Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Mukhriz Beri Respons Dakwaan Umno Kedah Malam Ini

$
0
0

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dijangka akan mengeluarkan kenyataan malam ini berhubung dakwaan gagal menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kedah dan menguruskan parti, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar.

Petang tadi, satu sidang media oleh hampir seluruh kepimpinan Umno Kedah diadakan bagi menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

BACA: Hilang Kepercayaan, Umno Kedah Desak Najib Pecat Mukhriz

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah mengumumkan demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan hampir kesemua Adun dan ahli Parlimen Kedah.

Turut hadir dalam pertemuan itu ketua-ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita Umno negeri.

Antara pemimpin yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom dan Pengerusi Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.


Rafizi Dakwa Kerajaan Kutip Cukai Minyak RM3 Bilion

$
0
0

Rakyat Malaysia bakal dikenakan cukai petrol dan diesel sehingga RM3 bilion setiap tahun jika kerajaan melaksanakan sistem penetapan harga bahan api itu berasaskan harga lantai berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia sehingga AS$29 setong.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata pendapatan itu bakal diraih kerajaan jika kadar cukai itu sebanyak 10 sen setiap liter serta berdasarkan jumlah penggunaan petrol dan diesel kira-kira 30 bilion liter setiap tahun.

“Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara senyap-senyap merancang untuk menghalang rakyat dari menikmati harga minyak yang rendah adalah terkutuk dan keji.

“Jika sistem harga lantai ini dilaksanakan, rakyat Malaysia akan terus dinafikan hak untuk menikmati harga minyak yang sebenar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas laporan Astro Awani semalam yang memetik kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa kerajaan sedang membuat kajian untuk menetapkan harga lantai bagi penjualan produk petroleum di negara ini.

Bagaimanapun Hamzah berkata, kerajaan masih kekal menggunakan kaedah Pengapungan Terkawal dalam penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel pada Februari akan datang.

Dalam pada itu, Rafizi juga berkata kerajaan didakwa sudah pun melaksanakan mekanisme itu dalam menentukan harga bahan api itu Januari 2016 ketika harga purata pasaran telah jatuh ke paras RM1.50 seliter bagi RON95.

“Bila harga purata pasaran itu lebih rendah dari harga lantai yang ditetapkan, rakyat akan tetap membayar harga lantai iaitu RM1.60 sen seliter walaupun harga sebenarnya adalah lebih rendah.

“Perbezaan di antara harga sebenar dan harga lantai (dalam kes ini 10 sen seliter iaitu harga lantai RM1.60 tolak harga purata pasaran RM1.50) dikutip oleh kerajaan sebagai cukai,” ujarnya.

Sehubungan itu, Rafizi turut memberi amaran supaya pelarasan Bajet 2016 yang bakal diumumkan tidak memperkenalkan cukai tersembunyi seperti pelaksanaan sistem harga lantai minyak itu.

“Sekiranya sistem pelarasan harga lantai ini diperkenalkan juga, saya akan berbincang dengan rakan-rakan Pakatan Harapan untuk menganjurkan demonstrasi membantah yang sudah tentu akan mendapat sokongan rakyat,” katanya lagi.

Petronas Rancang Pembuangan Pekerja, Kata Laporan

$
0
0

Syarikat minyak negara Petronas mempertimbangkan pembuangan pekerja sebagai salah satu pilihan dalam berdepan tekanan kelemahan harga minyak, lapor The Malaysian Reserve.

Memetik sumber, pihak pengurusan Petronas dilapor mempertimbangkan penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada tenaga kerja tetap.

Pada Selasa, The Wall Street Journal melaporkan Petronas merancang memotong RM50 bilion perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh 4 tahun.

Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan pengedaran risalah komunikasi dalaman berkaitan pemotongan perbelanjaan tersebut namun tidak berkongsi perincian memo.

Pada Februari 2015, Petronas mengumumkan akan memotong 15 peratus perbelanjaan modal bagi 2016.

Biasiswa JPA Sah Digantung – Menteri

$
0
0

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong mengesahkan bahawa biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi kursus ijazah sarjana muda dan program pra universiti digantung.

