Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Lelaki Jual Pisang RM39 Sebiji, Dijangka Kaut Untung Hampir RM400,000 Setahun

$
0
0

Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) tampil dengan idea unik untuk menjana pendapatan apabila membuka sebuah syarikat perniagaan menjual pisang yang dihias dengan pelbagai corak menyerupai bentuk muka manusia.

Portal Metro.uk melaporkan, lelaki berkenaan, Davonte Wilson dari Plano, Texas menubuhkan syarikat Bananas Gone Wild yang dijangka meraih pendapatan lebih AS$100,000 (RM390,580) setahun.

Tambah laporan berkenaan, antara hiasan yang diletakkan pada pisang termasuk janggut palsu, cermin mata gelap dan serbuk berkilauan.

Menurut Wilson, dia mendapat ilham untuk menjual pisang berhias ketika bekerja di sebuah hospital tempatan sebagai juruteknik elektrokardiograf dan terkenal dalam kalangan kakitangan kerana kemahirannya melukis corak muka di bahagian kulit pisang.

“Ada rakan yang mentertawakan hobi saya, tetapi kini saya mahu menjana pendapatan daripada penjualan pisang berhias.

“Sebiji pisang akan dijual dengan harga AS$10 (RM39) dan saya mampu mengaut keuntungan lebih RM390,580 setahun,” katanya.

The post Lelaki Jual Pisang RM39 Sebiji, Dijangka Kaut Untung Hampir RM400,000 Setahun appeared first on WOWBERITA.ORG.


Najib Akan Menghadap Sultan Terengganu Dalam Masa Terdekat

$
0
0

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadap segera Sultan Mizan Zainal Abidin dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu membabitkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Difahamkan Najib dijangka menghadap Sultan Terengganu esok.

Tanpa mendedahkan bila dan lokasi pertemuan itu bakal diadakan, Najib turut meminta rakyat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan.

BACA: Sultan Terengganu Murka, Tarik Balik Semua Darjah Kebesaran MB

“Saya akan menghadap Sultan Terengganu dalam tempoh terdekat untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku di sana. Kita minta semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang andaian berhubung apa yang berlaku.

“Menteri Besar Terengganu masih melaksanakan tugas beliau seperti biasa, malah Kerajaan Terengganu tetap berfungsi seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem di Rumah Rehat Kerajaan, di sini sebentar tadi.

Najib berkata, beliau akan membuat kenyataan rasmi selepas pertemuan tertutup itu diadakan nanti.

The post Najib Akan Menghadap Sultan Terengganu Dalam Masa Terdekat appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Promo Proton Perdana 2016 Bocor Di Internet

$
0
0

Bocor lagi! Video berdurasi 44 saat ini merupakan sedutan daripada promo Perdana 2016 yang dibuat oleh Proton|Design untuk tontonan jurujual Proton dan telah dimuat naik oleh Proton Giant Kelana Jaya.

Ia dipercayai telah dirakam semasa sesi latihan untuk jurujual di satu lokasi tertutup.

Walaupun resolusi video ini berkualiti rendah, namun kita masih boleh melihat dengan jelas perincian luaran dan dalaman model yang dijangka membuat kemunculan rasminya pada bulan Mei nanti.

Jom layan!

The post (Video) Promo Proton Perdana 2016 Bocor Di Internet appeared first on WOWBERITA.ORG.

Warga Emas Parah Ditumbuk, Dikelar Penagih Dadah

$
0
0

Wanita warga emas parah selepas lehernya dikelar seorang lelaki dipercayai penagih dadah yang menceroboh rumahnya di Kampung Alor, Dungun, 5.30 pagi semalam.

Selain itu, wanita berusia 87 tahun terbabit dipercayai turut ditumbuk hingga patah bahu dan lebam mata sebelum lelaki berkenaan melarikan diri.

Mangsa yang tinggal sendirian dalam keadaan berlumuran darah dikatakan menjerit minta pertolongan jirannya sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun dan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub yang mengesahkan kejadian itu berkata, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan 9 pagi semalam di Kampung Sungai Buaya untuk membantu siasatan.

Menurutnya, mangsa yang masih dirawat kini berada dalam keadaan stabil dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

The post Warga Emas Parah Ditumbuk, Dikelar Penagih Dadah appeared first on WOWBERITA.ORG.

Sultan Sah Lucut Semua Darjah Kebesaran MB Terengganu

$
0
0

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa Jumaat, 22 April.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama, Isnin.

Kenyataan itu berbunyi: “Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 22 April 2016.

“Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu.”

Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.

Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.

The post Sultan Sah Lucut Semua Darjah Kebesaran MB Terengganu appeared first on WOWBERITA.ORG.

