Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Zizan Enggan Ulas Gosip Akrab Dengan Janda Eizlan Yusof

$
0
0

Pelakon dan pelawak Zizan Razak enggan memberi sebarang komen berhubung gosip terbaharu yang mengaitkan dirinya dengan bekas isteri aktor Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Santie Harun.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, berkata, tiada sebarang keperluan dia mengulas perkara itu.

“Tiada apa yang saya perlu komen, minta maaf,” katanya ringkas menerusi Whatsapp.

Terdahulu laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan menyebut Zizan beberapa kali dilihat keluar bersama dengan wanita berkenaan dan mereka dikatakan mempunyai hubungan istimewa.

Ditanya tentang sejauh mana kebenaran gosip berkenaan, Zizan tetap dengan pendiriannya enggan mengulas mengenai perkara itu.


‘Syura Paksa Saya Ceraikan Dia’– Bekas Suami

$
0
0

Jika sebelum ini, penyanyi Syura pernah mengatakan bahawa dia diceraikan talak dua, baru-baru ini suaminya Mohd Fadhly menjelaskan, Syura sendiri yang mahu dia diceraikan selain mahu menerangkan salah faham yang berlaku di antara mereka.

“Saya masih sayangkan Syura. Selepas mahkamah mengesahkan lafaz rujuk, dia tidak pernah berhasrat untuk kembali taat kepada saya sebaliknya beberapa kali meminta saya lepaskannya”

“Saya akhirnya bersetuju kerana saya sayangkan dia dan sedar tiada guna saya memaksanya untuk meneruskan perkahwinan kami kerana dia sudah tawar hati,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Fadhly, dia tidak pernah mengabaikan isterinya itu sebaliknya namun Syura mula berubah sikap selepas menjuarai program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua.

Fadhly memberitahu mereka bercerai buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 19 Ogos tahun lalu dan bercerai kali pertama pada 29 September 2014 sebelum mengambil keputusan kembali rujuk pada 10 November tahun sama.

‘Daripada 10 Mesej Minta Seks, 9 Adalah Remaja Melayu’– Rafizi Ramli

$
0
0

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pada mulanya memandang ringan berhubung risalah yang diedarkan yang memuatkan nombor telefonnya dalam iklan seks.

Tetapi dalam nada serius, kejadian itu juga membuatnya tertanya-tanya mengenai faktor-faktor sosio-ekonomi berkaitan dengan masyarakat Melayu.

“Saya tidak melawak. Daripada 10 mesej meminta seks, sembilan adalah panggilan daripada remaja Melayu. Perlu renungan,” tulisnya dalam tweet pagi ini.

Rafizi berkata beliau mendapati trend itu kurang menyenangkan.

“Terdapat ada yang tidak betul. Pada satu ekstrem, kita mempunyai banyak retorik tentang Islam, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya….

“Walaupun secara kuantitatif, sembilan daripada sepuluh mesej dan panggilan yang saya terima tidak mencukupi untuk membuktikan apa-apa, tetapi secara kualitatif, kita perlu berfikir.

“Mereka adalah remaja dan mereka cukup berani untuk menelefon dan menghantar mesej. Pada hakikatnya, penekanan terhadap nilai-nilai Islam adalah tidak seperti yang dijangkakan,” katanya.

Rafizi berkata, persaingan politik adalah mengenai jenama Islam dan ini bertentangan dengan meraikan kepelbagaian pada individu-individu dengan nilai-nilai Islam yang adalah lebih penting.

“Apa yang membimbangkan saya berdasarkan pengalaman dari sembilan daripada 10 remaja itu adalah mereka yang kurang berpendidikan dan golongan Melayu yang miskin.

“Keadaan sosio-ekonomi ini semakin teruk. Kemiskinan dan kesusahan menolak mereka lebih jauh daripada nilai-nilai Islam,” katanya.

Dalam salah satu tweet, pemimpin PKR itu memuat naik paparan skrin perbualannya dengan seorang pemuda yang mahukan seks di mana beliau memberitahu, “Saya seorang ahli Parlimen, saya tidak menyediakan perkhidmatan seks.”

Risalah itu, menurut satu pengguna twitter diedarkan di Subang Jaya.

Ia mengandungi beberapa nombor telefon dicetak dengan imej beberapa wanita dengan kapsyen ‘Adakah anda kesunyian?’

Nombor Rafizi muncul di bawah gambar seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Rara’, yang secara kebetulan adalah nama panggilan untuk ahli DAP yang popular Young Shefura Othman.

Ditanya siapa yang boleh bertanggungjawab, pemimpin PKR itu enggan menuding jari.

