Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

‘Najib Bukan Penyamun’– Ketua Penerangan UMNO

$
0
0

Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai pemimpin yang memiliki ramuan lengkap yang diperlukan untuk terus mentadbir negara dan parti, sama sekali bukan seorang ‘penyamun’ seperti yang digambarkan musuh politiknya.

Malahan, tegas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, keyakinan terhadap Perdana Menteri masih kukuh untuk menguruskan negara, ekonomi dan parti keramat Umno.

“Datuk Seri Najib mempunyai segala ingredients untuk melakukannya.

“Saya tak fikir Datuk Seri Najib seorang watak penyamun seperti yang cuba digambarkan atau beliau seorang yang mencari jalan untuk menghancurkan Umno bila naik jadi presiden…tidak,” katanya ketika temubual bersama mStar Online di sini, baru-baru ini.

Sejak kebelakangan ini Najib berhadapan tekenan termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melepaskan jawatan susulan skandal kewangan seperti kes SRC International dan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.

Mengulas mengenai perkembangan itu, Annuar berkata, Najib perlu mempertahankan kedudukannya kerana beliau disokong oleh institusi yang kukuh seperti Umno.

“Parti dan institusi presiden itu intact (tidak terjejas). Bukan kerana beliau perfect tapi kerana dalam struktur parti, kami merasakan beliau menunaikan tanggungjawab.

“Kalau Datuk Seri Najib tidak ada dalam parti, adakah boleh jamin pengganti beliau itu tak boleh diserang oleh sesiapa? Adakah orang baharu itu boleh buat lebih daripada Datuk Seri Najib? Kami tak nampak begitu.

“Bagi kami sekarang ini presiden kita menunaikan tanggungjawabnya, beliau bertahan diri dengan segala serangan yang ada padanya,” katanya.

Ahad lalu, Najib meraikan detik bersejarah menandakan genap 40 tahun beliau terlibat dalam arena politik.

Najib bertanding Pilihan Raya Kecil Parlimen Pekan pada 21 Februari 1976 pada usia 23 tahun sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Pahang pada 1982 sekali gus melakar sejarah sebagai menteri besar termuda iaitu pada usia 29 tahun.


Wanita Ini Kahwini Kucing Lepas Putus Cinta

$
0
0

Selepas melalui pengalaman putus cinta yang menyakitkan, seorang pereka laman web mengambil keputusan untuk mengahwini kucing peliharaanya sendiri.

Barbarella Buchner, 48, mengahwini dua ekor kucingnya, Spider dan Lugosi dalam majlis secara dalam talian.

Kedua-dua kucingnya itu dipeliharanya sejak 10 tahun lalu selepas mengambilnya dari pusat perlindungan kucing di London.

“Kucingnya adalah cinta hidupnya. Saya tidak pernah menyesal malah tidak peduli apa yang orang perkatakan,” dakwa Barbarella.

Barbarella yang kini menetap di Lanzarotte berkata, dia pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki namun gagal.

Menurut Barbarella , kucingnya itu membantunya untuk kembali menjalani kehidupan normal dan bangkit dari kekecewaan selepas hubungan percintaannya bersama bekas teman lelaki yang terjalin selama tujuh tahun putus.

“Bekas teman lelaki adalah individu yang paling penting dalam hidup saya sebelum ini sehinggalah perhubungan tersebut putus.

“Ia menyakitkan apabila putus, saya menangis beberapa minggu selepas gagal namun kucing-kucingnya itu membantu memulihkan emosinya. Mereka membantu menenangkan dan sentiasa ada dengan saya,” katanya dipetik Mirror.uk.

Tambahnya lagi, dia kemudiannya tersedar bahawa cinta saya kepada haiwannya itu melebihi segalanya malah lebih dalam dari cinta kepada manusia.

Pada tahun 2004, Barbella mengambil keputusan untuk mengahwini kucingnya itu secara rasmi melalui sebuah laman web Marryyourpet.com.

Laman web itu menyenaraikan beberapa peraturan yang perlu dipersetujui sebelum membenarkan pelayar berkahwin dengan haiwan peliharaan dan antaranya ialah tidak dibenarkan untuk menganiaya haiwan kesayangan dalam apa jua cara.

Permohonannya diterima dan dia perlu membayar yuran berharga £20 (RM120) sebelum berkahwin dalam majlis secara online dengan hanya menekan butan “I do”.

Barbarella berkata, mengahwini Lugasi dan Spider adalah sesuatu yang perlu saya lakukan.

“Jika kucingnya mati, dia tidak akan mengahwini kucing yang lain dan jika ada lelaki yang mendekati saya akan berterus terang bahawa saya telah berkahwin dengan kucing, dan jika mereka fikir saya pelik, saya tak pedulikannya,” ujarnya.

‘Bukan Diculik Tapi Lari Ikut Teman Lelaki’– Polis

$
0
0

Polis menafikan berlaku kejadian culik melibatkan seorang remaja perempuan di sebuah kolej di Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku ketika remaja perempuan itu ke kolej tersebut bersama ibu dan adiknya untuk mengambil keputusan peperiksaan.

