Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Live Streaming Pahang vs Kelantan 20.4.2016 Liga Super

$
0
0

Live Streaming Pahang vs Kelantan pada 20 April 2016 Liga Super. Siaran langsung perlawanan kelapan aksi Liga Super Malaysia 2016 menyaksikan pertembungan antara pasukan Pahang menentang Kelantan bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan bermula pada jam 9.00 malam Rabu. Perlawanan Kelantan vs Pahang malam ini tidak disiarkan menerusi saluran televisyen tempatan, tetapi boleh ditonton secara online menerusi internet streaming TRWTV di bawah.

Live Streaming Kelantan vs Pahang 20.4.2016 Liga Super

Server 1: TRWTV

Jadual Siaran Langsung Kelantan vs Pahang Liga Super 2016

Tarikh: 20 April 2016 (Rabu)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Stadium Darul Makmur, Kuantan
Siaran Rasmi: TRWTV bermula pada jam 9.00 malam

The post Live Streaming Pahang vs Kelantan 20.4.2016 Liga Super appeared first on WOWBERITA.ORG.


Live Streaming JDT vs Sarawak 20.4.2016 Liga Super

$
0
0

Live Streaming JDT vs Sarawak pada 20 April 2016 Liga Super. Siaran langsung perlawanan kelapan aksi Liga Super Malaysia 2016 menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Sarawak bertempat di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin bermula pada jam 9.00 malam Rabu. Perlawanan JDT vs Sarawak malam ini tidak disiarkan menerusi saluran televisyen tempatan, tetapi boleh ditonton secara online menerusi internet streaming JDT TV di bawah.

Live Streaming JDT vs Sarawak 20.4.2016 Liga Super

Server 1: JDT TV

Jadual Siaran Langsung JDT vs Sarawak Liga Super 2016

Tarikh: 20 April 2016 (Rabu)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin
Siaran Rasmi: JDT TV bermula pada jam 9.00 malam

The post Live Streaming JDT vs Sarawak 20.4.2016 Liga Super appeared first on WOWBERITA.ORG.

(5 Gambar) Pelajar UMK Jatuh Gaung Ketika Selfie Di Bukit Keluang

$
0
0

Gara-gara berselfie bagi merakam kenangan pendakian, seorang pemuda nyaris maut apabila terjatuh pada ketinggian 30 meter ketika mendaki Bukit Keluang dekat sini tengah hari ini.

Dalam kejadian 12.45 tengah hari itu, mangsa Safiuddin Naif Johari, 24, dari Kota Bharu, Kelantan patah pergelangan kaki dan cedera di beberapa bahagian badan.

Malah dua orang anggota keluarganya yang berusaha menariknya keluar turut terperangkap di kawasan gaung.

Komander operasi mencari dan menyelamat, Mustafa Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu kira-kira pukul 1.05 petang dan seramai 16 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih itu lagi, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bersama lima ahli keluarga termasuk tunangnya sedang melakukan aktiviti merentas hutan.

“Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dikatakan ingin merakam gambarnya sendiri (selfie) menghadap laut berhampiran tebing di atas bukit itu,” katanya.

Katanya, bagaimanapun mangsa tergelincir lalu jatuh ke lereng bukit curam itu namun tersangkut pada bahagian bongkahan batu di situ.

Menurutnya, sebelum membuat panggilan kecemasan, tunang dan adik perempuan mangsa cuba turun ke bawah tebing itu untuk memberi bantuan dan menyelamat mangsa namun tidak berhasil malah mereka juga terperangkap di lereng itu.

“Dua orang yang cuba membantu iaitu kakak mangsa Nor Fatihah, 32, kepenatan sementara tunangnya Nor Nalini Mohamad, 20, mengalami calar-calar sahaja,” katanya.

Beliau berkata, anggota bomba dibantu kumpulan pendaki setempat berusaha membawa naik mangsa ke atas tebing menggunakan pengusung dan tali sebelum mangsa berjaya dibawa turun ke kaki bukit itu kira-kira pukul 5.30 petang.

Mangsa dan adik perempuannya yang kepenatan dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan dengan dua buah ambulans yang telah sedia menunggu di situ sejak jam 1.15 petang.