“Saya tidak tahu. Jika saya katakan bahawa ini adalah angkara Umno, saya akan disaman. Kita tidak boleh membuktikannya,” katanya.

“Tiada siapa yang berfikiran wajar akan melakukannya kecuali mereka dibayar,” katanya sambil menambah ia melibatkan kedua-dua percetakan dan kos edaran.

‘Beras Dah Habis, Hari Ini Kita Puasa Ye Anakku’

$
0
0

Sesunggah mana pun kita, ada insan lain yang lebih susah. Kisah ibu muda yang ditinggalkan suami tanpa sebarang khabar berita sejak April 2015, benar-benar menyayat hati.

Hampir setahun dia digantung tak bertali. Terkontang-kanting sendiri bersama anak-anak yang masih kecil. Suami dikatakan telah pulang ke kampung di Sarawak dan terus tidak kembali lagi.

Ketika suaminya menghilangkan diri, dia sedang hamilkan anak yang bongsu. Keluarga mertua juga langsung tidak dapat dihubungi lagi. Dia sendiri tidak tahu sama ada suaminya masih hidup atau sudah tiada lagi.

Anak-anaknya berusia 10 tahun, 8 tahun, 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun dan 5 bulan. Anak sulungnya penghidap Dylexia. Anak yang kecil seringkali tidak sihat.

Ketika ditinggalkan suami, beliau menyewa rumah flat tiga bilik. Bantuan zakat yang diterima sebanyak RM600 sebulan, terpaksa digunakan untuk membayar sewa rumah.

Demi mencari sesuap nasi, ibu muda ini membuat karipap frozen bergantung pada pesanan yang dijual dengan harga 40 sen sebiji. Dia hanya sebatang kara membesarkan anak-anaknya. Dengan keadaan rumah yang daif dan kesihatan anak yang tidak menentu, adakalanya beliau tidak dapat berniaga sehingga tiada langsung makanan untuk anak-anak di rumah.

Luluh hati melihat wajah-wajah comel ini yang masih tidak mengerti erti susah kehidupan. Pada mereka, bila ibu beritahu hari ini kita kena puasa sebab Allah suka orang berpuasa, anak-anak ini menurut tanpa bantahan. Hanya air mata menjadi peneman ibu muda ini tatkala beras terakhir sudahpun dijadikan bubur semalam.

Ibu muda yang cekal ini tidak pernah sekali pun meminta-minta dan mengharapkan belas ihsan simpati orang. Semua diterima sebagai ujian Allah ke atas dirinya. Dia masih percaya bahawa ada orang yang lebih susah dari dirinya.

Selama ini dia hanya mengadu kepada Tuhan agar dia kuat dan sihat dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya. Allah hadirkan kekuatan dalam diri seorang ibu biarpun hidup susah tetap anak-anak di dalam jagaannya.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, silakan. Wang, makanan atau pakaian amat dihargai.

Nama: Rozalinawati binti Rosli
Akaun: 1627-6802-0237 (Maybank)
Alamat: Kota Damansara

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Mizan As-Syatirie (FacebooK)

Pelajar Putus Kaki: ‘Saya Hiba Ketika Kutip Cebisan Daging Atas Jalan’– Saksi

$
0
0

“Walaupun itu bukan anak saya, tapi perasaan saya hiba setiap kali saya kutip cebisan daging yang berselerakan atas jalan raya,” luah seorang penduduk yang mengambil masa kira-kira lima minit mengumpulkan cebisan daging kaki seorang mangsa kemalangan di Sungai Panjang, petang tadi.

Jamalulail Md Alias, 52, berkata, dia dimaklumkan tentang kejadian itu salah seorang anaknya menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira jam 3.15 petang.

“Anak hantar WhatsApp ada kemalangan dekat rumah. Tanpa berlengah saya terus ke tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Dia yang menetap di Parit 16 Sungai Panjang berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat pihak perubatan sedang melakukan bantuan kecemasan terhadap mangsa sambil dia terus mengutip daging bertaburan menggunakan kertas surat khabar.

“Saya masukkan daging yang dikutip ke dalam plastik. Masa tu saya tak fikir apa, melainkan dalam hati berdoa supaya dia (mangsa) selamat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Dalam kejadian itu, Siti Nuraisyah putus kedua-dua kakinya selepas digilis sebuah lori, manakala kakak tirinya, S Shamim Amira Roslan, 14, mengalami kecederaan terseliuh kaki kanan dan kiri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kedua-dua mangsa itu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Parit 16 Sungai Panjang.

