Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Uqasha Senrose Belanja ‘Apam Manis’ Untuk Penonton Teater Ombak Rindu

$
0
0

Ada yang dah pergi tengok teater ‘Ombak Rindu’yang dipentaskan kat Istana Budaya? Nak tahu juga mendapat sambutan atau tidak, bila watak utama dipegang oleh Uqasha Senrose.. Admin dapat tahu ramai peminat yang boikot dari pergi tengok teater tu..

Admin rasa korang kena melupakan hasrat untuk boikot teater ‘Ombak Rindu’ tu lah.. Sebab Uqasha ada buat tayangan istimewa kat peminat yang pergi tengok teater tu secara live.. Hahaha..

Mesti pelik kan? Tayangan apa yang Uqasha nak tunjuk pada penonton ni.. Sebenarnya, Uqasha ada memuatnaik gambar dia tengah dok praktis untuk teater itu.. Tapi, Uqasha kena kritik sebab dah belanja ‘apam manis’ kat semua orang..

Pakai seluar singkat nampak habis bentuk ‘apam manis’.. Tapi, ‘manis’ ke? Hahaha..Dah tahu diri tu pakai tudung, tak boleh ke pakai baju dan seluar yang elok sikit.. Nak tayang habis kat orang tu dah kenapa..

Ini antara salah satu promosi yang nak dibuat oleh Uqasha pada penonton ke? Mungkin dia tahu teater tersebut bakal diboikot, sebab tu Uqasha tayang ‘apam manis’ untuk peminat.. Setakat apam kecik macam tu, peminat tak heran la..

Ada ke yang nak pergi tengok ‘apam manis’ Uqasha tu kat teater? Uqasha nak belanja tu, pergi cepat sebelum terlambat, banyak lagi kot benda lain yang Uqasha nak tunjuk.. Ada adegan Uqasha kena rogol kan? Mana tahu dapat tengok Uqasha bukak baju ke.. Hahaha..

The post Uqasha Senrose Belanja ‘Apam Manis’ Untuk Penonton Teater Ombak Rindu appeared first on WOWBERITA.ORG.


Akibat Dicakar& Digigit Kucing, Tangan Membengkak Lalu Berlubang

$
0
0

Hati-hati bila berhadapan dengan kucing yang tengah bergaduh kerana gigitan manja dengan gigitan mempertahankan diri adalah sangat berbeza.

Lihat saja gambar di bawah ini, dari gigitan kecil kini luka tersebut menjadi satu lubang yang besar akibat dari jangkitan Sporotrichosis. Jangkitan Chronic fungal ini akan menyerang kulit anda sehingga ia berlubang.

Fungal ini berbahaya kerana ia sukar dikesan. Ia akan membuatkan badan anda berasa sangat sakit dan luka bernanah selain dari boleh menyerang di bahagian anggota badan yang lain.

Kalau kena cakar pun bahaya juga, kerana Cat Scratch Disease dari bakteria jenis Barttonella Hendelae boleh menyebabkan jangkitan. Walaupun luka akibat digigit kucing, namun ianya boleh membawa maut.

Tapi jangan risau, kes seperti ini jarang-jarang berlaku. Cuma pastikan kebersihan dan kesihatan kucing anda dijaga. Sekiranya insiden seumpama ini berlaku, cepat-cepat ke klinik atau hospital berhampiran. Jangan tunggu sampai dah teruk baru nak jumpa doktor

The post Akibat Dicakar& Digigit Kucing, Tangan Membengkak Lalu Berlubang appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Dato’ Aliff Syukri ‘Terlajak Laris’ Beli Kucing RM30,000

$
0
0

Kerana minat, pemilik D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd sanggup berhabis duit membeli seekor kucing eksotik sebagai haiwan peliharaannya yang bernilai RM30,000.

Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata di laman Instagrammnya, dirinya terpengaruh dengan hobi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang meminati kucing liar.

Dipercayai baka “Savannah” dari Afrika, kucing berbulu jingga dan bertompok-tompok hitam itu diberi nama Dody, berumur tiga bulan, sebesar empat kali ganda saiz kucing biasa.

Kucing Savannah merupakan kacukan kucing dengan haiwan serval, sejenis kucing liar bersaiz sederhaha tetapi bertelinga besar, dan mula popular sedunia sejak tahun 1990-an.

Hello i m dodi…umur saya 3 bulan 😹😹😹 ahli keluarga baru abang @aliffsyukriterlajaklaris

A photo posted by Dody (@kucingatl) on

Tidak cukup dengan itu, Aliff turut membuka akaun Instagram untuk Dody di @kucingatl, dan sehingga kini pantas menarik minat lebih 3,000 pengikut.

