Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Siapa Sebenarnya Hafizzat Rusli, Jutawan Forex Penipu?

$
0
0

Biodata siapa sebenar Hafizzat Rusli jutawan Forex penipu atau scammer. Menerusi pendedahan Luqmanul Hakim Abd Rahman di laman sosial, akhirnya terbongkar penipuan seorang jutawan muda sehingga mampu memiliki kekayaan besar termasuklah sebuah Lambhorgini Aventador. Haffizat Rusli, berusia 26 tahun mula dikenali sejak 2013 dan bergelar jutawan ketika usia 19 tahun. Modus operandi adalah cukup mudah dengan perkongsian harta seperti kereta supercar dan kehidupan mewah di laman sosial miliknya dan seterusnya membuat pelabur yakin dan menyertai seminar kelas Forex dengan berharga RM40,000 dan terkini sudah cecah RM50,000. Difahamkan, duit pelajar adalah punca kenapa Hafizzat menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Biodata Hafizzat Rusli Jutawan Forex Penipu

Nama : Muhammad Hafizzat bin Rusli
Nama Samaran : Izzat Rosli, Izzat, Ezzat, Fizz, Fizzat, Ahmat Izzat, Pijat, Shafiq, Shafiq Helmi, Zulkifli Zairudin
No Ic : 890906-07-5285
Umur : 26 tahun
Status: Sudah Berkahwin
No. Tel : (+6) 013 – 3355 669
Gelaran : Mengaku “Dato” (dato sendiri letak atau dato palsu tak diiktiraf). Mengaku anak angkat DYMM Sultan Kelantan, menggunakan YM pada nama.
Alamat Tempat Tinggal (terkini) : No.61, Jalan 2/7, Desa Coalfields, Sungai Buloh,47000 Selangor.
Alamat Pejabat (terkini) : Hafizzat Rusli Sdn Bhd (974376-V), No. 7, Prestij, Jalan Pekaka 8/1D, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Pekerjaan : Scammer
FB Page : https://www.facebook.com/princehafizzat
Pendidikan: Didapati baru memasuki University Selangor (UniSEL) pada intake 2013/2014 namun tidak menamatkan pengajiannya.

Modus Operandi Haffizat Rusli Scammer Forex

Mengaku Dato dan nama ada gelaran YM
Menayang hartanya Lambhorgini Aventador dan rumah besar agar pelabur percaya terhadapnya
Memiliki kereta supercar pertama Lambhorgini Gallador dengan kaedah sambung bayar untuk menyakinkan pelaburnya. Setelah mengutip 5 juta dalam masa beberapa hari, Haffizat membeli Lambhorgini Aventador akan nama miliknya sendiri.
Membuat kelas seminar dengan pakej Ultimate Forex Class dengan harga RM40K dan terkini sudah mencecah RM50K
Rata-rata individu sanggup membuat pinjaman RM50K dengan bank semata-mata untuk menyertai seminar atau kelas Forex yang dianjurkan oleh Haffizat Rusli
Namun, kesemua pelajar tidak boleh membuat aduan polis kerana berdasarkan terma dan syarat yang ditandatangani dalam perjanjian, duit seminar tidak boleh sama sekali di refund.
Mengenakan bayaran tambahan untuk setiap denda pelajar didalam kelas.
Aktif dilaman sosial dan sentiasa delete komen negatif.
Mengaku belajar di Universiti Harvard dalam bidang MBA.

Kisah Bukti Penipuan Haffizat Rusli

Pembongkaran ini dibuat oleh Luqmanul Hakim Abd Rahim dengan bukti yang berasas.

Aduan Bekas Pelajar Kelas Forex Haffizat Rusli


Tinggalkan Kerja Jurutera, Jadi Pemandu Teksi Tawar Perkhidmatan Percuma

$
0
0

Baru-baru ini, kisah seorang lelaki dari Mumbai, India yang meninggalkan kerjaya untuk menjadi seorang pemandu teksi hanya untuk menyediakan perkhidmatan percuma menjadi tarikan netizen di media sosial.

Vijay Thakur yang pernah mempunyai pekerjaan di syarikat Larsen and Toubro dengan gaji sebanyak Rs 65,000 (RM4,000) sebulan, meninggalkan kerjayanya untuk menjadi seorang pemandu teksi dengan harapan dapat membantu orang ramai ketika kecemasan.

Menurut portal Humans of Bombay, Thakur yang berusia 74 tahun itu mengambil keputusan drastik itu pada malam isterinya mengalami keguguran kandungan kerana tidak dapat mencari perkhidmatan teksi yang sanggup membawa mereka ke hospital.

Sejak insiden itu, beliau bertekad untuk memberi satu penyelesaian kepada isu ini.

“Saya meninggalkan kerjaya saya sebagai jurutera di Larsen and Toubro dan mula memandu teksi – menawarkan perkhidmatan percuma kepada sesiapa yang perlu ke hospital,” katanya seperti dipetik dari Facebook Humans of Bombay.

“Pendapatan saya kini sebanyak Rs 10,000 (RM620) sebulan daripada penumpang, tetapi matlamat saya adalah untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira masa.”

