Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

(Video) Kucing Beri ‘Hadiah’ Ikan Kepada PM Jadi Viral

$
0
0

Tumpuan orang ramai ke acara kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Jeti Pendaratan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Chenang, Langkawi beralih sebentar gara-gara gelagat sekor kucing.

Kucing itu menarik perhatian ramai apabila menyusup di celah-celah kaki orang kenamaan yang sedang membuat tinjauan di jeti itu kerana menyasarkan sesuatu di sebuah bot nelayan yang berada di pinggir jeti.

Orang ramai ketawa melihat aksinya melarikan seekor ikan dari bot itu dan kemudian melompat lincah ke atas jeti bersama ikan yang digigitnya.

Namun, tanpa sengaja ikan yang sedang digigitnya terlepas di depan kaki Perdana Menteri.

Najib kemudiannya mengambil ikan tersebut dan memberikannya semula kepada nelayan berkenaan, sebelum meneruskan tinjauan di lokasi itu.

Najib berada di Langkawi bagi menghadiri majlis sambutan penerbangan sulung AirAsia laluan Langkawi-Guangzhou di Kompleks Lang Merah, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.


Gambar Fesyen Fara Fauzana Di AJL 30 2016 Ala Ayam Turki

$
0
0

Gambar baju fesyen artis Fara Fauzana di AJL 30 ala ayam turki. Seperti sedia maklum, Fara Fauzana dan AG Hot FM telah terpilih sebagai pengacara yang menghangatkan lagi suasana malam kemuncak AJL30 di Stadium Malawati Shah Alam.

Dalam kehangatan Fara Fauzana mengendalikan AJL, fesyen baju Fara Fauzana tidak dapat diterima oleh penonton kerana rekaan fesyen tersebut tidak tumpah seperti ayam turki.

Tinjauan menerusi laman sosial mendapati kebanyakkan pengguna menyamakan foto baju Fara Fauzana dengan ayam belanda.

Fesyen Fara Fauzana Inspirasi Daripada Ayam Belanda?

Bot Sonar Pencari MH370 Karam Berlanggar Gunung Berapi Dasar Laut

$
0
0

Sebuah bot berkelengkapan sonar karam ketika dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas berlanggar dengan gunung berapi dasar laut, lapor The Guardian pada Ahad.

Bot atau kenderaan sonar itu yang turut dikenali sebagai ‘towfish’ yang dipasangkan pada kapal pencari Fugro Discovery itu dilaporkan ‘hilang’ selepas perlanggaran dengan gunung berapi berlumpur setinggi 2,200 meter itu.

Perlanggaran yang berlaku itu menyebabkan ‘towfish’ dan 4,500 meter kabel tersebut hilang di dasar Lautan Hindi, lokasi pencarian MH370.

‘Towfish’ sonar.

Pada Isnin, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengesahkan Fugro Discovery hilang kenderaan sonarnya semasa menjalankan aktiviti pencarian di Lautan Hindi.

” ‘Towfish’ ini bertembung dengan sebuah gunung berapi lumpur setinggi 2,200 meter dari dasar laut yang menyebabkan kabel tunda pecah. ‘Towfish’ dan 4,500 meter kabel terpisah dari kapal dan kini berada di dasar laut,” kata agensi itu.

Bagaimanapun, anak-anak kapal dilaporkan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Pusat itu juga percaya akan dapat menemui ‘towfish’ tersebut dan pencarian pesawat MH370 diteruskan.

Pada Sabtu,satu serpihan kepingan logam melengkung berukuran kira-kira dua meter lebar dan tiga meter panjang ditemui terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat, Thailand oleh nelayan yang kemudiannya membuat laporan penemuan itu kepada pihak berkuasa Pak Phanang.

BACA: Serpihan Disyaki Milik MH370 Ditemui Di Pantai Thailand?

Pihak bekuasa Malaysia dan Thailand kini sedang berusaha mendapatkan pengesahan samada serpihan adalah milik pesawat MH370.

Nelayan berkata ia mungkin telah berada di bawah laut untuk tempoh tidak lebih dari satu tahun, jika dilihat daripada teritip yang berada pada objek tersebut.