Menurutnya, tidak beberapa lama kemudian, datang teman lelaki remaja tersebut datang mengambil mangsa.

“Adik remaja tersebut yang melihat kejadian itu terus memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya.

“Ibu mangsa terkejut dengan tindakan mangsa yang terus meluru menaiki kereta tersebut,” katanya.

Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan tindakan anaknya itu telah cuba menghubunginya beberapa kali namun gagal.

Malah, ibu mangsa turut menghubungi ayah kepada teman lelaki anaknya itu untuk memaklumkan perkara tersebut, namun mendakwa dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut berikutan tidak tinggal serumah.

Tambahnya, susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis pada keesokan harinya di Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda untuk tindakan lanjut.

“Siasatan polis mendapati kejadian ini bukanlah kes culik seperti yang tersebar luas di laman sosial Facebook.

“Remaja perempuan itu sendiri dengan rela mengikut teman lelakinya tanpa memaklumkan kepada ibunya yang tidak merestui perhubungan cinta mereka,” katanya.

Abdul Aziz berkata, polis kini giat menjejak teman lelaki mangsa untuk bantu siasatan.

Beliau turut menegaskan kepada pengguna laman sosial supaya lebih berhati-hati dan tidak menimbulkan kegusaran kepada orang awam lain.

“Pastikan kesahihan sesuatu kejadian dahulu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Tudung ‘Kelentit’ Fesyen Muslimah Terbaru

$
0
0

Alahaiii! Ini lah dinamakan mangsa berfesyen! Fesyen apa jadahnya minah ini pakai pun tak tahu lah?? Sampai terbonjol keluar camtu…dah macam kelentit pun ada.. Pendapat korang pulak macam mana?? Ini ke gaya bertudung yang terbaru?? Hahahha.. Lawak betul tengok…

Fesyen bertudung sekarang ini memang popular yang admin sendiri tak nafikan. Ia menjadi ikutan tak kira muda ataupun tua.. Semuanya nak cantik dan manis bila bertudung, tapi kalau dah terlalu over macam ni.., rasanya macam memperbodohkan diri jer.. Dah merepek sangat gaya tudung yang digayakan itu!

Sekali gus, nampak sangat orang sekarang kalau pakai tudung disebabkan fesyen semata-mata.. Dah tak pentingkan kewajipan untuk menutup aurat.. Admin pun heran lah dengan minah itu, macam mana dia boleh terfikir nak pakai tudung macam itu?? Dia tak rasa ke fesyen dia ni merepek dan nampak hodoh lagi bodoh bila pakai macam itu??

Maybe bagi dia cantik kot pakai macam itu noh, dan mungkin juga minah ni dah bosan dengan gaya bertudung yang sedia ada.. Itu lah susahnya kalau orang terlampau confident dengan apa yang dia pakai, yang nampak buruk pun dikatakan cantik.. Betul tak?? Korang nak berfesyen itu biar lah simple je, jangan mencacatkan rupa korang yang cantik itu dengan fesyen yang merepek!

Pembentangan Laporan Akhir Audit 1MDB Ditangguh – Pengerusi PAC

$
0
0

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini mengumumkan penangguhan pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan pada 24 dan 25 Februari ini.

Pengerusinya, Datuk Hassan Arifin berkata, ini berikutan kebanyakan ahli PAC yang sedang berada di luar negara termasuk mengerjakan ibadah Umrah.

“Pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara Terhadap 1MDB yang dijadualkan pada 24 Februari (Rabu) dan 25 Februari (Khamis) ini ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, tarikh baru bagi pembentangan laporan berkenaan dijangka pada minggu pertama bulan Mac ini.

“Penangguhan dibuat memandangkan kebanyakan ahli PAC berada di luar negara, ada yang menunaikan umrah serta ada yang mempunyai komitmen penting.

“Adalah penting untuk semua ahli PAC hadir bagi mendengar pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara Terhadap 1MDB berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ini merupakan penangguhan kedua pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang dijadualkan dibentangkan pada 17 Disember lalu.

Hassan sebelum ini dipetik sebagai berkata, penangguhan itu dibuat kerana laporan akhir itu perlu proses kemas kini.

Sebelum ini, PAC mengumumkan cadangannya untuk membentangkan Laporan Akhir Pengauditan terhadap 1MDB di Parlimen dalam sesi Dewan Rakyat bermula Mac hingga April ini.

Serangga Ini Telah Membantu Malaysia Jimat Sehingga Lebih RM40 Bilion

$
0
0

Sekali pandang, serangga ini sama seperti kumbang yang lain.

Namun tahukah anda kumbang kelapa sawit Afrika ini atau nama saintifiknya Elaeidobius kamerunicus telah membantu Malaysia menjimatkan AS$10 bilion (RM41.87 bilion)?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengabadikan penghormatan kepada kumbang tersebut dalam ucapannya ketika merasmikan satu mesyuarat biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Isnin.