The post (5 Gambar) Pelajar UMK Jatuh Gaung Ketika Selfie Di Bukit Keluang appeared first on WOWBERITA.ORG.

Murid Tahun 2 Pengsan Dipatuk Ular Di Padang Sekolah

$
0
0

Seorang murid perempuan Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong, Rembau dikejarkan ke hospital selepas dia dipercayai dipatuk ular pagi tadi.



Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi ketika mangsa dikatakan sedang bermain di padang sekolah itu.

“Mangsa tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri. Rakan-rakannya mendakwa ternampak ular berhampiran mangsa.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke klinik berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut,” kata sumber.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab. Jalil dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu di SK Chembong pukul 8.30 pagi esok.

The post Murid Tahun 2 Pengsan Dipatuk Ular Di Padang Sekolah appeared first on WOWBERITA.ORG.

Artis Korea Dikecam, Buat Pembedahan Plastik Besarkan ‘Tetek’

$
0
0

Tak sangka netizen kat Korea pun tak suka bila artis dorang buat pembedahan plastik untuk mencantikkan diri.. Bukan ke negara dorang memang sangat terkenal dengan ‘pembedahan plastik’ untuk mencantikkan diri?

Terbaru, artis wanita popular Korea iaitu Park Min Young dah kena kecam oleh rakyat Korea sebab didakwa buat pembedahan untuk besarkan ‘tetek’.. Peminat kesayangan mesti tahu saiz tetek artis dorang, kalau dah hari-hari dok tengok gambar artis kesayangan dorang kat laman sosial..

Tapi, bila Park muatnaik satu gambar percutian kat sebuah pantai, semua peminat Park kritik artis itu.. Sebelum ini nasi lemak RM0.50, tiba-tiba boleh jadi nasi lemak RM1.. Itu yang kena kutuk buat pembedahan besarkan payudara tu..

Artis badan kurus ni susah la nak dapat ‘tetek’ besar, melainkan dia buat pembedahan.. Bulat elok ja ‘tetek’ tu, nampak tak normal la.. Nak menipu aset-aset yang menjadi perhatian peminat, memang kantoi la.. Hahaha..

Ingat peminat tak tengok ke saiz tetek dari awal kemunculan dalam indutri sampai sekarang.. Nampak perbezaan ketara la..Nak cantik punya pasal sanggup buat pembedahan plastik, kena kanser payudara baru tau.. Hahaha..

The post Artis Korea Dikecam, Buat Pembedahan Plastik Besarkan ‘Tetek’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nur Sajat Mengamuk Bila Dikaitkan Dengan Safiey Ilias

$
0
0

Beberapa minggu lepas, viral kisah seorang ‘wanita’ telah kembali ke jalan Allah untuk berubah.. ‘Wanita’ itu dikenali sebagai Safiey Ilias merupakan usahawan berjaya dalam bidang kosmetik..

Waktu zaman kegemilangan Safiey, lelaki itu dah tersalah pilih jalan dan sanggup membuat pembedahan implan supaya ada payudara mantop seperti wanita.. Dah kembali ke jalan yang benar, Safiey ambil keputusan untuk membuang semula ‘teteknya’ itu.

BACA: Jutawan ‘Jelita’ Buang Payudara, Kembali Menjadi Lelaki Sejati

Isu ‘perubahan’ Safiey untuk menjadi lelaki sejati semula dan mendalami agama Islam, nampaknya memberi sedikit kesan pada ‘kaum pondan’ yang lain.. Ada netizen sifatkan Safiey dah kembali menjadi ‘original’..

‘Wanita’ yang cukup popular, iaitu Nur Sajat bila lagi nak berubah? Hahaha.. Menerusi akaun Instagram Sajat dia mengamuk, bila u’olls semua dok kaitkan namanya dengan Safiey.. Safiey nak kembali ke jalan yang benar lantak dia la, Sajat ni tak mahu kembali menjadi ‘original’.. Hahaha..

Sajat dedahkan yang dia ni bukan pondan, tapi dia dilahirkan ‘khunsa’ mempunyai dua kemaluan.. Ayah dan ibunya dipersalahkan sebab dok didik dia kearah lelaki, sedangkan hati nuraninya banyak ke arah perempuan..

