Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Koleksi ‘Jubah Pahlawan’ Viral Di Media Sosial

$
0
0

jubah sadoFesyen baju tradisional kini berkembang begitu meluas dengan pelbagai jenis rekaan ditawarkan oleh pereka fesyen yang memaparkan kreativiti pelbagai serta mengikut cita rasa golongan muda serta mengikut evolusi zaman.

Memang tidak dapat dinafikan, ada di kalangan pereka fesyen yang terlebih berani dengan menampilkan koleksi pakaian ala hipster sehingga boleh mengundang kritikan orang ramai.

Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan pelancaran ‘Jubah Pahlawan’ oleh Farbel Exclusive yang dikatakan direka mengikut ‘trend’ terkini.

Koleksi pakaian tersebut dikongsi oleh Rizal Hakimm menerusi laman Facebooknya, pagi semalam.

Pengenalan ‘Jubah Pahlawan’ itu dibuat dengan menampilkan beberapa jejaka-jejaka berbadan tegap atau lebih dikenali dengan panggilan “abang sado”.

Rekaan moden inspirasi Jepun itu dilancarkan dengan aneka warna, antaranya ialah merah jambu, biru dan kuning.

Susulan itu, pelbagai reaksi membanjiri media sosial berkenaan koleksi pakaian tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial mengkritik rekaan jubah tersebut dengan menyifatkan ia berkelihatan ‘pelik’.

Antara komen yang ditujukan ialah jubah tersebut berkelihatan sebagai pakaian ibu bersalin, sebagai jubah golongan wanita dan jubah pakar perubatan.

Ada juga menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka di media sosial.

Bagaimanapun, ada netizen yang berkata pakaian itu amat menarik dan berbeza.

jubah1

jubah3

jubah2

Bagaimanapun, ada netizen yang berkata pakaian itu terlalu menarik dan berbeza.

Jubah tersebut ditawarkan dalam pelbagai saiz bermula dari saiz S sehingga XXXL dengan harga pengenalan iaitu pada RM199.

The post Koleksi ‘Jubah Pahlawan’ Viral Di Media Sosial appeared first on WOWBERITA.ORG.


Live Streaming Terengganu vs JDT 27.2.2016 Liga Super

$
0
0

terengganu-vs-jdt-liga-super-2016Live streaming Terengganu vs JDT pada 26 Februari 2016 Liga Super. Siaran langsung perlawanan ketiga aksi Liga Super 2016 menyaksikan pertembungan antara pasukan Terengganu lawan Johor Darul Takzim bertempat di Stadium Sultan Mizan, Kuala Nerus. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada jam 8.30 malam manakala sepak mula bermula pada jam 8.45 malam. Bagi anda yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Terengganu menentang JDT Liga Super 2016.

Live Streaming Terengganu vs JDT 27.2.2016 Online

Server 1: TV9

Jadual Siaran Langsung Terengganu vs JDT Liga Super 2016

Tarikh: 27 Februari 2016 (Sabtu)
Kick-off: 8.45 malam
Lokasi: Stadium Sultan Mizan, Kuala Nerus
Siaran Rasmi: TV9 bermula pada jam 8.30 malam

The post Live Streaming Terengganu vs JDT 27.2.2016 Liga Super appeared first on WOWBERITA.ORG.

Perpisahan Bukan Alasan, Netizen Bangga Anak Ajai-Nurul Dapat 9A SPM

$
0
0

nurul-ajaiAnak kepada komposer Ajai dan penyanyi Nurul Wahap Depp, Ayu Nadirah Mohd Faizal berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2015.

Mendapat keputusan 9A, khabar gembira itu dikongsi oleh Ajai dan Nurul menerusi akaun Instagram masing-masing.

Ajai1

Nurul1

Nurul2

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ialah komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di laman Instagram Ajai.

Komen1

Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas dan Nurul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab mendirikan rumahtangga pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Selepas itu, Ajai mendirikan rumah tangga bersama Norliza Ilias pada 15 Ogos 2009 manakala Nurul pula melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.

