Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Marah Fakta Salah, Pemain Negara Ugut Saman ‘Ola Bola’

$
0
0

ola bolaPemain negara yang pernah membawa pasukan bola sepak ke Sukan Olimpik di Moscow mengugut akan menyaman Ola Bola atas dakwaan filem popular itu menukar fakta.

Khalid Ali berkata tindakan undang-undang itu akan dibuat terhadap penerbit filem itu, yang mengaut kutipan belasan juta ringgit, selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa bekas pemain.

“Mana boleh fakta sejarah ditular sewenang-wenangnya. Contohnya watak Ali (dalam filem) adalah saya dan dalam filem itu saya menjaringkan gol kemenangan,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

“Walhal bukan saya, tetapi James Wong serta kita menang dengan 2-1 bukannya lain daripada itu. Mereka mesti menghormati sejarah dan perlu bertanggungjawab ke atasnya.”

Seorang lagi pemain negara zaman itu Hassan Sani juga mendapati beberapa fakta berkenaan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan pada ketika itu telah diubah, lapor Bernama minggu lepas.

Jaringan gol ketika Malaysia menumpaskan Korea Selatan dalam peringkat kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980 ialah dua gol berbalas satu tetapi dalam Ola Bola keputusannya 3-2.

Tambahnya, pemain yang menjaringkan gol kemenangan memakai jersi nombor 9 dan bukannya pemain jersi nombor 10 seperti dipaparkan dalam filem.

Gol itu dihasilkan melalui rembatan Wong setelah menerima hantaran lintang dari Hassan di kotak penalti Korea Selatan.

Wong juga dilaporkan berkata fakta sejarah pasukan Malaysia tahun itu tidak boleh diubah kerana ia boleh mengelirukan generasi muda.

Sejak ditayangkan pada 28 Januari lalu, Ola Bola dilaporkan mengutip RM12 juta setelah 18 hari tayangan.

Jumlah kutipan filem arahan Chiu Keng Guan yang masih ditayangkan dijangka bertambah. Filem arahannya The Journey mengutip RM17.3 juta pada 2014.

The post Marah Fakta Salah, Pemain Negara Ugut Saman ‘Ola Bola’ appeared first on WOWBERITA.ORG.


Panas! Aksi ‘Comolot’ Anak Pelakon Terkenal Tersebar

$
0
0

ahya1Tindakan seorang model peragaan, Ulumuddin Rosli, 29, tanpa segan silu berkongsi gambar panasnya bercium dengan seorang wanita di tepi pantai menerusi laman Instagram, baru-baru ini mengundang kontroversi.

Mungkinkah itu sekadar lakonan? Tidak mungkin sama sekali memandangkan budaya negara kita tidak menerima pun adengan bercium seperti tersebut walaupun di dalam filem.

Untuk makluman, Ahya merupakan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang lakonannya kerap menghiasi drama-drama tempatan.

Ahya memulakan kerjaya modelling sejak 2008 selepas memenangi pertandingan Male Model Search 2008.

Gambar ini boleh mencetuskan kontroversi di kalangan pengikut industri hiburan tempatan, apatah lagi beliau merupakan anak kepada seniwati yang dihormati.

Mungkinkah ini merupakan cara Ahya cuba meraih populariti di persada hiburan tanahair? Hanya beliau sahaja yang mampu menjawabnya.

The post Panas! Aksi ‘Comolot’ Anak Pelakon Terkenal Tersebar appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Islam Haram Jual Beli Kucing – Dr Fathul Bari

$
0
0

kucing2Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya memberitahu ramai di kalangan masyarakat Islam tidak mengetahui bahawa hukum jual beli kucing adalah haram.

Menerusi rakaman video programnya, Fokus Kitab Ahli Sunnah (Fokas) Fathul yang juga merupakan Exco Pemuda Umno berkata, larangan itu adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

“Ini contoh mungkin mengejutkan kita, tapi memang betul pun dalam Hadis, nabi larang jual beli kucing, jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya orang Islam dibolehkan untuk membela haiwan tersebut cuma larangan itu hanya ke atas urusan jual beli haiwan itu sahaja.

“Soal kita hendak bela, hendak jaga, hendak ambil tepi jalan ambillah,” katanya.

Katanya lagi, larangan ini adalah perintah ALLAH, jadi apa yang perlu kita lakukan adalah cuma mentaati perintahNYA.

“Kenapa dilarang, apa masalahnya? Ini bukan soal kita suka atau tidak tetapi ia soal larangan daripada ALLAH,” katanya.

