Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

‘Jawapan Zakir Naik Buat Saya Nekad Masuk Islam’– Nina Grace

$
0
0

Woo Nina Grace, 19, yang diislamkan Dr Zakir Naik tengah malam semalam, mengakui telah lama ingin memeluk Islam.

Namun, katanya, jawapan pendakwah itu membuatkannya lebih yakin bahawa Islam sebuah agama yang suci, lapor myMetro.

BACA: Gadis Kristian Masuk Islam Selepas Dengar Syarahan Dr Zakir

“Saya semakin tertarik dengan agama Islam dan kebetulan Dr Zakir berkunjung ke negeri ini yang mana membuatkan saya mahu hadir ke syarahannya kerana mahu bertanyakan beberapa soalan.

“Akhirnya, jawapan yang diberikan Dr Zakir membuatkan saya nekad untuk memeluk Islam dan tidak kisah dengan pandangan orang lain,” beliau dipetik sebagai berkata.

Woo semalam bertanya adakah beliau dikira tidak menghormati Islam apabila membaca al-Fatihah, Tiga Qul dan ayat Kursi.

Zakir kemudian bertanya sama ada beliau percaya pada satu tuhan dan kerasulan Nabi Muhammad, yang dijawabnya “ya”.

Beliau kemudian mengucap dua kalimah syahadah dengan dibimbing Zakir, di hadapan kira-kira 40,000 orang hadirin dalam ceramah itu.

Sementara itu, Woo berkata, kehidupan hariannya sebelum ini yang banyak bergaul dengan rakan Islam menjadi faktor agama Islam dekat dengannya.

“Saya bersyukur kerana Allah berikan hidayah kepada saya pada 12.05 tengah malam Jumaat yang menjadi penghulu segala hari,” katanya ketika dihubungi myMetro, di Chukai, hari ini.

Penuntut semester tiga Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pelantar Minyak Kolej RANACO, di Chukai, Kemaman berkata, dia berasa seperti dilahirkan semula.

Sementara itu, Woo juga dilapor berminat menggunakan nama baru Nur Nina Farisha dan mahu menjadi Muslimah yang baik, termasuk memakai tudung.

Remaja itu, yang ibunya berasal dari Filipina dan bapanya dari Johor, dilapor mengakui mula mengkaji Islam ketika berusia 13 tahun.

Berdasarkan gambar dirakam media, Nina kelihatan dipakaikan tudung berwarna hijau oleh isteri menteri besar Terengganu, Toh Puan Halina Zakaria.

Gambar itu dikatakan dirakam selepas selesai sesi ceramah Zakir di sebuah bilik rehat di tempat acara itu.

The post ‘Jawapan Zakir Naik Buat Saya Nekad Masuk Islam’ – Nina Grace appeared first on WOWBERITA.ORG.


‘Henti Dakwa Najib Salah Guna Wang 1MDB’– Ahli MT UMNO

$
0
0

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berharap agar setiap pihak menghentikan serta-merta dakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyalahgunaan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut beliau, fitnah yang dilemparkan sebelum ini adalah jelas bagi menjatuhkan imej dan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri di negara ini.

“Kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri hanyalah sumbangan dari kerajaan Arab Saudi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengesahkan bahawa sumbangan derma kepada Najib adalah daripada negara itu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Tambah Irmohizam, hasil siasatan yang dikemukakan oleh peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebelum ini juga telah membuktikan bahawa tiada sebarang salah laku yang dilakukan oleh SRC International Sdn Bhd.

“Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut mengesahkan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat langsung dalam pengurusan kewangan syarikat 1MDB,” katanya.

The post ‘Henti Dakwa Najib Salah Guna Wang 1MDB’ – Ahli MT UMNO appeared first on WOWBERITA.ORG.

Ramasamy Harus Dikeluarkan Dari Negara Ini – Mufti Perak

$
0
0

Kebiadapan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof P Ramasamy menghina penceramah Dr Zakir Naik dengan gelaran ‘syaitan’ seharusnya dihukum dengan dikeluarkan dari negara ini.

Demikian kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan kenyataan pemimpin DAP itu tidak menghormati Perlembagaan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi.

“Bagi saya, tindakan Ramasamy itu sangat biadab. Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin, Ramasamy sepatutnya memahami Perlembagaan.

“Kalau dia tak faham Perlembagaan, maka dia patut dikeluarkan dari negara ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Malah, Harussani juga menyatakan permohonan maaf daripada Ramasamy sebelum ini tidak mencukupi kerana beliau memohon maaf atas penggunaan perkatan ‘syaitan’ sahaja.

“Tindakan Ramasamy itu bukan menghina Zakir saja, tetapi turut menghina Islam secara keseluruhannya. Malah, permohonan maaf itu seolah-olah bukan dari hatinya.

“Di India sendiri, Zakir tiada halangan mengadakan ceramah. Jadi kenapa ada individu seperti Ramasamy yang mahu melarang kedatangan Zakir ke sini?,” soalnya.

Pada 12 April lalu, Ramasamy memohon maaf kerana menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’.

Ramasamy mengakui telah menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’ dalam menerusi catatan di Facebooknya, pada 10 April lalu, kerana penceramah itu didakwa memberi ceramah menghina agama lain.