Tidak seperti kucing lain, bakal penaja kelab bola sepak Kedah itu berkata, Dody tidak memakan ikan, sebaliknya hanya ayam dan daging sahaja.

Katanya, kucing itu ditempah sebulan awal dan terpaksa kumpul duit agak lama sebelum dapat memilikinya.

The post (Video) Dato’ Aliff Syukri ‘Terlajak Laris’ Beli Kucing RM30,000 appeared first on WOWBERITA.ORG.

(7 Gambar) Lelaki Cedera Telefon Bimbit Meletup Ketika Jawab Panggilan

$
0
0

Pemandu bot cedera di muka kanan, telinga, dada dan tangan kanan apabila telefon bimbit sedang dicaj meletup dalam kejadian di Kampung Titi Serong, Yan.

Kejadian ketika Muhammad Syawal Md Isa, 27, menjawab panggilan telefon yang diletakkan di atas meja, kira-kira 3 pagi hari ini.

Ketika itu, dia sedang tidur bersama anak perempuan berusia tiga tahun, tetapi bangun untuk menjawab telefon seorang diri.

Muhammad Syawal berkata, tiba-tiba telefon bimbit di tangannya meletup dengan kuat ketika menekan butang menjawab sebelum berasa mata, muka dan tangan kanannya terlalu sakit.

“Saya kemudian berlari ke rumah ibu saudara yang terletak bersebelahan bagi meminta bantuan sebelum dihantar ke Hospital Yan bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Dia kemudian dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail dalam satu kenyataan mengesahkan lelaki cedera di muka kanan, telinga kanan, dada sebelah kanan dan tangan kanan menerima rawatan di Hospital Yan.

Menurutnya, lelaki itu kemudian dirujuk ke HSAH sebelum dimasukkan ke Wad Oftalmologi (mata) untuk rawatan pakar.

“Pemeriksaan pakar oftalmologi mendapati terdapat kecederaan pada telinga kanan dan permukaan kulit yang terbakar dengan serpihan besi di bahagian kanan muka, dada dan tangan kanan.

“Selain itu, mangsa turut luka pada kornea mata kanan dan terdapat serpihan bendasing dalam mata selain samping pendarahan pada telinga kanan.

“Lelaki itu dijangka dirujuk ke Hospital Sungai Buloh, Selangor, bagi mendapat pemeriksaan lanjut oleh Pakar Oftalmologi pengkhususan bahagian kornea,” katanya.

The post (7 Gambar) Lelaki Cedera Telefon Bimbit Meletup Ketika Jawab Panggilan appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Kalau Tak Buat Salah, Kenapa Takut?’– Doktor Bidas Pesakit Pertikai Ujian Kehamilan

$
0
0

Sudah menjadi tugas seorang doktor untuk memastikan segala kemungkinan yang boleh mengancam nyawa pesakitnya, diteliti dan diperiksa.

Ini adalah prosedur penting dalam perubatan sebelum memastikan jenis rawatan dan diagnosis yang ingin dijalankan.

Justeru apabila ada yang mempertikaikannya sehingga memviralkannya di laman sosial, tidak hairanlah ia mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengamal perubatan.

Semuanya bermula apabila seorang wanita muda memuat naik status memarahi doktor yang merawatnya kerana meminta dia membuat ujian kehamilan.

Atas dasar dia belum berkahwin, arahan doktor itu disifatkan sebagai bukan sahaja tidak masuk akal, malah juga memalukan.

Namun seorang doktor, Abdul Rahman Abdul Kadir, menerusi akaun Facebook, menjelaskan situasi sebenar sebab mengapa ujian kehamilan diperlukan.

Kata Abdul Rahman, apabila seorang wanita yang berada dalam lingkungan usia produktif, bertemu doktor atas sebab mengalami sakit dalam perut, kemungkinan paling bahaya yang perlu diketepikan adalah kehamilan luar rahim atau ectopic pregnancy.

Kehamilan luar rahim, jika tidak dirawat dengan betul, boleh mengakibatkan kematian.

Justeru, untuk memastikan perkara ini, ujian air kencing adalah satu keperluan.

Tambah Abdul Rahman, masyarakat mungkin akan mempersoalkan mengapa tidak ditanya sahaja adakah pesakit berkemungkinan hamil. Namun jelasnya, pengalaman mengajar mereka untuk tidak bergantung sepenuhnya dengan apa yang diberitahu pesakit.

Ini kerana, bukan sekali dua mereka yang mengaku tidak mungkin hamil, malah tidak pernah melakukan hubungan kelamin, akhirnya disahkan hamil selepas menjalani pemeriksaan.

