Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Biodata Safiey Ilias Pondan Jutawan Jadi Lelaki Semula

$
0
0

Biodata siapa sebenarnya Safiey Illias pondan jutawan Malaysia jadi viral. Kisah Safiey Ilias viral di media sosial apabila ‘wanita’ itu telah insaf dan kembali pangkal jalan untuk jadi lelaki semula. Safiey telah selamat membuang ‘payudara’ di Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu 16 April 2016. Perubahan yang dilakukan oleh Safiey Ilias telah mendapat sokongan pengguna media sosial dan kini kisahnya turut terpapar di media cetak tempatan.

Biodata Safiey Ilias Pondan Jutawan Buang ‘Payudara’

Nama Penuh: Saifuddin Bin Illias
Nama Komersial: Safiey Illias
Umur: 22 Tahun (2016)
Tarikh Lahir: 19 Mei 1994
Asal: Felda Lakum , Lanchang Pahang
Alamat Terkini: Kuala Lumpur
Jantina: Lelaki
Pekerjaan: Usahawan Online Produk Perlaking, Pakar Motivasi dan Mentor dalam dunia perniagaan
Pendidikan: 5 A UPSR, 8A PMR dan SPM (Semua A)
Sekolah: Sekolah Men Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), SMK Datuk Bahaman , Lanchang, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK), UITM Shah Alam

Foto Safiey Ilias menunjukkan beliau merupakan seorang pelajar cemerlang dengan mencatat 8A PMR.

Fakta Kejayaan Safiey Ilias Pondan Jutawan

  • Merupakan seorang pelajar cerdik dan telah mendapat semua A dalam UPSR, PMR dan STPM
  • Telah mula berniaga sejak dari Tingkatan 4 lagi dari asrama di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Pahang
  • Memulakan bisnes tanpa modal pada ketika itu dengan mendaftar sebagai dropship produk kecantikan.
  • Bukan datang daripada keluarga berada. Pada masa itu, ayah Safiey Ilias hanya memakai kereta kancil
  • Mula menjana simpanan RM200K pada usia 17 Tahun sebaik sahaja tamat sekolah menengah
  • Masuk ke UITM tapi berhenti belajar kerana ingin fokus kepada perniagaan
  • Produk pertama keluaran sendiri adalah produk “Aurora” dengan modal RM500
  • Pada usia 19 tahun telah mampu membeli rumah secara tunai
  • Membeli kereta mewah seperti Camry, Audi, Mini Copper dan Hummer secara tunai
  • Menjana keuntungan 1 hingga 2 Juta pada usia 22 Tahun
  • Dalam mengecapai kejayaan Safie Ilias juga telah menyimpang jauh daripada Allah kerana melakukan suntikan horman untuk menjadi seorang wanita. Selain itu, telah melakukan pada bahagian dadanya supaya memiliki ciri-ciri seorang wanita.
  • Safiey Ilias juga telah dihujani dengan pelbagai kontroversi dengan ramai mendakwa beliau sebagai “Ahli Neraka”
  • Pada usia 22 tahun, beliau telah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Perubahan semula Safiey menjadi lelaki semula telah diterima baik oleh masyarakat.

Gambar Terkini Safiey Ilias Pondan Jutawan Jadi Lelaki Semula

Hidayah milik Allah, pada 16 April 2016 Safiey Ilias telah balik ke pangkal jalan dengan melakukan pembedahan untuk membuang implan pada bahagian dadanya.

Gambar Safiey Ilias Pondan Jutawan Malaysia

Antara Produk Milik Safiey Ilias Di bawah Syarikat DSI Empire

Gambar Kereta Mewah Milik Jutawan Safiey Ilias

Semua kereta dibawah dibeli secara cash sejak usia 19 Tahun

The post Biodata Safiey Ilias Pondan Jutawan Jadi Lelaki Semula appeared first on WOWBERITA.ORG.


Kerana Tamak, Unit PPR Disewa Kepada Warga Asing

$
0
0

Sikap tamak dan ingin mengaut keuntungan segera dilihat antara faktor menyebabkan ada sesetengah penyewa sanggup menyewakan kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PA) kepada warga asing.

Difahamkan, penyewa terbabit menyewakan rumah yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada warga asing dengan kadar sewa antara RM300 hingga RM500 seorang sebulan.

Setiausaha Blok B PPR Intan Baiduri, Abdul Rahman Abdul Razak mengakui kehadiran warga asing di sekitar kediamannya adalah disebabkan mereka kini menetap di PPR itu.

Beliau yang telah mendiami PPR Intan Baiduri, di sini lebih lima tahun berkata bilangan warga asing yang berkeliaran di kawasan PPR itu kini semakin ramai, sehingga me­nim­bulkan­ rasa kurang senang penyewa lain.

Beliau menyifatkan tindakan penyewa menyewakan unit PPR kepada warga asing adalah tidak adil dan tamak.

Ini kerana, bagi Abdul Rahman, ramai lagi golongan yang susah yang memerlukan rumah di kawasan ibu kota sedang menanti giliran mereka.

“Ada ke patut kerajaan bantu kita, kita ambil kesempatan ini, untuk cari duit… mereka ini untung atas angin jer, sewa baru RM124 tetapi sewakan dekat orang asing sampai RM1,000 seunit,” katanya.

Sementara itu, Hidayah Mohammad, 29, yang menetap di PPR Kampung Baru Air Panas, di sini berpendapat bahawa mereka yang sanggup menyewakan unit kepada orang lain sebenarnya tidak layak menerima unit terbabit.

Bagi Hidayah, sudah pasti unit yang disewa itu tidak diduduki oleh penyewa asal sebaliknya mempunyai kediaman lain.

“Kalau unit dia orang pun dia orang dah sewa, mesti dia orang dah ada rumah lain, tak kan dia orang nak duduk dekat rumah yang disewa warga asing.

“Kemudahan untuk rakyat Malaysia bukan untuk warga asing, semua ini sebab sifat tamak,” katanya.

Seorang lagi penghuni Sofian Said, 44, yang menetap di PPR Intan Baiduri menyeru agar pihak DBKL memperbanyakkan operasi menjejak unit rumah yang telah disewa kepada warga asing dan merampas kembali unit itu untuk diserahkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Projek-projek perumahan itu yang tujuan asalnya untuk menyediakan kediaman bagi rakyat yang kurang berkemampuan di tengah-tengah­ kepesatan pembangunan ibu negara, adalah selari dengan slogan 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

PPR dan PA yang dikendalikan DBKL itu disewakan pada kadar serendah RM94 sehingga RM124 sebulan yang merupakan antara yang termurah di Kuala Lumpur.