BACA: Pondan Nur Sajat Tayang Bontot Untuk Pikat Lelaki

So, dia nak betulkan kesilapan mak ayahnya tu dengan jadi diri sendiri iaitu ‘pondan’, ehhh ‘perempuan’.. Hahaha.. Betul-betul khunsa atau saja nak guna alasan untuk elak soalan bila ditanya orang ramai untuk dia berubah macam Safiey?

Selalunya ‘mak nyah’ ni memang takkan mengaku diri tu ‘mak nyah’, dan sanggup tipu orang ramai diri tu khunsa untuk tutup mulut semua orang.. Kalau khunsa sekalipun, ko boleh berpakaian seksi macam diri tu orang kafir ke?

The post Nur Sajat Mengamuk Bila Dikaitkan Dengan Safiey Ilias appeared first on WOWBERITA.ORG.

(15 Gambar) 5 Beradik Hijabers Cantik Tarik Perhatian Netizen

$
0
0

Sekali imbas melihat foto mereka kita mungkin menyangka mereka ini wanita keturunan Arab. Tapi sebenarnya tidak, mereka berlima berasal daripada negara jiran kita iaitu Thailand.

Lima hijabers adik beradik ini pernah menjadi perbincangan hangat netizan luar terutama sekali Indonesia kerana kecantikan mereka.

Adik beradik ini mula dikenali bila mereka sering memuat naik foto secara solo dan juga bersama-sama. Dengan paras yang menawan serta gaya hijab tersendiri, mereka pantas mendapat perhatian.

Dalam pada itu lima beradik ini juga punya banyak persamaan, dari cara pemakaian hijab, hobi, malah nama akaun Instagram mereka juga kesemuanya berakhir dengan perkataan ‘mirror iaitu @sairamirror @nasreenmirror, dan @reenamirror, @ruksana_sana dan @cattaleeyamirror

Melihat foto yang dimuat naik dalam akaun instagram masing-masing tak hairan jika mereka mempunyai semakin ramai pengikut.

Malah ia juga membuka peluang kepada mereka untuk menjual pakaian dan hijab atas nama Saira Hijab.

The post (15 Gambar) 5 Beradik Hijabers Cantik Tarik Perhatian Netizen appeared first on WOWBERITA.ORG.

Kontrak Bersih SUK Selangor Sampai RM300,000 Sebulan?

$
0
0

Bayaran bulanan kontrak pembersihan Bangunan SUK sejak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar (MB) Selangor didakwa meningkat berbanding MB sebelum itu.

Itu dakwaan terbaharu Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.

“Semasa MB Mat Taib (Tan Sri Muhamad Muhd. Taib) adalah RM27,000 dan dan (Tan Sri) Khalid Ibrahim pula RM33,000 tetapi kini semasa Azmin Ali telah jadi RM300,000 sebulan, betulkah?

“Siapa dapat? Wow! Cuci jamban guna berus dawai emas ke?,” sindir ahli PKR yang digantung tidak bertali itu menerusi media sosial hari ini.

Menurut Chegubard, beliau mendapat maklumat itu kerana ada seseorang tertinggal salinan mengenai kos berkenaan di mesin photostat.

Chegubard sejak digantung keahlian menjadi pengkritik kepada Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Semalam, Chegubard yang juga Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terbiar ‘terkapai-kapai’ sejak Mohamed Azmin bergabung dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

The post Kontrak Bersih SUK Selangor Sampai RM300,000 Sebulan? appeared first on WOWBERITA.ORG.


‘Saya Bazir Banyak Masa Di Jalan Maksiat, Sekarang Saya Nak Tebus’– Safiey Ilias

$
0
0

Setiap kejayaan dan kurniaan yang dianugerahkan kepada manusia, hadir bersama tanggungjawab.

Tanggungjawab itu akan ditanya dan dipersoalkan di akhirat kelak.

Itulah yang mendorong bekas mak nyah, Safiey Ilias, untuk berubah ke arah kebaikan dan menyeru masyarakat mengambil jalan yang sama.

Kisah Safiey atau nama sebenarnya Safiuddin Ilias, yang kembali ke pangkal jalan selepas bertahun-tahun hidup sebagai mak nyah, menjadi perkongsian viral di laman sosial beberapa hari lalu.

