Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

#Bajet2016: Caruman KWSP Dikurangkan Sebanyak 3 Peratus

$
0
0

Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan sebanyak tiga peratus bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) bermula Mac ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara tersebut sebagai langkah pertama dalam pengubahsuaian #Bajet2016 yang diumum pada hari ini.

Menurut Najib lagi, pengurangan tersebut hanya diperuntukkan terhadap caruman individu, manakala caruman KWSP‎ bagi pihak majikan pula diteruskan seperti biasa.

“Ini bakal memberi manfaat kepada seluruh pekerja di negara ini terutamanya bagi sektor swasta,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembentangan baharu #Bajet2016 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan juga turut memberikan potongan cukai sehingga RM 2,000 kepada individu yang berpendapatan bawah RM 8,000.

Kata Najib lagi, ia akan menyebabkan kerajaan kehilangan sehingga RM 350 juta hasil kutipan, bagaimanapun memberi manfaat kepada lebih dua juta pekerja.


‘Suami Renung Muka Anak-Anak Lama Sangat’

$
0
0

“Suami berat hati nak tinggalkan rumah dan renung muka anak lama sangat…tak sangka rupa-rupanya dia nak tinggalkan kami buat selama-lamanya,” demikian kata Nor Faizun Habib, 32, isteri kepada mangsa dipanah petir dalam kejadian di Shah Alam, petang kelmarin.

Sebelum kejadian mangsa, Mohd Farhan Masudi, 32, yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Harun itu sedang menjalani sesi latihan bola sepak di SMK Seksyen 11 Shah Alam.

Menurutnya, beberapa minggu sebelum kejadian suaminya sempat mengadu dadanya berdebar dan sentiasa tertanya-tanya seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku namun dipendamkan sahaja.

“Suami pun tak banyak cakap beberapa minggu sebelum ke latihan bola tu tapi saya diamkan sebab tak mahu fikir bukan-bukan. Tapi hati terusik bila Allahyarham ada berbual jika dia meninggal dulu.

“Katanya jika dia pergi dulu, dia tak nak saya susah dan bagi tahu sudah langsaikan hutang kereta. Dia cakap dia tak nak saya terbeban dengan hutang,” katanya penuh sebak.

Nor Faizun yang sedang mengandung empat bulan dan mempunyai dua anak itu berkata, Allahyarham suaminya sangat baik dan sayangkan anak sulung lelaki yang baru berusia lima tahun dan anak kedua perempuan yang berusia dua tahun.

“Allahyarham banyak tolong uruskan anak-anak sebelum ini dan sempat balut buku sekolah anak sampai lewat malam dan tak sangka itulah kenangan terakhir buat kami.

“Saya tak dapat gambarkan perasaan ini bila dapat berita sedih itu selepas dimaklumkan rakan suami jam 5.40 petang dan masa itu sedang mengajar di Sekolah Kebangsaan Dato Manan.

“Hanya ALLAH saja tahu perasaan saya ketika itu dan walaupun perit, saya tetap reda dengan ketentuan ILLAHI.

“Saya tengok anak sulung lelaki macam boleh terima tapi saya sebak bila anak perempuan asyik panggil dan mencari-cari ayah dia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Persatuan, Kampung Seri Tiram Jaya hari ini.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Tiram Jaya pada jam 10.30 pagi dan dihadiri lebih 50 ahli keluarga, rakan guru dan pelajar SMK Dato Harun serta penduduk setempat.

Sementara itu, kebajikan anak sulung mangsa yang juga murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al Badar Kampung Sungai Tengi Kanan, Muhammad Fahim Zahin Mohd Farhan, 5, dijaga sebaik mungkin.

Pengerusi Pasti Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja berkata, pihaknya bersimpati dengan musibah yang tak disangka itu dan kehilangan insan tersayang.

“Semoga adik Fahmi dan sekeluarga tabah menghadapi ujian ALLAH dan insya-ALLAH, Pasti Al Badar akan mengurusakn tabung kebajikan murid dan takaful untuk membantu,” katanya.