Bekas Ratu Cantik Malaysia Meninggal Dunia Akibat Kanser

$
0
0

Pelakon dan penerbit, Samantha Schubert meninggal dunia di Pusat Rawatan Prince Court selepas menderita dari barah pankreas pada 7.16 petang di sini hari ini. Beliau berusia 47 tahun.

Perkara ini disahkan oleh sahabat baik Schubert, pelakon dan penerbit di Catwoman Productions, Susan Lankaster dalam mesej WhatsApp kepada Astro AWANI petang tadi.

“Saya sedang menguruskan urusan pengkebumian buat Schubert sekarang ini,” katanya ringkas.

Schubert pernah dinobatkan sebagai Miss Malaysia/Dunia pada 1991 dan mula mendapat tempat di kalangan peminat filem tempatan selepas beliau membintangi beberapa buah filem termasuk ‘Red Scorpion 2’ (1994), ‘Amok’ (1997) dan ‘The Red Kebaya’ (2006).

Beliau turut dikenali sebagai model iklan dan antara yang popular ialah iklan Classic Nescafe pada 1995.

Schubert pernah melanjutkan pelajaran di Lee Strasburg School of Film & Theatre di Los Angeles, Amerika Syarikat, The Beverly Hills Playhouse Los Angeles and Drama Studio London.

The post Bekas Ratu Cantik Malaysia Meninggal Dunia Akibat Kanser appeared first on WOWBERITA.ORG.

Kenyataan Rasmi Ahmad Razif Berhubung Isu Lucut Darjah Kebesaran

$
0
0

Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman reda dengan keputusan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepadanya.

Katanya sebagai rakyat dan pemimpin, beliau akan tetap membuktikan taat setia kepada Sultan Mizan.

“Saya akan terus taat setia dan kepentingan rakyat Terengganu akan terus menjadi keutamaan selagi saya masih memegang jawatan.

“Saya reda dan pasrah dengan apa yang berlaku dan amat memahami bahawa ini adalah hak mutlak Tuanku dalam mengurniakan anugerah atau penarikan balik anugerah-anugerah tersebut.

“Yang penting, kita mesti mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sebagai rakyat, pemimpin yang taat dan setia kepada raja dan negara,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, malam ini.

Sultan Mizan melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat, 22 April.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama hari ini.

The post Kenyataan Rasmi Ahmad Razif Berhubung Isu Lucut Darjah Kebesaran appeared first on WOWBERITA.ORG.

(9 Gambar) Bilik Stor IPD Kuala Terengganu Terbakar

$
0
0

Bilik stor tambahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu terbakar, 10 malam tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan mengenai kebakaran terbabit pada 10.19 malam.

Menurutnya, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota dan Kuala Terengganu bergegas ke lokasi menggunakan tiga kenderaan.

Katanya, setibanya di lokasi didapati berlaku kebakaran di satu bilik di bangunan dua tingkat itu.

“Api dikawal dan dipadam tidak lama kemudian sebelum ia merebak,” katanya.

Menurutnya, pihaknya masih belum dapat pastikan kemusnahan dalam bilik berkenaan tetapi dimaklumkan ia adalah bilik stor tambahan.

The post (9 Gambar) Bilik Stor IPD Kuala Terengganu Terbakar appeared first on WOWBERITA.ORG.


Kisah Sedih Isteri Hantar ‘Perjalanan Akhir’ Suami Atas Usungan Ambulans

$
0
0

Setiap manusia ada rintangan dan dugaan tersendiri yang perlu dilalui. Ada kalanya kita terasa diri kita susah dan sukar, namun sebenarnya sentiasa ada orang lain yang lebih besar dugaannya dari kita. Kisah berikut ialah mengenai seorang wanita yang terpaksa menghantar suaminya dalam ‘perjalanan akhir’ dengan terbaring atas usungan ambulans.

Suami wanita itu yang merupakan seorang guru telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya Sabtu lepas. Kemalangan itu juga menyebabkan kecederaan parah pada isterinya, menyebabkan wanita itu terpaksa menjalani pembedahan. Bagaimanapun, walaupun masih terbaring atas usungan, isteri itu masih menghantar jenazah suaminya ke tanah perkuburan untuk dikebumikan semalam (Ahad).

Ini ialah cerita mereka, seperti yang diceritakan oleh anak saudara mangsa, Ummi Najihah:

Assalamualaikum, saya hanya ingin bercerita tentang kejadian kemalangan pada hari Sabtu lepas 23/4/16 pada jam lebih kurang 5.05 petang.

Ini kisah Acu & Paksu sy. Mereka terlibat dlm kemalangan jalan raya di KM394.2 (U) (Tapah- Tanjung Malim) atau lebih dikenali di lebuh raya Slim River.