Dalam perkembangan terbaru, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Thailand akan menghantar dua pakar ke wilayah Nakhon Si Thammarat untuk menganalisis lebih lanjut serpihan disyaki dari bangkai pesawat yang dijumpai di wilayah di selatan Thailand.

BACA: Thailand Hantar Dua Pakar Kaji Serpihan Kemungkinan Milik MH370

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pada 29 Januari tahun lepas, kerajaan secara rasmi mengisytiharkan pesawat MH370 kemalangan dan kesemua penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban.

Militan ISIS Hantar Video Amaran Kepada Rakyat & Kerajaan Malaysia

$
0
0

Wakil militan IS menghantar mesej amaran kepada Malaysia berikutan usaha negara ini yang giat memerangi kumpulan terbabit.

Menerusi rakaman video yang bertajuk “Mesej Awam Kepada Malaysia” itu disiarkan dalam bahasa Malaysia itu, unit militan IS Malaysia-Indonesia yang dipanggil Katibah Nusantara mengancam untuk membalas dendam berikutan penangkapan ahli-ahlinya.

“Jika anda tangkap kami, kami akan terus meningkat bilangan anggota, tapi jika anda biarkan kami…kita akan lebih dekat dengan matlamat untuk membawa kembali kedaulatan khalifah.

“Mereka yang menamakan kami sebagai Khawarij (ingkar), Daesh (nama lain IS) dan juga sebagai agen Mossad sebenarnya Syiah dan sekutunya.

“Kami tidak akan tunduk kepada sistem demokrasi tadbir urus kerana kami hanya akan mengikut undang-undang Allah.”

Selain dari video ancaman itu, terdapat juga satu video yang menyeru ‘saudara’ Katibah dari Somalia iaitu Al-Shabaab untuk menyertai kumpulan mereka.

Di dalam video tersbut, dilihat salah seorang ahli Katibab, Abdul Halid Dari menggesa mereka untuk berikrar kesetiaan terhadap pemimpin IS, abu Bakr Al-Baghdadi.

Selain itu, Abdul Halid juga ada menyebut tentang ajaran Nabi Muhammad bagi menyakinkan pejuang di Somalia untuk menyertai IS.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin ketika mengulas mengenai video ancaman berkenaan berkata ancaman dan cabaran kepada Malaysia itu mencerminkan pendirian kurang ajar kumpulan Katibah.

“Ia juga membuktikan bahawa IS, terutamanya golongan Katibah memandang negara kita sebagai sekular dan oleh itu menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai sasaran.

“Tidak syak lagi ia sebagai langkah membalas dendam terhadap tindakan pasukan keselamatan kami kepada mereka,” katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Katanya juga, bahagian anti pengganas akan lebih berhati-hati kerana serangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan tidak mampu untuk membiarkan pengawal kami ke bawah,” katanya.

Tentang video yang ditujukan kepada Somalia pula, Ayob Khan berkata biarpun ia mempunyai sarikata dalam bahasa Arab, tapi Abdul Halid bercakap dalam bahasa Melayu dan beliau mengesyaki pembabitan rakyat malaysia di dalam kumpulan Al-Shabaab.

“Ini adalah satu perkembangan baru yang menunjukkan lebih ramai penglibatan rakyat Malaysia dalam kumpulan pengganas,” katanya.

Krisis UMNO Kedah: ‘Jika Benar MB Baharu Rabu Ini, Alhamdulillah’ – Exco

$
0
0

“Kalau itulah beritanya, Alhamdulillah saya amat gembira sebab saya harap isu ini dapat diselesai dengan segera,” demikian reaksi Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain ketika ditanya desas desus mengenai Kedah bakal mendapat Menteri Besar baharu pada Rabu ini.

Namun ujarnya, beliau tidak tahu menahu sejauh mana maklumat tersebut, namun berasa gembira sekiranya berita itu menjadi kenyataan.

“…Tetapi saya tidak tahu, kalau isu itu betul saya amat gembira,” katanya kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal Pro-BN MYKMU yang melaporkan Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari BN bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya lagi, beliau gembira kerana jika Kedah mendapat menteri besar baharu, insya-ALLAH negeri Kedah akan aman seperti biasa.