The post Ramasamy Harus Dikeluarkan Dari Negara Ini – Mufti Perak appeared first on WOWBERITA.ORG.

KPN Minta Stesen TV Batal Siar Debat Guan Eng-Rahman Dahlan

$
0
0

Stesen televisyen tempatan diminta membatalkan rancangan untuk menyiarkan secara langsung debat mengenai isu tanah Taman Manggis kerana kes tersebut sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jika debat antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibenarkan, maka ia akan menjejaskan siasatan dan prejudis terhadap kes ini.

“@PDRMsia setuju dengan @SPRMMalaysia, debat banglo-Manggis di batalkan. Siasatan PDRM masih berjalan. Saksi-saksi utama termasuk YAB Ketua Menteri belum dipanggil,” katanya dalam twitter terbarunya pada Jumaat malam.

Khalid berkata: “@PDRMsia minta semua stesen TV hentikan rancangan ini sebelum kes selesai.”

Beliau berkata, sekiranya Abdul Rahman, yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu, mempunyai sebarang bukti mengenai kes penjualan tanah itu di Pulau Pinang, beliau sepatutnya menyerahkannya kepada pihak polis atau SPRM dengan secepat mungkin untuk disiasat.

Sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) menyatakan kesediaan menyiarkan secara langsung debat antara Abdul Rahman dan Lim mengenai isu berkenaan di saluran televisyen masing-masing.

Abdul Rahman sebelum ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah Taman Manggis yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta, Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd.

The post KPN Minta Stesen TV Batal Siar Debat Guan Eng-Rahman Dahlan appeared first on WOWBERITA.ORG.

Gadis Tayang Gambar Pra-Jimak Untuk Tatapan Umum

$
0
0

Tu diiaa! Minah ni selamba jer muat naik gambar macam tu di laman sosial, bangga pulak tu.. Dunia! Dunia! Ini lah petanda akhir zaman, buat maksiat dah menjadi satu ‘kebiasaan’.. Dah tak takut dosa yang bakal dipikul, halal dan haram dorang dah tak kisah lagi.. Lagi satu, dorang dah tak perlu nak sembunyikan lagi dengan siapa dorang nak lakukan hubungan haram tu..

Bangga mengambil gambar bersama pasangan dalam keadaan mengaibkan, lepas tu dimuat naik pulak di media sosial untuk tatapan umum.. Korang lihat jer lah minah Balqis ni, bangganya dia muat naik gambar bersama pasangan dia dan lagi seorang kawan di sebelah tidur diatas katil yang sama dalam hotel..

Ini buat tiga orang sekali ke?? Dasyat dorang noh, pakat ‘kongsi’ ramai-ramai.. Tak boleh blah tu, berbulu jer baca status dia di Wechat.. Status yang dimuat naik berbunyi macam ni..

‘Jarang lah tidur awal kalau tak ada teman borak kat sebelah.. Maaf komen ‘murahan’ tak dilayan.. Dosa masing-masing sayang, jangan nilai aku ni jahat sangat kalau diri sendiri tak betul.. By the way, manusia mana pernah ada yang betul..’

Komen murahan?? Komen murahan dilemparkan kat dia tu, sebab dia menunjukkan dia seorang perempuan ‘murahan’ di pandangan umum.. Macam mana orang tak label dia macam tu, dah diri sendiri tunjuk perangai sebenar macam mana.. Betul tak??

Lagi satu, dia mengatakan ‘manusia mana ada yang betul’?? Memang lah manusia tak sempurna, tapi seseorang tu boleh berusaha untuk memperbaiki diri ke arah jalan yang betul.. Kalau dah tau tahu diri tu berdiri dijalan yang salah, tak akan nak membiarkan diri tu berada dijalan yang salah sampai ke mati! Berkata-kata tak menggunakan akal langsung!

The post Gadis Tayang Gambar Pra-Jimak Untuk Tatapan Umum appeared first on WOWBERITA.ORG.

Adik Neelofa Tayang Buah Dada ‘Ranum’ Untuk Peminat

$
0
0

Haa, u’olls semua ingat lagi tak waktu Neelofa dan keluarga bercuti di luar Negara.. Ada beberapa keping gambar adik Neelofa iaitu Amira Khan telah dikecam netizen. Dia dikecam netizen sebab muatnaik gambar berpakaian ketat tayang nasi lemak 50 sen..

Dah la bertudung, pakai baju ketat.. Mungkin tak puas hati dengan kata-kata netizen pasal saiz buah dadanya itu.. Adik Neelofa tampil lebih ‘daring’ dengan berpakaian extra ketat sehingga menampakkan saiz nasi lemaknya.. Hahaha..

Amira ni marah kot u’olls semua, cakap nasi lemak dia 50 sen.. Dia pakai baju extra ketat dan tayang kat semua orang bahawa nasi lemak dia harga up sikit dari dulu iaitu RM1.. Hahaha.. Besar sikit la dari 50 sen..

Buah dah ranum seperti betik yang sudah masak, buatkan ramai lelaki kat luar sana geram.. Sebelum ini orang ingat nasi lemak 50 sen.. Dah tengok betul-betul rupanya RM1, ramai la yang tinggalkan komen lucah..