‘Hanya Mitos! Ia Tidak Terbukti Mampu Sembuhkan Denggi’– Pegawai Perubatan

$
0
0

Minum jus betik, hirup sup ketam dan mengambil minuman isotonik adalah mitos semata-mata malah tidak membantu mengubati demam denggi.

Pegawai Perubatan Kanan Perubatan Am Hospital Seri Manjung Dr Hafizah Mohamed Haniba berkata, setakat ini tiada kajian saintifik yang membuktikan demam denggi mampu disembuhkan menerusi tiga amalan itu.

Beliau berkata, salah faham itu disebabkan maklumat yang disampaikan adalah dari mulut ke mulut sejak dulu sehingga dianggap berkesan dalam merawat penyakit berkenaan.

Katanya, daripada sudut perawatan moden, belum ada kaedah dan rawatan khusus untuk penyakit itu.

“Apa saja yang berkaitan dengan herba tradisional dan sup ketam adalah lebih kepada petua orang lama dan boleh dikategorikan sebagai rawatan sampingan, bukan rawatan sebenar.

“Sebenarnya, perlu ada kajian menyeluruh yang membabitkan sejumlah pesakit untuk memastikan kesahihan sesuatu herba dalam rawatan penyakit denggi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan Ahli Farmasi dan Homeopati Prof Dr A Krishnan berkata, daun betik bukan penawar demam denggi malah boleh menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang sekali gus membawa maut kepada individu yang mengamalkan pemakanan daun itu.

Dr Krishnan mendakwa, daun betik tidak mempunyai khasiat selain berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai ‘cyanide’ yang berperanan seperti racun.

Selain itu, Dr Krishnan juga mendakwa, sistem imunisasi individu boleh terganggu sekiranya ia diamalkan.

Dr Hafizah berkata, bagi memastikan penyakit dapat diubati dengan cepat dan berkesan, pesakit sepatutnya minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter atau lapan gelas sehari.

Menurutnya, kebiasaannya pesakit denggi kurang selera makan dan mengalami perubahan pada salur darah sekali gus menyebabkan badan kekurangan air.

“Cukup sekadar air kosong saja untuk dijadikan alternatif rawatan penyakit denggi tidak berdarah, bukan air isotonik kerana kandungan paras gulanya yang tinggi.

“Bayangkan jika pesakit itu menghidap diabetes, pasti ia memberi kesan terhadap paras gula dalam badan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Hafizah berkata, persepsi masyarakat terhadap amalan itu perlu diperbetulkan, selain menasihatkan individu yang disyaki menghidap denggi supaya mendapatkan rawatan di hospital terlebih dulu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daun betik bukan penawar atau boleh mengubati denggi.

“Kajian yang dijalankan hanya menunjukkan ia (daun betik) membantu meningkatkan sel platelet,” katanya.

Sayu, Perginya Imam Muda Ini Pada Malam Jumaat Selepas Bertarung Nyawa Di Hospital

$
0
0

Beberapa hari lalu, satu posting di laman Facebook Tengku Helmy Farhan meminta bantuan orang ramai yang mempunyai darah jenis ‘O’ supaya tampil untuk menderma darah bagi membantu rakannya seorang imam muda yang sedang kritikal di hospital selepas terlibat dalam kemalangan.

Namun, hari ini berita yang agak sedih diterima apabila dimaklumkan, Imam muda berkenaan, Ustaz Asrul Fahmi Abd Aziz yang merupakan Imam Rawatib Masjid Mahmudi Bachok, Kelantan telah pergi meninggalkan kita selamanya di hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari.

Pemergian anak ke 10 dari 13 adik beradik ini amat dirasai terutamanya penduduk sekitar Bachok, di mana seorang permata agama telah pergi meninggalkan mereka.

