Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Ingin Hantar Anak Ke Sekolah Cina? Baca 9 Tips Penting Ini

$
0
0

Perkongsian tentang menghantar anak kita ke sekolah jenis kebangsaan Cina, SJKC.

Ada pro dan kontra menghantar anak-anak kita ke SJKC. Antara pro yang paling jelas ialah, anak-anak kita dapat mempelajari tiga bahasa. Kontranya pula ialah anak-anak kita hanya ada kelas agama dua kali seminggu sahaja.

Oleh itu, ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas mengaji atau SAR selepas sekolah. Berikut adalah beberapa tips berdasarkan pengalaman kepada mereka yang berhajat untuk menghantar anak-anak ke SJKC agar dapat mengurangkan stress mengendalikan anak-anak kelak.

1. Mulakan dari tadika

Hantar anak-anak kita ke tadikan yang ditempatkan di sekolah Cina yang hendak kita tempatkan anak kita di darjah 1 kelak. Contohnya, jika kita mahu menghantar anak kita ke SJKC Lai Meng, hantarlah anak kita ke Tadika Lai Meng dari umur 5 tahun.

Ini bagi memudahkan transisi ke darjah 1. Pengalaman mengajar menghantar anak ke tadika yang glamour kononnya mengajar mandarin adalah tidak digalakkan. Tadika sedemikian hanya mahukan duit sahaja sedangkan silibusnya entah apa-apa.

2. Kenali Cikgu

Kenalilah cikgu-cikgu anak anda bagi mengenalipasti perkembangan anak-anak anda. Perlu kejar cikgu kerana cikgu di SJKC ini semuanya sibuk-sibuk belaka. Ini kerana mereka akan periksa homework anak-anak murid setiap hari.

3. Tubuhkan ‘Support Group’

Tubuhkan satu kumpulan sokongan dengan ibu bapa yang lain agar dapat bantu membantu. Oleh kerana sekolah Cina wajib dan harus buat homework yang banyak, kadang-kadang 10 ke 15 homework sehari. Senarai homework (kongker) selalunya akan disalin di papan hitam. Jika anak-anak kita lembab nak menyalin, kelak dia tidak tahu homework mana yang perlu dibuat.

Semasa buku homework di”pass-up” dan anak kita tak buat homework, dia akan dimarahi oleh guru secara ‘kaw-kaw’. Bila guru marah, bukan salah guru dan guru marah kena dia mahukan anak kita ‘improve’.

Jika kita campur tangan dalam hal guru memarahi anak kita, kelak anak kita bakal diboikot oleh guru. Selagi guru yang menghukum dengan tidak menjatuhkan maruah anak kita, kita tidak sepatutnya marah. Oleh itu, pastikan anak-anak kita buat semua homework.

Tolong menolong antara ibu bapa adalah kunci. WhatsApp group itu pasti akan membantu. Lantiklah seorang ketua ibu bapa dalam WhatsApp group yang ‘caring’ dan suka membantu.

Sebagai contoh dalam group parents kelas 2B, seorang ibu bernama Vivian selalu membantu anak-anak dan ibu bapa. Silalah bersedia untuk membantu anak-anak membuat homework sehingga larut malam.

4. Peranan Ibu Bapa 100%

Anak-anak darjah 1 hingga 2, perlukan penglibatan ibubapa yang lebih untuk memeriksa buku-buku yang perlu dibawa. Jangan tak bawa buku kerana anak anda akan dikenakan hukuman seperti berdiri di luar kelas dan ini akan memberikan tekanan kepada mereka.

Salin jadual waktu dengan cermat dan ‘know what is going on. Jika ada ujian ejaan bahasa Cina, pastikan anak-anak membuat hafalan. Kalau salah, pasti kena!

5. Pastikan Anak Berdisiplin

Disiplin adalah keutamaan di SJKC. Peraturan adalah peraturan dan tiada sebarang kelonggaran yang diberikan. Oleh itu, ibubapa seharusnya peka terhadap peraturan sekolah. Jangan hantar anak-anak lewat, rambut harus pendek seperti yang ditetapkan, kuku kena pendek, lencana dan tag nama harus dijahit kemas. Di hari murid-murid pakai baju sukan mesti pakai baju sukan. Hari Isnin, sila datang awal kerana ada perhimpunan sekolah. Jika langgar peraturan, anak kita akan dilabel sebagai murid bermasalah dan ini akan menganggu prestasi akademik mereka.

6. Bekalkan Makanan

Bagi orang Islam, sediakanlah bekal pada anak-anak jika berasa was-was dengan makanan yang dijual di kantin sekolah. Jika tiada masa, cari ibubapa yang buat bisnes bekalan halal untuk anak-anak kita.

7. Homework siap sebelum tidur

Jika kita tidak mahu menghantar anak kita ke tuition sekolah (sampai jam 3 petang), cari tuition untuk dia. Jika hantar anak kita ke SAR, pastikan homework siap sebelum tidur.

8. Jangan sensitif

Anak kita dimarahi oleh cikgu adalah perkara biasa terutamanya cikgu yang suka bising-bising. Jadi usahlah terlalu sensitif dan ibubapa diminta sediakan mental anak anda untuk menerima keadaan tersebut.

