Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Tidur Bogel, Rahsia Nenek Berusia 50 Tahun Kekal Cantik

$
0
0

Seorang wanita berusia 50 tahun menjadi sensasi di media sosial disebabkan wajah dan bentuk badannya persis gadis muda, jauh berbeza dengan wanita sebayanya.

Qin Ling, ibu kepada dua anak perempuan dan mempunyai seorang cucu itu menjadi terkenal selepas anaknya mengatur sesi bergambar sebagai hadiah hari jadi pada Ogos tahun lepas.

Gambar itu kemudiannya dimuatnaik dalam media sosial dan mendapat perhatian ramai hinggakan ada anak muda yang mahu memikatnya.

Namun Qin Ling tidak berminat dengan anak muda itu disebabkan faktor umur sebaliknya dia mencari lelaki yang lebih tua untuk menghabiskan hidup bersama-sama.

Ditanya mengenai rahsia kecantikannya, Qin Ling berkata dia tidak mempunyai wang untuk menjaga wajah dan penampilannya, kerana sebagai ibu tunggal dia terpaksa membesarkan anak-anaknya.

“Saya menepuk-nepuk muka setiap hari dan tidur berbogel sekali seminggu.

“Saya juga membuat `mask’ daripada timun, yogurt, madu dan serbuk mutiara, yang nyata memberikan kesan,” katanya.

Nenek itu juga akan muncul dalam program TV Mamma Mia, di mana kaum ibu akan menunjukkan bakat mereka.


Syarul Ridzwan Terlibat Kemalangan Jalan Raya Pagi Tadi

$
0
0
Pelakon Syarul Ridzwan ditimpa kemalangan pagi ini menyebabkan kereta yang dipandunya mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Kereta Honda miliknya dilaporkan remuk di bahagian dan perkara ini dikongsikan oleh Syarul sendiri di laman Instagramnya.

“Assalamualaikum, dugaan di pagi hari, saya kemalangan pada pagi ni, tapi jangan risau saya okay dan selamat. Cuma kereta teruk sikit bahagian depan. Doakan yang baik baik buat saya.”

Kemalangan Maut: ‘Selamat Jalan Mama & Baby Papa’

$
0
0

Seorang wanita hamil lapan bulan antara dua yang maut dalam kemalangan di Kilometer 279, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), arah Utara, di Nilai, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi, mangsa, Suzan Safarina Rosli, 30 dan adik iparnya, Nadiah Hidayayul Syima Mokhtar, 28, meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban akibat cedera parah di bahagian kepala.

Bayi dipercayai perempuan berusia lapan bulan dalam kandungan Suzan itu turut gagal diselamatkan.

Difahamkan, lapan sekeluarga yang menaiki kereta jenis Toyota Wish itu dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Shah Alam selepas pergi melawat saudara mara dan kenalan di Johor Bahru.

Maya Mayree Zarul Hidayat, 2 (anak Suzan) dan pemandu kereta, Zulfahizzat Mokhtar, 27, (adik ipar) mengalami cedera parah manakala Zarul Hidayat Mokhtar, 32 (suami Suzan), Faudziah Mohd Ali, 59 (ibu mertua Suzan) Mohd Izwan Amir Hamzah, 31 (suami Nadiah) dan Fairel Zhafran Mohd Izwan, 12 (anak Nadiah) hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki lapan sekeluarga itu terbabas sebelum terbalik.

“Siasatan awal mendapati pemandu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu jalan di sebelah kiri sebelum terbabas dan terbalik di bahu kiri jalan.

“Semua penumpang telah dibawa keluar dengan bantuan anggota bomba sebelum dihantar ke hospital,”katanya di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke HTJ untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada anggota keluarga.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tips Tanggalkan ‘Road Tax’ Kereta Tanpa Kesan Gam Di Cermin

$
0
0

Bagi pemilik kenderaan, pasti tahu mengenai masalah untuk menampal pelekat cukai jalan pada cermin kenderaan kerana pelekat itu bukan untuk dibuka dan tampal untuk berulang-ulang kali.