Salam.smua…keadaan Asrul Fahmi Abd Aziz di icu teratai hkb….. doktor oyat dio ad pndarhn pda hati..jdi loni dio…

Posted by Tengku Helmy Farhan on Tuesday, 26 January 2016

Semasa beliau kemalangan, keadaanya agak parah di mana dia banyak kehilangan darah, dilihat di ramai mereka yang menyayangi arwah menyebarkan berita meminta bantuan orang ramai supaya menderma darah jenis ‘O’ yang kita ketahui agak susah untuk diperolehi.

Tapi Allah lebih sayangkan beliau, Ustaz Asrul Fahmi Abd Aziz telah pergi menghadap Maha Pencipta lebih awal pada malam tadi.

Memetik laman Facebook ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, beliau mengimamkan solat jenazah imam muda berkenaan dan menurut beliau orang ramai hadir untuk solat jenazah begitu ramai sehingga melimpah keluar masjid di Masjid Kg Aur Telong.

Apapun kita sama-sama berdoa semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Alhamdulillah pagi ini berkuliah di Medan Ilmu KB, imamkan solat jenazah Allahyarhamuhu Ust Asrul Fahmi di Kg Aur…

Posted by Ahmad Marzuk Shaary on Thursday, 28 January 2016

Takziah…Imam Rawatib Masjid Mahmudi Bachok, Ust Asrul Fahmi Abd Aziz telah meninggal dunia semalam selepas beberapa…

Posted by Masjid Bandar Guchil on Thursday, 28 January 2016

Anak Buah Dato’ Siti Jadi Perhatian Kerana Miliki Wajah Cantik

$
0
0

Penyanyi Saida berkata, anaknya iaitu Siti Nurunnyssa Mohd. Ghazali, 19, terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi selepas menjadi perhatian kerana memilki wajah cantik.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 35, berkata, walaupun dia tidak kisah dengan perkara itu, namun anak sulungnya itu berasa tidak selesa lebih-lebih lagi gambar-gambarnya diambil untuk menjadi bahan bualan forum.

“Saya mendapat tahu nama Nurunnyssa menjadi bualan netizen di beberapa forum. Saya tidak kisah tetapi anak saya mengambil perkara itu sangat serius dan berasa privasinya diganggu.

“Apatah lagi banyak gambarnya diambil tanpa persetujuan dia pun. Saya faham, dia tidak selesa dengan situasi itu dan terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi.

“Bagi saya, tindakannya itu bagus dan mempunyai pendirian sendiri. Saya percaya anak saya mampu berfikiran dengan bijak dengan setiap ujian yang hadir,” katanya.

Saida berkata demikian bagi mengulas mengenai anaknya, Nurunnyssa yang menjadi perhatian netizen kerana memiliki raut wajah yang cantik.

Dalam pada itu, Saida berkata dia tetap memberi nasihat kepada anaknya agar lebih berhati-hati setiap kali memuat naik gambar di laman sosial kerana ia boleh dijadikan sasaran oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkannya.

Selain Nurunnysa, Saida yang merupakan ibu tunggal juga mempunyai tiga orang anak iaitu Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10.

Banyak Syarat, TGV & GSC Tiada Rancangan Buka Cawagam Di Kota Bharu

$
0
0

Mereka yang menginginkan pengalaman menonton wayang di Kelantan boleh melupakan hasrat anda apabila kedua-dua syarikat pawagam terbesar di Malaysia mengesahkan bahawa mereka tiada rancangan berbuat begitu pada masa ini.

TGV Cinemas dan Golden Screen Cinemas (GSC) mengesahkan mereka ada menghubungi kerajaan Kelantan untuk memeriksa potensi untuk melebarkan sayap ke negeri pantai timur itu, tetapi cuma sebagai misi mengumpul maklumat.

“Ya, kami ada berhubung dengan kerajaan Kelantan untuk mendapat tahu tentang keperluan perlesenan untuk pawagan di Kelantan,” kata salah seorang pengurus besar TGV, Chung Shyh Kwong, kepada Malay Mail Online dalam satu email awal minggu ini.

“TGV Cinemas pada masa ini tidak mempunyai sebarang rancangan untuk pawagam baharu di Kota Baru,” tambahnya.

“Ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan apabila membuka pawagam baru; oleh itu, ia memerlukan perancangan jangka masa panjang,” kata jurucakap GSC pula kepada Malay Mail Online.

Dalam satu laporan Sinar Harian baru-baru ini, exco Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood mendakwa ada tiga syarikat pawagam yang mahu membuka cawangan di Kelantan, namun semuanya tidak menepati syarat negeri itu.

Antara syarat-syarat di Kelantan termasuklah pengasingan tempat duduk untuk penonton lelaki dan perempuan, dan larangan tayangan semasa waktu Maghrib, malam Jumaat, dan ketika bulan Ramadan.

TMJ Nasihat Kerajaan Singkir ‘Menteri Bahan Jenaka’

$
0
0

Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihati kerajaan supaya menyingkirkan beberapa menteri yang seringkali dijadikan bahan jenaka.

Menurutnya, tindakan itu perlu dibuat kerana Malaysia memerlukan menteri yang bijak berkhidmat untuk rakyat dan bukan menteri yang lebih mementingkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan rakyat.

“Dengan rendah diri, saya ingin memberi nasihat untuk Kerajaan, langkah pertama dalam usaha menambah baik sistem adalah dengan mengeluarkan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka.

“Negara kita memerlukan menteri bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat, bukan berkhidmat untuk menampung poket mereka sendiri. Saya berdoa agar keadaan dan kesedaran politik di negara ini akan diperbaiki untuk manfaat rakyat.”, katanya di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Namun, Baginda turut berkata sikapnya yang gemar berterus terang turut menimbulkan perasaan kurang senang sesetengah pihak yang berusaha untuk menutup mulutnya.

“Apabila saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan dengan Kerajaan Persekutuan tetapi ia adalah dengan niat untuk bekerja bersama-sama menjadikan negara ini tempat yang lebih baik.

“Saya berjanji akan terus bersuara untuk rakyat dan bukannya mencetuskan ketegangan tetapi bekerja bersama-sama memperbaiki bahagian tertentu yang masih lemah kerana ia adalah tugas dan tanggungjawab sebagai Tunku Mahkota untuk berkhidmat kepada rakyat Johor,” ujarnya.

Baginda juga menegaskan tegurannya tidak mempunyai sentimen politik tapi hanyalah teguran seorang putera raja yang sayangkan rakyat.

“Saya bukan seorang ahli politik dan saya tidak perlukan sebarang undi. Saya hanya seorang putera yang sayangkan rakyat dan apa yang saya katakan atau lakukan, adalah untuk kesejahteraan mereka,” ujarnya lagi.

Baginda bertitah sedemikian di dalam satu posting Facebook yang bertajuk “POLITIK NEGARA, FAM DAN PERKARA MELIBATKAN BOLASEPAK”.

Selain dari nasihat tersebut Baginda turut memetik mengenai FAM dan juga perkara yang melibatkan bola sepak.

POLITIK NEGARA, FAM DAN PERKARA MELIBATKAN BOLASEPAKSelamat petang kepada sekalian rakyat Johor, penyokong JDT dan…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, 30 January 2016

Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 1

$
0
0

Video Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Minggu 1 secara online. Gelanggang Maharaja Lawak Mega musim 2016 membuka tirainya pada Jumaat, 29 Januari 2016 jam 10 malam. MLM 2016 minggu 1 akan disiarkan secara langsung dari Royale Teater Shah Alam menerusi saluran Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak menerusi Astro Mustika HD. Bagi yang tidak berkesempatan menonton MLM 2016 minggu pertama, anda boleh tonton di laman ini sebaik sahaja rancangan tamat.

Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 1


Hai O Kembali Sarung Jersi Terengganu

$
0
0

Hairuddin Omar atau Hai O sah menyarung jersi negeri kelahirannya, Terengganu untuk menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pemain kelahiran Setiu yang akan menyambut kelahiran ke-37 pada September ini, mengikat kontrak semusim bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini.

Seorang lagi pemain kelahiran negeri ini mengikut jejak Hai O ialah Mohd Affizie Faisal Mamat.