Menurut Thakur, sesiapa yang mempunyai nombor telefonnya boleh menghubungi beliau walaupun pada pukul 3 pagi jika mereka memerlukan bantuan kecemasan.

Sebelum ini, Thakur pernah berhadapan dengan situasi dimana beliau menyelamatkan seorang wanita yang mengalami lecur yang teruk, yang menunggu beberapa jam untuk perkhidmatan teksi kerana ada pemandu yang tidak sanggup untuk membawanya ke hospital.

“Dia terselamat, dan kami adalah kawan baik sekarang. Dia sering mengucapkan terima kasih kepada saya atas bantuan saya,” kata Thakur.

Difahamkan, beliau juga pernah membantu mangsa ketika banjir teruk melanda Mumbai pada 26 Julai 2005 serta mangsa serangan keganasan Mumbai pada 26 November 2008.

“Saya percaya bukan semua berkaitan dengan duit. Pendapatan saya sebelum ini sebanyak Rs 65,000 tetapi saya tidak pernah lebih bahagia daripada hari ini.

“Saya berumur 74 tahun, boleh bertutur 11 bahasa, mempunyai anak-anak yang bekerja di firma-firma ekuiti persendirian dan mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang jurutera yang maju.
“Tetapi keistimewaan hidup saya adalah sehingga hari ini saya pernah membawa lebih dari 500 kes kecemasan ke hospital dan sekurang-kurangnya cuba memberi mereka peluang untuk terus hidup.

’’Untuk itu, jika saya digelar sebagai pemandu teksi yang biasa – saya dengan senang hati menerima gelaran itu,’’ kata Thakur.

Sambutan Tahun Baru Cina: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

$
0
0

Apa itu Tahun Baru Cina?

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.

Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).

12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri.

Tahun ini adalah Tahun Monyet, haiwan kesembilan dalam kitaran.

Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar bagi mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.

Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat masih muda. Tradisi ini bermaksud kebahagian yang berpanjangan.

Sepanjang perayaan ini, tarian singa akan dimainkan dari rumah ke rumah untuk memberi berkat serta kesejahteraan kepada keluarga penganut.

Apa maksud tahun Monyet?

Tahun baru, menurut kalendar Cina, bermula pada 8 Februari dan berakhir 27 Januari 2017.

Mereka yang lahir pada tahun Monyet dipercayai mempunyai ciri-ciri seperti yang ceria, aktif, luar biasa, kreatif dan nakal.

Tahun Monyet juga dipercayai merupakan salah satu tahun yang paling malang dalam kalendar Cina.

Sambutan

Menurut Wikipedia, Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai masyarakat berketurunan cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di pekan cina di merata dunia.

Larangan

Masyarakat cina percaya beberapa larangan perlu diamalkan ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Antaranya ialah;

1. Mengambil ubat pada hari pertama tahun lunar bermakna mereka akan mengalami kemudaratan kesakitan bagi tahun itu.

2. Bubur tidak boleh dimakan, kerana ia dianggap bahawa hanya orang miskin mampu makan bubur untuk sarapan.Penganut Buddha tidak mahu memulakan tahun baharu dengan makanan yang ‘miskin’ kerana ini dianggap sebagai satu petanda yang tidak baik.

3. Masyarakat Cina tidak akan mencuci pakaian pada hari pertama dan kedua perayaan, kerana kedua-dua hari dirayakan sebagai hari lahir Shuishen (Tuhan Air).

4. Rambut tidak boleh dibasuh pada hari pertama tahun lunar. Dalam bahasa Cina, rambut mempunyai sebutan yang sama dan watak sebagai ‘fa fa cai’, yang bermaksud ‘untuk menjadi kaya’. Oleh itu, ia dilihat sebagai satu perkara yang tidak baik untuk “mencuci nasib seseorang” pada awal tahun baru.

5. Tidak boleh meyapu rumah kerana ia bermakna anda menyapu keluar kekayaan.

Punca Sebenar Pesawat Rayani Air Terkandas Di Langkawi

$
0
0

Insiden penumpang Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada Selasa berpunca daripada keretakan cermin kokpit pesawat syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia itu.

Rayani Air dalam satu kenyataan pada Selasa yang mengesahkan perkara itu berkata, pembatalan penerbangan bukan disebabkan oleh masalah teknikal.

“Cermin kokpit ditemui retak selepas penerbangan malam tadi. Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menangani perkara ini,” menurut kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu turut memberitahu ia berusaha untuk memastikan kesemua penumpang yang terkandas dapat meneruskan perjalanan dengan selamat.

“Bagi pihak Rayani Air, kami mohon maaf di atas pembatalan penerbangan dari Langkawi hari ini dan berharap penumpang dapat memahami keadaan ini.

“Bagi mereka yang mahu bayaran balik tiket penerbangan, sila hubungi talian hotline kami,” katanya.

Pada Selasa dilaporkan, lebih 200 penumpang Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas penerbangan mereka dibatalkan berikutan pesawat yang hendak digunakan mengalami masalah teknikal.

Penerbangan RN180 menggunakan pesawat Boeing 737 yang dijadualkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pukul 11.10 pagi Selasa tidak dibenarkan berlepas selepas kerja-kerja untuk mengatasi masalah itu belum dapat diselesaikan.