9. Pastikan silibus agama diajar

Bagi yang beragama Islam, kenalilah ustazah atau ustaz di sekolah anak anda. Pastikan juga silibus agama diajar. Ajarlah anak-anak anda sendiri membaca al-fatihah, surah lazim dan lain-lain.

Tolonglah jangan saja-saja nak meletakkan anak-anak anda ke SJKC tanpa persediaan. Main hantar saja tanpa tahu apa-apa, naya anak kita! Kasihan pada mereka, cikgu juga tertekan nak menguruskan anak-anak yang mana ibubapa mereka bersikap lepas tangan.

InshaAllah jika kita istiqomah, anak-anak kita akan mendapat kebaikan jika kita hantar mereka ke sekolah SJKC ini. Mereka akan berdisiplin dan hormat kepada ibu bapa dan guru. Jika kita masukkan elemen agama setiap masa di luar sekolah, itu lebih baik, akhirat juga terbela.

Cuma saya lihat, anak-anak menjadi skema sikit kerana adakalanya SJKC ini terlalu tegas namun ada kebaikannya.

Ini sajalah perkongsian yang saya boleh berikan. Maaf jika penulisan ini agak panjang. Sebenarnya perkongsian ini merupakan pengalaman isteri saya, Sharifah Suhaiza Tuan Sidek dengan anak kami Batrisyia Emilyn Bahari. Saya tukang tulis sahaja. – Emil Bahari


‘Benarkan Rakyat Hisap Ganja Untuk Hilangkan Tekanan Kos Sara Hidup’– Syed Rosli

$
0
0

Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk membenarkan rakyat menggunakan ganja sekali gus meminda sebarang larangan undang-undang melibatkannya atau marijuana yang pernah dibuat sebelum ini.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berkata, ganja jelas tidak menjadikan individu itu agresif atau hilang pertimbangan seperti yang berlaku kepada mereka yang mengambil alkohol berlebihan.

“Saya sudah timbulkan isu ini sejak tahun lepas. Rokok serta vape membawa ancaman besar kepada kesihatan namun ganja terbukti memberi ketenangan dan boleh mengurangkan kes jenayah.

“Lihat sahaja seperti di Belanda, banyak penjara di sana ditutup kerana pesalah berkurangan kerana ganja dibenarkan.

“Jadi apa salahnya kerajaan benarkan sahaja ganja di negara ini. Banyak kajian membuktikan tekanan kos sara hidup boleh ditenangkan dengan ganja,” katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Pada Rabu, Ahli Parlimen Belia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli mencadangkan supaya kesalahan menghisap marijuana atau ganja dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah.

Muhamad Ridhwan bagaimanapun menegaskan tidak menyokong amalan menghisap ganja tetapi semata-mata mahu ia dikawal selia.

Katanya, ganja hanya menyumbang sebanyak lapan peratus daripada semua jenis ketagihan berbanding 60 peratus daripada morfin dan 30 peratus daripada heroin.

Cadangan itu turut mendapat reaksi oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman Twitternya.

Ada portal sebelum ini melaporkan, persepsi pemain muzik Reggae dengan gejala menghisap ganja amat sukar dipisahkan.

Dalam pada itu kata Syed Rosli, cadangan Ahli Parlimen Belia serta Khairy sendiri dalam isu ganja itu harus diberi perhatian oleh kerajaan.

“Ambil pendekatan terbaik dan lihat contoh negara-negara yang membenarkan penggunaan ganja. Apakah impak kepada masyarakat mereka.

“Banyak contoh negara luar yang membenarkan ganja mencatat bilangan jenayah yang rendah, mungkin itu pertimbangan yang boleh diambil untuk membolehkan penggunaan ganja dibenarkan di negara ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya mengakui dakwaan terdapat ekstrak perisa ganja di pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan sesetengah pengguna rokok elektronik termasuk vape.

Ejen Pelacuran Tawar Farahdhiya ‘Job’ Dengan Bayaran Lumayan

$
0
0

Penyanyi Farahdhiya, 32, mendedahkan telah diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai pengacara Ally Iskandar dengan menawarkan pekerjaan dalam aktiviti pelacuran sebagai Gadis Peneman (Escort Girl).

Memetik laporan mStar online, Farah berkata, dia nyaris terpedaya kerana pada awalnya individu yang menyamar itu menawarkan kerja sebagai pengacara sebuah program televisyen.

“Tiga bulan lalu Instagram Ally Iskandar telah menghantar mesej untuk meminta nombor telefon saya, jadi tanpa sebarang syak kerana pernah beberapa kali bekerjasama, saya memberikan nombor telefon peribadi.

“Dia kemudian menghantar mesej di WhatsApp beberapa kali untuk menawarkan kerja hosting. Pada mulanya tiada masalah, semua perbincangan berkaitan kerja sehingga pertengahan perbualan itu membuatkan saya ada berasa ragu,” kongsinya.

Farah mendedahkan perkara tersebut bersama beberapa foto perbualannya dengan individu itu di laman Instagram miliknya pada malam Rabu.

Individu tersebut kemudiannya mula menawarkan pekerjaan tambahan lain dengan bayaran ratusan ribu ringgit di luar negara.