Kedua-dua bekas pemain bekas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu mengisi kekosongan kuota pemain tempatan skuad kendalian Ahmad Yusof.

Majlis menandatangani kontrak Hai O dan Mohd Affizie disaksikan Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.

(5 Gambar) Pelajar Tingkatan 2 Maut Dirempuh Ketika Ke Sekolah

$
0
0

Seorang pelajar tingkatan dua maut dirempuh sebuah kenderaan semasa dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Renek, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, berkata kemalangan itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan pejalan kaki di Jalan Tembila berhampiran SMK Renek, kira-kira jam 7.20 pagi.

Katanya, mangsa, Nurul Syahindah Mohd Paizu, 14, berasal dari Kampung Gong Penaga, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

“Kemalangan berlaku apabila pemandu berusia 43 tahun yang datang dari arah Jalan Tembila menghala ke Renek gagal mengawal kenderaannya sebelum dipercayai melanggar mangsa.

“Difahamkan, ketika kejadian mangsa hendak melintas jalan untuk ke sekolah berkenaan selepas meletakkan basikalnya di masjid berhampiran,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Khaled berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Besut dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian remaja itu disebabkan kecederaan tulang tengkuk.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Isteri U-Wei Ditemui Mati Di Pantai Amerika Syarikat

$
0
0

Isteri kepada pengarah filem tersohor tempatan, U-Wei Saari, Diana Gail Saari, 62, ditemui mati di perairan sebuah pantai di Alameda, California, Amerika Syarikat (AS), Jumaat lalu setelah tujuh hari dilaporkan hilang.

U Wei atau nama sebenarnya Zuhir, dalam maklum balasnya kepada Bernama melalui Whatsapp, enggan mengulas lanjut dan hanya mencatat: “Terima kasih. Doakan rohnya dirahmati, ditenangi dan disenangi Allah dan berada bersama orang-orang yang beriman.”

Sebelum itu, pada Rabu lalu, U-Wei dalam catatan di laman Facebooknya menulis: “i love you usah (gail).”

Status berkenaan dipenuhi dengan ucapan takziah sejak semalam daripada kaum keluarga dan rakannya, termasuk rakan seni seperti Sabri Yunus, Pyanhabib, Khalid Salleh, Siti Zainon Ismail dan Eman Manan.

The San Francisco Chronicle dalam portalnya www.sfgate.com melaporkan jasad Gail dijumpai oleh Unit Marin Jabatan Polis Oakland di perairan luar pantai Alameda, California pada petang Jumaat (waktu tempatan) selepas diadukan hilang lebih seminggu.

Bekas Isteri Salih Yaacob Nafi Reunion Punca Penceraian

$
0
0

Jika sebelum ini pengakuan Salih Yaacob yang tidak menolak punca penceraiannya bersama isteri kedua, Nor Raha Hamad adalah berpunca daripada majlis reunion sekolah, baru-baru ini melalui akhbar Kosmo!, Raha menafikan perkara tersebut.

“Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp daripadanya”

“Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu. Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami berpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas,” katanya dipetik dari Kosmo!

Tambah Raha, dia mula berjumpa dengan suami barunya adalah selepas daripada dia diceraikan oleh Salih selain dakwaan yang mengatakan punca penceraian ini mempunyai kaitan dengan reunion mahupun kehadiran orang ketiga.

“Saya memang tidak pernah ada hubungan dengan mana mana lelaki lain sepanjang bergelar isterinya. Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai”

“Sepanjang saya masih isterinya yang sah memang tidak ada apa apa hubungan lain. Jadi tidak timbul isu orang ketiga,” jelasnya.

Siri Tweet Pelajar UNITEN Sebelum Ajal Undang Sebak

$
0
0

Beberapa siri tweet daripada seorang pelajar Universiti Teknologi Nasional (UNITEN) sebelum bertemu ajal dalam sebuah kemalangan maut di Muadzam Shah semalam, menjadi perhatian netizen.