Tahniah Astro Gempak ucapkan kepada Ayu, Ajai dan Nurul atas keputusan yang sangat memberangsangkan!

The post Perpisahan Bukan Alasan, Netizen Bangga Anak Ajai-Nurul Dapat 9A SPM appeared first on WOWBERITA.ORG.

Tun Mahathir ‘Desperate’ Mahu Kacau Pentadbiran Negara – Mas Ermieyati

$
0
0

mas-ermieyatiTindakan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi tulang belakang Deklarasi Rakyat disifatkan langkah terdesak dan mementingkan diri sendiri.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kerjasama Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Lim Kit Siang itu tidak bertanggungjawab dan tidak melihat kesan yang mendalam terhadap pentadbiran negara.

“Jujur, kami terkesan dengan tindakan ini. Tindakan bekas pemimpin tertinggi UMNO yang pada kami seumpama membakar lagi api perselisihan yang kini tidak surut dalam kalangan ahli UMNO. Tun M ‘desperate’ mahu kacau pentadbiran negara.

“Lebih mengecewakan, apabila tindakan ini dijalankan bersama sama dengan pimpinan parti pembangkang yang kita sedia tahu tujuan mereka cumalah satu, meranapkan kepimpinan sedia ada agar mereka dapat berkuasa.

“Janggal tatkala melihat yang dahulunya disanjung, yang seharusnya memberi pengajaran terbaik kepada orang muda dalam parti, mengambil langkah drastik bersama musuh musuh politik. Dan terlalu asing buat kami melihat mereka yang dulunya menentang, kini menjulang,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Mas Ermieyati mengulas tindakan Dr Mahathir yang menandatangani deklarasi bersama dengan bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat.

Deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ itu ditandatangani bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan.

Jelas Mas Ermieyati, setiap pemimpin memerlukan perubahan dan pengorbanan namun bukan menggadaikan prinsip.

“Ini masa kita memperlihatkan semangat juang. Sebagai sayap yang paling bongsu, kami mewakili suara orang muda ingin melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan gangguan demi gangguan terhadap pentadbiran Najib.

“Sepatutnya tumpuan diberikan terhadap pemulihan sosio ekonomi rakyat di saat kegawatan ekonomi yang sedang melanda dunia.

“Kami melahirkan rasa bimbang dan khuatir dalam melihat pertelingkahan yang tidak berkesudahan ini bakal merugikan negara dan rakyat tanpa pemenang sebenar bak kata pepatah ‘Menang jadi arang kalah jadi abu'”,” katanya.

Mas Ermieyati juga yakin dan percaya kepada proses demokrasi yang tidak pernah tertangguh selain menegaskan sampai masa ketikanya, mandat akan dikembalikan kepada rakyat untuk memilih.

The post Tun Mahathir ‘Desperate’ Mahu Kacau Pentadbiran Negara – Mas Ermieyati appeared first on WOWBERITA.ORG.

Watson Nyambek Muflis, Gagal Bayar Kos Rawatan Bapa

$
0
0

watson nyambekBekas pelari pecut negara, Watson Nyambek atau popular dengan gelaran ‘Flying Dayak’ diisytihar bankrap kerana tidak mampu membayar balik pinjaman bank berjumlah RM80,000.

Watson dilapor membuat pinjaman dengan Bank Islam bagi membiayai perbelanjaan perubatan ayahnya yang menghidap kanser.

Jabatan Insolvensi mengeluarkan notis itu di akhbar Borneo Post, semalam.

Watson berkerja di Majlis Sukan Sarawak sebagai Jurulatih Atlit di bandar kelahirannya, Miri. Dia dilaporkan tidak mampu membayar balik pinjaman itu kerana gaji yang diterimanya rendah.

Dia pernah meminta bantuan menteri kanan di Sarawak dua tahun lalu tetapi tidak berhasil. Watson dikatakan menanggung hutang lebih RM100,000 termasuk kadar faedah.

“Saya juga perlu membayar bil-bil lain,” katanya.