Jackie Chan Letupkan Bas Berhampiran Parlimen Britain, Penduduk London Mengamuk

$
0
0

Penduduk dan pelancong di London kelmarin dikejutkan dengan letupan bas dua tingkat di atas jambatan Lambeth, hanya beberapa meter dari bangunan Parlimen Britain.

Memetik laporan Mirror.Uk melaporkan kejadian yang berlaku pada 11.30 pagi itu bagaimanapun cuma untuk satu babak filem terbaru pelakon terkenal, Jackie Chan bertajuk The Foreigner.

Namun, terdapat penduduk London yang merasakan babak letupan bas itu kurang sensitif memandangkan sejarah 13 orang terbunuh akibat serangan bom dalam sebuah bas di bandar itu pada 7 Julai 2005.

Babak di jambatan Lambeth itu tidak dimaklumkan kepada semua penduduk berhampiran menyebabkan ada yang terkejut apabila mendengar letupan tersebut.

Penduduk yang terkejut dengan kejadian itu membanjiri media sosial dengan meluahkan kemarahan terhadap kru penggambaran filem kerana tidak membuat pengumuman awal.

“Saya mahu tahu siapa yang luluskan permohonan ini,” luah majoriti penduduk London di media sosial.

Penerbit filem itu dilaporkan hanya menyebarkan notis makluman melalui Twitter yang menyatakan babak letupan itu dibuat secara terkawal dan dilakukan pasukan kesan khas untuk filem tersebut.

Pesawat MAB Bantu Rayani Air Bawa Pulang Penumpang Terkandas

$
0
0

Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah menghantar dua pesawat untuk membantu penumpang Rayani Air yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi hari ini.

Menurut sumber MAB, penerbangan MH8630 berlepas dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada jam 9.30 malam dan penerbangan MH8361 berlepas dari Langkawi ke Kuala Lumpur dua jam kemudian.

Sumber tersebut turut menjelaskan penerbangan sewa khas atau charter flight sebegini merupakan urus niaga lazim yang dilakukan oleh syarikat penerbangan yang menjalankan kerjasama dengan banyak syarikat lain.

Penerbangan sewa khas juga pernah dijalankan dengan badan lain seperti pihak berkuasa dan pihak penaja sukan.

Beberapa foto menunjukkan penumpang yang beratur untuk mendaftar masuk dan kru penerbangan yang bersedia di dalam pesawat telah dikongsi melalui akaun Twitter pasukan media sosial MAB.

Jersi Baharu Kelantan Ada Fungsi Kuruskan Badan, Putihkan Kulit – Dr. Vida

$
0
0

Empat jersi berjenama DSV(Datuk Seri Vida) yang bakal dilancarkan esok bukan hanya baju jersi semata-mata tetapi turut mempunyai kelebihan dari segi kesihatan kerana benang pakaian itu direka khas untuk kurus dan berkulit putih.

Menurut penaja utama pasukan Kelantan, Datuk Seri. Dr. Hasmiza Othman, beliau mahu jersi yang akan dipakai oleh pemain dan penyokong Kelantan mempunyai jersi kesihatan dan bukan rekaan semata-mata seperti jersi lain.

Menurut Dr. Vida juga, benang khas itu dihasilkan di kilang di tiga buah negara iaitu China, Thailadn dan Vietnam dengna menggunakan teknologi terkini.

“Keempat-empat jersi yang bakal dilancarkan bagi edisi pertama ini mempunyai fungsi perangkap peluh dan mampu memutihkan kulit.

“Apabila saya mahu lakukan sesuatu, saya suka memandang ke hadapan dan biarlah hasilnya memberi manfaat kepada semua.

“Jersi ini bermula daripada benang yang mana ia turut berfungsi melancarkan perjalanan darah kepada pemakai selain menghasilkan kelembapan daripada peluh pada badan, sekali gus mampu membakar lemak.

“Proses mengeringkan peluh itu akan menjadikan kulit putih seolah-olah baharu saja selesai sauna.

“Saya sudah lama membuat rekaan benang ini bagi menghasilkan produk baharu untuk kurus dan putih. Tapi alang-alang mahu reka jersi, jadi saya terus aplikasikan kelebihan ini kepada rekaan jersi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW),” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Menurut Dr. Vida juga berkata, pihaknya akan mengeluarkan dua versi bagi keempat-empat rekaan iaitu ‘versi eksklusif’ dan ‘versi penyokong’ dengan pengeluaran sebanyak 20,000 helai bagi edisi pertama.

“Majlis pelancaran yang diadakan nanti pasti memberi kejutan luar biasa kepada orang ramai, seolah-olah jersi ini turun daripada angkasa lepas.

“Harga yang ditawarkan mampu milik bagi membolehkan semua orang dapat memilikinya,” katanya.

(5 Gambar) Wanita Dipukul Suami Selepas Foto Anak Di FB ‘Ditag’ Nama Lelaki Lain

$
0
0

Seorang wanita rakyat Malaysia dilaporkan didera oleh suaminya selepas gambar anak ‘ditag’ dengan nama individu tidak dikenali di Facebook.