Kejadian berlaku apabila 1 treler kontena terbabas dan telah melintang ke arah lorong laju arah Utara & Selatan. Akibat kejadian, kereta Acu saya telah melanggar kontena tersebut yang berada di lorong jalan laju. Paramedik mengesahkan pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.

Suami kepada Acu saya, Zul Haizal Asmar Marzuki (Paksu), 34 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Isterinya Rafidah Othman (Acu) cedera parah pada bahagian kaki dari paha sehingga tulang keting. Dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di bawah Unit Rawatan Rapi (URR) (dipindahkan dari Hospital Slim River)

Di dalam kereta bersama sekali ibu kepada arwah dan 3 orang anak anak nya.

Ibu arwah mengalami kecederaan pada pinggang, dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. (dipindahkan dari Hospital Slim River)

Anak arwah yang pertama Nur Zahra Iffah, 6 tahun mengalami keretakan tengkorak di mana terdapat 3 tulang yang retak, di sebelah mata, dan tulang pada belah kanan pipi. Memerlukan dana untuk pembedahan. Dirawat di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh di bawah URR. (dipindahkan dari Hospital Slim River)

Anak arwah yang kedua, Nur Zafeerah Husna, 3 tahun mengalami bengkak dan lebam pada bahagian kepala akibat hentakan. Dirawat di Hospital Permasuri Bainun, Ipoh. (dipindahkan dari Hospital Slim River)

Anak arwah yang ketiga, Muhd Zumar Harith, 1 tahun 3 bulan yang berada pada riba ibunya (Rafidah) tidak mengalami sebarang kecederaan. Dijaga oleh waris yang terdekat buat sementara waktu.

Di sini saya sebagai saudara kepada mangsa ingin berkongsi kesayuan bila mengenangkan nasib seorang isteri yang sudah lama tiada ibu dan ayah, dan sekarang kehilangan suami yang tercinta, mengenang nasib anak-anaknya yang masih kecil dan dirawat.

Pada hari Ahad 24/4/16 di mana kami sekeluarga (adik beradik Rafidah & adik beradik arwah Zul Haizal) ingin mengebumikan arwah, isterinya Rafidah masih tidak tahu status suaminya yg telah meninggal kerana isterinya masih dalam rawatan. Pada pagi Ahad, Rafidah mula sedar selepas pembedahan. Pada pukul 9 pagi abang & kakak Rafidah memberitahu bersama doktor pakar di dalam bilik IRR mengenai suaminya yang telah tiada, dan bertanya sama ada Rafidah ingin melihat suaminya dikebumikan atau tidak. Rafidah dalam keadaan sangat terkejut, sedih dan hiba, menyatakan yang dia ingin melihat suaminya kali terakhir. Terlalu sedih mengenangkan nasib beliau yang tidak dapat menggerakkan kaki akibat cedera parah dan mempunyai hanya satu tempat pergantungan dalam hidupnya iaitu suaminya sahaja setelah kematian ibu & ayahnya.

Dua ambulans (isteri dan ibu arwah) bergerak sekali daripada Hospital Slim River ke kampung Rafidah di Sri Mariah, Batu Gajah, Perak, tempat jenazah dikebumikan. Tetamu yang hadir melihat arwah begitu ramai sekali.

Semasa ketibaan dua ambulans, tetamu semua melihat satu peristiwa yang sangat menyentuh hati. Isterinya diturunkan hanya pada pintu ambulans sahaja kerana pembedahan yang dijalani beliau masih tidak cukup 24 jam. Jenazah diangkat mendekati si isteri bagi penghormatan si isteri untuk arwah suami. Jenazah suami diiringkan sedikit untuk memudahkan isteri mengucup dahi suami buat kali terakhir.

Sayu rasanya melihat peristiwa seperti ini, tetamu yang mengerumuni mereka turut menangis hiba mengenangkan nasib seorang isteri yang tidak berupaya melihat jenazah suaminya. Dua orang anaknya didekatkan pada ibunya (Rafidah) untuk ibunya mengucup anak-anak nya itu. Sayu lagi keadaan melihat ibu & anak-anaknya menangis.

Hanya Allah sahaja tahu perasaan seorang ibu yang bergelumang dgn 1001 perasaan sedih di hati.
Moga syurga buat mu paksu.

Al Fatihah.

Ummi Najihah

Semoga isteri arwah tabah menghadapi segala rencana Allah yang telah lama diaturkan. Minta jasa baik semua untuk mendoakan anak pertamanya yang masih kritikal di Unit Rawatan Rapi, dan doakan jua agar isteri arwah mendapat kekuatan yang berterusan dan berpanjangan.

