Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Baju Dayang Nurfaizah Inspirasi Penyapu Sihir – Rizalman

$
0
0

Selepas Fara Fauzana, busana yang dipakai oleh Dayang Nurfaizah pula menjadi mangsa kritikan netizen.

Busana berwarna emas yang dipakai Dayang pada malam Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) yang lalu merupakan rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman.

Busana tersebut bagaimanapun dikatakan menyerupai rekaan pereka fesyen antarabangsa, Balmain.

Bukan itu sahaja, ada di kalangan netizen mula mempersoalkan kredibiliti Rizalman sebagai seorang pereka fesyen.

Panas dengan isu tersebut, Rizalman telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen berbaur sinis di akaun Instagramnya.

“Siapa kata baju ini ditiru dari Balmain?? Saya dapat inspirasi dari penyapu ahli sihir lah.

“Lalalalala la la la ( kan betol saya cakap cuaca kat Malaysia panasss… Penyapu je kalau nak bagi sejuk) . Ini contoh kalau benda sama tetapi salah pemakai dan styling boleh jadi ke Laut,” tulisnya.

Foto tersebut menerima pelbagai reaksi pengikut Instagramnya dan menyebabkan mereka yang memberikan komen negatif itu dikecam.

Rata-ratanya tidak puas hati dengan tindakan sesetengah pihak yang merendah-rendahkan hasil kerja dan usaha pereka fesyen terkenal itu.


Live Streaming Anugerah Meletop Era AME 2016 Online

$
0
0

Live streaming Anugerah Meletop ERA AME 2016 secara online. Siaran langsung malam kemuncak AME 2016 akan berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada Ahad, 28 Februari 2016. Siaran ekslusif secara live turut disiarkan menerusi Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Astro Ria HD (123) pada jam 9.00 malam. Untuk info, sebanyak 16 kategori utama dipertandingkan dan turut dihoskan oleh Nabil Ahmad, Neelofa, Jihan Muse dan Datuk AC Mizal.

Live Streaming Anugerah Meletop ERA AME 2016 Online

Live AME 2016: http://www.astrogempak.com.my/anugerahmeletopera

Facebook AME 2016: https://www.facebook.com/PortalAstroGempak

Jadual Siaran Langsung Anugerah Meletop ERA AME 2016

Tarikh: 28 Februari 2016 (Ahad)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur
Siaran Rasmi: Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)

Senarai Calon Finalis Anugerah Meletop ERA AME 2016

Sila klik Senarai Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2016

(Video) Mufti Puji Persembahan Faizal Tahir Di AJL 30

$
0
0

Rata-rata peminat memuji persembahan Faizal Tahir. Satu persembahan yang sangat menyentuh hati dimana berlatarbelakangkan peperangan yang kini berlaku di negara luar.

Selain mendapat banyak reaksi positif daripada netizen, Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin juga tidak melepaskan peluang memuji akan persembahan Faizal Tahir.

Menurut beliau, Faizal Tahir yang pernah mencetuskan kontroversi kerana membuka baju sewaktu persembahan menyampaikan misi kemanusiaan dalam lirik lagunya.

“Saya ingin mengucapkan syabas kepada saudara Faizal Tahir yang berusaha menyampaikan misi kemanusiaan dalam lirik lagunya.

“Seni itu sepatutnya membangunkan kemanusiaan dan hidup yang berteraskan beradaban yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Faizal Tahir dinobatkan sebagai Naib Juara dalam Anugerah Juara Lagu 2016 menerusi lagu bertajuk Assalamualaikum.