BACA: Bekas ‘Mak Nyah’ Kongsi Kisah Kembali Ke Pangkal Jalan

Dalam temuramah dalam sebuah program televisyen, Safiey memberitahu dia tidak kisah jika caranya dianggap riak oleh sesetengah pihak, kerana niatnya hanya ingin berdakwah.

Atas sebab itu, dia juga bercadang mahu menceburkan diri dalam kumpulan tabligh satu hari nanti.

Sifat lembut

Mengimbas kembali cara hidupnya yang terpesong jauh dari landasan Islam, lelaki itu yang bakal genap usia 22 tahun pada 19 Mei ini menceritakan, dia diberi rasa dan sifat lembut sejak berusia lima tahun.

Kemuncaknya adalah sewaktu dia belajar di universiti, apabila dia sering disindir dan diejek oleh rakan-rakan sebagai ‘mak nyah’.

“Situasi itu membuatkan saya jadi ego. Alang-alang orang dah panggil saya mak nyah, baik saya jadi mak nyah dalam erti kata yang sebenarnya.

“Saya nak buktikan saya boleh jadi lebih cantik dari mereka (golongan perempuan),” cerita Safiey.

Suka atau tidak, kata Safiey, pelabelan dan penilaian ‘mak nyah’ yang sering diberikan masyarakat kepada golongan lelaki lembut, langsung tidak membantu mereka untuk berubah.

Masa lalu

Safiey yang sudah mula berniaga sejak usia 16 tahun dan mencapai gelaran jutawan pada usia 19 tahun, mengakui mempunyai niat untuk membantu golongan mak nyah kembali ke pangkal jalan.

Namun begitu, anak kelahiran Pahang itu terlebih dahulu mahu memastikan dirinya dilengkapi ilmu agama yang mencukupi, selain mahu mendalami teknik dakwah yang betul, seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Sebelum mengakhiri bicara dalam program televisyen itu, Safiey sempat berkongsi impiannya, iaitu ingin menebus masa lalunya yang penuh kegelapan.

“Saya dah bazirkan banyak masa di jalan maksiat, sekarang saya nak tebus semua itu,” ujarnya.

The post ‘Saya Bazir Banyak Masa Di Jalan Maksiat, Sekarang Saya Nak Tebus’ – Safiey Ilias appeared first on WOWBERITA.ORG.

Buku ‘Selfie’ Hafiz Hamidun Sudah Terjual 10,000 Naskhah

$
0
0

Tidak mudah melatah dengan kritikan mengenai buku yang dihasilkannya, Hafiz Hamidun menjelaskan bahawa perkara tersebut dalam masa yang sama turut menjadi ruang untuknya memperbaiki kelemahan di masa hadapan.

BACA: Gambar & Biodata Adiela Ridzuan, Kekasih Hafiz Hamidun

Baru-baru ini, pelakon Redza Minhat telah memberikan pendapatnya mengenai bagaimana seseorang mampu untuk mengeluarkan buku dengan hanya ber-selfie. Walaupun kenyataan itu tidak ditujukan kepada sesiapa, namun dalam masa yang sama, ramai peminat mengandaikan ia ditujukan kepada Hafiz.

“Setiap perkara yang kita lakukan, ada orang yang suka dan ada yang tidak. Jadi, saya bersikap terbuka sekiranya ada yang mengkritik mahupun memuji, walaupun antara mereka adalah daripada kalangan selebriti”

“Ia juga memberi pengajaran bagi saya untuk memperbaiki mana-mana kelemahan dalam buku yang dihasilkan itu. Sudahlah, tidak perlu besarkan isu ini. Masing-masing berhak melontarkan pandangan mereka. Yang penting, saya bersyukur Cerita Hati berjaya dijual lebih daripada 10,000 naskhah,” katanya.

The post Buku ‘Selfie’ Hafiz Hamidun Sudah Terjual 10,000 Naskhah appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Acan Akan Dihantar Ke Mana Saja Di Dunia Ini Untuk Dirawat’– TMJ

$
0
0

Pemangku Sultan Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenan melawat seorang pesakit jantung berlubang kronik, Mohd Fikri Hakim, 15, di rumahnya hari ini.

