Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 2

$
0
0

Video Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Minggu 2 secara online. Gelanggang Maharaja Lawak Mega musim 2016 kini sudah berada di minggu kedua pada Jumaat 5 Februari 2016. MLM 2016 minggu 2 akan disiarkan secara langsung dari Royale Teater Shah Alam menerusi saluran Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak menerusi Astro Mustika HD jam 10 malam. Bagi yang tidak berkesempatan menonton MLM 2016 minggu 2, anda boleh tonton di laman ini sebaik sahaja rancangan tamat.

Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 2

*video akan diupload sepanjang program berlangsung.


Tabung Haji Umum Bonus 5 Peratus Kepada 8.85 Juta Pendeposit

$
0
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pembayaran bonus tahunan sebanyak 5 peratus kepada 8.85 juta pendeposit bagi tahun kewangan 2015.

Selain itu, bonus tambahan 3 peratus juga diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan ibadah haji sekali gus menjadikan bonus keseluruhan 8 peratus.

Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini.

“Pada asalnya, TH merancang untuk mengagihkan keseluruhan keuntungan 2015 sebanyak RM3.53 bilion sebagai bonus.

“Namun, setelah mengambil kira pandangan Bank Negara Malaysia dan prospek ekonomi tahun ini, TH akan menyimpan RM300 juta dari Keuntungan Boleh Agih tahun ini kepada Rizab Boleh Agih tersebut,” kata Jamil Khir pada sesi pengumuman itu.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu adalah Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.

Tahun lalu, TH membayar bonus sebanyak 6.25 peratus kepada 8.6 juta pendeposit dengan bonus tambahan dua peratus diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan ibadah haji.

‘Yang Dicerca & Dikeji Itu Abah Saya’– Anak Ahmad Bashah

$
0
0

Anak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meluahkan rasa hati berkenaan cercaan dan hinaan yang dibuat di media sosial kepada bapanya.

Azira Hafiza Ahmad Bashah memuat naik status berbaur kecewa itu pada Khamis apabila bapanya dicerca sebagai ‘kaki tidur’ dan ‘hanya punya SRP’ susulan perlantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Status berkenaan menjadi perhatian apabila, Azira turut menulis mengenai pengorbanan bapanya terhadap negeri Kedah yang mungkin tidak ramai yang mengetahuinya.

“Kaki “tidur”, yang dicerca, dikeji, dimaki tu adalah abah saya. Saya bangga dengan beliau. Lawak bila orang yang tak pernah kenal, tak pernah bersua, baca entah dari sumber yang mana, tak pernah tegur, boleh bercakap macam-macam,” tulis Azira.

Azira turut bersedih apabila kelulusan bapanya menjadi satu penghinaan dan bahan jenaka netizen.

“Ya. Abah sekolah tak tinggi. Tak ada Master, tak ada PHD, apatah lagi diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli motivasi/professional trainer. Haha. Sebab abah yang kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga dia. Jaga kakak, dan adik-beradik lain lepas ayah abah meninggal. Kerja jual telur ayam, jual durian, kelindan lori, you name it. Tapi kalau tengok adik-beradik abah Alhamdulillah semua berkelulusan tinggi dan ada yang dari luar negara.

Malah Azira turut mempersoalkan penghinaan yang diberikan netizen terhadap bapanya yang dianggapnya keterlaluan kerana ramai tidak tahu mengenai pengorbanan bapanya.

“Siapa yang tengok dan tahu susah payah dia dan jentera yang lain lepas Kedah kalah dalam sejarah dulu. Bila nak dekat GE13 anak-anak tak payah cakap, berapa hari yang kami dapat jumpa sembang dengan abah. Nak jumpa pun tak menyempat.

“Kalau abah ada salah dan silap dengan Mukhriz, and vice versa saya tak berapa risau sebab mereka boleh sama-sama minta maaf. Cuma keyboard warriors yang maksum dan confirm masuk syurga dah ready nak berjumpa dekat padang masyar nanti? Sesiapa yang sungguh tak berkenan dekat abah, saya sarankan berdoalah pada Allah. Sesungguhnya doa “rakyat teraniaya” tiada hijab.”