Dia juga ditawarkan menjadi duta sebuah produk yang tidak dinyatakan, selain perlu menemani seorang VIP bercuti keluar negara.

“Ally palsu itu menawarkan extra job selain hosting dengan harga RM30,000 dan RM140,000. Awak boleh baca di gambar apa yang mereka tawarkan.

“Ia sangat biadap dan kurang ajar termasuklah minta saiz badan dan gambar depan belakang, nasib baik juga saya tidak bagi sebab saya boleh fikir mana yang betul dan tidak,” ujarnya.

Farah berkata, dia sudah menghubungi Ally Iskandar mengenai hal itu dan dia memberitahu orang lain juga turut terpedaya dengan penyamaran tersebut.

Dia bakal membuat laporan polis terhadap individu berkenaan agar menerima tindakan sewajarnya.

‘Ratu Naga’ Didakwa Hina Najib Di Facebook

$
0
0

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas pertuduhan menghantar komen menghina pemimpin negara di laman sosial Facebook (FB).

Tertuduh, Syarul Ema Rena Abu Samah, 35, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Wanita terbabit yang menggunakan nama ‘Ratu Naga’ di FB didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 6 Oktober tahun lalu, pada 12.01 tengah malam dan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Hakim Aizatul Akman Maharani membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin.

Kes itu akan disebut semula pada 22 Mac bagi peguam bela hadir serta serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh dan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Norhani Mohd Azhar.

Gol Lencong: Faiz Subri Terima RM10,000 Dari Kerajaan Pulau Pinang

$
0
0

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melalui Kerajaan Pulau Pinang memberi insentif berjumlah RM10,000 kepada pemain tengah pasukan bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri di Pejabat Ketua Menteri sebentar tadi.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng disaksikan jurulatih pasukan itu, Jacksen F Tiago, Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff, isteri Mohd Faiz, Nor Zawanis Hashim serta beberapa Exco lain.

Guan Eng berkata, sumbangan itu sebagai menghargai pencapaian terbaik Mohd Faiz yang membuat sepakan percuma yang disifatkan sebagai gol ajaib sehingga mendapat perhatian dunia.

Terdahulu, nama Mohd Faiz menjadi sebutan ramai di seluruh dunia selepas dia menjaringkan satu gol istimewa, Selasa lalu.

Mohd Faiz membuat kejutan apabila sepakan percuma yang dilakukannya dari jarak 35 meter, melengkung masuk ke gawang gol dalam perlawanan menentang pasukan Pahang dalam Liga Super Malaysia yang berlangsung di Stadium Bandaraya.

‘Memang Cantik, Sepakan Percuma Faiz’– PM Najib

$
0
0

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memuji ‘fenomena’ sepakan percuma pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri ketika perlawanan menentang Pahang semalam.

Menerusi Facebooknya Najib berkata, fenomena itu turut tersebar ke Amerika Syarikat (AS), dan dari kaca matanya, sepakan itu benar-benar unik.

“Hebat gol sepakan percuma Faiz Subri, khabat mengenainya tersebar sampai ke Amerika. Saya ada lihat klip sepakan percuma itu, memang cantik!,” katanya.

Terdahulu pasukan Pulau Pinang membuktikan pasukan mereka antara skuad yang perlu diberikan perhatian pada musim ini dengan mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 selepas menewaskan Pahang dalam aksi pertemuan yang berlangsung semalam.

Apa yang lebih mencuri tumpuan apabila, pemain tengahnya, Faiz mencetuskan fenomena dengan kejayaan menghasilkan gol menarik hasil sepakan percuma yang diambil pada minit ke 62.

Penjaga gol Pahang, Nasril Nourdin gagal membaca baik sepakan percuma oleh Faiz yang melencong dengan unik sebelum menerjah masuk ke penjuru kanan gol.

Gol kedua oleh Faiz dalam perlawanan itu mendapat perhatian umum serta portal-portal sukan di dunia berikutan jaringan berkenaan dilihat seakan-akan seperti sepakan percuma yang dilakukan oleh bekas pemain Brazil, Roberto Carlos pada perlawanan menentang Perancis beberapa tahun lalu.

Selepas Kekasih, ‘Babun’ Didakwa Rogol Kerani Pula

$
0
0

Semalam dia didakwa merogol kekasihnya seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima, hari ini pengawal keselamatan yang sebelum ini berdepan pertuduhan membunuh pelajar itu pada Oktober lepas, didakwa pula di Mahkamah Sesyen Balik Pulau atas pertuduhan merogol seorang kerani.

Tarmizi Yaakob, 21, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol gadis berusia 21 tahun itu dengan cara mengacukan pisau serta mengugut untuk membunuh mangsa.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Teluk Kumbar dekat sini antara pukul 4.30 hingga 5.30 pagi pada 8 Okt tahun lepas mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Dalam prosiding hari ini, Tarmizi yang juga dikenali dengan panggilan ‘Babun’, dilihat memberi reaksi berbeza apabila bersuara ketika Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz mengajukan soalan kepadanya berbanding semalam dengan hanya tunduk mendiamkan diri.