Menurut Wee, beliau tidak boleh mengatakan dengan pasti sama ada akan ada perubahan terhadap keputusan tersebut.

“Perdana menteri memahami bahawa ekonomi tidak baik masa ini dan rakyat menghadapi beban yang berat, dan mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan JPA bagi memikirkan penyelesaian baru.

“Tetapi kami (MCA) sedang mencuba sedaya upaya merayu kepada kerajaan kerana kita tidak pasti bagaimana perkembangan ekonomi nanti,” katanya, dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Wee turut menyatakan bahawa beliau tidak tahu sama ada penggantungan daripada biasiswa JPA mempunyai apa-apa yang berkaitan dengan semakan bajet yang dirancang pada ini yang akan datang 28 Januari.

Dakwaan biasiswa JPA digantung malah diperkukuhkan apabila pautan “dermasiswa sistem e-filing” di laman web JPA (yang digunakan oleh pelajar untuk memohon biasiswa ini) telah dikeluarkan.

Penggantungan itu membabitkan biasiswa pelajar tempatan dan luar negara.

Ia dikatakan memberi kesan kepada kira-kira 700 penempatan tahun ini.

Semakan Keputusan STAM 2015 Online & SMS

$
0
0

Semakan keputusan STAM 2015 secara online dan SMS. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan keputusan result Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan keluar pada Khamis, 21 Januari 2016 mulai jam 9.00 pagi. Calon-calon pula boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi. Keputusan calon persendirian pula akan dihantar menerusi pos atau calon boleh hubungi Jabatan Pendidikan Daerah masing-masing.

Semakan Keputusan STAM 2015 Melalui SMS

Sila taip STAM (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888

Contoh: STAM MQ027S025 hantar ke 15888

Semakan Keputusan STAM 2015 Secara Online

Tiada semakan keputusan STAM 2015 secara online disediakan.

‘Hentikanlah Fitnah Ni! Kesian Kat Mak’

$
0
0

“Tolonglah jangan tuduh kami macam-macam. Hentikanlah fitnah ni! Kesian kat mak. Kami tak ada ayah, mana lagi, kami nak tumpang kasih, kalau mak pun tak ada,” luah anak sulung pemandu kereta Perodua Kancil, Mia (bukan nama sebenar), 24.

Mia meluahkan perasaan sedih selepas ibunya dikecam di media sosial selepas wanita berusia 40 tahun itu, terlibat dalam nahas di Parit 16 Sungai Panjang mengakibatkan pelajar tingkatan satu putus dua kaki.

Anak pertama daripada enam beradik itu berkata, kejadian itu memberi kesan mendalam terhadap mereka sekeluarga apabila ibunya dicemuh dengan kata-kata yang mengguris perasaan.

“Buat masa sekarang, tak payahlah tuduh sesiapa. Tunggu hingga siasatan selesai baru nak hentam siapa betul, siapa salah. Hormatilah perasaan kami sekeluarga. Adik-adik saya masih kecil lagi, tak tahu apa pun yang berlaku,” katanya.

Ibunya menggalas tanggungjawab besar apabila terpaksa menyara mereka sekeluarga selepas kematian bapanya, 14 tahun lalu.

“Selama ini, maklah yang didik dan sekolahkan kami dengan baik tanpa ayah. Dia besarkan kami dengan kudrat tulang empat kerat. Bila dah jadi macam ni, takkan nak diam diri, biarkan ibu seorang,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku ketika ibunya itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil pelajar di sebuah sekolah di Sungai Panjang.

Senarai Negeri Cuti Thaipusam Ahad 24 Februari 2016

$
0
0

Senarai negeri cuti umum sempena perayaan Thaipusam pada Ahad, 24 Februari 2016. Antara negeri yang akan mengambil cuti umum sempena hari Thaipusam adalah Kuala Lumpur, Putrajaya, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Selangor dan Kedah sahaja. Oleh itu, semua syarikat swasta mahupun sektor kerajaan di negeri yang tersenarai wajib membenarkan pekerja untuk bercuti pada perayaan tersebut.

