Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Gambar Jersi Baru Kedah Musim 2016

$
0
0

Jersi baharu pasukan bola sepak negeri Kedah bagi musim 2016 dilancarkan secara rasmi hari ini. Persatuan Bola Sepak Kedah mendedahkan jersi home, away dan third skuad Helang Merah di laman facebook rasmi mereka. Jersi baru Kedah 2016 bercirikan warna tradisi hijau kuning manakala penaja jersi musim ini ialah Warrix.

Gambar Jersi Baru Kedah Musim 2016


Ola Bola Kutip RM8 Juta Dalam Masa 13 Hari Tayangan

$
0
0

Filem Ola Bola, arahan Chiu Keng Guan yang memasuki hari ke-13 tayangan mencatatkan jumlah kutipan RM8 juta ‘box office’ menerusi 120 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Penerbitnya, Astro Shaw dalam satu kenyataan berkata filem itu telah ‘trending’ sebanyak sembilan kali di laman Twitter.

“Sambutan memberangsangkan untuk minggu kedua tayangan ini didorong oleh reaksi positif para peminat yang telah menontonnya sejak 28 Januari 2016 lalu selain daripada rangka promosi yang masih giat berjalan.

“Filem ini ternyata memberikan impak besar di laman-laman sosial apabila pengguna memperkatakan mengenai filem ini. Secara keseluruhan, OlaBola berjaya mendapat melebihi 200,000 juta pendedahan di media sosial,” kata Astro Shaw dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat ini, jumlah tontonan trailer dari Facebook dan Youtube telah mencatat 1.6 juta tontonan dan dijangka meningkat hari demi hari.

Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.

Kisah yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi dan juga yang berkaitan dengan pasukan.

Filem ini dbintangi barisan pelakon baharu seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar, Marianne Tan serta Haris Mohd Zainuddin.

Bapa Bengang Anak Dituduh Dijangkiti Virus Zika

$
0
0

Seorang bapa meluahkan rasa marah dan kecewanya apabila anak kesayangan mereka yang menghidapi microcephaly & Cerebral Palsy (CP) telah menjadi mangsa fitnah media sosial apabila ada beberapa blog memuatnaik artikel anaknya itu terkena jangkita virus Zika.

Bapa berkenaan, Mohd Shahir Kamaruddin menyatakan dia hilang sabar apabila membaca tajuk beberapa blog yang menfitnah anaknya, Adam yang berbunyi “Virus Vika,’Kami Redha Dengan Ketentuan-Nya’ sembil menunjukkan Shahir dan isteri sedang mendukung Adam dan “Nursyahidda, Dari Tanjung Malim Lahirkan Anak Virus Zika”.

Menurut Shahir, anaknya yang dilahirkan pada 26 Ogos 2013 itu disahkan doktor menghidapi microcephaly & Cerebral Palsy (CP) dan bukannya virus Zika seperti yang dituduh blogger berkenaan.

“Virus Zika tidak memang tidak ada kena mengena langsung dengan Adam, harap pihak blogger-blogger yang menyatakan tajuk isteri saya melahirkan anak dari Zika padam semua kenyataan berkenaan.”

“Sehingga kini pihak kementerian tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai virus ini(di Malaysia), jangan terus menyebar fitnah.”

“Tajuk artikel berkenaan perlu diperbetulkan supaya orang tidak salah anggap, hentikan sebelum saya melaporkan kepada pihak berkuasa,” tegas Shahir yang ternyata kecewa.

**Cerebral palsy (CP) adalah istilah yang biasa digunakan untuk menggambarkan sekelompok gangguan yang mempengaruhi gerak, keseimbangan dan postur tubuh disebabkan oleh cedera otak atau kurangnya asupan oksigen ke otak saat proses kelahiran, sehingga mengakibatkan perkembangan abnormal pada kendali otot dan gerakan. – Rujuk SINI

Cara Betul Cukur Bulu Ketiak Supaya Tidak Hitam

$
0
0

Membuang bulu ketiak boleh membantu mengurangkan bau dan merupakan norma budaya di banyak tempat. Bercukur adalah salah satu cara paling berkesan yang melibatkan kos rendah untuk menghilangkan bulu ketiak. Kaedah yang paling biasa termasuk menggunakan pisau cukur biasa ataupun pencukur elektrik, manakala penggunaan pencukur lurus adalah tidak digalakkan.

Yang menjadi masalah sekarang adalah kesan selepas mencukur. Ramai yang mengadu mengalami masalah ketiak hitam akibat kerap mencukur bulu. Atas sebab itu, kami ingin kongsikan kepada anda teknik yang betul dalam mencukur bulu ketiak supaya tidak menghitamkan kawasan berkenaan.