Islam Mengharam Jual Beli Kucing

Islam Mengharamkan Jual Beli KucingDari Abu Az Zubair, beliau berkata bahawa beliau pernah menanyakan pada Jabir mengenai hasil penjualan anjing dan kucing. Lalu Jabir mengatakan,زَجَرَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ ذَلِكَ"Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang keras hal ini." [HR. Muslim no. 1569].Abu Muhammad Ibnu Hazm mengatakan bahawa yang dimaksud dengan 'zajar' dalam hadis di atas adalah larangan keras. [Al Muhalla, 9: 13]Lagi dari Jabir, beliau berkata,أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ"Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari hasil penjualan anjing dan kucing." [HR. Abu Daud no. 3479, An Nasai no. 4668, Ibnu Majah no. 2161 dan Tirmidzi no. 1279. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih].___________________________FOKAS: Fokus Kitab Ahli SunnahKitab: Mutiara Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada AnaknyaPenulis: Syaikh Dr. Abdurrazzaq bin Abdil Muhsin Al BadrPenyampai: Dr Fathul Bari Mat JahyaTarikh: 14 Februari 2016, AhadMasa: 8:30 pagi – 3:30 petangLokasi: USM PenangDownload Kitab: http://bit.ly/21p9V0WVideo Penuh:Part 1 – https://www.youtube.com/watch?v=Pp35nDKX_yIPart 2 – https://www.youtube.com/watch?v=rI3nSy-0D18Part 3 – https://www.youtube.com/watch?v=EAQKEPteP70Part 4 – https://www.youtube.com/watch?v=rLArd5N-XQEPecahan Bab: FOKAS: Siapakah Luqman Al-Hakim?https://www.youtube.com/watch?v=fn6k1kFZI-8FOKAS: Mukadimah Kitab Mutiara Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Anaknyahttps://www.youtube.com/watch?v=r0gSVaDzumoFOKAS: Faedah Dari Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Anaknya 1-7https://www.youtube.com/watch?v=nveu4Vne0ZcFOKAS: Faedah Dari Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Anaknya 8-11https://www.youtube.com/watch?v=u9xTmuwzOBMFOKAS: Faedah Dari Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Anaknya 12-18https://www.youtube.com/watch?v=EXxDB7nkvG8FOKAS: Faedah Dari Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Anaknya 19-26https://www.youtube.com/watch?v=zZgtov1jk5wFOKAS: Faedah Dari Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Anaknya 27-34https://www.youtube.com/watch?v=_q-xymsqWoQFOKAS: Faedah Dari Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Anaknya 35-50https://www.youtube.com/watch?v=mC0R57pxvqwFOKAS: Penutup Kitab Mutiara Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Anaknyahttps://www.youtube.com/watch?v=frg8RpHs1aASegmen Terpilih: DFB – Cara Lafaz Syukur Bila Mendapat Nikmat & Perkara Yang Burukhttps://www.youtube.com/watch?v=tqlCKbJbzY8DFB – Syukur Dapat Mengekalkan & Mendapatkan Lagi Nikmathttps://www.youtube.com/watch?v=l4P-62w38B4DFB – Allah Tidak Perlukan Arasyhttps://www.youtube.com/watch?v=WgOLw5KkNrwDFB – Talbiah Dengan Suara Yang Lantanghttps://www.youtube.com/watch?v=WkKnmwcDWhYDFB – Maksud Hikmahhttps://www.youtube.com/watch?v=0nvARSasJkMDFB – Program Motivasi Yang Tiada Pengisian Agamahttps://www.youtube.com/watch?v=Rx_NKigVYwgDFB – Wajarkah Jidal & Debat?https://www.youtube.com/watch?v=sjWt8zwpr4YDFB – Nasihati Anak Dengan Kelembutan & Kasih Sayanghttps://www.youtube.com/watch?v=X676aR5Bir8DFB – Ucapan Sayang Kepada Kawan-Kawanhttps://www.youtube.com/watch?v=UvnQml0sIKIDFB – Mendakwahkan Akidah & Tauhid Adalah Terpentinghttps://www.youtube.com/watch?v=Jw6LbHojpacDFB – Islam Mengharam Jual Beli Kucinghttps://www.youtube.com/watch?v=N26o5V6IBbwDFB – Sunat & Makhruh Yang Disalah Fahami Masyarakathttps://www.youtube.com/watch?v=8_Ks6DC9iSIDFB – Kisah Uwais Al Qarni Doa Yang Tidak Tertolakhttps://www.youtube.com/watch?v=azAlzNilTMYDFB – Isteri Kena Faham Tanggungjawab Suami Terhadap Ibu Bapanyahttps://www.youtube.com/watch?v=f8Mca12TtR4DFB – Pentingnya Memilih Kawanhttps://www.youtube.com/watch?v=u8C8Op2PoGwDFB – Direct Connection Dengan Allah Tidak Perlu Minta Di Kuburhttps://www.youtube.com/watch?v=9gHoz59i3sQDFB – Menjawab Tuduhan Arab Saudi Hapus Kesan Sejarahhttps://www.youtube.com/watch?v=JecUJ0iaBlYDFB – Hukum Meninggalkan Solat Dengan Sengajahttps://www.youtube.com/watch?v=r5PiNXDH4_cDFB – Adab Memberi Hutanghttps://www.youtube.com/watch?v=i5EShI71oHkJoin DFB di Telegram! https://telegram.me/drfathulbari(y) Dr. Fathul Bari