Apabila handak tampal, perkara yang dititik beratkan sudah pasti kedudukan pelekat berkenaan, takut senget atau tidak sama dengan stiker lain yang sedia ada yang mungkin merosakkan pemandangan.

Selepas setahun, “road tax” berkenaan perlu ditanggalkan semula. Masalahnya mula tibul, “Road Tax” dah tanggal, gam pula melekat di cermin kereta dan susah hilangkan kesannya.

Seorang pengguna Facebook bernama Debu Putih berkongsikan satu cara mudah dan selamat tanpa meninggalkan kesan gam dicermin kereta apabila “Road Tax” ditanggalkan.

Berikut adalah perkongsian beliau.

Rendam kain dengan air panas.

Letakkan kain tadi diluar cermin kereta, betul-betul “Road Tax” yang hendak ditanggalkan.

Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.

Selepas 5-10 minit. tanggalkan “Road Tax” berkenaan perlahan-lahan.

Dan hasilnya, tiada sedikitpun bekas gam yang ditinggalkan.

SELAMAT MENCUBA!!

(Video) Gol Cantik Faiz Subri Ala Roberto Carlos Tarik Perhatian Dunia

$
0
0

Gol cantik hasil sepakan percuma yang diambil oleh pemain skuad Pulau Pinang, Faiz Subri menjadi perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia.

Ini disebabkan keunikan lencongan bola itu sebelum menerjah ke dalam pintu gol Pahang dalam perlawanan Liga Super malam tadi.

Tidak lama kemudian, beberapa media luar negara seperti thesportbible dan eurosport.co.uk menyifatkan gol cantik itu sebagai luar biasa.

Menurut Thesportbible juga kemungkinan gol itu akan memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016 nanti sebagai ‘Goal of the Year’.

eurosport.co.uk pula menyifatkan gol lencongan seperti itu pastinya menjadi kebanggaan kerana mirip dengan gol cantik yang dilakukan oleh bekas pemain kebangsaan Brazil Roberto Carlos.

Bagi peminat bola sepak tempatan, gol cantik yang dihasilkan Faiz itu dikongsi di laman sosial Facebook dan telah menjadi viral dan antaranya dikongsi Facebook Harimau Malaya.

“Amazing goals…..faiz subri..biar coach (jurulatih) Malaysia buka mata sikit,” komen Mohd Farid.

“Kalau konsisten player (pemain) ini sampai habis musim, Team (pasukan) luar mesti nak beli punya. Gol mcm ini, terbeliak biji mata kot,” kata Kamal Hayat.

“Gol paling mahal. Messi pun tidak boleh buat apa,” kata Mohd Shahfiqry.

Dalam perlawanan semalam itu pasukan Pulau Pinang telah menewaskan Pahang dengan jaringan 4-1 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Gol freekick cantik Faiz Subri ketika perlawanan liga super Penang vs Pahang semalam.Fuh, dia punya curve dah macam Roberto Carlos dah..

Posted by Wowberita (Official) on Tuesday, 16 February 2016

Gara-Gara Tweet ‘Pork Free’, Zed Zaidi Digelar Bodoh

$
0
0

Kami pun tidak faham sama ada Zed Zaidi cuma bergurau atau pun betul-betul serius dalam tweet terbarunya di laman Twitter mengenai perkataan pork free. Akibatnya, terdapat pelbagai reaksi berbaur daripada warga media sosial.

Berpunca daripada perkara tersebut, Zed kemudiannya dicemuh dengan pelbagai gelaran di laman Twitter. Malah ada juga yang menyifatkan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sebagai bodoh.

Sebelum ini, Zed menjelaskan bahawa dia meneruskan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan mahu menjadi artis contoh tanah air. Semoga tercapai hasrat Zed dan selamat habis belajar.