Najib turut menjelaskan ketika industri kelapa sawit masih lagi di peringkat awal, kumbang ini diimport dari Cameroon dan diperkenalkan dalam sektor perladangan tempatan bermula pada tahun 1981.

Kumbang ini memainkan peranan dalam proses pendebungaan pokok kelapa sawit yang sebelum ini terpaksa dilakukan sendiri oleh tenaga kerja manusia.

Pengenalan kumbang ini telah merangsang pengeluaran kelapa sawit negara di samping menjimatkan kos. Sejak tahun 1982 sehingga 2015, penjimatan dianggarkan bernilai sekitar AS$10 bilion dolar.
Dalam mesyuarat tersebut, Najib turut melancarkan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan yang disemak semula sebagai panduan pengurusan kepelbagaian biologi negara sehingga tahun 2025.

Bayi 10 Bulan Lebam, Bengkak Ditampar Pengasuh

$
0
0

Seorang ibu muda meluahkan rasa sedih dan kecewanya terhadap pengasuh apabila sanggup menampar anak kecilnya yang berusia 10 bulan sehingga menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami lebam dan bengkak di bahagian muka.

Menurut ibu berkenaan, Nadea Teja, dia terpaksa meninggalkan anaknya itu dengan pengasuh kerana pergi kerja dan menyesal kerana tidak pandai menilai orang yang menjaga anaknya itu.

Beliau turut menyatakan anaknya dipanggil sebagai Nawra itu masih kecil, merangkak pun belum boleh apatah lagi untuk memanjat atau nakal, kenapa anaknya diperlakukan sedemikian rupa.

Jom kita baca luahan hati ibu anak kecil ini.

Bersabarlah duhai hati.. kuatlah duhai anak..Nawra sayang..maafkan ummi dan papa terpaksa meningalkan Nawra dgn orang lain kerana pergi mencari rezeki.. Nawra sayang.. maafkan ummi dan papa yang tak pandai menilai orang..Kami fikir manusia berhati suci punya kasih dan sayang terhadap bayi sekecil Nawra..Segalanya nampak sempurna dan indah untukmu sayang.. Tak pernah terlintas orang akan memukul anak ummi ini begitu sekali..Apa dosa bayi 10 bulan yang masih belum boleh merangkak dgn baik apatah lagi memanjat atau nakal.Sungguh hancur hati ummi apabila pengasuh mengaku menampar mu.. Hancur hati ummi bila Nawra menangis dan hari ke-5 ini bengkak muka masih belum surut.. Tak dapat ummi bayangkan betapa kuat pengasuh menampar Nawra sehingga lebam berbirat.. Betapa kuat Nawra menangis.. Betapa takut Nawra lalui hari-hari bila ummi dan papa tiada..Patutlah selama ini Nawra sangat takut dgn orang sekeliling.. tak boleh berpindah tangan dari ummi atau papa.. tak boleh sesiapa ambik dukung dari kami.. Rupanya Nawra trauma dan takut ummi dan papa hilang lagi dan lagi..Sungguh bukan mudah memaafkan bila hati sangat sakit..tapi, Ummi redha apa sudah terjadi, kami maafkan pengasuh Nawra kerana dia juga punya anak sekecil kamu sayang.. Ummi tak mahu dia hilang ibunya kerana ini Ummi tak mahu dia lalui hari-hari sepertimu..takut tanpa ibunya disisi.. Papa tahu ummi sedih, ummi tahu papa marahPapa ajar ummi melupakan.. Jangan ada dendam supaya hati tenang..Ummi redha..papa redha sayang..jangan takut lagi Nawra.. walaupun tanpa kami kau punyai Allah duhai anak..Semoga Nawra sihat selalu membesar menjadi anak perempuan yg cerdik dan solehah InSyaa Allah… – Nadea Teja

‘Tiada Yang Mustahil Dalam Mengejar Impian’– Saintis Muda Noor Hafizah

$
0
0

Tiada apa yang mustahil dalam mengejar impian, kata saintis muda, Hafizah Noor Isa.

Selepas terpilih sebagai salah seorang 27 penyelidik yang terlibat dalam penghasilan kajian bertajuk ‘Observation of Gravitational Waves from a Binary Hole Merger’ pada awal Februari, Hafizah Noor yakin mimpi boleh dicapai dengan kegigihan dan dedikasi.

Dilahirkan di Kelantan, saintis muda berusia 26 tahun ini berkata kajian yang diusahakan ini membuktikan teori gelombang graviti Einstein yang dihasilkan lebih 100 tahun lalu.

Noor Hafizah berharap agar sumbangannya di dalam dunia sains dapat “memberikan inspirasi kepada lebih ramai anak muda di Malaysia untuk mencapai impian mereka.”

Beliau yang suka membaca novel dan menonton wayang, berharap kejayaannya membuka lebih banyak ruang baru untuk saintis muda meneroka alam semulajadi.