Apa yang dilakukan oleh para doktor, kata Abdul Rahman, adalah untuk menyelamatkan nyawa, bukan untuk memalukan sesiapa.

Abdul Rahman juga sempat menasihati orang ramai agar tidak cepat menjatuhkan hukuman, sebaliknya memahami sesuatu perkara terlebih dahulu.

The post ‘Kalau Tak Buat Salah, Kenapa Takut?’ – Doktor Bidas Pesakit Pertikai Ujian Kehamilan appeared first on WOWBERITA.ORG.

Ditipu ‘iPhone’ RM350, Pembeli Enggan Tuntut Ganti Rugi Takut Dipukul

$
0
0

Lagi kes pembeli tertipu telefon klon, kali ini di sebuah kedai di pusat beli-belah Kompleks Pertama di sini.

Disangka tulen, telefon klon buatan China berharga RM350 yang dibeli Muhammad Thaufiq Zulkifli, 23, hanya mampu bertahan lima jam sahaja sebelum mula rosak dan akhirnya tidak lagi berfungsi.

Namun beliau enggan kembali dan meminta ganti rugi daripada pemilik premis, bimbang timbul masalah lain atau menyebabkan dirinya dipukul.

“Pada awalnya saya berkunjung ke pusat beli belah itu jam 7 malam untuk melihat saja, sebelum tertarik dengan telefon bimbit terpakai jenama iPhone yang dijual dengan harga RM350.

“Berulang kali saya bertanya kepada pekerja di gerai itu bagi memastikan ketulenan telefon bimbit, selain turut memeriksanya bagi mengelak ditipu, katanya dipetik laporan Harian Metro, hari ini.

Beliau kemudian membuat aduan di Balai Polis Dang Wangi di sini, di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Aktivis PPIM, Mohamad Yusof Azmi yang membuat pemantauan ke kedai telefon bimbit itu petang semalam mengesahkan wujud unsur penipuan.

Modus operandi katanya, pemilik gerai itu mempromosikan telefon bimbit asli, namun menyerahkan jenis klon ketika urusan jual beli selesai.

“Malah pada resit jual beli tidak mempunyai harga barangan terbabit dan cop syarikat juga tiada bertujuan mengelirukan mangsanya,” katanya dilapor akhbar itu lagi.

Katanya, setakat ini PPIM menerima 200 aduan sejak 2012 tentang penipuan jualan telefon bimbit di pusat beli belah terkemuka itu.

The post Ditipu ‘iPhone’ RM350, Pembeli Enggan Tuntut Ganti Rugi Takut Dipukul appeared first on WOWBERITA.ORG.

Sultan Terengganu Murka, Tarik Balik Semua Darjah Kebesaran MB

$
0
0

Kerajaan negeri berada dalam kemelut apabila Istana Terengganu dikatakan telah menarik kembali semua gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman pada Jumaat petang lalu.

Menurut sumber dari Kuala Terengganu yang dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Istana berkata Ahmad Razif yang juga merupakan Adun Seberang Takir kini tidak lagi mempunyai sebarang gelaran kebesaran.

“Comfirm. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja.

“Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau serah semua darjah kebesaran,” kata sumber tersebut memetik laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal.

Sumber tersebut turut berkata, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin murka dengan ucapan Razif ketika mengiringi baginda dalam satu program sebelum solat Jumaat.

Dengan apa yang berlaku sekarang, sumber Umno itu berkata, Umno mempunyai tiga pilihan untuk dibuat.

“Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang kedua menukar MB kepada Adun yang lain.

“Ketiga adalah Umno membuat kerajaan perpaduan dengan PAS di Terengganu,” kata sumber itu lagi.

Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).

8 Mac lalu, bekas MB yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.

Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu, Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sebelum ini mendakwa dua lagi Adun Umno akan menyertai Ahmad Said untuk menjadi Adun Bebas.

Ini menjadikan Umno (BN) mempunyai 14 Adun, PAS (14), Bebas (3) dan PKR (1).

Jika kumpulan Ahmad Said bergabung dengan pembangkang (PAS dan PKR), kerajaan negeri Terengganu yang ada akan jatuh.

Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini meminta Adun-adun PAS tidak campur tangan atau memihak dalam isu ini.

Ini menjadikan besar kemungkinan PAS akan bersama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu. – SuaraTV

The post Sultan Terengganu Murka, Tarik Balik Semua Darjah Kebesaran MB appeared first on WOWBERITA.ORG.