Dalam prosiding hari ini juga, Timbalan Pendakwa Raya J.G. Kaameini tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana kesalahan rogol adalah serius dan memohon tarikh sebutan bagi serahan dokumen.

Sementara itu Tarmizi ketika menjawab soalan hakim berkenaan pelantikan peguam berkata dia belum melantik peguam dan hidupnya pula sebatang kara.

“Saya tidak ada ibu dan bapa dah. Mereka sudah meninggal dunia yang hanya ada kakak sahaja,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen dan melantik peguam.

Semalam, Tarmizi didakwa merogol pelajar perempuan Tingkatan Lima yang juga kekasihnya manakala pada 6 Nov tahun lepas, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh kekasihnya itu di Teluk Kumbar di sini.

‘Tak Lama Lagi Ke Dalamlah’– Polis

$
0
0

Polis sudah mengenal pasti lelaki bersenjatakan kapak yang cuba menyerang suami isteri di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong, di sini, seperti yang ‘viral’ di Facebook semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3 petang itu, lelaki berusia 19 tahun yang memandu Proton Saga tidak puas hati apabila mangsa membunyikan hon kerana tidak bergerak sejurus lampu isyarat bertukar hijau.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kes bermula dengan pertengkaran sebelum suspek mengeluarkan kapak dan mengacukan ke arah mangsa dan isteri.

“Tindakan suspek dirakam isteri mangsa sebelum dimuat naik ke laman sosial. Kes itu menjadi viral dan mangsa tampil membuat laporan pada 10.12 malam tadi.

“Hasil laporan itu, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Kita sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat,” katanya.


Gol Faiz Subri: Netizen ‘Tunjuk Pandai’ Ketengah Teori Masing-Masing

$
0
0

Sana-sini masih kecoh memperkatakan tentang gol luar biasa yang dijaringkan pemain Pulau Pinang, Faiz Subri dalam perlawanan bola sepak Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya, pada Selasa.

Tanpa menafikan kehebatan gol tersebut, netizen mula berkongsi pengetahuan masing-masing tentang bagaimana gol sedemikian boleh terhasil.

Ada yang menggunakan analisis dan pengalaman mereka dari pelbagai sudut ilmu yang sangat menarik untuk dibincangkan bersama. Ada pula yang sekadar bersembang kosong untuk bersuka-suka tanpa disertai teori yang boleh diguna pakai.

Walau apapun reaksi mereka menunjukkan kepandaian masing-masing dalam perkara tersebut, ternyata jaringan bergaya Faiz itu menjadi peristiwa penting yang mencipta jutaan lagi peminat bola sepak negara.

Laman Facebook Daily Sukan adalah antara yang memperincikan penghasilan gol berkenaan melalui teori Fizik, di mana Teorem Bernoulli digunakan sebagai medium analisis.

Video ni #abgdin dah share minggu lepas tapi tak tau la korang tengok ke tidak, Mari kita belajar balik Fizik dizaman…

Posted by Daily Sukan on Wednesday, 17 February 2016

Teorem Bernoulli menjelaskan bagaimana tekanan bendalir berkurangan pada titik di mana kelajuan bendalir meningkat. Dalam kes ini, ia merujuk kepada bagaimana bola yang berputar menarik udara di sekelilingnya.

Turut dimuatkan dalam penjelasan ini ialah petikan pandangan seorang pelajar kejuruteraan yang berpendapat tendangan itu dibuat Faiz di sebelah kiri, dengan paksi bola ditegakkan. Ia menjelaskan bagaimana lencongan bola itu naik serentak kiri dan kanan.

Perbezaan tekanan udara tinggi dan rendah kemudiannya membawa bola yang ditendang melencong ke gawang, walaupun jika dilihat pada mata kasar, ia sepatutnya melantun terus ke hadapan tanpa lencongan.

Sebuah lagi laman Facebook, Axello Tacts, lebih gemar melihat gol yang dihasilkan itu dari sudut teknikal bola sepak, tanpa menafikan kewujudan elemen saintifik.

Anda terpegun dengan freekick Faiz Subri ? KNUCKLE BALL KE TU ?Ciri Ciri bola knuckle ballBola bergerak deras…

Posted by Axello Tacts on Tuesday, 16 February 2016

Gol Faiz terhasil dari knuckleball, atau dalam bahasa Melayu ringkas, bola yang berkelajuan tinggi dalam keadaan separuh pegun ketika dilencongkan.

Menariknya, Axello Tacts turut berkongsi tip untuk menghasilkan gol sedemikian, antaranya memberi perhatian khusus pada jarak larian sebelum mengambil tendangan, serta di mana tendangan (pada bola) perlu dibuat.

Faiz, 29, yang bermain di posisi attacking midfielder, mengakui sering membuat latihan tendangan percuma selama 15 minit setiap kali selepas tamat latihan, demi mendapatkan tendangan yang tepat.

Gol yang dijaringkan Faiz ketika menentang Pahang Selasa lalu itu, disifatkan lebih menarik daripada gol yang dijaringkan Roberto Carlos ketika Brazil menentang Perancis pada tahun 1997.

Seorang lagi pemain Malaysia, Hardi Jaafar, antara yang pernah menghasilkan gol yang hampir serupa dalam perlawanan Piala Tiger (kini Piala AFF Suzuki) menentang Singapura pada tahun 2007.