Posted by Dr. Fathul Bari on Tuesday, 23 February 2016

The post (Video) Islam Haram Jual Beli Kucing – Dr Fathul Bari appeared first on WOWBERITA.ORG.

Harta Mafia Sarawak, Lelaki Terkaya di Malaysia

Pemungut Sampah Raih Pendapatan RM420 Ribu Setahun

$
0
0

Sebutkan sahaja jenis sampah yang ada. Ikan busuk, perut babi, bangkai tikus bersaiz kaki, bahkan sebelah kaki manusia – semuanya pernah ditangani oleh Noel Molina dan Tony Sarkar.

10 tahun bergelumang dengan tugas yang kelihatan jijik dan memualkan, Molina dan Tony masih gembira. Salah satu sebabnya, mereka dibayar lumayan.

Menurut CNN Money, Molina meraih RM471 ribu (AS$112 ribu) tahun lalu sebagai pemandu trak sampah. Sankar pula memperoleh RM421 ribu (RM100 ribu) sebagai kelindan yang ‘bertenggek’ di belakang trak.

Menurut majikan mereka, adik-beradik David dan Jerry Antonacci yang memiliki Crown Container, gaji dua pekerja mereka itu dinaikkan setiap tahun, sejak lapan tahun lalu.

Molina dan Sankar bertugas pada syif tujuh malam sehingga jam tiga pagi.

‘Gaji kami lebih besar dari graduan kolej’

Menurut Jabatan Buruh Amerika Syarikat, gaji tahunan bagi pemandu trak sampah ialah RM168 ribu (AS$40 ribu) setahun, lebih tinggi bagi purata gaji lulusan sekolah tinggi iaitu RM126 ribu (AS$30 ribu).
“Orang yang masuk kolej pun belum tentu ada pendapatan macam saya,” ujar Sankar.

Bukan sahaja mereka dibayar lumayan, malah kenaikan gaji mereka lebih pantas. Gaji pemungut sampah di Amerika Syarikat meningkat pada kadar purata 18 peratus, berbanding 14 peratus bagi sektor buruh secara umum di negara tersebut selepas kegawatan ekonomi pada tahun 2009 berakhir.

The post Pemungut Sampah Raih Pendapatan RM420 Ribu Setahun appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Gambar & Video) Pesawat TUDM Terhempas Di Kuala Selangor

$
0
0

pesawat1Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, Kuala Selangor, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Difahamkan, pesawat terbabit terhempas di kawasan hutan sekitar pantai itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu.

pesawat2

Detik-detik cemas pesawat TUDM terhempas di Tanjung Karang,Kuala Selangor

Posted by Macam Macam Hal on Thursday, February 25, 2016

Incoming search terms:

The post (Gambar & Video) Pesawat TUDM Terhempas Di Kuala Selangor appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nahas CN235: TUDM Sah Semua Anak Kapal Selamat

$
0
0

selamat1Semua lapan kru pesawat pengangkut CN235 yang mendarat cemas berhampiran pantai Kuala Selangor pada jam 8,50 pagi tadi selamat, menurut kenyataan TUDM.

Menurut kenyataan itu, kru pesawat dari Pangkalan Udara Subang itu diselamatkan nelayan tempatan yang berada di kawasan berkenaan.

“TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. TUDM juga akan berusaha untuk membuat ‘recovery’ pesawat itu,” menurut kenyataan itu.

Incoming search terms:

The post Nahas CN235: TUDM Sah Semua Anak Kapal Selamat appeared first on WOWBERITA.ORG.