Allahyarham Muhammad Haziq Januddin, 23, sejak awal bulan lalu memuat naik beberapa tweet di akaun Twitter miliknya hingga membuatkan rakan, ahli keluarga dan netizen bertambah sebak mengikuti berita mengenainya.

Ada yang menyifatkan siri tweet itu menggambarkan seolah-olah Muhammad Haziq dapat merasakan masanya untuk ‘pergi’ sudah hampir tiba.

Ia bermula dengan tweet pada 1 Januari lalu.

Haziq kemudiannya meluahkan kebimbangan tentang masa hadapannya.

Ini disusuli dengan tweet ini pada 22 Januari.

Dan tweet terakhir Allahyarham pada 30 Januari menyatakan rasa berat hatinya untuk pulang ke kampus.

Muhammad Haziq dan bapanya, Janudin Sukardi, 55, maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain di Kilometer 105.9 Jalan Kuantan – Segamat, sekitar jam 11 pagi semalam.

Laporan Harian Metro menyebut kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dipandu Janudin cuba memotong sebuah kenderaan namun tidak berjaya, lalu bertembung dengan sebuah kereta Nissan Grand Livina dari arah bertentangan.

Live Streaming JDT vs Muangthong United 2 Feb 2016 ACL

$
0
0

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang kelab Thailand, Muangthong United bagi aksi pusingan kedua play-off ACL 2016 di Stadium SCG, Bangkok pada Selasa, 2 Februari 2016. Perlawanan JDT vs Muangthong United 2 Feb 2016 ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran JDT TV bermula jam 8.30 malam (waktu Malaysia).

Live Streaming JDT vs Muangthong United 2.2.2016

[to_like id=”71352″]
*link akan diupdate sebelum perlawanan bermula.[/to_like]

Keputusan Terkini JDT vs Muangthong United 2.2.2016

Johor DT [0][0] Muangthong United

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Februari 2016

$
0
0

Berikut adalah jadual dan lokasi kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang kami perolehi daripada fanpage Facebook beliau – Ustaz Azhar Idrus (Original). Bagi semua peminat UAI, jangan lepaskan peluang untuk menghadirkan diri ke kuliah yang mungkin akan diadakan di tempat anda sepanjang bulan Februari 2016 ini.


Tersalah Hukum Mati Suspek Rogol, 27 Pegawai Dikenakan Tindakan

$
0
0

Sejumlah 27 pegawai dari beberapa jabatan besar di China telah dikenakan tindakan kerana menyebabkan seorang remaja lelaki dihukum mati 20 tahun lalu, lapor agensi berita Xinhua pada Ahad.

Hugjiltu berusia 18 tahun pada 1996 ketika dia dijatuhi hukuman mati kerana dituduh dengan kesalahan merogol dan membunuh seorang wanita di dalam sebuah tandas kilang tekstil di Hohhot, wilayah Mongolia.

Pada 2014, Hugjiltu akhirnya ‘dibebaskan’ dari kesalahan itu selepas seorang lelaki lain, Zhao Zhihong, membuat pengakuan melakukan jenayah tersebut sekali gus menunjukkan kesilapan besar dalam dunia perundangan.

“Salah seorang daripada pegawai yang disenarai hitam atas pendakwaan salah ke atas remaja malang itu, Feng Zhiming, disyaki terlibat dengan salah laku kerja dan disoal siasat,” lapor pihak berkuasa.

Feng yang merupakan bekas Timbalan Ketua Biro Keselamatan Awam di Hohhot, bakal berdepan pendakwaan.

Sejumlah 26 orang lain yang terdiri daripada anggota polis dan pegawai mahkamah, telah dikenakan tindakan tatatertib termasuk amaran dan demerit.

Kes tersebut telah menyerlahkan kelemahan sistem perundangan Parti Komunis China yang sangat jarang membebaskan tertuduh. Pada 2013, 99.93 peratus defendan kes jenayah telah terus dijatuhi hukuman.
Penggunaan kekerasan untuk merekodkan pengakuan semakin banyak digunakan di seluruh negara dan defendan yang tidak dilindungi sering menjadi mangsa ketidakadilan.