Tarikh Perayaan Hari Thaipusam 2016

  • Ahad (24 Februari 2016)

Senarai Negeri Cuti Umum Thaipusam 24 Februari 2016

  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Johor
  • Negeri Sembilan
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Kedah

Pengertian Hari Thaipusam

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan ‘Thai’ bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Tujuan Hari Thaipusam

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

DBKK Siasat Aksi Pondan Tayang ‘Payu Dara’ Di Pusat Beli Belah

$
0
0

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang menyiasat perbuatan seorang lelaki menyerupai wanita yang melakukan aksi tidak senonoh dengan menyanyi sambil menayang sebahagian payu daranya di sebuah kompleks beli-belah di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Berdasarkan video aksi `wanita’ itu yang tersebar dalam laman sosial, dia dipercayai menyanyi sambil diiringi sebuah kumpulan buskers dengan orang ramai merakam persembahannya.

Difahamkan, pelaku itu tiba-tiba menyertai kumpulan buskers berkenaan yang dijemput oleh pengurusan pusat beli-belah untuk membuat persembahan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir, berkata beliau sudah meminta pegawainya menyiasat kejadian itu yang sepatutnya tidak berlaku khususnya di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Ini kerana saya dimaklumkan `orang awam’ berkelakuan tidak senonoh itu tiba-tiba datang menyertai kumpulan buskers yang membuat persembahan.

“Presiden Buskers Sabah juga ada menghubungi saya dan memaklumkan `orang awam’ itu bukan penyanyi mereka tetapi tiba-tiba datang menyanyi bersama. Dia juga memberi jaminan akan menasihatkan semua buskers agar perkara seperti ini tidak berulang.

“Sehubungan itu, saya mengarahkan pegawai bahagian pelesenan untuk melakukan siasatan menyeluruh bagaimana kejadian berkenaan boleh berlaku. Kita mungkin akan memanggil pelbagai pihak tertakluk kepada hasil siasatan,” katanya.

Video selama satu minit 20 saat itu menjadi viral di laman sosial termasuk WhatsApp, khususnya di negeri ini.


Muat Naik Foto Bapa Di Instagram, Ally Mukhriz Tarik Perhatian Netizen

$
0
0

Anak perempuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyatakan sokongan kepada bapanya melalui satu status yang dimuat naik ke akaun Instagram peribadinya pada Rabu.

Meera Alyanna Mukhriz atau lebih mesra dengan panggilan Ally melalui akaun @ally.mukhriz memuat naik sekeping foto bersama bapanya yang diambil sewaktu dia masih kecil.

Tiada sebarang kapsyen diletakkan pada gambar tersebut, namun ia dilihat sebagai salah satu bentuk sokongan buat Mukhriz yang kini sedang melalui saat-saat mencabar dalam kemelut politik di negeri Kedah.

Komen yang diterima Meera pada gambar tersebut juga positif, dengan majoriti meletakkan hashtag masing-masing sebagai pernyataan sokongan buat anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad itu.

Antara hashtag yang diwujudkan adalah #supportmukhriz, #sokongmukhriz dan #supportmukhrizmahathir.
Semalam, pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.

BACA: Hilang Kepercayaan, Umno Kedah Desak Najib Pecat Mukhriz

BACA: ‘Biar Rakyat Sendiri Yang Menilai Prestasi Saya’ – Mukhriz

BACA: Singkir Mukhriz Akan Parahkan Krisis Kepercayaan UMNO – Muhyiddin

BACA: Portal UMNO Dedah Identiti Bakal MB Kedah Yang Baharu

‘Air Mani Mencari Sel Telur, Apakah Ia Lucah? – Penulis Novel

$
0
0

“Bagaikan tidak dapat ditangguhkan lagi, Doktor Sadiz sudah tidak mampu mengawal nafsunya. Raiha sudah menjadi mangsa kerakusannya.

“Tanpa sebarang perencanaan dan tanpa kerelaan Raiha, terlucutlah sel daripada genetik ‘istimewa’ milik Doktor Sadiz ke dalam badan Raiha.