Melayu Kenapa Bodoh, Bangang, Bahalol? Soal Mat Sabu

$
0
0

Dalam keadaan terpekik-pekik, Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkali-kali menyifatkan orang Melayu sebagai bodoh, ba­ngang dan bahalol dalam ceramah di Majlis Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang Sempena Tahun Baharu Cina, di Sungai Petani malam tadi.

Semuanya gara-gara orang Melayu terutamanya yang berada di kelas pertengahan didakwa menjadi penyebab kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Yang paling saya kecewa ialah kelas pertengahan Melayu. Mereka inilah yang susah berubah. Makan gaji sikit, jadi pegawai kerajaan sikit, pertahan pemerintah rasuah. Ini yang saya marah, saya baling mikrofon malam itu.

“Tahun 2013, undi Melayu turun sedikit. Meningkatnya soko­ngan kepada kita sebanyak 52 pe­ratus kerana undi orang Tionghua dan orang India. Tahniah kepada kaum Tionghua atas kesedaran politik.

“Orang Melayu kenapa tak mahu berubah? Takutkah kalau UMNO jatuh, Cina perintah Malaysia? Kenapa bodoh, bodoh, bodoh?” kata­nya sambil disambut sorakan dan tepukan daripada kira-kira 250 hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina.

Hadir sama, Ke­tua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta barisan kepemimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan Pulau Pinang.

Tuduhan kerasnya itu kemudian diteruskan lagi terhadap pegawai kerajaan.

“Apabila orang Cina hendak ambil alih Malaysia melalui pilihan raya boleh atau tidak? Tetapi berapa ramai pegawai kerajaan boleh percaya? Bangang bin bodoh bin bahalol.

“Tak boleh! Orang Cina hanya boleh memerintah sama ada bersama BN atau pakatan pembangkang. Tak boleh mereka memerintah sendirian,” katanya.

Beliau turut menuduh, semua itu adalah ‘racun’ yang dima­sukkan biro tatanegara dan polis Cawangan Khas (SB).

“SB kerjanya itulah, bawa bekas ahli DAP, Razali (Mohamed Razali Abdul Rahman) diiringi oleh polis pergi berbohong pegawai kerajaan,” ujarnya.

Seterusnya beliau membuat perbandingan mengenai sikap rakyat negara ini yang menolak demonstrasi sebagai cara menjatuhkan pemimpin di sesebuah negara.

“Di Filipina rakyat berdemonstrasi hingga Marcos jatuh. Di Indonesia, para pelajar berdemonstrasi sehingga mati enam orang tetapi akhirnya menjatuhkan Suharto dan memulakan era demokrasi.

“Di Thailand rakyat berdemonstrasi menjatuhkan Yingluck Shinawatra sementara di Burma mereka tumbangkan rejim tentera. Rakyat Malaysia bila? Demonstrasi pun tak mahu, pilihan raya pangkah lagi BN. Bodoh, bangang, ba­halol,” katanya.

Diberhentikan MAS, Lelaki Ini Jadi Pengusaha Trak Makanan

$
0
0

Ketika rakyat Malaysia bersuka-ria meraikan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu, Azman Ismail, 51, dikejutkan dengan berita buruk.

Beliau mendapat notis pemberhentian kerja setelah 27 tahun berkhidmat di syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Enam bulan kemudian, bekas pegawai kanan perancang kerja MAS ini akhirnya menjadi pengusaha trak makanan.

Baru mula beroperasi dua hari lalu, Azman berdebar menanti ketibaan pelanggannya di KL Food Truck Feast, di Dataran Merdeka, di sini. Festival KL Food Truck Feast ini berlangsung pada Sabtu dan Ahad dari 6.30 pagi dan 12 tengah hari.

“Hari ini adalah first event saya. Van ini saya dapat sebulan lepas dan kita ada buat pengubahsuaian yang dibantu oleh bapa mertua saya iaitu bekas kakitangan MAS di bahagian teknikal, ground teknikal.”

“Kalau nak kirakan semua keluarga saya kakitangan MAS. Daripada bapa mertua saya, isteri saya, kakak mertua, abang mertua, sepupu dan saudara mara saya semua kakitangan MAS. Yang sedihnya, itu lah semua kena keluar dari MAS,” katanya.

Bagi kebanyakan individu, tindakan pemberhentian kerja mungkin detik paling hitam dalam sejarah hidup mereka. Namun Azman memilih untuk melihat dari kaca mata positif.

Berbekalkan semangat untuk terus berjuang untuk keluarganya, Azman tekad meneruskan kehidupan.

Namun realitinya, perjalanan itu bukan mudah.

Dalam tempoh enam bulan selepas diberhentikan kerja, Azman terus beriktihar untuk menyara isteri dan empat orang anaknya itu.

“Selama enam bulan itu, saya pergi dari pelan A ke pelan B ke pelan C. Mula-mula, pelan A, saya pergi mencari kerja.

Daripada 10 temuduga kerja yang saya pergi, tidak ada satu pun yang menerima saya. Mungkin sebab faktor usia, saya fikir tak apalah, saya redha saja.”

