Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Proton Naikkan Harga Semua Model Berkuatkuasa 15 Februari

$
0
0

Proton Holdings Bhd akan melaksanakan langkah yang melibatkan kenaikan harga semua kereta Proton, berkuat kuasa 15 Februari, 2016.

Langkah ini akan menyaksikan kenaikan sebanyak RM312 kepada maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model, menurut Proton dalam kenyataan Isnin.

Kenaikan itu sejajar dengan kesan kejatuhan ringgit berikutan kebanyakan bahan mentah dibeli dalam mata wang asing.

Penyusutan ringgit telah memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian eko-sistem, kata Proton.

Bagi mengurangkan impak yang memberi kesan kepada keuntungan Proton sejak Ogos 2015, syarikat telah berusaha dalam mengurangkan kos operasi dan melaksanakan rasionalisasi operasi, yang mana perlu.

Senarai penuh semakan semula harga itu akan dinyatakan di laman web Proton apabila harga baharu berkuat kuasa.


‘Ola Bola’ Catat Kutipan RM2.5j Empat Hari Tayangan

$
0
0

Filem “Ola Bola” yang mula ditayangkan pada 28 Jan lalu menerusi 126 pawagam di seluruh negara dan Brunei berjaya mengutip RM2.5 juta dalam tempoh empat hari.

Ketua pegawai operasi Astro, Henry Tan, berkata filem fiksyen sentuhan pengarah Chiu Keng Guan itu turut mendapat sokongan dan reaksi positif rakyat Malaysia.

BACA: Tonton Ola Bola (2016) Full Movie

“Malah Ola Bola turut memberikan impak besar di laman-laman sosial dan menjadi trending di laman Twitter sebanyak enam kali.

“Istimewanya, rata-rata tweet di laman Twitter dibanjiri oleh pemilik akaun dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Henry berkata filem tersebut bukan hanya memaparkan sukan bola sepak, tetapi juga menonjolkan semangat perpaduan di Malaysia.

Filem ini katanya memiliki jalan cerita yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Diilhamkan daripada kisah benar, “Ola Bola” mengisahkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Russia pada 1980.

Filem ini menampilkan aktor hebat Bront Palarae dan Frankie Lee, pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-27.

Mukhriz Sah Diganti, Nama MB Kedah Baharu Diumum Hari Ini

$
0
0

Krisis politik Kedah yang berlarutan sehingga kira-kira dua minggu berakhir apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini sah akan digantikan dengan pemimpin lain.

Mukhriz dikatakan sudah dimaklumkan oleh pihak istana dan beliau akan mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman, jam 10 pagi ini berhubung keputusan itu.

Pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, ketika dihubungi pula meminta pihak media bersedia untuk satu sidang media hari ini, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat, kebanyakan wakil rakyat khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberikan gambaran mengenai perubahan tampuk pentadbiran negeri itu yang bakal menyaksikan Mukhriz diganti.

Menurut mereka, kemelut politik negeri semakin hampir ke penghujung dan harapan melihat pembaharuan pentadbiran seperti disuarakan dalam sidang media di Hotel Grand Alora, di sini pada 20 Januari lalu makin pasti dicapai.

Seorang ADUN memberitahu BH, Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah membuat keputusan selepas semua 21 ADUN Barisan Nasional (BN) dan 15 pembangkang dipanggil menghadap semalam dan kelmarin.

Katanya, secara prinsip Mukhriz akur dengan kehendak parti dan bersedia melepaskan jawatan manakala Jemaah Pemangku Sultan Kedah selepas menemui semua ADUN membuat kesimpulan bahawa Mukhriz hilang sokongan majoriti.

“Berdasarkan maklumat diterima, Jemaah Pemangku Sultan Kedah dimaklumkan berpuas hati dengan kenyataan semua ADUN yang dipanggil menghadap dan kita hanya menunggu keputusan penting yang akan diumumkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah, dalam tempoh terdekat.