Hati-hatilah memandu. Ummi Najihah tidak mahu menyalahkan mana mana pihak, tetapi cukuplah bagi pengajaran untuk semua yang membaca. Semoga Allah merahmati dan melebarkan rahmat kasih sayang-Nya buat keluarga arwah, dan semoga Allah meletakkan arwah Paksu yang terkenal dengan sifat baiknya dalam kalangan orang beriman. Semoga roh Zul Haizal Asmar dicucuri rahmat Allah yang Esa. Dia yang maha berkuasa ke atas ciptaanNya.

The post Kisah Sedih Isteri Hantar ‘Perjalanan Akhir’ Suami Atas Usungan Ambulans appeared first on WOWBERITA.ORG.

Harta Peninggalan Nazi Bernilai Lebih RM2 Bilion Ditemui

$
0
0

Seorang pemburu emas Nazi, mendakwa bahawa dia telah menemui harta karun peninggalan Nazi pada era Perang Dunia Kedua yang dianggarkan bernilai £350 juta (RM2.002 billion).

Kurator Muzium, Bartlomiej Plebanczyk percaya, dia telah menemui bilik bawah tanah yang sebelum ini tidak diketahui orang, selepas dia menggeledah kompleks terowong Nazi dan kubunya.

Harta karun yang dikenali sebagai bilik ‘Amber’ itu berusia 300 tahun yang terletak di Catherine Palace, berhampiran St. Petersburg, hilang lebih daripada 70 tahun yang lalu dengan beberapa saksi mendakwa mereka pernah melihat ‘harta’ itu sedang dimuatkan ke dalam kapal Jerman.

Satu-satunya gambar asli dipercayai bilik ‘Amber’ berusia 300 tahun.

Sementara itu, Plebanczyk mendakwa penemuannya itu adalah harta karun yang pernah disebut-sebut sebagai Keajaiban Dunia ke-8.

Dalam pada itu, memetik media tempatan Plebanczyk kini sedang memohon keizinan untuk menggali lebih ke dalam ruang bilik bawah tanah itu, agar membolehkannya memasukkan kamera video untuk meninjau keadaannya.

“Saya akan cuba menggunakan radar, bagi membolehkan saya menyelongkar lebih lagi.

“Saya perlu menggerudi bilik bawah tanah itu dan akan cuba menurunkan video di sana.

“Bagaimanapun, saya perlu menunggu persetujuan pegawai pemuliharaan sejarah tempatan,” katanya dipetik Express.co.uk

The post Harta Peninggalan Nazi Bernilai Lebih RM2 Bilion Ditemui appeared first on WOWBERITA.ORG.

Isteri Tamak Punca Rasuah Di Indonesia – Menteri Indonesia

$
0
0

Seorang menteri Indonesia membuat kenyataan luar biasa mengatakan lelaki yang cuba menggembirakan isteri mereka menjadi punca utama negara itu dibelenggu rasuah yang tiada kesudahan.

Indonesia sekian lama berjuang menentang rasuah, menyaksikan birokrasi di negara itu dilumpuhkan oleh rasuah dan tokoh masyarakat terkemuka, dari menteri kepada hakim-hakim kanan, dipenjara kerana menerima sogokan.

Daripada mensasarkan tindakan terhadap pegawai yang kotor, Menteri Hal Ehwal Agama Lukman Hakim Saifuddin sebaliknya menuding jari kepada isteri yang tamak sebagai punca kepada rasuah.

Isteri-isteri golongan elit di Indonesia terkenal sangat menyukai pakaian berjenama dan beg tangan mahal.

“Rasuah sering didorong oleh banyak perkara. Mesej saya adalah untuk tidak menuntut terlalu banyak perkara yang luar biasa, ia akan menjadikan anda penyumbang kepada gejala rasuah yang berjaya,” katanya yang dipetik sebagai berkata dalam majalah Kompas.

Komen beliau ternyata tidak disenangi umum. Seorang suri rumah, Viona Savita berkata adalah tidak adil untuk menuding jari kepada wanita semata-mata.

“Jangan hanya menyalahkan isteri, itu sudah melampau,” kata Syavita.

Indonesia berada di tangga ke-88 daripada 168 negara dan wilayah dalam Indeks Ketelusan Persepsi Rasuah Antarabangsa tahun lalu.

The post Isteri Tamak Punca Rasuah Di Indonesia – Menteri Indonesia appeared first on WOWBERITA.ORG.

Giliran Safiey Illias Jadi Mangsa Facebook Palsu Beri Beg Berjenama

$
0
0

Jika sebelum ini Datuk Vida menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab menyebar posting palsu, kini usahawan Safiey Illias pula menjadi mangsa pihak tersebut.