“Sel ‘istimewa’ itu pula langsung berenang untuk menemui dan bersenyawa dengan ovum yang sihat lagi subur di dalam rahim Raiha.

“Lalu terhasillah zigot yang berubah sesuai dengan proses pembesaran, dari bulan ke bulan. Proses pembesaran yang berlaku di dalam perut Raiha.”

Beberapa penulis dan kumpulan masyarakat terus bertekak sama ada perenggan dalam novel Pantai Kasih, seperti di atas, yang dijadikan teks sastera di sekolah menengah berunsur “lucah” atau tidak.

Penulis novel Khairul Nizam Bakeri dan pemimpin Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) Noor Azimah Abdul Rahim menganggap karya Azmah Nordin tidak lucah.

Sementara pengarang Raiha Bahaudin dan beberapa pihak lain menyifatkan teks untuk komponen sastera (Komsas) Tingkatan 4 itu membawa adegan seks dan lucah.

Khairul Nizam, pengarang Pecah, mempertahankan Pantai Kasih dengan menyifatkan bahagian yang dianggap kontroversi itu lebih kurang maklumat mata pelajaran Sains yang diajar untuk Tingkatan 3.

“Pembiakan manusia diterangkan begini (saya telah ringkaskan): Semasa pengovulan, ovari melepaskan ovum ke dalam tiub falopio. Semasa ejakulasi, zakar memancutkan sperma ke dalam faraj … nukleus sperma akan bercantum dengan ovum membentuk zigot. Jadi apakah bezanya dengan perenggan dalam Pantai Kasih?” tulisnya di blog peribadi semalam.

Namun, Raiha yang menghasilkan Kunang Pesisir Morten menganggap teks sastera itu “adegan panas” seks dan babak “senggama”.

“Adakah tuan puan yang bekerja di pejabat agam berhawa dingin bertingkat-tingkat boleh menjawab bagaimana sebuah naskhah dengan fantasi cinta dan adegan senggama yang jelas boleh melepasi penilaian sistem pendidikan kita?” katanya dalam surat terbuka yang disiarkan portal-portal berita.

“Apa yang tidak disedari oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, apabila mereka menghalalkan kisah-kisah cinta fantasi malah dengan aksi-aksi panas masuk ke dalam sukatan pelajaran, mereka telah memberi tanda aras serendah-rendahnya seperti yang telah pun ditandakan oleh filem-filem dan televisyen tempatan,” katanya lagi.

“Usah bermimpi tentang Wawasan 2020 ataupun sekurang-kurangnya pencapaian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) yang mengagumkan kerana kita telah pun menaiki kereta api secara ke belakang.”

Noor Azimah, pengerusi Page, juga tidak melihat bahagian tersebut sebagai tidak senonoh, malah teks sastera itu boleh menarik minat membaca di kalangan pelajar.

“Lucah ke novel itu? Saya rasa tidak lucahlah. Saya rasa ini satu topik yang pelajar boleh berhubung (dengan karya sastera). Saya rasa tidak ada bahan lucah langsung. Cuma ini mungkin satu cara untuk menarik minat pelajar membaca,” katanya kepada portal Malaysiakini.

Pemuda PAS pula mahu karya tersebut ditarik daripada sukatan pelajaran, sementara Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menyarankan kementerian menubuhkan panel kedua bagi pemilihan bahan pendidikan pelajar.

Walaupun Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) enggan mengulas Pantai Kasih secara khusus, presidennya Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata novel berbentuk popular dan keterlaluan tidak sesuai bagi pembelajaran di sekolah.

Beliau menyarankan teks Komsas bagi peringkat sekolah sewajarnya diambil daripada karya lebih bermutu bagi membantu pembinaan pemikiran generasi muda.

Azmah seorang sasterawan yang memenangi beberapa anugerah tempatan dan antarabangsa. Karyanya Timulak Kapal Perang dijadikan teks sastera tingkatan dua.

Novel-novelnya yang memenangi hadiah termasuklah Kukui (pada 1986), Noor Ainku Sayang (1987) dan Dukanya Abadi (1988/89).