Lagi ditegur lagi hebat nak belanja orang Amira ni, pantang ditegur nampaknya Amira ni.. Mengalahkan Neelofa pulak kontroversi Amira ni.. Nasib baik ko tak jadi retis dik non oit.. Kalau tidak, hari-hari dok mengadap ko punya kontroversi jerr..

The post Adik Neelofa Tayang Buah Dada ‘Ranum’ Untuk Peminat appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Gambar & Video) Empat Lagi Individu Peluk Islam Ketika Ceramah Dr Zakir Naik

$
0
0

Empat penganut bukan Islam diberi hidayah apabila memilih untuk memeluk Islam dalam sesi ceramah terakhir Dr. Zakir Naik di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil, malam tadi.

Keempat-empat insan istimewa tersebut terdiri daripada seorang lelaki dari India, Hurendar Bal Singh, seorang lelaki tempatan, Joel, dan dua lagi adalah wanita tempatan yang dikenali Euroshia dan Michelle.

Hurender sebelum ini adalah penganut Sikh manakala Joel dan Euroshia merupakan penganut Kristian sementara Michelle pengikut Buddha.

Semua mereka mengucapkan kalimah dua syahadah ketika sesi soal jawab dengan Dr. Zakir yang berlarutan sehingga pukul 2 pagi.

The post (Gambar & Video) Empat Lagi Individu Peluk Islam Ketika Ceramah Dr Zakir Naik appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nur Nina Jadi Anak Angkat Kerajaan Negeri Terengganu

$
0
0

Woo Nina Grace atau nama Islamnya, Nur Nina Farisha, 19, yang mengucap kalimah syahadah di hadapan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik kelmarin kini menjadi anak angkat kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Nina perlu diberi bimbingan sepenuhnya bagi mendalami Islam supaya sentiasa berada di landasan yang betul.

Beliau berkata, anak kacukan Filipina itu akan diberikan kemudahan dan bimbingan sewajarnya bagi mempelajari ilmu agama secara mendalam.

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAT) akan membantu urusan dan keperluan Nur Nina Farisha dalam perkara ini, termasuk memberi bimbingan agama kerana dia amat berminat dengan Islam.

“Sebagai saudara baru, dia perlu diberi sokongan kerana banyak perkara akan ditempuhinya,” katanya di sini, hari ini.

Nina mengucap syahadah dengan dibimbing Dr Zakir pada ceramah umum bertajuk ‘Muslim Choice – Da’wah Or Destruction’ di Kemaman selepas berpuas hati dengan jawapan diberikan pendakwah berkenaan.

The post Nur Nina Jadi Anak Angkat Kerajaan Negeri Terengganu appeared first on WOWBERITA.ORG.


‘Ini Jihad Melawan Nafsu’– Safiey Ilia

$
0
0

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.

Apalah yang ada pada manusia yang hanya mampu menilai luaran, sedangkan yang mengetahui isi hati seseorang hanya Yang Maha Esa.

Bagi Safiey Ilias, 22, dia tidak pernah meminta dijadikan berbeza. Dia diuji dengan satu cabaran, namun akhirnya dibukakan hati untuk memilih jalan Allah.

Pernah melalui kehidupan sebagai seorang ‘mak nyah’ selama bertahun-tahun lamanya, dia kini dalam perjalanan untuk merubah cara hidup dengan kembali menjadi lelaki sejati.

Safiey, atau nama penuhnya Safiuddin Ilias, nyata tidak lokek berkongsi kisah hidupnya di akaun Facebook, dengan harapan agar sisi hidupnya yang penuh liku dan kegelapan itu, dapat menjadi iktibar buat masyarakat.

Dalam perkongsiannya, lelaki berusia 22 tahun itu menceritakan turning point baginya adalah apabila dia mula mengimbas kembali bagaimana sepanjang hidupnya, dia lebih mengejar duniawi.

“Bila kamu asyik menyebut tentang hal dunia , maka ada dunia di dalam hati kamu. Bila kamu asyik menyebut tentang hal akhirat , maka ada Allah SWT di hati kamu,” katanya dalam salah satu status di Facebook.

Begitupun, Safiey sempat juga meluahkan kekesalan apabila ada yang menuduhnya sengaja mencari publisiti untuk tujuan perniagaan.

Dalam masa yang sama, dia yang juga dikenali sebagai seorang ahli perniagaan berjaya, mengharapkan agar orang ramai tidak menggunakan agama untuk mencerca golongan transgender atau ‘mak nyah’.

Sebaliknya, kata Safiey, adalah lebih baik jika orang ramai membimbing dan mendoakan agar golongan itu berubah ke arah kebaikan.

“Perubahan tidak boleh dipaksa , ia perlu datang dari hati. Dan hati itu Allah yg pegang,” tulisnya.

Melalui perkongsian di Facebook juga, Safiey memaklumkan dia baharu sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membolehkan dia kembali menjalani kehidupan sebagai lelaki.

The post ‘Ini Jihad Melawan Nafsu’ – Safiey Ilia appeared first on WOWBERITA.ORG.

3 Kotak Berisi Bom Di Pangsapuri Mewah Damansara Perdana

$
0
0

Tiga kotak plastik yang mengandungi bom ditemui di sebuah unit pangsapuri mewah, di Damansara Perdana di sini, pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba Damansara berkata, pihaknya menerima panggilan ancaman bom berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi mengerahkan sembilan anggota ke lokasi.