Dan modal yang sama digunakan iaitu ingin memberi beg percuma.

Status palsu itu telah mendapat lebih dari 100,00 perkongisan dan 7,600 komen dari pengguna Facebook.

Status dari akaun palsu.

Selepas beberapa status tersebut viral, Safiey Illias tampil menafikan beliau mengeluarkan status tersebut dan tidak mempunyai mana-mana akaun FB yang lain selain facebook perbadinya.

“MAAF . Saya tidak mempunyai mana2 pages selain drpd FB Personal ini . Saya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penipuan yg dilakukan selain drpd FB Personal saya yg ini . Terima kasih semua .”, tulis beliau.

Kes ini menjadi kes kedua selepas kes Datuk Vida. Diharap orang ramai lebih berhati-hati ketika berkongsi maklumat di media sosial.

The post Giliran Safiey Illias Jadi Mangsa Facebook Palsu Beri Beg Berjenama appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Berdosa Jika Sengaja Tolak Suntikan Vaksin Anak’– Mufti Perak

$
0
0

“Ibu bapa yang sengaja menolak untuk bayi mereka disuntik vaksin sehingga menyebabkan anak menghadapi risiko penyakit adalah berdosa,” demikian ditegaskan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang juga Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata, tindakan ibu bapa itu boleh membahayakan kesihatan anak-anak dan anak-anak orang lain kerana berpotensi untuk dijangkiti penyakit yang sepatutnya boleh dicegah dengan vaksin.

“Golongan yang menolak imunisasi ini berdosa kerana telah melanggar perintah Tuhan supaya bersedia menghadapi perkara-perkara yang merosakkan atau membinasakan,” katanya, lapor Berita Harian.

Harussani berkata, oleh kerana penyakit itu berbahaya, maka masyarakat wajib bersedia untuk menghadapi atau menyediakan satu cara bagi berusaha mengelakkan kedatangannya.

Sementara itu, sebanyak 28 kes ibubapa menolak imunisasi kepada anak mereka direkodkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 24 kes berlaku di Kuala Lumpur. Manakala 4 lagi di Putrajaya dengan majoriti yang menolak vaksin adalah berbangsa Melayu.

The post ‘Berdosa Jika Sengaja Tolak Suntikan Vaksin Anak’ – Mufti Perak appeared first on WOWBERITA.ORG.

Murid Perempuan Meninggal Dunia Selepas Pengsan Di Kelas

$
0
0

Seorang murid perempuan berusia 12 tahun meninggal dunia selepas pengsan di dalam kelasnya di Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, semalam.

Menurut sahabat baiknya, Aina Shafiah Anuar, 12, mangsa, Lyana Shaqirah Amin, kelihatan pucat dan nampak kepenatan.

“Dia tidak mengadu sakit pada hari kejadian. Tetapi ketika dia menulis, dia pegang pensel dalam keadaan tangan menggigil, sebelum jatuh ke belakang dan pengsan,” katanya.

Susulan itu, Aina melaporkan perkara itu pada guru kelas dan Lyana dibawa ke Bilik Kesihatan sekolah tersebut sebelum dimaklumkan kepada ibunya.

Ibunya, Aidy Derwina Ismail, 40, menerima panggilan telefon yang mengatakan anak ketiga dari empat beradik itu pengsan di sekolah pada jam 9.50 pagi.

“Bila saya sampai, wajah dia sudah kebiruan. Kami panggil ambulans, tetapi ambulans tak dapat datang kerana sibuk. Kemudian cikgu sekolah dukung anak saya dan bawa ke Klinik Kesihatan Batu 8 sebelum dihantar ke Hospital Selayang. Ketika itu saya sudah tahu yang anak saya sudah tiada,” katanya.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu selepas waktu maghrib semalam.

Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Khalid juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Salam takziah dari saya dan warga KPM kepada keluarga Allahyarham Lyana Shaqirah binti Amin, murid kelas 6 Cekap, SK Sungai Pusu Gombak yang telah meninggal dunia jam 11 pagi tadi.

“Saya difahamkan, sewaktu memulakan tugas sebagai pengawas pagi tadi, Allahyarham telah jatuh pitam di sekolah dan sempat dibawa ke klinik kesihatan. Punca kematian masih belum diketahui,” katanya pada jam 7.32 malam semalam.

Di Facebook menteri berkenaan, ramai ibu bapa yang bimbang dengan keselamatan anak masing-masing yang terdedah secara terus pada cuaca El-Nino. Mereka mendesak KPM memberikan kelonggaran pada pihak sekolah membenarkan murid yang menjadi pengawas memakai kemeja lengan pendek dan tidak memakai tali leher.