‘Luluh Hati Saya Bila Nampak Seluar Trek Awa’– Bapa

$
0
0

“Saya tak sangka yang arwah jatuh dalam lubang tu. Saya mula-mula tak percaya sampai saya nampak seluar trek dia,” kata bapa Raja Nur Najjuwa Arianna, Raja Mohamad Shahrunnizam.

Raja Nur Najjuwa Arianna, 7, ditemui meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh di dalam lubang kumbahan di belakang tandas Sekolah Rendah Agama, Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, di sini, hari ini.

Raja Mohamad Shahrunnizam Raja Harun, 44, berkata, pada mulanya hanya menyangka anak yang dipanggil Awa itu terjatuh ketika berlari dengan kawan-kawannya selepas dimaklumkan guru berhubung kejadian.

“Ustazah telefon beritahu Awa jatuh dan selepas sampai sekolah saya terkejut rupanya dia jatuh dalam lubang kumbahan.

“Mula-mulanya saya tak percaya sampaikan saya nampak seluar trek kepunyaan arwah,” katanya selepas ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Penghulu Benteng di sini, hari ini.

Dia dan isteri-isterinya Noor Azlina Roslan, 32, dan Hamimahwati Abu Bakar, 48, masih lagi bersedih dan terkejut dengan pemergian anak kelima dari tujuh beradik itu.

“Kejadian masih baru lagi berlaku, kami tak dapat nak fikir lagi apa-apa. Tapi saya reda dengan cara dia pergi. Ini dah ketentuan,” katanya.

Ahmad Bashah Diumum MB Kedah Baharu Pagi Rabu

$
0
0

Kemelut jawatan Menteri Besar Kedah dijangka berakhir pagi ini (Rabu- 3 Februari) apabila Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah akan diumumkan sebagai Menteri Besar yang baharu.

Dijangka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din akan mengumumkan nama Menteri Besar baru itu selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya melalui satu sidang media pada pukul 10 pagi.

BACA: Mukhriz Sah Diganti, Nama MB Kedah Baharu Diumum Hari Ini

Keputusan tersebut dicapai setelah jemaah pangkuan raja selesai bermesyuarat pada malam tadi di Istana Anak Bukit.

Sejak 20 Jan lepas, suasana politik di Kedah ‘panas’ apabila Mukhriz menerima tekanan daripada barisan kepimpinan UMNO Kedah yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

(Video) Pelajar Dipaksa Jilat Jalan, Menyalak Seperti Anjing

$
0
0

Sebuah video menunjukkan dua pelajar sekolah menengah dibuli oleh sekumpulan remaja menjadi viral di media sosial.

Video berdurasi 35 saat itu dimuat naik di sebuah halaman Facebook pada Sabtu lalu, memperoleh 45,325 ‘view’ dan 541 ‘like’, dengan sekurang-kurangnya 184 komen mengutuk tindakan tersebut.

Dalam video itu, sekumpulan remaja berpakaian biasa memaksa seorang pelajar sekolah menengah menjilat jalan, manakala seorang lagi mangsa dilihat berdiri berdekatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din yang mengulas mengenai laporan berhubung video itu berkata, enam remaja lelaki, berusia antara 18 dan 20 tahun, ditahan.

“Kesemua suspek ditahan pada Isnin. Kita turut merampas enam telefon bimbit.

“Mereka direman selama tiga hari sehingga Khamis ini,” katanya.

Mohd Zaini berkata, berdasarkan siasatan, kedua-dua mangsa merupakan pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Sea Park di sini.

“Mangsa dipaksa menjilat jalan dan menyalak seperti anjing selepas mereka dituduh mengambil gambar perempuan tanpa kebenaran,” katanya sambil menambah insiden berkenaan berlaku pada akhir bulan lalu.

Annuar Puji Najib Selesaikan Krisis Politik Kedah Dengan Bijaksana

$
0
0

Ketua Penera­ngan UMNO, Tan Sri Annuar Musa memuji ketenangan serta kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan saluran, proses dan ka­edah yang betul dalam menyelesaikan kemelut politik Kedah.