Pendaftaran Calon Persendirian PT3, SPM, SPMU & STAM 2016 Online

$
0
0

Borang daftar calon persendirian PT3, SPM, SPMU dan STAM 2016 secara online. Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pendaftaran calon persendirian bagi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), SPM Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan dibuka mulai 1 sehingga 31 Mac 2016. Borang boleh didapati di Pejabat Pendidikan yang berhampiran dan pendaftaran lewat adalah tidak akan dilayan.

Pendaftaran Calon Persendirian PT3, SPM, SPMU & STAM 2016

Perlu dimaklumkan bahawa borang pendaftaran hanya boleh didapati menerusi Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran sahaja. Tiada borang pendaftaran akan diedarkan secara online.

Kenapa Lelaki Suka Melihat Buah Dada Wanita?

$
0
0

Apa yang membuat lelaki begitu tergila-gila dengan buah dada wanita? Selain membangkitkan ghairah, ‘aset’ berharga milik wanita ini juga boleh memberikan ketenangan malah mempengaruhi psikologi dan emosi lelaki. Berikut ini beberapa alasan kenapa lelaki suka melihat buah dada wanita.

Merangsang imaginasi lelaki

Dengan melihat payudara, lelaki boleh mencipta pelbagai imaginasi dan fantasi apa yang boleh dia lakukan dengan payudara tersebut.

Tenangkan lelaki

Melihat payudara wanita, lelaki seperti terbawa kembali ke masa kecilnya, ketika masih menikmati penyusuan terus dari payudara ibu mereka. Ini memberikan rasa aman, tenang dan selesa kerana dakapan dan kehangatan ibu mereka.

Kelembutan

Kelembutan dari sepasang payudara tidak ada tandingannya. Lelaki boleh seharian menghabiskan masa untuk membelai payudara pasangan dengan tangannya.

Kunci wanita ghairah

Lelaki tahu betul di mana letak kelemahan wanita di atas katil, cukup menyentuh, membelai dan menghisapnya, wanita dijamin tidak akan mahu ditinggalkan sendirian di ranjang.

Simbol keseksian wanita

Melihat payudara wanita, lelaki berfantasi wanita pemiliknya adalah seorang yang seksi dan penuh kelembutan. Tidak hanya disitu, lelaki selalu dibuat ingin tahu untuk sekadar menyentuh atau membelainya.

Bantal terindah

Hanya dengan menyandarkan kepalanya di atas payudara wanita, lelaki boleh merasakan degupan jantung yang cepat, tapi juga sekaligus perasaan disayang dan selesa.

Awet muda

Bagi lelaki yang percaya mitos, hanya dengan memandang payudara selama 15 minit setiap hari boleh memanjangkan usianya.


(Video) ‘Bini Aku Kena Raba Depan Mata, Menteri Buat Apa?’

$
0
0

“Bini (isteri) aku kena raba, korang (menteri) buat apa?” soal vokalis pemuzik jalanan Genji Buskers, Mustam Mustapa apabila isterinya dicabul oleh lelaki yang dipercayai warga Nepal.

“Bapak-bapak menteri sekalian, anak ‘korang’ mungkin ada ‘bodyguard’ (pengawal peribadi). ‘Kitaorang’ rakyat jelata marhaen, biasa ni nak jalan sudah tidak selamat. Hendak cari makan dah tak selamat.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setelah selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, malam tadi.

Dalam kejadian di pusat membeli belah Sogo sekitar jam sembilan malam, maruah isterinya diaibkan semasa mereka sedang bersiap mencari rezeki.

“Isteri saya yang dalam keadaan bertudung litup ini menjadi mangsa dipeluk, dicabul.

“Jangan fikir levi lah,” pesannya kepada kepimpinan negara dalam nada tegas, merujuk kepada rancangan pemerintah untuk membawa masuk pekerja warga Bangladesh ke negara ini. Dilaporkan 1.5 juta warga Bangladesh telah berdaftar untuk merebut peluang bekerja.

“Jangan fikir untunglah, fikir rakyat Malaysia. Kita nak hidup,” ujarnya.

“Harap pak menteri semua ambil tindakan lah ya, saya sudah buat laporan polis. Saya tak nak f**k government, saya (hanya) nak hidup aman damai. Malaysia dah tak aman!”