The post Murid Perempuan Meninggal Dunia Selepas Pengsan Di Kelas appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Awak Dapatkan 6A Untuk Saya Tau…’

$
0
0

“Aina, kalau saya pengsan pun, awak jangan kisahkan saya, awak belajar rajin-rajin, jangan fikir pasal orang lain. Awak dapatkan 6A untuk saya tau.”

Itu pesanan Allahyarham Lyana Shaqirah Amin, 12, kepada sahabat baik yang juga rakan sekelasnya, Aina Shafiah Anuar, 12.

Lyana disahkan meninggal dunia selepas pengsan di Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, di sini, semalam.

Aina berkata, rakannya itu berkata demikian kepadanya selepas pernah pengsan di sekolah sebulan lalu, dan dihantar pulang oleh guru ke rumahnya di Batu 11, Gombak.

“Lyana beritahu saya begitu minggu lalu. Dia ingatkan saya supaya belajar rajin-rajin.

“Kami memang selalu belajar bersama, dia banyak ajar orang sebab dia pandai. Dia baik, dia tak nak menyusahkan orang lain, dia kawan yang baik,” katanya yang ditemui selepas tamat waktu persekolahan, hari ini.

Menurut Aina, sebelum pengsan, Lyana memanggilnya dan memandangnya selain senyum kepadanya.

“Dia jatuh ke belakang dan pengsan. Kami panggil cikgu dan bawa dia ke Bilik Kesihatan di tingkat bawah.

“Saya nampak macam dia penat, sebab tu saya panggil nama dia. Dia tidak mengadu sakit pada hari kejadian. Tetapi ketika dia menulis , dia pegang pensel dalam keadaan tangan menggigil. Sebelum ini tak pernah jadi macam tu,” katanya.

Aina Shafiah tidak bertanya mengenai perkara itu kerana menganggap yang rakannya itu tidak mahu diganggu dan hanya ingin berehat.

The post ‘Awak Dapatkan 6A Untuk Saya Tau…’ appeared first on WOWBERITA.ORG.


Anjing ‘Dayko’ Mati Keletihan Selepas Bantu Mangsa Gempa Bumi Di Ecuador

$
0
0

Seekor anjing penyelamat yang terlibat di dalam misi mencari dan menyelamat mangsa egmpa di Ecuador baru-baru ini mati akibat keletihan.

Metro.co.uk melaporkan, Anjing yang dikenali sebagai Dayko itu dikatakan berjaya menyelamatkan tujuh mangsa gempa itu.

Anjing berusia 4 tahun itu menyertai misi menyelamat di Pedernales, salah satu tempat yang terjejas teruk akibat gempa itu.

Namun, Dayko tiba-tiba rebah ketika misi tersebut dan pihak penyelamat telah mengumumkan ia telah pun mati.

“Terima kasih Dayko untuk aksi yang berani di Pedernales dan lain-lain tempat dimana kamu memberikan servis, kamu mempunyai nama yang tinggi di dalam unit K9”, tulis kumpulan penyelamat itu.

Kumpulan perubatan telah mencuba pelbagai usaha untuk menyelamatkan Dayko namun hampa.

Dayko ditugaskan untuk mencari mangsa gempa di celah-celah runtuhan di Pedernales dan hasil dari usaha kuatnya, ia berjaya menyelamatkan 7 mangsa.

Dayko dipercayai mati akibat cuaca panas, dehidrasi dan dedikasinya kepada kerja sehingga akhbar tempatan menyifatkan Dayko “Anjing yang memberikan hidupnya untuk kerja”.

The post Anjing ‘Dayko’ Mati Keletihan Selepas Bantu Mangsa Gempa Bumi Di Ecuador appeared first on WOWBERITA.ORG.

Permintaan Terakhir Lyana Shaqirah Sebelum ‘Pergi’ Buat Selama-Lamanya

$
0
0

Lyana Shaqirah Amin, 12, yang meninggal dunia selepas pengsan di dalam kelas di Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, di sini, semalam meminta dibuatkan bilik kecil untuknya.

“Mama, boleh tolong buatkan bilik kecil untuk kakak. Kakak tak nak kongsi dengan Angah lagi.” kata kanak-kanak itu kepada ibunya, Aidy Derwina Ismail, 40, beberapa jam sebelum meninggal dunia.

Aidy Derwina berkata, anaknya mengungkapkan permintaan itu pada waktu pagi sebelum ke sekolah.

“Dia kata macam tu waktu pagi sebelum ke sekolah. Tak sangka dia akan pergi meninggalkan kami,” katanya sebak.

Menurutnya, dia menerima panggilan telefon mengatakan anak ketiga daripada empat adik-beradik itu pengsan di sekolah pada 9.50 pagi.