Faizal Tahir AJL30

Faizal Tahir AJL30Video lain http://goo.gl/ofp7aIHulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban rakyat Syria melalui platform Malaysia Life Line for Syria:https://www.facebook.com/MLL4S/?fref=ts====================Sumbangan atas talian :====================Sila klik : https://billplz.com/form/donateforsyriaATAU===============================Sumbangan/deposit ke akaun berikut :===============================SALAM SURIAH RESOURCESMaybank : 5645-5733-8496CIMB : 8602041215Bank Islam : 12-113-01-005343-3=====================Maklumat Perhubungan :=====================Email : donation.mllfs@gmail.comWebsite :www.malaysia4syria.orgNo. Tel : +603-41416732Demi Syria, Untuk Ummah.#WinterMissionSyria #MisiMusimSejukSyria #SavetheChildrenofSyria #SaveSyria #SebarkanSalam #dontbombsyria

Posted by Kepala Bergetar on Sunday, 24 January 2016

Ustaz Don Timang Cahaya Mata Kedua

$
0
0

Tahniah kami ucapkan kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atas kelahiran anak lelaki kedua beliau yang dinamakan Don Ibrohim.

Berita itu tidak disampaikan oleh Ustaz Don sendiri tetapi menerusi akaun Instagram isteri Nabil yang mengucapkan tahniah kepada Ustaz Don kerana sudah menimang cahaya mata kedua.

Satu majlis aqiqah juga telah diadakan baru-baru ini oleh Ustaz Don bagi meraikan anaknya itu. Sebelum ini Ustaz Don dan isterinya Husna Zahry telah dikurniakan anak lelaki bernama Don Mustofa yang kini berusia dua tahun.

Semoga kehadiran Don Ibrohim mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kedua pasangan ini.

Percintaan Bersama Bekas Isteri Sultan Brunei, Wak Doyok Cuma ‘Syok Sendiri’?

$
0
0

Ingat lagi tak tahun lepas pernah timbul gosip Wak Doyok hangat bercinta dengan bekas isteri Sultan Brunei, iaitu Azrinaz Mazhar Hakim? Dah lama tak nampak gambar serta status romantik dimuatnaik oleh Wak di laman Instagramnya..

Ingatkan cinta mereka sudah terputus ditengah jalan.. Rupanya, Wak masih lagi hangat bercinta dengan Azrinaz.. Siapalah yang tak mahu bercinta dengan wanita kaya seperti Azrinaz ini kan..Untung-untung dapat kahwin, boleh cuci kaki masuk rumah, semua benda dah ada.. Maklumlah dah pengarah telekomunikasi, Clixster Mobile mananya tak kaya..

Menerusi laman Instagram milik Wak semalam, dia telah memuatnaik gambar bahagia serta status romantik bersama Azrinaz.. Yang tak boleh tahan, Wak ‘tag’ nama kekasihnya itu kat bahagian hatinya dalam gambar mereka..

Ko rasa? Mesti sangat-sangat ‘sweet’.. Ada antara peminat mendakwa ‘percintaan’ yang terjalin antara Wak dan Azrinaz adalah salah satu cara Wak mahu menutup tentang ‘kisah hitamnya’.. Ala, pasal orang ramai mendakwa Wak adalah seorang ‘gay’ tu..

Kalau ada ‘teman hidup’ dan teman hidup itu adalah seorang wanita.. Tutup la semua cerita mendakwa Wak adalah seorang ‘gay’.. Pandai kan Wak..

Ini kerana, satu gambar Wak tak pernah ada dalam Ig Azrinaz.. Wak ni bertepuk sebelah tangan saja ke atau ‘syok sendiri’? Sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan kisah percintaan mereka.. Sampai ke jinjang pelamin ke idok.. Kalau tak kahwin juga memang sah Wak ‘gay’.. Hahaha..

Najib Menghadap Agong, Kedah Bakal Dapat MB Baharu?

$
0
0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menghabiskan masa selama sejam sepuluh minit masa menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini.

Najib yang menaiki kereta rasmi Perdana Menteri dilihat keluar dari Istana Negara kira-kira jam 9.07 pagi tadi.

Kenderaan Perdana Menteri, DS Najib Razak, dilihat memasuki Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.

Posted by Wowberita (Official) on Tuesday, 26 January 2016

Sebagai seorang Perdana Menteri, sudah semestinya kebiasaan untuk Najib bertemu Yang di-Pertuan Agong, namun dengan mengambil masa selama 1 jam lebih ini dikatakan agak jarang berlaku.