Dari Dalam Cermin dipilih untuk memenangi tiga anugerah: Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel 1989, Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia 1992/93.

Bank Tolak Pinjaman Pekerja Sektor Minyak & Gas

$
0
0

Bank Simpanan Nasional (BSN) mengakui hari ini ia memutuskan untuk mengetatkan peraturan bagi pinjaman yang dikeluarkan kepada pekerja dalam sektor minyak dan gas.

Menurut kenyataan bank milik kerajaan itu, tindakan berkenaan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga berikutan risiko bagi sektor minyak dan gas yang berdepan dengan masalah kejatuhan harga minyak.

“Cadangan mengetatkan kelulusan pinjaman dan kredit merupakan langkah sementara selaras dengan jangkaan umum untuk pengurusan risiko yang berhemat,” kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.

Anak Perempuan Ustaz Azhar Maut Kemalangan Di Jordan

$
0
0

Identiti tiga pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jordan pagi semalam (waktu Jordan) telah dikenal pasti, demikian menurut portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ).

Salah seorang pelajar yang terkorban ialah Hana’ Azhar, anak perempuan kepada Ustaz Azhar Salleh, Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan di Timur Tengah.

Dua rakan beliau yang turut terkorban ialah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie manakala dua yang cedera dikenali sebagai Izzam Hasif dan Fatin Noor Syahirah.

Sebelum ini, laman Facebook rasmi Education Malaysia Jordan memaklumkan kesemua pelajar berkenaan yang menaiki sebuah kereta, dipercayai dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri sebuah program jaulah iaitu aktiviti keagamaan.

Turut berada dalam kereta berkenaan ialah warga Jordan.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku di Ashrafiyeh, Wilayah Mafraq, Jordan.

Hana’ Azhar (dalam bulatan), maut dalam nahas di Jordan.

Gambar kenangan Al Najiatun Nailah Mohd Safie (dalam bulatan) bersama keluarga.

(Gambar & Video) Serpihan Disyaki Milik MH370 Ditemui Di Pantai Thailand

$
0
0

Satu serpihan disyaki bangkai kapal terbang ditemui di bahagian pantai selatan Thailand, menurut seorang pegawai tempatan malam tadi.

Ia mencetuskan spekulasi bahawa serpihan itu mungkin milik penerbangan MH370, yang hilang kira-kira dua tahun lalu.

Kepingan besar logam melengkung itu terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat. Ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan, berkata penduduk kampung melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti objek itu.

“Mereka menemui serpihan berukuran kira-kira dua meter lebar dan tiga meter panjang,” katanya.

Penemuan itu menyokong spekulasi media Thailand yang sisa itu mungkin daripada penerbangan MH370, yang hilang dengan 239 penumpang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi serpihan itu milik sebuah kapal terbang. Patthikongpan menambah, nelayan memberitahu ia mungkin berada di laut tidak lebih setahun bersandarkan teritip yang melekat padanya.

Vie Shanti Nafi Bercinta Dengan Zizan Razak

$
0
0

Bekas isteri kepada aktor Datuk Eizlan Yusof, Vie Shanti Harun menafikan dakwaan sedang bercinta dengan pelawak dan pengacara, Zizan Razak.

Khabar angin yang tersebar beberapa minggu lalu mendakwa Zizan kini sedang berkawan rapat dengan Vie Shanti. Malah ada juga yang mengatakan hubungan mereka sudah sampai ke peringkat serius.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Vie Shanti meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan berita itu yang disifatkan sebagai fitnah.