Beliau berkata, Perdana Menteri tidak mengambil langkah terburu-buru sebaliknya menggunakan pendekatan mendengar pandangan pelbagai pihak sebelum menentukan sebarang keputusan mengenainya.

Selepas kemelut tersebut tercetus katanya, Najib telah mendapat maklum balas semua pihak termasuk Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sendiri meskipun Pre­siden UMNO mempunyai kuasa menentukan calon Menteri Besar.

“Dalam isu ini, Najib mengambil masa dan mengikut proses dengan berjumpa Mukhriz, ketua-ketua UMNO bahagian, wakil-wakil rakyat bagi mendapatkan maklum balas sebelum membuat sebarang keputusan.

“Selepas berpuas hati dengan maklum balas yang diterima, Perdana Menteri seterusnya menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mengemukakan calon Menteri Besar.

“Pada saya, ini satu contoh pemimpin yang menggunakan kebijaksanaan dan saya percaya kemelut ini akan diselesaikan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas melawat Veteran UMNO, Tan Sri Hussein Ahmad di rumahnya di Kampung Lemal, di sini hari ini.

‘Kurang Sikit Dosa Suami Kena Tanggung’– Erin Malek

$
0
0

Sejak Erin Malek memuat naik beberapa foto beliau berhijab di akaun Instagram, cetus persoalan dikalangan pengikutnya adakah benar Erin kini sudah menutup aurat.

Tidak mahu ia terus menjadi tanda tanya, Erin mengesahkan beliau kini sudah berhijab sepenuhnya. Jelas Erin, beliau sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi seorang muslimah dan akhirnya ia terlaksana pada bulan Januari lepas.

Malah, keputusan beliau untuk berhijrah juga mendapat sokongan daripada suami tercinta Farriz Fauzy.

Nak pakai tudung sudah lama rasanya, kadang-kadang di rumah pernah juga bertanyakan kepada adik saya, mengenai tudung ini kerana ialah saya takut tidak bersedia. Alhamdulillah kini saya sudah pun bertudung.

Suami saya gembira dengan perubahan ini, kerana katanya kurang sedikit dosa yang perlu ditanggungnya kelak.

Alhamdulillah, semoga perubahan Erin ini kekal sehingga akhir hayat. InshaAllah.


Kronologi Penuh Krisis Menteri Besar Kedah

$
0
0

Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Berikut adalah kronologi sepanjang krisis Menteri Besar Kedah berlangsung sejak 20 Januari lalu.

JANUARI

20 Januari- Sekumpulan pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sidang media selepas perjumpaan tertutup kepimpinan UMNO negeri.

20 Januari- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat supaya menilai prestasinya sejak Barisan Nasional berjaya merampas semula Kedah daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“Serah kepada rakyat menilai keberkesanan pentadbiran saya,” katanya.

20 Januari- Hampir 1,000 orang berkumpul di pekarangan Bangunan UMNO Negeri Kedah pada malam 20 Januari sebagai tanda sokongan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Mereka berkumpul sejak pukul 8 malam, menunggu ketibaan Mukhriz di bangunan itu dikatakan untuk menghadiri mesyuarat UMNO Bahagian Jerlun.

21 Januari- Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah hanya boleh ditentukan menerusi undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau kuasa pada Jemaah Pemangku Sultan negeri itu, kata pakar-pakar perlembagaan.

21 Januari- Anak perempuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyatakan sokongan kepada bapanya melalui satu status yang dimuat naik ke akaun Instagram peribadinya pada Rabu.

21 Januari- Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyatakan sokongan kepada Mukhriz. Menurut beliau, Mukhriz adalah seorang pemimpin UMNO yang berkaliber dan disenangi oleh ahli-ahli parti dan rakyat.

21 Januari- Penyokong bola sepak Kedah tidak mahu kehilangan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

21 Januari- Mukhriz menegaskan bahawa beliau tetap setia kepada UMNO dan menolak andaian akan melompat ke parti lain.

21 Januari- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua UMNO Bahagian di Kedah.

21 Januari- Mukhriz memberi amaran untuk bertindak terhadap mana-mana pihak yang dilihat cuba menganiayai dirinya dan rakyat Kedah.