Selain itu pelbagai kemudahan turut disediakan termasuk surau, dewan serba guna, gelanggang futsal, Klinik 1Malaysia, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya untuk keselesaan penghuni.

The post Kerana Tamak, Unit PPR Disewa Kepada Warga Asing appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Anggota Polis ‘Pau’ Budak Sekolah Jadi Viral

$
0
0

Sebuah video menunjukkan dua orang anggota polis mengambil duit daripada seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah viral di laman sosial.

Menerusi video berdurasi 2.46 minit yang dirakam oleh individu dipercayai orang awam, salah seorang anggota yang berpangkat lans koperal telah memeriksa dompet remaja berkenaan manakala seorang lagi anggota duduk memerhati.

Anggota terbabit telah memulangkan semula dompet tersebut dan meminta remaja itu mengeluarkan duit untuk diserahkan kepadanya.

Ketika remaja itu hendak mengeluarkan wang, anggota terbabit telah menarik tangan remaja berkenaan dengan tujuan mahu berselindung daripada dilihat orang ketika remaja itu hendak menyerahkan duit yang dimintanya.

Setelah memberikan wang anggota terbabit membenarkan remaja itu beredar.

Berdasarkan pemerhatian, remaja itu ditahan oleh anggota terbabit untuk diperiksa ekoran dipercayai ponteng sekolah.

Tiada sebarang audio pada rakaman yang tersebar itu dan lokasi serta masa kejadian tidak diketahui.

Visual itu telah dikongsikan di Facebook dengan kapsyen “Budak sekolah pun nak paw, polis sekarang gaji tak cukup ke? Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..Mohon PDRM ambil tindakan ke atas anggota tersebut”.

The post (Video) Anggota Polis ‘Pau’ Budak Sekolah Jadi Viral appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Ingat Saya Gila Ke Nak Pakai Seluar Koyak?’– Che Ta

$
0
0

Selepas menerima pelbagai kritikan daripada gambar yang dimuat naik, Rozita Che Wan tampil mempertahankan diri, bahawa seluar yang dipakai itu mempunyai lapisan legging didalam. Malah katanya lagi, sebagai seorang wanita bertudung, beliau tahu cara berpakaian yang sesuai.

“Awak rasa saya sudah gila ke nak pakai seluar koyak tetapi bertudung? Saya malas hendak jawab tentang perkara ini lagi. Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah saya tahu apa yang saya buat, itu yang penting”

“Orang di Instagram itu memang rasa diri mereka suci dan nampak orang lain semua tidak betul. Saya ambil pendekatan tidak mahu bertelagah dengan mereka,” katanya kepada m Star Online berhubung cemuhan yang diterimanya akibat memakai seluar jeans koyak.

Bagaimanapun, seperti biasa Che Ta enggan mengendahkan kritikan pengguna laman sosial yang sering menegur caranya berpakaian seperti muslimah. Baginya, teguran yang diberikan itu hanya ingin mencari kesilapannya semata-mata setiap kali memuat naik gambar di media sosial.

Semalam kecoh apabila Che Ta memuat naik gambar yang menunjukkan beliau memakai seluar jeans koyak dibahagian lutut sehingga menampakkan bahagian kulit beliau. Kebanyakan peminatnya mula mempersoalkan cara pemakaian Che Ta yang dilihat tidak bersesuaian dengan imejnya yang bertudung.

The post ‘Ingat Saya Gila Ke Nak Pakai Seluar Koyak?’ – Che Ta appeared first on WOWBERITA.ORG.

(5 Gambar) Murid Tahun 1 Maut Dipatuk Ular Di Sekolah

$
0
0

Seorang murid perempuan Tahun Satu meninggal dunia dipercayai dipatuk ular, dalam kejadian di perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, Kota Bharu, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa, Nuri Nadirah Ruslan, dikatakan sedang bermain bersama rakannya ketika waktu rehat sebelum menjerit kesakitan.

Mangsa kemudiannya berlari masuk ke dalam kelas sebelum pengsan.

Pihak sekolah terus membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum disahkan mangsa meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Mangsa dipercayai dipatuk ular di bahagian betis kiri.

Ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata ketika kejadian dia berada di tempat kerja, sebelum dimaklumkan kejadian itu oleh pihak sekolah.

Katanya, beliau bergegas ke Klinik Kesihatan dan ketika itu anak sulungnya sudah tidak sedarkan diri.

The post (5 Gambar) Murid Tahun 1 Maut Dipatuk Ular Di Sekolah appeared first on WOWBERITA.ORG.

Live Streaming Terengganu vs Perak 19.4.2016 Liga Super

$
0
0

Live Streaming Terengganu vs Perak pada 19 April 2016 Liga Super. Siaran langsung perlawanan kelapan aksi Liga Super Malaysia 2016 menyaksikan pertembungan antara pasukan Terengganu menentang Perak bertempat di Stadium Sultan Mizan, Kuala Nerus bermula pada jam 9.00 malam Selasa. Perlawanan Terengganu vs Perak malam ini tidak disiarkan menerusi saluran televisyen tempatan, tetapi boleh ditonton secara online menerusi internet streaming Webtv Terengganu di bawah.

Live Streaming Terengganu vs Perak 19.4.2016 Liga Super

Server 1: Webtv Terengganu

Jadual Siaran Langsung Terengganu vs Perak Liga Super 2016

Tarikh: 19 April 2016 (Selasa)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Stadium Sultan Mizan, Kuala Nerus
Siaran Rasmi: Webtv Terengganu bermula pada jam 9.00 malam

The post Live Streaming Terengganu vs Perak 19.4.2016 Liga Super appeared first on WOWBERITA.ORG.

Christoph Mueller Letak Jawatan CEO Malaysia Airlines

$
0
0

Malaysia Airlines Berhad (MAB) hari ini mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Christoph Mueller akan meninggalkan syarikat itu pada September 2016, lebih awal dari pengakhiran kontrak tiga tahun beliau.

Difahamkan ini adalah atas permintaan Mueller sendiri atas sebab-sebab peribadi.

Mueller akan menjalani tempoh notis beliau selama enam bulan hingga September.

Lembaga Pengarah MAB dilaporkan telah memulakan carian untuk Ketua Pegawai Eksekutif baharu dengan pencarian dilakukan dalam kalangan calon dalaman dan luaran.

Mueller juga menyatakan hasrat beliau untuk kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif syarikat penerbangan itu.