Noor Hafizah merupakan salah satu contoh ulung yang membuktikan sistem pendidikan sedia ada mampu melahirkan cerdik pandai bertaraf antarabangsa.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Belukar, Sekolah Kebangsaan Pangkal Mak Wan dan Sekolah Menengah Machang di Kelantan, Noor Hafizah ditawarkan menjalankan program matrikulasi selama setahun di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor dalam jurusan Fizik Bahan.

Selepas memperoleh ijazah pertama pada 2009 dan ijazah Sarjana pada 2012, anak bongsu dari tujuh adik-beradik ini menyimpan harapan menggunung agar kerajaan Malaysia terus menawarkan biasiswa kepada anak muda berbakat untuk berjaya dan mengharumkan nama negara.

Selepas menamatkan pengajian di UTM, Noor Hafizah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang dalam Fakulti Sains.

Beliau kemudiannya ditawarkan sebagai pelatih akademik dan tutor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebelum ditawarkan melanjutkan ijazah doktor falsafah (PhD) di University of Glasgow.

Gemar membaca novel dan menonton wayang, Noor Hafizah berharap kejayaannya dapat membuka lebih banyak ruang baru untuk saintis muda meneroka alam semulajadi.

Kertas kajian itu menyenaraikan 1,004 penyumbang projek yang diketuai Laser Interferometer Gravitational-Wave Obervatory (LIGO) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menurut portal web Ligo Hafizah Noor terlibat dalam projek itu melalui eksperimen GEO600, yang menganalisis data daripada peralatan yang dibina untuk mencari radiasi graviti daripada sumber-sumber astrofizik (struktur kimia dan fizikal pada objek di angkasa).


(Video) ‘Kalau I Jadi Taik, You Jadi Apa?’

$
0
0

Datuk Seri Najib Tun Razak terus dijadikan bahan lawak jenaka di media sosial.

Menerusi video terbaru yang menjadi viral, dua lelaki yang berlakon seperti pasangan kekasih di dalam kereta menyebut nama Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Berdasarkan perbualan, kedua-dua lelaki terbabit cuba mengaitkan nama Najib dan Rosmah sebagai satu perkara yang sangat sensitif untuk disebut pada masa ini.

Visual berkenaan telah dimuat naik oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama Emee Zainal.

“Kalau I jadi pokok you jadi apa?
I jadi monyetlah, balas lelaki tersebut.
“Kalau I jadi t**i, you jadi apa. I jadi lalatlah…haha sweet lagi.
“Kalau I jadi Rosmah?
Balas lelaki itu; kau ingat aku nak jadi Najib.

Diakhir video tersebut ditulis, Emee mengalami kecederaan berat dan dikejarkan ke hospital.

“Berhati-hatilah bergurau kerana “Najib” adalah isu yang sangat sensitif..Takde siapa nak jadi seperti Najib,” menurut tulisan pada video berkenaan.

Sehingga berita ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 622,000 kali dan mendapat lebih 10,843 perkongsian dengan 5,644 menyukainya.

Berita Terkini Gegaran Gempa Bumi Tasik Kenyir 23.2.2016

$
0
0

Berita terkini gegaran gempa bumi di Tasik Kenyir, Kuala Berang paa 23 Februari 2016. Menerusi kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia Tasik Kenyir dilanda gempa bumi bermagnitud 2.7 pada skala Richter dan kedalaman 10km pada jam 9.25 malam Selasa. Gegaran gempa bumi Tasik Kenyir itu turut dirasai di beberapa kawasan di sekitar Kuala Berang. Punca gegaran dipercayai berlaku akibat pelepasan gas tektonik dari garis sasar atau garisan gempa bumi.

Kenyataan Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia 23 Februari 2016

Punca Gempa Bumi Tasik Kenyir 23 Februari 2016

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian gegaran gempa bumi di Empangan Kenyir berpunca daripada tekanan dihasilkan air di dalam empangan itu. Daya yang terhasil daripada air dalam empangan itu menyebabkan batu batan di sekitar empangan melepaskan tenaga dan menghasilkan gegaran kecil itu.

Tiada Bajet, Kerajaan Tamatkan Kontrak 156 Profesor

$
0
0

Majlis Profesor Negara (MPN) menjelaskan seramai 156 profesor berstatus kontrak berusia 61 hingga 70 tahun di universiti awam tidak dilanjutkan perkhidmatan susulan kekangan bajet.

Ketua pegawai eksekutifnya Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata sumbangan profesor kontrak sewajarnya dihargai kerana lebih separuh daripada mereka berumur dalam lingkungan 55 tahun.

“Untuk meraih gelaran profesor, seseorang itu memerlukan proses yang panjang kerana mereka perlu diiktiraf menerusi kepakaran masing-masing. Namun begitu, apabila sampai umur 60 tahun, mereka diberhentikan pula.