Salam.. Sebelum ini saya mengambil langkah untuk berdiam diri bukan kerana apa yang diperkatakan itu benar.. . Buat masa ini saya sibuk menguruskan urusan perniagaan saya sehingga tidak mempunyai masa untuk mengambil bahagian mengulas hal remeh temeh sebegini.. . Namun bila fitnah ini semakin berleluasa sehinggakan melibatkan nama saya di ruang-ruang gosip dalam akhbar mahupun laman sosial, maka saya terpanggil untuk mengambil langkah memperbetulkan dakwaan segelintir pihak yang tidak usul periksa tentang kesahihan banyak perkara yang dilemparkan keatas diri saya.. . Perbuatan mereka ini sudah keterlaluan dan melampaui batas kerana tidak adil jika mereka terus menulis sesuatu topik yang boleh memberi kesan keatas reputasi saya, apatah lagi jika ia melibatkan hal peribadi.. . Maka pada hari ini (22hb Jan 2016) saya ingin menyatakan bahawa gosip liar yang kononnya saya mempunyai hubungan intim dengan Zizan Razak adalah TIDAK BENAR sama sekali.. . Saya hanya mengenali Zizan sebagai sahabat biasa, tambahan pula dia merupakan rakan kepada adik lelaki saya yang juga terlibat dalam industri yang sama.. . Saya memohon kepada semua pihak agar cerita fitnah ini dihentikan segera. Saya mempunyai keluarga dan mahu menjalani hidup seperti biasa tanpa sebarang kontroversi.. . Akhir sekali, saya berharap agar ada sifat kemanusiaan di hatipara penulis untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sebelum ia dikeluarkan sebagai kenyataan. Dunia kita kini terlalu banyak fitnah.. . Janganlah sampai tangan kita menjadi kotor 'MEMFITNAH' kehidupan orang lain sehingga sebenarnya kita seolah-olah 'MEMBUNUH' kehidupan orang tersebut dalam masyarakat.. . Semoga masih lagi ada golongan orang beriman yang percaya pada tuhan dan hariakhir lalu menghentikan segala tohmahan yang akhirnya ia boleh mengheret mereka kepada kemurkaan tuhan.. !! 😥😤 #vsk #22012016 #mystatement #hatihatidenganfitnahrosakhiduporangkerananya

A photo posted by Vie Shantie Khan (@vieshantiekhan) on

Menganggap penyebaran berita itu sebagai sesuatu yang sudah melampaui batas, Vie Shanti enggan namanya terus dijaja pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tambah Vie Shanti, dia hanya mengenali Zizan sebagai rakan, apatah lagi adik lelakinya terbabit dalam industri seni.

Vie Shanti berkata, khabar angin yang tersebar membuatkan dia berasa terganggu dan memohon agar dia dan keluarganya diberikan ruang untuk menjalani kehidupan seperti biasa tanpa kontroversi.

Dalam masa yang sama, wanita itu juga berharap agar wartawan lebih bertanggungjawab dalam setiap penulisan mereka dan mengambil kira perasaan mereka yang terlibat.

Live Streaming AJL 30 Anugerah Juara Lagu 24 Januari 2016

$
0
0

Live streaming AJL 30 Anugerah Juara Lagu pada 24 Januari 2016 TV3 secara online. Siaran langsung malam kemuncak akhir AJL 2016 akan bertempat di Stadium Melawati Shah Alam bermula pada pukul 9.00 malam. Manakala karpet merah akan disiarkan seawal pada pukul 8.30 malam. Untuk info, seramai 12 finalis akan berentap untuk merebut gelaran Juara AJL kali ke 30. Selain itu, malam kemuncak AJL30 akan dihoskan oleh AG HotFM dan Fara Fauzana.

Live Streaming AJL 30 Anugerah Juara Lagu 24.1.2016

Jadual Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu AJL 30

Tarikh: 24 Januari 2016 (Ahad)
Masa: 8.30 malam (karpet merah) 9.00 malam (siaran langsung)
Lokasi: Stadium Tertutup Melawati Shah Alam
Pengacara: AG HotFM dan Fara Fauzana

Senarai 12 Finalis AJL 30 Anugerah Juara Lagu 24.1.2016

  1. Sampai Mati (Hazama)
  2. Potret (Akim & The Majistret)
  3. Assalamualaikum (Faizal Tahir)
  4. Biarkanlah (Drama Band)
  5. Hanya Namamu (Caliph Buskers)
  6. Knock Knock (Elizabeth Tan)
  7. Malam Ini Kita Punya (Bunkface)
  8. Angin Kencang (Noh Salleh)
  9. Bukan Hal Aku (Kaka Azraff dan Aliff)
  10. Mana Mungkin (Black)
  11. Not For Sale (Stacy)
  12. Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah)