“Saya usaha lagi pelan B. Pelan B saya ialah perniagaan trak makanan. Dalam pada itu, saya memohon macam-macam pinjaman, minta itu, ini, semua saya buat, pun sampat tak dapat. Saya hampir mengalah dan mencuba pula pelan C. Pelan C, saya pergi ke New Zealand kononnya nak bekerja sebagai penyembelih.

“Saya pergi ke semua kilang di South Island, New Zealand untuk ‘mencampak’ resume saya. Tetapi nasib tidak menyebelahi saya, selama tiga minggu saya di sana, saya tidak mendapat apa-apa hasil kerana masalah di New Zealand adalah sukar mendapat permit kerja. Jadi saya sambung balik pelan B,” katanya.

Setelah semua pilihannya gagal, Azman tidak berputus asa dan cuba semula mengusahakan trak makanan ini.

Terpaksa berhutang dan membuat pelbagai pinjaman, akhirnya perniagaan ini memulakan operasi khamis lalu.

Nama Kocai Delicious diberi sempena anak lelakinya, Khusairi yang juga chef trak makanan ini.

Bagi kebanyakan individu, tindakan pemberhentian kerja mungkin detik paling hitam dalam sejarah hidup mereka.

Namun Azman memilih untuk melihat dari kaca mata positif.

“Tidak semestinya hanya MAS boleh bagi kita makan mungkin ada hikmah di sebalik kenapa kita dibuang. Mungkin Tuhan tak nak kita terus dalam satu syarikat yang kita tidak tahu nasibnya macam mana. Jadi kita beralih kepada perusahaan trak makanan.”

Lama kelamaan, Azman mula sedar bahawa inilah bidang yang memberikannya kepuasan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

“Saya rasa perniagaan ini adalah pekerjaan yang betul-betul bagi kita rasa puas lah. Penat itu memang berbaloi berbanding kita kerja dulu dari pukul 8 pagi hingga 9 malam ataupun ‘over time’, masa itu kita penat tetapi kita tidak dapat apa-apa, duit makin kurang. Tetapi apabila berniaga, duit itu, Alhamdulillah, ada rezeki, Insyallah,” katanya.

Bidan Sambut Kelahiran Najib Luah Rasa Bangga

$
0
0

Puteh Hassan, 91, yang merupakan seorang bidan dan pernah bertugas di Hospital Kuala Lipis melahirkan rasa bangga kerana bayi yang pernah disambut kelahirannya pada 23 Julai 1953 rupa-rupanya adalah `orang besar’ yang kini menjadi Perdana Menteri.

Perkara itu diceritakan oleh anak sulung Puteh, Fatimah Hassan, 68, seperti dilapor Bernama.
Menurut Fatimah, ibunya telah berulang alik ke rumah Tun Razak selama hampir sebulan bagi melakukan tugasannya sebagai bidan.

“Emak dipanggil untuk menggantikan bidan lain yang diberikan tugas itu. Waktu itu, tidak ramai bidan Melayu di sini. Jadi emak akan ke rumah Tun Abdul Razak pada waktu pagi,” katanya.

Selain Najib, Puteh juga pernah menjaga Permaisuri Pahang Tengku Ampuan Afzan berpantang selepas melahirkan puteri bongsunya Tengku Shahariah di Istana Hinggap Lipis, yang terletak bersebelahan rumah kelahiran Najib.

“Dahulu orang besar tidak ke hospital untuk bersalin. Bidan yang dipanggil ke rumah… yang menyambut kelahiran Najib, mengikut cerita emak, adalah seorang bidan senior dan dibantu bidan Timah. Tapi mereka sudah meninggal dunia,” katanya.

Fatimah berkata, semasa Najib dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 1982, emaknya cukup berbangga kerana ‘MB’ (menteri besar) itu pernah dibelainya semasa kecil.

“Ramai juga bayi yang emak sambut semasa kelahiran, berjaya dalam hidup. Ada yang jadi jurutera, ahli perniagaan. Mereka pernah terserempak dan bersalaman dengan emak semasa pulang ke Lipis. Tapi yang paling berjaya sudah pasti Perdana Menteri,” katanya.

Video Youtube Drama Spy M Episod 3

$
0
0

Drama Spy M disiarkan setiap hari Isnin di slot Aksi TV3 mulai 3 Disember 2012. Antara pelakon yang membintangi drama Spy M ialah Sharifah Shahira, Wan Sharmila, Amyza Adnan, Adik Ahmad Daniel, Zalif Sidek, Addy Ashraf dan ramai lagi. Ikuti kesudahan drama Spy M Episod 3 secara online di Wowberita.Org.

Sinopsis Spy M Episod 3
*sinopsis akan dimasukkan sebaik sahaja drama tamat. harap bersabar.

Video Youtube Drama TV3 Spy M Episod 3[wp-like-locker]
*video akan diupload sebaik sahaja drama tamat. harap bersabar.
[/wp-like-locker]

Kucing Milik Pelarian Terpisah Di Greece, Bertemu Semula Di Norway

$
0
0

Segalanya bermula November tahun lalu apabila satu keluarga di Iraq bertekad untuk meninggalkan tanahair yang dikecam serangan militan Daesh.