Punca Sebenar Pesawat TUDM Terhempas Di Kuala Selangor

$
0
0

pesawat-tudm-terhempasTentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca insiden pesawat pengangkut CN235 yang mendarat cemas di pantai Kuala Selangor, jam 8.50 pagi tadi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut mengarahkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad, memantau sendiri siasatan berkenaan.

Hishammuddin menyatakan perkara itu menerusi akaun Twitter miliknya, sebentar tadi.

Berita berkaitan:

1. (Gambar & Video) Pesawat TUDM Terhempas Di Kuala Selangor

Incoming search terms:

The post Punca Sebenar Pesawat TUDM Terhempas Di Kuala Selangor appeared first on WOWBERITA.ORG.


Viral Berita Sultan Johor Beli Pesawat Boeing 737-800

$
0
0

sultan-johor-boeingBerita mengenai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dikatakan membeli pesawat eksekutif Boeing Business Jet (BBJ) 737/800 baharu, heboh diperkatakan di laman sosial mulai semalam.

Mengikut laporan sebuah portal berita tempatan, sumber penerbangan memaklumkan pesawat peribadi itu kini dalam perjalanan dari Washington ke Johor Bahru dan dibina dengan ciri khas mengikut spesifikasi diinginkan Sultan Johor.

Difahamkan, pesawat baharu itu berkemampuan membuat penerbangan selama 10 jam tanpa henti.

Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsi dan viral dalam laman sosial, pesawat peribadi itu berwarna keemasan dengan jalur biru di bahagian tepi, selain menampilkan bendera Johor dan logo SI di badan pesawat.

Pesawat berkenaan dianggar berharga lebih RM400 juta (AS$96 juta).

641c

Bagaimanapun, pihak Istana Johor yang dihubungi enggan mengulas atau mengesahkan perkhabaran berkenaan.

Oktober tahun lalu, Sultan Ibrahim membeli trak jenama Mack yang menjadi kebanggaan rakyat Johor, selain menghadiahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dengan sebuah jet peribadi sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31.

The post Viral Berita Sultan Johor Beli Pesawat Boeing 737-800 appeared first on WOWBERITA.ORG.

Tudung Bawal Kalis Api Neraka!

$
0
0

tudungRasanya nama jenama tudung Bawal Exclusive (BE) bukan lagi asing dalam dunia fesyen.. Setiap tudung yang dikeluarkan oleh BE pasti akan menarik perhatian orang ramai.. Korang tahu kenapa?? Tudung jenama BE ini bukan saja menarik perhatian dari segi penggunaan materialnya, malah harganya pun sangat ‘menarik’!

Korang lihat gambar diatas itu, harga sehelai tudung itu dah mencecah RM5000.. Korang mampu ke nak beli?? Agaknya tudung tu kalis api neraka kot…

Dengan duit sebanyak RM5000 hinggit tu dah boleh beli sebuah motosikal, siap bayar cash lagi! Pakai tudung untuk alas atas kepala dan menutup aurat jer pun, tapi harga yang dijual tu boleh buat orang sakit jantung jer! Huhuuuhu..

Kalau korang nak tahu, setiap rekaan tudung Bawal Exclusive ini pasti akan dihiaskan dengan batu kristal Swarovski yang menjadi elemen utama rekaan BE.. Batu Kristal itu memang mahal, lebih-lebih lagi ia diimport dari negara luar.. Itu sebab harga tudung BE mahal nak mampos! Agaknya yang paling murah pun seratus je kot..

Datin-datin, Puan Sri ke atau orang yang mampu ni, boleh lah nak beli.. Kalau korang yang tak mampu tu tak perlu lah cuba nak beli, beli jer lah yang setakat korang mampu.. Tak merugikan pun kalau tak beli, beli yang murah-murah pun dah selesa pakai.. Yang penting dapat menutup aurat dengan sempurna, betul tak??

Kalau beli pun terasa sayang nak pakai, buat hiasan dalam cermin kaca di rumah jer.. Lagi satu tu risau lah pulak kalau kena ragut, kebiasaan orang ragut beg.. Mana nak tahu kan peragut itu nampak tudung yang dipakai mangsa jenama BE, terus tarik tudung nak ragut! Hihhihii..