Katanya, dia segera ke sekolah bersendirian kerana suaminya, Amin Dahari, 51, juruukur sambilan menjaga anak bongsunya yang masih kecil di rumah.

“Bila saya sampai, wajah anak saya dah biru. Kami panggil ambulans, ambulans tak dapat datang kerana sibuk.

“Kemudian, Cikgu Farah tolong dukung anak saya dan masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 8 sebelum ke Hospital Selayang.

“Ketika itu, saya tahu anak saya sudah tiada. Saya nampak kawan baik arwah dari dalam kereta, saya cakap dengan mereka, Lyana dah tiada,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 11, Gombak, pagi tadi.

Aidy Derwina berkata, Lyana rajin ke sekolah dan tetap mahu bersekolah walaupun tidak sihat memandangkan akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Katanya, pada malam sebelum kejadian juga, anaknya yang mesra disapa kakak dalam keluarga meminta dia mengurutkan tangannya yang sakit.

“Malam itu dia ada cakap sakit tangan, suruh urutkan. Tapi saya bergurau suruh urut sendiri.

“Tak sangka dia nak bermanja dengan saya buat kali terakhir,” katanya.

Lyana Shaqirah antara 60 pelajar sekolah itu yang tersenarai dalam Program Champion, iaitu pelajar cemerlang yang disasarkan untuk memperoleh 6A dalam UPSR.

Dia menyandang jawatan sebagai pengawas sejak di tahun tiga dan aktif dalam kegiatan sukan seperti olahraga sehingga pernah mewakili sekolah dalam acara merentas desa.

Allahyarham yang bercita-cita menjadi seorang doktor dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu selepas Maghrib, semalam.

The post Permintaan Terakhir Lyana Shaqirah Sebelum ‘Pergi’ Buat Selama-Lamanya appeared first on WOWBERITA.ORG.

Tetap ‘Anak Haram’ Walaupun Sudah Bernikah – ISMA

$
0
0

Kandungan sebelum perkahwinan yang bertujuan menutup kes rogol masih dianggap “anak haram” walau pernikahan itu sah, kata Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

“Anak yang dilahirkan di luar nikah, walaupun mangsa mengahwini perogolnya, dengan andaian gadis itu hamil, bayi itu kekal menjadi anak tidak sah taraf walaupun ibu bapanya berkahwin.

“Jadi kita membenarkan sesuatu yang tidak halal berlaku, terselindung atas nama undang-undang,” kata presidennya Abdullah Zaik Abd Rahman.

Dalam Islam, perkahwinan dibenarkan tetapi mesti lihat konteks dan bukan hanya teks (undang-undang),” katanya lagi dalam sidang media di sini hari ini.

Sabtu lalu, akhbar Malay Mail melaporkan pengarah kanan undang-undang Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Mohd Nazri Abd Rahman berkata ibu bapa menyalahgunakan enakmen syariah dengan mengahwinkan anak bawah umur mereka yang menjadi mangsa rogol.

The post Tetap ‘Anak Haram’ Walaupun Sudah Bernikah – ISMA appeared first on WOWBERITA.ORG.

Live Streaming JDT vs Ayeyawady United 27.4.2016 Piala AFC

$
0
0

Live streaming JDT vs Ayeyawady United pada 27 April 2016. Siaran langsung peringkat kumpulan H Piala AFC antara pasukan Johor Darul Ta’zim lawan Ayeyawady United kini berlangsung di Stadium Youth Training Centre, Yangon bermula pada jam 5.20 petang (waktu Malaysia). Siaran eksklusif secara tertunda turut disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada jam 8.30 malam. Bagi penonton yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Ayeyawady United menentang JDT Piala AFC 2016.

Live Streaming JDT vs Ayeyawady United 27.4.2016 Piala AFC

Server 1: TV9

Jadual Siaran JDT vs Ayeyawady United Piala AFC (2nd Leg)

Tarikh: 27 April 2016 (Rabu)
Masa: 5.20 petang
Venue: Stadium Youth Training Centre, Yangon
Siaran Rasmi: TV9 bermula pada jam 8.30 malam

The post Live Streaming JDT vs Ayeyawady United 27.4.2016 Piala AFC appeared first on WOWBERITA.ORG.

Pondan Nur Sajat Dedah Rahsia Diri Dilahirkan Khunsa

$
0
0

Nur Sajat, mak yah yang menjadi popular di kalangan netizen satu ketika dahulu apabila beliau mengambil keputusan untuk memakai tudung setelah mengalami kemalangan jalan raya kini tampil dengan satu kenyataan yang mengejutkan.