Datuk Vida Mungkin Tarik Balik Taja Kelantan

$
0
0

Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman tidak menolak kemungkinan beliau menarik diri daripada menaja skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Pengasas Vida Beauty yang dikenali panggilan Dr Vida itu menjawab khabar angin yang tersebar dalam laman sosial mengatakan beliau akan menghentikan tajaan bernilai jutaan ringgit itu susulan prestasi terumbang-ambing skuad pantai timur itu dalam saingan musim ini.

“Saya tidak nafikan (khabar angin itu). Saya seorang ahli perniagaan, saya nak apa yang saya jual (produk) berkesan dan membantu (pasukan).

” Tetapi kalau mereka tak tingkatkan prestasi, jualan saya pula menjunam macam mana saya hendak bayar (gaji),” katanya dalam sidang media malam tadi.

The post Datuk Vida Mungkin Tarik Balik Taja Kelantan appeared first on WOWBERITA.ORG.


1.25 Juta Peminjam PTPTN Tersenarai Dalam CCRIS

$
0
0

Seramai 1.25 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini tersenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) .

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah itu bukanlah bertujuan menyenarai hitam peminjam, sebaliknya ia bagi mendisiplinkan peminjam supaya membayar semula pinjaman secara konsisten.

“Saya hendak maklumkan tindakan ini bukan senarai hitam ia hanya memasukkan nama kepada sistem rujukan kredit Bank Negara. Ini amalan mana-mana syarikat kewangan ia bukan tindakan luar biasa, ini amalan yang dipraktikkan oleh mana-mana institusi kewangan,” kata Shamsul Anuar selepas pelancaran SSPN-i Plus peringkat Pulau Pinang di Bukit Mertajam, hari ini.

Katanya, peminjam yang mempunyai rekod pembayaran buruk berisiko sukar memperoleh kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan, termasuk bagi permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan dan kenderaan.

Tambahnya, setiap tahun, PTPTN memerlukan kira-kira RM5 bilion bagi menyediakan pinjaman kepada pelajar baharu.

Justeru langkah yang dilakukan PTPTN itu bagi memastikan mereka dapat memungut semula wang bagi kegunaan peminjam baharu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan yang tersebar di laman media sosial bahawa peminjam PTPTN yang berada di dalam CCRIS tidak boleh membuat pinjaman pembelian kereta dan perumahan.

Pada 16 Jun 2015 , PTPTN telah menghantar senarai nama peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman balik kepada PTPTN ke Bank Negara dan nama mereka telah dimasukkan dalam senarai CCRIS.

The post 1.25 Juta Peminjam PTPTN Tersenarai Dalam CCRIS appeared first on WOWBERITA.ORG.

MB Terengganu Enggan Ulas Gelaran Datuk Seri Ditarik Balik

$
0
0

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan mengulas ketika ditanya mengenai desas-desus penarikan balik darjah kebesaran istana Terengganu yang diberikan kepadanya.

Beliau hanya mengucapkan ringkas ‘terima kasih’ dan menaiki kenderaan rasminya apabila diserbu wartawan sebelum meninggalkan Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di Hotel Primula, di sini, sebentar tadi.

BACA: Sultan Terengganu Murka, Tarik Balik Semua Darjah Kebesaran MB

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Osman Muda turut enggan mengulas apabila ditanya mengenai viral perlucutan gelaran itu.

Sementara itu, BH difahamkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin belum mengeluarkan titah rasmi berhubung isu perlucutan itu.

Difahamkan juga titah mengenai perlucutan anugerah itu hanya disuarakan secara lisan.

Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.

Pagi ini, pada majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, gelaran Datuk Seri tidak disebut oleh pengacara majlis, sekadar menyebut Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu.

Sultan Mizan berangkat dan merasmikan Persidangan Wakaf Senusantara 2016 itu.

Pada ucapan alu-aluan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hanya menyebut Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti ucapan majlis lain, sebelum ini.

The post MB Terengganu Enggan Ulas Gelaran Datuk Seri Ditarik Balik appeared first on WOWBERITA.ORG.

Anak Tak Dipilih Ketua Pengawas, Ibu Buat Aduan Pada Kementerian

$
0
0

Tidak puas hati dengan alasan yang diberikan oleh jawatankuasa pemilihan ketua pengawas, seorang ibu kepada murid lelaki berusia 11 tahun membuat aduan kepada Kementerian Pelajaran.

Kalaichelvi Nadarajan membuat aduan kepada kementerian itu selepas anaknya tidak dipilih sebagai ketua pengawas pada 4 Februari oleh jawatankuasa pemilihan sekolah Sri KDU.

Beliau meminta alasan diberikan mengapa calon yang lain lebih sesuai sebagai ketua pengawas sekolah persendirian itu, tetapi penegasannya dinafikan oleh pihak sekolah.