22 Januari- Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang terlibat dalam mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) enggan berkongsi butiran mengenai apa yang dibincangkan.

23 Januari- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan kemelut politik Kedah.

23 Januari- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyeru agar krisis dalaman UMNO Kedah diselesaikan secara rasional dan penuh semangat kekeluargaan.

24 Januari- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya ‘gila jawatan menteri besar’.

25 Januari- Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa kumpulan yang cuba menyingkirkan Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar Kedah merupakan kumpulan sama yang menyebabkan UMNO kalah di Kedah pada pilihan raya umum 2008.

25 Januari- Tidak timbul isu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah dipaksa menandatangani surat akuan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau difahamkan majoriti ADUN telah membuat akuan tersebut dan mereka bertindak atas kerelaan sendiri.

27 Januari- Mukhriz berkata beliau menerima apa sahaja keputusan membabitkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah, serta bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

29 Januari- Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn.

29 Januari- Mukhriz diminta keluar dari mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Arahan itu diberi oleh setiausaha agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

29 Januari- Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak menolak beberapa cadangan nama sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Mukhriz.

30 Januari- Ketidakhadiran enam anggota Exco kerajaan negeri Kedah ke mesyuarat Exco pada 27 Januari lalu mencetuskan kemurkaan Sultan Kedah dan ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, kata Mukhriz.

31 Januari- Mukhriz mengesahkan beliau tidak akan menghadiri pertemuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dengan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

FEBRUARI

1 Februari- Susulan krisis politik yang melanda negeri Kedah, 20 daripada 21 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman.

1 Februari- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri enggan mengulas kenyataan Mukhriz mendesak supaya pemimpin UMNO terlibat memohon maaf secara rasmi kepada Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

2 Februari- Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah berkumpul di sebuah hotel di Alor Setar bagi membincangkan krisis UMNO negeri.

2 Februari- Seramai 13 daripada 15 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri Kedah menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung isu kedudukan menteri besar.

2 Februari- Kemelut politik Kedah yang berlarutan hampir dua minggu bakal menemui noktah apabila menteri besarnya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir kini sah akan digantikan.

Menurut sumber terdekat dengan menteri besar, Mukhriz dikatakan sudah dimaklumkan oleh pihak istana dan beliau akan mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman, jam 10 pagi Rabu berhubung keputusan itu.

3 Februari- Mukhriz umum letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

3 Februari- Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

‘Saya Tak Lena, Cuma Hayati Ucapan Tuanku’– Ahmad Bashah

$
0
0

“Saya tidak lena tetapi hanya pejam mata sebab nak menghayati ucapan tuanku pada majlis di istana tempoh hari”.

Demikian penjelasan bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai video berkenaan yang menjadi viral sebelum ini.

Sebagai tetamu yang duduk di barisan hadapan, tidak mungkin beliau akan terlena atau tidur dalam majlis besar seperti itu.

“Saya duduk sebaris dengan semua tetamu kenamaan termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Jadi tidak mungkin saya akan berbuat demikian.

“Semua dakwaan itu adalah tidak benar dan sengaja memberi gambaran negatif terhadap saya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno Kedah di Bangunan Tunku tengah hari ini.

Mengulas mengenai pesanan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar tidak lena ketika majlis angkat sumpah di Istana Anak Bukit hari ini beliau berkata ia tidak akan berlaku.

Sambil menyifatkan nasihat itu sebagai nakal, Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah berkata, perkara seperti itu tidak wajar ditimbulkan.

“Mungkin ada niat lain di sebalik nasihat yang tidak begitu bernas,” katanya.