Menerusi ‘posting’ di Facebook pada 30 Januari lalu, Stella Ooi (gambar) yang berasal dari Pulau Pinang memberitahu gambar anaknya ‘ditag’ dengan nama “SH Dato Lee”, tetapi dia tidak mengenali individu berkenaan.

“Sesiapa sahaja boleh ‘tag’ gambar di Facebook!” katanya.

“Saya dipukul suami kerana hal ini.”

Menurut wanita itu, suaminya mendakwa dia mempunyai hubungan dengan “SH Dato Lee”.

Dia mengalami retak di bahagian kepala dan pekak di telinga kanan akibat dipukul suami.

Gambar-gambar yang dimuat naik di Facebook menunjukkan lebam di bahagian muka, tangan dan peha.

Wanita tersebut kemudiannya memberitahu di Facebook bahawa dia telah membuat laporan polis mengenai penderaan itu dan tidak lagi bersama suaminya.

Pada 4 Februari lalu, dia memberitahu kecederaan yang dialaminya semakin sembuh.


Gempar! Ahli Parlimen PAS Tonton Video Lucah Di Jerman?

$
0
0

Sebuah laman blog pro Parti Amanah Negara, Alhusseyn51 dalam artikelnya dua minggu lalu mendakwa, terdapatnya seorang Ahli Parlimen dari PAS yang tidak membuat bayaran setelah menonton siaran porno berbayar di biliknya sewaktu lawatan kerja beberapa wakil parlimen ke Jerman dua tahun lalu.

Walaupun tidak menamakan wakil rakyat PAS tersebut di dalam entrinya, penulis blog berkenaan seakan-akan memberikan klu dengan menamakan kesemua delegasi-delegasi jemputan yang terlibat dalam program jemputan Kerajaan Jerman pada Januari 2014 yang bertemakan “Pemisahan Kuasa dan Peranan Pembuat Dasar Menurut Demokrasi Berparlimen”.

Antara delegasi-delegasi jemputan merupakan menteri-menteri yang mewakili parti Barisan Nasional manakala jemputan dari pihak pembangkang terdiri daripada parti PKR, PAS dan DAP.

Menurut blog tersebut, wakil PAS berkenaan gagal menghadirkan diri sewaktu lawatan dan mesyuarat kerana demam dan hanya berehat di bilik.

Blog itu turut mendakwa wakil DAP terkejut mendapati bil hotel tertera cas yang dikenakan ke atas bilik wakil PAS kerana menonton filem porno.

“Bila sampai di jerman, masa nak gi melawat dan meeting, si ulama muda PAS ni demam, jadi stay jer dalam bilik… jadi pemimpin muda DAP saja yg mengiringi lawatan dan meeting tersebut, bila dah habis lawatan dan check out hotel, bila tiba si pemimpin muda DAP nak bayar bil hotel, beliau terkejut bila dalam bil hotel tersebut ada termasuk charge menonton porn pay per view waktu siang… jadi bila si pemimpin muda DAP mintak duit suh bayar apa yg beliau dah menonton, katanya takder duit.. jadi terpaksa la si pemimpin muda DAP ni bayarkan juga sebab dah langgan”

Penulis blog turut melampirkan sekeping gambar yang menunjukkan ketiadaan wakil PAS sewaktu kesemua delegasi bergambar bersama dengan sindiran, “Patutlah mangkuk tu tidak ada dalam gambar tu”…

Bagaimanapun, identiti sebenar siapa ahli Parlimen PAS itu masih belum diketahui.

(22 Gambar) Bendera BN Dipasang Terbalik Tanda Protes MB Baharu?

$
0
0

Selepas dua minggu kemeluk politik UMNO Kedah terjadi sehingga berlakunya pertukaran kepimpinan, nampaknya ramai penyokong tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan.

Terbaru, beberapa bahagian akar umbi yang merupakan penyokong UMNO telah melakukan protes kepada parti Melayu terbesar berkenaan apabila beberapa kawasan di Kedah telah dipenuhi bendera Barisan Nasional yang dipasang terbalik.

Perbuatan itu mula diviralkan di laman sosial sejak 7 Februari lalu melibatkan beberapa lokasi di sekitar Jerlun, Jerai, Kuala Kedah, Kubang Pasu dan Bandar Baharu.

KUALA KEDAH

KUPANG, BALING

BAKAR BATA, ALOR SETAR

YAN

KUBANG PASU

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid turut mengesahkan menerima maklumat tersebut setelah ia diviralkan di media sosial, baru-baru ini.

“Saya percaya tindakan protes di satu-satu kawasan itu mungkin berlaku tapi belum dapat gambaran sah daripada Umno Bahagian berkenaan.

“Kita tidak mahu ambil tindakan drastik, sebaliknya minta Umno Bahagian salurkan maklumat berkaitan untuk memudahkan kita mengambil tindakan,” katanya.

Menurut beliau, perbeza pendapat sesama individu dan pemimpin adalah perkara biasa tetapi memasang bendera parti terbalik adalah keterlaluan.

