, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan sukarelawan memutuskan agar misi pencarian ditumpukan di kawasan berkenaan.

“Kita berharap lebih banyak petunjuk baharu dapat diperoleh dalam operasi hari ini,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu terpaksa dilakukan berhati-hati kerana anggota penyelamat turut terdedah kepada risiko keselamatan kerana kawasan terbabit turut dikenal pasti sebagai lubuk buaya.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memutuskan misi pencarian jururawat itu, yang berasal dari Tangkak, Johor, disambung semula susulan penemuan mayat remaja lelaki terbabit kelmarin.

Malah, pasukan penyelamat juga tidak menolak andaian jururawat berkenaan turut menjadi mangsa serangan reptilia ganas itu berdasarkan penemuan beberapa bukti berkaitan sebelum ini, termasuk pakaiannya yang mempunyai koyakan dipercayai kesan gigitan.

Ops SAR Nurul Wazieya sebelum ini dihentikan pada 25 Disember lalu selepas dilaksanakan dua minggu berikutan tiada bahan bukti baharu ditemui bagi membantu misi pencarian.

(3 Gambar) Mayat Lelaki Ditemui Tergantung Di Pondok

$
0
0

Mayat seorang lelaki ditemui tergantung di sebuah pondok di Kampung Pulau Serai, Dungun semalam.

Menurut sumber yang merupakan rakan sekampung mangsa, lelaki yang dikenali sebagai Piju itu dipercayai mengalami masalah kemurungan sejak beberapa bulan yang lalu.

Mangsa dikatakan suka bersendirian dan sering dilihat berjalan-jalan di sekitar kampung sebelum ditemui tergantung kira-kira jam 11.00 malam semalam.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.


‘Jangan Marah Saya Harga Barang Tak Turun’– Ahmad Maslan

$
0
0

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata orang ramai tidak sepatutnya marah kepadanya apabila harga barang tidak turun selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, ini kerana peniaga yang tidak beretika yang tidak menurunkan harga.

“Selepas GST, barang seperti buah-buahan yang dahulunya dikenakan cukai 5 peratus tidak lagi dicukai. Barang seperti perabot dan barangan eletrik yang dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan 10 peratus turun kepada 6 peratus.

“Inilah contohnya apabila saya kata GST boleh turunkan harga barang,” katanya menjawab soalan hadirin ketika sesi taklimat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), di sini, petang tadi.

Seorang hadirin membangkitkan kebimbangan tentang soal penguatkuasaan selepas TPPA dilaksanakan dan memberikan contoh kegagalan penguatkuasaan yang menyebabkan harga barang kekal tinggi selepas GST.

Justeru, beliau berkata lagi, orang ramai sepatutnya menghalakan kemarahan mereka kepada peniaga yang tidak beretika yang menyebabkan harga barang kekal tinggi.

“Saya kata GST boleh turunkan harga barang. Saya tidak kata harga barang mesti turun.

“Jadi jangan marah Ahmad Maslan tapi peniaga yang tak turunkan harga barang. Ahmad Maslan yang kena ‘bantai’ walau cakap benda betul,” katanya lagi.

Isu Pelajar Berlajar: ‘Makan Megi Sambil Layan Facebook Guna Iphone 6’

$
0
0

Pelajar universiti terpaksa berlapar dan makan maggi sambil melayan Facebook menggunakan iPhone 6. Update Instagram di kafe hipster dengan baju dari butik mewah bersama pasangan yang menagih janji untuk menonton filem Dilwale di tempat duduk khas, mewah, privasi supaya bila saat filem dimainkan, mereka boleh meraba-raba dan mencium pipi.

Hujung bulan, bila duit tak cukup nak beli walaupun sebungkus maggi, sekali lagi kau ambil gambar makan maggi kongsi dan menghentam sekalian hartawan yang menaja pasukan bolasepak negeri dengan alasan kau lebih perlu tetapi mereka tidak peduli.

Lantas muncul agamawan, menteri dan beberapa netizen yang peduli berbalah hebat juga di Facebook. Kemudian mengkaji dan meneliti fenomena ini. Lalu sesetengah daripada mereka sedia mengeluarkan dana khas untuk menyediakan bantuan paling tidak sebungkus nasi untuk perut kosong kau isi. Tetapi nasi tak hipster, mana kau peduli. Kalau boleh nak yang warna warni ada lampu raya berkelip-kelip menghiasi pinggan nasi.

Di suatu sudut yang lain pula, wujud sekelompok jawatankuasa fakulti yang menganjurkan program pelajar yang berlambak di universiti dan mereka menawarkan makanan percuma. Tetapi malangnya terpaksa menagih simpati dengan dialog:

“Awak tolonglah join program kami, ada kupon kolej dan makanan free,”.

Hairan bagi sekian makhluk yang suka cakap tak cukup makan di Facebook ini lebih megah berlalu pergi dan melambai saja sedangkan kalau kau join program bukan setakat maggi, air kotak, buah epal, malah ada ketika nasi Arab sepcial mereka bagi.