“Kerana semua pihak, dan rakyat Kedah ini amat berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.

‘Biar Lagu Tidak Juara, Asal Mesej Sampai’– Faizal Tahir

$
0
0

Bukan isu besar “Assalamualaikum” hanya menduduki tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL) tetapi, lebih penting, mesej yang disampaikan, kata penyanyi Faizal Tahir.

Penyanyi dan komposer terkenal itu berkata bukan mahu mengejar kejuaraan tetapi memikirkan sumbangan idea kepada masyarakat.

“Pada umur dan kedudukan saya sekarang ini, saya hanya lakukan perkara yang akan beri dampak positif kepada komuniti. Sebab itu saya di sini hari ini.

“Pada kedudukan saya, saya tidak kisah ‘Assalamualaikum’ tidak menang, saya rasa dengan yakinnya saya sampaikan mesej dengan cukup baik.

“Saya harap lagu itu bukan hanya tempat kedua di AJL, ia seharusnya lebih daripada itu,” katanya pada sidang media selepas berlangsungnya AJL di sini malam tadi.”

“Assalamualaikum” lagu dan lirik yang dihasilkan oleh Mike Chan, Omar K, Ezra Ong, Audi Mok dan Faizal sendiri membawa pulang RM35,000.

Persembahan Faizal pada malam tadi berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya apabila cuba menekankan mesej yang terkandung dalam lagu itu sendiri.

Penyanyi lagu “Selamat Malam” sebelum ini pernah tampil di pentas AJL dengan membakar piano, berenang di dalam akuarium dan menggunting rambut.

“AJL kali ini yang paling relaks saya pernah buat. Saya sudah cakap banyak kali ia lebih kepada mesej,” katanya.

Nahas Jordan: ‘Ibu Bangga Tak Kalau Kakak Mati Fisabilillah?’– Fatin Iqmal

$
0
0

“Ibu bangga tak kalau kakak mati fisabilillah?” demikian pertanyaan Allahyarham pelajar tahun tiga jurusan syariah, Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz,21 kepada ibunya sejak tahun pertama menuntut di Universiti Mu’tah, Jordan.

Kata-kata itu kini terngiang- ngiang di telinga ibunya, Rafidah Mat Rani,47, saat mengenang kembali bahawa anak sulungnya itu sudah tiada lagi dan kepulangannya kali ini tidak lagi bernyawa.

“Memang kami dah biasa berjauhan tetapi bila bersendirian saya sedar yang Fatin sudah kembali kepada penciptaNYA.

“Sebelum meninggal saya sebagai ibu dah rasa dia sedikit berubah tapi tak sangka itu pertemuan yang bertukar kenangan , kali terakhir pulang bercuti selama dua bulan pada Julai dan pulang semula ke Jordan September 2015,” katanya.

Mengimbas memori bersama anak sulung daripada empat beradik itu, Rafidah berkata hubungannya dengan Fatin sangat rapat dan sering berkongsi cerita serta masalah.

“Semua perkara saya mengadu kepada Fatin sebab dia paling memahami berbanding adik-adik yang masih kecil.

“Fatin selalu beri saya kata- kata semangat dan motivasi, sekarang saya tak ada sapa lagi nak luahkan perasaan dan kongsi cerita. Kata- kata, telatah dan perwatakan Fatin tidak mungkin luput daripada ingatan saya sebagai ibu,” katanya.

Menurut Rafidah, ketika kali pertama dimaklumkan bahawa Fatin meninggal dunia akibat kemalangan dia sedikit pun tidak menitiskan air mata kerana tahu ini impian Fatin iaitu mati syahid.

Tetapi naluri keibuan tidak dapat dibendung daripada sebak kerana anak sulung yang menjadi harapan keluarga kini sudah dijemput Ilahi hanya doa dan reda mengiringi.

Sementara itu, Rafidah meminta bantuan orang ramai mengesan ayah kandung Fatin, Che Aziz Che Mahmud, 50-an untuk memaklumkan kejadian ini kerana mereka telah lama tidak berhubung.