Desas desus bahawa Najib membawa senarai nama calon Menteri Besar Kedah ke 12 hampir bertiup kencang dengan masa yang begitu lama diambil oleh beliau untuk menghadap Agong.

Walaupun kebiasaannya, setiap Rabu beliau akan menghadap Seri Paduka Baginda sebelum mesyuarat Kabinet, namun pagi ini agak berbeza di sebalik krisis Menteri Besar Kedah.

Mungkinkah Menteri Besar baharu akan mengangkat sumpah pada masa terdekat?

Krisis UMNO Kedah: ADUN Kota Siputeh Menangis Pertahankan Mukhriz

$
0
0

“Menangis demi Mukhriz”.

Itu yang berlaku ketika majlis solat hajat bagi mempertahankan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir di Jitra, Kedah malam tadi.

Malah, tiada siapa menduga bahawa majlis berkenaan akan bertukar menjadi majlis penuh emosi.

Insiden itu berlaku ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif sedang berucap bagi mempertahankan Mukhriz.

Di pertengahan ucapannya, secara tiba-tiba, beliau menangis.

“Untuk mempertahankan YAB Mukhriz, saya lari… saya hilang hampir-hampir jatuh ke laut diburu kerana mereka nak kan sesuatu dari saya.

“Tetapi saya lakukan semua ini kerana untuk mempertahankan YAB Datuk Seri Mukhriz, saya menangis. Saya tidak pernah menangis di depan anak-anak. Saya tidak pernah menangis di depan isteri.

“Namun hari ini, di depan isteri saya menangis, di depan anak saya menangis, di depan rakan-rakan saya menangis. Bagaimana sedih dan kecewanya saya, jika orang yang digelar jujur dan amanah… tidak mempunyai moral dan akhlak yang tidak baik,” katanya.

Menurutnya, beliau gagal menahan sebaknya kerana mengenangkan pemimpin yang baik seperti itu ingin disingkirkan begitu sahaja.

Abu Hasan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerlun yang diketuai oleh Mukhriz sendiri berkata, beliau sebelum ini mengelak dari pihak-pihak tertentu yang ingin mendapatkan tanda tangannya agar Mukhriz disingkir dari jawatannya.

Beliau menjadi wakil rakyat Kota Siputeh sejak 1995 dan sudah empat penggal berturut-turut memenangi kerusi berkenaan.

Arab Saudi Sahkan Dana RM2.6 Bilion Daripada Raja Abdullah

$
0
0

Arab Saudi mengesahkan dana berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan bantuan kewangan untuk membantu beliau memenangi Pilihan Raya Umum 2013.

Sumber terdekat keluarga diraja Arab Saudi yang enggan dikenali mendedahkan kepada rangkaian BBC, pemberian bantuan kewangan itu sebenarnya daripada Almarhum Raja Abdullah menggunakan wang peribadi dan negara.

Menurut sumber itu, sumbangan tersebut selepas wujud kebimbangan Arab Saudi berhubung penularan pengaruh Pergerakan Ikhwanul Muslimin.

“Tujuan pemberian dana ini sangat mudah, untuk membantu Najib menang besar pada Pilihan Raya 2013 dengan memberi fokus kepada kerja-kerja kempen, memberi tumpuan kepada Sarawak selain pembiayaan program-program lain ketika pilihan raya,” katanya kepada BBC.

Menurutnya, pemberian dana oleh Arab Saudi kepada Najib merupakan perkara biasa dan turut diberikan kepada negara-negara lain.


Kasih Sayang Monyet, Anak Anjing Tarik Perhatian Netizen

$
0
0

Antara yang mendapat perhatian warga media sosial hari ini adalah hubungan unik yang terjalin antara seekor monyet dan anak anjing.

Bermula dengan beberapa keping foto yang dimuat naik ke akaun Facebook The Logical Indian minggu, ia mula viral sejak dua hari lalu.