“Kita minta kerajaan mengutamakan usaha-usaha memartabatkan sektor akademik di negara ini,” katanya seperti dilaporkan Kosmo! hari ini.

Akhbar itu melaporkan Malaysia mempunyai 2,254 profesor, dengan 1,867 orang berkhidmat di universiti awam.

Putrajaya dilaporkan perlu membelanjakan RM3 juta untuk melahirkan ahli akademik bertaraf profesor.

Raduan berkata pertikaian umur persaraan profesor timbul apabila jawatan mereka disamakan dengan penjawat awam lain.

Katanya, MPN mencadangkan umur persaraan profesor dilanjutkan sehingga 65 tahun selaras amalan antarabangsa.

“Usaha 60 tahun dan ke atas merupakan peringkat usia paling ideal bagi seseorang profesor menjadi produktif dalam menyumbang kepakaran kepada sektor akademik negara.

“Golongan profesor sepatutnya diletakkan bawah satu suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Tinggi dan bukannya skim Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,” beliau dilaporkan berkata.

Raver vs Hipster: Apa & Siapa Sebenarnya Mereka?

$
0
0

hipster-vs-raverBeberapa hari ini kecoh dengan budaya Raver yang dikatakan mula menjadi ikutan remaja di negara ini.

Bukan sedikit golongan dewasa yang garu kepala, tidak faham apa yang dimaksudkan dengan budaya Raver ini.

Lebih memeningkan apabila golongan pengamal budaya Raver ini dilaporkan mula bersengketa dengan golongan pengamal budaya hipster.

Di laman sosial, ‘perang’ antara Raver dan Hipster menjadi topik perbualan, dan ramai yang menasihatkan anak-anak muda agar tidak mudah terpengaruh dan mengenali jati diri.

Raver vs hipster…Apparently was one of the trending topics over the weekend…It's like the 'in' thing for teens…

Posted by Anisa Ahmad on Sunday, 21 February 2016

RAVER VS HIPSTER: DI MANA MASA DEPAN ANAK MUDA?..Semakin hari, semakin banyak budaya yang pelik menyantuni anak muda…

Posted by KRIM DHL on Monday, 22 February 2016

Hipster vs Ravers…Jika ia mendekatkan diri kepada Allah maka ianya suatu yang baik. Jika ianya menjauhkan diri daripada Allah, maka tak payah pening… tinggalkanlah…

Posted by Imam Muda Hassan on Monday, 22 February 2016

Berikut adalah beberapa maklumat tentang dua golongan ini untuk pengetahuan bersama. Perlu diingatkan, artikel ini bukan berbentuk sokongan atau menghentam sesiapa.

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

RAVER

1. Berasal daripada perkataan rave, yang dari segi bahasanya membawa maksud percakapan yang merepek, meracau atau menggambarkan keghairahan dan keterujaan ketika memperkatakan tentang sesuatu.

2. Namun dari segi istilah, Rave adalah akronim Radical Audio Visual Experience, yang mula diperkenalkan di Chicago, Amerika Syarikat pada tahun 1980.

3. Budaya atau idealogi rave merangkumi jenis muzik yang berentak rancak (kebiasaannya muzik elektronik bersama DJ) dan budaya berparti serta bersuka-ria hingga ke awal pagi.

4. Rave, ketika di era 80an dan 90an, diklasifikasikan sebagai satu bentuk hiburan yang menyalahi undang-undang di banyak negara. Ini kerana, kebanyakan aktiviti yang dianjurkan melibatkan penyalahgunaan dadah.

5. Lokasi parti rave biasanya dirahsiakan sehinggalah pada hari ia berlangsung.

6. Inspirasi tarian rave adalah bebas, di mana penari perlu menghayati muzik yang dimainkan dan menggerakkan badan mengikut cara masing-masing.

7. Dari segi pemakaian, gaya pakaian longgar, kasual dan sporty antara yang menjadi pilihan. Di sesetengah lokasi konsert rave, syarat lebih ketat dikenakan dengan hanya pakaian berwarna hitam dibenarkan.

HIPSTER

1. Satu budaya yang sudah wujud sejak tahun 1990an namun hanya mula mendapat perhatian sekitar pasca 2010.
2. Dalam bahasa mudah, Hipster adalah golongan dalam kelas ekonomi pertengahan yang memilih untuk hidup mewah.

3. Ia merangkumi gaya pemakaian, tempat makan dan dengan siapa mereka bergaul.

4. Golongan ini juga dikenali dengan kegemaran ‘unik’ mereka. Mereka kebiasaannya akan memilih sesuatu yang lain dari yang lain, yang tidak akan dipilih oleh orang biasa.

5. Seperti juga Raver, Hipster punya corak muzik dan gaya tarian tersendiri. Namun ia bukan ciri penting mereka kerana Hipster lebih mementingkan soal gaya dan fesyen.

6. Hipster selalunya akan menonton filem yang tidak akan ditonton orang lain, dan mendengar muzik yang tidak akan menjadi pilihan masyarakat mainstream.