Berikut adalah cara-caranya:

1. Cukur dalam keadaan basah

Bagi memudahkan proses mencukur bulu ketiak, basahkan kulit ketiak terlebih dahulu dan mulakan mencukur bulu secara perlahan-lahan. Kulit ketiak yang kering berisiko untuk luka ketika mencukur dan bakal mengalamai kesan sampingan yang tidak elok untuk ketiak anda. Bekas luka juga akan membuatkan ketiak menjadi gelap.

2. Guna pisau cukur berkualiti

Pastikan anda menggunakan pisau cukur yang berkualiti dan bersesuaian. Pisau cukur yang digunakan haruslah tajam dan dalam keadaan yang baik, iaitu bersih dan tidak berkarat.

3. Guna krim mencukur

Teknik selamat dalam mencukur bulu ketiak agar tidak terluka adalah dengan menyapu sedikit krim mencukur pada ketiak sebelum anda memulakan proses mencukur. Krim tersebut akan membantu melembutkan bulu dan melancarkan proses mencukur itu sendiri. Cara ini disarankan buat anda yang memiliki masalah kulit ketiak kering.

4. Guna pelembap

Setelah selesai mencukur bulu, urut lembut kulit ketiak anda dengan menggunakan pelembap seperti krim ataupun losyen badan. Kaedah ini dilakukan bertujuan untuk memberi kelembapan pada kulit ketiak agar ia tidak menjadi kering dan rosak.

5. Tukar pisau cukur secara berkala

Sebagai langkah keselamatan, pisau cukur yang digunakan haruslah diganti secara berkala, setidaknya 3-4 kali setiap bulan. Buang semua pisau cukur yang berkarat dan tidak boleh digunakan lagi.

Peniaga ‘Nasi Lemak Spiderman’ Dapat Pulangan RM600 Sehari

$
0
0

Kisah Spiderman yang menjual nasi lemak di bandar Kota Bharu, Kelantan, menjadi perkongsian viral di laman sosial sejak beberapa hari ini.

Mengambil lokasi di beberapa tempat yang menjadi tumpuan di negeri pantai timur itu, ditambah pula dengan pemakaian kostum adiwira berkenaan, tidak hairanlah nasi lemak yang dijual dengan harga RM2 satu bekas itu mendapat sambutan hebat.

Penjual nasi lemak ini sanggup memakai kostum Spiderman bagi menarik perhatian orang ramai. Sempoi (Y) Lokasi di KFC Stadium Sultan Muhammad 4, Kelantan

Posted by Friends of BN – Barisan Nasional on Sunday, 7 February 2016

Kini trending di Kota Bharu.Nasi Lemak Spiderman dengan harga RM2.00 sahaja. Idea kreatif anak muda Kelantan ini…

Posted by I ♥ KELANTAN on Tuesday, 9 February 2016

Nasi Lemak Spiderman…Pandai dia marketing.. lakuuu!!Try dulu 2 bks… harap sedap… #NasiLemakSpiderman #RM2#DepanKTC #StadiumKB

Posted by Jaa Kechik on Wednesday, 10 February 2016

Bukan setakat datang untuk membeli, malah pelanggan juga teruja apabila dapat bergambar dengan watak adiwira terkenal Barat itu.

Portal Berita Harian melaporkan, si peniaga, Zawawi Ghazali, 29, bertindak melaksanakan idea ‘gila’nya apabila perniagaannya sebelum ini tidak mendatangkan hasil.

Dengan kelainan yang ditampilkan, Zawawi berjaya menjual kira-kira 300 bekas nasi lemak dalam sehari.
Bukan itu sahaja, satu akaun Facebook dengan nama pengendali Nasi Lemak Superman juga diwujudkan pada Selasa, dan sudah mengumpul lebih 4 ribu pengikut setakat ini.

TERIMA KASIH SEMUA#NasiLemakSpiderman#LelakiSpiderman#SpidermanTeam#TerimaKasihSokonganSemuacc: Yaho Bravo

Posted by Nasi Lemak Spiderman on Wednesday, 10 February 2016

Gerai Jual Roti Sosej Berbentuk Lucah Di Melaka

$
0
0

Gerai yang menjual roti sosej berbentuk kemaluan lelaki di Jonker Walk, di sini, diarah menghentikan penjualan bermula hari ini.

Arahan itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) apabila penjualan roti sosej itu mendapat perhatian ramai sebaik dimuat naik di laman sosial.