Menurut The Logical Indian, foto-foto tersebut diambil di daerah Rode, India.

Here is something to learn from this monkey. There was a strange phenomenon seen on common busy street. A monkey…

Posted by The Logical Indian on Wednesday, 13 January 2016

Monyet berkenaan dikatakan menemui anak anjing itu di jalanan, di tempat di mana ia biasa berlegar.
Si monyet kemudiannya membawa anak anjing itu ke mana sahaja ia pergi, memberinya makan, malah turut mempertahankan anak anjing itu apabila diserang anjing liar.

Netizen rata-ratanya tersentuh dengan kasih sayang yang ditunjukkan monyet itu, malah menganggap situasi tersebut sebagai ssesuatu yang menakjubkan apabila haiwan juga sebenarnya punya rasa kemanusiaan yang tinggi.

Datuk, Nenek Mengaku Buat Persediaan Persetubuhan Luar Nikah

$
0
0

Seorang warga tua berusia 69 tahun dan pasangannya, seorang janda berusia 52 tahun dikenakan hukuman denda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Selasa, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Hakim Syarie Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof mengenakan hukuman itu terhadap Mamat Abdullah, dari Kampung Batin, Seberang Takir, di sini, serta pasangannya Suri Abdullah, 51, dari Ladang Tayor, Sungai Tong, Setiu, selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Mahkamah turut mengenakan hukuman penjara lima bulan kepada kedua-dua tertuduh yang masing-masing memiliki tujuh anak, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mamat yang bekerja sebagai nelayan dan Suri yang bekerja sebagai buruh ladang didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Jalan Tok Lam di sini, kira-kira jam 10.50 pagi pada 12 November tahun lalu.

Sepasukan pegawai dan Penguatkuasa Syariah daripada Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu melakukan serbuan berwaran ke atas bilik berkenaan dan sebaik tiba, pintu utama bilik didapati tertutup rapat dan berkunci dari dalam. Selepas beberapa kali memberi salam, pintu dibuka seminit kemudian oleh tertuduh lelaki yang hanya memakai seluar slack panjang tanpa baju.

Pemeriksaan di dalam bilik berkenaan kemudian menemui tertuduh wanita bersembunyi dalam bilik air dengan hanya berkain baju kurung berkemban. Siasatan lanjut mendapati hanya mereka berdua berada di dalam bilik berkenaan dan soal siasat mendapati mereka berdua tiada hubungan suami isteri.

Sementara itu, Nik Mohd Shahril dalam penghakimannya menasihatkan kedua-dua tertuduh yang sudah lanjut usia segera bertaubat dan insaf dengan kesalahan yang dilakukan.

“Anda berdua mempunyai keluarga, anak dan cucu. Pada usia sebegini, anda berdua sepatutnya mengingati mati dan memperbanyakkan amal ibadat, bukan mencemarkan diri dengan bergelumang dosa apatah lagi perbuatan sebegini yang memalukan keluarga dan anak-anak,” katanya.

(6 Gambar) Pekerja FELDA Nyaris Maut Dibaham Buaya Ketika Memancing

$
0
0

Tindakan seorang pekerja ladang yang memancing di kawasan takungan air terbiar membawa padah apabila dia diserang seekor buaya berhampiran Loji Jeragan Bistari di Felda Sahabat 39 petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa dikenali Sulle Buriah, 37 mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dan paha.

Difahamkan, mangsa terpaksa bergelut dengan buaya berkenaan sebelum diselamatkan oleh beberapa penduduk kampung.

Pengurusan Felda Sahabat 39 ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

“Mangsa merupakan pekerja ladang kelapa sawit dan dia kini sedang menerima rawatan di Hospital Lahad Datu,” katanya.

Tonton Ola Bola (2016) Full Movie

$
0
0

Jom tonton filem Ola Bola secara online di sini. Ola Bola bertemakan bola sepak ini merupakan hasil inspirasi terhadap sejarah sukan bola sepak pada era 1970-an. OlaBola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.