Kini jenazah ketiga- tiga pelajar Malaysia ditempatkan di Hospital Amman, Jordan dan menunggu urusan penerbangan untuk dibawa pulang ke tanah air.

Selepas selesai urusan penerbangan, jenazah Fatin akan dikebumikan di Lenggong, Perak namun tarikh belum dapat dipastikan.

Terdahulu, tiga pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mu’tah, Jordan, maut, manakala dua lagi rakan mereka cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 8.30 pagi waktu tempatan, 23 Januari.

Mereka yang terbunuh ialah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, manakala yang cedera ialah Fatin Noor Syahirah Ramli dan Muhammad Izzam Hasif Anuwar.

Malaysia Sukar Capai Negara Maju Jika Tolak TPPA – Mustapa Mohamed

$
0
0

Malaysia akan terlepas banyak peluang untuk merapatkan jurang kemajuan serta sukar mencapai status negara maju berpendapatan tinggi jika memilih untuk menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Malah, jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menerusi TPPA, negara dijangka menerima pelaburan tambahan sebanyak USD136 bilion hingga USD239 bilion selain dapat mewujudkan dua juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2027 yang sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Pelaburan yang masuk ini mampu mencipta pasaran dan perniagaan lebih meluas. Jika pasaran dalam negara kecil seperti Malaysia tidak cukup, kita harus menerima pembaharuan agar perniagaan kita terus berkembang.

“Kerajaan merasakan amat penting untuk merebut peluang yang menjadi batu loncatan kepada hala tuju negara demi meningkatkan ekonomi rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat TPPA peringkat negeri Perlis di Dewan 2020 di sini, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Zamri Khairuddin.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, Malaysia juga akan kehilangan banyak peluang perdagangan dan pelaburan jika memilih untuk menolak TPPA.

“Sebaliknya, Singapura dan Vietnam yang menyertai TPPA akan dapat menarik lebih banyak perdagangan dan pelaburan asing ke negara mereka.

“(Ini akan menyebabkan) Malaysia akan beransur-ansur ketinggalan dan menyebabkan jurang kemajuan kita dengan mereka semakin luas kerana TPPA memberi manfaat terhadap pembangunan sesebuah negara dalam pelbagai aspek termasuk peningkatan pasaran, pembangunan dasar dan kecanggihan teknologi,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar menimbang setiap maklumat TPPA dan menolak andaian tidak berasaskan fakta yang bertujuan menakutkan masyarakat.

“Kita tidak harus terpengaruh (dengan andaian) akan dikuasai Amerika Syarikat. Banyak lagi negara yang menyertai TPPA seperti Australia, Brunei, Kanada, Jepun, Singapura dan New Zealand yang bebas menetapkan hala tuju mereka walaupun menandatangani TPPA.

“Malah, TPPA tidak terus dikuatkuasakan selepas ditandatangani. Ada tempoh enam bulan untuk kita timbang dan lihat kesan pelaksanaannya dan jika ia menjejaskan banyak perkara, kita boleh keluar tanpa syarat,” katanya.

Mustapa turut menegaskan, Malaysia tidak ditekan oleh mana-mana pihak supaya menyertai TPPA dan kerajaan telah menimbang kesannya selain memastikan hak Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak tergugat.


Kementerian Kesihatan Senaraikan 50 Produk Kosmetik Yang Diharamkan

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) semalam telah mengeluarkan senarai 50 produk kosmetik beracun yang telah diharamkan oleh kementerian tersebut.

Senarai itu dikeluarkan oleh KKM menerusi laman facebook rasminya.

Berikut adalah 50 senarai yang dikeluarkan oleh KKM:

1. Khazanah White Pembersih Wajah
2. Gloskin Krim Malam & Siang
3. Reena’s Astringen Lanjutan
4. Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk
5. EETYE Whitening Cream
6. O’Lynn Skin Lightening Cream
7. Hans Beauty Flawless Day Cream
8. Hans Beauty Flawless Night Cream
9. Hans Beauty Treatment Toner
10. AS Beauty Night Cream
11. AS Beauty Day Cream
12. Golden Horse Herbal Milk Lotion
13. Golden Horse Bio C omplex Cream
14. Dermaceutic Spot Cream
15. Dermaceutic Spot Peel Cream
16. Yellow Cream (Krim Ku-Neng)
17. Dnars Magic Gold Foundation
18. SF PROTECT & PERFECT DAY CREAM
19. Sensual Meiji Skin Renewar Cream
20. Acrena Pure Herbal Papaya Soap
21. White Complex
22. SS Pearl Cream
23. SS Vita C Night Repair
24. Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
25. Natural 99 Night Cream
26. Natural 99 Day Cream
27. SF Beauty Night Cream (Facial)
28. SF Beauty Day Cream (Facial)
29. Aveana Night Revival Cream
30. Blemished Skin Ampoules
31. Golden Horse B&W Cream
32. Felisa Gentle Peeling Solution
33. Krim Malam Rahsia Rimba
34. Eriesya Spa Beauty Cream
35. Natasya Krim Herba
36. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
37. Ratna Sari Whitening Night Cream
38. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream
39. Chantique – Whitening Night Cream
40. NV Toner Treatment No 1
41. Zara Rejuvenation Cream
42. Natasya Gold Krim Herba
43. De Putih Night Cream
44. BML HB LOTION
45. Yoko Whitening Cream
46. Sensual Whitening Cream
47. Derma-Rx Arbutin-R Cream
48. EZEE SUNBLOCK CREAM
49. MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE
50. Daily Protecting Cream – Joie et Beaute

Selain itu pengguna boleh menyemak status senarai penuh di laman web www.bpfk.gov.my.

Berikut senarai produk-produk kosmetik yang disahkan mengandungi bahan-bahan beracun yang diharamkan:1. Khazanah White…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, January 23, 2016

Pelajar Malaysia Maut Dalam Nahas Ski Di Perancis

$
0
0

Seorang pelajar Malaysia di Perancis, Affiah Ariffin Hew, meninggal dunia sehari selepas terbabit dalam kemalangan ketika bermain ski di Nice, Perancis, Jumaat lepas.

Difahamkan Affiah, 23, pelajar di University of Nantes terbabit dalam kemalangan ski itu pada 22 Jan lepas menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal.

Ibu mangsa, Latipah Madon, yang kini berada di Perancis mengesahkan anaknya meninggal dunia kira-kira 7 malam Sabtu waktu tempatan (2 pagi Ahad waktu Malaysia) ketika dirawat di Hospital Chu Pasteur di Nice.

“Urusan membawa pulang jenazah anak saya ke Malaysia dijangka mengambil masa antara dua dan tiga hari,” katanya kepada Bernama menerusi sistem pesanan Facebooknya hari ini.

Beliau berlepas ke Perancis pada pagi Sabtu lalu selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

Sementara itu, Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis (MASAF) menerusi laman Facebooknya menyatakan Affiah terbabit dalam kemalangan ketika berski di Nice.

Menurut MASAF, mangsa dibawa ke Hospital Chu Pasteur untuk rawatan dan dikatakan berada dalam keadaan koma.

“Kami ingin menzahirkan perasaan dukacita, hiba dan pilu dengan kejadian ini dan seterusnya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Affiah, semoga tabah dengan kehilangan insan tercinta,” kata MASAF menerusi Facebook.

(Video) Kanak-Kanak Perempuan Diseksa Depan Mata Ibu

$
0
0

Sebuah video yang menjadi viral memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang menjerit dan menangis selepas diikat kaki dan tangannya membangkitkan kemarahan netizen.

Bukan setakat diikat malah, kanak-kanak malang itu turut dilempar ke lantai dan digigit oleh seorang lelaki yang ditangannya ada memegang vape.

Berdasarkan pemerhatian pada video, kanak-kanak itu dipercayai berusia lingkungan 5 tahun dan kejadian berlaku di dalam bilik di sebuah rumah yang turut disaksikan ibu kandungnya sendiri.

Rata-rata pengguna alam maya yang telah menonton video tersebut mengutuk perbuatan individu yang bertanggungjawab menyiksa kanak-kanak berkenaan dengan menyifatkan ia sebagai satu tindakan tidak berakal dan tidak berperikemanusiaan.