Keputusan Rasmi AJL 30 Anugerah Juara Lagu 2016

$
0
0

Keputusan rasmi AJL 30 Anugerah Juara Lagu 2016 TV3. Malam kemuncak AJL 2016 akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Ahad 24 Januari 2016. Siaran secara langsung turut disiarkan menerusi TV3 bermula pada pukul 9.00 malam manakala acara karpet merah akan berlangsung seawal pukul 8.30 malam. Untuk info, seramai 12 finalis akan berentap untuk merebut gelaran Juara AJL kali ke 30.

Live Streaming AJL 30 Anugerah Juara Lagu 2016

Sila klik Siaran Langsung AJL 30 TV3 Online

Keputusan Rasmi AJL 30 Anugerah Juara Lagu 2016 TV3

Juara AJL 29: akan dikemaskini ketika program berlangsung.

Naib Juara: akan dikemaskini ketika program berlangsung.

Tempat Ketiga: akan dikemaskini ketika program berlangsung.

Vokal Terbaik: akan dikemaskini ketika program berlangsung.

Persembahan Terbaik: akan dikemaskini ketika program berlangsung.

Senarai 12 Finalis AJL 30 Anugerah Juara Lagu 2016

  1. Sampai Mati (Hazama)
  2. Potret (Akim & The Majistret)
  3. Assalamualaikum (Faizal Tahir)
  4. Biarkanlah (Drama Band)
  5. Hanya Namamu (Caliph Buskers)
  6. Knock Knock (Elizabeth Tan)
  7. Malam Ini Kita Punya (Bunkface)
  8. Angin Kencang (Noh Salleh)
  9. Bukan Hal Aku (Kaka Azraff dan Aliff)
  10. Mana Mungkin (Black)
  11. Not For Sale (Stacy)
  12. Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah)

Me’nate Steak Hub Nafi Hidang Makan Malam Untuk PM Berharga RM19 Ribu

$
0
0

Pemilik restoran Me’nate Steak Hub menafikan ada menghidangkan makan malam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bernilai lebih RM19 ribu.

Khabar angin itu mula disebarkan di sebuah laman Facebook, yang menyebut kononnya hidangan makan malam di Seri Perdana adalah RM19,284 untuk satu malam.

Mustafa Othman, dalam satu status yang dimuat naik ke akaun Facebook semalam, kesal dengan pihak yang menyebarkan berita itu dan menyifatkannya sebagai tindakan berbentuk provokasi daripada pihak yang berkepentingan politik.

Me'nate Steak Hub menafikan laporan media sosial yang menunjukkan tanda harga daging yang kononnya di sediakan di Seri…

Posted by Mustaffa Othman on Saturday, January 23, 2016

Jelas Mustafa, menerusi gambar yang disebarkan, jelas tanda harga yang dipamerkan adalah hasil suntingan dan ia bukanlah standard tanda harga yang digunakan restoran berkenaan.

Dia turut mempersoalkan logik di sebalik kombinasi hidangan yang ditulis di dalam tanda harga berkenaan yang dianggap tidak logik.

“Jika makan stik dan Matsusaka, mana boleh ada nasi dan lauk-pauk lain,” tulis Mustafa.

Gambar chef yang sedang menghidangkan makanan buat Najib dan isterinya juga disahkan bukan chef dari restorannya.

Mustafa kini sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita berkenaan.

Penemuan Bangkai MH370 Di Thailand Hanya Spekulasi – Menteri

$
0
0

Kerajaan menyifatkan penemuan logam besar di sebuah pantai dekat selatan Thailand yang didakwa sebagai serpihan pesawat MH370 hanyalah spekulasi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat daripada pihak Jabatan Penerbangan Awan (DCA).

“Buat masa ini ia hanya spekulasi semata-mata.

“Saya minta orang ramai jangan sebarkan berita tidak benar,” katanya selepas menyambut ketibaan penumpang sulung AirAsia dari Guangzhou ke Langkawi kira-kira jam 10.35 pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Langkawi, hari ini.