Namun begitu, Azira memaafkan orang yang menabur fitnah terhadap bapanya dan mereka yang mendoakan perkara-perkara buruk ke atas keluarganya.

“InsyaAllah, saya wakil dari ahli keluarga meminta maaf dan memaafkan anda semua yang memaki, mencaci memfitnah sebab anda semua tak kenal abah. Takpa lah, abah dah takda mak ayah untuk dapat dakapan syahhhdu seorang ibu/bapa pemberi semangat dan ditenangkan macam dia. Tapi abah ada kami. Saya juga doakan isteri/suami/anak/ahli keluarga keyboard warriors sihat hendaknya serta dirahmati Allah dunia akhirat, dapat belajar oversea dan tidak dipanah petir.”

Krisis Menteri Besar Kedah menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar apabila pada 20 Januari, sekumpulan pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.

Kemudian pada Rabu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi melantik Mukhriz yang meletak jawatan.

‘Dah Lima Meter, Baru Nampak Harimau Itu’

$
0
0

Sedih dan masih terkejut, itu yang dialami oleh Mohd Syahrin Abdul Aziz, 43, apabila dia tanpa sengaja melanggar seekor harimau belang dewasa ketika melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 11.45 malam semalam, harimau itu mati selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Mohd Syahrin di KM321.2 lebuh raya berkenaan.

Bercakap kepada Sinar Online hari ini, Mohd Syahrin berkata kejadian berlaku terlalu pantas, dan dia hanya menyedari harimau itu ketika mana haiwan itu berada terlalu hampir dengan keretanya.

“Laluan itu memang gelap, memang tiada kenderaan lain selain saya…tiba-tiba dalam jarak lima meter baru saya nampak harimau itu, saya hanya sempat menjerit ‘harimau’ tetapi apakan daya saya tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak daripada harimau itu dilanggar,” katanya.

Katanya lagi, selepas pelanggaran itu, dia memberhentikan keretanya untuk melihat keadaan harimau itu.

“Saya berhenti agak jauh dari tempat kejadian, sebab takut-takut ada harimau lain yang datang…selang lima minit kemudian ada kereta berhenti dekat saya, tanya apa berlaku, lepas itu dia mintak dekat saya hendak ambil harimau itu saya cakap tidak boleh

“Selepas itu, dalam 20 minit kemudian ada Peronda LPT datang lalu ambil harimau itu. Kemudian polis pula datang selepas itu saya maklumkan bahawa harimau itu telah diambil oleh Peronda LPT,” katanya.

Ujarnya, selepas semua selesai dia telah membuat satu laporan di Balai Polis Kemaman pagi tadi.

“Saya bersyukur sebab keluarga saya selamat, tetapi sedih mengenangkan nasib harimau itu. Saya dimaklumkan bahawa harimau itu adalah haiwan perlindungan yang hampir pupus, hanya ada 11 ekor di Semenanjung Malaysia,” katanya.

‘Di Israel, Lebih 20 Peratus Penduduknya Beragama Islam’– Neelofa

$
0
0

Baru-baru ini tindakan Neelofa memuatnaik resit pembelian pelanggannya dari Israel telah menerima reaksi berbaur. Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Neelofa menjelaskan niatnya hanyalah untuk memenuhi kehendak penduduk beragama Islam di sana.

“Saya tahu isu ini agak sensitif tapi niat saya hanya mahu memenuhi kehendak penduduk beragama Islam di sana yang ingin membeli tudung kami. Urusan jual beli itu berlaku antara individu berkenaan dengan pihak saya, secara peribadi”

“Penting untuk saya beritahu bahawa urus niaga itu tidak melibatkan kerajaan mereka pun, apatah lagi Naelofar Hijab memang menyediakan penghantaran pengeposan ke seluruh dunia. Seharus­nya orang kita berbangga apabila ada produk tempatan mendapat permintaan sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Selain ada individu yang mahu gambar tersebut dipadam, Neelofa lebih suka dengan pendekatan mendidik dan secara tidak langsung orang ramai dapat belajar mengenai perkara berkenaan, hanya dari sekeping gambar tersebut.

“Barangkali ramai yang tak sedar mengenai hal ini. Individu itu juga bukanlah pelanggan pertama kami, tetapi sudah ramai yang membeli tudung Naelofar Hijab datangnya dari negara berkenaan.