Watson memegang rekod kebangsaan acara 100 meter dengan merekodkan 10.3 saat dalam Kejohanan Olahraga Kebangsaan pada 1998. Sehingga kini, rekod itu masih belum berjaya dipadam.

The post Watson Nyambek Muflis, Gagal Bayar Kos Rawatan Bapa appeared first on WOWBERITA.ORG.

Pelajar Bawa Bapa Lumpuh Tinggal Bersama Di Asrama

$
0
0

pelajar1Demi membalas jasa bapa yang membesarkannya selama ini, seorang pelajar membawa lelaki itu tinggal bersamanya di universiti tempat dia belajar.

Zhao Delong membawa bapanya ke asrama tempat tinggalnya di universiti bagi membolehkannya menjaga bapanya yang lumpuh itu sepenuh masa.

Menurut Zhao, ketika kecil dia pernah mengalami penyakit polio dan bapanya bersusah payah menjaganya sehingga dia mampu untuk berjalan semula dan meneruskan pengajian ke peringkat universiti,

pelajar2

pelajar3

pelajar4

“Bapa bersusah payah menjaga saya sebelum ini. Kini dia sedang sakit dan saya tidak akan tinggalkannya berseorangan,’ jelas Zhao dipetik Mail Online.

Setiap hari, Zhao akan membersihkan muka, memberus gigi dan menyikat rambut bapanya malah turut akan memasak serta membantu lelaki itu melakukan senaman.

pelajar5

Pihak universiti turut menyediakan bilik khas kepada kedua beranak itu bagi meneruskan kehidupan.

Zhao turut melakukan kerja separuh masa untuk membantu menampung perbelanjaan harian mereka.

The post Pelajar Bawa Bapa Lumpuh Tinggal Bersama Di Asrama appeared first on WOWBERITA.ORG.

Warga Beijing Guna Bulu Hidung Halang Udara Tercemar?

$
0
0

bulu1Begitulah mesej yang disampaikan oleh pertubuhan alam sekitar, WildAid dalam sebuah iklan yang disiar di media tempatan dan menerusi YouTube.

Iklan yang berjudul Hairy Nose itu memaparkan warga Beijing yang lebih rela menyimpan bulu hidung panjang sebagai ‘penapis’ udara berbanding mengambil tindakan untuk mengubah keadaan tersebut.

Mesej sinis itu turut memaparkan bulu hidung panjang yang menjadi gaya hidup, lengkap dengan syampu khas dan salun dandanan.

bulu3

bulu2

Watak utama yang juga menjadi suara latar iklan itu kemudian muncul dan bertindak mencukur bulu hidung untuk menunjukkan komitmennya untuk mengubah keadaan dan bukannya pasrah dengan pencemaran udara.

Menurut pegawai program iklim WildAid, Matt Grager, iklan tersebut merupakan sebahagian daripada kempen GOBlue anjuran pertubuhan itu di China bagi menyebarkan kesedaran tentang kepentingan udara bersih.

Tambah Grager, kesemua 366 bandar di China gagal memenuhi standard kualiti udara yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kajian tahun lalu.

The post Warga Beijing Guna Bulu Hidung Halang Udara Tercemar? appeared first on WOWBERITA.ORG.

Asia’s Next Top Model: Tuti, Peserta Malaysia Jawab Kritikan ‘Next Top Neraka’

$
0
0

tuti4-2Peserta negara dalam Asia’s Next Top Model, Nuraini Noor atau lebih dikenali sebagai Tuti membalas pandangan yang dikemukakan oleh netizen berkenaan penyertaannya dalam rancangan tersebut.

Dalam satu temubual e-mel dengan BBC, Tuti menegaskan dia menghormati pandangan semua dan tidak mampu mengawalnya.

“Yang membezakan kita bukannya warna kulit atau agama, namun peluang,” ujarnya.

Selasa lalu, Tuti dikritik hebat oleh netizen yang menyifatkan penyertaannya tidak sesuai dan melanggar agama bahkan ada yang melabel rancangan tersebut sebagai “next top neraka”.