Difahamkan, gerai berkenaan mula beroperasi sejak 8 Februari lalu.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Hussin berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis kepada pemilik gerai berkenaan semalam untuk menghentikan operasi.

“Notis sudah diberikan kepada pemilik dan jika dia ingkar dan masih menjual roti berkenaan tindakan tegas dan kompaun akan dikenakan.

“Ini kes pertama dilaporkan di negeri ini dan saya mengingatkan agar perniaga lain tidak melakukan tindakan sama kerana negara kita mempunyai undang-undang,” katanya.

1MDB Yakin Kurangkan Hutang Secara Mendadak Hujung Tahun Ini

$
0
0

Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata selepas syarikat itu melaksanakan pelan rasionalisasinya, 1MDB masih memiliki aset antara RM10-12 bilion.

Ia sekaligus menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa kerajaan termasuk 1MDB akan kerugian berikutan terpaksa menjual semua aset untuk melangsaikan semua hutangnya.

“Selepas proses rasionalisasi apa yang akan kami ada? Baki 40 peratus Bandar Malaysia bernilai RM4-5 bilion dan Tun Razak Exchange (TRX) masih kepunyaan kami walaupun kami telah menjual tanah pada tahun ini untuk membayar hutang dan membina infrastruktur.

Baki tanah di TRX dalam RM5-6 bilion itu masih kepunyaan kami. Kami juga mempunyai tanah di Ayer Hitam bernilai RM1bilion dan Pulau Indah RM300 juta. Jadi jumlah aset yg masih kepunyaan 1MDB atau dengan Kementerian Kewangan ialah RM10- 12 bilion,” katanya pada Majlis Penerangan Perdana 1MDB, TPPA dan Bajet 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Menerusi pelan rasionalisasi itu kata Arul Kanda, hutang 1MDB dijangka akan dapat dikurangkan secara mendadak pada hujung tahun ini.

Jelasnya lanjut, pelan rasionalisasi syarikat itu melalui tiga tahap melibatkan penjualan aset, menggalak pelaburan ekuiti dan pemindahan aset.

“Pertamanya, kami menjual aset untuk mengurangkan hutang. Dengan penjualan stesen kuasa Edra Global Energy Bhd hutang 1MDB kurang RM16-18 bilion. Kedua, kerajaan ambil keputusan membawa pelabur ekuiti baru. Ini akan kami laksanakan dengan Bandar Malaysia di mana kami hendak jual 60 peratus ekuiti dalam syarikat tersebut dan ini akan kurangkan hutang sebanyak RM10-12 bilion.”

Manakala peringkat ketiga kata Arul adalah menerusi pemindahan aset kepada Syarikat International Petroleum Investment Corporation (IPIC) di Abu Dhabi yang dapat mengurangkan hutang sebanyak RM16 bilion.

“Apabila mencongak pengurangan RM16-18 melalui Edra, RM10-12 bilion menerusi Bandar Malaysia dan RM16 bilion melalui IPIC, lebih RM42 bilion jadi seperti saya sebut sejak dari Januari lagi, aset 1MDB adalah melebihi hutang 1MDB,” katanya.

(Video) Ahli Gusti Nyaris ‘Maut’ Dipukul Rani Kulup

$
0
0

Seorang ahli gusti yang baru sahaja menang perlawanan gusti telah dipukul oleh Rani kulup sejurus selepas beliau turun dari gelanggang.

Kejadian berlaku ketika beliau menyaksikan satu perlawanan gusti di Taman Tun petang tadi.

Insiden bermula apabila beliau menasihati ahli gusti tersebut sejurus selepas tamat perlawanan kerana ahli gusti tersebut telah memukul pihak lawannnya walaupun sudah kecundang.

“Sejurus selepas tamat perlawanan tersebut dibatalkan saya berjumpa dengan budak tersebut untuk menasihatinya.

“Budak tu kan dah kalah, apa yang kau pergi pukul dia lagi” katanya ketika dihubungi pihak SuaraTV.

Gara-gara tidak berpuas hati, ahli gusti terbabit telah mengugut beliau untuk tidak melaporkan perkara tersebut kepada polis sebelum menolak beliau sehingga terduduk.

Kemudian beliau membalas tindakan tersebut dengan memukul ahli gusti tersebut dengan tongkat yang dipegangnya berkali-kali sebelum dihalang oleh orang ramai.

“Saya kemudiannya bangun dan menendang beliau dan memukulnya dengan tongkat berkali-kali.

“Orang ramai yang berada ditempat kejadian kemudiannya bertindak menghalang pergaduhan tersebut untuk mententeramkan keadaan” katanya dengan nada marah sebentar tadi.