“Sebelum kejadian, sebuah Perodua Kancil dipercayai memintas motosikal mangsa dari arah sama sebelum kedua-dua mangsa tergesel lalu terjatuh.

“Pelajar tingkatan satu terbabit jatuh ke tengah jalan sebelum sebuah lori dari arah bertentangan sampai di tempat kejadian lalu menggilis kaki mangsa , manakala kakaknya tercampak di kiri jalan,” katanya.

Katanya, Siti Nuraisah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta pemandu Perodua Kancil dan lori serta saksi kejadian tampil menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 0332242613 bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan kes kemalangan itu dikendalikan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

‘Saya Terhutang Segala-Galanya Dengan Tun Razak’– Mahathir

$
0
0

Mengenang 40 tahun pemergian Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi cerita bagaimana beliau menyifatkan pemergian Bapa Pembangunan itu sebagai sesuatu yang sangat peribadi.

Menurut bekas Perdana Menteri keempat itu, beliau pernah dicap sebagai anak emas Allahyarham hingga menimbulkan kemarahan penyokong setia Umno.

“Amat sedih beliau diambil daripada kita amat cepat. Saya sudah tentunya bersedih kerana saya berhutang segala-galanya dengan beliau. Saya dipecat daripada Umno dan orang yang dipecat sebelum saya tidak pernah kembali kepada parti. Karier politik mereka rosak.

“Tetapi beliau bukan sahaja membenarkan saya kembali kepada Umno malah melantik saya sebagai menteri penuh,” ceritanya dalam artikel berjudul ‘Tun Razak’, di blog Chedet.cc, hari ini.

Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal dunia pada Januari 1976 pada usia 54 tahun akibat leukemia di London.

Menyentuh soal penyakit dideritai Allahyarham itu, Tun Mahathir akui diberitahu tentang penyakit itu oleh Allahyarham sendiri sebelum beliau bertolak ke London, namun tidak dinyatakan tarikh.

“Sebagai doktor saya menyedari masalah kesihatannya. Beliau minta saya bercakap dengan doktornya, Dr Macpherson. Saya lakukan dan dapat tahu beliau tidak akan dapat bertahan untuk tempoh yang lama.

“Saya masih terkejut dengan berita kematiannya. Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat. Beliau mungkin dapat membuat perbezaan sebenar terhadap masa depan negara yang diperjuangkan selama ini,” katanya.

Selepas kematian Allahyarham Tun Abdul Razak, Mahathir beranggapan perjalanan politiknya telah berakhir kerana beliau tidak pernah rapat dengan pengganti Allahyarham, Tun Hussien Onn.

“Tapi nyata tidak kerana Razak telah menyampaikan kata-kata yang baik untuk saya dengan Tun Hussien,” katanya.

(Gambar & Video) Will Smith ‘Lepak’ Di Mid Valley, KL Jadi Viral

$
0
0

Pelakon terkenal Hollywood, Will Smith mengejutkan pengunjung pusat beli-belah Mid Valley, KL semalam apabila berjalan berdekatan restoran di situ.

Gambar pelakon Man In Black itu bersalaman dengan peminat telah menjadi viral hari ini.

Tidak diketahui tujuan kunjungan Will ke negara ini tetapi kelihatan bersama beliau di Mid Valley adalah Ketua Pegawai Eksekutif Iflix Malaysia, Azran Osman Rani.

Berdasarkan gambar dan video yang telah menjadi viral hari ini, Will kelihatan mesra melayan peminatnya yang terkejut apabila terserempak dengannya.

Here's a video of #WillSmith shaking the hands of lucky fans who managed to catch him at Mid Valley Megamall earlier today!Find out all about it here: http://tinyurl.com/Will-in-KLThanks to our reader Fauzan Ar for sending us this!

Posted by Cinema Online on Sunday, January 17, 2016

Bila Harga Minyak Jatuh Ke Bawah USD30 Setong, Ini Kesan Kepada Malaysia

$
0
0

Belenggu harga minyak mentah dunia berterusan apabila harga komoditi itu pertama kali jatuh ke paras USD29 setong Jumaat lalu.

Kemasukan Iran ke dalam pasaran global menyaksikan susutan komoditi itu ke paras terendah dalam tempoh 13 tahun.

Harga minyak mentah Brent kemudian susut ke USD28 dolar setong pada Sabtu susulan pemansuhan sekatan ekonomi ke atas Iran oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Iran yang mempunyai simpanan gas asli terbesar dunia dan simpanan minyak mentah keempat terbesar dunia, dijangka akan menambah kira-kira 100 ribu tong minyak sehari dalam masa sebulan serta 400 ribu tong dalam 6 bulan akan datang.