‘Cikgu Tak Patut Denda Anak Saya Cuci Longkang’– Ibu Pelajar

$
0
0

denda-cuci-longkang“Saya beri amaran pada cikgu, jangan sesekali ulang perkara yang sama!” demikian amaran seorang wanita kepada guru anaknya.

Guru yang dikenali sebagai Dhiya itu ‘diserang’ oleh ibu pelajar Tingkatan 4 bernama Hazril Faizul, melalui applikasi WhatsApp.

“Apa yang cikgu ajar anak saya? Tak nampak prestasi langsung. Awak sebagai cikgu seharusnya ambil tahu perkembangan murid. Jangan ambil mudah, saya tidak mahu anak saya tercicir dalam pelajar.

“Saya dengar anak saya didenda oleh cikgu yang mengarahkannya mencuci longkang. Apa salah dia sampai didenda sebegitu? Saya beri amaran pada cikgu, jangan sesekali ulang perkara yang sama!” tegas wanita itu lagi.

Ekoran tiada sifat hormat pada guru, Cikgu Dhiya mendedahkan perangai anak wanita itu yang sememangnya bermasalah.

“Anak puan memang bermasalah. Class Biology saya hanya 3 atau 4 kali sahaja dia hadir dalam sebulan. Datang sekolah, tetapi kelas saya, dia tak masuk.

“Datang ke sekolah, siap bawa handphone. Tetapi homework yang diberikan tidak pernah nak disiapkan. Salah ke saya denda cuci longkang surau sebagai pengajaran?

“Saya tak sentuh pun anak puan. Kalau saya sebagai pendidik tidak boleh mendidik anak puan, lebih baik puan sajalah yang mendidiknya. SAya tak boleh dah nak menegur, nanti mak dan ayahnya serang, lapor polis dan sebagainya. Saya didik murid saya mengikut cara saya. Kalau tak puan tak suka, maafkan saya,” jelasnya.

Tambah Cikgu Dhiya lagi, dia hanyalah manusia biasa yang banyak kekurangan. Namun dia telah cuba sedaya upaya mendidik anak muridnya menjadi yang terbaik.

“Saya sayangkan anak-anak murid saya. Saya tidak mahu mereka rosak disebabkan fikiran kolot ibu bapa mereka. Puan sepatutnya hormat saya sebagai guru, bukan main terjah saya,” katanya.

Cikgu Dhiya juga turut menasihatkan wanita terbabit untuk duduk berbincang dengan anaknya itu bagi mengetahui apa masalahnya yang sebenarnya.

Berita Palsu Pesawat MH149 Hilang Dari Radar 23.2.2016

$
0
0

MH149Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menafikan khabar angin kononnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH149 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia malam tadi telah hilang dari radar dan tidak dapat dikesan.

Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.07 malam tadi telah selamat mendarat di Melbourne pada 8.21 pagi waktu tempatan (5.21 pagi waktu Malaysia).

“Ia merupakan satu laporan palsu yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan keresahan kepada awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai maklumat di laman sosial bahawa pesawat MH149 telah hilang dari radar.

Lirik Lagu Apa Celop


Live Streaming JDT vs Ayeyawady United 24.2.2016 Piala AFC

$
0
0

afc-2016-jdtLive streaming JDT vs Ayeyawady United pada 24 Februari 2016 Piala AFC. Siaran langsung perlawanan AFC musim 2016 kini membuka tirai dengan pertemuan antara Johor Darul Takzim menentang pasukan kelab bola sepak Myanmar Ayeyawady United dalam Kumpulan H bertempat di Stadium Larkin Johor. Siaran secara eksklusif akan disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada jam 8.30 Malam. Manakala sepak mula akan bermula pada tepat jam 8.45 Malam. Berikut adalah pautan live streaming online JDT lawan Ayeyawady United Piala AFC 2016.

Live Streaming JDT vs Ayeyawady United 24.2.2016 Piala AFC

Server 1: TV9

Jadual Siaran JDT vs Ayeyawady United Piala AFC 2016

Tarikh: 24 Februari 2016 (Rabu)

Masa: 8.45 Malam

Lokasi: Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos

Siaran Rasmi: TV9 bermula pada jam 8.30 Malam

The post Live Streaming JDT vs Ayeyawady United 24.2.2016 Piala AFC appeared first on WOWBERITA.ORG.

Panas! Remy Ishak Tampar Tiz Zaqyah

$
0
0

Dan, satu lagi bom gossip jatuh dari tangan Zubir Mohd Yunus yang nama glamor beliau kini adalah Zubir MY. Kali ini tentang keretakan hubungan Tiz Zaqyah & Remy Ishak.

Rasanya semua yang mengikuti perkembangan dunia hiburan tahu yang beberapa minggu lalu, Remy Ishak ada mengadu di Twitter tentang layanan buruk dari kekasih’nya.