“Sekurang-kurangnya mereka yang salah anggap itu dapat membuang tafsiran negatif dan sama-sama dapat maklumat. Di sana ada lebih daripada 20 peratus penduduk Islam,” jelasnya.

‘Rafidah Kini Dah Terjebak Dengan Permainan Pembangkang’– Shahrizat

$
0
0

Ketua Wanita Umno, Datuk Sharizat Abdul Jalil menegur tindakan veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang secara jelas menolak kepimpinan presiden parti itu.

Dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat, Shahrizat berkata, sejak kebelakangan ini kenyataan Rafidah seolah-olah menunjukkan beliau tidak lagi taat dan patuh kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya hairan dan geleng kepala apabila membaca posting beliau. Selama 22 tahun Tan Sri Rafidah memimpin Wanita, kami sering diingatkan supaya sentiasa disiplin dan taat patuh kepada kepimpinan parti terutama kepada Presiden.

“Prinsip ini seolah-olah telah digadai bila mana beliau secara terang menyangkal kepimpinan Presiden Umno dan membuat pelbagai persepsi serta andaian terhadap isu yang berlaku di dalam parti dan kepimpinan negara,” katanya.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengenai isu politik terutama tentang kepimpinan Najib dan kemelut politik di Kedah.

Jelas beliau lagi, Rafidah yang dikenalinya pada hari ini seakan-akan terjebak dengan permainan pembangkang yang mahu melemahkan parti.

“Sayang seribu kali sayang, Tan Sri Rafidah yang dulu kebal dengan prinsip, kini seakan terjebak dengan permainan pembangkang untuk melemahkan parti,” katanya.

Bagaimanapun, Shahrizat berkata, Wanita Umno akan terus istiqamah memegang prinsip kesetiaan dan menyokong kepimpinan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Katanya, langkah itu dibuat kerana Najib mengambil berat perjuangan parti dan menjaga kebajikan rakyat dengan baik ketika seluruh dunia berdepan cabaran globalisasi.

“Kesetiaan Wanita Umno kepada Presiden dan parti tidak mudah digoyah,” tegasnya.

Live Streaming Kelantan vs T-Team 6.2.2016 Friendly

$
0
0

Kelantan akan mengadakan perlawanan persabatan Liga Super menentang T-Team di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini. Perlawanan friendly Kelantan vs T-Team ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Internet TRW TV bermula pukul 9.00 malam. Bagi mereka yang tidak berpeluang menonton secara live di kaca tv, anda juga boleh menontonnya secara online menerusi link live streaming Kelantan vs T-Team di sini.

Live Streaming Kelantan vs T-Team 6.2.2016 Friendly
TRW TV

Keputusan Semasa Kelantan vs T-Team 6.2.2016 Friendly
Kelantan [0] – [0] T-Team

Tarikh Keputusan MRSM 2016 Tingkatan 1 & 4 Diumumkan

$
0
0

Tarikh keputusan MRSM 2016 Tingkatan 1 & 4 diumumkan keluar. Menerusi hebahan akhbar, keputusan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi 2016 akan diketahui pada Jumaat, 5 Februari 2016. Semakan keputusan MRSM 2016 boleh dibuat secara online atau sistem pesanan ringkas (SMS).

Tarikh Keputusan MRSM 2016 Tingkatan 1 & 4 Diumumkan

Keputusan MRSM 2016 akan diumumkan keluar pada Jumaat, 5 Februari 2016

Semakan Keputusan MRSM 2016 Tingkatan 1 & 4

Tingkatan 1: Sila klik https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp

Tingkatan 4: Sila klik http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp


Gambar Nikah Shaheizy Sam & Syatilla Melvin 8.2.2016

$
0
0

Gambar nikah Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin 8.2.2016. Pelakon popular Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin akan melangsungkan pernikahan malam ini di kediaman keluarga Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang jam 9 malam. Terdahulu, mereka telah mengikat tali pertunangan malam tadi bertempat di kediaman keluarga Syatilla. Untuk info, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan dilangsungkan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang. manakala majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Gambar Nikah Shaheizy Sam & Syatilla Melvin 8.2.2016

‘Saya Sudah Tidak Berminat Untuk Taja Kedah’– Abang Terlajak Laris

$
0
0

Pengasas D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, pihaknya sudah menarik diri daripada menjadi penaja buat pasukan Kedah.

Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Terlajak Laris’ berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau tidak lagi berminat untuk menaja pasukan Helang Merah itu.

“Sudah, saya tidak berminat,” katanya ringkas menerusi WhatsApp kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah pihaknya sudah membuat keputusan untuk menjadi penaja Kedah atau sebaliknya.

Namun ketika ditanya kenapa pihaknya menarik diri, Aliff Syukri enggan mengulas lanjut.

Januari lalu, Aliff Syukri mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bagi membincangkan mengenai penajaan skuad Helang Merah.

Tetapi, disebabkan oleh krisis politik yang melanda Kedah baru-baru ini yang telah menyebabkan Mukhriz terpaksa mengundurkan diri daripada jawatan menteri besar dan jawatan lain termasuk presiden KFA, Aliff Syukri terpaksa menarik diri dari menaja Kedah.

(Video) Pengantin Diserang Isteri Pertama Ketika Sanding

$
0
0

Kecoh di laman sosial hari ini apabila tersebarnya video pengantin lelaki diserang isteri pertama di majlis persandingannya.

Video berdurasi hampir dua minit itu dimuatnaik oleh sebuah laman Facebook sejak semalam dan telah ditonton oleh hampir satu juta pengguna Facebook setakat ini.

Isteri Serang Suami Di Majlis Sanding.. Suami khawin lagi Satu Tanpa Pengetahuan Isteri.Cerita Penuh: http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/02/video-isteri-serang-majlis-persandingan.html

Posted by Wartawan jalanan on Saturday, 6 February 2016

Video tersebut memaparkan sebuah majlis persandingan terpaksa dihentikan ekoran daripada kunjungan mengejut isteri pertamanya yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya yang masih sah melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuannya.

Difahamkan isteri pertama dan perakam video tersebut datang ke majlis itu untuk mendapat keadilan dari si pengantin lelaki.

Pasangan pengantin itu yang jelas terkejut dengan kehadiran isteri pertama, lalu bingkas turun daripada pelamin, menyebabkan kebanyakan tetamu tercengang dan majlis terhenti serta-merta.

“Kami ke sini tidak ada niat nak malukan pengantin lelaki, tapi dia ni (isteri pertama) masih isteri dia (pengantin lelaki) lagi, kahwin senyap senyap…tiga bulan tinggalkan (isteri pertama). Mana mak pengantin lelaki, apa cerita ni?” soalnya bertubi-tubi.

Perbincangan antara keluarga pengantin lelaki dan pihak isteri pertama kemudiannya berlangsung di belakang pelamin di mana isteri pertama mengaku masih belum diceraikan oleh suaminya.

Si isteri pertama juga mengaku tidak dimaklumkan oleh suami tentang perkahwinan yang dilangsungkan.

Gambar Kahwin Atu Zero & Shafeeqa 8 Februari 2016

$
0
0

Gambar kahwin atau nikah Atu Zero & Shafeeqa Johari pada 8 Februari 2016. Tahniah diucapkan buat Atu Zero dan Shafeeqa Johari yang telah selamat diijabkabul jam 10 pagi tadi. Majlis akad nikah diadakan di kediaman ibu bapa Shafeeqa di Peserai, Batu Pahat. Manakala, majlis persandingan pula akan diadakan di sebelah petang ini.

Gambar Kahwin Atu Zero & Shafeeqa 8.2.2016

(7 Gambar) Abang Maut Dihempap Pikap, Paha Berlipat Atas Perut

$
0
0

“Kami terpaksa mengangkat mangsa lelaki berhati-hati memandangkan paha kanannya patah dan berlipat di atas perutnya. Dia ketika itu tidak sedarkan dan kepalanya berlumuran darah,” kata Mohd Adam Alwi, 45, saksi kejadian kemalangan maut di Kilometer 67, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Batu Tiong, di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 11 pagi, Wan Mohd Khairuddin Wan Mohamed, 36, maut sejurus kereta Perodua Myvi dipandu adiknya dirempuh pacuan empat roda.