Datuk Vida Berang Dituduh Cuba Promosi Produk Di Sekolah

$
0
0

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berang apabila dituduh cuba mempromosikan produk keluaran syarikatnya di sebuah sekolah di Kelantan.

Sebaliknya, Vida menegaskan beliau tidak berhasrat untuk menjadikan sekolah sebagai medan untuk mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan keluaran syarikatnya.

“Sekolah bukan medan untuk saya promosikan produk yang saya jual. Saya sudah ada 500 outlet yang memasarkan produk saya. Saya juga gunakan iklan di televisyen untuk mempromosikan produk tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang meminta jutawan kosmetik itu untuk tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Kamil 1 di Pasir Puteh, Kelantan.

BACA: Fenomena ‘Qu Puteh’, Kini Dr Vida Jadi Perasmi Mesyuarat PIBG Pula

Menurut Vida, sebagai seorang bekas guru beliau mengetahui had dan batasan semasa berada di sekolah.

“Saya pun pernah bergelar guru suatu ketika dahulu, jadi saya tahu ada peraturan yang perlu saya patuhi apabila melibatkan sebarang aktiviti di sekolah.

“Daripada ribuan jemputan yang diterima, saya terpanggil untuk datang ke sekolah ini. Secara kebetulan saya berada di Kelantan, jadi saya cuba memenuhi permintaan itu tapi tak sangka ia dijadikan isu,” katanya.

Lepas TRW…Sk Kamil 1 pulok tukar kaler pink….oh, skolohku!#skkamil1

Posted by Nik Nor Suhaida Ali on Monday, 15 February 2016

Jelas usahawan wanita dari Machang itu, beliau terpanggil untuk memberi suntikan motivasi kepada murid-murid di sekolah tersebut supaya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

“Saya dulu pun seorang murid, anak yatim piatu yang sentiasa berusaha keras untuk berjaya seperti hari ini. Jadi tidak salah jika saya beri semangat kepada mereka untuk maju jaya dalam kehidupan,” katanya.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Vida berkata beliau mengambil keputusan untuk tidak hadir pada mesyuarat tersebut.

“Kalau dah timbul isu sebegini, nampaknya saya terpaksa lupakan jemputan tersebut. Saya tak nak perkara ini diperbesar-besarkan,” katanya.

Vida berkata beliau lebih selesa membawa bersama ‘pasukannya’ iaitu kakitangan syarikat dalam apa jua aktiviti yang dihadirinya.

“Saya tidak akan bergerak sendirian. Ke mana sahaja saya pergi, saya akan bawa bersama pasukan saya. Ini memang cara saya,” katanya.

Terima Realiti Belia Tak Minat Kerja Sektor 3D – Khairy

$
0
0

Rakyat harus menerima realiti bahawa masyarakat tempatan, khususnya golongan belia tidak berminat untuk bekerja dalam sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ini kerana dalam beberapa bidang pekerjaan seperti pembinaan, perladangan dan perkilangan, gaji yang ditawarkan agak rendah dan bebanan kerja yang berat.

“Saya percaya industri sedemikian juga tidak mampu menawarkan gaji yang tinggi, justeru kita tiada pilihan selain terpaksa mengambil pekerja asing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan aplikasi ‘fitness in my pocket’ di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad lepas yang mencabar belia tempatan mengambil alih tempat pekerja asing untuk bekerja di sektor 3D.

Khairy berkata kenyataan Ahmad Zahid itu menjelaskan mengenai realiti mengenai bidang yang tidak diminati rakyat tempatan dan memerlukan pengambilan pekerja asing untuk bekerja di bidang itu.

Baru-baru ini, kerajaan dilapor merancang untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja dari negara Bangladesh yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Sementara itu, mengenai aplikasi baharu yang dilancarkan itu, ia dibangunkan oleh eSolved MSC Sdn Bhd yang membolehkan pengguna telefon pintar untuk melatih dan membuat senaman sendiri dengan mudah.