Perak, Kelantan Alami Cuaca Sejuk Macam London Bulan Ini

$
0
0

Penduduk di sekitar Perak dan Kelantan akan merasai cuaca sejuk dan nyaman ala musim bunga di London tidak lama lagi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Suhu di dua negeri itu dijangka turun sehingga 20 darjah Celcius sepanjang Februari ini disebabkan angin sejuk di kawasan kutub utara terkumpul terlalu lama mengakibatkan laluan luruan angin.

“Dalam beberapa hari lagi, luruan angin itu akan sampai ke utara semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman sekitar Perak dan Kelantan disebabkan faktor geografi yang berlatitud tinggi.

“Namun begitu, negeri-negeri seperti Perlis, Kedah dan sebahagian kawasan tanah rendah di Perak dijangka kurang terkesan dengan angin sejuk itu ekoran dipengaruhi suhu laut Lautan Hindi,” lapor Kosmo! yang memetik sumber jabatan itu.

Cuaca sejuk itu dijangka bawah suhu kebiasaan di Cameron Highlands dan Genting Highlands yang hanya mencatatkan suhu 22 hingga 24 darjah Celsius.

Fenomena luruan angin itu dilaporkan terdahulu melanda Vietnam dan Thailand dengan suhu di Bangkok mencatatkan serendah 13 darjah Celsius.

“Di negara ini pula, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada penurunan suhu ekstrem seperti itu ekoran negara ini sedang dilanda fenomena El Nino,” lapor akhbar itu lagi.

Beberapa bandar di negara ini pernah mengalami cuaca sejuk pada 2014 dengan Kuala Krai di Kelantan mencatatkan suhu sekitar 17 darjah Celsius.

Switzerland Cadang Beri RM10,000 Sebulan Kepada Semua Rakyat

$
0
0

Rakyat Switzerland bakal mengundi untuk satu cadangan agar semua penduduk di negara itu dibayar RM10,000 (£1,700) setiap bulan tanpa mengira status pekerjaan mereka.

Jika cadangan tersebut, yang dikemukakan oleh sekumpulan cerdik pandai diluluskan, Switzerland akan menjadi negara pertama di dunia yang memberi wang kepada penduduk tidak kira sudah bekerja atau tidak.

Bagaimanapun, cadangan itu dilihat tidak menggembirakan ahli politik tidak kira di haluan kiri atau kanan biarpun cadangan itu telah diluluskan untuk pengundian oleh kerajaan persekutuan pada 5 Jun lepas.

Rational disebalik cadangan ini adalah untuk melenyapkan jurang antara pekerjaan dan pendapatan, dimana penduduk akan mendapat pendapatan yang terjamin tidak kira mereka bekerja atau tidak.

Melalui inisiatif itu juga, setiap kanak-kanak juga akan menerima RM920 (£100) setiap minggu.

Kerajaan persekutuan menjangkakan inisiatif ini akan menelan kos sebanyak RM846 billion (£143 billion) setahun.

Hasil tinjaun menunjukkan majoriti penduduk Switzerland akan terus bekerja walaupun cadangan wang percuma itu diluluskan. Ia turut menyebut hanya dua peratus sahaja yang berkata untuk berhenti bekerja, makanala lapan peratus lagi berkata mereka akan “melihat kepada keadaan”, lapor The Local.

Warga Emas Maut Dalam Keadaan Bersujud, Menghadap Kiblat

$
0
0

Seorang peneroka warga emas di Felda Chiku 1 ditemui meninggal dunia dalam keadaan seumpama bersujud selepas terbabit dalam kejadian langgar lari di Kilometer 30 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, petang semalam.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 12.30 petang dan mangsa, Arifin Che Long, 74, menunggang motosikal berseorangan dari kebunnya di Jalan Felda Perasu untuk pulang ke rumah.

Mangsa dipercayai dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang sebelum tercampak ke dalam semak di tepi jalan berkenaan bersama motosikal ditungganginya.