“Kami amat kecewa atas kehilangan Christoph sebagai CEO, namun kami memahami alasan beliau dan menghormati keperluannya dalam mengambil keputusan ini,” kata Pengerusi MAB, Tan Sri Md Nor Yusof.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah, pihak pengurusan dan kakitangan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Christoph atas sumbangan besar beliau terhadap penstrukturan semula Malaysia Airlines,” kata Md Nor yang menambah usaha Mueller telah meletakkan MAB di landasan yang betul.

Md Nor menambah, semua projek dan perancangan yang dibuat Mueller akan diuruskan oleh beliau sepenuhnya sehingga hari terakhir perkhidmatan.

Mueller menggantikan Ahmad Jauhari Yahya sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif MAB pada 1 Mei 2015.

“Saya bangga dengan apa yang telah dicapai sebagai satu pasukan dalam masa yang singkat dan kerja keras semua pekerja kami sudah menunjukkan tanda-tanda kejayaan,” kata Mueller.

“Saya tidak sabar untuk meneruskan tugas eksekutif saya untuk enam bulan lagi.
“Malangnya, keadaan peribadi menyukarkan saya untuk berkhidmat sepanjang tempoh sepenuhnya,” katanya.

Mueller menambah bahawa beliau yakin MAB kini berada di landasan yang betul untuk berjaya dalam fasa pertumbuhan seterusnya di bawah ketua pegawai eksekutif baharu.

The post Christoph Mueller Letak Jawatan CEO Malaysia Airlines appeared first on WOWBERITA.ORG.

Dulu Negara Islam, Kini Hampir Seluruh Penduduk Telah Murtad

$
0
0

Baru-baru ini, penulis menjejakkan kaki buat kali pertama di Manila untuk menghadiri persidangan Publish Asia 2016, acara tahunan Persatuan Penerbit Akhbar dan Berita Seluruh Dunia (WAN-Ifra) Asia Pasifik.

Pertama kali ke Manila dan tanpa sebarang nasihat atau pedoman, penulis berhadapan dengan pengalaman sukar hendak mendapatkan makanan halal di ibu kota Filipina itu terutama pada hari pertama. Hotel Manila, penginapan kami yang juga venue persidangan berlokasi di Teluk Manila, agak terpinggir dari pusat kota.

Untuk itu, kami terpaksa keluar ke Makati dengan teksi bertambang 200 Pesos (RM17) sehala pada waktu biasa. Pada waktu jalan sesak teruk – kesesakan paling teruk di Kuala Lumpur adalah biasa bagi Manila – tambang diminta 400 Pesos (RM34). Ada pemandu yang minta 700 Pesos (RM60) untuk perjalanan sehala sedangkan kalau hendak dikira jarak tidaklah begitu jauh.

Itu hanya untuk mendapatkan makanan halal sedangkan sepanjang waktu siang, kami terperangkap di dalam dewan persidangan dengan makanan yang disediakan oleh penganjur amat dicurigakan status halalnya. Pihak hotel pula hanya menyediakan makanan halal yang boleh dikira meyakinkan pada waktu sarapan.

Itulah situasi di Manila, kota metropolitan yang tidak ramai orang tahu bahawa suatu ketika dahulu adalah sebuah kota Islam. Raja Islam yang terakhir memerintah Manila ialah Raja Soliman @ Sulaiman. Sebelum itu, Manila diperintah oleh bapa saudaranya yang bernama Raja Matanda dan Lakandula.

Apabila disebut Islam di Filipina, fikiran kebanyakan kita tertumpu di selatan negara itu, Mindanao dan kepulauan sekitarnya. Tidak ramai yang tahu bahawa sebelum penjajahan Sepanyol, 98 peratus daripada penduduk wilayah kepulauan itu beragama Islam.

Manila, pernah diusahakan untuk jadi ibu kota Islam di Nusantara. Malangnya, penjajahan Sepanyol yang begitu berdendam terhadap orang Islam susulan apa yang berlaku di tanah air mereka, telah ‘memurtadkan’ terus Manila malah seluruh Filipina hingga hari ini.

Yang tinggal Islam daripada 94 juta populasinya sekarang hanya lima peratus!
Bagaimana hilangnya Islam di Andalusia, begitulah juga hilangnya Islam di Filipina.

Arab

Manila, nama asalnya Kota Seludong mendapat nama daripada perkataan Arab, ‘Amanillah’ ataupun ‘Fi amanillah’ yang bermaksud ‘Kota Aman Lindungan ALLAH’.

Raja Sulaiman memerintah di delta Sungai Pasig, bersemayan di tapak asal bandar Manila, tidak jauh dari Hotel Manila sekarang. Selain beliau, bapa saudaranya, Lakandula memerintah kerajaan Tondo yang menguasai muara Sungai Pasig. Meskipun wilayah mereka tidak seluas mana, kedua-duanya memerintah dengan makmur.

Lakandula yang menguasai pelabuhan, membeli semua barangan yang dibawa oleh pedagang terutama dari China dan beliau membayar terus separuh harga untuk setiap barangan itu sebelum menjual semula kepada mereka yang mahu membelinya di wilayah pedalaman dan kepualuan sekitar. Separuh lagi harga dibayar kepada pedagang terbabit apabila mereka datang semula ke Manila setahun kemudiannya.

Raja Sulaiman pula mengambil alih pemerintahan daripada bapa saudaranya, Raja Matanda. Raja Sulaiman adalah raja Islam yang terakhir di Manila. Anak Lakandula, Magat Salamat yang juga putera mahkota, tidak sempat naik takhta ekoran kemasukan Sepanyol.

Wakil Hispanik yang pertama kali menjejak kaki ke Filipina (ketika itu, belum ada nama Filipina) ialah Ferdinand Magellan yang mendarat di Pulau Cebu pada 16 Mac 1521. Cebu ketika itu diperintah oleh Raja Humabon. Pembantu Magellan ketika di Cebu ialah Panglima Awang, seorang anak muda Melayu yang ditawannya di Melaka. Magellan berasal dari Portugal namun dalam misinya di Nusantara, beliau mewakili Sepanyol.

Disebabkan bahasa Melayu hampir sama dengan bahasa tempatan, Awang diminta jadi penterjemah kepada Magellan.

Dengan pengaruh Magellan, Raja Humabon bersama pengikutnya bersetuju untuk tukar agama. Mereka jadi kumpulan yang pertama murtad di Filipina lalu digelar oleh Magellan sebagai ‘Warga Tuhan Sepanyol’. Persetujuan Raja Humabon adalah disebabkan janji Magellan untuk membantunya memerangi pemberontak Mactan yang diketuai Lapu Lapu.