Tarikh Dividen & Bonus Tabung Haji 2015-2016 Diumumkan

$
0
0

Tarikh dividen dan bonus Tabung Haji 2015-2016 diumumkan keluar. Seperti yang dimaklumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji, kadar dividen dan bonus TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 akan diumumkan pada Khamis, 4 Februari 2016. Manakala pembayaran dividen dan bonus pula akan dikreditkan ke akaun pencarum atau pendeposit secara automatik selewat-lewatnya sebelum Tahun Baru Cina 2016.

Tarikh Pengumuman Dividen & Bonus Tabung Haji 2015-2016

Akan diumumkan keluar pada Khamis, 4 Februari 2015 jam 11.30 pagi di ibu pejabat LTH di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Tarikh Pembayaran Dividen & Bonus Tabung Haji 2015-2016

Akan dikreditkan ke akaun pencarum atau pendeposit secara automatik selewat-lewatnya sebelum Tahun Baru Cina 2016.

Sayu, Dua Beranak Ini Hanya Mampu Beli Nasi Putih & Air Kosong Sahaja

$
0
0

Walaupun Malaysia dianggap negara yang sudah maju sebenarnya masih ada rakyat yang dalam kedaifan. Tidak kira di pendalaman mahupun di bandar.

Kalau di Bandar kebanyakkan mereka menjadi gelandangan. Ada yang tidur tepi jalan, ada yang hanya makan apa yang mereka temui sahaja. Agaknya bagaimana mereka mandi.

Sekiranya anda berjalan atau terserempak dengan mereka yang dalam kesusahan, bantulah semampu yang boleh. Tetapi tengok juga kerana kadang-kadang ada yang mengambil kesempatan.

Ini kisah Amirul Adeeb yang terserempak dengan dua-beranak yang dalam kesusahan. Seorang yang cacat penglihatan bersama anak perempuan sedang menikmati makanan tetapi hanya nasi putih dengan air kosong sahaja.

Kita yang selalu fikir makan tidak enak, sebenarnya masih ada yang hanya makan sebegitu sahaja.

Amirul tidak berfikir panjang untuk membantu pakcik dan anaknya. Walaupun tidak banyak yang dihulurkan tetapi sekurang-kurangnya dapatlah juga membantu pakcik itu.

Menurut Amirul, pakcik ini sentiasa berada di kawasan Masjid India. Mana tahu ada yang mahu membantu. Harapnya dengan kisah yang dikongsikan ini dapat membantu pakcik tersebut.

Sumber FB Amirul Adeeb.

Assalammualaikun semua. Sebak rasa hati aku bila tengok pakcik ni dengan anak beliau cuma makan nasi putih dengan air…

Posted by Amirul Adeeb Afandy on Tuesday, January 26, 2016

Mukhriz Memang Patut Kena Buang, Sindir Nazri Aziz

$
0
0

Datuk Seri Nazri Aziz menempelak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa beliau mendapat mandat dan sokongan rakyat terbanyak.

Dalam kenyataan kepada Free Malaysia Today, Nazri berkata Mukhriz tidak menjadi Menteri Besar secara individu sebagaimana Barack Obama bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat.

“Saya nak tanya dia, sejak bila dia bertanding atas nama peribadi. Sistem di sini bukan sistem macam Amerika, Barack Obama bertanding atas nama sendiri. Mana ada kajian tunjuk dia ada sokongan rakyat atas diri sendiri.

“Janganlah perasan sangat,” kata Nazri kepada Mukhriz.

Mukhriz pagi tadi meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah selepas tidak mendapat sokongan majoriti dalam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.

Nazri, yang juga Menteri Pelancongan turut mengutuk sindiran sinis Mukhriz kepada penggantinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah agar “tidak tidur semasa upacara angkat sumpah MB” esok.

“Saya fikir ia berniat jahat, peribadi, kelas rendah dan kebudak-budakan.

“Dia (Mukhriz) memang patut kena buang, tak mencapai tahap yang dikehendaki,” katanya.

Nazri turut menyatakan UMNO tiada masalah dengan janji Mukhriz bahawa beliau akan terus bersuara terhadap parti Melayu itu walaupun tiada lagi jawatan.