Dalam pada itu, Abdul Rani bagaimanapun belum memikirkan tindakan yang bakal diambil berhubung kejadian tersebut.


(4 Gambar) Model Seluar Dalam Iring Pemain Bola Sempena Valentine

$
0
0

Tanggal 14 Februari yang merupakan hari memperingati kekasih atau biasa digelar hari Valentine nampaknya telah disambut secara ‘luar biasa’ di Belanda.

Kelab bola sepak liga kedua Belanda, RKC Waalwijk pada hari ini telah membuat kejutan apabila mengunakan model pakaian dalam wanita sebagai pengiring pasukan mereka sebelum memulakan perlawanan menetang FC Emmen.

RKC Waalwijk yang merupakan tuan rumah dalam perlawanan tersebut menggunakan model jenama pakaian dalam yang amat terkenal di Belanda, After Eden.

Penyokong Waalwijk yang telah dihiburkan dengan aksi-aksi ‘belanja’ daripada model-model terbabit bagaimanapun pulang kecewa apabila kelab pujaan mereka itu tidak berjaya melakukan aksi cemerlang selepas tewas kepada FC Emmen dengan keputusan 1 – 0.. kah kah.

‘Pergi Mampus La Dengan Motosikal Hang’

$
0
0

Seorang guru agama mendakwa cedera di kepala dan tangan setelah dipukul, ditumbuk dan digari oleh dua anggota polis di Balai Polis Gurun pada Selasa lalu.

Mohd Na’im Zakaria, 29, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Simpang 3, Sungai Daun berkata kejadian berlaku pada kira-kira 10 malam selepas dia yang menunggang motosikal berkuasa tinggi ditahan anggota polis dalam sekatan jalan di hadapan balai terbabit.

“Saya dalam pejalanan pulang ke rumah di Kampung Haji Majid, Guar Cempedak selepas menghadiri majlis perkahwinan di Sungai Petani. Sampai di tempat kejadian seorang anggota polis berpangkat sarjan telah meminta lesen memandu untuk diperiksa.

“Anggota polis terbabit menanyakan mengenai kuasa motosikal yang saya tunggang dan apabila saya menjawab pertanyaannya, saya terus dimaki dan dimarahi kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata sarjan itu dan seorang koperal kemudiannya menggari tangannya dan membawanya masuk ke dalam balai berkenaan tanpa memberitahu kesalahan yang dilakukan.

“Masuk sahaja dalam kawasan balai mereka terus menyepak kaki, menumbuk bahagian belakang dan kepala dan mengheret saya seperti seorang penjenayah.

Selain itu, mereka turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memperlekeh kerjaya saya sebagai seorang guru.

“Tindakan mereka itu telah menyebabkan kepala saya berdarah selain mengalami lebam di bahagian tangan akibat digari. Saya juga telah ditahan di lokap hampir lima jam dan ini menyebabkan saya menjadi trauma dan terkilan dengan tindakan dua anggota polis terbabit,” katanya.

Katanya dia telah membuat laporan di pondok polis di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada keesokkan harinya (10 Februari) semasa mendapatkan rawatan di hospital itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan juga siasatan dalaman dari sudut tatatertib terhadap dua anggota polis itu.

Jadual Keputusan Liga Perdana 15 Februari 2016

$
0
0

Liga Perdana Malaysia musim 2016 kini memasuki minggu kedua (week 2) pada Isnin, 15 Februari 2016. Untuk info, aksi Liga Perdana 15.2.2016 melibatkan 6 perlawanan yang akan dilangsungkan bermula jam 8.45 malam. Berikut ialah jadual dan keputusan terkini perlawanan Liga Perdana Malaysia pada 15 Februari 2016.

Jadual Keputusan Liga Perdana 15.2.2016

DRB Hicom vs Negeri Sembilan
ATM vs Sime Darby
Kuala Lumpur vs JDT II
Perlis vs UiTM
Melaka vs PKNS FC
Kuantan vs Sabah

*keputusan terkini perlawanan akan diupdate ketika perlawanan berlangsung.

Cara Kuatkan Signal Wifi Guna Botol & Alumunium Foil

$
0
0

Cara hack modem Internet anda untuk mendapatkan signal wifi yang lebih kuat. Teknik ini sangat mudah dilakukan dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Bahan-bahan yang diperlukan.

Botol kosong 1.5L
Aluminium foil
Gunting
Marker

Selepas menyediakan barang–barang tersebut, korang boleh follow cara nak buat kat bawah ni step by step.