Baginda tuanku yang selesai majlis rasmi di Johor Bahru terus bergerak ke rumah Mohd Fikri atau Acan di Taman Bahagia, Bukit Pasir, Muar yang dikatakan ingin sangat berjumpa dengan Tunku Ismail.

Kehadiran Tunku Ismail ternyata membawa khabar gembira apabila Tunku menyatakan kesudiannya untuk menaja Acan mendapatkan rawatan di mana-mana sahaja di dunia ini untuk menyembuhkan penyakitnya.

Menurut seorang sukarelawan, Puan Natipah Abu yang ada bersama dalam majlis tersebut berkata, kahadiran TMJ ke rumah Acan memberikan harapan baru kepadanya.

“Semasa Tunku mengumumkan kesediaannya menaja Acan berubat, keluarga Acan dan para sukarelawan mengalirkan air mata syukur dan gembira,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Tunku mengurniakan jersi JDT yang tertera nama Acan 01 yang turut ditandatangani oleh pemain JDT.

Menurut Puan Natipah lagi, esok Acan akan dibawa untuk berjumpa dengan doktor peribadi TMJ sebelum membuat keputusan ke mana tempat yang akan ditujui di dunia untuk merawat penyakit Acan.

The post ‘Acan Akan Dihantar Ke Mana Saja Di Dunia Ini Untuk Dirawat’ – TMJ appeared first on WOWBERITA.ORG.

Muslimah Berpakaian ‘Sarung Nangka’ Tayang Body Di Facebook

$
0
0

Amboi! Melentiknya body dia, mengancam dan mengugat keimanan seorang lelaki kalau tengok gambar seksi minah ni.. Inilah yang dikatakan berpakaian, tapi macam bertelanjang.. Motif bergambar macam tu kenapa yer?? Saja nak menunjuk ‘aset’ mantop tu untuk tatapan umum ke??

Tahu lah body dia cantik dan mantop, tapi tak payah lah sengaja melentikkan badan sampai macam tu sekali.. Buruk betul bila pandang gambar yang sengaja mencari publisiti murahan macam tu! Baik punya bentuk t*tek tu terjojol dan belakang pulak menyerlahkan bentuk bontot dia.. Kalau letak cawan kat bontot dia pun, rasanya tak jatuh kot noh.. Hahahaa..

Lelaki gatal kalau melihat perempuan berpakaian melekat macam tu, walaupun bertudung mesti dorang geram punya lah.. Yela, berpakaian ketat dan melekat macam tu, mesti menarik perhatian dan menaikkan nafsu dorang jer! Korang lihat dan baca jer lah komen-komen kat gambar minah tu, komen berbaur lucah jer..

Komen-komen macam tu ke korang nak?? Ini ke yang korang cuba raih perhatian lelaki untuk komen kat gambar korang?? Korang kata tak nak orang lain pandang serong kat korang, tapi korang sendiri tunjuk perangai buruk korang.. Macam mana orang lain tak label korang macam-macam, betul tak??

Nak muat naik gambar di media sosial tu boleh, tapi biar lah gambar yang menyejukkan mata yer! Nak tunjuk body seksi korang tu, tunjuk kepada yang berhak jer.. Tak perlu nak kongsi pada mata umum yang tak ada mengena dengan korang, buat menambah dosa jer!

The post Muslimah Berpakaian ‘Sarung Nangka’ Tayang Body Di Facebook appeared first on WOWBERITA.ORG.

Pekerja TH Terima Ganti Rugi RM67,000 Kerana Lipas Dalam Makanan Hospital

$
0
0

Seorang pegawai khidmat pelanggan Lembaga Tabung Haji (TH) melalui pengalaman menjijikkan apabila termakan bahagian kepala dan kaki seekor lipas yang ditemui di dalam makanannya ketika dirawat di sebuah hospital swasta di sini, Mei tahun lepas.

Kesan daripada insiden itu, Wan Hailmey Mahrawi, 38, mengalami loya, muntah-muntah, sakit perut dan demam panas.

Bagaimanapun, nasib beliau terbela apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Selangor Specialist Hospital Sdn Bhd, pemilik KPJ Selangor Specialist Hospital (KPJ Selangor) membayar ganti rugi RM67,000 selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan oleh Wan Hailmey terhadap syarikat itu pada Ogos tahun lepas.