Buluh

Magellan bersama 60 anggota delegasinya menyerang Lapu Lapu dengan senapang, meriam dan segala jenis senjata besi. Lapu Lapu bersama 1,500 pahlawan Mactan pula hanya bersenjata buluh runcing dan panah beracun. Magellan terkena panah beracun dan temui ajalnya di situ manakala pengikutnya lari lintang pukang balik ke kapal. Panglima Awang juga turut tercedera.

Usaha Sepanyol dalam misi Gold, Glory and Gospel diketuai oleh Magellan tidak begitu berjaya. Bagaimanapun mereka telah dapat menanam benih Kristianisasi dengan murtadnya Raja Humabon dan pengikutnya.

Sejak itu, beberapa lagi misi dihantar ke Filipina hinggalah ia mula memberi kesan melalui pertapakan Miguel Lopez de Legazpi di Cebu pada 1565. Cebu yang telah dikristiankan menerusi pemurtadan Raja Humabon yang sudah pun mempunyai nama baharu, Carlos (bersempena dengan nama Raja Sepanyol) menyambut baik kehadiran de Legazpi.

Sejak itu, Cebu menjadi pusat pemerintahan penjajah Sepanyol. Nama Filipina juga mula digunakan, iaitu ‘Islas de las Felipina’ yang mengambil nama raja muda Sepanyol, Felipe.

de Legazpi bagaimanapun tetap tidak berpuas hati kerana belum menguasai Manila yang didengarinya lebih strategik untuk dijadikan pusat pemerintahan. Beliau mengatur rancangan untuk menyerang Manila dan menghantar Martin de Goiti dan Juan de Salcedo sebagai utusan untuk rundingan ‘persahabatan’ dengan Raja Sulaiman. Pada mulanya, mereka disambut baik, namun apabila menyedari muslihat Sepanyol, Raja Sulaiman enggan menyerah kalah lalu berlaku pertempuran pada 1570.

Pertempuran demi pertempuran terus meletus hingga 1574, yang akhirnya menyaksikan ketewasan di pihak Raja Sulaiman yang dibantu oleh bapa saudaranya, Lakandula. Raja Sulaiman juga dibantu oleh seorang lagi pemerintah Islam bernama Tarik Sulaiman dari Macabebe dalam Perang Bangkusay.

Bagaimanapun kecanggihan senjata Sepanyol tidak dapat ditandingi.

Setelah kekalahan Raja Sulaiman, penjajah Sepanyol terus memperlihatkan dendam kesumat mereka yang begitu membara. Mereka meruntuhkan tapak kerajaan Raja Sulaiman di bandar Manila lalu mendirikan kota di sekeliling ibu pejabat mereka yang diberi nama Fort Santiago.

Kawasan di dalam kota itu dikenali sebagai Intramuros yang jadi tumpuan pelancong hingga hari ini.

Ada riwayat menyebut, Lakandula selepas itu mengambil tindakan berkompromi dengan penjajah, dan telah murtad bersama keluarganya. Beliau menukar nama kepada Don Carlos Lacandola. Dalam rekod sejarah Sepanyol, Lakandula dianggap seorang pemerintah yang bijak kerana memilih untuk berdamai dan keluarga serta keturunannya diberikan beberapa keistimewaan oleh penjajah.

Ada disebutkan bahawa beberapa nama besar Filipina hari ini termasuk bekas Presiden Diosdado Macapagal dan anaknya yang juga bekas Presiden, Gloria Macapagal Arroyo adalah daripada keturunan Lakandula. Keturunannya yang lain termasuk dua bekas presiden Senat, Jovito Salonga dan Gil Puyat; selebriti antarabangsa, Lea Salonga dan tokoh perniagaan, Gonzalo Puyat.

Sementara Raja Matanda pula ketika terlantar sakit dikatakan telah minta untuk dibaptiskan. Yang kekal Islam hingga menemui syahid dalam peperangan menentang penjajah, adalah Raja Sulaiman, seorang penganut Islam yang taat daripada aliran Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Sama ada cerita kemurtadan raja-raja Manila ini benar ataupun sekadar propaganda penjajah, tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti lebih 90 peratus penduduk Filipina hari ini beragama Katholik, agama yang dibawa oleh Sepanyol dan mereka adalah daripada keturunan nenek moyang yang beragama Islam.

Keadaan telah berubah begitu drastik hingga untuk mendapat makanan halal pun begitu sukar di Manila!

Bukanlah tidak ada orang Islam di Manila, masjid pun ada namun bilangan mereka adalah sangat sedikit berbanding keseluruhan populasi. Kebanyakannya bertumpu di Quiapo District, dan apa yang menyedihkan ialah dari sudut sejarahnya. Hilangnya Islam di Manila (dan hampir seluruh Filipina) adalah kerana pemurtadan nenek moyang mereka!

Sejak era Christopher Columbus yang tersesat ke Amerika dalam pelayaran ke India, setiap orang tempatan yang ditemui digelar Indian. Di Filipina, penjajah Sepanyol menggelar penduduk tempatan yang telah dikristiankan sebagai Indios manakala penduduk di kepulauan selatan (Mindanao dan lain-lain) yang beragama Islam sebagai Moro. Ini adalah berkaitan dengan pengalaman mereka di Sepanyol yang mana orang Islam digelar ‘Moor’ sebagai gelaran penghinaan.

Sulu

Selepas menguasai Manila dan sebahagian besar wilayah Filipina, Sepanyol cuba untuk mara ke selatan. Bagaimanapun mereka menghadapi tentangan sengit daripada penduduk di sana. Sepanyol tidak pernah berjaya menjajah wilayah selatan Filipina. Orang Suluk atau Tausug di selatan Filipina sejak abad ke 14 lagi sudah mempunyai empayar kesultanan yang kuat.

Dengan sejarah gemilang sebagai pemilik empayar Sulu, sukar bagi Sepanyol untuk menewaskan mereka, tidak seperti di utara. Bagaimanapun Sepanyol menggunakan jalan selamat untuk tidak menggunakan orangnya sendiri di barisan hadapan sebaliknya menghantar penduduk Filipina sendiri yang telah dikristiankan untuk memerangi saudara mereka yang masih Islam.

Ini terus berlaku hinggalah kekuasaan bertukar tangan. Pada 1898, pengakhiran Perang Sepanyol – Amerika Syarikat telah membawa Amerika sebagai penjajah baharu Filipina.