1. Cabut 1 antena daripada router.

Pastikan tangan korang kering. Ada pulak yang kene kejutan electrik nanti, cara nak cabut antena cuma perlu putarkan antena sampai ia longgar dan boleh dicabut.

2. Guntingkan botol menjadi corong mengikut panjang antena.

3. Pastikan bahagian belakang ‘perisai’ dipotong lebih tinggi sedikit daripada ketinggian antena, tetapi bahagian depan haruslah dipotong rendah.

4. Sudah selesai potong botol ikut bentuk seperti yang ditunjukkan, potong kertas aluminium untuk balut bahagian dalam belakang botol.

5. Tandakan tutup botol dengan simbol X dan potong dengan pisau mengikut garisan X.

6. Masukkan antena seperti ini.

7. Sambung antena dan ‘perisai’ pada modem semula. Ini saya tunjuk sebelah je, boleh buat perisai untuk kedua-dua antena.

Uji kualiti signal wifi korang dan siap. Tu lah cara nak kuatkan wifi, siapa yang ada masalah signal lemah kat rumah boleh buat cara ni ok! Selamat mencuba.

20 Remaja Melayu Dicekup Khalwat Di Malam Valentine

$
0
0

“Kami tak buat apa-apa ustaz. Kami duduk saja tengok pemandangan,” itulah antara reaksi beberapa pasangan remaja yang ditahan dalam Operasi Valentine oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, awal pagi semalam.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, seramai 20 individu termasuk sembilan lelaki dalam lingkungan usia 20 hingga 30-an ditahan di Bukit Ampang.

Menurutnya, operasi bersama Rela kira-kira jam 12 tengah malam, mendapati individu yang ditahan itu dipercayai berkelakuan tidak sopan di tempat tumpuan awam.

“Ketika ditahan, sebahagian daripada mereka sedang berdua-duaan dalam kereta di kawasan gelap.

“Segelintir mereka yang ditahan itu beri pelbagai alasan antaranya baru sampai dan mahu pergi makan ke gerai berhampiran. Mereka kemudian dibawa ke Masjid Al Azim, Pandan Indah untuk sesi penerangan lanjut,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, kesemua mereka diberi surat perintah hadir kaunseling wajib yang diadakan pada 27 Mac ini di masjid itu.

“Tindakan tegas akan diambil jika mereka ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut, Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada Jais untuk dikenakan tindakan lanjut,” katanya.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 31 Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995.

Tips Memilih Cermin Mata Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka

$
0
0

Manusia dilahirkan dengan pelbagai jenis bentuk muka. Ada yang jenis bulat, bujur, segi empat dan sebagainya. Bagi mereka yang mempunyai masalah rabun, pastinya sukar buat korang untuk pilih jenis spec yang macam mana bersesuaian dengan bentuk muka kan?

Mana tidaknya, pemilihan spec yang betul dan sesuai dengan kita memang penting dan harus diambil kira jika ingin kelihatan cantik dan bergaya. Walaupun ada di antara korang semua hanya menjadikan spec ini sekadar aksesori, tips ini juga penting buat korang tau. Jadi , jom kita lihat jenis spec yang macam mana agaknya sesuai dengan bentuk muka korang

1) Bentuk muka segi empat

kalau korang mempunyai bentuk muka segi empat, spec yang paling sesuai adalah berbentuk bulat,bujur atau korang juga boleh pilih spec yang berbentuk cat eye. Nampak bergaya sikit ya tak?

2) Bentuk muka bujur sirih

Bentuk muka ini paling sesuai untuk semua jenis spek. Tidak kisah, bujur, bulat petak atau sebagainya. Kesemua jenis rekabentuk spec yang ada ternyata memang sesuai dengan bentuk muka anda.

3) Bentuk muka bulat

Bagi mereka yang berwajah bulat, sila pilih spec yang bersegi untuk menampakkan wajah korang lebih tirus dan runcing. Elakkan memakai spec berbentuk bulat atau bujur kerana ianya akan menampakkan wajah anda kelihatan lebih bulat.

4) Bentuk muka seperti hati

Jika anda mempunyai dahi yang agak luas dan dagu yang runcing, maka bentuk muka anda adalah berbentuk hati. Pemilihan spek yang paling sesuai adalah berbentuk rama-rama ataupun cat eye adalah yang terbaik dan sesuai dengan anda.

‘Kerja Berat Bayar Murah, Ingat Kami Ni Bangla Ke?’

$
0
0

Saya bukanlah menyokong menteri (TPM), tetapi saya ada pengalaman ‘buruk’ membayar 30 orang lokal dengan upah RM100 setiap seorang untuk kerja-kerja perpindahan gym saya.