Adiknya, Saadiah Wan Mohamed, 20, dan ibunya, Salbiah Hussin, 56, yang duduk di sebelah penumpang depan parah dalam kejadian itu.

Mohd Adam berkata, dia minum di warung berhampiran sebelum terdengar bunyi dentuman perlanggaran.

“Saya bergegas keluar dari kedai dan mendapati dua kenderaan remuk. Saya lihat penumpang kereta Myvi meraung kesakitan selepas perutnya tertikam serpihan papan pemuka kenderaan,” katanya.

Menurutnya, dia bersama penduduk kampung berusaha mengeluarkan penumpang belakang kereta terlebih dahulu memandangkan keadaan mangsa kritikal.

“Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan mangsa meninggal dunia sebaik tiba mendapatkan rawatan di Hospital Dungun,” katanya.

Difahamkan, tiga beranak terbabit dari Taman Sungai Jeluk, Selangor dan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.

Kejadian berlaku apabila kereta Perodua Myvi terbabit bertembung pacuan empat roda model Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 23 tahun dari Kuala Terengganu.

Rempuhan kuat itu menyebabkan kenderaan pacuan empat roda terbabit terbalik dalam keadaan keempat-empat tayarnya ke atas.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

Kisah Bekas Pekerja MAS Jadi Pemandu Teksi Kini Viral

$
0
0

Benar kata orang, rezeki itu ada di mana-mana. Tertutupnya satu pintu, akan ada satu pintu lain yang terbuka luas. Apa yang penting adalah kesungguhan dan doa yang berterusan.

Mungkin itu pengajaran yang boleh diambil daripada kisah seorang bapa yang diberhentikan perkhidmatannya daripada sebuah syarikat penerbangan, namun tidak menjadikan itu sebagai penghalang untuknya mencari rezeki buat keluarga.

Lelaki yang dikenali sebagai Zullifan Che Din itu, baru sahaja memulakan tugas sebagai pemandu teksi beberapa hari yang lalu.

Difahamkan, dia sebelum ini merupakan seorang kru penerbangan.

Anak Zullifan, Mohd Zulhelmi, memviralkan kisah bapanya itu di akaun Facebooknya, sebagai satu inisiatif membantu bapanya itu mendapatkan lebih ramai penumpang.

Lepas hampir setahun diberhentikan MAS, dua hari lepas Abah mulakan kerjaya baru sebagai pemandu teksi.Kalau ada…

Posted by Mohd Zulhelmie on Thursday, 4 February 2016

Baru empat hari, kisah kecekalan Zullifan tersebar luas di laman sosial, sekali gus menerbitkan rasa kagum orang ramai.

Malah ramai juga yang memuji usaha Zulhelmi ‘mengiklankan’ teksi bapanya, yang dilihat boleh menjadi strategi promosi paling berkesan.
Status di akaun Facebook Zulhelmi sudah menerima lebih 3,000 perkongsian dengan lebih 21 ribu likes.

(Gambar & Video) Penampakkan Yeti Cemaskan Pemain Ski

$
0
0

Pemain-pemain ski di Sepanyol kini berada dalam ketakutan setelah rakaman video dan gambar satu objek seakan-akan Yeti tersebar.

Video dan gambar-gambar tersebut dikatakan diambil di kawasan permainan ski popular Sepanyol di pergunungan Pyreness, Timur Laut Sepanyol.

The Sun melaporkan, foto merakamkan haiwan besar berbulu putih itu berjalan antara pohon-pohon di kawasan pergunungan itu.

“Ketika kami sedang bermain ski di Formigal bersama rakan-rakan, kami ternampak haiwan itu, kami saling bertanya apa itu, beruang atau yeti?.

“Aku yakin, ada sesuatu yang berkeliaran di luar sana. Aku tahu apa yang aku lihat. Aku sudah memaklumkan perkara itu kepada pemilik resort, tetapi dia anggap aku bergurau,” tulis kapsyen di gambar-gambar tersebut.

Bagaimanapun, pemilik sebuah pusat peranginan di situ berkata mereka tidak pernah menemui jejak haiwan tersebut di lembah-lembah pergunungan itu.