“Anggota yang tiba lima minit kemudian menemui tiga kotak dipercayai mengandungi bahan letupan berada di lantai rumah berkenaan.

“Kita serahkan kepada anggota polis yang turut berada di lokasi kejadian. Polis giat mencari lokasi sesuai untuk memusnahkan bom berkenaan.

“Anggota bomba masih berada di lokasi sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku letupan,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Katanya, unit pemusnah bom polis dan forensik turut berada di lokasi kejadian.

The post 3 Kotak Berisi Bom Di Pangsapuri Mewah Damansara Perdana appeared first on WOWBERITA.ORG.

Dua Kumpulan Bergaduh Nak Tolong Gadis Terlibat Kemalangan

$
0
0

Niat baik untuk membantu dua gadis mengalami kemalangan kecil mencetuskan pertengkaran antara dua kumpulan di sebuah pusat komersil baharu di Jalan Pending awal semalam.

Insiden dikatakan berlaku selepas tengah malam apabila kedua-dua wanita dalam lingkungan usia 20-an itu mengalami kecederaan ringan selepas motosikal mereka naiki terbabas di hadapan pusat komersil berkenaan.

Melihat kejadian tersebut, dua kumpulan lelaki yang melepak di lokasi berasingan di pusat komersil tersebut kemudian membantu kedua-dua wanita, dan seorang daripada mereka kemudian menghubungi ambulans.

“Bagaimananapun, tindakannya dicemuh seorang pemuda kumpulan berlainan yang mendakwa hanya mahu berlagak di depan kedua-dua gadis terbabit.

“Ekoran itu, berlaku pertikaman lidah seterusnya membawa kepada aksi lasak dan tolak-menolak sebelum kedua-dua kumpulan bertumbuk,” kata sumber.

Pengawal keselamatan bertugas di pusat komersil itu sedaya upaya untuk meredakan keadaan dan turut menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Ketibaan beberapa anggota polis dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV) menamatkan pergaduhan serta-merta dan kedua-dua kumpulan terbabit lari dengan motosikal masing-masing meninggalkan kawasan kejadian.

Kakitangan perubatan tiba sejurus kemudian dan merawat kedua-dua gadis yang cedera sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

The post Dua Kumpulan Bergaduh Nak Tolong Gadis Terlibat Kemalangan appeared first on WOWBERITA.ORG.

Pelajar Diserang Histeria Kongsi Detik Diganggu ‘Semangat Gelap’

$
0
0

Isnin lalu kira-kira jam 11 pagi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, di sini, yang mempunyai 1,044 pelajar dan 84 guru diganggu ‘sesuatu’ hingga menyebabkan berlaku histeria besar-besaran.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila ‘semangat gelap’ merasuk lebih ramai pelajar dan guru selama tiga hari berturut-turut sehingga kelmarin. Jumlah keseluruhan mereka dirasuk mencecah 59 pelajar serta lapan guru.

Ustaz dan pengamal perubatan Islam dijemput untuk memulihkan sekolah itu semula sejak Rabu dengan mereka terjejas dibawa ke bilik rawatan. Ada yang termenung dan meracau juga turut dipulihkan.

Ketika sekolah itu ‘dibersihkan’ dan diberi cuti peristiwa semalam, SMK Kubang Kerian, di sini, pula diserang ‘ancaman’ serupa pada jam 12.45 tengah hari semalam mengakibatkan tujuh pelajar perempuan tingkatan empat dan seorang guru wanita diganggu.

Difahamkan, 40 minit masa diperuntukkan untuk memulihkan pelajar sekolah itu sebelum pelajar dibenarkan pulang. Namun keadaannya belum lagi separah SMK Pengkalan Chepa.

Wartawan Muhamaad Razis Ismail dan jurugambar Syamsi Suhaimi berkesempatan menemu bual mangsa dan menyelami perasaan mereka diganggu.

1. Mangsa histeria, pelajar SMK Pengkalan Chepa 2, Nik Nor Awadah Rohairul, 15.

“Ketika itu (Isnin) saya belajar dalam kelas, tiba-tiba terdengar pelajar menjerit dan ia seperti berjangkit kepada orang lain.

Keadaan menjadi kelam-kabut apabila semakin ramai meracau dan menjerit sebelum kami semua diminta berkumpul di surau sekolah.

Tidak semena-mena saya berasa sangat takut dan jadi lemah. Saya juga ikut menjerit tidak berhenti sebelum menyedari ada guru dan rakan menenangkan.

Saya ingat, dua kali saya diserang dan kali kedua pada Rabu. Ada rakan nampak lembaga hitam di kawasan kelas dan tandas perempuan, tapi saya tak nampak.

Cuma saya merasakan ‘benda’ itu berada berhampiran dengan saya ketika itu. Tapi Alhamdulillah ustaz datang membantu dan saya semakin pulih.”

2. Ibu Nik Nor Awadah, Nik Sunizan Nik Shafik, 44.

“Sebagai ibu sudah pasti saya terkejut selepas dimaklumkan anak diserang histeria.
Sebaik dimaklumkan guru, saya terus ke sekolah untuk mengambilnya pulang, tetapi terkejut apabila lihat ramai pelajar dan guru menjerit.