Kesan Kejatuhan Harga Minyak Kepada Malaysia

Bagi Malaysia, kerajaan melapor akan kehilangan sehingga RM300 juta pendapatan bagi setiap USD1 kejatuhan harga minyak di peringkat global.

Bagaimanapun pakar yang dihubungi Astro AWANI, Datuk Dr John Antony Xavier yakin kerajaan masih mampu menepati janji untuk tidak memotong perbelanjaan pembangunan walaupun berdepan susutan harga yang berterusan ini.

“Kehilangan dana ini perlu diimbangkan semula sama ada dengan mengurangkan bajet pembangunan atau bajet operasi.

Kerajaan akan memotong beberapa geran yang akan diberikan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), jadi beberapa projek infrastruktur mungkin diketepikan terlebih dahulu buat masa sekarang,” kata beliau.

Sementara itu mengulas mengenai beberapa perkembangan ekonomi semasa seperti pengesahan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), beliau berkata inisiatif ini lebih menjurus kepada perangsangan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

Menurut John, apa yang akan lebih mempengaruhi harga minyak global adalah faktor seperti pemulihan ekonomi China.

“TPPA, AEC, ini semua langkah-langkah yang akan membantu merangsang ekonomi pesertanya bagi jangka masa panjang.

Tetapi China tidak termasuk dalam TPPA, dan ekonomi China dalam kesuraman kini. Jadi selagi ekonomi kedua terbesar dunia tidak memulih, maka kita tidak akan dapat melihat apa-apa kenaikan dalam harga minyak,” kata beliau.

John juga meramal lantunan semula harga minyak kepada paras USD60 setong hanya akan berlaku seawal-awalnya pada tahun 2017.

Beliau berkata bagi 2016, ia berkemungkinan melantun semula sehingga paras USD40 setong, tetapi mungkin juga susut serendah USD20 setong.

Menurut beliau, kerajaan kini wajar meletakkan paras harga minyak rujukan baru sekitar USD30 sehingga USD32 setong dalam pengubahsuaian bajet pada 28 Januari ini.

Ini berbanding kadar purata USD48 setong pada pembentangan 2015.

Setakat 4.35 petang Isnin, harga Brent berada pada paras USD28.59 manakala harga West Texas Intermediate (WTI) diletakkan pada USD29.06 setong.


Pelajar Putus Kaki: ‘Mak, Boleh Ke Kaki Saya Tumbuh Balik?’– Mangsa

$
0
0

Semalam, sekeping foto seorang pelajar terduduk sambil memegang kakinya yang cedera parah mula tersebar di laman sosial.

Pelajar tersebut menjadi mangsa kes langgar lari selepas digilis oleh sebuah lori tanah dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelak selepas pelajar tersebut dikatakan jatuh atas jalanraya kerana dihimpit sebuah kereta jenis Produa Kancil.

Roslan Bin Sardi, 40, memaklumkan bahawa Nuraisyah adalah anak tirinya yang telah dibela sejak kecil lagi. Menurut Roslan, pagi ini anak tirinya itu bertanyakan kepada isterinya satu soalan yang agak susah untuk dijawab.

“Mak, boleh ke kaki saya tumbuh balik?,” soalan yang membuatkan isterinya, Maimunah Binti Md Razalli tidak mampu berkata apa-apa.

Sudah menganggap bahawa Nuraisyah bagaikan anak sendiri, Roslan mengakui bahawa dia juga amat terkesan dengan peristiwa menimpa mangsa.

“Saya sungguh kagum dan pada sama malu dengan Nuraisyah , dia memang kuat kerana ketika kejadian dimana dia tidak menagis sedikit pun walaupun kehilangan kaki dan cedera teruk, sebaliknya senyap dan termenung, kalau saya di tempat dia sudah pasti saya meraung,” katanya.

Bagaimanpun, Roslan menganggap kejadian yang menimpa anak tirinya itu sebagai takdir.

“Nak salahkan driver pun benda dah jadi, apa yang terjadi adalah ketentuanNya untuk kejadian ini terjadi, kalau diikutkan kereta Kancil berkenaan memotong anak saya dan pemandu kereta Kancil itu brek mengejut membuatkan anak saya jatuh dan lori datang dari depan tidak sempat mengelak dan melanggar anak saya.”

“Pihak polis semalam telah menghubungi saya dan mengesahkan pemandu lori dan membuat laporan di Balai Sabak Bernam dan pemandu kereta Kancil tersebut sudah menyerah diri di mana pemandunya adalah seorang wanita, dia melarikan diri(meneruskan perjalanan) kerana dikatakan terkejut dan terkedu,” katanya.