The post Tudung Bawal Kalis Api Neraka! appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nelayan Lemas Ketika Cuba Selamatkan Mangsa Pesawat TUDM

$
0
0

HASSANSeorang nelayan meninggal dunia ketika mahu membantu menyelamatkan mangsa pesawat CN235 milik TUDM yang mendarat cemas di pantai Kuala Selangor, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Hasan, 57, dipercayai lemas selepas cuba berenang untuk menyelamatkan mangsa.

Sumber berkata, mangsa antara nelayan terawal yang melihat kejadian.

“Mangsa mencari kerang di pesisir laut ni. Ketika cuba menyelamatkan mangsa, dia terjerlus di kawasan lumpur. “Dia hanya ditemui selepas air surut oleh pasukan penyelamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritenden Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu.

“Dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

lemas1

lemas2

lemas3

lemas4

The post Nelayan Lemas Ketika Cuba Selamatkan Mangsa Pesawat TUDM appeared first on WOWBERITA.ORG.

Dr Vida Mahu Taja Siaran Piala FA, Piala Malaysia

$
0
0

vidaquputehPenaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Dr Vida bercadang untuk menaja Piala FA dan Piala Malaysia bagi mendapatkan hak siaran di TV3 sepanjang musim ini.

Dr Vida semalam dilaporkan bakal melabur jutaan ringgit untuk mendapatkan hak penyiaran di stesen televisyen Media Prima Berhad (MPB), TV3 bagi setiap perlawanan membabitkan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) sepanjang Liga Super musim ini.

Pelaburan itu hasil inisiatif Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida sendiri, yang tidak mahu peminat bola sepak terutamanya yang berada di luar Kelantan terlepas mana-mana aksi membabitkan pasukan kesayangan mereka sendiri.

Beliau berkata, ia sebahagian daripada perancangannya bagi pembangunan sukan bola sepak negeri ini untuk terus bersaing meningkatkan lagi nilai komersial skuad Kijang di serata dunia.

“Perjanjian ini sudah di peringkat akhir dan ada beberapa perkara lagi masih dibincangkan. Perkara ini akan direalisasikan sebaik saja saya pulang dari China Sabtu ini untuk menandatangani perjanjian berkenaan dengan MPB.

“Saya sudah melakukan perancangan ini sekian lama dan ia adalah sebahagian daripada perbelanjaan lebih RM20 juta kepada pasukan Kelantan. Saya mahu semua peminat bola sepak dapat menyaksikan sendiri perlawanan bola sepak membabitkan PQPTRW dalam semua perlawanan Liga Super musim ini.

“Apa yang saya lakukan semua itu bukan sekadar gimik atau iklan, sebaliknya untuk memajukan sukan bola sepak Kelantan sehingga peringkat antarabangsa. Ini kerana ramai penyokong Kelantan melahirkan kekecewaan setiap kali perlawanan membabitkan PQPTRW tiada siaran langsung di kaca televisyen,” katanya.

The post Dr Vida Mahu Taja Siaran Piala FA, Piala Malaysia appeared first on WOWBERITA.ORG.

Bini-Bini Perkasa Episod 11

$
0
0

Bini-Bini Perkasa Episod 11 – Slot Aksi TV3 – 12 November 2012

Slot Aksi TV3 Bini-Bini Perkasa bersiaran setiap hari Isnin jam 9 malam bermula 3 September 2012 di TV3. Drama Bini-Bini Perkasa terbitan MIG Production diarahkan oleh Ismail Bob Hashim dan dibarisi pelakon terkenal seperti Fezrul Khan, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Fadzil Zahari, Nizam Zaidi, Alex Yanz, Epy, Along Ezendy, Zul Suphian, Ruzaidi Abd Rahman, Zaidi Omar dan Afira Liyana.

Download Links Bini-Bini Perkasa Episod 11[wp-like-locker]

Hotfile
Mediafire

[/wp-like-locker]
Tonton Video Youtube Drama TV3 Bini-Bini Perkasa Episod 11

The post Bini-Bini Perkasa Episod 11 appeared first on WOWBERITA.ORG.

Ibu Muda Dirogol Beberapa Jam Selepas Bersalin

$
0
0

cctv-viral-videoSeorang ibu muda berusia 23 tahun mengalami detik hitam akibat diserang dan dirogol selepas beberapa jam melahirkan anaknya di sebuah hospital, di Haryana, India.

Memetik laporan portal Metro.co.uk, wanita itu sedang berehat di katilnya di dalam wad ketika didatangi suspek.

Mangsa kemudiannya diserang dan dirogol oleh suspek apabila keadaan di sekitarnya agak lengang.

Difahamkan, mangsa terlalu lemah untuk melawan kerana baharu melahirkan anak melalui kaedah pembedahan.