“Jangan takut, kami sudah bercakap dengan saksi yang melihat haiwan itu, setelah kami menyelidik kami tidak menemui haiwan tersebut.

“Oleh itu, kami memberi jaminan kepada pengunjung, bahawa kawasan ini selamat, tetapi kami akan tetap berwaspada,” jelas jurucakap resort itu.

Seperti juga Bigfoot, yeti adalah hominid yang bergerak menggunakan dua kaki dan ia dikatakan menyerupai mawas dan ada juga sesetengah masyarakat yang menganggap ia sebagai ‘manusia salji’.

Namun sehingga kini, kewujudannya masih lagi menjadi tanda tanya.


‘Zamihan, Sudah-Sudahlah Burukkan Ulama’– Dr MAZA

$
0
0

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin dinasihatkan untuk tidak memberikan gelaran yang buruk kepada ulama.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sebagai seorang yang berpendidikan, tidak wajar bagi Zamihan untuk memaki hamun, membuat tuduhan yang bukan-bukan serta mengucap perkataan yang tidak sepatutnya.

“Marilah kita hidup secara harmoni walaupun kita berbeza fekah. Agama tidak menyuruh kita seragam dalam semua perkara tapi menyuruh supaya tahu menguruskan perbezaan.

“Adapun saya, saya menganggap Zamihan saudara seagama, sekali pun saya tidak bersetuju dengan akhlak, cara dan fahamannya,” kata Mohd Asri dalam satu status Facebooknya hari ini.

Beliau juga berkata golongan ilmuan agama sepatutnya bersama rakyat memperjuangkan masalah mereka, bukan sibuk menuduh sesama orang Islam yang tidak terbabit sebagai sesat dan pengganas.

Sementara itu, Mohd Asri memberi tempoh kepada Zamihan sehingga 17 Feb ini untuk menentukan tarikh berdebat dengannya.

'Debat' Yang Tak Jadi1. Saya sebenarnya telah beberapa kali menyertai diskusi panas. Ini termasuk 2 kali bersama…

Posted by DrMAZA.com on Sunday, 7 February 2016

“Selepas tarikh 17hb berkenaan, jika beliau masih tidak mahu, saya anggap ‘tutup kes’.

“Saya akan banyak ke luar negara selepas itu. Saya harap beliau berhentilah mencerca dan memfitnah. Jika beliau tidak mahu dialog, saya tidak memaksa. Beliau yang sebenarnya memulakan idea ini,” tambah Mohd Asri dalam kenyataan yang sama.

Mohd Asri dan Zamihan difahamkan akan menyertai satu sesi wacana ilmu yang dianjurkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Pada 4 Feb lepas, Shahidan menerusi Facebooknya menulis, satu wacana ilmu berhubung ekstremisme agama akan diadakan, di mana panel yang dijemput untuk membincangkan diskusi berkenaan adalah Mohd Asri dan Zamihan.

SAYA TELAH MENGHUBUNGI PIHAK ATASAN DAN BERSETUJU DENGAN CADANGAN WACANA ILMU BERKENAAN DENGAN EXTREMISMA AGAMA..AHLI…

Posted by YB Ds Shahidan Kassim on Thursday, 4 February 2016

Shahidan juga berkata hanya 500 tetamu di kalangan kerajaan dan para ilmuan dijemput untuk menghadiri majlis berkenaan.

Jumaat lalu, Shahidan telah mencadangkan 10 Feb sebagai tarikh bagi wacana berkenaan dan ia dipersetujui Mohd Asri dan Zamihan.

Namun pada Sabtu, Shahidan berkata Zamihan sibuk pada tarikh tersebut kerana urusannya di Penjara Machang.

“Saya merayu kepada Zamihan agar menerima tarikh tersebut seperti yang dicadangkan. Saya akan pastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Kita boleh memilih moderator yang adil.

“Saya sanggup minta Dr Mohd Asri untuk memberi masa yang lebih kepada Zamihan,” kata Shahidan dalam status Facebooknya Sabtu lepas.