BACA: Pondan Nur Sajat Tayang Bontot Untuk Pikat Lelaki

Menerusi laman Instagramnya, Nur Sajat yang kini memiliki syarikat produk kosmetik dan kecantikan, NUR SAJAT AESTHETIC SDN BHD mengejutkan netizen apabila beliau mendedahkan dirinya dilahirkan sebagai seorang khunsa.

Nur Sajat dilahirkan pada tahun 1985 di sebuah hospital di Perak berkata kelahirannya itu telah memberi kejutan kepada kedua-dua ibu bapanya serta kakitangan hospital.

Hal ini kerana, beliau dilahirkan dengan dua jantina.

“Hospital lumut perak, di situ bermula lah sejarah ku bermula….pada jam 10.30am, ku dilahirkan…..doktor, nurse dan ayah ku terkejut dengan kelahiran ajaib ku…

“Aku (sajat) mempunyai 2 kemaluan…time tu semua panik dan ayah dan mak ku tak tahu nak buat apa,” tulis Sajat di laman Instagramnya.

Difahamkan, Nur Sajat dibesarkan dengan cara seorang lelaki, tetapi malangnya dia lebih gemar melakukan kerja-kerja seorang perempuan.

Nur Sajat menjelaskan situasi menjadi buruk apabila beliau mula takut untuk pergi ke sekolah dan rasa malu untuk masuk ke tandas kerana tidak mahu orang lain tahu akan dirinya itu.

Bagaimanapun, Nur Sajat berkata beliau bersyukur diberi rezeki yang halal dan dikurniakan dua anak angkat, Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syahmi.

Menurut Nur Sajat, walaupun mereka bukan anak kandungnya, namun beliau tidak terlepas mencurahkan kasih sayang kepada mereka.

Sejarahku penuh liku liku kehidupan,dengan usia ku yang kini mencecah 31thn ini,aku amat bersyukur di beri rezeki yang halal dan diberi dua cahaya mata yang sangat comel iaitu Nur syaza sajidah dan Muhammad syahmi,walaupun anak istimewa ini bukan lah anak kandung aku,tapi kasih sayang dan tanggungjawab ku pada anak anak istimewa ini tak pernah ku abaikan kasih sayang yang tak membelah bahagi….. Kehidupan ku bermula sejak ku dilahirkan pada tahun 1985,ayah ku dahulu seorang tentera laut malaysia(Navy) dan mak ku seorang pembantu makmal,ku dilahirkan di hospital lumut perak,di situ bermula lah sejarah ku bermula….pada jam 10.30am,ku dilahirkan…..dokter,nurse dan ayah ku,terkejut dengan kelahiran ajaib ku…aku(sajat) mempunyai 2 kemaluan…time tu semua panik dan ayah dan mak ku tak tahu nak buat apa….. Mak sajat pernah cakap kat sajat,masa sajat bayi,air susu tetek mak terjatuh kat kemaluan sajat,bila mak sedar,cepat2 mak lap… ORANG ORANG TUA PERNAH CAKAP,kalau air susu ibu jatuh kat kemaluan anak,nanti nafsu batin nya akan lemah…. Nak buat macam mana,mungkin ini semua dah tertulis tentang kehidupan ku…. Time tu ayah dan mak cuba membesarkan ku dengan didikan cara anak lelaki,tapi time tu aku kecil,aku memang tak suka buat benda2 berat,aku lebih gemar membuat kerja kerja seperti wanita… Suka kemas rumah,tolong mak memasak didapur,suka main main pondok2… Tapi time tu aku ingat benda ini semua nampak normal…. Masa aku nak masuk sekolah tadika,aku takut nak masuk kelas,fikirkan macam mana dengan keadaan ku,yang tak normal..paling aku risau,nak masuk tandas,aku tak nak kawan2 aku tahu aku ini ada 2 kemaluan…nanti orang kata aku cacat..sampai aku sanggup tahan kecing aku dari pagi sampai tengahari tau..biar lah aku melepas kat rumah…sampai lah satu tahap,aku kena batu karang dan kencing berdarah apa usia 6thn.. Kerana kerap tahan kencing… Kehidupan sebagai KHUNSA ini berbeza dengan orang normal…saya akan kongsi lagi cerita saya pada anda…CERITA TENTANG NUR SAJAT RAHSIA KELUARGA SAYA SELAMA INI…saya simpan selama 31thn..cukup2 lah anda diluar sana menghentam saya…😞

A photo posted by Nur Sajat (@nursajat02) on

Susulan itu, kenyataan ini mula mendapat perhatian netizen di media sosial.

Pelbagai reaksi dan pandangan diberikan oleh pengguna media sosial kepada Nur Sajat.

The post Pondan Nur Sajat Dedah Rahsia Diri Dilahirkan Khunsa appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live