Biodata Rasmi Mohd Faiz Subri, Penyerang Pulau Pinang

$
0
0

Biodata sebenar Faiz Subri, pemain dan penyerang pasukan Pulau Pinang FA. Nama Faiz Subri trending di seluruh dunia kerana gol sepakan percuma yang cantik ketika menentang Pahang dalam Liga Super pada Selasa, 16 Februari 2016. Faiz Subri merupakan penyerang Pulau Pinang berusia 28 tahun dan mula mewakili Pulau Pinang sejak tahun 2014. Berikut adalah maklumat peribadi pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri.

Gambar Aksi Mohd Faiz Subri, Pemain Pulau Pinang

Video Gol Faiz Subri Pulau Pinang vs Pahang Liga Super 2016

Sila klik Video ‘freekick’ Faiz Subri jadi viral

Berita Terkini 4 Sahabat Hilang Ditemui Mati 17 Februari 2016

$
0
0

Berita terkini kes 4 pelajar sahabat hilang ditemui mati pada 17 Februari 2016 dalam perjalanan ke Terengganu. Kesemua remaja dilaporkan hilang sejak 10 Februari 2016 lalu selepas 2 jam bertolak dari Bandar Seri Alam Johor Baharu menuju ke Terengganu untuk bercuti dengan menaiki sebuah kereta jenis Honda Accord. Kesemua mangsa dipercayai menuju ke jalan Johor Bharu-Kota Tinggi-Mersing-Rompin sebelum disahkan hilang dan gagal dihubungi oleh keluarga masing-masing. Namun pada 17 Februari 2016, 4 sahabat telah ditemui lemas di km50 jalan kota tinggi-mersing selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas kedalam sungai.

Identiti 4 Sahabat Disahkan Meninggal Dunia 17 Februari 2016

1. Luqman Jainie, 21 tahun
2. Abu Izzani Abu Bakar, 21 tahun
3. Nik Shakir Zufayri, 21 tahun
4. Muhammad Asyraf Isa, 21 tahun

Kronologi Kes 4 Sahabat Hilang Ditemui Mati Lemas

10 Februari 2016: Kesemua 4 sahabat yang berusia 21 tahun telah bertolak dari Bandar Seri Alam pada jam 9.30 Malam Rabu ke Terengganu untuk bercuti. 2 Jam selepas itu, kesemua mangsa gagal dihubungi oleh ahli keluarga

11 Februari 2016: Laporan polis dibuat mengenai kehilangan kesemua 4 mangsa

17 Februari 2016: 4 mayat dengan kenderaan mereka “JEB9978″ ditemui orang awam dalam sungai di Jalan km50 jalan kota tinggi-mersing. Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia akibat mati lemas sejurus kenderaan yang dinaiki mereka terbabas. Kesemua mayat telah dijumpai selepas 7 hari hilang.

Gambar Kes 4 Remaja Hilang Ditemui Mati 17.2.2016

(25 Gambar & Video) Mayat 4 Remaja Hilang Ditemui Dalam Sungai

$
0
0

Selepas tujuh hari dilaporkan hilang, empat sahabat ditemui meninggal dunia di dalam kereta yang terjunam ke dalam sungai berhampiran ladang kelapa sawit di Felda Tenggaroh di Kilometer 42, Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini, pagi tadi.

Kereta Honda Accord itu ditemui beberapa pekerja ladang berkenaan pada 9.20 pagi sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan M Kumar ketika ditemui di lokasi kejadian, berkata terdapat empat mangsa dalam kereta dan mayat dibawa ke Hospital Mersing, untuk tindakan selanjutnya.

“Kita masih menjalankan siasatan dan akan mendapatkan keterangan daripada keluarga remaja berkenaan selepas membuat pengecaman.

“Berdasarkan siasatan awal polis percaya kereta itu terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai,” katanya.

Empat sahabat itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Seri Alam, di sini, ke Terengganu untuk bercuti.

Mereka yang berusia 21 tahun ialah Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa.