Tonton Ola Bola (2016) Full Movie

Ekonomi Negara Kekal Stabil Dengan Ada GST – Najib

$
0
0

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan ekonomi serta kewangan negara kekal stabil pada hari ini walaupun berdepan cabaran global yang tidak menentu disebabkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).


Jelasnya, sejak GST dilaksanakan April tahun lalu, kutipan cukai yang diperoleh kerajaan melebihi RM51 bilion iaitu pertambahan yang cukup luar biasa berbanding hanya RM37.2 bilion pada 2014.


“Pelaksanaan GST di Malaysia boleh dianggap satu kejayaan yang boleh dibanggkan kerana GST dapat menampung ketidaktentuan yang dialami ekonomi global,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia di Kelana Jaya di sini hari ini.

Live Streaming Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016

$
0
0

Live streaming Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari 2016. Siaran langsung pengumuman khas pengubahsuaian Bajet 2016 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak bertempat di PICC Putrajaya. Siaran live streaming turut disiarkan menerusi RTM, TV3 dan TV9 bermula pada 12.00 tengah hari sehingga jam 1.00 petang.

Live Streaming Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016

Jadual Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016

Tarikh: 28 Januari 2016 (Khamis)
Masa: 12.00 tgh – 1.00 ptg
Lokasi: PICC Putrajaya

‘Tempat Ini Memang Kotor Tapi Dah Biasa Makan Di Sini’

$
0
0

Medan Selera Prima 2 tetap jadi tarikan pelanggan biarpun terima pelbagai aduan isu kebersihan

Kebersihan Medan Selera Prima Seksyen 2, Shah Alam sering mendapat rungutan banyak pihak.

Bagaimana medan selera tersebut tetap mempunyai tarikan dan pilihan pengunjung meskipun ada yang membangkitkan soal kebersihan?

Atas faktor harga dan kualiti makanan, medan selera di Seksyen 2 itu tetap dipenuhi pengunjung.

Sinar Harian membuat tinjauan untuk mendapatkan reaksi pengunjung dan peniaga selain jawapan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung kebersihan medan selera.

“Jujurnya tempat ini memang kotor tapi saya dah biasa makan di sini.” ‎ Itu kata salah seorang pelanggan Medan Selera Prima 2, Seksyen 2, Muhammad Shah Fizal Ramli, 22, ketika mengulas mengenai kebersihan medan selera berkenaan.

Bagaimanapun, Shah Fizal berkata, dia masih memilih makan di situ kerana faktor harga dan kualiti makanan yang ditawarkan.

“Tempat ini memang kotor tapi saya datang sini sebab makanan sedap dan harga juga murah.

“Lagipun saya dah biasa makan di sini dan tak berapa kisah sangat pasal kualiti kebersihannya,” katanya.

Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Aliff Mansor, 23, berkata, Medan Selera Prima 2 memang kotor tetapi dia tetap mengunjunginya kerana faktor harga dan rasa makanan di situ.

Katanya, sebagai pelajar, harga makanan yang murah dan sedap menjadi keutamaannya.

“Kalau nak ikutkan lantai itu kurang bersih sebab saya nampak melekit dan kotor macam tak di mop.

“Tapi sebagai pelajar, saya tak ada banyak pilihan selain makan di sini sebab harga makanan yang ditawarkan murah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain,” katanya.

Seorang penduduk Seksyen 2, Muhammad Hanafi Samsudin, 19, pula berkata, Medan Selera Prima 2 pada dasarnya memang kotor tetapi tak bererti gerai di situ tidak mengutamakan kebersihan.

Katanya, masih ada gerai di situ yang menjaga dan mengutamakan kebersihan demi keselesaan pelanggan.

“Masih ada gerai yang bersih di situ tetapi pelanggannya tak ramai. Gerai yang kotor biasanya dikunjungi ramai pelanggan.