‘Subsidi’ Juga Dikira Pendapatan Isi Rumah – Menteri

$
0
0

Bantuan kerajaan berbentuk subsidi khususnya kepada golongan miskin merupakan pendapatan secara tidak langsung kepada pendapatan isi rumah.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, walaupun garis kemiskinan semasa agak rendah, namun pemberian subsidi dapat menyeimbangkan kos sara hidup semasa.

“Banyak subsidi yang diterima itu bukan dalam bentuk tunai atau pendapatan bulanan, (namun) ia adalah pendapatan secara tidak langsung kepada isi rumah.

“Walaupun garis kemiskinan itu rendah dan pendapatan itu RM600-RM700 (sebulan) tetapi pergi ke hospital percuma, pergi sekolah percuma,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kenderaan dan Peralatan Kebombaan di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa garis kemiskinan sedia ada khususnya di bandar sudah ketinggalan daripada kos sara hidup semasa.

Nurul Izzah berkata, garis kemiskinan pada kadar RM4,000 setiap isi rumah yang diperjuangkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyumbang kepada 67 peratus undi popular di Kuala Lumpur pada PRU13 lalu.

Dalam pada itu, Abdul Rahman juga berkata kerajaan sentiasa komited untuk menyemak garis kemiskinan sedia ada agar mengikut keperluan semasa.

“Kita boleh menerima pandangan mana-mana pihak tentang garis kemiskinan itu.

“Tapi nak mengatakan garis kemiskinan ini tidak relevan 100 peratus pun tak betul,” katanya lagi.

‘Kami Tidak Mahu Mati’, Reaksi Biadap Pramugari Jadi Viral

$
0
0

Viral di media sosial ialah rakaman video seorang pramugari yang membuat pengumuman penangguhan kepada penumpang dengan cara yang amat tidak disenangi.

Berdasarkan video tersebut, pramugari penerbangan Ryanair itu dilihat biadap ketika menjelaskan kepada penumpang bahawa penerbangan yang dijadualkan ke Dublin itu perlu ditangguhkan.

Pramugari berkenaan memberitahu pesawat itu tidak dapat beroperasi akibat lapisan salji tebal pada permukaan sayap pesawat tersebut.

“Ada lapisan ais pada sayap pesawat, kami tidak mahu mati!” katanya.

Penerbangan FR5773 itu yang sepatutnya bertolak ke Dublin dari Lapangan Terbang Glasgow semalam merupakan antara penerbangan di United Kingdom yang ditangguhkan berikutan salji teruk yang melanda sebahagian besar negara tersebut.

Menurut beberapa media antarabangsa, rakaman itu telah dikongsi di laman Facebook oleh salah seorang penumpang penerbangan terbabit.

“Membangkitkan lagi kemarahan penumpang yang sudah cemas,” tulis penumpang tersebut di akaun Facebooknya.

Bagaimanapun, video tersebut kemudian dipadamkan daripada Facebook.

Syarikat penerbangan Ryanair dalam satu kenyataan berkata mereka akan menyoal siasat pramugari terlibat serta memohon maaf atas komen sensitif yang dibuat oleh pekerjanya itu.

Respon Eizlan Yusof Isu Hubungan Zizan & Vie Santie Harun Mengejutkan!

$
0
0

Beberapa hari lalu, kecoh seketika apabila dikatakan hubungan Zizan Razak dan juga bekas isteri Eizalan Yusof iaitu Vie Santie Harun mulai rapat.

Eizlan dalam pada itu menjelaskan perkara itu langsung tidak menjejaskan hubungan baiknya antara dia dan bekas isterinya.

“Kami sudah bercerai dan dia mempunyai hak untuk menentukan apa sahaja. Fokus utama saya dan dia kini adalah anak-anak, dan hubungan kami akan kekal baik untuk anak-anak. Selebihnya saya tidak boleh komen lanjut, katanya.”

Sebelum ini, Eizlan pernah menyatakan hasrat untuk merujuk semula namun perkara berkenaan memerlukan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Eizlan dan Vie berkahwin pada 7 Julai 2007 kemudian bercerai pada Februari 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara itu, Zizan sendiri sebelum ini turut menjelaskan bahawa kontroversi yang melanda mereka adalah mengarut selain lebih suka berdiam diri.