Seorang ibu dan lima orang anak berhijrah dari Mosul ke Lesbos, Greece.

Mereka membawa harapan dan tidak ketinggalan, seekor kucing kesayangan bernama Kunkush.

Dalam kekalutan bot mendarat, Kunkush hilang dan tidak dapat dikesan.

Sementara itu, keluarga tersebut terpaksa meneruskan perjalanan ke Berlin dan akhirnya tiba di petempatan pelarian Norway tanpa kehadiran Kunkush.

Tanpa diketahui keluarga berkenaan, Kunkush sebenarnya ditemui oleh seorang nelayan Greece dalam keadaan bulunya kusut masai dengan kesan diserang kucing lain.

Kunkush diselamatkan, diberi makan, dan dinamakan sebagai Dias iaitu nama dewa Zeus dalam bahasa Yunani.

Tiga orang sukarelawan Amerika Syarikat yang mendapat tahu kisah ini mula berkempen untuk mencari empunya kucing yang sebenarnya melalui laman Facebook Reunite Dias.

Hello! Thank you for taking time to hear my story. They call me Dias here. My family and I are from Mosul, Iraq and I…

Posted by Reunite Dias on Tuesday, 22 December 2015

Hasil kempen dan siasatan meluas akhirnya membuahkan hasil apabila pemilik asal kucing itu dikesan berada di Norway, minggu lalu.

Tiket perjalanan dan kos gerakan mempertemukan semula Kunkush dengan keluarga asalnya dibiayai sepenuhnya oleh orang awam melalui laman peraih dana Go Fund Me.

Denne katta har reist helt fra Irak

Se gjensynsgleden!De flykta sammen fra Irak, gjennom Tyrkia, til Hellas i gummibåt. Men der stakk katten av.Les mer her: http://www.nrk.no/trondelag/1.12810608

Posted by NRK Trøndelag on Thursday, 18 February 2016

Video pertemuan semula yang mengharukan itu mendapat respon meluas dari netizen.

Mereka menyifatkan peristiwa itu membuktikan sifat kemanusiaan dan belas ihsan masih lagi menebal dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

(15 Gambar) Kucing ‘Koyuki’ Miliki Wajah Paling Bengis Di Dunia

$
0
0

Ini ialah Koyuki, kucing berdarah Scotland yang jauh lebih bengis berbanding Grumpy Cat.

Koyuki bermaksud Salji Kecil dalam bahasa Jepun. Kucing berusia 9 tahun ini dipelihara oleh sebuah keluarga yang menetap di Yokohama.

Selepas hampir sedekad ‘menyorok’, Koyuki muncul dalam satu pertandingan Internet yang menjadi kucing yang memiliki wajah paling bengis di dunia!

Namun yang pasti, Koyuki tetap manja seperti kucing-kucing lain.

Ini Koyuki.. kucing paling bengis di dunia. dah macam Genghis Khan dh…hehehe

Posted by Wowberita (Official) on Saturday, 20 February 2016


(Gambar & Video) Empat Sekeluarga Maut Nahas Di Teluk Intan

$
0
0

Empat termasuk tiga beranak maut, manakala seorang cedera parah dalam nahas jalan raya di Kilometer 47.5, Jalan Teluk Intan-Sitiawan petang Ahad.

Mereka yang maut dikenali sebagai Noh @ Mat Noh Abdul Hamid, 64, isterinya Noriah Hashim, 57, anak mereka Nurul Afiqah, 18, serta anak saudara pasangan itu Intan Syafina Razali, 18, kesemuanya berasal dari Kampung Gajah, Seberang Perak.

Sementara, mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Tan Huo Huat, 44, dari Sabak Bernam, Selangor.

Innalillah..4 sekeluarga maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 7 Jalan Sitiawan-Teluk Intan, Perak semalam. Semoga roh mereka yang terkorban di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Posted by Wowberita (Official) on Sunday, 21 February 2016

Video kemalangan meragut 4 nyawa dan 3 sekeluarga petang tadi di Kilometer 7 Jalan Sitiawan-Teluk Intan, Perak.

Posted by Oomedianetworks on Sunday, February 21, 2016

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Shuhaily Mohd Zain berkata semasa kejadian kira-kira 5.17 petang itu, kereta jenis Perodua Viva dipandu Noh @ Mat Noh dalam perjalanan dari Teluk Intan ke Sitiawan.

Bagaimanapun, sebaik sampai di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu Tan dari arah Sitiawan ke Teluk Intan, memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Viva itu.

“Akibat kemalangan itu, keempat-empat mangsa meninggal dunia di lokasi kemalangan kerana kecederaan parah dan bedah siasat sedang dijalankan di Hospital Teluk Intan.

“Tan pula kini dirawat di sebuah hospital swasta di Ipoh, setelah dipindahkan dari Hospital Teluk Intan,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Najib Kongsi Pengalaman Menakutkan 40 Tahun Jadi Ahli Politik

$
0
0

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi pengalaman hidup sepanjang 40 tahun terlibat dalam politik dan ada antara pengalaman itu hampir meragut nyawanya.

Beliau menceritakan pernah mengalami peristiwa menakutkan apabila helikopter yang dinaikinya hampir terhempas dan kejadian kemalangan apabila kereta dinaikinya terbalik.