Mereka bertolak dari Seri Alam, di sini kira-kira jam 9.30 malam Rabu lalu dan dipercayai melalui jalan Johor Bahru-Kota Tinggi-Mersing-Rompin untuk ke lokasi percutian yang masih belum diketahui lokasinya secara tepat.

Bagaimanapun, selepas dua jam bertolak kira-kira jam 11.30 malam mereka gagal dihubungi melalui talian telefon bimbit.

‘Tolonglah, Berhenti Sebar Gambar Saya Lagi’– Fauziah

$
0
0

Susulan tersebarnya gambar seorang wanita bersama roti berbentuk alat sulit lelaki, tuan empunya gambar tampil memberikan penjelasan sebenar untuk membersihkan namanya dari terus dikecam netizen.

BACA: Bahulu Bentuk Kemaluan Lelaki Dijual Di Langkawi!

Dia yang hanya dikenali sebagai Fauziah menjelaskan bahawa perkongsian gambar yang tersebar itu adalah bertujuan untuk memberitahu rakan Facebooknya yang roti seperti itu ada dijual di pasaran.

“Gambar yang saya muat naik sebelum Tahun Baru Cina itu telah dibuang beberapa minggu yang lalu atas nasihat polis, bimbang semakin tersebar. Caption gambar pada masa itu berbunyi lebih kurang begini ‘I don’t know what to say, pelik tetapi benar ada dijual di pasaran.’

“Niat saya hanya untuk memberitahu yang kuih berbentuk alat kelamin lelaki itu berada di pasaran. Saya menemui kuih itu di sebuah kedai runcit. Bagaimanapun, bila saya pergi ke kedai runcit itu hari ini, kuih itu tidak lagi dijual dan pemilik kedai memberitahu pembekal kuih berkenaan tidak lagi mengeluarkannya di atas sebab-sebab tertentu,” jelasnya.

Malangnya, gambar Faridah telah disebarkan tanpa mengaburkan wajahnya menyebabkan dia berasa tidak selamat dan terpaksa membuat laporan polis dan juga kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di atas sebab gambarnya itu telah dikongsi tanpa kebenaran.

“Peguam menghubungi saya dan menasihatkan untuk membuat laporan polis pada mana-mana pihak yang menyebarkan gambar itu. Sekarang, sesiapa saja yang terlibat, saya akan ambil tindakan undang-undang,” katanya.

Faridah juga berharap orang ramai berhenti menyebarkan gambar dirinya dengan dakwaan yang tidak benar.


Demi ‘Bobby’, Lelaki Ini Sanggup Korbankan Iphone 5 Miliknya

$
0
0

Seorang pemilik kucing menawarkan sebuah telefon pintar iPhone5 kepada sesiapa yang menemui haiwan peliharaannya, yang hilang di Merlimau, Jasin sejak seminggu lalu.

Ganjaran bernilai kira-kira RM2,000 itu ditawarkan oleh Izzuddin Zakaria, 25, di laman Facebook miliknya susulan buntu dengan kehilangan kucing jantannya yang dinamakan sebagai ‘Bobby’.

Izzuddin berkata, beliau tidak kisah berhabis wang ringgit asalkan dapat ditemukan kembali dengan Bobby yang dipelihara sejak dua tahun lalu.

“Saya tinggalkan Bobby di sebuah hotel haiwan peliharaan di Merlimau selama lapan hari kerana balik ke Sarawak ketika cuti perayaan lalu. Saya fikir, dapatlah bercuti dengan aman di sana, tetapi tidak sangka sebaliknya pula berlaku.

“Berita kehilangan Bobby dimaklumkan sendiri oleh pemilik hotel haiwan itu melalui panggilan telefon pada hari keenam saya di Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut, Izzuddin berkata, kucing baka campuran Parsi dan semi flat face itu dibeli pada harga RM1,200 daripada seorang penjual haiwan peliharaan.

Sementara itu, Facebook Izzuddin terus dibanjiri komen netizen yang bersimpati dengan nasibnya dan mendapat lebih 2,600 ‘like’ serta dikongsikan kepada kira-kira 2,400 pengguna lain sejak dua hari lalu.