Takut juga, tapi keadaan anak lebih penting. Ketika saya menemuinya, dia semakin pulih selepas dibantu ustaz.

Pada Selasa, saya bekalkan lada hitam kepada anak saya sebagai ‘pelindung’ selain berpesan kepadanya sentiasa membaca ayat suci al-Quran dan menjaga kelakukan.

Cuma pada Rabu, dia sekali lagi diserang, sekali gus membuatkan saya semakin resah. Mujur ia tidak seteruk kejadian pertama.

Harapan saya pihak sekolah dapat lakukan sesuatu supaya perkara sama tidak berulang kerana ia boleh mengganggu pelajaran pelajar di sekolah berkenaan.

Saya yakin sekolah akan buat yang terbaik dan berharap sesi persekolahan Ahad ini berjalan seperti biasa.”

3. Guru Pendidikan Jasmani SMK Pengkalan Chepa 2 Norlelawati Ramli, 32, yang hampir histeria.

“Selepas cuba menenangkan seorang pelajar yang histeria di tingkat empat, saya rasa tidak sedap hati sebelum tangan tiba-tiba menjadi berat.

Serentak itu kelibat lembaga hitam tiba-tiba melintasi pandangan dan saya terasa seperti ditarik. Saya segera membaca ayat Kursi dan tidak lama kemudian ‘dilepaskan’.

Saya tidak menjerit, tetapi tiba-tiba hati saya sedih sangat dan menangis. Ini pengalaman pertama saya melalui kejadian begini.”

4. Guru Kimia SMK Pengkalan Chepa 2 Kamariah Ibrahim, 48, yang hampir dirasuk.

“Ketika menenangkan pelajar, saya terasa seperti ada sesuatu cuba masuk ke dalam badan saya.

Saya tiba-tiba rasa meremang dan kebas di pipi sebelum dikerumuni beberapa rakan membacakan ayat Kursi.

Saya tidak meracau, tapi menangis tidak berhenti selama sejam ketika terdengar surah Yassin sebelum tenang kemudiannya.”

The post Pelajar Diserang Histeria Kongsi Detik Diganggu ‘Semangat Gelap’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Saya Menangis Bukan Sebab Kecewa Tak Dapat Tanya Soalan Pada Dr. Zakir, Tapi….’

$
0
0

Baru beberapa hari Dr. Zakir Naik menjejak kaki di bumi Malaysia, semakin bertambah jumlah saudara Islam yang telah diislamkan oleh penceramah itu.

Seorang pengguna Facebook yang berkesempatan menghadirkan diri untuk mendengar syarahan Dr. Zakir Naik secara live berkongsi perasaan sebaknya ketika hadir di salah satu ceramah tersebut.

Menurut Effa Asyifa, sudah 6 tahun dia mengikuti Dr. Zakir Naik di Youtube dan pada kesempatan ini dia ingin sekali mengajukan soalan kepada Dr. Zakir Naik.

Namun, kerana terlalu ramai ‘non-muslim’ mahu bertanyakan soalan kepada Dr. Zakir Naik dia tidak berkesempatan mengajukan soalannya. Melihatkan perkara itu membuatkan Effa Assyifa menangis, tapi bukan disebabkan dia tidak dapat mengajukan soalan tetapi menangis kerana setiap jam ada sahaja non-muslim yang memeluk Islam di ceramah Dr. Zakir Naik.

Ikuti perkongsian dari Effa Asyifa.

DR.ZAKIR NAIK MALAYSIA TOUR 2016

Alhamdulillah saya berkesempatan menghadirkan diri dan dapat dengar syarahan DZN secara live setelah 6 tahun mengikuti beliau di youtube dan laman sosial. Sebak,seronok dan macam-macam perasaan berbaur. Sangat berbeza “feel” bila Arsenal Tour datang dulu sebab saya juga merupakan salah seorang peminat tegar Arsenal (gooneritas). Dua-dua saya minat,perasaan tu memang excited tahap meremang bulu roma cuma beza nya DZN tour sangat menusuk kalbu. Tersangat…

Banyak input dan syarahan beliau semalam memberi kesan bukan sahaja kepada muslim,non-muslim juga. Anda boleh tonton Youtube nanti ya,di Peace TV. Saya sempat menemu bual beberapa non-muslims yang hadir.

Sebenarnya saya sudah pun beratur hendak bertanyakan soalan tetapi dari masa ke semasa,makin ramai non-muslims datang beratur untuk bertanyakan soalan! Jadi,pihak sukarelawan terpaksa mengutamakan non-muslims dan saya terlepas ke belakang. Saya kecewa pada permulaannya dan menangis. Yelah bukan senang kot nak tanya soalan live dekat DZN.Saya menangis bukan sebab kecewa tak dapat tanya soalan TETAPI sebab setiap sejam, ada non-muslim masuk Islam!

SubhanaAllah… Bayangkanlah kalau saya berkeras jugak nak utamakan giliran saya bertanyakan soalan tu… Maknanya saya tidak memberi peluang,non-muslims mendekati Islam pada masa tu. Saya pun undur diri sebab jam dah pukul 2 pagi masa tu, saya kena bertolak awal pagi ke Penang hari ini. Dah alang2 tak dapat tanya soalan dekat DZN,sambil beratur tu saya tanya soalan kepada non-muslims.