“Masa dia (Mukhriz) pegang jawatan Menteri Besar kita bagi bersuara, tak terjejas pun. Masa dia pegang jawatan pun dia komen macam-macam kita tak terkesan, apalah lagi bila dia tak pegang apa apa,” kata beliau.

(7 Gambar) Pemandu Van Sekolah Maut Dibelasah Bapa Saudara Murid

$
0
0

Akibat terlupa mengambil seorang murid sekolah agama di sini, seorang pemandu van maut selepas dipercayai dibelasah bapa saudara kanak-kanak terbabit di tepi Jalan Kampung Sungai Udang, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak, berkata dalam kejadian itu jam 7 malam, mangsa Mohd Izhharuddin Nordin, 24, dikatakan diekori suspek yang berusia 29 tahun dengan motosikalnya dan minta mangsa memberhentikan kenderaannya.

“Berlaku pertengkaran antara mereka dan suspek dikatakan menumbuk mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

“Selepas insiden berkenaan, mangsa dipercayai meninggal dunia di dalam van berkenaan,” katanya. Beliau berkata, sepasukan anggota polis memberkas suspek kira-kira sejam selepas kejadian itu di rumahnya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

(Video) Papagomo Mengamuk, Adik Kena Gangguan Seksual

$
0
0

Sejak semalam tersebar video menunjukkan Papagomo atau nama sebenarnya Wan Azri Wan Deris bertidak menyerang seorang pekerja asing. Ramai tertanya-tanya apakah punca beliau bertindak demikian?

Hari ini beliau tampil dengan penjelasan dan video versi panjang menceritakan perkara sebenar melalui akaun facebooknya Sir Azri.

Ikuti penjelasan beliau di bawah.

Isu video yang viral Aku penumbuk dan terajang lelaki pekerja asing. Cerita yang sebenar untuk makluman semua agar kau…

Posted by Sir Azri on Wednesday, 3 February 2016


‘Saya Amat Dukacita Dengan Peristiwa Ini’– Muhyiddin

$
0
0

Masa depan UMNO dibimbangi terjejas, dengan banyak keputusan diambil tanpa mengira sentimen dan kehendak rakyat.

Menurut Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambil kira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, masa depan parti mungkin akan terjejas.

Beliau yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah pada Rabu.

“Saya amat duka cita dengan peristiwa ini. Saya yakin rakyat tahu apakah sebab sebenar beliau disingkirkan. Di antara hak menyuarakan yang benar dengan tuntutan taat yang membuta tuli,” kata Muhyiddin dalam posting terbaharu di akaun Facebook beliau pada Rabu.

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSINAkhirnya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terpaksa melepaskan…

Posted by Muhyiddin Yassin on Wednesday, 3 February 2016

Kata Muhyiddin lagi, Mukhriz menerima tekanan berterusan daripada pihak yang mahu beliau berundur walaupun dalam masa sama menerima sokongan daripada majoriti rakyat Kedah.

“Oleh sebab tekanan politik yang luar biasa, maka hari ini beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar.

“Saya percaya, ramai rakyat Kedah yang kecewa. Bahkan, rakyat Malaysia juga kecewa,” tulis Muhyiddin.

Beliau dalam pada itu percaya dugaan hebat menanti pengganti Menteri Besar Kedah untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO, namun menaruh keyakinan bahawa Mukhriz mampu menghadapi dugaan ini.

“Beliau seorang pemimpin yang berintegriti dan mempunyai karisma.

“Segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ini satu permulaan kepada perjuangan yang lebih panjang,” tambah Muhyiddin.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.
Tempat beliau diganti oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah dan Adun Bakar Bata untuk lima penggal sejak 1995.

Ahmad Bashah Angkat Sumpah MB Kedah Ke-12

$
0
0

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah angkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah ke-12 di Istana Anak Bukit sebentar tadi.

Ahmad Bashah, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bakar Bata melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Yang turut hadir dua lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama pada majlis itu ADUN dan Anggota Parlimen Kedah serta pegawai kanan kerajaan negeri.