‘Mak, Adik Pergi Dulu’

$
0
0

“Mak, adik pergi dulu.”

Itu kata-kata Abu Izzani Abu Bakar, 21, kepada ibunya Intan @ Molek Mohd. Yusoff, 50, pada Rabu lalu bukan seperti kebiasaannya sebaliknya merupakan ucapan perpisahan setelah mayat Allahyarham bersama tiga rakannya ditemukan dalam kereta di sungai sebuah ladang kelapa sawit di Kilometer 42, Jalan Kota Tinggi-Mersing, di sini hari ini.

Intan berkata, Abu Izzani yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik sempat mencium pipi dan bersalam dengannya sebelum keluar dari rumah mereka di Taman Seri Alam, Johor Bahru kira-kira pukul 9.30 malam Rabu lalu.

“Dia (Abu Izzani) merupakan anak yang manja dan sebelum dia bergerak ke Terengganu saya ada berpesan kepadanya agar sentiasa menghantarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya, namun selepas itu dia langsung tidak menghantar SMS selain gagal dihubungi.

“Selama tujuh hari dia hilang pelbagai ikhtiar kami sekeluarga telah lakukan termasuk menjejaki laluan yang digunakan mereka ke Terengganu selain melakukan solat hajat,” katanya ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Mersing.

Menurut Intan, dia akhirnya menerima berita berhubung penemuan kereta dan keempat-empat mangsa daripada salah seorang ahli keluarga mangsa pagi ini.

“Meskipun sedih dengan nasib yang menimpa anak saya namun kami reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Sementara itu Nik Arif Nik Mansor, 46, bapa kepada Nik Shakir Zufayri, 21, berkata, anaknya itu yang memandu kereta sepatutnya menjemput sepupunya di Kuantan namun gagal dihubungi sejak bertolak dari rumah mereka.

“Pukul 12 tengah hari keesokan harinya kakak ipar di Kuantan hubungi saya mengatakan anak saya masih belum sampai di sana selain gagal dihubungi.
“Saya juga ada cuba menjejaki laluan ke Kuantan sebanyak tiga kali termasuk melalui kawasan kejadian kemalangan anak saya namun tidak menemukan apa-apa sehinggalah dimaklumkan berhubung penemuan kereta Honda Accord anak saya di sungai itu pagi ini,” katanya.
Nik Arif yang merupakan bapa kepada empat anak berkata, dia membuat pengecaman anak sulungnya itu berdasarkan kasut dan tali pinggang yang dipakai Nik Shakir Zufayri.
Katanya, anaknya itu sudah beberapa kali ke Terengganu namun kali ini pergi ke negeri itu bersama-sama tiga rakannya itu.
– See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/8216-mak-adik-pergi-dulu-8217-1.191813#sthash.Iafmj94f.dpuf

(6 Gambar) Jenazah Empat Sahabat Selamat Dikebumikan

$
0
0

Jenazah empat remaja yang ditemui mati di dalam kereta di anak sungai di KM42, Jalan Kota Tinggi-Mersing, pagi tadi selamat dikebumikan malam tadi.

Jenazah Luqman Jainie, Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhammad Asyraf Isa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, manakala Abu Izzani Abu Bakar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, Plentong.

Majlis pengebumian di kedua-dua tanah perkuburan terbabit selesai kira-kira 11.30 malam.

Terdahulu, kesemua empat jenazah yang dibawa dengan van, tiba di Masjid Nur Hidayah, Jalan Tasek, Bandar Seri Alam, Masai, pada 10 malam dari Hospital Mersing untuk disembahyangkan.

Kira-kira 500 orang menyambut ketibaan jenazah dalam suasana hiba bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Sebelum ini, empat remaja yang kesemuanya berusia 21 tahun itu dilaporkan hilang Rabu lepas ketika dalam perjalanan dari sini ke Terengganu untuk bercuti.