Menurutnya, lokasi pencarian bangkai pesawat MH370 masih tertumpu dilokasi lama.

BACA: ‘Mustahil Serpihan Di Thailand Milik MH370’ – Pakar Penerbangan

BACA: Serpihan Disyaki Milik MH370 Ditemui Di Pantai Thailand

‘Mustahil Serpihan Di Thailand Milik MH370’– Pakar Penerbangan

$
0
0

Serpihan yang disyaki bangkai pesawat telah dijumpai di bahagian pantai selatan Thailand pada Sabtu tidak mungkin milik pesawat Malaysia Airlilnes MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.

Pakar penerbangan, Greg Waldron, seorang pengarang urusan di Flightglobal berkata walaupun arus kuat Lautan Hindi boleh menolak beribu-ribu serpihan sejauh mungkin namun adalah mustahil serpihan dapat dihanyutkan ke seluruh Khatulistiwa hingga ke Hemisfera Utara.

BACA: Penemuan Bangkai MH370 Di Thailand Hanya Spekulasi – Menteri

“Tanda-tanda diserpihan yang ditemui di Thailand itu, ciri-ciri kejuruteraannya dan peralatannya jelas menunjukkan ianya ada kaitan dengan aeroangkasa, namun ia perlu diperiksa dengan teliti bagi menentukan tempat asalnya.

“Berkemungkinan juga serpihan aeroangkasa itu datang dari pelancaran roket angkasa dari arah timur India ke Teluk Bengal,” kata Waldron kepada Reuters.

Tambah Waldron, lokasi penemuan serpihan di Thailand itu akan dilihat tidak konsisten dengan lokasi kemunculan flaperon MH370 di Pulau Reunion, Perancis Julai lalu.

Serpihan besar kepingan logam melengkung berukuran kira-kira 2 meter lebar dan 3 meter panjang ditemui terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat.

BACA: Serpihan Disyaki Milik MH370 Ditemui Di Pantai Thailand

Nelayan di kampung tersebut kemudian telah membuat laporan kepada pihak berkuasa Pak Phanang untuk membantu mengenalpastinya.

Nelayan berkata ia mungkin telah berada di bawah laut untuk tempoh tidak lebih dari satu tahun, jika dilihat daripada teritip di atasnya.

Setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi bahawa bangkai itu milik pesawat hilang itu.

Manakala, jurucakap Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), pihak berkuasa yang berpangkalan di Canberra, Australia yang menyelia pencarian antarabangsa MH370 sedang menunggu keputusan rasmi pemeriksaan bahan.

‘Arwah Tak Sabar Nak Pulang Ke Kampung’– Datuk

$
0
0

“Arwah cucu memaklumkan kepada neneknya, dia tidak sabar mahu pulang ke kampung kerana sudah empat tahun tidak berjumpa kami selepas menyambung pelajaran di Jordan,” kata Salleh Mohd Yusoff, 78, datuk kepada Hana’ Azhar, 21, yang maut dalam kemalangan di Mafraq kira-kira jam 8.30 pagi waktu Jordan (2.30 petang waktu tempatan), semalam.

Kejadian itu, tiga pelajar Malaysia di Universiti Mu’tah, Jordan maut, manakala dua lagi cedera apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan.

BACA: Anak Perempuan Ustaz Azhar Maut Kemalangan Di Jordan

Salleh ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Bok berkata, cucunya itu seorang yang pendiam, namun amat rapat dengannya dan isteri, Badariah Mamat, 71.

Katanya, dia mendapat tahu cucu kesayangannya itu terbabit dalam kemalangan selepas dihubungi menantunya, Hartina Abd Ghani, 47.

“Selepas itu, pada jam 3 pagi, anak saya, Azhar memaklumkan bahawa dia mahu bertolak ke Mesir untuk menuntut jenazah Hana’.

“Saya tidak tahu cucu saya akan dikebumikan di mana kerana masih menunggu panggilan anak,” katanya yang reda dengan kejadian itu.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live