Dalam keputusan ringkasnya, Hakim G.Ramesh berkata Wan Hailmey selaku plaintif berjaya membuktikan kesnya dan justeru tuntutan beliau dibenarkan dengan kos.

Ramesh memerintahkan Wan Hailmey dibayar pampasan sebanyak RM7,000 bagi ganti rugi am untuk sakit perut dengan cirit birit selama lima hari dan RM60,000 bagi ganti rugi teladan.

Keputusan Ramesh dibacakan Hakim Nurulizwan Ahmad Zubir kerana Hakim Ramesh yang mendengar kes itu telah bertukar ke mahkamah Petaling Jaya.

Turut hadir peguam Hazizah Kassim yang mewakili plaintif dan peguam Rodzeka Kamdari dan Aziana Abu Bakar yang mewakili defendan. Bagaimanapun, Wan Hailmey tidak hadir.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif berkata pada 18 Mei tahun lepas, beliau dimasukkan ke KPJ Selangor selama lima hari untuk mendapatkan rawatan kerana masalah cakera teranjak di bahagian tulang belakang yang dialami sejak 2006.

Wan Haimey mendakwa pada 20 Mei, beliau telah disediakan hidangan makanan tengah hari iaitu nasi putih, ikan masak asam pedas serta sayur dan ketika menikmati makanan itu, plaintif mendapati sayur itu mengandungi seekor lipas dan beliau termakan bahagian kepala serta kaki lipas berkenaan.

Sejurus itu, katanya, beliau memanggil beberapa jururawat yang berada di dalam wad untuk menunjukkan lipas itu dan ada di antara jururawat itu mengambil gambar lipas berkenaan.

Keesokannya (21 Mei), plaintif berkata beberapa pegawai defendan termasuk pengurus operasi, ketua jururawat, chef serta dua individu lain datang berjumpa dengan beliau di wad berkenaan insiden itu.

Menurutnya selepas insiden itu, beliau mengalami muntah-muntah, loya, sakit perut, demam panas, hilang selera makan serta trauma untuk makan nasi dan insiden itu juga memberi kesan buruk kepadanya dari segi fizikal dan mental.

Beliau mendakwa defendan selaku pemilik KPJ Selangor gagal dan/atau cuai untuk memastikan makanan yang disediakan kepadanya selamat dan/atau bersih daripada serangga perosak.
Pada 1 Jun, plaintif membuat aduan berkenaan insiden itu kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan.

Wan Hailmey berkata pada 2 Jun, beliau melalui peguamnya memberi notis tuntutan kepada defendan untuk satu ganti rugi, namun, defendan didakwa telah gagal, enggan dan/atau cuai untuk memenuhi tuntutan di dalam notis tuntutan itu.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi kesakitan yang dialaminya setelah memakan makanan mengandungi lipas itu, ganti rugi teladan, faedah enam peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos tindakan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

The post Pekerja TH Terima Ganti Rugi RM67,000 Kerana Lipas Dalam Makanan Hospital appeared first on WOWBERITA.ORG.

Raja Muda Perlis Kongsi Petua Tak Tersalah Beli Harumanis

$
0
0

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkongsi petua membeli Harumanis asli bagi mengelak orang ramai ‘tersalah membeli’ atau ‘tertipu’ semasa membeli buah yang menjadi ikon negeri ini.

Beza Harumanis asli daripada buah tiruan atau buah import ‘Tom Dam’, misalnya ialah Harumanis Perlis lekuk pada tangkainya berbeza dengan buah dari Thailand yang mempunyai lekuk pada pangkal tangkai dan di bahagian luar tangkai.

Baginda bertitah ‘Harumanis Thai’, ‘Harumanis Kampung’ dan ‘Harumanis’’ merupakan antara nama yang digunakan bagi melariskan jualan mempelam.

“Kalau di Pantai Timur, Tom Dam ini juga dikenali sebagai ‘Pauh Mas Hitam’ yang juga dijual di tepi jalan, pasar malam atau ditempah secara dalam talin.