Mengikut laporan yang diterima polis daripada keluarga, kesemua mereka bertolak dari Bandar Seri Alam, kira-kira 9.30 malam Rabu lepas dengan menaiki sebuah kereta Honda Accord.

Selepas dua jam bertolak kira-kira 11.30 malam, mereka gagal dihubungi oleh keluarga menerusi telefon bimbit masing-masing.

Namun, misteri kehilangan mereka terjawab selepas kereta tersebut bersama mayat mereka ditemui pagi tadi.

Inilah Telefon Pintar Paling Murah, Bawah RM17 Sahaja!

$
0
0

Bakal mencetus revolusi dalam pengeluaran telefon pintar, ini mungkin telefon pintar paling murah di India, dan mungkin yang termurah seumpamanya di seluruh dunia.

Menurut laporan CNBC.com, telefon pintar hasil syarikat India, Ringing Bells, yang dikenali sebagai Freedom 251 kini dijual pada harga AS$4 (RM16.70).

“Ini merupakan model flagship kami dan kami yakin ia akan merevolusikan industri,” kata seorang jurucakap Ringing Bells kepada AFP.

Lapor NDTV, antara ciri-ciri telefon pintar ini adalah skrin paparan bersaiz 4 inci, kamera depan 0.3 megapiksel dan kamera belakang 3.2 megapiksel.

Projek ini turut mendapat sokongan padu kerajaan India dalam usaha untuk memberi akses digital kepada semua rakyat India.

Sebelum ini, India melancarkan tablet Aakash yang dijual pada harga 3,000 rupee (RM183) sebagai langkah kerajaan untuk menawarkan peranti yang dijual pada harga berpatutan kepada pelajar kolej.

‘Rasa Sedih, Tapi Nak Buat Macam Mana’ – Warga Bangladesh

$
0
0

Kawasan Masjid Jamek dan sekitarnya mendapat jolokan pelbagai nama, ekoran warga asing yang bertumpu di sana.

Setiap kali musim perayaan, mereka menjadi bahan berita dengan tajuk seperti ‘KL ditawan warga asing’, apabila warga tempatan pulang ke kampung.

Kali ini, mereka kembali menjadi perhatian, pada banyak masa momokan, apabila kerajaan bercadang membawa masuk 1.5 juta lagi warga Bangladesh untuk bekerja di sini.

Sanwar, 34 tahun, menyatakan kesedihannya apabila terpaksa berhadapan dengan penghinaan sedemikian.
“Memang saya rasa sedih tapi nak buat macam mana. Saya datang sini untuk bekerja.

“Setiap bangsa ada baik ada jahat, kalau ada (warga Bangladesh) yang buat jahat itu dosa mereka sendiri, bukan semua,” katanya yang bekerja di stesen minyak di Salak Selatan.

Katanya lagi, beliau berhadapan kesukaran ketika mula-mula tiba di sini, namun keadaan bertambah baik selepas setahun bekerja dan boleh menggunakan Bahasa Malaysia.

Jaheed, 29 tahun, yang bekerja di sebuah kedai di Masjid India juga menyuarakan sentimen yang sama.

“Satu orang satu mentaliti. Setiap orang Bangladesh di sini ada fikiran lain-lain,” katanya yang lebih selesa berbual dalam Bahasa Inggeris.

Menurutnya lagi, beliau gembira selama empat tahun di sini kerana dapat bergaul dengan warga tempatan dengan baik.

“Kawan Malaysia saya lebih ramai (berbanding warga Bangladesh), tempat kerja saya ramai Melayu. Pada saya, kami tiada beza kerana sama-sama Muslim.”

Sementara itu, Bilal Syeikh yang berusia 50-an mempersoalkan pengitlakan (generalization) sesetengah pihak yang mengaitkan warga asing dengan jenayah.

Menyifatkan mereka sebagai berfikiran sempit, beliau yang bekerja di sektor pembinaan itu berkata, “Kalau ada seorang Malaysia rompak saya, saya tak akan anggap semua orang Malaysia jahat.”

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live