Senarai Rasmi Peserta Maharaja Lawak Mega 2016 Astro

$
0
0

Senarai biodata rasmi peserta Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Astro. Gelanggang MLM 2016 kini kembali menemui penonton pada setiap Jumaat, jam 9.30 malam mulai 29 Januari 2016 di saluran Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134). Seperti biasa, Dato AC Mizal selaku pengacara rasmi akan mewarnai dan menghangatkan suasana gelanggang Maharaja Lawak Mega 2016. Berikut adalah senarai 15 Peserta Maharaja Lawak Mega Musim Baharu 2016.

1. Awok (Filzah, Ain dan Ayie)

2. Bocey (Abam, Fad dan Achey)

3. Bora (Mamat, Yan dan Isa)

4. Bos (Ezad Lazim, Ajo dan Abu)

5. Cham (Along dan Azrul)

6. Chilok (Chiwan, Achok dan Kamal)

7. Enjen (Raja Azri, Acong dan Yus)

8. Jaros (Rahim, Syuk dan Joey)

9. Kavin (Kavin Jay)

10. LOL (Tauke Jambu, Angah dan Ajak)

11. Puteh (Mamak dan Ali)

12. Reza (Rayza Mukmin)

13. Say Who (Eko, Bocil, Vicha)

14. Shake (Amir, Bell Ngasri & Mie)

15. Xola (One, Chot dan Wan Jala)

Pelajar Putus Kaki: ‘Pedih Hati Saya Melihat Semua Ini’– Ibu

$
0
0

“Dia begitu berani. Tetapi sebagai seorang ibu, sukar untuk saya menjadi seorang yang tabah. Pedih hati saya melihat anak perempuan saya perlu melalui semua ini.”

Ini adalah kata-kata Maimunah Md Razali, ibu kepada Siti Nuraisyah Shahrin, pelajar berusia 13 tahun yang kehilangan kakinya selepas dilanggar sebuah lori, Isnin.

“Tidak ada ibu yang mahu anaknya menderita seperti ini. Hati saya hancur,” kata ibu berusia 48 tahun itu ketika ditemui di hospital di mana anak perempuannya sedang dirawat.

BACA: ‘Mak, Boleh Ke Kaki Saya Tumbuh Balik?’ – Nuraisyah

Katanya, apa yang boleh dilakukan sekarang adalah berdoa agar Nuraisyah cepat sembuh dan dapat berjalan semula.

Pada Isnin, Nuraisyah sedang menaiki motosikal bersama kakak tirinya Shamim Amira Roslan, 14, untuk pulang ke rumah dari SMK Bagan Terap di Sabak Bernam dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang.

Sebuah Perodua Kancil dipercayai telah memotong mereka menyebabkan Honda EX5 yang dinaiki mereka terbabas.

Siti Nuraisyah tercampak ke tengah jalan dan ketika itu sebuah lori yang datang dari arah yang bertentangan telah melanggar kakinya.

Buku lali Shamim telah terseliuh kesan kejadian itu.

Menurut bapa tirinya Roslan Sardi, 40, keluarganya baharu sahaja berpindah ke kampung mereka di Sabak Bernam dari Pelabuhan Klang pada pertengahan bulan Disember kerana keperluan keluarga dan kerja.

“Saya memindahkan semua anak-anak saya ke sekolah rendah dan menengah di Sabak Bernam, dengan harapan untuk mendapat kehidupan yang lebih tenang di kampung.

BACA: ‘Saya Hiba Ketika Kutip Cebisan Daging Atas Jalan’ – Saksi

“Sekarang, saya menyesal dengan keputusan itu. Anak perempuan saya mungkin tak jadi seperti ini jika kami tinggal di tempat lama,” kata Roslan, sedih.

Tinjauan di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah menunjukkan bahawa terdapat saudara-mara dan rakan-rakan telah datang melawat Siti Nuraisyah.

Siti Nuraisyah yang sebelum ini menjalani pembedahan kenal dengan pelawat yang melawatnya dan berbual dengan sebahagian daripada mereka.

“Luka saya menyakitkan,” kata gadis itu lembut ketika ditemui, sambil menambah dia mahu berjalan semula dan berharap dapat pulih tidak lama lagi.

Roslan berkata kaki anaknya yang terputus itu telah hancur dan tidak boleh disambung.

Kaki kirinya telah dipotong di bawah pergelangan kaki, manakala kaki kanannya telah dipotong di bawah lutut.

“Kami semua bersedia untuk menyokongnya sepanjang proses pemulihan dan saya mahu mendapatkannya sebuah kerusi roda dan kaki palsu untuk membantunya berjalan kaki dalam masa terdekat.

“Saya berharap dia dapat ke sekolah tidak lama lagi,” katanya, sambil menambah dia juga berterima kasih kepada pengunjung yang memberikan sokongan kepada mereka.