“Mungkin mereka tak ada masa nak bersihkannya sebab terlalu ramai pelanggan yang datang,” katanya.


Daun Betik Bukan Penawar Denggi, Berisiko Bawa Maut – Pakar

$
0
0

Seringkali kita dengar, sekiranya seseorang itu menghidap demam denggi, berikan daun betik kerana daun buah itu penawar yang berkesan untuk penyakit terbabit.

Namun sebenarnya daun betik bukanlah penawar demam denggi seperti yang diwar-warkan, malah daun itu boleh menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang sekaligus boleh membawa maut kepada mereka yang mengamalkan pemakanan daun tersebut.

Menurut Ahli Farmasi dan Homeopati Prof Dr. A Krishnan, ramai dalam kalangan pesakit demam denggi di negara ini diberi daun betik yang kononnya boleh mengubati penyakit terbabit dengan lebih cepat dan berkesan.

Namun mereka tidak mengetahui sebenarnya daun betik bukan sahaja tiada khasiat malah boleh menyebabkan pesakit menghidap pelbagai penyakit lain yang seterusnya boleh membawa kepada maut.

“Saya sudah membuat kajian mengenai penggunaan daun betik sebagai penawar demam denggi dan hasilnya tumbuhan itu tidak membantu, malah berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai ‘cyanide’ yang berperanan seperti racun.

“Oleh itu, penggunaan daun betik perlu dihentikan serta-merta kerana menjadikan pesakit demam denggi bertambah teruk, malah sistem imunisasi turut terganggu,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya menitik beratkan pengambilan makanan yang berkhasiat.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil sebarang makanan yang boleh memudaratkan kesihatan walaupun ia adalah daripada turun temurun kerana kesannya boleh dilihat dalam jangka panjang apabila seseorang sentiasa sakit dan menghidap penyakit kronik,” katanya.

Wanita Mengaku Salah Potong Kemaluan Suami

$
0
0

Seorang wanita warga tempatan yang bertindak memotong kemaluan suaminya warga Pakistan di Batu Kikir, Jempol dekat sini pada 20 Januari lalu mengaku bersalah atas perbuatan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini.

Tertuduh, Fatimah Abdullah, 51, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Sazlina Shafie selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Fatimah didakwa bertindak sedemikian di rumah di Batu Kikir, Jempol pada 1.20 pagi, 20 Januari lalu.

Tertuduh dengan sengaja didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Umar Rahman, 44, dengan menggunakan pisau yang berkemungkinan boleh mendatangkan kematian.

BACA: (Foto) Tak Tahan Seks Ganas, Wanita Kerat Zakar Suami

Oleh itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Mendengar pengakuan bersalah, Sazlina menetapkan 22 Februari ini untuk mendengar hukuman sementara menunggu laporan perubatan suami tertuduh.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zainudin manakala Fatimah tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut menawarkan jaminan sebanyak RM5,000.

Intipati Rasmi Pengubahsuaian Bajet 2016 Malaysia

$
0
0

Intipati rasmi Pengubahsuaian Bajet 2016 Belanjawan Malaysia. Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah membuat pengumuman mengenai perangkaan semula Bajet 2016 berdasarkan kedudukan kewangan semasa negara. Pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016 yang bermula jam 12 tengah hari ini akan turut disiarkan secara langsung menerusi beberapa siaran televisyen tempatan. Berikut adalah isi penting pengubahsuaian Bajet 2016.