Perbuatan jenayahnya itu dirakam menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) hospital.

Suspek dipercayai melarikan diri selepas merogol mangsa dan merayau di hospital berdekatan untuk mencari mangsa seterusnya.

Difahamkan lagi, suspek berjaya melepasi kawalan ketat sekuriti dengan menyamar sebagai doktor.

Bagaimanapun, cubaan kedua suspek gagal apabila mangsa keduanya berjaya melepaskan diri dari suspek dan menekan butang penggera kecemasan, menyebabkan suspek melarikan diri.

Pihak berkuasa akhirnya mengeluarkan amaran terhadap kesemua hospital di daerah tersebut dan turut menyebarkan foto suspek yang diperoleh menerusi rakaman CCTV.

The post Ibu Muda Dirogol Beberapa Jam Selepas Bersalin appeared first on WOWBERITA.ORG.

Zizan Razak Akhirnya Mengaku Tengok Wayang Dengan Vie Shanti

$
0
0

zizan2Pelakon dan pengacara Zizan Razak mengaku yang dia pernah keluar menonton wayang bersama bekas isteri kepada pelakon Datuk Eizlan Yusof, Vie Shanti Harun.

“Ya, saya memang pernah keluar menonton wayang dengannya tetapi bukan keluar berdua. Saya ditemani dengan keluarga saya, begitu juga dengan dia.

“Hubungan yang terjalin di antara saya dan dia hanya sekadar teman sahaja,” kata Zizan kepada Astro Gempak.

Menjelaskan bahawa hubungan mereka tidak serius, Zizan menjelaskan yang dia enggan mengulas lanjut mengenai berita yang tersebar.

“Kami hanya berkawan dan kalau kami berjumpa pun, ia berkaitan dengan urusan perniagaan. Kalau boleh, saya tak mahu komen panjang mengenai perkara ini.

“Dia sendiri pun pernah mengeluarkan kenyataan di akaun Instagram miliknya sebelum ini, jadi saya rasa itu sudah cukup,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran filem ‘Bikers Kental 2’.

Bakal memulakan penggambaran pada 12 Mac ini, Zizan teruja untuk kembali ke set “Bikers Kental” kerana kecintaannya kepada aktiviti permotoran.

“Saya memang aktif dalam bidang permotoran semenjak dulu lagi. Habis sahaja sekolah, saya sudah memiliki lesen untujk menunggang motor besar.

“Saya sendiri tidak sabar untuk memulakan penggambaran filem ini dan melakukan aksi-aksi stunt sendiri,” katanya.

Filem “Bikers Kental 2” bakal menjalani penggambaran selama 35 hari.

Selain Zizan, filem arahan pengarah Helmi Yusof ini turut menampilkan Awie, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

“Bikers Kental 2” juga akan menampilkan beberapa pelakon dari Thailand.

The post Zizan Razak Akhirnya Mengaku Tengok Wayang Dengan Vie Shanti appeared first on WOWBERITA.ORG.


‘Kita Bukan Kerajaan Diktator’– Najib

$
0
0

najib dan mahathirPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa Malaysia sebuah negara yang mengamalkan kepimpinan berbentuk diktator dan kuku besi.

Menurut Najib, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan kepimpinan demokrasi berparlimen sekaligus mementingkan kestabilan politik dalam negara.

“Kita bukan kerajaan kuku besi dan mengamalkan ‘dictatorship’. Kita adalah kerajaan yang menyanjung tinggi prinsip demokrasi berparlimen.

“Di mana setiap lima tahun kita akan kembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang dikehendaki,” katanya semasa berucap merasmikan Kompleks Muhibbah di Projek Perumahan Rakyat Muhibbah, di sini hari ini.

Kenyataan Najib itu sekaligus menepis dakwaan yang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semalam, Dr Mahathir menyatakan sekatan kerajaan terhadap portal berita The Malaysian Insider adalah betujuan untuk menyembunyikan kebenaran.

Dr Mahathir juga berkata, negara kini menuju ke arah negara diktator seperti Korea Utara.

Kata Dr Mahathir lagi, di negara ini, orang ramai semakin bimbang diheret ke mahkamah atau dipenjarakan jika mengeluarkan kenyataan yang tidak menyebelahi Perdana Menteri.

Sementara itu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional menegaskan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan akan tumbang adalah meleset.