“Bermacam kemungkinan boleh berlaku termasuk sabotaj daripada pihak luar. Bagaimanapun, setiap Umno Bahagian tahu apa tindakan yang harus mereka lakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) Zainal Abidin Muhamad ketika dihubungi mengesahkan insiden bendera BN digantung dalam keadaan terbalik, baru-baru ini.

“Kita ada menerima aduan berhubung kejadian bendera parti digantung terbalik di beberapa lokasi sekitar Jerlun. Tapi antara lokasi yang kita dapat kesan adalah di Padang Perahu.

“Pihak Penguatkuasa MDKP juga telah diarah menurunkan semua bendera tersebut pada hari berkenaan dengan segera,” katanya.

(Video) Mat Sabu ‘Mengamuk’ Baling Mikrofon Depan Penjara Sungai Buloh

$
0
0

Tindakan Mohamad Sabu melemparkan mikrofon sebaik sahaja berucap pada Himpunan 365#BebasAnwar#BebasRakyat di Penjara Sungai Buloh malam tadi dipercayai didorong oleh perasaan marah dan geram terhadap rakyat Malaysia yang didakwa masih belum menunjukkan sokongan kepada pembangkang.

Diakhir ucapannya itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, usianya yang kini sudah mencecah 60 tahun belum lagi dapat melihat perubahan rakyat Malaysia dalam menyokong pembangkang.

“Ayuh..Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut semua kaum. Tanya difri kita apakah kita pejuang atau adakah kita bermain slogan untuk menyedapkan hati saudara kita di penjara sana.

“Cisss…mari kita bangun,” tegas Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu dalam nada keras.

Mat Sabu adalah antara 15 pemimpin politik parti pembangkang yang berceramah pada himpunan berkenaan.
Himpunan bebaskan Anwar diadakan bersempena genap setahun Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Bagaimanapun, dalam ramai-ramai pemimpin pembangkang itu difahamkan, tidak ada seorang pun wakil PAS.

‘Empat Tahun Ku Belai, Rupanya Bukan Darah Daging Aku’– Suami Malang

$
0
0

Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah nasib seorang bapa yang terkilan, malah tidak menyangka anak bongsu yang dijaga dengan penuh kasih sayang selama ini, rupanya bukan dari darah daging sendiri.

Lebih menghancurkan hatinya, perkara itu disembunyikan sendiri isterinya selama empat tahun, hasil hubung sulit dengan lelaki lain.

Amirul (bukan nama sebenar), 35, memberitahu, selama ini anak ketiganya yang berusia empat tahun itu dijaga seperti dua anak yang lain, hinggalah status sebenar hubungannya dengan kanak-kanak itu terbongkar.

Menurutnya, semuanya terbongkar apabila ujian DNA yang dilakukan menunjukkan 99.9 peratus sama dengan kekasih gelap isterinya itu.

Memetik laporan Sinar Harian di bawah:

Mengimbau kembali kejadian yang menimpanya, Amirul berkata, semuanya bermula pada 2010 apabila dia sering mendengar orang bercerita mengenai isterinya (yang kini bekas isteri) dikenali sebagai Rafidah (nama samaran) mempunyai hubungan sulit dengan rakan sepejabat berstatus suami orang.

Bagaimanapun, katanya, pada mulanya dia menganggap ia hanya ‘cakap-cakap orang’ dan tidak mempedulikannya.

Sehinggalah pada suatu hari, isteri kepada kekasih gelap Rafidah datang ke rumahnya di Seremban memberitahu mengenai hubungan sulit kedua-duanya.

“Saya terkejut mendengar berita itu, apatah lagi isteri lelaki itu yang datang sendiri berjumpa saya.

“Bagi mendapatkan penjelasan, saya bertanyakan sendiri kepada isteri. Akhirnya dia mengaku memang ada skandal dengan lelaki itu,” katanya.

Menurutnya, disebabkan tidak sanggup menerima berita berkenaan, dia akhirnya menceraikan Rafidah dengan talak satu di hadapan ibu dan mentuanya pada Julai 2010.

“Saya buat begitu sebab sikapnya yang tidak pernah berubah walau pun sudah diberi peluang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, dalam tempoh penceraian itu, Amirul turut memberi peluang kepada bekas isterinya untuk berubah dan menginsafi diri demi masa depan anak.

Atas kesepakatan itu, katanya, mereka merujuk kembali pada November 2010 dan hidup bahagia memandangkan pada waktu itu isterinya hamil tiga bulan.

Bagaimanapun, kebahagiaan itu tidak lama, selepas rujuk kembali, isterinya berubah hanya seketika.

Menurutnya, pada November 2013, melalui rakan-rakan pejabatnya, Amirul dimaklumkan isterinya mula menjalin hubungan semula dengan kekasih lamanya sejak mereka dipindahkan ke pejabat sama di Rembau.

“Mereka yang merupakan penjawat awam di pejabat yang sama, tidak segan silu berkongsi kemesraan melalui laman sosial bersama teman-teman lain. Bahkan bersikap berani sehingga ke bilik tidur, walau pun kedua-duanya telah berkeluarga.

“Saya ambil keputusan menceraikannya buat kali kedua, sebelum mengetahui dia pernah ditangkap khalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel di Jempol,” katanya.