BACA: Model Melayu Sertai Asia’s Next Top Model Dikecam Netizen

tuti2

Gadis berusia 24 tahun itu turut mendedahkan dia tidak pernah berhadapan dengan kontroversi seperti ini ketika menyertai dan memenangi pertandingan model sebelum ini.

“Saya tidak suka melabel apa-apa. Saya cuma warga dunia. Saya seorang gadis yang sedang mengejar cita-cita,” tambah Tuti.

The post Asia’s Next Top Model: Tuti, Peserta Malaysia Jawab Kritikan ‘Next Top Neraka’ appeared first on WOWBERITA.ORG.


Deklarasi Rakyat: Tindakan Tun M Tanam Kebencian Rakyat Terhadap Pemimpin – MB Perak

$
0
0

zambry kadirTindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani dokumen Deklarasi Rakyat diselar sebagai satu tindakan yang bertujuan untuk menanam kebencian rakyat terhadap pemimpin dan bukannya untuk kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak berkata Dr Mahathir sebenarnya telah terperangkap dengan cubaan menjejaskan iklim politik dalam negara yang dirancang oleh pihak pembangkang.

Katanya, UMNO negeri bersepakat dan menyeru kepada semua ahli parti khususnya, agar tidak hilang fokus terhadap strategi pembangkang kerana katanya mereka akan menggunakan apa sahaja helah termasuk berbaik dengan Dr Mahathir, yang selama ini musuh nombor satu mereka hanya untuk menggugat kerajaan.

“Walau apa pun justifikasi yang diberikan, yang jelas Dr Mahathir telah hilang pertimbangan kerana luapan amarahnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Ibarat marahkan nyamuk kelambu dibakar tindakan beliau bukan sahaja mensasarkan Perdana Menteri tetapi sebenarnya terperangkap dengan cubaan menjejaskan iklim politik negara,” kata Zambry selepas merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Belia Perak pagi ini.

Tambahnya, UMNO negeri akan terus memantapkan gerakan parti dan fokus dalam usaha memastikan mandat rakyat yang diberikan kepada Perdana Menteri dalam menerajui pentadbiran negara dilaksanakan penuh tanggungjawab.

Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Penandatanganan lain termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

The post Deklarasi Rakyat: Tindakan Tun M Tanam Kebencian Rakyat Terhadap Pemimpin – MB Perak appeared first on WOWBERITA.ORG.

Peminat Bidas Rozita Che Wan Pakai Purdah ‘Spender Roti Jala’

$
0
0

cheta-purdahSelebriti tersohor, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta dibidas kerana dikatakan mengayakan purdah sehingga lari daripada tujuan sebenar pemakaiannya seperti yang disarankan agama.

Rata-rata netizen mengkritik fesyen yang dipakainya itu sebagai purdah ‘spender french lace’ dan ‘spender roti jala’ kerana bersifat jarang sehingga menampakkan muka.

Malah ada yang meminta agar artis tersebut tidak mengunakan fesyen tersebut di negara orang kerana boleh disifatkan penghinaan kepada masyarakat dinegara tersebut.

“Mazhab mane pkai purdah mcm spenda roti jala tu? Kl tutup betul2 pkai kain opaque baru la nama purdah. Mcm ni lebih menarik prhatian llaki adelah. Lg suke ktorg tgk dr yg bare face je. Kl x knape model underwear french lace lg sexy dr model yg bogel trus? nak2 lg french lace hitam perghh.Ni la padahnye bila pkaian sunnah konon tp x ikut cara betul, tp krn fey-shennn,” kata posh_chester.

“Masa tu dah buka niqab pun…dah lah, xnak pulak terlalu buruk sangka…mungkin saya yg khilaf…hehehe thanx jugak harikahsimiar berkongsi pendapat…sama2 kita ingat mengingati,” ujar puan_gojes_tuan_cool pula.