Sementara itu, jurucakap polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam mengesahkan bahawa laporan telah dibuat oleh pemandu lori dan pemandu Perodua Kancil pada Selasa dan kenyataan mereka telah diambil.

Semua kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi membantu siasatan.

Respon Presiden KAFA Isu Jersi Pink Pasukan TRW

$
0
0

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menegaskan tidak ada isu berkaitan warna utama jersi yang akan digunakan oleh skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) bagi saingan Liga Malaysia musim ini.

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata Kafa telah mendapat keizinan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendaftarkan jersi tuan rumah bagi pasukan itu pada musim ini adalah warna merah dan merah jambu manakala warna jersi di tempat lawan ialah putih dan merah jambu.

“Tidak ada isu berkaitan warna jersi pertama, kedua dan ketiga, ramai orang tidak faham berkaitan peraturan ini. Contohnya kita daftarkan warna merah dan merah jambu sebagai jersi tuan rumah supaya pasukan yang bertandang sudah tahu jersi tuan rumah warna apa,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan bolasepak persahabatan antara Kelantan dan Yala FC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam tadi.

BACA: Kelantan kekal jersi merah, penyokong TRW gembira Datuk Seri Vida bertimbang rasa

Annuar menjelaskan terdapat beberapa perkara yang tidak boleh diubah sewenang-wenangnya dalam peraturan bolasepak supaya tidak berlaku kekeliruan misalnya logo dan nama tetap pasukan adalah Kelantan.

Beliau mengulas laporan akhbar berhubung Penasihat Kehormat Kafa dan penaja utama pasukan tersebut, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau dikenali Dr Vida yang mahu memastikan warna merah jambu dan putih menjadi warna jersi utama pasukan itu.

Isu itu timbul selepas Kafa mengumumkan warna jersi utama pasukan berkenaan ialah warna merah dan warna tempat lawan ialah putih.

Mengenai pemintaan Dr Vida yang juga Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, supaya beliau dilantik sebagai pengurus eksekutif skuad PQPTRW musim ini, Annuar berkata pihak Kafa akan menjelaskan kepada Dr Vida berkaitan peraturan pengurusan dalam bola sepak sama ada peraturan Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), FAM dan sebagainya.

“Sekiranya mahu menjadi pengurus perlu mempunyai kelayakan dan kriteria tertentu, mahu menjadi pengurus tidak boleh datang semasa perlawanan sahaja dan perlu datang pada masa latihan juga.

“Perkara sebegini kita perlu terangkan, saya percaya Dr Vida faham tidak menjadi masalah, kadang-kadang orang awam tidak perasan kita mempunyai banyak peraturan dalam bolasepak, oleh itu kita sentiasa berunding dan apabila tiba masanya kita umumkan,” katanya.

Annuar juga berkata kerja membaik pulih Stadium Sultan Muhammad IV akan dilakukan mulai hari ini dengan tumpuan kepada kerja pembersihan dan mengecat dengan warna merah jambu di bahagian dalam stadium sebelum kerja di luar stadium dilakukan.

Beliau berkata kerja itu perlu disiapkan sebelum 13 Mac ini iaitu sebelum Liga Malaysia bermula.


Tak Tahan Seks Ganas, Wanita Kerat Zakar Suami

$
0
0

Seorang wanita tempatan yang tidak tahan kerap diperlakukan dengan kasar ketika hubungan seks bertindak nekad memotong kemaluan suaminya, seorang warga Pakistan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu pada jam 1.30 pagi, wanita berusia 51 tahun itu yang mengahwini suaminya yang berusia 44 tahun, Mei tahun lalu, melakukan perbuatan itu ketika mangsa sedang tidur.

Wanita itu dengan perlahan-lahan menanggalkan seluar suaminya, lalu memotong kemaluan menggunakan sebilah mata pisau cukur menyebabkan lelaki itu meraung kesakitan.

Suaminya yang bekerja sebagai peniaga melarikan diri dari rumah dan pergi ke Balai Polis Batu Kikir, kira-kira jam 1.55 pagi.

Anggota polis yang terkejut dengan kedatangan mangsa dalam keadaan berlumuran darah segera menghantarnya ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan. Bahagian kemaluan yang dipotong di tempat kejadian juga diambil dan dibawa ke hospital.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, mangsa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk menyambungkan semula kemaluannya dan setakat ini, keadaannya dilaporkan stabil.

Beliau berkata, polis juga menahan isteri mangsa dan menemui pisau cukur yang digunakan dalam kejadian itu manakala kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata bahaya.