Setelah berpisah, katanya, bekas isterinya bersetuju memberi dua orang anak dan hak penjagaan kepada Amirul, kecuali anak bongsu.

Menurutnya, dia kemudian mengesyaki ada tidak kena apabila abangnya menegur rupa paras anak bongsunya dengan adik beradik lain nampak tidak sama, malah jauh berbeza dari segi kulit dan gaya rambut.

Amirul berkata, setelah diteliti, paras rupa anak bongsunya mirip dengan anak keluarga lelaki kekasih gelap isterinya itu sehinggalah keputusan DNA keluar, barulah Amirul tahu anak itu sebenarnya bukan anaknya.

“Setelah empat tahun saya menjaganya, memberi kasih sayang dan menjaga sepanjang tempoh berpantang, ini balasan diterima.

“Saya tak pernah menyangka, hubungan mereka terlalu jauh sehingga melibatkan anak. Kini saya telah failkan ke mahkamah syariah bagi menentukan nasib anak itu yang selama ini ber’bin’kan nama saya,” katanya.

Amirul berkata, dia menceritakan kisah ini bagi memberi teladan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menjaga tingkah laku pasangan masing-masing.

‘Ya, Memang Ada Orang Nak Curi Taring Harimau’– Saksi

$
0
0

Belum reda kekecohan mengenai ‘kenapa harimau itu dilanggar’ di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), viral pula gambar harimau yang mati dirempuh itu dicuri taringnya.

Menjawab mengenai sekeping gambar memaparkan tindakan individu dipercayai sedang mengeluarkan gigi taring harimau berkenaan, pemandu tersebut Mohd Syahrin Abdul Aziz, 43, mengaku ada pihak cuba mengambil sesuatu daripada mulut harimau itu.

Ada pihak cuba curi taring harimau yang mati dilanggar di LPT2 tempoh hari…kurang ajar

Posted by Wowberita (Official) on Wednesday, 10 February 2016

“Ada dua buah kereta berhenti di depan saya dan dua orang datang kepada saya. Tapi saya tak pasti mereka berkawan atau tidak. Seorang daripada mereka kata nak ambil bangkai harimau itu tetapi saya tak bagi. Seorang lagi itu tak ada apa-apa dia datang tengok sahaja.

“Saya tegaskan lagi jangan ambil. Lelaki itu pergi ke bangkai dan tengok-tengok dulu sebelum menelefon seseorang. Dia kemudiannya saya lihat seakan-akan cuba mengetuk mulut haiwan itu, tapi gigi taring itu memang sudah hendak tercabut,” katanya kepada Sinar Online.

‎Berkata lanjut, dia pada ketika itu hanya ‘memandang’ kerana terpaksa berurusan dengan anggota peronda lebuh raya dan berulang alik ke kenderaan untuk mengambil dokumen-dokumen penting sambil memeriksa keadaan keluarganya.

“Saya sudah maklumkan perkara ini kepada Pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang hubungi saya pada hari pertama lagi,” katanya.

Sementara itu menurut laporan akhbar tempatan hari ini melaporkan Pengarah Jabatan Perhilitan Terengganu, Mohd Hasdi Husin berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai sebaran gambar itu dan kini sedang menjalankan siasatan mengenainya.

“Saya tidak pasti sejauh mana ketulenan gambar itu, namun pihak saya tetap akan memanggil semua individu yang berada di lokasi kejadian waktu itu untuk membantu siasatan.

“Bedah siasat pada harimau itu sebelum ini melibatkan bahagian luaran dan organ dalaman. Bahagian lain-lain masih dalam siasatan,” katanya.

Menggulas lanjut, Mohd Hasdi berkata, beliau tidak boleh memberi komen lanjut kerana bimbang akan menggangu siasatan.

Nasi Lemak Spiderman RM2, Confirm Melekat Lepas Makan!

$
0
0

Zaman sekarang ni kalau nak berniaga kena kreatif. Nampaknya penjualan nasi lemak telah mencapai satu anjakan paradigma apabila kini ia diniagakan oleh superhero popular Spiderman!

Menariknya, Nasi Lemak Spiderman ini cuma berharga RM2.00! Manakala teknik pembungkusan pula menggunakan plastik pelbagai guna yang mudah dibawa dan mesra alam! Portion pun boleh tahan banyak!

Sudah tentu Encik Spiderman sendiri yang menjadi pelaris di gerai nasi lemak ini. Selain amat mesra dengan kanak-kanak, dia juga mudah didekati oleh orang ramai yang ingin mengambil gambar selfie selepas membeli nasi lemak jualannya.

Steadylah ! spiderman jual Nasi Lemak beb. Rm2. jer tau. Tahniah untuk abg ni kerana berani utk mencuba.. tebal muka ,…

Posted by Wowberita Dot Org on Tuesday, 9 February 2016

Untuk pengetahuan anda, gerai Nasi Lemak Spiderman ini tidak mempunyai lokasi tetap dan spesifik. Ia dibuka di beberapa tempat di Kelantan seperti Kota Bahru, Pasir Tumboh, Kubang Kerian dan kawasan sekitarnya.