“Difahamkan ‘Harumanis Tipu’ turut dijual di Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur dengan nama yang lebih gah iaitu ‘King of Harumanis’, yang jika dilihat dari segi fizikalnya sahaja memang sesetengah pembeli akan menyangka ia adalah Harumanis dari Perlis,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan program AZAMTANI Jabatan Pertanian Negeri Perlis kepada Sunin Pin‎ di Kampung Kota Kayang, Kuala Perlis di sini hari ini.

Situasi ini perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh semua pihak kerana Harumanis membawa imej negeri Perlis, titah baginda.

Tom Dam juga mempunyai ‘bahu’ yang sama tinggi manakala Harumanis mempunyai bahu yang tidak sama tinggi antara kiri dan kanan, katanya.

Ketiga, bentuk bucu hujung Tom Dam tirus manakala Harumanis Perlis mempunyai bucu hujung yang sekata.

Keempat adalah dari segi tekstur buah itu, kerana Tom Dam lebih berserat dan ketara serta banyak jus, manakala Harumanis memiliki serat yang amat halus dan sedikit jus tetapi jauh lebih manis.

Justeru, baginda menasihatkan orang ramai supaya mengetahui ciri-ciri sebenar Harumanis untuk mengelak daripada ditipu atau berkunjung ke Pusat Petanian Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat di sini untuk mendapatkan maklumat tepat.

“Penjualan yang menggunakan nama Harumanis Perlis bagi melariskan jualan akan dipantau oleh pasukan khas yang ditubuhkan Kerajaan Negeri diketuai oleh KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan)serta dibantu beberapa agensi lain termasuk polis,” titah baginda.

The post Raja Muda Perlis Kongsi Petua Tak Tersalah Beli Harumanis appeared first on WOWBERITA.ORG.

Ayah Pin Meninggal Dunia Malam Tadi

$
0
0

Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ariffin Muhamad atau Ayah Pin, 74, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, jam 8.30 malam tadi.

Isterinya, Jaharah Awang, 56, berkata suaminya meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam tadi. Ayah Pin, adalah pengasas kepada “Kerajaan Langit” yang dan disenaraikan pihak berkuasa agama dalam kumpulan agama sesat yang berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut.

Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil “Tuhan” segala agama, manakala pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu berkenaan.

Sementara itu, jenazah Ayah Pin dikebumikan jam 8 pagi ini di tanah perkuburan berhampiran rumahnya di perkampungan berkenaan.

Ayah Pin, 74, yang meninggalkan tiga balu, dikatakan diserang angin ahmar sejak beberapa tahun lalu.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mengeluarkan fatwa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997.

Pada April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan.

The post Ayah Pin Meninggal Dunia Malam Tadi appeared first on WOWBERITA.ORG.


Pakai Baju Tak Cukup Kain, Peminat Pertikai Agama Juliana Evans

$
0
0

Artis wanita ni kalau pergi bercuti kat tepi pantai saja, mula la berpakaian macam tak cukup kain.. Singkat sana sini, duit habis ke nak beli baju yang lebih sopan dan tertutup kalau nak bercuti kat tepi pantai..

Admin percaya artis wanita seksi-seksi ni mesti dah sediakan siap-siap dalam beg baju dorang pakaian berbikini tepi pantai.. Baru ‘mat salleh’ la kan? Pergi mandi manda tepi pantai takkan nak pakai T-shirt dengan seluar track pula..

Menerusi akaun Instagram milik pelakon jelita Juliana Evans, dia kini sedang bercuti bersama rakan-rakannya kat sebuah pulau.. Palau paling cantik menjadi tumpuan artis tempatan mestinya kat Bali, Indonesia..

Artis ni pun berani nak pakai seksi kat luar Negara saja.. Kalau kat dalam Malaysia dia tahu ada mata-mata yang memerhati.. Juliana dikritik berpakaian seksi oleh netizen, macam pakai bikini pun ada..

Sebabkan itu status Agama Juliana telah dipersoalkan oleh netizen.. Suka sangat ikut budaya barat, dorang tu tak apa la memang dah tahu agama apa.. Juliana ni nak berpakaian seksi, dah macam tak ada agama..

Bila ada darah kacukan mesti berpakaian seksi nak ikut budaya barat.. Buat malu ja bila ada orang persoalkan agama.. Takkan Juliana nak jawab soalan peminat, bila ditanya soalan agama macam tu..