Bermula dari jam 9 pagi sehingga 5 petang, barang-barang tak siap naik lori lagi. Jam 6 petang, lori jalan ke lokasi gym baru. Tetapi mereka semua sudah tidak mahu bekerja.

“Kalau encik nak suruh kami bekerja, encik kena bayar OT (Overtime),” kata mereka.

Aduhh! Dalam perjanjian, pindah barang dari lokasi A ke lokasi B. Sekarang, bila barang sudah sampai, mereka tak nak teruskan pula. Mereka turunkan saja dari lori dan meminta duit upah.

Bayangkanlah rasa kecewanya saya pada ketika itu dan tidak tahu nak buat macam mana. Tiada orang yang mahu mengangkat barang naik. 30 orang itu pula terus mendesak meminta duit bayaran sebab mereka mahu balik. Saya terpaksa juga membayar mereka.

Selepas itu saya termenung dan berfikir yang saya mungkin terpaksa tidur di bawah bangunan tersebut pada malam itu untuk menjaga barang-barang tersebut. Esok baru fikir macam mana nak bawa semua barang naik ke atas.

Di saat saya sedang termenung, datang seorang lelaki Rohingya (Myanmar muslim).

“Abang, ini barang apa bikin?” soalnya.

“Ini barang untuk gym,” saya jawab sambil menunjukkan muscle dan dia mengangguk faham.

Lantas saya mendapat idea dan bertanya pada dia.

“Awak nak kerja tak?” soal saya dengan harapan dia menerima tawaran itu.

“Kerja apa abang?” dia tanya.

“Ini semua barang, angkat naik ke atas,” saya kata padanya.

“Ini saja ka?” soalnya lagi.

“Awak panggil 10 kawan-kawan awak datang, saya bayar RM30 seorang,” tawar saya pada dia.

Saya tiada duit cash pada masa itu. Itu saja yang saya mampu tawarkan pada dia. Tadi semua duit sudah dibayarkan pada 30 warga lokal yang yang buat kerja tak habis.

“Okay abang, saya tanya kawan dulu. Abang tunggu okay?” pintanya.

Tidak beberapa lama kemudian, lelaki Rohingya itu kembali dengan 4 orang rakannya yang hanya memakai pelikat dan baju singlet sahaja.

“Eh? Saya kata 10 orang, ini baru 5 orang. Saya mahu 10 orang,” tegas saya.

“Ini saja ka barang?” mereka bertanya lagi.

“Iya, ini saja barangnya. Tetapi barang-barang ini berat. Awak cuba angkat,” saya sudah mula kurang yakin dengan kemampuan mereka berlima.

Mereka berbincang seketika, kemudian lelaki pertama yang bertemu dengan saya berkata, mereka mahu dibayar dengan gaji 10 orang tetapi kerja dilakukan oleh 5 orang sahaja.

“Maksud awak, nak RM60 seorang la? Hahaha! Tetapi barang ini berat, boleh ke angkat?” soal saya lagi.

Buat kali ke berapa entahnya, mereka bertanya apakah ini saja barang yang perlu diangkat. Saya pun jawab “Ya, ini sahaja.”

Selepas mereka bersetuju, saya pun kata “Janji semua barang kena naik malam ini juga, baru saya bayar,”. Mereka angguk setuju.

Bai, spinning bike saya itu, budak Melayu sado-sado angkat tiga orang. Tetapi mereka letak di bahu seorang saja dan angkat naik ke tingkat tiga, 5 staircase. Dia baca bismillah, jalan.

Tercenggang saya dibuatnnya!

Budak-budak KL yang datang buat installation di atas pun terkejut tengok mereka bawa naik barang. Tak pernah mereka tengok manusia buat kerja seperti ini.

Turun, angkat lagi, turun naik turun naik, 2 jam kemudian, settle semua barang. 2 jam sahaja. 2 jam sahaja semua barang dibawa naik oleh 5 orang. Gila!

Saya pergi keluarkan duit lagi, saya bayar setiap seorang RM70. Mereka semua gembira!

RM3,000 saya bayar orang angkat barang, 9 pagi – 5 petang tak selesai dan pulang begitu saja, kerja pula tidak disiapkan seperti yang dijanjikan. Mereka siap minta bayaran OT seperti kerja di pejabat.

Saya bukan tidak mahu support orang kita sendiri tetapi saya sudah mendapat padahnya. Kita orang berniaga kena minimize cost dan maximize profit. Saya rela bayar tinggi pada orang-orang lokal kerana memikirkan dari duit terlepas pada orang lain, biarlah bangsa saya sendiri yang dapat.