Michelle,penganut agama Buddha berbangsa Cina telah lama mengikuti syarahan DZN di Youtube, dia semakin hari semakin tertarik pada Islam.

1. I come here alone. Yes,without my parents permission. I still their daughter but this is my decision. No one force me to be muslim.

2. I confius with my religion. Kenapa ada sesetengah orang melakukan kejahatan boleh dan ada yang tak boleh? Saya nampak Islam,agama yang paling adil.

3. I know how to recite Al-fatihah. The basic one right? After this I will learn about 5 times prayer.
4. Dont everrr give me Malay name.. Can i stay with my original name? Heyyy or u guys can give me muslim name yang GANAS sikit! Lol.

Haa macam tu lah serba sedikit yang boleh saya ceritakan. Sebenarnya banyak lagi tapi nanti jadi panjang sangat pulak penulisan saya ni. Tu tak cerita lagi makcik cina nak ikut saya solat maghrib. Aduiii banyak betul kejadian..

Saya harap banyak lagi program ilmu secara besar-besaran diadakan di Malaysia ni. Memang rakyat Malaysia dahagakan ilmu! Kalau DZN datang setiap tahun pun takpa. Hehehe. Jazakallah

The post ‘Saya Menangis Bukan Sebab Kecewa Tak Dapat Tanya Soalan Pada Dr. Zakir, Tapi….’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Rupa-Rupanya Ini Sebab Dr Noordin Sanggup Beli Kelab FC Bari

$
0
0

Pemilik baharu FC Bari 1908 Datuk Dr Noordin Ahmad mendedahkan sebab beliau membeli kelab Itali yang beraksi dalam Serie B adalah untuk membantu pembangunan bola sepak Malaysia.

Menurut ahli perniagaan dari Malaysia ini, pasukan bola sepak negara hari ini tidak lagi sama dengan skuad negara 30 atau 40 tahun dahulu.

“Saya ada membaca di online mengenai debat bola sepak di Malaysia. Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Dulu Malaysia pernah menjadi antara pasukan terbaik di Asia, tetapi bukan lagi sekarang. Kita pernah mengalah Jepun atau Korea.

“Skuad Malaysia masih lagi ada, tetapi tidak bekerja keras. Di Malaysia sekarang sedang berdebat bagaimana untuk menaikkan kembali skuad bola sepak negara,” jelasnya ketika sidang media pertama bersama kelab FC Bari 1908 di Itali Khamis lalu.

Jelas Dr Noordin, sepanjang berada di Rom, beliau terfikir bahawa bola sepak Malaysia tidak terlalu berminat dalam pembangunan peringkat remaja.

“Peluang pemain remaja Malaysia bermain di Eropah lebih terbuka sekiranya kami ada hubungan dengan kelab ini.

“Kita akan buka akademi remaja. Oleh itu, dua atau tiga pemain remaja terbaik dari Malaysia akan dipilih untuk bermain di sini.

“Ia sebagai inisiatif bagi membantu bola sepak Malaysia pada masa akan datang,” jelas Dr Noordin.

Bercerita lebih lanjut , Dr Noordin turut menjelas sebab FC Bari 1908 menjadi pilihannya.

“Sebab ia Serie B dan berpotensi untuk naik ke Serie A dan menjadi terbaik.

“Tahun lalu saya melawat kelab bola sepak sekitar Rom untuk mencari calon kerjasama dengan bola sepak Malaysia. Akademi Lazio adalah salah satunya.

“Kemudian saya fikir, kalau kelab Rom menang Serie A, ia tidaklah menghairankan.

“Tetapi jika FC Bari menjadi juara Serie A, ia lebih membanggakan. Saya mahu akademi FC Bari memberi peluang kepada pemain muda Malaysia.

“Lima tahun bermula sekarang, saya mahu FC Bari menjadi yang terbaik di kalangan terbaik,” katanya.

Sebelum itu, Dr Noordin turut memberitahu beliau terhutang budi dengan Itali.

“Saya tiba di sini pada 24 Disember 2015 dan sepatutnya kembali ke Kuala Lumpur pada 2 Januari lalu. Namun takdir saya tertulis di sini selepas terpaksa mengalami serangan jantung kali ketiga.

“Ketika itu saya fikir saya akan mati di Rom. Tetapi doktor Itali berjaya membantu menyelamatkan saya yang dianggapnya seperti ‘mayat hidup’.

“Ini kali ketiga saya mengalami sukar bernafas selepas 10 tahun. Sebelum ini di di Morocco dan diterbangkan ke Hospital London untuk menjalani ‘bypass’. Manakala kali kedua di Kuala Lumpur. Saya melakukan pemeriksaan dan semua doktor mengatakan saya ‘okay’.

“Tetapi doktor Itali memberitahu, terdapat tiga saluran jantung saya yang tersumbat.

“Saya terus menjalani pembedahan di sini dan atas nasihat doktor saya tidak boleh menaiki kapal terbang buat sementara waktu, sehinggalah sekarang saya berada di sini,” jelasnya.

The post (Video) Rupa-Rupanya Ini Sebab Dr Noordin Sanggup Beli Kelab FC Bari appeared first on WOWBERITA.ORG.