Beberapa blog turut berkongsi video tersebut dengan mendapat banyak komen di Facebook yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pendera terbabit.

Bagaimanapun, sehingga berita ini disiarkan tidak diketahui bila dan di mana kejadian itu berlaku.

Anak adalah amanah.bukan dilayan seperti binatang

Posted by Wowberita Dot Org on Monday, January 25, 2016

Fafau Tiada Pilihan, Terpaksa Pakai ‘Baju Ayam Belanda’

$
0
0

Penampilan pengacara popular Fara Fauzana (Fafau) sewaktu mengacarakan Anugerah Juara Lagu (AJL30 pada malam Ahad lalu menjadi viral gara-gara baju yang dipakainya menyerupai ‘ayam belanda’.

Menerusi laporan mStar online, pereka busana tersebut iaitu Rizalman Ibrahim menjelaskan bahawa baju yang dipakai oleh Fafau pada malam itu merupakan koleksi sedia ada yang dihasilkan pada tahun 2015.

Rizalman, 44, berkata, pengacara tersebut meminjam baju itu pada saat akhir berikutan busana daripada pereka fesyen lain sepatutnya dipakai tidak bersesuaian dengan tema majlis anugerah berkenaan.

“Untuk pencerahan Fara Fauzana memakai baju ‘ayam belanda’ itu daripada koleksi pakaian saya pada tahun 2015.

“Dia meminta untuk memakai pakaian tersebut dua hari sebelum AJL30, ketika itu saya sudah berlepas ke Paris. Baju sepatutnya dipakai (Fara) yang direka oleh pereka lain tidak bertepatan dengan tema.

“Beliau tiada pilihan selain berlari ke butik saya dan meminjam apa sahaja yang sudah tergantung di rak,” ujarnya seperti dipetik dari laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Fara menerusi Instagram pada Isnin menganggap segala kritikan samaada baik atau buruk sebagai tanda bahawa masyarakat prihatin terhadap penampilannya.

Bagaimanapun, Fara meminta agar orang ramai dan pengikut laman sosial tidak terus berbalah serta menyalahkan pereka fesyen tersebut.

“Positif atau negatif kita tetap suka sebab itu petanda orang prihatin pada kita. Satu yang kita pinta, pereka fesyen tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi cantikkan kita.

“Bukan salah baju mereka tapi, ya badan kita yang ‘sado’, tolong kutuk saya saja, jangan kutuk mereka,” ujarnya.

Kenali 4 Ciri-Ciri Wanita Yang Kuat Nafsu Seks

$
0
0

Manusia secara fitrahnya tidak boleh lari dari keinginan seks. Bercerita tentang seks dan nafsu seks wanita, seringkali kita mendengar tentang beberapa pendapat atau mungkin mitos tentang cara-cara mengenali ciri-ciri wanita yang mempunyai nafsu seks yang kuat.

1. Berbulu lebat

Wanita yang memiliki bulu roma lebat dikatakan mempunyai nafsu seks dan ghairah seks yang tinggi. Tak kisahlah bulu pada tangan, ketiak, betis, kening atau lain-lain.

2. Bibir Tebal

Wanita yang mempunyai bibir yang tebal juga dianggap mempunyai ghairah seks yang tinggi. Ada yang beranggapan saiz dan bentuk bibir seseorang wanita adalah sama dengan saiz bibir faraj. Erkk..

3. Berbadan Sedikit Bongkok

Ada juga petua yang menyatakan bahawa wanita yang sedikit bongkok sering melakukan seks oral seks pada pasangan, oleh itu wanita-wanita ini memiliki nafsu seks yang tinggi.

4. Leher Bergaris

Wanita yang mempunyai leher bergaris (gelang) juga dikatakan mempunyai nafsu seks yang tinggi. Wanita seperti ini cepat terangsang dengan ciuman dan pelukan.