Tetapi bila kena ‘lipat’ dengan bangsa sendiri, entahlah nak cakap apa. Apa-apa pun itulah adat berniaga. Saya tidak kisah, tetapi saya ingat dan saya tak lupa.

Cerita saya ini bukan nak menunjukkan yang semua Melayu itu adalah pemalas dan bukan juga nak menunjukkan semua pendatang itu baik. Kita kena tafsir dengan bijak semasa membaca cerita orang. Cerita ini cerita tentang kudrat orang Myanmar yang buat kerja untuk saya berbanding dengan 30 orang lokal.

Jangan salah faham, 30 orang itu bukan pemalas. Mereka buat kerja, melaksanakan tugas tetapi tidak dapat siapkan kerja kerana keletihan. Sebab itu saya tetap bayar walaupun mereka tidak siapkan kerja.

Nak menjadi Melayu bangsat mudah saja, tak siap kerja nak minta duit apa kan? Tapi jadi bangsatlah kalau saya buat begitu.

Saya kecewa sebab mereka tidak boleh menepati janji. Kalau saya, tak tergamak saya minta duit. Kalau saya, tengok tokey muram barang-barang melonggok di depan tangga, tak ada orang bawa naik, saya fikir panjang macam mana nak tolong. Tetapi mereka bukan saya, jadi hadap sajalah.

Saya bukan ahli mana-mana parti, tak pernah berdaftar. Tetapi PRU13 saya sudah mengundi. Adakah saya menyokong 1.5 juta warga Bangladesh masuk ke Malaysia? Tidak


(7 Gambar) Bergaya Ala Bollywood, Aaisyah Dhia Rana Comel Macam Anak Patung

$
0
0

Kehadiran anak pelakon Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana ke majlis resepsi pereka fesyen terkenal Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil (Rizman Ruzaini) menjadi perhatian ramai.

Majlis bertemakan Bollywood yang berlangsung malam semalam (Ahad) turut dihadiri oleh selebriti terkenal antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Ella.

Gelagat Aaisyah yang comel dengan memakai skirt labuh beserta baju berkilau berwarna hijau sedondon dengan ibunya menawan hati tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

Datuk Siti Nurhaliza turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Aaisyah dan berkongsi foto mereka di akaun Instagram (IG) dengan kapsyen:

“Dah lama nak jumpa princess sorang nie..akhirnyaa #aaisyahdhiarana #culiksat #anakpatung @rozitachewan1,” tulisnya.

Selain Datuk Siti, Awal dan Scha juga turut merakamkan foto bersama Aaisyah dan memuat naik di IGnya dengan kapsyen kelakar yang ditujukan kepada anak mereka, Lara Alana.

“Jangan tunjuk kat anak uncle rambut, gelang & rantai ni semua k? Nanti dia nak pulak jenuh uncle nak pi cari,” tulis Awal.

Di sini kami kongsikan beberapa foto comel Aaisyah pada malam tersebut:

Filem Ola Bola Raih Lebih RM12 Juta Dalam Tempoh 18 Hari!

$
0
0

Filem “OlaBola” terbitan Astro Shaw yang mula ditayangkan 28 Januari lalu masih meneruskan kejayaannya dengan mencatat kutipan melebihi 12 juta dalam tempoh 18 hari.

Dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, walaupun sudah memasuki minggu ketiga tayangan di pawagam, jumlah penonton masih belum berkurangan, malah masih kukuh di pawagam apabila jualan tiket sentiasa ‘sold out’ dengan segera.

Selain itu, filem OlaBola juga masih mengungguli carta top 10 Golden Screen Cinema (GSC) semenjak filem ini ditayangkan.

Pengumuman terbaru ini menjadikan filem Ola Bola masuk dalam senarai tiga filem Malaysia terlaris sepanjang zaman. Tiga filem itu adalah Polis Evo yang meraih RM17.4j, The Journey (RM17.1j) dan yang terbaru Ola Bola (RM12j).

Ketiga-tiga filem tersebut kesemuanya adalah terbitan Astro Shaw.

Sebelum ini, Astro Shaw berkata media sosial telah memainkan peranan yang penting dengan memberi impak yang besar kepada penonton apabila pengguna memperkatakan mengenai filem ini.

Malah, rangka promosi yang masih giat berjalan juga menjadi dorongan untuk penonton masih berminat untuk menonton filem tersebut.

Berlatarbelakangkan era 1980-an, “Ola Bola” merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.