Tetapi, Encik Spiderman yang peramah rajin bertanyakan feedback orang ramai tentang lokasi gerai nasi lemak yang patut didatanginya. Oleh itu, rajin-rajinlah mengikuti perkembangan perniagaannya di laman sosial untuk merasai sendiri Nasi Lemak Spiderman yang semakin popular ini!

Gambar Jersi Baru Terengganu Musim 2016

$
0
0

Jersi baharu pasukan bola sepak Terengganu musim 2016 akan dilancarkan pada Rabu, 10 Februari 2016 jam 8.00 malam bertempat di Taman Awam Batu Burok. Untuk info, jersi Terengganu 2016 akan ditaja oleh Kobert menggantikan Umbro. Turut diperkenalkan jersi baharu T-Team serta senarai para pemain Terengganu dan T-Team.

Gambar Jersi Baru Terengganu Musim 2016

Ini gambaran awal jersi bola sepak pasukan Terengganu musim 2016 (home, away, third kit)


Kecewa Sikap Pemandu, PDRM Mungkin Naikkan Kadar Saman – KPN

$
0
0

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kecewa dengan sikap pengguna jalan raya apabila statistik Ops Selamat 8 tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata saman maksima RM300 seolah-olah begitu mudah dibayar oleh pesalah jalan raya.

“PDRM akan terus menguatkuasakan undang-undang jalan raya dan seperti mana saya sebut sebelum ini, kita tidak akan memberi apa-apa pengurangan dari segi kompaun terhadap sebarang pelanggaran peraturan jalan raya.

“Kita akan meningkatkan penguatkuasaan kerana penguatkuasaan sahaja saya rasa yang mungkin boleh mengubah sikap orang dan kemungkinan kita akan cadangkan supaya jumlah kompaun ini dipertingkatkan kerana RM300 ini nampaknya semua rasa macam ‘kacang’ je dia bayar,” katanya kepada media selepas menerima sumbangan kereta Perodua Axia di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Justeru, Khalid berkata pertambahan jumlah kompaun dilihat bakal memberi kesan sekaligus mampu mengubah sikap pengguna jalan raya.

Tegasnya, sepanjang Ops Selamat 8 sempena Tahun Baru Cina kali ini, kesalahan sama berulang kali dilakukan pengguna jalan raya seperti memandu melebihi had laju, menggunakan laluan kecemasan selain melanggar lampu isyarat.

“Saya rasa Ops Selamat ini tidak menampakkan apa juga penambahbaikan dari segi bilangan kemalangan terutama kemalangan maut.

“Jadi kita sedar bahawa pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya juga menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan, tetapi apa yang kami runsingkan adalah sikap,” katanya.

Pakai Selipar Crocs Naik Eskalator? Ini Bahaya Menanti Anak Anda

$
0
0

Pemakaian selipar atau kasut crocs oleh kanak-kanak perlu diberi perhatian dan diawasi oleh penjaga kerana ia lebih mudah ditarik atau tersangkut pada eskalator yang sedang bergerak.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam kenyataan hari ini menegaskan bahawa tanggungjawab bagi memastikan keselamatan ketika menggunakan eskalator terletak pada pemunya dan pengguna.

“Tanggungjawab pihak pemunya adalah sentiasa memastikan setiap eskalator yang dipasang di premis mereka disenggara mengikut jadual penyenggaraan yang ditetapkan oleh pembuat,” katanya.

Tanggungjawab pengguna pula memerlukan mereka lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menggunakan eskalator termasuk memastikan dan mengawasi anak-anak yang dibawa bersama, katanya.

Ini termasuk memastikan kaki berada dalam garisan yang ditetapkan (yellow demarcation line) serta mematuhi setiap arahan dan tatacara penggunaan yang disediakan oleh pihak pemunya.

“Sekiranya semua langkah ini dipraktiskan oleh pemunya dan pengguna, kemalangan boleh dielakkan,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan susulan kes kemalangan eskalator di KL Sentral pada 8 Feb lalu, melibatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

JKKP memandang serius insiden tersebut, tambah kenyataan itu.

Jabatan itu sebelum ini menerima laporan 31 kes kemalangan melibatkan eskalator dari 2011 sehingga Mei 2015.

Baru-baru ni viral tentang seorang budak putus kaki akibat tersepit escalator, berikut sedikit tips yang dapat mengelak kejadian yang sama, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.Caption asalnya adalah "Crocs-Escalator Danger" namun lebih menumpukan ke arah beberapa perkara berkaitan Keselamatan anak-anak kecil terhadap escalator. Segalanya bermula dengan kita sebagai ibubapa dan orang dewasa.1-Pastikan kasut atau Sandal yg anak anda pakai adalah selamat dari di telan oleh gigi eskalator.2-Pastikan anak anda tidak sendirian menaiki eskalator3-Pastikan anak anda tidak berdiri di bahagian tepi ketika menaiki eskalator.4-Anda sebagai orang dewasa atau ibubapa hendaklah sentiasa mengawasi anak anda.5-Jadikan Keselamatan anak-anak itu sebagai tajuk utama walau di mana anda berada bersama mereka.Jika anda punya pilihan lain selain mengunakan tangga eskalator maka pilihlah alternatif yg lain…mungkin anda ketawa mendengar solusi ini namun ianya lebih baik daripada menangis sesal setelah terjadi.