Intipati Rasmi Pengubahsuaian Bajet 2016 Malaysia

  1. Kerajaan setuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016-Disember 2017. Walaubagaimanapun, caruman majikan kekal.
  2. Kerajaan akan beri pelepasan khas cukai sebanyak RM2k kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8k/bulan ke bawah utk tahun taksiran 2015
  3. Bagi kurangkan kos keperluan harian, Kerajaan akan liberalisasikn AP bagi produk prtanian terpilih termasuk biji kopi mentah dan daging.
  4. Berkuat kuasa serta merta ke atas projek baru, smua penjualan rumah berharga hingga RM300k terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.
  5. Sumbangan 30% daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yg telah diberhentikan.
  6. Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders
  7. Kerajaan terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kepada 2 kategori, tidak trmasuk pmbantu rumah asing. Kerajaan laksana Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI, beri peluang kepaad PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah.
  8. Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.
  9. Perbelanjaan pembangunan akan fokus kepada projek dan program mendahulukan rakyat, mmpunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import rendah.
  10. Institusi kewangan pmbangunan dan dana modal teroka milik Kerajaan akan tambah dana RM6b dalam sediakn pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan
  11. Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bg kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan & golongan pekerja, akn dipantau EPU Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bg kurangkan jurang pndptn pengurusan atasan & golongan pekerja, akan dipantau EPU.

Isi Penting Pengubahsuaian Bajet 2016 (Penambahbaikan)

  1. Pelancong dari China tidak perlu visa untuk ke Malaysia bermula 1 Mac-31 Disember 2016, tertakluk syarat2 tertentu bg tempoh lawatn tdk lebih 15 hari.
  2. Biasiswa Pendidikan: Biasiswa JPA, Program Biasiswa Nasional, Program Bursary, Program Biasiswa Kejuteraan di Jepun, korea, German, Rusia dan Program Biasiswa MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputra dan Skim Latihan Akademik IPTA diteruskan.

TPPA Mampu Cegah Isu Pencemaran Bauksit – Senator

$
0
0

Penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan memastikan isu seperti perlombongan bauksit di Pahang tidak akan berlaku, ujar Senator Dewan Negara, Datuk Adam Abdul Hamid.

Jelas beliau, isu alam sekitar yang turut ditekankan dalam perjanjian itu menandakan kewajaran usaha Malaysia untuk terlibat dalam TPPA.

“Kalau kita masuk TPPA, takkan berlaku lagi peristiwa-peristiwa seperti perlombongan bauksit di Pahang.

“Bukan itu sahaja sebelum pada itu kita berhadapan masalah hutan ditebang sesuka hati di Lojing dan juga di Cameron Highlands. Sekarang ini di Bukit Gambir ditarah,” katanya semasa perbahasan usul mengenai TPPA di Dewan Negara di sini hari ini.

Peruntukan dalam TPPA itu katanya mampu memelihara alam sekitar, hutan, mencegah pembalakan haram, penyeludupan haiwan liar, dan penangkapan ikan secara tidak terkawal.

“Kita di Malaysia masih lagi dibenar guna pukat harimau, tetapi semua orang tahu pukat harimau beroperasi lebih daripada 15 batu nautika, tetapi ia masuk ke kawasan pesisir pantai. Bukan itu sahaja, kita juga berhadapan dengan pencerobohan neoayan Thailand,” katanya lagi.

Sidang Khas Dewan Negara mengenai TPPA bersidang selama sehari, hari ini.
Keputusan undi suara anggota Dewan Negara mengenai usul TPPA dijangka akan diketahui petang ini.

Ketika ini, terdapat 67 anggota Dewan Negara Malaysia.

Download Teks Ucapan Pengubahsuaian Bajet 2016 Malaysia

$
0
0

Download teks ucapan pengubahsuaian Bajet 2016 Malaysia. Berikut adalah teks penuh ucapan perutusan khas pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak yang telah berlangsung pada Khamis 28 Januari 2016.

Bagi anda yang terlepas mengikuti siaran langsung perutusan khas Bajet 2016, sila download teks ucapan Dato Seri Najib Razak seperti yang tertera pada pautan di bawah.

Download Teks Ucapan Pengubahsuaian Bajet 2016 Malaysia

Untuk download teks ucapan pengubahsuaian Bajet 2016, sila klik:

  • Download Teks Ucapan Pengubahsuaian Bajet 2016 (Bahasa Melayu)
  • Download Teks Ucapan Pengubahsuaian Bajet 2016 (Bahasa Inggeris)
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live