Aku tidak mempertikaikan bahawa ada pelajar yang susah. Tetapi biasanya yang betul tak cukup makan ini dia diam dan cuba mencari jalan untuk menguruskan diri. Malah, di setiap program pelajar, dialah yang munculkan diri dan melambai penuh gaya.

“Hai! I join program you lagi!”

Yang sibuk melalak dengan status penuh hadis dan sekian banyak akta untuk mempertahankan diri ini, eh semalam bukan baru lepas upload makan KFC di Seksyen 7 sebelah Pizza Hut dengan caption ‘Sekali sekala lepak sini cuci mata lagi’?

Wahai insan lapar, semoga kau ingat ada lagi orang lain yang walau sekali pun dia susah nak jejak kaki makan KFC tetapi dia sedar diri lalu bersosialisasi dengan sekian ramai manusia di universiti kerana dia tahu sebenarnya banyak lagi saluran di peringkat universiti sendiri untuk memastikan engkau tidak mati kebuluran dan kurus melidi.

InshaAllah dengan penjelasan yang baik dan murni serta kesediaan diri untuk menyertai aktiviti, kau boleh hidup berdikari tanpa perlu mengeluarkan caci maki kerana kau patut mengerti kita punya menteri sudah pun kelaut (bukan nak jadi nelayan) tetapi sebab pening dengan ketuanya sendiri.

“Jom jadi bijak, jadilah seperti Rashid. Haha!”

Jaga diri, belajar rajin-rajin. InshaALlah kelak kita berjaya dan dihargai..

Nota: Bukan semua mahasiswa sama seperti yang diceritakan dalam post ini. Hanya sebilangan kecil sahaja. Barangkali cuma 3/10 (mungkin).

Segala isu dan peristiwa yang diselitkan adalah sekadar analogi semata-mata. Maka, yang baik ambillah simpan, yang buruk jadikan sempadan agar kita tidak berbuat perkara yang sama kelak. Jangan lekas melatah, moga Allah redha dan ampunkan dosa kita semua. – Mohammad Asyraf Khalib

(Video) Identiti Sebenar Admin Facebook ‘Jadilah Seperti Rashid’ Terbongkar

$
0
0

Siapa sangka, belum lagi sampai sebulan, karakter Rashid mendapat sambutan hangat netizen Malaysia.

Lebih membanggakan, karakter Rashid hari ini berjaya menembusi media mainstream apabila tampil di Buletin Utama TV3.

Pages ‘Jadilah Seperti Rashid’ dikawal selia oleh empat anak muda iaitu Sham, Yusof, Ahmad dan Muhsin. Mereka berempat bertindak sebagai Admin kepada pages tersebut.

Rashid adalah satu karakter kartun yang menampilkan sindirin berupa nasihat. Selalunya, Rashid akan melakonkan watak seorang yang jujur dan baik.

Isu Video Ciplak: Nike Bakal Saman JDT?

$
0
0

Pasukan bola sepak JDT berkemungkinan besar bakal berhadapan saman oleh jenama sukan utama dunia Nike berikutan penerbitan sebuah klip video promo JDT yang menyerupai klip video mereka pada 1998.

Klip video promo JDT Pelancaran jersi JDT yang diterbitkan beberapa hari lalu menampilkan para pemain, Jurulatih (Mario Gomez) dan pemilik kelab JDT, YAM Tunku Ismail (TMJ) mengambil sebahagian besar idea dan lakon layar klip video promo jenama Nike berjudul “Bored at Airport” yang dilakonkan oleh pasukan Brazil pada 1998.

Konflik mungkin menjadi lebih serius kerana pembabitan logo Adidas dalam klip video terbabit. Adidas merupakan musuh utama Nike dalam perniagaan pakaian sukan.

Sekiranya pihak Nike Asia melaporkan kepada Ibu Pejabat mereka, kita mungkin menyaksikan satu pertarungan Mahkamah yang maha besar di negara ini dalam beberapa bulan mendatang.

Farah Asyikin Tak Malu Jual Pakaian Dalam

$
0
0

Jika kebanyakan artis atau selebriti menceburi bidang penjualan hijab namun bagi Farah Asyikin pula lain apabila dia menjual pakaian dalam dan juga baju tidur seksi.

“Lumrah bagi masyarakat tempatan, terutama wanita betudung yang agak keberatan untuk mendapatkan pakaian dalam di butik tertentu. Mereka mungkin segan dengan pandangan skeptikal segelintir pihak, sedangkan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu.

“Bertitik tolak daripada itu, saya mula terfikir untuk menjalankan perniagaan ini. Mungkin ada yang kurang selesa, tetapi niat saya ikhlas ingin memudahkan wanita bertudung mendapatkan pakain dalam yang menjadi kegemaran mereka.

“Sebagai wanita bertudung, saya akui pernah berdepan situasi yang sama. Jangankan membeli, untuk memulakan perniagaan ini juga saya serba salah,” ujarnya yang menjalankan perniagaan tersebut secara online di bawah jenama Zawjahs Garden.

Sementara itu, Farah juga turut merancang untuk turut memperkenalkan koleksi hijabnya tidak lama lagi.

Mengenai kisah penceraiannya, Farah berkata kes cerai tersebut dijangka selesai pada 20 Januari ini.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live