“Sesiapa yang uar-uarkan kerajaan tumbang itu meleset. Apa yang boleh saya katakan Belanjawan lalu diluluskan Parlimen dengan majoriti yang besar, begitu juga dengan Rang Undang-Undang Negara boleh diluluskan Parlimen. Maknanya kita tidak bimbang dari segi kestabilan politik ,” kata Najib.

The post ‘Kita Bukan Kerajaan Diktator’ – Najib appeared first on WOWBERITA.ORG.

Gantung Jawatan: ‘Saya Akan Terus Bersuara’– Muhyiddin

$
0
0

tsmyTan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO pada Jumaat berikrar akan terus bersuara biarpun tidak lagi memegang jawatan utama dalam parti dan kerajaan.

Dalam satu kenyataan media yang disiarkan menerusi akaun Facebook peribadinya, Muhyiddin menegaskan beliau akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi yang lebih menyeluruh.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga menegaskan keputusan Majlis Tertinggi UMNO itu telah dijangkakan dan ia bukan sesuatu yang mengejutkan.

“Saya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi (institutional reform) yang lebih menyeluruh.

“Kuasa Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan Peguam Negara mesti dihadkan,” katanya.

Muhyiddin juga menegaskan beliau tidak berduka dengan apa yang berlaku dan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan MT UMNO menggantung jawatan beliau biarpun tidak diberi peluang untuk membela diri.

Ujar beliau, MT UMNO lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap dirinya daripada meneliti kandungan ucapan yang disampaikan.

“Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri. Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT.

“Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum,” katanya lagi.
Muhyiddin juga mendakwa pada peringkat awal, beberapa pemimpin utama UMNO datang menemuinya dan meminta beliau melakukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan.

“Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya.

“Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya,” ujar beliau.

Muhyiddin turut menghargai mereka yang menyatakan sokongan untuk terus berjuang bersamanya.

The post Gantung Jawatan: ‘Saya Akan Terus Bersuara’ – Muhyiddin appeared first on WOWBERITA.ORG.

Tindakan Ke Atas Muhyiddin Kerana Gagal Menjalankan Tugas – Annuar Musa

$
0
0

annuar-musaKeputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO dibuat berikutan kegagalannya menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata peruntukan 9.8.2.1 dalam perlembagaan parti jelas menyatakan bahawa tugas timbalan presiden adalah untuk membantu presiden dan jika gagal berbuat demikian, maka satu keputusan perlu dibuat.

“Bagi kita (ia) satu keputusan yang terpaksa kita buat kerana sebagai sebuah parti kita perlukan disiplin, kita perlukan pada kerja berpasukan, kita perlukan tanggungjawab secara kolektif.

“Kita perlu patuh kepada apa yang ada dalam perlembagaan dan dalam perlembagaan parti (peruntukan) 9.8.2.1 itu jelas menyebut tugas timbalan presiden hendaklah membantu presiden (dan) apabila tugas itu tidak dilaksanakan, tidak membantu presiden dalam apa jua bentuk maka tindakan harus diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk menggantung jawatan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO selepas menghadiri mesyuarat itu di Menara Dato Onn, di sini petang Jumaat.

Annuar berkata keputusan tersebut dibuat secara konsensus antara anggota MT di bawah peruntukan 10.15 perlembagaan parti yang memberi kuasa kepada MT untuk mengambil apa-apa tindakan bagi kesempurnaan parti.

Katanya, dalam mesyuarat untuk membuat keputusan itu, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mengambil bahagian kerana merasakan perbincangan itu berkaitan dengan mereka.

“Ini bukan keputusan yang mudah yang mahu kita capai, kita berbincang berjam-jam. Presiden ambil keputusan tidak mahu terlibat dalam perbincangan dan dia keluar (dari bilik mesyuarat), Datuk Ahmad Zahid Hamidi juga tidak mahu terlibat dan dia pun keluar.

“Dan kami berbincang sama-sama kami dan semua kami bercakap dari hati ke hati, semua diberi peluang bercakap dan keputusan dibuat secara konsensus,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, bahawa ini bukan kali pertama UMNO mengambil keputusan seperti ini, di mana keputusan sama pernah dibuat pada tahun 1998 dan 2008.

Ditanya sama ada keputusan ini akan memberi kesan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, Annuar berkata keputusan hari ini adalah berkaitan perkara dalam parti dan ia dibuat bagi mengukuhkan parti menjelang pilihan raya.