Tiga Buah Pulau Muncul Semula Selepas 10 Tahun Tenggelam Akibat Tsunami

$
0
0

Pulau Jejawi di Kepulauan Banyak yang terletak di daerah Aceh Singkil pernah tenggelam sebelum ini dek kerana gempa bumi dan tsunami yang melanda Aceh pada 2004.

Namun menurut seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Hasbi, selain Pulau Jejawi, dua buah pulau lain di wilayah Kepulauan Banyak yang tenggelam ketika gempa bumi dan bencana tsunami kini sudah muncul kembali.

“Tiga pulau yang tenggelam akibat tsunami adalah Pulau Jejawi, Pulau Maleno, dan Pulau Gosong Sianje. Jadi, beberapa tahun terakhir Pulau Jejawi ini sudah timbul kembali setelah tenggelam sekitar 10 tahun lebih,” kata Hasbi, petik laporan media tempatan Indonesia, Antara.

Ujarnya, tiga buah pulau yang tenggelam akibat gempa bumi dan gelombang tsunami tersebut tidak dihuni oleh manusia.

“Pulau-pulau itu hanya ditumbuhi tanaman pohon seperti kelapa dan pohon-pohon lainnya.

“Kalau Pulau Sianje belum timbul, namun pada saat terjadi kejadian pasang surut, pelantar minyak milik Pertamina (syarikat minyak Indonesia) yang dibangun tahun 1973 di atas hamparan Pulau Sianje itu kadangkala kelihatan,” ujarnya.

Hasbi menyatakan, jumlah pulau besar di kawasan Kepulauan Banyak sekitar 71 pulau, namun akibat gempa bumi dan gelombang tsunami, tiga pulau telah tenggelam.

“Jadi, sekarang jumlah pulau di kawasan Kepulauan Banyak sekitar 68 pulau lagi termasuk dengan Pulau Setan. Jadi, 28 pulau masuk dalam Kecamatan (mukim) Pulau Banyak Barat dan 40 pulau masuk ke wilayah Kecamatan Induk Pulau Banyak,” kata Hasbi.

The post Tiga Buah Pulau Muncul Semula Selepas 10 Tahun Tenggelam Akibat Tsunami appeared first on WOWBERITA.ORG.


Pondan Nur Sajat Tayang Bontot Untuk Pikat Lelaki

$
0
0

Siapa kat sini yang masih lagi tak kenal dengan ‘wanita’ yang bernama Nur Sajat? Rasanya suatu ketika dulu pernah viral kisah Sajat di laman sosial.. Kisah seorang ‘wanita’ telah insaf dan bertudung bila dia terlibat dengan kemalangan..

BACA: Pondan Melayu Kembali ‘Insaf’, Berhijab Selepas Kemalangan

Memang bagus la insaf bertudung, yang tak bagusnya Sajat ini adalah seorang lelaki.. Ko nak insaf jadi lelaki tulen balik ok la jugak.. Rasanya, Sajat ini dah mengubah semua aset di tubuh badannya..

Dia punya an* pun rasanya dia dah simpan dalam botol, korang tengok pun nampak dia memang macam wanita tulen.. Dalam diam-diam, Sajat dah pun jadi artis.. Tapi, artis tak berapa nak popular la, artis kelas bawahan.. Sebab Sajat pernah berlakon dalam filem ‘Ophilia’ yang ada pelakon Pekin Ibrahim, Que Haidar dan Kodi Rasheed.. Sajat pegang watak sebagai seorang bapuk..

BACA: Pondan Nur Sajat Buat Hal Lagi, Kongsi Foto Bikini Di Istagram!

Bukan pasal dia jadi artis yang admin mahu ceritakan kat korang semua.. Menerusi laman Instagram milik Sajat.. admin tengok dia dah pun tak bertudung, tapi suka memuatnaik beberapa keping gambar tayang punggung pada pengikutnya..

Motif ko buat macam tu, mestilah nak goda golongan lelaki.. Bapuk itu sajalah kerjanya kan? Takkan nak goda wanita pulak kat luar sana tayang bontot bulat dia tu.. Terlajak seksi baq hang, kalah wanita tulen dah body Sajat ini tau uolls..

Apapun, Sajat ‘hot’ kat dunia dengan ‘hot’ di sana samalah nanti.. Kalau dah lelaki itu tetap lelaki juga, ubah la macam mana pun.. Elok-elok dah jadi lelaki nak pula diubah ciptaan tuhan.. Memang golongan macam ini tak takut dosa.. Korang lelaki kat luar sana tergoda tak tengok bontot Sajat? Mantop kan? Hahaha..

The post Pondan Nur Sajat Tayang Bontot Untuk Pikat Lelaki appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) ‘Saya Terima Hidayah Malam Ini’– Senkiran Dharma

$
0
0

Seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Eletronik Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), melafazkan dua kalimah syahadah di depan penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik ketika ceramahnya yang dihadiri lebih 20,000 orang, sebentar tadi.

Senkiran Dharma, 24, melafazkan kalimah suci itu selepas menerima penerangan jelas mengenai persoalan mengenai Islam daripada Dr Zakir.

Beliau yang sebelum ini menganut agama Hindu berkata, tindakannya itu dilakukan secara rela hati tanpa paksaan sebarang pihak.