Assalamualaikum dan selamat pagi.Saya telah mencadangkan wacana ilmu berhubung dengan ekstremisma agama pada…

Posted by YB Ds Shahidan Kassim on Friday, 5 February 2016

Semalam, Shahidan kemudiannya mencadangkan beberapa tarikh kepada Zamihan untuk menyertai wacana ilmu tersebut.

Assalamualaikum dan selamat malam kawan2.Wacana ilmu yang dicadangkan mendapat sokongan yang luar biasa dari semua…

Posted by YB Ds Shahidan Kassim on Sunday, 7 February 2016

(7 Gambar) Bangunan Guna Tin Sebagai Bahan Binaan Disiasat

$
0
0

Polis Taiwan membuka kertas siasatan selepas tin-tin minyak dan cat ditemui sebalik dinding bangunan yang runtuh akibat sebuah gempa bumi di Tainan, Sabtu lalu.

Menurut Dailymail, kerajaan bagaimanapun menafikan sebarang tuduhan dan mendakwa pembinaan bangunan tersebut mendapat permit secara sah.

Sabtu lalu, sebuah gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter melanda Tainan, menyebabkan bangunan pangsapuri 17 tingkat tersebut menyembah bumi.

Sehingga semalam, seramai 126 penduduk pangsapuri tersebut masih hilang manakala 103 mangsa lagi terperangkap jauh di sebalik runtuhan.

Seramai 200 mangsa termasuk 41 kanak-kanak sudah dikeluarkan oleh petugas kecemasan.

Datuk Bandar, William Lai menganggarkan lebih 300 orang awam berada di dalam pangsapuri tersebut ketika kejadian kerana menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Ngeri! Separuh Tapak Kaki Putus Tersepit Eskalator (9 Gambar)

$
0
0

Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki bersiar-siar bersama keluarganya bertukar detik cemas apabila separuh tapak kaki kiri kanak-kanak itu terputus selepas tersepit pada tangga eskalator dalam satu kejadian di KL Sentral di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa berusia empat tahun itu bersama keluarganya dikatakan sedang turun ke aras bawah menuju ke Keretapi Tanah Melayu (KTM) komuter sebelum insiden terbabit berlaku.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, ahli keluarga mangsa serta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut, bagaimanapun, separuh daripada tapak kaki kirinya telah terputus dan tersepit pada tangga eskalator tersebut.

Katanya, kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh pihak ambulans untuk menerima rawatan lanjut.

Ya Allah…kanak2 hilang separuh tapak kaki kerana tersepit eskalator di KL Sentral. Kita doakan semoga semuanya selamat.

Posted by Wowberita (Official) on Monday, 8 February 2016

Live Streaming JDT vs Selangor Piala Sumbangsih 13.2.2016

$
0
0

Live streaming Johor JDT vs Selangor 13 Februari 2016 Piala Sumbangsih secara online. Saingan Liga Malaysia 2016 akan membuka tirai dengan perlawanan sumbangsih antara Johor Darul Takzim (Juara Liga Super 2015) menentang Selangor (Juara Piala Malaysia 2015) bertempat di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. Siaran secara live turut disiarkan menerusi TV1 dan TV3 bermula jam 8.45 malam.

Live Streaming JDT vs Selangor Piala Sumbangsih 2016

*link akan diupdate sebelum perlawanan bermula.

Keputusan Terkini JDT vs Selangor Piala Sumbangsih 2016

Johor DT [0] – [0] Selangor

(5 Gambar) Shaheizy Sam Pengsan Selepas Akad Nikah, Syatilla Melvin Panik

$
0
0

Pasti ramai peminat yang terkejut besar ketika menonton video pelakon Shaheizy Sam tiba-tiba pengsan selepas sah bergelar suami kepada Syatilla Melvin malam tadi.

Rupa-rupanya juri Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) ini pura-pura pengsan untuk ‘prank’ isterinya!

Difahamkan, lakonan tersebut telah dirancang Sam untuk memberi kejutan sempena ulangtahun kelahiran isteri yang dikasihi, Syatilla.

Kasihan Syatilla yang tidak tahu apa-apa mengenai ‘rancangan jahat’ Sam itu, menangis teresak-esak disisi suaminya kerana terkejut.

Bagaimanapun suasana bertukar ceria semula apabila kek hari lahir dibawa keluar. Sweetkan pasangan ini?

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live