“Anak lelaki saya bekerja keras, menunjukkan pencapaian atas purata (dalam program-program akademik dan ko-kurikulum) dan malah ditawarkan kedudukan teratas dalam lembaga pengawas tahun lepas.

“Namun, tahun ini, tiada siapa yang boleh beritahu saya mengapa pelajar yang lain telah dipilih (sebagai ketua pengawas) berbanding anak saya,” kata Kalaichelvi.

AK Chan, ketua pegawai operasi (COO) dan pengarah akademik sekolah Sri KDU, dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada hari Khamis, mempertahankan prosedur pemilihan jawatankuasa.

“Dalam penilaian jawatankuasa itu di Sekolah Sri KDU, (pelajar yang telah dipilih sebagai ketua pengawas) adalah calon yang lebih sesuai untuk jawatan itu, berdasarkan hasil daripada keseluruhan proses pemilihan.

“(Pemilihan ini juga berdasarkan kepada) pemerhatian jawatankuasa ini kepada kematangan pelajar, kesabaran, komitmen, dan ketekunan dalam melaksanakan tugasnya pada tahun lepas, serta penghormatan yang beliau dapat dari yang lain daripada badan pengawas,” jelas Chan.

The post Anak Tak Dipilih Ketua Pengawas, Ibu Buat Aduan Pada Kementerian appeared first on WOWBERITA.ORG.

TMJ Intai Peluang Beli Kelab Bola Sepak AC Milan

$
0
0

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendedahkan sedang dalam proses perbincangan untuk membeli kelab gergasi Serie A Itali, AC Milan.

Walaupun fokus Tunku Mahkota Johor (TMJ) ketika ini adalah mengukuhkan pembangunan JDT, namun beliau mempunyai hasrat yang cukup besar.

Dalam sesi temu bual eksklusif dengan akhbar Singapura, The Straits Times, TMJ mendedahkan hasratnya untuk membeli kelab Serie A itu.

“Saya merancang untuk membeli AC Milan, namun kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. Saya suka Milan dan saya memang meminati bola sepak Itali sejak kecil lagi,” jelasnya.

Tidak dinafikan JDT sentiasa menjadi agenda utama, namun TMJ menjelaskan sekiranya beliau mahu membeli kelab bola sepak di Eropah, AC Milan akan menjadi pilihannya.

Difahamkan, kedua-dua pihak ketika ini mereka berada di tahap perbincangan.

The Rossoneri ketika ini dimiliki bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.

Berlusconi turut menyatakan hasrat untuk menjual kelab itu yang sedang menanggung hutang besar.

TMJ turut mahu kedua-dua pasukan (JDT dan AC Milan) membentuk satu hubungan rapat sekiranya proses pembelian kelab itu terlaksana.

“Ia akan jadi satu jalinan secara langsung di antara JDT dan AC Milan,” katanya.

Mengikut laporan Forbes, juara 18 kali Serie A itu kini sedang menanggung hutang mencecah AS$100 juta (RM390 juta).

Namun, AC Milan kekal sebagai salah sebuah pasukan yang mempunyai sokongan teguh di Itali.

Sebelum ini, seorang tokoh perniagaan Malaysia, Datuk Dr Noordin Ahmad, telah membeli 50 peratus saham kelab yang bersaing dalam Serie B, FC Bari.

Sekiranya TMJ berjaya memiliki AC Milan, sudah pasti ia akan menjadi berita gembira buat peminat bola sepak tanah air, khususnya rakyat Johor.

The post TMJ Intai Peluang Beli Kelab Bola Sepak AC Milan appeared first on WOWBERITA.ORG.

Fesyen Baju Raya ‘Shirtless’ Dikecam Netizen

$
0
0

Koleksi baju raya yang diilhamkan oleh pereka Anuar Faizal dikecam selepas membabitkan rekaan yang dilihat tidak sesuai untuk digayakan semasa Aidifitri.

Koleksi yang dinamakan Eid by Anuar Faizal itu memperaga sesetengah model yang mengenakan koleksi yang hanya berseluar.

Tindakan Anuar memuat naik beberapa keping gambar rekaannya laman sosial Instagram menarik perhatian netizen yang menggesa pereka itu menghormati bulan Syawal.

Seorang netizen, Afiqqkamal menyifatkan ia fesyen yang tidak bijak ekoran rekaannya itu mendedahkan aurat.

“Bodohnye la hai fesyen Baju Melayu macam ni, siap dedah aurat” katanya.

Selain, “Raya 2016 tidak ada baju, tahun 2017-2018 pakai spender dan bikini sahaja, yang penting selitkan warna-warna Aidilfitri,” kata abam_ad96 pula.