Penduduk selatan Filipina cuba untuk mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah mereka yang tidak pernah dijajah oleh Sepanyol namun tidak diendahkan oleh Amerika Syarikat.

Ternyata Amerika mendapat kekuasaan ke atas wilayah itu dengan muslihat. Ini kerana berdasarkan rekod yang ia tidak pernah dijajah oleh Sepanyol, mana mungkin Sepanyol menyerahkan begitu sahaja wilayah tersebut kepada Amerika Syarikat sedangkan Sepanyol sendiri tidak mempunyai kuasa di situ.

Bagaimanapun, keadaan sudah tidak berupaya untuk diperbaiki lagi. Kekallah wilayah selatan Filipina di bawah pentadbiran Amerika Syarikat melalui ‘penjajahan di atas kertas’ hingga 1946 (tahun Filipina mendapat kemerdekaan) yang kemudian disambung dengan pemerintahan kerajaan Pusat oleh anak watan dari Manila.

Apa pun, nasib penduduk selatan terutama di Mindanao tidak pernah berubah. Mereka dipinggirkan dari arus pembangunan dengan persengketaan yang berterusan, yang bermula sejak zaman penjajahan Sepanyol yang telah mencetuskan konflik agama antara selatan dengan utara.

Mengikut rekod, penjajah sememangnya pernah cuba mengkristiankan selatan Filipina hingga seorang Sultan Sulu, Sultan Azimuddin @ Alimuddin I pernah dibaptiskan di Manila pada 1750. Beliau menukar nama kepada Don Fernando de Alimuddin, The Christian Sultan of Jolo.

Berdasarkan undang-undang kesultanan Sulu yang ketat, hak beliau dan keturunannya gugur secara automatik apabila meninggalkan Islam. Sultan yang murtad itu malah telahpun memberikan kebenaran kepada mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama mereka di wilayahnya.

Lantaran itu, berlaku perbalahan antara beliau dengan kerabat diraja yang lain hingga akhirnya, Raja Muda Bantilan dilantik menggantikan Sultan Alimuddin I dengan gelaran Sultan Bantilan Muizuddin.

Dengan itu, gagallah usaha untuk mengkristiankan selatan Filipina sebagaimana yang telah dilakukan dengan jayanya oleh penjajah Sepanyol di kepulauan utara.

Sultan yang terbuang akibat murtad itu bersama keluarga dan pengikutnya berhijrah ke Zamboanga, kemudian ke Manila dan diberi sambutan mesra oleh Sepanyol.

Ada maklumat mengatakan, beliau kemudiannya kembali semula ke Sulu dan bertaubat, namun kesahihan maklumat itu tidak dapat dipastikan.

Ganas

Ironinya, kedudukan umat Islam di Filipina hari ini amat menyedihkan. Mereka bukan sahaja telah bertukar daripada majoriti menjadi minoriti malahan diperangi dan dianggap pengganas oleh dunia.

Memang benar ada segelintir daripada mereka yang beraksi sebagai pengganas namun siapakah yang meletakkan mereka dalam kancah ketidakadilan hingga terpaksa jadi begitu?

Meskipun negara telah mencapai kemerdekaan, hak mereka sebagai pribumi terus menerus dipinggirkan. Ruang untuk mereka berekonomi secara selesa dinafikan sehingga mencetus berbagai-bagai masalah sosial.

Setelah keluarnya penjajah asing, mereka tetap juga diberi kan ayanan yang tidak adil dalam pemerintahan oleh anak bangsa. Ini dilakukan atas dasar perbezaan agama.
Itulah dilemanya!

Penduduk selatan yang digelar Bangsamoro ini boleh dianggap mangsa keadaan setelah nenek moyang mereka memilih untuk kekal dalam Islam dan beriman, tidak sebagaimana saudara mereka di Cebu, Luzon atau di mana-mana wilayah Filipina yang lain.

Mereka boleh sahaja memilih untuk hidup senang, aman dan kaya raya dalam arus perdana negara jika sanggup untuk murtad dan bersekongkol dengan penjajah yang telah merampas negara, hasil mahsyul malah agama nenek moyang mereka. Siapa yang sebenarnya mencetuskan keganasan?

Itulah ceritanya ‘keadilan’ dunia yang berlaku di Filipina!

The post Dulu Negara Islam, Kini Hampir Seluruh Penduduk Telah Murtad appeared first on WOWBERITA.ORG.


Polis Buru Warga Indonesia Disyaki Culik Budak 12 Tahun

$
0
0

Polis sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia yang didakwa menculik budak perempuan berusia 12 tahun yang juga anak kepada pasangan di mana suspek tinggal di negara ini.

Kes berkenaan mendapat perhatian media apabila pemilik Facebook, Farah Nilofer Jamaludin memuatnaik gambar Puteri Nurkyra Izam Abdullah dan wanita warga asing itu.

Menerusi laman media sosial itu, ibu bapa Puteri Nurkyra mendapati anak perempuan mereka dan wanita Indonesia itu hilang dari kediaman mereka di SS19, di sini pada 5.30 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Azlin Sadari mengesahkan kes berkenaan dan memaklumkan pihaknya sedang mengesan mereka.

“Kami meminta semua pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita Indonesia berusia 20 tahun dan budak perempuan itu supaya segera menghubungi polis,” katanya sambil menambah pihaknya telah memaklumkan pihak polis di daerah berhampiran berkaitan kes itu.

Beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai penculikan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi talian 03-20529999 atau ke balai polis berhampiran, selain menghubungi keluarga mangsa, 010-400 7375 (Hazery).

The post Polis Buru Warga Indonesia Disyaki Culik Budak 12 Tahun appeared first on WOWBERITA.ORG.

(5 Gambar) Tukang Jahit Ditemui Mati Dikelar Di Sitiawan

$
0
0

Seorang tukang jahit wanita ditemui mati dipercayai dibunuh di kedai miliknya di Jalan Muhamad, Sitiawan pagi ini.

Ling Choo Mooi, 59, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di atas lantai kira-kira 9.30 pagi oleh seorang rakan perniagaannya.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner, Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, mangsa dipercayai mati dibunuh kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan menggunakan senjata tajam pada bahagian leher.

“Kita masih menyiasat motif pembunuhan dan berdasarkan maklumat daripada keluarga mangsa kita yakin boleh mengenal pasti dan mengesan suspek dipercayai seorang lelaki,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tengku Mohd Zailan berkata, siasatan awal mendapati kes bunuh itu tidak mempunyai unsur-unsur rompakan kerana kesemua barangan peribadi milik mangsa tidak diusik.