“Harap jgn tutup muka begitu lah dinegara org..kerana ini satu perhinaan pd pakaian mereka…kerana tiada satu pun wanita yg tutup muka begini dinegara Saudi..baik dimekah atau dimadinah,” tulis malaysialadys.

“Che Ta tutup muka mungkin takmau perhatian kat airport kot. Aurat ditutup dah ok lah tu. Dia nak accessorizedkan dengan apa biorkan dia lah. Dia ikhlas ke, tabarruj ke riak ke soal hati dia. Selamat pergi dan pulang Che Ta & anak2. Inshaa Allah, dimudahkan urusan,” kata bintsalwaii pula.

Terdahulu isteri kepada pelakon Zain Saidin itu memuatnaik gambarnya memakai purdah sebelum berangkat menunaikan umrah bersama keluarga.

The post Peminat Bidas Rozita Che Wan Pakai Purdah ‘Spender Roti Jala’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

Live Streaming Pahang vs Sime Darby 5.3.2016 Piala FA

$
0
0

pahang vs sime darby 2016Live streaming Pahang vs Sime Darby pada 5 Mac 2016 Piala FA. Siaran langsung perlawanan pusingan ketiga Piala FA antara pasukan Pahang menentang Sime Darby bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan bermula pada jam 9.00 malam Sabtu. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TVi (180) bermula pada seawal jam 8.30 malam. Bagi penyokong yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Pahang lawan Sime Darby Piala FA 2016.

Live Streaming Pahang vs Sime Darby 5.3.2016 Piala FA

Server 1: TVi

Jadual Siaran Langsung Pahang vs Sime Darby Piala FA 2016

Tarikh: 5 Mac 2016 (Sabtu)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Stadium Darul Makmur
Siaran Rasmi: TVi bermula pada jam 8.30 malam

Incoming search terms:

The post Live Streaming Pahang vs Sime Darby 5.3.2016 Piala FA appeared first on WOWBERITA.ORG.

Guru Cekik, Pijak Murid Tahun 5 Kerana Ubah Suai Basikal

$
0
0

Seorang murid Tahun Lima dalam trauma selepas mendakwa dicekik dan dipijak seorang guru sehingga cedera dan lebam di leher dan kaki dalam kejadian di sebuah sekolah Rabu lalu.

Khairul Najwan Jamsari, 11, mendakwa guru di sebuah sekolah di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah itu memukulnya kerana membawa basikal yang diubahsuai ke sekolah.

“Saya sampai ke sekolah pada jam 7.45 pagi bersama seorang rakan. Guru terbabit yang berada di dalam kawasan sekolah kemudiannya menahan kami berdua dan memarahi kami.

“Ketika itu, dia tiba-tiba mencekik leher saya dan menolak saya ke lantai sebelum bertindak memijak kaki saya sehingga lebam,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ibu mangsa, Hanisah Seman, 36, berkata dia kesal dengan tindakan guru lelaki terbabit dan menyifatkan hukuman itu sebagai keterlaluan.

“Ketika kejadian, kawan saya yang kebetulan berada di situ menyaksikan perbuatan guru terbabit.

“Dia memberitahu, beberapa guru yang berada di lokasi kejadian cuba menghentikan perbuatan guru itu, namun tidak diendahkan sehingga anak lelaki saya melarikan diri keluar dari kawasan sekolah,” katanya.

Hanisah berkata, guru berkenaan kemudian mengejar Khairul Najwan bersama pengawal keselamatan dan membawanya pulang semula ke sekolah.

“Guru itu memberinya makan dan menyerahkan wang sebanyak RM2 dengan syarat anak saya tidak memberitahu kejadian itu kepada kami.

“Anak saya yang sedang menanggung sakit itu juga terpaksa untuk meneruskan sesi persekolahan sehingga tamat tanpa menerima rawatan awal oleh pihak sekolah,” katanya.

Hanisah kemudian membawa Khairul Najwan menjalani pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang melakukan siasatan.

“Laporan polis diterima pada Khamis lalu dan kita masih lagi menyiasat kejadian sebenar. Kita juga mungkin akan memanggil guru terbabit untuk membantu siasatan,” katanya.