Tidak kurang yang menyokong dan menyifatkan rekaan Anuar sebagai di luar kotak pemikiran pereka biasa.
“Creative people thinks outside the box.. good job,” kata ronn_luffy.

Bagaimanapun, sehingga kini Anuar masih tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai rekaanya itu.

The post Fesyen Baju Raya ‘Shirtless’ Dikecam Netizen appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Bukan Mahu Publisiti Murahan’– Pereka Baju Raya

$
0
0

Pereka fesyen Anuar Faizal tidak akan membuat kerja gila dengan menampilkan rekaan bersampin tanpa memakai baju atau hanya berseluar saja untuk dipakai di pagi raya.

Beliau berkata, tujuan model lelaki hanya memakai sampin saja bagi memperlihatkan kepada umum fungsi dan kegunaan rekaan itu.

Manakala, model berseluar saja pula bertujuan menunjukkan rekaan seluar ‘slimfit’ yang dilengkapi dua poket kiri dan kanan selain menggunakan getah di belakang untuk memudahkan pergerakan ketika solat.

“Saya menjualnya dengan set lengkap iaitu termasuk sampin, baju serta seluar namun pada majlis itu saya mahu menonjolkan rekaan terbabit secara jelas kepada umum saja.

“Sebelum majlis itu berlangsung, saya sudah memikirkan kemungkinan yang akan berlaku termasuk dikritik oleh orang ramai yang kemungkinan tidak memahami tindakan itu hanya mahu menunjukkan rekaan semata-mata dan bukannya mahu publisiti murahan,” katanya.

Sebelum ini, majlis ‘An EIDevening witih ANUARFAIZAL: Unveiling the Eid Collection for Men’ mendapat kritikan nitizen di laman sosial apabila model yang memperagakan pakaian hanya berseluar atau bersampin saja.

The post ‘Bukan Mahu Publisiti Murahan’ – Pereka Baju Raya appeared first on WOWBERITA.ORG.

Naikkan Harga Barang, Raja Arab Saudi Pecat Menteri Air & Tenaga

$
0
0

Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bertindak memecat menteri air dan tenaga negara itu, Abdullah al-Hussayen di tengah-tengah kemarahan rakyat berikutan kenaikan harga barangan, lapor media rasmi Arab Saudi, SPA.

Raja Salman mengeluarkan perintah itu pada Sabtu, yang memecat Abdullah dan menggantikannya buat sementara dengan Menteri Pertanian, Abdel Rahman al-Fadli.

Pemecatan itu juga susulan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi ke atas elektrik, air dan beberapa perkhidmatan lain.

Mac lalu, agensi berita Arab News melaporkan Abdullah telah meminta rakyat untuk mendapatkan permit untuk menggali perigi mereka sendiri ketika rakyat mengeluh dengan caj air yang tinggi.

Dan pada awal bulan ini Majlis Shura negara itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan Abdullah itu lalu meminta penjelasan darinya dan pegawai kementeriannya.

Pada Disember, beberapa tindakan perubahan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini telah dilaksanakan di negara itu yang sedang menerima kesan teruk dari kejatuhan harga komoditi minyak di pasaran dunia.

Pemangku Raja, Mohammed bin Salman dijangka mengumumkan pada Isnin program untuk mempelbagaikan sumber ekonomi negara itu yang ketika ini bergantung hampir 70 peratus dari hasil eksport minyak.

The post Naikkan Harga Barang, Raja Arab Saudi Pecat Menteri Air & Tenaga appeared first on WOWBERITA.ORG.


Abby Abadi Keguguran Ketika Di Madinah

$
0
0

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Abby Abadi mendedahkan bahawa beliau telah mengalami keguguran ketika menjalani ibadah umrah. Bagaimanapun, beliau redha dengan apa yang berlaku kerana baginya, Allah lebih mengetahui perancangan terbaik buat dirinya.

“Mohon ampun dan maaf sebab sebelum ini saya berteka-teki tentang kandungan saya. Antara sebabnya ialah, takut apa-apa terjadi kalau bercerita dari awal. Jadi ingat nak simpanlah dulu. Maklumkan pada sahabat rapat dan keluarga Umaima je”

Tapi terjadi juga. InshaAllah saya yakin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Terima Kasih Allah untuk pengalaman ini,” katanya.

Difahamkan, Abby mengalami tumpah darah ketika pergi menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi, Madinah. Melalui gambar yang dimuat naik, rata-rata peminat Abby memberikan ucapan takziah kepadanya serta meninggalkan kata-kata positif kepada pelakon kesayangan mereka itu.