Mayat Choo Mooi dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, untuk dibedah siasat.

The post (5 Gambar) Tukang Jahit Ditemui Mati Dikelar Di Sitiawan appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nuri Nadirah Hidup Semula? Ini Penjelasan Ibu Kandung Arwah

$
0
0

Keluarga murid Tahun Satu, Nuri Nadirah Ruslan, yang meninggal dunia dipercayai dipatuk ular pagi tadi, menafikan kanak-kanak itu ‘hidup semula’.

Ibunya, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, bagaimanapun mengakui anaknya kelihatan seolah-olah tersedak ketika proses memandikannya petang tadi dan perkara itu kemudian disebarkan.

“Perkara yang diviralkan sejak jam 9 malam tadi yang mendakwa Nuri Nadirah tersedar dan memegang tangan saya tidak benar sama sekali.

“Namun, bagi memuaskan hati keluarga, jenazah Nuri Nadirah yang sepatutnya dikebumikan malam tadi ditangguh kepada pagi esok.

“Pada masa sama, kami juga menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional supaya dapat memuaskan hati ahli keluarga.

“Saya minta semua pihak hentikan sebar maklumat yang tidak betul,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Buaya, di sini, sebentar tadi.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, dipercayai dipatuk ular ketika waktu rehat kira-kira jam 9.30 pagi.

Mangsa bagaimanapun dikatakan sempat meneruskan pembelajaran lebih satu jam sebelum guru melihat kanak-kanak itu pengsan di tempat duduknya kira-kira jam 11 pagi.

Mangsa yang dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan jam 12.30 tengah hari, sebelum pengesahan kedua kematian mangsa dibuat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, berkata pihaknya memandang serius maklumat yang diviralkan dan akan menyiasat sekiranya keluarga membuat laporan polis.

The post Nuri Nadirah Hidup Semula? Ini Penjelasan Ibu Kandung Arwah appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Alhamdulillah, Puteri Kyra Ditemui Selamat

$
0
0

Kanak-kanak berusia 12 tahun yang dipercayai dilarikan seorang wanita warga Indonesia, ditemui selamat pada malam Selasa.

Puteri NurKyra Izam bersama wanita terbabit ditemui ahli kariah Masjid Al Rahman di Jalan Pantai Baharu, pada jam 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari yang dipetik Harian Metro berkata, wanita berkenaan kini dalam tahanan polis, manakala kanak-kanak itu pula telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Jelasnya, permohonan reman wanita itu akan dibuat hari ini.

Menurut bapa mangsa, Badrol-Izam Baharom, 46, beliau hanya menyedari anaknya yang menghadapi masalah disleksia, hilang bersama wanita berusia 20-an yang dikenali sebagai Azizah itu, pada jam 5 pagi semalam dan menemui sekeping nota ditinggalkan anaknya.

“Anak saya meninggalkan sekeping nota memaklumkan dia mahu ikut perempuan Indonesia itu.

“Bagaimanapun, saya percaya wanita itu yang mengajar anak saya membuat nota berkenaan sebelum melarikannya,” katanya kepada Harian Metro, petang semalam.

Sementara itu, Mohammad Azlin menjelaskan, wanita Indonesia itu telah menumpang di rumah Badrol-Izam sejak dua minggu lalu.

“Wanita itu mendakwa dia melarikan diri daripada majikannya,” katanya sambil menambah, ibu bapa kanak-kanak itu menemui wanita terbabit bersendirian di stesen bas berhampiran Pusat Beli-belah Subang Parade, pada 5 April lalu.

Mereka kemudiannya membenarkan wanita itu menumpang di rumah mereka buat sementara dan bercadang menghantarnya ke Kedutaan Indonesia, semalam.

Berita kehilangan Kyra tersebar dan menjadi bualan warga maya di Facebook, selepas ibu saudaranya memuat naik gambar mangsa dan status mengenai kehilangannya dari rumahnya di SS19, Subang Jaya, awal pagi semalam.

The post (Video) Alhamdulillah, Puteri Kyra Ditemui Selamat appeared first on WOWBERITA.ORG.

Isu Khalwat, Faye Kusairi Cari Publisiti Murahan

$
0
0

Tak habis-habis lagi pasal pelakon suam-suam kuku, Faye Kusairi ni.. Hari tu bergaduh besar dengan penyanyi Elly Mazlein, sebab didakwa jadi orang ketiga dan punca Elly bercerai dengan suami..

Didakwa telah difitnah oleh Elly sebagai orang ketiga, Faye nak heret Elly ke mahkamah sebab dah malukannya.. Tapi, Elly tak takut pun nak naik turun mahkamah kalau Faye nak bawa kes mereka ke mahkamah..

Terbaru, rumahnya kena serbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor kerana ada pihak maklumkan ada aktiviti khalwat kat rumah Faye.. Tapi Faye dedahkan, tahu identiti pengadu yang buat laporan palsu hal khalwatnya itu..

Sering kali timbulkan kontroversi beberapa minggu ini, netizen sifatkan Faye adalah artis yang suka mencari publisiti murahan untuk menaikkan namanya semula.. Faye kan dah tak berapa dikenali. So, bila ada publisiti dengan Elly namanya mula menjadi perhatian netizen..

Kalau betul pun dah tahu siapa pengadu, buat jelah laporan polis Faye oit! Dok cakap kat media ni, media bukan boleh tolong buat laporan polis untuk pihak Faye.. Pelik pulak, tak pernah pula Miss A tahu pihak JAIS akan dedahkan siapa pengadu yang buat laporan khalwat..

Selalunya identiti pihak pengadu akan dirahsiakan.. Hebat betul Faye jadi ‘Detektif’, selidik pihak JAIS sampai tahu siapa pengadu yang buat laporan Khalwat palsu di rumah Faye..

The post Isu Khalwat, Faye Kusairi Cari Publisiti Murahan appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Dr Zakir Naik Dedah ‘Rahsia’ Hafal Al-Quran, Kitab Agama Lain

$
0
0

“Tiada sebarang rahsia untuk mengingati bukan saja kitab suci al-Quran malah kitab agama lain,” kata penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik ketika ditanya mengenai teknik kekuatan memorinya.

Beliau berkata jika niat mahu membantu agama ini, Allah akan menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja.