Posted by Wowberita (Official) on Tuesday, 9 February 2016

(13 Gambar) Lelaki Viral Mengamuk Di JPJ Mati Ditembak Di Kepala

$
0
0

Seorang peniaga nasi kandar dan pengusaha kedai cuci kereta maut ditembak lima das oleh dua lelaki tidak dikenali di Jalan Datuk Keramat di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu mangsa, Syed Amin Zainul Abidin, 46, yang memandu kereta seorang diri dipercayai singgah di kedai menjual motosikal dan berhenti di tepi jalan sebelum diekori dua lelaki yang menunggang motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, berdasarkan siasatan seorang daripada suspek dikatakan turun dari motosikal lalu melepaskan tujuh das tembakan ke arah kereta mangsa dan mengenai cermin kereta bahagian hadapan pemandu.

Beliau berkata, siasatan mendapati lima das tembakan mengenai tubuh badan mangsa termasuk kepala manakala satu das tembakan tersasar.

Katanya, suspek dikatakan cuba melepaskan satu das tembakan ke arah dua anggota Rela yang bertugas menjaga kedai motor sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina tetapi tidak mengenai mangsa.

Maut Ditembak, ‘Amin Beyond’ Sudah Ramal Nasib Yang Bakal Menimpa

$
0
0

Pengusaha restoran nasi kandar yang maut ditembak awal pagi tadi, Syed Amen Jainul Abidin, 46, seolah-olah sudah dapat merasakan tragedi yang bakal menimpanya.

Dalam satu status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya dengan nama pengedali ‘Amin Beyond’, Allahyarham yang merujuk satu kejadian tembakan, meramalkan perkara yang sama akan menimpanya satu hari nanti.

Melalui status berkenaan, Syed Amen turut meluahkan dia tidak takut dengan kemungkinan itu kerana ajal dan maut ditentukan Allah.

Gerak hati itu dirasakan Syed Amen memandangkan dia ada menerima ugutan akibat kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukannya.

Difahamkan, Syed Amen aktif sebagai seorang aktivis dan banyak membantu usaha mempertahankan hak kaum Melayu di Pulau Pinang.

Dia juga pernah dianugerahkan Anugerah Ikon Bumiputera pada tahun 2008.

Tinjauan di akaun Facebook berkenaan mendapati log in terakhir Syed Amen adalah sekitar jam 2 pagi tadi.

Dia sebelum ini menggegarkan negara dengan kes mengaibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lepas, yang didakwanya tidak jujur dalam menjalankan tugas sehingga mendatangkan kesukaran buatnya.

Syed Amen ditembak mati ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz miliknya di George Town, kira-kira jam 3.30 pagi tadi di hadapan sebuah kedai pameran motosikal berkuasa tinggi.

Kes kini sedang disiasat polis.

‘Tidak Jadi Kafir, Munafik Keluar Pas Masuk Amanah’– Khalid Samad

$
0
0

Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil sikap terbuka terhadap khabar bahawa ada ahli parti itu yang mahu kembali kepada Pas.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd Samad berkata, Amanah tiada masalah sekiranya benar ada ahli parti itu yang mahu berbuat demikian kerana ini negara demokrasi.

“Kalau ada orang Amanah nak balik kepada Pas, silakan. Buat apa yang kamu yakin adalah yang terbaik.

“Kalau ada orang Pas nak masuk Amanah pun, kita harap pihak Pas pun akan mempunyai sikap yang terbuka dan menerima kita semua ini sebagai bersaudara memperjuangkan dasar Islam untuk kebaikan negara dan umat.

“Tidak jadi kafir masuk Amanah, keluar Pas. Tidak jadi munafik keluar Pas, masuk Amanah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa lebih ramai ahli Amanah dijangka menyertai semula Pas dalam tempoh enam bulan akan datang.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, pihaknya berharap Pas juga bersikap terbuka seperti Amanah dalam perkara itu.

“Kita hormat pilihan masing-masing dan kita harap Pas pun akan mempunyai sikap yang sebegitu rupa. Biar ahli yang pilih sendiri berdasarkan keyakinan masing-masing.

“Tidak perlu ikat dengan tuduhan-tuduhan khianat, langgar baiah…Biar orang pilih atas keyakinan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub mencabar Pas menamakan seorang sahaja ahli Amanah yang mahu kembali kepada Pas.

“Apa yang saya boleh yakinkan pada hari ini adalah yang nak masuk Amanah ramai…ini adalah daripada Pas. Sebab itu ada istilah harumanis. Itu yang Setiausaha Agung (Takiyuddin) perlu lihat

“Mereka (Pas) sekarang ini sedang dalam proses membuat peraturan-peraturan mengeluarkan surat-surat amaran termasuk tak boleh pergi ke ceramah Amanah, termasuklah yang minum kopi dengan kami pun akan dikenakan tindakan.

“Kami tidak mahu buang masa untuk melayan tuduhan seperti itu,” katanya.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live