Mangsa kemudiannya dipercayai merangkak ke bahu jalan dan dipercayai meninggal dunia dalam keadaan bersujud sambil menahan kesakitan akibat kecederaan parah di kepala sebelum ditemui orang ramai yang kebetulan melalui lokasi berkenaan.

Anak mangsa, Farizi, 42, memberitahu, bapanya keluar rumah sejak jam 10 pagi dengan menunggang motosikal untuk ke kebun sawitnya di Jalan Felda Perasu.

“Sudah jadi kebiasaan ayah pergi ke kebun untuk melihat pokok sawit yang diusahakannya kerana bimbang ia dimusnahkan babi hutan. Arwah dipercayai dirempuh kenderaan dalam perjalanan pulang dan kepalanya cedera parah.

“Memang kebiasaan arwah pulang ke rumah sebelum jam 1 petang setiap hari walau ke mana pun dia pergi, kerana dia mahu ke surau berhampiran rumah untuk menunaikan solat Zohor berjemaah,” katanya.

Farizi berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima berita tersebut dan melihat sendiri keadaan mayat mangsa dalam keadaan sujud dipercayai kerana teringat untuk menunaikan solat Zohor sambil menahan kesakitan.

Isteri mangsa, Che Zaharah Awang Kecil, 65, berkata, kebiasaannya mangsa akan membawanya atau anak-anak sebagai peneman jika ke kebun sawit, namun pada hari kejadian dia pergi berseorangan.

“Dia (mangsa) tidak pernah gagal solat berjemaah di surau pada setiap waktu dan mungkin keadaannya semasa meninggal merupakan petunjuk dari ALLAH SWT. Jika benar ia petunjuk dari-Nya, makcik rasa lega kerana arwah mendapat keberkatan Ilahi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah memaklumkan, kejadian yang meragut nyawa mangsa dipercayai langgar lari berdasarkan nombor pendaftaran dan lampu belakang motosikal mangsa pecah.

Menurutnya, setakat ini belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan berhubung kejadian dan beliau berharap mereka yang melihat kejadian tersebut dapat tampil membantu siasatan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada pihak keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Chiku 1. petang kelmarin.

Kelantan, Perak Alami Cuaca Sejuk Tidak Benar – Jabatan Meteorologi

$
0
0

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan berita kononnya suhu sejuk mencecah 20 darjah celsius akan melanda negara, terutamanya di Kelantan dan Perak sepanjang bulan ini.

Memetik kenyataan Jabatan itu, petang ini menyatakan suhu bagi Malaysia yang beriklim tropika secara amnya antara 22 darjah Celsius pada sebelah pagi, manakala 35 darjah Celcius pada lewat petang.

“Secara amnya suhu minimun bulan Januari 2016 didapati lebih panas dan biasa antara 1 darjah celcius ke dua darjah celcius, malah suhu terendah bulan Januari 2016 lebih tinggi daripada rekod suhu terendah jangka panjang bagi Januari.

“MetMalaysia menjangkakan keadaan yang sama akan berlarutan sehingga bulan Jun 2016. Sehubungan dengan itu suhu minimun dijangka tidak akan turun ke 20 darjah celcius sepanjang bulan Februari 2016 seperti yang dilaporkan. MetMalaysia akan sentiasa memantau perkembangan ini dari semasa ke semasa,” petik kenytaan jabatan itu.

Kenyataan itu turut menyebut yang peningkatan suhu ini adalah selari dengan jangkaan awal apabila kesan El Nino menyebabkan peningkatan suhu antara 0.5 hingga 2.0 darjah celcius.

Menerusi laman web rasmi jabatan itu iaitu www.met.gov.my, orang ramai diingatkan untuk tidak mendapatkan maklumat di laman sosial Facebook (FB) lain, selain daripada laman rasmi mereka iaitu www.facebook.com/malaysiamet.

Terdahulu sebuah akhbar melaporkan bahawa penduduk di sekitar Perak dan Kelantan akan merasai cuaca sejuk dan nyaman seperti musim bunga di London.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live