“Hendak sampai ke PRU14 sebagai sebuah parti kita semua kena bekerja, jadi kita ada kerja yang hendak dibuat. Bagaimana kalau kita ada penjawat jawatan dan tidak melaksanakan tugas seperti mana di dalam perlembagaan.
“Kerana kita mahu meneruskan tugas kita terhadap rakyat dan kerana kita mahu menghadapi pilihanraya lah, kita terpaksa buat keputusan yang pahit ini,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata keputusan itu bersandarkan “kita nak melihat ke hadapan” dan “bersandarkan kerjasama dalam satu pasukan.”

“Harapan peribadi saya dengan keputusan yang dibuat secara konsesus dapat membantu kita bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan tanpa sesama kita mempertikaikan gerakan-gerakan, yang saya tengok penting dalam kita berhadapan dengan rakyat,” katanya.

Hishammuddin berkata beliau telah mempengerusikan mesyuarat MT hari ini kerana Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengecualikan diri, dan menerusi peruntukan dalam perlembagaan parti iaitu 9.8.3.2 menetapkan tugas naib presiden boleh mempengerusikan mesyuarat itu.

The post Tindakan Ke Atas Muhyiddin Kerana Gagal Menjalankan Tugas – Annuar Musa appeared first on WOWBERITA.ORG.

Tahukah Anda, Aiskrim Sumi ‘Berbahaya’?

$
0
0

aiskrim-sumiSekarang aiskrim sumi viral di media sosial terutamanya Facebook. Baca sampai habis ye, selepas itu kongsikanlah dengan kawan-kawan untuk kebaikan bersama.

Semenjak dua menjak ini, saya tengok ramai yang post di wall Facebook masing-masing buat aiskrim sumi (aiskrim Malaysia). Memang dah viral aiskrim ini. Satu Malaysia tergila-gilakan rasa aiskrim yang sedap dan unik ini. Tetapi bukan resepi aiskrim itu yang saya nak bebelkan di sini. Saya nak kongsikan keburukan aiskrim sumi itu.

Anda tahu tak berapa banyak keburukannya?

  • Santan di kedai semua habis termasuk santan serbuk dan buah kelapa tua (untuk resepi yang guna santan)
  • Plastik aiskrim di pasar raya habis licin dibeli termasuklah saya
  • Susu pekat pun habis dibeli termasuklah saya
  • Lembu nak keluar susu pun menangis sebab tak sempat nak rehat
  • Sumi habis, budak-budak nak makan sumi pun yellek di kedai
  • Aiskrim sudah dibuat, tak sempat nak mengeras dah kena bedal dengan anak-anak sebab terlalu sedap
  • Diet saya pun kelaut gara-gara aiskrim sumi
  • Kilang-kilang aiskrim terpaksa tutup kedai sebab orang dah tak beli produk mereka lagi kerana tidak dapat menandingi kesedapan aiskrim sumi ini.

Jadi betullah kan? Memang banyak keburukan aiskrim sumi ini. HAHAHAHAHA! Kita gurau-gurau ye, senyum sama-sama.

Mohon ampun dan maaf andai ada tersilap kata terkasar bahasa, kita insan biasa. – Dari Wina

The post Tahukah Anda, Aiskrim Sumi ‘Berbahaya’? appeared first on WOWBERITA.ORG.

Rantai Leher Isteri Leka Main WhatsApp, Lelaki Mengaku Tidak Bersalah

$
0
0

HAMDANSeorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kangar pada Jumaat kerana merantai leher isterinya dengan rantai besi kerana leka menggunakan aplikasi WhatsApp.

Menurut laporan Sinar Harian, Mohd Hamdan Ahmad, 32, yang merupakan seorang penganggur dituduh melakukan kesalahan itu pada 19 Februari lalu di rumah mereka di Kampung Tok Kuning.

Menurut kertas pertuduhan, Mohd Hamdan melilit leher isterinya, Junifawin Dasari dengan rantai besi pada jam 10 pagi kerana terlalu leka bermain WhatsApp sehingga mengabaikan kerja rumah.

Bagaimanapun, Junifawin berjaya melarikan diri ke balai polis dengan rantai besi masih di lehernya untuk membuat laporan.

Pasangan itu telah empat tahun berkahwin dan memperoleh dua orang anak.

Mohd Hamdan didakwa mengikut Seksyen 342 kanun keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun.

Pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Mohd Izni Ibrahim.

Mohd Izni menetapkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin.

Kes ditangguh bagi memberi masa Mohd Hamdan melantik peguam bela.

The post Rantai Leher Isteri Leka Main WhatsApp, Lelaki Mengaku Tidak Bersalah appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live