“Banyak peristiwa suka serta duka saya lalui antaranya helikopter dinaiki hampir terhempas.

“Ramai juga tidak tahu masa saya hendak naik ke jeti dari bot nelayan hampir terjatuh ke dalam laut di Pulau Tioman. Ada juga insiden kereta terbalik masa hujan lebat, masa itu isteri saya sedang mengandung, air hujan pun masuk dalam kereta ketika kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Solat Hajat Perdana sempena 40 tahun melibatkan diri dalam politik dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan, Pahang, malam tadi.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Najib berkata, sebelum menceburi bidang politik, beliau terpaksa berfikir panjang dan mendalam kerana pada ketika itu baru berusia 22 tahun tujuh bulan.

“Cuba bayangkan umur 22 tahun macam mana agaknya perasaan pada ketika itu. Hendak bertan­ding, boleh atau tidak. Saya pada ketika itu baru balik dari London, baru bekerja dan bercakap dalam bahasa Melayu pun masih gugup.

“Maklumlah lapan tahun belajar di United Kingdom (UK), hendak bagi ucapan orang Kedah kata ketaq lutut dan saya terpaksa belajar daripada orang Pekan,” katanya.

Najib mengakui beliau memasuki dunia politik adalah bagi mencari kepuasan.

Tewas Piala FA, Pengurus Terengganu Bakal Letak Jawatan?

$
0
0

Nampaknya pasukan bola sepak Terengganu terus dilanda krisis apabila pengurus pasukan, Marzuki Sulong dikhabarkan akan meletak jawatan manakala ketua jurulatih, Ahmad Yusof akan direhatkan buat sementara selepas skuad itu tersingkir awal dalam kempen Piala FA musim ini.

Sebuah laman page Facebook T&T menyatakan Marzuki mengambil keputusan meletak jawatan serta merta sebagai pengurus dan Ahmad Yusof diberi arahan supaya berehat untuk seketika.

Pengurus letak jawatan..Head Coach direhatkan..Tu yang kita dengar..kita tunggu pengumuman rasmi..Doakan keputusan yang baik diambil #DemiTranung..

Posted by T&T on Sunday, 21 February 2016

Namun begitu, Marzuki masih kekal sebagai Timbalan Presiden PBSNT iaitu jawatan yang dimenangi dalam Kongres Tahunan Luar Biasa PBSNT 2013 lalu.

Dalam pada itu, sumber mengatakan satu mesyuarat tergempar Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan diadakan hari ini bagi membincangkan tentang prestasi semasa pasukan Terengganu dan ia dikatakan berkait rapat isu terkeluar dalam saingan awal Pusingan Kedua Piala FA.

Minggu ini kem pasukan Terengganu menjadi kecaman penyokong setia Hitam Putih yang mahu perubahan drastik dalam pengurusan PBSNT selepas memperagakan aksi longlai ketika tewas mudah kepada PKNS sekaligus ‘balik awal’ dalam Piala FA dalam Pusingan Kedua dan gagal menyamai rekod mara ke Separuh Akhir tahun lepas.

Pasukan Peteh turut diberi amaran keras oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman supaya mempertingkatkan prestasi atau berdepan tindakan tarik balik peruntukkan kewangan tahun ini jika permainan masih tidak berubah. – Terengganu Times

(4 Gambar) Rumah Hangus Terbakar Ketika Solat Di Masjid

$
0
0

Suami isteri di Kampung Bukit Temalong, Bachok menerima kejutan menyedihkan apabila rumah mereka musnah terbakar sebaik pulang dari masjid, petang tadi.

Abdullah Jusoh, 65 dan isteri, Noormah Abas, 55, ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Asar sebelum rumah mereka terbakar dan kerugian dianggarkan lebih RM50,000.

Kejadian berlaku Asar tadi sewaktu tuan rumah pergi ke Masjid untuk Solat Asar. Semoga mak cik ini kuatkan semangat..YA Allah kuatkan hati makcik ni..Kejadian di Bachok Kelantan..

Posted by Wowberita (Official) on Sunday, 21 February 2016

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Mohd Razali Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.23 petang.

Katanya, dua jentera dengan kekuatan 12 anggota termasuk enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumbuh ke tempat kejadian.

“Rumah separa kayu itu hangus 100 peratus namun tidak membabitkan kemalangan jiwa kerana pemilik tiada di rumah,” katanya.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Senarai Rasmi Exco Kedah Yang Baharu 2016

$
0
0

Teka-teki mengenai senarai exco Kedah yang baharu akhirnya terjawab. Semua 9 exco itu mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong, Tan Sri Tunku Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, pada Isnin 22 Februari 2016 jam 10.30 pagi. Berikut senarai 9 exco Kedah yang baharu 2016.

Senarai Rasmi Exco Kedah Yang Baharu 2016

1. Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail
2. Datuk Suraya Yaacob
3. Datuk Tajul Urus Mat Zain
4. Datuk Badrol Hisham Hashim
5. Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid
6. Datuk Tajuddin Abdullah
7. Datuk Norsabrina Mohd Noor
8. Datuk Aminuddin Omar
9. Datuk Dr Leong Yong Kong.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live