The post Guru Cekik, Pijak Murid Tahun 5 Kerana Ubah Suai Basikal appeared first on WOWBERITA.ORG.

Deklarasi Rakyat: ‘Ia Bukan Suara 30 Juta Rakyat Malaysia’– Menteri

$
0
0

‘Deklarasi Rakyat’ yang ditandatangani oleh 58 individu sama sekali tidak mewakili 30 juta rakyat Malaysia atau 15 juta pengundi tetapi ia hanya sebuah pergerakan bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata perisytiharan itu adalah ‘alasan untuk berselindung’ untuk mewajarkan apa yang mereka lakukan.

“Mereka seolah-olah lupa bahawa ada mekanisme untuk melakukan sesuatu seperti itu dan mekanisme itu dipanggil pilihan raya umum,” katanya dalam entri terbaru dalam blognya, sskeruak.blogspot.com.

Katanya antara 58 menandatangani deklarasi bersama itu adalah terdiri daripada beberapa pesara politik, pegawai polis dan pegawai kerajaan serta beberapa lagi yang menggelar diri mereka sebagai pemimpin masyarakat sivil.

“Pada hakikatnya, ia tidak lebih daripada sebuah acara yang digembar-gemburkan,” katanya.

Salleh berkata ‘Deklarasi Rakyat’ itu hanya sebuah dokumen dikitar semula dari yang dilakukan pada 1998 dan 2008.

“Tidak syak lagi mereka mengatakan ini satu pelan tindakan untuk reformasi tetapi ia tidak benar-benar merupakan pelan tindakan atau pelan induk kerana ia adalah senarai aspirasi dan keinginan,” katanya.

Menurutnya ‘Deklarasi Rakyat’ adalah apa yang mereka ingin melihat daripada pelan bagaimana untuk mencapai aspirasi ini.

“Dalam erti kata lain, mereka tidak menawarkan penyelesaian kepada kita,”katanya.

“Tambahan pula, aspirasi ini berbeza…bergantung kepada siapa anda bercakap…dengan seorang mengatakan satu perkara dan seorang lagi berkata sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata walaupun mereka menjadikan acara semalam kelihatan sebagai sebuah platform untuk menuntut pembaharuan dan perubahan namun dalam realitinya ia adalah satu gabungan yang terdiri daripada orang-orang yang menentang Najib.

“Apa yang mereka sebenarnya mahu adalah untuk memberi tanggapan bahawa langkah menyingkirkan perdana menteri disokong oleh majoriti rakyat.

“Sudah tentu, ini tidak benar…58 individu tidak mewakili 30 juta rakyat Malaysia mahupun tidak sama sekali 15 juta pengundi,” katanya.

“Kita ada hampir 800 Anggota Parliamen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)dan mereka adalah wakil sah yang dipilih oleh pengundi semasa pilihan raya umum dan pilihan raya negeri,” katanya.

The post Deklarasi Rakyat: ‘Ia Bukan Suara 30 Juta Rakyat Malaysia’ – Menteri appeared first on WOWBERITA.ORG.

Live Streaming Thailand vs Singapura 22 Disember 2012

$
0
0

Perlawanan akhir kedua Piala AFF 2012 antara Thailand vs Singapura akan berlangsung hari ini di Stadium Supachalasai, Bangkok. Dalam perlawanan akhir pertama di Singapura Rabu lepas, Thailand tewas dengan jaringan 1-3. Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung Thailand vs Singapura 22 Disember 2012 di TV1 bermula jam 8 malam. Live Streaming Thailand vs Singapura boleh ditonton secara online di sini.

Live Streaming Thailand vs Singapura 22 Disember 2012[wp-like-locker]
*link akan dupdate sebelum perlawanan bermula.[/wp-like-locker]

Keputusan Semasa Thailand vs Singapura 22 Disember 2012
Thailand [0][0] Singapura

The post Live Streaming Thailand vs Singapura 22 Disember 2012 appeared first on WOWBERITA.ORG.