Namun, Tiz Zaqyah yang ditemui media beberapa selepas itu menyatakan semua itu lumrah bercinta & tidak mahu komen lebih lanjut tentang apa yang berlaku. Habis cerita.

Zubir MY dalam tulisan beliau semalam mendakwa menerima informasi mengatakan Tiz Zaqyah kini sudah tidak tahan lagi denga perangai panas baran Remy Ishak.

Sikap panas baran Remy Ishak itu semakin buruk apabila satu per satu telefon bimbit Tiz Zaqyah di’katakan menjadi mangsa selain beberapa penampar singgah di pipi gadis itu. Wow.

“So, sekarang ni Tiz pakai hand phone murah murah, boleh buat call dan SMS saja,” ujar sumber Zubir MY itu dan sehingga artikel ini ditulis, Tiz Zaqyah turut memiliki iPad yang tidak kurang mahal’nya dan kenapa tidak menjadi mangsa?

Buat masa ini, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak masing masing tidak dapat memberikan komen kerana sedang bercuti bersama rakan rakan di Thailand. Dan, mereka nampak mesra bersama seperti tiada apa yang berlaku.

The post Panas! Remy Ishak Tampar Tiz Zaqyah appeared first on WOWBERITA.ORG.

Johnson & Johnson Diarah Bayar RM288j Selepas Wanita Maut Akibat Kanser Ovari

$
0
0

bedak-johnsonJohnson & Johnson (J&J) diarah membayar sebanyak US$72 juta (RM288 juta) kepada keluarga seorang wanita yang mendakwa kematiannya akibat kanser ovari adalah disebabkan oleh bedak talkum syarikat itu.

Para juri di St. Louis bersetuju sebulat suara pada 22 Februari bahawa pihak J&J patut membayar pampasan ganti rugi sebanyak $10 juta dan penalti sebanyak $62 juta kepada keluarga Jackie Fox, yang meninggal dunia akibat kanser ovari selepas menggunakan bedak bayi Johnson dan produk berasaskan talkum selama bertahun-tahun lamanya.

Ini adalah kali pertama juri mengarahkan J&J, pembuat produk-produk penjagaan kesihatan terbesar di dunia, untuk membayar ganti rugi atas dakwaan bahawa syarikat ini tahu sejak sedekad lalu bahawa produk berasaskan talkum yang dihasilkannya boleh menyebabkan kanser, serta gagal memberi amaran kepada pengguna.

J&J menghadapi kira-kira 1,200 saman selepas beberapa kajian telah mengaitkan Bedak Bayi Johnson dan produk mandiannya dengan kanser ovari. Pengguna mendakwa syarikat ini tahu risiko produk yang mereka hasilkan tetapi tidak memberi amaran kepada pelanggan.

Ketua juri, Krista Smith, menyimpulkan bahawa dokumen dalaman syarikat itu dengan jelas membantu para juri mencapai keputusan, selepas perbincangan selama empat jam.

“Ianya amat jelas mereka menyembunyikan sesuatu,” kata Smith. “Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah meletakkan label amaran.”

Gerard Noce, peguam J&J enggan memberi sebarang komen terhadap keputusan yang dicapai.

Allen Smith, peguam keluarga itu berkata, “Keputusan ini mendedahkan perilaku buruk syarikat J&J.”

J&J memasarkan talkum jenama Shower to Shower sebagai produk kebersihan wanita. Dalam iklan pada tahun 1988, ia berjanji bahawa ‘hanya satu renjisan diperlukan untuk menyahkan bau hamis’.

Pasaran bedak bayi bernilai sebanyak $18.8 juta di Amerika Syarikat, menurut Statistic Brain Research Group. Kira kira 19 peratus isi rumah Amerika Syarikat menggunakan jenama J&J, mengikut satu kajian lain yang dijalankan oleh kumpulan Statista.

Kanji jagung telah digunakan secara meluas untuk menggantikan talkum sebagai bahan penyerap dalam bedak bayi dan produk kebersihan wanita. Pada tahun 1999, Persatuan Kanser Amerika pernah menasihati wanita yang menggunakan produk berasaskan kanji jagung di kawasan kemaluan.

J&J yang memperkenalkan bedak bayi berasaskan kanji jagung pada tahun 1970-an, terus menawarkan produk-produk talkum berasaskan kanji jagung dan terus mendakwa bahawa bahan itu selamat.

Dalam kes keluarga Fox, peguam mereka telah meminta juri mengambil kira perbuatan J&J yang menyembunyikan risiko kesihatan produk talkum mereka, dan meminta sekurang-kurangnya $22 juta sebagai bayaran pampasan ganti rugi.

The post Johnson & Johnson Diarah Bayar RM288j Selepas Wanita Maut Akibat Kanser Ovari appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Anak-Anak…Ayah Minta Maaf Sebab Kurang Luang Masa’– Ustaz Kazim

$
0
0

kazimPendakwah terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias hari ini menukilkan isi hatinya melalui kemas kini status di Facebook selepas rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kesihatannya, Jumaat lalu.