Ustaz Dusuki Dedah ‘Rahsia’ Arwah Tok Guru Ketika Ada Masalah

$
0
0

Hampir setahun masa berlalu, begitu cepat rasanya ALLAH menjemput pemimpin yang disayangi ramai, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pemergiannya dikatakan meninggal kesan mendalam terhadap setiap insan yang mengenali bekas Mursyidul Am Pas itu, termasuklah anak saudaranya yang juga penceramah terkenal, Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Ibu Ahmad Dusuki merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Berkongsi kenangan bersama Sinar Harian, Ahmad Dusuki berkata, apa yang paling beliau ingat sehingga hari ini ialah kata-kata nasihat daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

“Ketika ini saya paling rindu ialah kata-kata nasihat beliau, yang tidak berhenti dalam menasihati keluarga ke arah perjalanan menuju ke akhirat, kerana beliau (tok guru) seorang yang optimis terhadap akhirat, maksudnya beliau dalam apa jua keadaan akan sentiasa bercakap tentang akhirat, kehidupan ini beliau gambarkan dengan suasana akhirat.

“…sebab yang ini saya betul-betul terasa kehilangan rasa terlampau rindu kepada nasihat dan ingatan-ingatan dan teguran beliau,” katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian di Kompleks Darul Thibbun Nabawi di Shah Alam di di sini hari ini.

Berbicara lanjut, Ahmad Dasuki berkata, sehinggakan Nik Abdul Aziz hingga ke penghujung nyawanya beliau tetap bercakap tentang dakwah Islam dan perkembangan Islam di dunia ini.

“Pada akhir hayat beliau, tok guru masih bertanya tentang perkembangan agama Islam dan penerimaan Islam terhadap masyarakat bukan Islam, beliau begitu obses hendak lihat Islam berkembang, hendak dunia terima Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Ahmad Dasuki berkata, Nik Abdul Aziz seorang yang tegas dalam hidup dan bukan seorang yang hidup dalam semberono.

“Kalau beliau marah, marah yang berasas, contohnya ketika waktu solat, beliau sedang berjemaah tiba-tiba ada orang yang tidak berjemaah buat ‘wirering’ kawasan masjid misalnya, lepas selesai solat pasti tok guru akan marah orang tersebut, sebab baginya dia minta mereka fokuskan waktu itu dengan ALLAH, jangan terlibat urusan lain, ini yang buat beliau marah…sebab dia betul-betul jaga solat berjemaah,” ujarnya.

Sementara itu, katanya Nik Abdul Aziz juga seorang yang sangat mementingkan nilai kekeluargaan dan pantang ada kenduri kendara keluarga, beliau akan pergi walau sesibuk manapun.

“Dia akan pergi ziarah, kerana ingin bersama keluarga,” katanya.

Berbicara lagi, Ustaz Ahmad Dasuki berkata ada satu rahsia yang mana mungkin ramai yang tidak tahu tentang perihal ini.

“Beliau akan pergi ‘bersembunyi’ di perkampungan Batu Balai di Jerantut, Pahang jika berhadapan dengan masalah terutamanya ketika ingin ‘merehatkan diri’ buat seketika daripada buruan media dan masalah politik yang melanda.

“Waktu paling saya ingat ialah ketika tok guru ada krisis dahulu, beliau ke situ, untuk asingkan diri buat seketika,” katanya.

Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, menghembuskan nafas terakhir pada 12 Februari 2015 lalu, di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Isu RM2.6 Bilion: Najib Tidak Salah, SPRM Diarah Tutup Kertas Siasatan

$
0
0

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan mengendalikan kertas siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup serta tiada pendakwaan akan dibuat terhadap perdana menteri.

“Berdasarkan keseluruhan fakta dan keterangan, saya sebagai pendakwaraya berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan perdana menteri berkait ketiga-tiga kertas siasatan.

“Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan ditutup,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini.


Isu RM2.6 Bilion: ‘Baki Wang RM2.08 Bilion Dikembalikan Kepada Arab Saudi’– Peguam Negara

$
0
0

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.

BACA: Najib Tidak Bersalah, SPRM Diarah Tutup Kertas Siasatan.

Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

“Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

“Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.08 bilion tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini.

Panas! Uqasha Senrose Berpakaian Seksi Di Thailand

$
0
0

Sebelum ini, tersebar khabar angin mengatakan pelakon Uqasha Senrose pernah diihat mengunjungi kelab malam hanya dengan bertopi namun dinafikan oleh Uqasha Senrose.