The post Pakai Baju Tak Cukup Kain, Peminat Pertikai Agama Juliana Evans appeared first on WOWBERITA.ORG.

Live Streaming Kelantan vs Terengganu 23.4.2016 Liga Super

$
0
0

Live Streaming Kelantan vs Terengganu pada 23 April 2016 Liga Super. Siaran langsung perlawanan kesembilan aksi Liga Super Malaysia 2016 menyaksikan pertembungan antara pasukan Kelantan menentang Terengganu bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru bermula pada jam 9.00 malam Sabtu. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV3 bermula pada seawal jam 8.30 malam. Bagi penyokong yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Kelantan lawan Terengganu Liga Super 2016.

Live Streaming Kelantan vs Terengganu 23.4.2016 Liga Super

Server 1: TV3

Jadual Siaran Langsung Kelantan vs Terengganu Liga Super 2016

Tarikh: 23 April 2016 (Sabtu)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Stadium Sultan Muhammad IV
Siaran Rasmi: TV3 bermula pada jam 8.30 malam

The post Live Streaming Kelantan vs Terengganu 23.4.2016 Liga Super appeared first on WOWBERITA.ORG.

Netizen Kecam Zizie Ezette Buka Tudung Di Osaka

$
0
0

Sudah lama tidak melihat Zizie Izette berlakon tapi dia masih seorang selebriti, bukan? Ramai mengetahui Zizie telah bertudung namun dia baru-baru ini memuat naik satu gambar dirinya dan rakan-rakan sedang melancong di Osaka, Jepun dengan tidak bertudung ke akaun Instagramnya.

Sebaliknya dalam gambar itu Zizie mengenakan topi dan menampakkan sebahagian rambutnya.

Ada yang mengkritik tindakan Zizie ini. Bagi mereka, melihat orang berhijrah memberi satu bentuk kekuatan pada masyarakat.

Tetapi ramai juga yang mempertahankan Zizie dan menganggap pengikut di Instagram tidak perlu menghakimi beliau. Sekiranya tidak suka, unfollow saja, kata mereka. Setakat ini Zizie tidak memberi reaksi kepada kritikan yang ditulis di Instagramnya.

Tapi komen pengkritik itu ada benarnya. Mengapa bertudung dari awal jika ingin membuka tudung akhirnya. Kalau diketahui memang tidak bertudung, orang ramai tidak akan kisah, bukan? Apa pendapat anda?

The post Netizen Kecam Zizie Ezette Buka Tudung Di Osaka appeared first on WOWBERITA.ORG.

(10 Gambar) Sekitar Majlis Berinai Yatt Hamzah

$
0
0

Pada malam semalam telah berlangsung majlis berinai Yatt Hamzah. Sementara itu, pada hari ini akan berlangsung majlis bertandang pula bagi pihak lelaki yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan.

Yatt Hamzah dan juga pasangannya, Mohammad Zulfadli kerana telah selamat diijabkabul di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Februari lalu. Dalam pada yang sama, sebelum ini Yatt pernah terlibat dalam kemalangan teruk bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung. Semoga perkahwinan pasangan ini kekal bahagia dan dipermudahkan segala urusan.

The post (10 Gambar) Sekitar Majlis Berinai Yatt Hamzah appeared first on WOWBERITA.ORG.

Live Streaming JDT vs Kedah 23.4.2016 Liga Super

$
0
0

Live Streaming KJDT vs Kedah pada 23 April 2016 Liga Super. Siaran langsung perlawanan kesembilan aksi Liga Super Malaysia 2016 menyaksikan pertembungan antara pasukan Kedah menentang Johor Darul Ta’zim bertempat di Stadium Darul Aman bermula pada jam 9.00 malam Sabtu. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada seawal jam 8.30 malam. Bagi penyokong yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online JDT lawan Kedah Liga Super 2016.

Live Streaming JDT vs Kedah 23.4.2016 Liga Super

Server 1: TV9

Jadual Siaran Langsung JDT vs Kedah Liga Super 2016

Tarikh: 23 April 2016 (Sabtu)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Stadium Darul Aman
Siaran Rasmi: TV9 bermula pada jam 8.30 malam

The post Live Streaming JDT vs Kedah 23.4.2016 Liga Super appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live