Takziah juga kami ucapkan kepada Abby Abadi dan suami, Faizal Zakaria. Semoga mereka sabar dan tabah menghadapi segala ujian yang diberikan.

The post Abby Abadi Keguguran Ketika Di Madinah appeared first on WOWBERITA.ORG.

Pasangan Melayu Kantoi ‘Mengawan’ Disebalik Batu Besar

$
0
0

Ish! Ish! Tu adegan untuk filem porno ke?? Kenapa lah tak tahu malu sangat tu?? Disebalik batu besar pun dorang boleh buat maksiat yer! Apa nak jadi dengan anak muda sekarang ni?? Geram pulak melihat gambar pasangan tak tahu malu tu mengawan, lagi yang tak boleh blah perempuan tu pakai tudung.. Jahanam!

Beritahu mak bapak keluar bersama-sama kawan, padahal ikut boyfriend pergi mandi.. Lepas tu gara-gara dah tak dapat menahan nafsu, disebalik batu pun menjadi.. Korang lihat jer lah aksi melampau pasangan tu, pergi tempat riadah tu bukannya nak menghayati keindahan alam semula jadi.. Tapi mengambil kesempatan untuk melampiaskan nafsu masing-masing..

BACA: Muslimah Berpakaian ‘Sarung Nangka’ Tayang Body Di Facebook

Dorang ni memang tak takut dosa noh?? Tempat terbuka macam tu pun, dorang tanpa segan silu melakukan maksiat secara terang-terangan.. Pasangan tu sedang asyik mengawan sampai tak perasan ada individu lain sedang merakam aksi 18sx dorang.. Memalukan!

BACA: Tudung ‘Kelentit’ Fesyen Muslimah Terbaru

Minah tu pun tak ada akal, sanggup gadai maruah demi jantan yang belum tentu menjadi suaminya nanti.. Kasihan melihat gadis-gadis menjahanamkan masa depan dorang, gara-gara nafsu! Pasangan yang suka melakukan maksiat macam tu, patut disebat di hadapan khalayak ramai jer bagi kasi pengajaran..

The post Pasangan Melayu Kantoi ‘Mengawan’ Disebalik Batu Besar appeared first on WOWBERITA.ORG.

Radin Era FM Nafi Bercinta Dengan Ayda Jebat

$
0
0

Penyampai radio Era, Radin menafikan dakwaan yang mengatakan beliau adalah individu yang dimaksudkan oleh Ayda Jebat mengenai dirinya yang sedang mengenali hati budi seorang penyampai radio ketika ditemu bual didalam program Melodi sebentar tadi.

“Apa yang dapat saya katakan adalah kami sekadar teman rapat. Sama seperti rakan artis lain yang datang ke konti untuk menjayakan slot Super 40 Era yang dikendalikan saya. Daripada situlah mulanya persahabatan kami”

“Berat untuk saya mengulas lebih lanjut. Ini kerana Ayda tidak menyebut sebarang nama ketika ditemubual. Penyampai radio yang dimaksudkan mungkin sesiapa saja. Jika ingin bertanya soal hati lebih baik diajukan kepada empunya diri sendiri,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Tambahnya lagi, beliau selesa berkawan dengan Ayda atau lebih mesra dengan panggilan si kenit kerana walaupun beliau menggunakan ganti diri adik namun sebenarnya beliau lebih matang dan bijak mengawal situasi.

Terdahulu, Ayda ada mengulas mengenai gosip yang melanda dirinya, bahawa kononnya kini beliau sedang mengenali hati budi seorang penyampai radio. Namun bagaimanapun, Ayda menafikan menjalinkan hubungan intim dengan mana-mana individu setakat ini.

The post Radin Era FM Nafi Bercinta Dengan Ayda Jebat appeared first on WOWBERITA.ORG.

Sultan Mizan Murka, Kedudukan Ahmad Razif Dalam Bahaya?

$
0
0

Kedudukan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar menjadi persoalan apabila pihak istana dikatakan menarik balik semua gelaran kebesaran yang dianugerahkan kepada beliau, kelmarin.

Walaupun tiada pengesahan daripada pihak istana berhubung tindakan tersebut, namun ia dikaitkan dengan ucapan beliau ketika menghadiri satu majlis bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada hari berkenaan.

Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir dikatakan dipanggil menghadap baginda di Istana Syarqiyah sebelum penarikan gelaran itu dilakukan.

Tindakan istana itu dilihat meletakkan kedudukan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar berada dalam keadaan genting memandangkan pelantikan jawatan itu dilakukan atas perkenan Sultan Terengganu selaku ketua ne­geri.