Semakan Keputusan Tingkatan 6 Sesi 2016/2017 Online

$
0
0

keputusan tingkatan 6Semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sesi akademik 2016/2017 secara online. Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran kemasukan pelajar lepasan SPM ke Tingkatan Enam bagi sesi 2016/2017 akan diumumkan keluar pada minggu kedua bulan April 2016. Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.

Tarikh Keputusan Form 6 Sesi 2016/2017 Online

Keputusan tawaran Form 6 bagi sesi akademik 2016/2017 akan diumumkan keluar pada minggu kedua bulan April 2016. Tarikh rasmi akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh pihak KPM.

The post Semakan Keputusan Tingkatan 6 Sesi 2016/2017 Online appeared first on WOWBERITA.ORG.


Beli iPhone 6S RM2,787 Dapat Mangga Kunci

$
0
0

mangga1Hasrat seorang lelaki untuk memiliki sebuah iPhone 6S tidak kesampaian apabila dia hanya menerima sebuah mangga kunci di dalam kotak iPhone tersebut.

Lelaki yang dikenali sebagai Alans Ng, telah membeli iPhone 6S berharga RM2,787.00 pada 1 Mac dan menerima barang tersebut pada 4 Mac, terkejut menemui mangga kunci di dalam kotak iPhone 6S yang dibeli dari 11Street My.

Bagaimanapun, pihak penjual menjelaskan mungkin berlaku penipuan dari pihak pembekal, Brightstar Distribution Sdn Bhd dan mereka akan menjalankan siasatan.

“Bungkusan masih elok ketika diterima, bermaksud pihak kurier tidak terlibat dalam hal ini. Hanya orang yang dapat membuka bungkusan ini adalah pihak pembekal, kerana terdapat pelekat pembekal di bawah kotak iPhone itu.

mangga2

mangga3

mangga4

mangga5

“Masalahnya sekarang, kenapa saya harus menunggu? Saya tidak menerima sebarang barang yang saya inginkan sejak dari tarikh saya membuat pembayaran. Saya tidak terlibat dalam hal ini.

“Siasatan pihak penjual juga tidak berguna untuk saya, ia hanya untuk mereka sahaja. Walaupun bila sudah mendapat keputusan siasatan kelak, mangga kunci itu tidak akan bertukar menjadi iPhone 6S.

“Ini bukan lawak, ini jenayah penipuan! Tak boleh ke tangani masalah pelanggan seperti saya ini dengan lebih serius?” kata Alans.

Difahamkan, pihak 11Street My telah menghubungi Alans yang memintanya untuk mengembalikan barangan tersebut dan mereka akan menghantar iPhone 6S yang baru kepadanya.

“Saya hanya akan buang post ini setelah kes ini selesai,” kata Alans.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang pembelian gajet secara online kerana banyak tawaran yang meragukan meskipun harga yang ditawarkan itu adalah jauh lebih murah dari harga pengedar rasmi sesebuah jenama.

The post Beli iPhone 6S RM2,787 Dapat Mangga Kunci appeared first on WOWBERITA.ORG.

Islam Penyelesai Segala Masalah – Najib

$
0
0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menzahirkan rasa sedih mengenai nasib yang menimpa umat Islam kini.

Ujarnya, gejala keganasan yang berlaku dalam dunia Islam sekarang telah banyak menjadikan umat Islam mangsa.

“Setiap hari, banyak keganasan yang berlaku dalam dunia Islam dan amat menyedihkan apabila melihat begitu ramai umat Islam yang mati di tangan umat Islam sendiri.

“Ditambah pula dengan kebangkitan fahaman ekstremis, kesemua ini telah menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam dan satu fenomena Islamofobia,”katanya dalam satu kenyataan.

Menggulas lanjut, Najib berkata semasa zaman Nabi Muhammad SAW, Islam wujud bersama dengan agama-agama lain tanpa sebarang sengketa.

“Ini boleh digunakan sebagai asas untuk menggalakkan nilai-nilai teras biasa dalam kalangan penganut agama yang berbeza.