“Apa yang penting ialah niat kita mahu membantu agama Allah dan Allah pasti akan menghulurkan bantuan. Perkara ini banyak dinyatakan dalam al-Quran umpamanya dalam surah al-Ankabut ayat 69.

“Dalam memahami dan mengingati ayat suci al-Quran, ada teknik tertentu yang memerlukan masa untuk mempelajarinya namun perkara paling penting ialah niat,” katanya.

Dr Zakir bagaimanapun bersyukur kerana bertemu ramai individu termasuk bukan Islam yang mengikuti siri ceramahnya.

“Mungkin ada juga yang tidak senang tetapi Alhamdulillah masih ada yang senang dengan syarahan saya.

“Semasa syarahan saya di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, beberapa bukan Islam mengucap kalimah syahadah.

“Selain itu, ada juga bukan Islam mengakui dalam bahasa Inggeris mengenai keesaan Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah,” katanya yang ditemui Harian Metro.

The post (Video) Dr Zakir Naik Dedah ‘Rahsia’ Hafal Al-Quran, Kitab Agama Lain appeared first on WOWBERITA.ORG.

Sah Meninggal Dunia, Jenazah Nuri Nadirah Akan Dikebumikan Pagi Ini

$
0
0

Urusan pengebumian jenazah pelajar perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, yang meninggal dunia pagi semalam dipercayai dipatuk ular, terpaksa ditangguhkan apabila jenazah memberikan tindak balas semasa urusan pemandian dilakukan.

Jenazah Nuriey Nadhirah Roslan, 7, dikatakan bergerak sewaktu urusan pemandian yang menyebabkan proses berkenaan dihentikan.

BACA: Nuri Nadirah Hidup Semula? Ini Penjelasan Ibu Kandung Arwah

Jenazah yang dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedai Buloh di sini selepas solat Isyak malam tadi ditunda ke hari ini bagi mendapatkan pengesahan dari pihak hospital dan pegawai perubatan.

Bagaimanapun pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Badang yang membuat pemeriksaan ke atas jenazah pelajar berkenaan sekitar jam 10.30 malam tadi mengesahkan pelajar berkenaan sudah meninggal dunia.

Pihak keluarga yang masih ragu-ragu berikutan respons pergerakan jenazah serta badannya yang masih panas dan tidak mengeras, dikatakan turut menggunakan khidmat perubatan Islam bagi tujuan pengesahan.

Menurut datuk kepada Nuriey Nadhirah, Wan Mohamed Ibrahim, pihaknya menerima ketentuan Ilahi dengan pengesahan bahawa Nuriey sudah meninggal dunia, namun disebabkan pergerakan tubuh semasa urusan pemandian menyebabkan timbul cadangan supaya pengesahan dibuat sekali lagi.

“Saya bawa balik jenazah jam 5 petang dan mahu mengebumikannya kira-kira jam 8 malam, namun ketika dimandikan, jenazah seperti ‘menggeliat’.

“Saya tangguhkan sebentar dan saya panggil doktor. Tapi doktor menyatakan dia telah meninggal dunia dan itu mungkin cuma tindak balas udara dalam tubuh. Saya kemudian berpuas hati (dengan penjelasan itu),” kata Wan Mohamed.

Menurut Wan Mohamed lagi, pihaknya akan menunggu sehingga jam 11 pagi ini dan jika tiada sebarang perkembangan baru, urusan pengebumian akan dilakukan.

Redha ketentuan

Keluarga serta kedua ibu bapa Nuriey pasrah dan redha dengan ketentuan Allah namun disebabkan inginkan kepastian pihaknya melakukan pengesahan sekali lagi di rumahnya di Kampung Buaya di sini malam tadi.

Orang ramai mengerumuni pekarangan rumah pelajar ini apabila berita viral yang mengatakan pelajar itu ‘hidup kembali’ tersebar luas malam tadi.

Pelajar berkenaan dikatakan dipatuk ular atau binatang berbisa di bahagian betis sekitar jam 10 pagi ketika bermain di kawasan sekolahnya.

Mangsa disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini sebelum di rujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk proses bedah siasat.

Hasil pemeriksaan mendapati punca kematian disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam badan kesan gigitan haiwan berbisa.

Nuriey Nadhirah dikatakan terjatuh dan tidak sedarkan diri di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran pada pukul 11 pagi semalam dan dibawa gurunya ke klinik tersebut.

The post Sah Meninggal Dunia, Jenazah Nuri Nadirah Akan Dikebumikan Pagi Ini appeared first on WOWBERITA.ORG.


Suami Belasah Lelaki Rogol Isteri Sampai Mati

$
0
0

Seorang suami yang berang selepas mendapat tahu isterinya dirogol bertindak nekad bertemu dengan lelaki berusia 27 tahun itu sebelum memukul hingga menyebabkannya mati.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Ahad lalu, suspek dan anaknya bertemu mangsa di sebuah stesen minyak di Sungai Besar sebelum bertindak menumbuk dan memukul mangsa menggunakan getah paip.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai masuk ke rumah suspek dan merogol wanita terbabit sebanyak dua kali di sebuah bilik tingkat bawah rumah itu kira-kira jam 3 hingga 5.30 pagi, 15 April lalu.

“Kejadian itu menyebabkan suspek hilang pertimbangan dan membelasah mangsa di stesen minyak berkenaan.

“Tak cukup itu, suspek kemudiannya membawa mangsa pulang ke rumahnya di Parit 4 Sungai besar,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dikurung dan dibelasah suspek sambil disaksikan isteri dan keluarganya.

“Semasa mangsa berada dalam bilik, kaki mangsa diikat dengan tali getah dan turut diterajang serta dipukul menggunakan getah paip,” katanya.

Nor Azmi berkata, seorang anak suspek kemudian menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian rogol melibatkan ibu tirinya yang berusia 25 tahun.

“Mangsa kemudiannya dibawa Unit Peronda Polis (MPV) ke Balai Polis Sungai Besar. Semasa anggota MPV membawanya ke balai polis, mangsa masih hidup.

“Bagaimanapun, ketika polis mengambil keterangan mangsa kira-kira jam 3.45 pagi hari sama, lelaki itu tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala iaitu melecet di bahagian dahi, lebam pada mata dan luka di bibir.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam mendapati punca kematian mangsa disebabkan pendarahan dalaman.

“Sehubungan itu, empat lelaki melibatkan suspek utama dan dua anaknya serta seorang anak angkat berusia lingkungan 20 hingga 23 tahun ditahan reman sehingga 23 April ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes rogol mengikut Seksyen 376.