Adam AF & Fiza Elite Sah Bercerai Kali Kedua

$
0
0

Tiada angin, tiada ribut… tup tup Fiza Halim, akhirnya membuka rahsia bahawa dia sebenarnya sudah bercerai dengan suaminya, Adam AF.

Dengan penceraian itu, ia merupakan kali kedua mereka bercerai selepas bernikah pada September 2013. Mereka sebelum ini bercerai kali pertama pada 28 April 2014 sebelum rujuk semula pada tahun yang sama.

Bercerita mengenai penceraian kedua itu, kata Fiza, Adam telah melafazkan cerai pada 21 September lalu dan pengesahan lafaz cerai itu telah dilakukan di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada 28 Disember.

“Saya menganggap kami sudah tiada jodoh dan kami telah berpisah dengan cara baik. Saya juga minta dia lepaskan saya tanpa ada rasa dendam di hati. Sekarang ini kami bawa haluan sendiri,” ujar Fiza dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Fiza juga menjelaskan bahawa dia sudah solat istikharah dan berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka, namun keputusan lebih kepada berpisah.

“Walaupun sekitar Ogos tahun lepas kami masih sebumbung tapi berlainan bilik. Semakin berusaha, semakin jauh juga perasaan itu,” tambahnya yang tidak dikurniakan cahaya mata dengan Adam.

Bagaimanapun, melalui perkahwinan bersama suami pertamanya, Fiza mempunyai dua orang anak.

Fasha Sandha & Jejai Sah Bercerai Talak Satu

$
0
0

Pelakon Fasha Sandha, atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 39, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

BH Online melaporkan pelakon yang berusia 32 tahun itu tiba di mahkamah pada jam 2.15 petang, sambil ditemani peguam serta beberapa rakan.

Fasha dan Rizal berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1.

Jejai pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dianugerahkan anak lelaki, Putra Rayqal, 7.

Pengesahan lafaz cerai itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab, ketika prosiding tertutup dalam kamar.

Jejai enggan memberikan sebarang komen ketika dihampiri media.

Bagaimanapun, dia yang hadir bersama adik iparnya dilihat menangis teresak-esak sebaik meninggalkan mahkamah.

(13 Gambar) Pelamin Cantik Ini Cuma Berharga RM200 Sahaja

$
0
0

Memilih pelamin terbaik untuk majlis perkahwinan bukanlah satu tugas yang mudah. Pelbagai faktor perlu diambil kira antaranya tema, warna, bajet dan lain-lain.

Hasil kreativiti daripada beberapa orang anak muda ini wajar diberi pujian kerana dengan hanya menggunakan tisu dan bajet keseluruhan sekitar RM200, pelamin DIY ini siap dibina. Simple & cantik!

Pelamin jimat menggunakan tisu ini telah dihasilkan oleh team Vv – The Art Thinker khas buat rakannya yang baru mendirikan rumah tangga. Siapa sangka dengan bajet sekitar RM200 termasuk sewa kerusi, pelamin yang begitu cantik ini dapat dihasilkan.

Selain pelamin, ia juga boleh dijadikan hiasan dinding bilik pengantin, backdrop untuk photobooth, dinding ruang tamu dan sebagainya mengikut idea seni masing-masing.

Untuk pelamin ini, mereka menggunakan tisu bewarna putih dan hijau. Jumlah untuk beli tisu hanya rm24 untuk 36 bungkus tisu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala alatan dan cara-cara buat pelamin tisu DIY ini, korang boleh klik pautan ini. Siapa kata nak kahwin perlukan pelamin yang mahal?

Umno Kedah Desak Najib Pecat Mukhriz Dari Jawatan Menteri Besar

$
0
0

Satu perjumpaan seluruh kepimpinan Umno negeri Kedah berlansung sebentar tadi bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Star, bagi mendesak Menteri Besar Kedah, DS Muhkriz Mahathir meletakkan jawatan beliau.

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan kepada media bahawa, Umno Kedah kini sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz yang didakwa gagal dalam menyatupadukan UMNO negeri.

Mukhriz juga didakwa langsung tak membuat sebarang perancangan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 dan gagal menggerakkan jentera parti di negeri tersebut.

Yang paling utama menurut Ahmad Bashah, Mukhriz gagal dalam mengurus tadbir negeri Kedah secara berkesan selepas beliau dilantik ke jawatan Menteri Besar.

Dengan itu, seluruh kepimpinan Umno Kedah mahu Perdana Menteri segera melakukan perubahan pentadbiran di negeri Kedah bagi mengelakkan perpecahan berlaku dengan lebih serius.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live