Filem yang diarahkan oleh pengarah hebat Chiu Keng Guan ini merupakan satu perjalanan inspirasi yang dijangka akan menambat hati para penonton Malaysia.

(5 Gambar) Wajah Seiras Fazura, Gadis Berusia 18 Tahun Ini Popular Sekelip Mata

$
0
0

Nampak sama tapi bukan dia! Dek kerana memiliki raut wajah mirip pelakon jelita Fazura, gadis comel ini berjaya mencuri tumpuan ramai dan sehingga hari ini mempunyaii lebih kurang 34 ribu pengikut di Instagram.

Lebih mengujakan apabila Fazura sendiri meninggalkan komen di Instagram gadis tersebut. Mungkin acap kali menerima notification daripada peminat yang mengatakan rupa gadis ini mirip dirinya, Fazura sendiri memberikan komen. Jelas Fazura gadis tersebut jauh lebih cantik berbanding dirinya.

Baru saja berumur 18 tahun, gadis ini nampaknya mempunyai pengikut yang cukup ramai mengalahkan selebriti.

Pada masa yang sama ramai bertanya jika gadis ini adik kandung atau saudara kepada Fazura. Macam-macam pertanyaan diajukan. Yang pasti mereka cuma pelanduk dua serupa je dan tiada apa-apa pertalian darah.

‘Kak Long Tunggu Kau Padang Mahsyar, Amran Fans’– Anak Zahid Hamidi

$
0
0

Berikutan satu posting yang dimuatnaik oleh laman Facebook parodi Amran Fans yang ‘menyerang’ anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, nampaknya ikon Belia Negara berkenaan telah tampil ‘membalas balik’ kenyataan tersebut.

Menurut NurulHidayah melalui laman Instagramnya menyatakan walaupun tidak berkenalan di dunia, kita akan berkenalan di padang Mahsyar sambil memuatnaik keratan gambar status yang ditulis oleh page Amran Fans.

Berikut adalah kepsyen yang ditulis beliau.

“Tiba2 rasa bangga. Glamour. Tapi tak nak riak la. Sebab? Bukan sahaja kat dunia orang cari, kat akhirat pun ramai yang akan cari sebab nak minta maaf. Alahaii..

Panas dik kat padang Masyar tu nanti. Takpa la. Kak Long tunggu jer korang cari Kak Long nanti (walaupun Kak Long tak berpayung emas sbb TAK RELA BERMADU ..ha ha ha ) — ok..ok serious! Tak berkenalan kat dunia ni pun kelak kita akan berkenalan kat Padang Masyar (buat pencipta dan penyampai/penyebar fitnah) Seronok baca komen2 korang ni. Bagus. Sesuai dengan sel-sel otak yang tak berapa nak berhubung tu. Ha ha ha .. A very entertaining day for me.”

Facebook Amran Fans sebelum ini bertanyakan adakah Ikon Belia Malaysia(NurulHidayah) yang memegang sijil Ijazah Sarjana Muda Komunikasi ni kerja call center, salesgirl, promoter, cashier Tesco, cashier giant, cashier NSK, cashier Speedmart 99, kedai bunga atau kedai makan.

Ia adalah susulan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mahu membawa masuk kira-kira 1.5 Juta pekerja asing Bangladesh ke negara ini.

‘Rakyat Malaysia Sekarang Makin Malas, Memilih Kerja’– Nurulhidayah

$
0
0

Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mempertahankan kenyataan bapanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau mencabar belia melakukan kerja 3D iaitu ‘dangerous’, ‘difficult’ dan ‘dirty’ jika tidak mahu pekerja warga asing dibawa masuk.

Zahid juga menyatakan belia tempatan hanya mampu bertahan selama sebulan sahaja bekerja di sektor perkilangan berbanding dengan pekerja dari Bangladesh.

“Ingat TPM tu cakap suka2 dia? Ingat dia bercakap sebab dia lahir terus jadi TPM? Dia bercakap dari pengalaman dia. Berbanding dengan zaman 70’s dia, rakyat Malaysia sekarang memang semakin malas n memilih kerja,” tulisnya di Instagram menggunakan akaun @limatangonovzulu, hari ini.

Nurulhidayah turut menceritakan mengenai pengalamannya bekerja dengan hanya menerima gaji sebanyak RM1,700 sebulan selepas menamatkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“U tak nak tahu berapa gaji I lps (lepas) grad dulu? My gaji was RM1,700 and back than my dad was not even a minister!

“Masa zaman sekolah dulu i curi-curi kerja medan selera kat Jaya Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju sebab nak tambah duit poket. Cuti semester i kerja ikut production house cari pengalaman,” ujarnya.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live