Isu mengenai penarikan gelaran dan kedudukan Ahmad Razif mula tersebar di media sosial sejak semalam apabila biarpun menghadiri dua majlis di Kampung Sura Jetty, Dungun dan pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Bandar Al Muktafi Billah Shah, nama beliau langsung tidak disebut oleh pengerusi majlis.

Hari ini pula ketika menghadiri Persidangan Waqaf Senusantara 2016 yang disempurnakan oleh Sultan Mizan di Primula Beach Resort di sini, nama Ahmad Razif hanya disebut “Yang Amat berhormat Menteri Besar.”

Bagaimanapun Ahmad Razif yang ditemui pemberita selepas majlis berkenaan enggan me­ngulas mengenai penarikan pingat atau kedudukannya apabila sekadar berkata; “Tidak, tidak. Tak apa. Terima kasih.” Reaksi yang sama turut diberikan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Osman Muda.

Berikutan apa yang berlaku, ramai pemerhati melihat kedudukan Ahmad Razif ‘sudah tidak selamat lagi’ dan meletakkan Terengganu di ambang krisis Menteri Besar sekali lagi.

Kali terakhir ia berlaku apabila Ahmad Razif mengambil alih jawatan tersebut daripada ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.

Selain dikatakan mempunyai hubungan dingin dengan pihak istana, Ahmad Razif juga berhadapan dengan undi tidak percaya yang dikemukakan oleh Ahmad Said pada 8 Mac lalu semasa Sidang DUN, namun usul itu ditolak.

Bagaimanapun, krisis politik yang dihadapi Ahmad Razif kali ini lebih sukar kerana mempunyai kaitan dengan pihak istana.

Satu sumber memberitahu, buat masa ini UMNO menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan langkah sete­rusnya.

“Berdasarkan perkembangan terkini, pucuk pimpinan parti mempunyai pilihan sama ada berunding dengan pihak Istana atau menggantikan Ahmad Razif,” katanya ketika dihubungi.

The post Sultan Mizan Murka, Kedudukan Ahmad Razif Dalam Bahaya? appeared first on WOWBERITA.ORG.

ADUN Telemong Nafi Akan Dilantik MB Terengganu

$
0
0

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat menafikan beliau antara calon yang akan menggantikan Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.

Menurutnya, beliau sendiri tidak mendapat apa-apa maklumat setakat ini dan sebarang sebaran yang disebarkan mengenai dirinya dalam isu pertukaran Menteri Besar adalah tidak benar.

“Tidak, tidak ada benda-benda ini, saya sendiri tidak dapat apa-apa maklumat lagi,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.

Sebelum ini, tersebar menerusi apliskasi WhatsApp bahawa Rozi ataupun ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee akan dilantik menjadi Menteri Besar dan upacara angkat sumpah akan dilakukan pada minggu hadapan.

“Rozi Telemong 90% confirm angkat sumpah minggu depan sebagai MB baru. Tapi sekarang ada dua nama Dato Mad Jidin dan YB Rozi. Semua Ahli Dewan Diraja dan Yang Arif Mahkamah Tinggi telah bersedia dimaklumkan tentang hari Angkat Sumpah,” antara kandungan mesej yang disebarkan itu.

Rozi yang juga EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terengganu juga mengakui tidak tahu status penarikan gelaran dan kedudukan Ahmad Razif.

“Saya tidak tahu, kita tidak tahu secara lanjut. Kita hanya bekerja seperti biasa sahaja,” katanya lagi.

Isu mengenai penarikan gelaran dan kedudukan Ahmad Razif mula tersebar di media sosial apabila beliau yang menghadiri dua majlis di Kampung Sura Jetty, Dungun dan pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Bandar Al Muktafi Billah Shah, tidak disebut gelaran oleh pengerusi majlis berkenaan.

Selain itu, ketika menghadiri Persidangan Waqaf Senusantara 2016 yang disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Primula Beach Resort, nama Ahmad Razif hanya disebut “Yang Amat Berhormat Menteri Besar”.

Malah, kedudukan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar menjadi persoalan apabila pihak Istana Terengganu dikatakan menarik balik semua gelaran kebesaran yang dianugerahkan kepada beliau.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan daripada pihak istana berhubung tindakan tersebut, namun ia dikaitkan dengan ucapan beliau ketika menghadiri sebuah majlis bersama Sultan Mizan.

Ahmad Razif ketika membaca teks ucapan itu didakwa berkata kerajaan Terengganu lebih banyak membantu rakyat berbanding pihak Yayasan Diraja Sultan Mizan, sekaligus membangkitkan kemarahan Sultan Mizan.

The post ADUN Telemong Nafi Akan Dilantik MB Terengganu appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live