“Saya percaya bahawa penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi boleh didapati dalam Islam sendiri kerana Islam adalah agama yang mengajar kesederhanaan,” katanya.

The post Islam Penyelesai Segala Masalah – Najib appeared first on WOWBERITA.ORG.

Lelaki Maut Tertembak Muka Sendiri Akibat ‘Selfie’ Bersama Pistol

$
0
0

selfieSeorang lelaki maut akibat tertembak diri sendiri di muka ketika bergaya dengan sepucuk pistol di hadapan kamera untuk merakam selfie.

Menurut Skagit Valley Herald, lelaki tersebut telah beberapa kali merakam selfie bersama pistol miliknya dan tiada perkara buruk berlaku kerana dia sentiasa memastikan pistolnya kosong tanpa peluru.

Kali ini dia tersilap langkah kerana menurut laporan polis, terdapat sebutir peluru yang tertinggal di dalam laras pistol ketika dia merakam selfie.

Menurut ketua peronda pejabat syerif Skagit County, Chad Clark, teman wanita lelaki berkenaan turut berada bersamanya ketika kejadian itu berlaku.

Kes tersebut disiasat oleh pihak polis sebagai satu kemalangan.

The post Lelaki Maut Tertembak Muka Sendiri Akibat ‘Selfie’ Bersama Pistol appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Deklarasi Hanya Untuk Ganti Najib Dengan PM Lain Dari BN – Mukhriz

$
0
0

mukhtiz-mahathirBekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mempertahankan Deklarasi Rakyat yang menurutnya tidak bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN tetapi hanya bertujuan untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak dengan seorang perdana menteri lain dari parti pemerintah itu.

Deklarasi Rakyat menyaksikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dari pembangkang dan masyarakat sivil menyeru penyingkiran Najib berhubung dakwaan skandal yang menyelubunginya dan untuk melaksanakan pembaharuan institusi.

“Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun Mahathir ini akan menguntungkan pembangkang termasuk DAP.

“Adakah BN akan tumbang jika Najib undur? BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat.

“Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan PM yang baru – dari kalangan ahli-ahli Parlimen BN, bukan dari pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mukhriz berkata pembangkang turut serta kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kepimpinan Najib.

“Kalau ikut lojik, pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana penolakan rakyat terhadap Najib bermakna BN juga ditolak secara total.

“Tapi sebaliknya, pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14. Kenapa?

“Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan akibat pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa,” katanya.

Mukhriz mengulangi bahawa deklarasi itu tidak akan membawa kepada kejatuhan BN dan pembangkang faham dan menerima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU.

“Kenyataan beberapa pemimpin Umno bahawa rakyat perlu tunggu PRU14 untuk tukar PM sangat membahayakan kepentingan BN

“Adakah maksudnya PM baru itu akan datang dari kalangan pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut?

“Itu sama sekali bukan matlamat Tun Mahathir.

“Untuk selamatkan negara, malah untuk pertahankan kedudukan BN sebagai kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai PM sebelum PRU14,” katanya.

The post ‘Deklarasi Hanya Untuk Ganti Najib Dengan PM Lain Dari BN – Mukhriz appeared first on WOWBERITA.ORG.

Keputusan Undian Suku Akhir Piala FA 2016

$
0
0

Keputusan rasmi undian suku akhir Piala FA pada 6 Mac 2016. Majlis undian peringkat 4 atau suku akhir Piala FA Malaysia akan berlangsung di Theatrette, Sri Pentas pada Ahad. Untuk info, pasukan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir ialah JDT, PDRM, Kedah, Sabah, PKNS FC, Kuala Lumpur, Perak dan Sime Darby. Perlawanan suku akhir pertama akan diadakan pada 18 dan 19 Mac ini manakala suku akhir kedua pada 1 dan 2 April 2016.

Keputusan Undian Suku Akhir Piala FA 2016

keputusan undian

The post Keputusan Undian Suku Akhir Piala FA 2016 appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live