Semalam, Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkuat kuasa hari ini.

Ia susulan pengumuman peletakan jawatan Mukhriz yang telah hilang sokongan majoriti wakil rakyat di negeri ini.

(7 Gambar) Majlis Akad Nikah Nas-T & Atita Haris

$
0
0

Gambar sekitar majlis akad nikah Nas-T dan Atita Haris. Tahniah diucapkan kepada Nas-T dan Atita Haris yang telah selamat diijabkabul pada Jumaat, 29 Januari 2016. Majlis pernikahan diadakan secara tertutup di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 19, Subang Jaya pada jam 10.30 pagi. Manakala majlis resepsi perkahwinan akan berlangsung di Hotel One City, Subang Jaya pada 4 Mac 2016.

Gambar Nikah Nas-T & Atita Haris 29 Januari 2016

Ini 10 Manfaat TPPA Kepada Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

$
0
0

Malaysia dan 11 negara lain hari ini menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik di Aukland, New Zealand. 12 negara yang terlibat mewakili 40 peratus ekonomi dunia dan akses pasaran yang luas kepada perniagaan Malaysia.

Ini 10 manfaat utama TPPA kepada Malaysia menurut rangkuman Bernama.

1. Peningkatan gaji untuk pekerja tidak mahir diunjur meningkat sebanyak 0.45-0.91 peratus dan pekerja mahir sebanyak 0.38-0.78 peratus.

2. Dasar Bumiputera dan PKS kekal pada status quo sedia ada.

3. Lebih daripada 90 peratus peningkatan ekonomi disumbangkan menerusi langkah bukan tarif yang lebih rendah.

4. Eksport dijangka meningkat mengatasi pertumbuhan import, sekali gus lebihan dagangan dijangkakan mengecil kepada 4.3-5.2 peratus KDNK pada 2027

5. Sektor yang menyumbang kepada 20 peratus KDNK Malaysia pada 2014 dijangkakan akan mencatat pertumbuhan keluaran yang lebih tinggi, terutama subsektor pembuatan.

6. Syarikat berorientasikan eksport akan memproleh manfaat daripada akses pasaran yang lebih luas.

7. Syarikat akan memperoleh manfaat menerusi akses kepada pemerolehan kerajaan, liberalisasi digital yang lebih luas selain penguatkuasaan perlindungan rahsia perdagangan

8. Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia diunjur meningkat sebanyak US$107 bilon kepada US$211 bilion antara 2018-2027.

9. Pelaburan diunjur meningkat kepada US$239 bilion antara 2018-2027 – disumbang pelaburan yang lebih tinggi dalam industri tekstil, pembinaan dan perdagangan pengedaran.

10. Penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS) mungkin meningkatkan kos kepada kerajaan, namun perlindungan sudah disediakan bagi menangani saman dan melindungi dasar terutama dalam bidang kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.

Ia juga meningkatkan perlindungan ke atas syarikat Malaysia yang melabur di luar negara.

Jual Tudung Ke Israel, Neelofa Buat Peminat Berang

$
0
0

Pelakon Neelofa boleh berbangga kerana tudung berjenama Naelofar Hijabnya semakin mendapat tempat di serata dunia, sehingga ada yang memesan penghantaran secara pos.

Namun, kiriman terbaru Naelofar dikecam peminat Neelofa di laman sosial Instagram, semata-mata kerana pelanggan tersebut menetap di negara Israel.

Semalam, Neelofa memuat naik gambar butiran bungkusan yang akan dikirimkannya kepada pelanggan bernama Malak Sami Magadly Abu Hasna di Israel pada 27 Januari lepas.

Sehingga artikel ini ditulis, Neelofa sendiri belum mengeluarkan apa-apa kenyataan atau mungkin malas mahu melayan kerenah keyboard warrior yang tidak henti-henti mencari kesalahan orang lain.

Sebelum ini, Neelofa turut menarik perhatian rakan-rakannya kerana bertindak unfollow mana-mana akaun bagi mengurangkan negativiti di dalam hidupnya.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live