Bagaimanapun melalui ruangan Desas Desus tulisan Raja Nurfatimah Mawar dalam akhbar sisipan Berita Harian iaitu B*Pop baru-baru ini, Uqasha kini berdepan penjelasan untuk peminat dan juga media.

Melalui kiriman itu, selain Uqasha Senrose dan adik beradiknya, terdapat gambar Uqasha Senrose bersama Iqram Dinzly sewaktu bercuti bersama di Koh Lipe, Thailand. Apa yang mengejutkan, dilihat Uqasha Senrose tampil tidak bertudung dan mengenakan pakaian yang menjolok mata sehingga menampakkan pusat.

Apa pun, bukan sahaja media, namun peminat juga pasti ternanti-natikan jawapan dari Uqasha sendiri. Bagaimanapun, setiap manusia juga ada peluang untuk memperbaiki diri, setuju?

Serpihan Besi Di Thailand Sah Bukan Dari MH370

$
0
0

Kerajaan Malaysia hari ini mengesahkan serpihan ditemui di pantai Nakhon Si Thammart di daerah Pak Phanang, Thailand bukan milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi yang dapat mengaitkan dengan pesawat malang berkenaan. Ia dibuat sehari selepas firma Jepun, Mitsubishi Heavy Industries memberitahu bahawa serpihan berkenaan mungkin daripada roket keluarannya.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, pasukan pakar kerajaan dan Malaysia Airlines sudah menganalisis serpihan terbabit di Thailand.

“Berdasarkan laporan terperinci, kami dapat memastikan bahawa nombor bahagian ia dikilangkan, nombor gumpalan wayar dan nombor bahagian batang logam tapi tidak menyamai daripada Boeing 777,” menurut kenyataan itu.

(Video) Program Di UiTM Lendu ‘Meriah’ Macam Dalam Disko

$
0
0

Macam dalam disko! Ini gambaran yang boleh diberikan apabila menonton rakaman video berdurasi 17 saat dalam sebuah program yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Lendu, Melaka.

Video itu mendapat lebih seribu perkongsian dan komen oleh pelayar laman sosial dengan hashtag #madslendu dan #madsymptom.

Menurut maklumat yang diterima, program Melaka Art Design Student (MADS) melibatkan pelajar dan pensyarah Fakulti Seni dan Reka Bentuk (Art and Design Faculty) itu diadakan pada 24 Januari sekitar jam 9 hingga 12 malam di universiti tersebut.

Ia adalah sebahagian daripada program tahunan fakulti untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pelajar.

Namun, ia berubah menjadi ‘liar’ selepas ia didakwa menerima campur tangan oleh pelajar senior dan penaja yang mengendalikan sistem pencahayaan dan audio sehingga keadaan program itu tidak dapat dikawal.

Jelasnya, program malam itu sama seperti berada di dalam pusat hiburan dan disko malah persembahan pada malam program itu juga didakwa mempunyai unsur-unsur lucah.

Bagaimanapun, sumber menafikan dakwaan berhubung terdapat pengaruh dadah dan alkohol pada malam itu sebagaimana yang didakwa oleh pengguna laman sosial.

Meriahnya program budak2 'art' Uitm Lendu ni..dah macam dalam disko dah.

Posted by Wowberita Dot Org on Tuesday, January 26, 2016

Pengerusi Nafi Kewangan Tabung Haji Kritikal‎

$
0
0

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan agensi yang menguruskan dana jemaah haji Malaysia mengalami krisis kewangan.

“Tidak. Tidak benar,” katanya ketika diaju soalan oleh media sama ada dana Tabung Haji berada dalam keadaan sukar.

Enggan menggulas lanjut, Ahli Parlimen Baling itu menyatakan satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperjelaskan mengenai situasi sebenar.

“Kami akan buat sidang media. Tabung Haji akan buat sidang media,” katanya di Lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru orang ramai khususnya pendeposit Tabung Haji supaya tidak bimbang kerana agensi itu dalam keadaan baik.

“Jangan bimbang. Semuanya baik,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas surat yang dihantar Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memberi amaran rizab Tabung Haji dalam keadaan negatif.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live