Mohd Kazim berkongsi keadaan kesihatannya selain meminta maaf kepada semua pihak termasuk keluarganya.

“Saya mengambil kesempatan di sini memohon maaf zahir dan batin, dunia dan Akhirat jika saya ada tersalah silap dengan saudara-saudara (dan) sahabat-sahabat sekalian.

“Buat anak-anak ayah minta maaf sebab sangat kurang masa kita bersama. Harap anak-anak ayah faham kerja dakwah ayah,” tulisnya.

Sebelum ini, Mohd Kazim dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di mana beliau kemudiannya menjalani rawatan jantung ‎’coronary angiography’.

Mohd Kazim kini sedang menerima rawatan lanjutan di Hospital KPJ Ipoh sejak Isnin lalu.

Beliau memberitahu ketika menerima serangan jantung di Kelantan, penceramah berusia 44 tahun ini merasakan itulah saat akhirnya di dunia ini dan beliau sudah pasrah sekiranya dijemput ALLAH SWT.

“Syukur ALLAH SWT mudahkan saya dengan sedikit ujian. Tiga saluran arteri saya tersumbat 99 peratus, 90 peratus dan ketiga 50 peratus. Ada dua lagi saluran arteri yg belum diletakkan ‘stent’. Angiogram akan dibuat selepas jantung saya stabil.

“Semalam sekitar jam 1 petang saya sangat tidak selesa, penat sangat-sangat dada pedih dan berdebar dengan kuat. Sampi saat ini saya masih tidak boleh bercakap dgn baik, tersekat dan mudah penat bila bercakap,” katanya.

The post ‘Anak-Anak…Ayah Minta Maaf Sebab Kurang Luang Masa’ – Ustaz Kazim appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Saya Tak Memilih, Tapi Lelaki Yang Undur Diri Bila Tahu Saya Sambung PhD’– Ina

$
0
0

ina andartuWanita yang berlatarbelakangkan pendidikan tinggi mampu mempengaruhi tahap keyakinan lelaki di negara ini, kata Ina (bukan nama sebenar), 38, yang masih bujang.

Pernah bertunang pada usia 24 tahun, namun pertunangan selama lapan tahun berakhir sebelum sampai ke jinjang pelamin.

Bertugas sebagai juruaudit sistem maklumat di salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Ina yang berasal dari Kuala Lumpur mengakui kekangan masa demi mengejar cita-cita dan kerjaya menjadi antara faktor beliau lewat berkahwin.

“Waktu saya berpisah (dengan tunang) dahulu, bukan tiada kawan. Ada orang yang saya berkenalan. Cuma bila saya cerita berkenaan kerjaya saya, waktu kerja itu kadang-kadang membataskan kami untuk keluar bersama.

“Orang susah nak ajak saya keluar…saya agak sibuk bekerja. Kadang-kadang sampai lewat malam. Hujung minggu pun kadang-kadang kerja,” katanya.

Bukan itu sahaja, ada lelaki yang dikenalinya sanggup mengundur diri setelah mengetahui Ina sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang sekuriti maklumat.

“Bila dia (lelaki) tahu kita ada Master’s, sambung PhD, dia rasa rendah diri. Keluar (berjumpa) sekali dua terus dia tak nak keluar dah.

“Orang kata tahap pendidikan itu (penting), ya betul…tetapi tidak juga sebenarnya. Selagi dia (lelaki) yakin pada dirinya sendiri, ia tak jadi masalah.

“Walaupun tahap pendidikan dia cuma diploma atau ijazah, tapi kalau dia ada keyakinan diri, percaya pada diri sendiri dan buat sesuatu perkara itu bersungguh-sungguh, saya tak rasa malu nak berkawan atau lebih mengenali dia,” kata Ina.

Bagi Ina, bukan wang ringgit mahupun kemewahan yang dicari. Sebaliknya, seorang lelaki yang punyai nilai agama serta mampu membimbingnya dan keluarga.

“Memang kerjaya adalah salah satu faktor, kedua pendidikan dan ketiga adalah kualiti lelaki tersebut kot..(sambil ketawa).

“Ada calon yang saya kenal itu ok orangnya. Tapi bila tahu, setelah diselidik, dia ini kurang (ilmu) agamanya.

“Bila umur dah lewat, dekat 40 ini, kita dah tak tengok wang riggit tu. Yang penting hidup bersama dan dia (suami) akan bimbing kita. Tidak kisah tua ke muda ke, janji cukup agama untuk membimbing saya dan keluarga,” katanya.

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) menunjukkan 35.7 peratus wanita di negara ini lewat berkahwin disebabkan tiada calon yang sesuai.

Manakala 56 peratus lelaki pula mengakui berhadapan masalah kewangan yang mengakibatkan mereka lewat berkahwin.

The post ‘Saya Tak Memilih, Tapi Lelaki Yang Undur Diri Bila Tahu Saya Sambung PhD’ – Ina appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live