“Saya sudah mempelajari Islam sejak lebih tiga tahun lalu. Selepas menunggu lama akhirnya saya menerima hidayah untuk memeluk Islam malam ini,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Sejurus mengucap dua kalimah syahadah, Senkiran menerima senaskah al-Quran daripada Zakir sambil diiringi laungan takbir.

Turut menyaksikan ‘kejutan’ itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

The post (Video) ‘Saya Terima Hidayah Malam Ini’ – Senkiran Dharma appeared first on WOWBERITA.ORG.

Kucing Ini Masih Hidup Walaupun Ditembak 30 Das Di Badan, Mata

$
0
0

Menakjubkan apabila seekor kucing masih hidup walaupun ditembak sebanyak 30 kali di badan dan matanya.

Kucing yang berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas seminggu menghilangkan diri dari rumah tuannya di Ardleigh, Essex.

Sebaik sahaja dijumpai, haiwan itu kemudian dibawa ke klinik haiwan dan mendapati luka kecederaanya itu dipenuhi dengan peluru.

Menurut SPCA, kucing tersebut hidup, walaupun salah satu matanya terpaksa dikeluarkan.

“Kami terkejut apabila mendapati kucing malang itu dipenuhi dengan peluru di seluruh badan dan kepalanya.

“Salah satu peluru mengena tapak kaki menyebabkan kucing itu sukar untuk berjalan manakala peluru turut terkena di tengah mata dan mencederakan anak matanya,” kata Adam Jones.

Tambahnya lagi, doktor haiwan berkata, dua butir peluru turut terkena kepada saraf tunjang dan adalah satu keajaiban kucing itu terselamat.

Sementara, pemilik kucing Doug Taw berkata, kucingnya itu ditemui di bawah kereta dalam keadaan ketakutan dan cedera.

“Kucing itu menghilangkan diri dari rumah selama seminggu.

“Sedih melihat dia cedera kehilangan matanya,” kata Doug dipetik Metro.uk

The post Kucing Ini Masih Hidup Walaupun Ditembak 30 Das Di Badan, Mata appeared first on WOWBERITA.ORG.

KTM Komuter Lewat 2 Jam, Netizen Mengamuk Di Media Sosial

$
0
0

“Dah 105 minit saya berdiri dalam KTM (Komuter) ni.”

“Naik tren pukul 7:15 (pagi), pukul 9:00 (pagi) baru gerak.”

Itu beberapa rungutan yang dikongsi oleh netizen hari ini di media sosial berikutan masalah teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter.

Pengumuman di akaun Twitter rasmi KTM Komuter pada jam 7:09 pagi menyatakan masalah teknikal tersebut berlaku berhampiran stesen Kuala Lumpur menyebabkan komuter ke semua destinasi mengalami kelewatan berbanding jadual asal.

Pada jam 8:23 pagi, KTM Komuter mengumumkan tren mula beroperasi dengan kekerapan 30 minit.

Namun pengumuman tersebut tidak dapat menghalang kebanyakan netizen meluahkan rasa tidak puas hati lantaran perjalanan ke tempat kerja yang tertangguh sehingga dua jam.

Beberapa netizen menyatakan kelewatan tersebut berpunca daripada masalah landasan.

KTM Komuter kemudiannya mengesahkan masalah teknikal telah dapat diatasi sekitar jam 10:22 pagi namun waktu perjalanan tren masih terganggu.

The post KTM Komuter Lewat 2 Jam, Netizen Mengamuk Di Media Sosial appeared first on WOWBERITA.ORG.

Lelaki Dipenjara 17 Tahun Belasah Perompak Sampai Mati

$
0
0

”Walaupun mangsa telah melakukan samun, kamu tidak sepatutnya mengambil undang-undang di tangan sendiri dengan memukulnya sehingga menyebabkan kematiannya.”

Demikian ditegaskan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman ketika menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun ke atas Mohd Azrin Shah Mohamed Azraai kerana menyebabkan kematian M. Joseph, 26, tiga tahun lepas.

Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 7 Mac 2014. Mohd Azrin, 36, bekerja sebagai ‘bouncer’ atau ‘penjaga’ di sebuah kafe siber di Petaling Jaya.

Dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan bersama-sama tiga lagi yang masih bebas menyebabkan kematian Joseph di sebuah kafe siber di No: D-G-28, Blok D2, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, Petaling Jaya dekat sini, antara 7.35 pagi dan 9.50 pagi, pada 5 Nov 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Abdul Halim turut menegur sikap tertuduh kerana terlalu mengikut nafsu dan perasaan sehingga bertindak melampaui batasan.

“Bagus kamu menjalankan amanah diberikan oleh majikan kamu tetapi ia haruslah yang tidak memudaratkan diri sendiri. Benar, mangsa telah menyamun tetapi bukan kuasa kamu untuk tangkap dan pukul dia.

“Perkara di luar bidang kuasa, kita serahkan pada pihak berkuasa … kita ada polis. Tugas kamu patut beri amaran (kepada mangsa) dan lapor kepada polis bukan ambil tindakan di tangan sendiri,” katanya.

Mohd Azrin Shah pada awalnya dituduh memgikut Seksyen 302 kanun sama iaitu membunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya T. Deepa Nair sementara tertuduh diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan.

The post Lelaki Dipenjara 17 Tahun Belasah Perompak Sampai Mati appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live