The post Suami Belasah Lelaki Rogol Isteri Sampai Mati appeared first on WOWBERITA.ORG.

Mawar Rashid Kena Kritik Sebab Tayang Peha

$
0
0

Dah banyak kali dah admin dok stalk akaun Instagram Mawar Rashid, penuh juga la gambar-gambar seksi ala-ala diri tu bukan orang Malayu.. Life style dah macam ‘mat salleh’, pakai baju terdedah sana-sini..

Terbaru, Mawar dikritik hebat sebab memuatnaik gambar pakai skirt atas lutut.. Atas lutut ke bawah lutut ke.. memang tak patut pun Mawar pakai macam tu.. Tahu la peha gebu tak ada parut sikit pun kat kaki, tak payah la dok tayang kat orang..

Kan tak pasal-pasal kena kritik dengan netizen tak reti tutup aurat.. Antara kritikan netizen pada Mawar, dorang kata aurat lelaki dari pusat hingga lutut.. Sebagai wanita, lagilah kena menutup keseluruhan anggota badan kecuali tapak tangan dan muka..

Paling geram bila ada peminat setia Mawar ‘backup’ artis kesayangan dia tu.. Peminat tu sifatkan Mawar ini ada mix blood, dan ikut suka dia la nak berpakaian seksi atau tidak.. Dik non oit, tak tahu pula kalau ada mix blood boleh nak pakai seksi-seksi..

Kat sekolah mana ko belajar ni dik oit! Peminat pun sama bodoh je dengan artis kesayangan dorang bila bagi jawapan.. Hahaha..

The post Mawar Rashid Kena Kritik Sebab Tayang Peha appeared first on WOWBERITA.ORG.

Giliran Papagomo Pula Dilarang Masuk Ke Sarawak

$
0
0

Blogger Papagomo atau lebih Wan Muhammad Azri Wan Deris merupakan individu terbaharu yang dilarang untuk memasuki Sarawak oleh Jabatan Imigresen hari ini.

Papagomo yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Wangsa Maju ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan pesawat AirAsia AK8672 dari Kuala Lumpur pada jam 12.15 tengah hari tadi.

Beliau akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan berikutnya.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan mengenai alasan dia dilarang untuk memasuki Sarawak.

Pada 14 April, Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor, bersama-sama tiga lagi individu dilarang memasuki negeri itu sejurus tiba di Kaunter Imigresen LTAK pada jam 11.30 pagi.

Turut dilarang ialah Pengerusi Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara, Mejar (B) Razali Zakaria, Pengerusi Eratkan Perhubungan Antara Negeri Cetuskan Organisasi (EPANCO), Ariffin Abu Bakar dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Melayu Klang, Rahim Ibrahim.

Kesemua individu berkenaan dikatakan datang ke negeri itu bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) yang dijadual pada 7 Mei ini.

Terdahulu, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata kerajaan negeri Sarawak tidak memihak kepada mana-mana kelompok atau kecenderungan politik dalam melaksanakan larangan memasuki negeri itu.

The post Giliran Papagomo Pula Dilarang Masuk Ke Sarawak appeared first on WOWBERITA.ORG.

(6 Gambar) Anzalna Tunai Umrah Bersama Suami & Keluarga

$
0
0

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 21 Februari lalu, pelakon Anzalna Nasir menyifatkan bahawa pengalaman pengalaman mengerjakan umrah bersama keluarga dan suami, Mohamad Hanif merupakan detik terindah buat dirinya.

“Berbulan madu sebenarnya bukan sekali saja. Saya percaya, setiap hari pun boleh jadi bulan madu untuk pasangan suami isteri. Selepas berkahwin, saya fikir tiada istilah berbulan madu. Saya dan suami boleh berbulan madu pada bila-bila masa”

“Namun, pengalaman mengerjakan umrah baru-baru ini cukup manis untuk dikenang. Alhamdulillah,” katanya kepada BH Online. Malah dalam masa yang sama, Anzalna sempat juga menceritakan bahawa kehidupan lepas berkahwin juga merupakan sesuatu pengalaman yang amat manis.

“Sangat menyeronokkan. Saya banyak berehat kerana belum ada komitmen berlakon. Baru sekarang dapat merasa atau feel sebagai isteri. Saya seronok melakukan rutin sebagai suri rumah. Saya gembira dapat menjaga soal makanan dan pakaian suami”

“Suami sangat manjakan saya. Selepas berkahwin, tampak ketara sikap penyayangnya. Suami cukup mengambil berat. Benarlah, selepas berkahwin, setiap pasangan akan menunjukkan warna sebenar diri,” jelasnya.

The post (6 Gambar) Anzalna Tunai Umrah Bersama Suami & Keluarga appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nota Terakhir Nuri Nadirah, Luah Kerinduan Terhadap Bapa

$
0
0

Semalam, seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak darjah satu, iaitu Nuri Nadirah Ruslan yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1 yang meninggal dunia selepas dipatuk ular.

Jenazah arwah Nuri telah selamat dikebumikan kira-kira jam 9.45 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Che Latiff selepas ditangguhkan semalam akibat sedikit masalah tidak dapat dielakkan.

BACA: Murid Tahun 1 Maut Dipatuk Ular Di Sekolah

Pemergian Nuri ternyata membuatkan masyarakat bersedih dan ramai antara mereka mengikuti perkembangan kisah arwah.

Hari ini, telah tampil di laman Facebook, bapa arwah, Encik Ruslan Gazali telah memuatnaik gambar arwah Nuri dan sekeping nota terakhir yang ditulis oleh Nuri di mana arwah menyatakan kerinduan terhadap bapanya yang dikatakan berada jauh dari mereka iaitu di Kuantan, Pahang.

Nota berkenaan ternyata membuatkan hati ramai netizen terasa pilu dengan luahan kerinduan arwah kepada bapanya itu.

BACA: Nuri Nadirah Hidup Semula? Ini Penjelasan Ibu Kandung Arwah

Selain itu, Encik Ruslan turut menyertakan cerita sebenar yang terjadi mengenai khabar angin yang heboh disebarkan di media sosial semalam, beliau juga membuat permintaan kepada pengguna media sosial selain meluahkan rasa sedih dengan pemergian anak sulungnya itu.

Jom baca apa yang ditulis oleh Encik Ruslan.

Takzih buat Encik Ruslan dan keluarga. Semoga arwah Nuri tenang di sana dan sentiasa dirahmatiNya.

The post Nota Terakhir Nuri Nadirah, Luah Kerinduan Terhadap Bapa appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live