Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Editor Majalah Sokong Kegiatan LGBT Maut Ditetak

$
0
0

Seorang editor sebuah majalah yang menyokong hubungan sejenis seperti gay, lesbian dan dua hala (LGBT) telah ditetak hingga mati, semalam.

Menurut laporan BBC, editor berkenaan, Xulhaz Mannan dan rakannya, Tanay Mojumdar yang turut maut telah diserang oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai penghantar barang.

Suspek dikatakan memasuki flat yang didiami Xulhaz dan Tanay sambil membawa barang kononnya untuk dihantar sebelum menetak mangsa sehingga mati..

Kejadian berkenaan disaksikan oleh ibu Xulhaz dan pembantu rumahnya.

Sementara itu, cabang Al-Qaeda di Bangladesh, Ansar al-Islam telah tampil mengaku sebagai dalang kejadian tersebut apabila pertubuhan itu telah memuatnaiknya ke laman sosial milik mereka.

Kejadian berkenaan telah mendapat kecaman daripada organisasi kebajikan dunia, Amnesty International dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry.

“Kejadian ini gagal digambarkan dengan perkataaan dan langsung tidak boleh dimaafkan,” kata John hari ini.

The post Editor Majalah Sokong Kegiatan LGBT Maut Ditetak appeared first on WOWBERITA.ORG.


(2 Gambar) Pelajar Panik, Ular Tedung Masuk Makmal Sekolah

$
0
0

Beratus-ratus pelajar di sebuah sekolah menengah di Labuan kelam-kabut apabila mengetahui bahawa seekor ular tedung ditemui di dalam makmal sekolah itu hari ini.

Ular berwarna kelabu sepanjang dua meter itu dijumpai pelajar SMK Pantai di sini ketika mereka sedang belajar di makmal berkenaan pada 11 pagi tadi, dan segera memaklumkannya kepada guru.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin memberitahu Bernama bahawa bilik gerakan jabatan itu menerima panggilan daripada guru berkenaan pada 11.25 pagi, dan satu pasukan segera dihantar ke sekolah itu.

“Pasukan kami segera bergegas ke tempat itu sebelum ular berkenaan lari ke tempat lain. Amat berbahaya sekiranya ular tedung itu pergi ke kawasan sekolah.

Kami mengambil langkah lebih berwaspasda dalam menangani ular tedung kerana ia berbahaya. Nasib baiklah tiada murid yang cedera,” katanya.

Beliau berkata pasukan berkenaan mengambil masa hanya beberapa minit untuk menangkap ular itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Hidupan Liar.

The post (2 Gambar) Pelajar Panik, Ular Tedung Masuk Makmal Sekolah appeared first on WOWBERITA.ORG.

Muhammad Ibrahim Dilantik Gabenor Bank Negara Baharu

$
0
0

Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara yang baharu bagi tempoh lima tahun bermula 1 Mei depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelantikan tersebut dibuat hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah atas nasihat beliau.

“Saya yakin di bawah kepemimpinan beliau Bank Negara akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara serta mentadbir dasar monetari dalam mengawal selia industri kewangan negara.

“Ini termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara membangunkan industri kewangan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

The post Muhammad Ibrahim Dilantik Gabenor Bank Negara Baharu appeared first on WOWBERITA.ORG.

Pasangan Kekasih Selamba Buat Seks Di Stesen Komuter!

$
0
0

Sakit mata kalau terserempak dengan pasangan yang tak tau malu melakukan hubungan seks secara terbuka di tempat awam seperti pasangan di atas tu.. Tak tahu malu langsung pasangan tu yer, selamba badak jer dorang melempiaskan nafsu masing-masing tanpa mempedulikan orang ramai disekeliling dorang.. Bengong punya orang!

Nasib baik lah ni berlaku di luar negara, pasangan tu dirakam melakukan seks di atas bangku yang dikhaskan untuk pengguna menunggu komuter di stesen Metro Barcelona, baru-baru ni.. Habis bangku tu dikotori, huh! Rakaman video tu menunjukkan pasangan tu dengan selamba membuka seluar tanpa segan silu di hadapan orang ramai

Tak faham lah dengan orang macam tu, agak-agak lah nak melempiaskan nafsu pun.. Itu tempat awan, menjijikkan jer melihat dorang melakukan aksi lucah macam tu di tempat terbuka! Ada sekumpulan remaja yang berada berhampiran dengan pasangan tu, ‘menonton’ aksi lucah tu dari mula sampai ke penghujungnya sambil ketawa.. Suka lah tu dapat tengok aksi mengawan di tempat terbuka!

Berdasarkan sumber, pihak berkuasa di Sepanyol dikatakan sedang berusaha menjejaki pasangan tu untuk mendakwa dan mendenda mereka kerana melakukan perbuatan tak senonoh di tempat awam.. Macam-macam perangai, sengaja jer nak menarik perhatian dengan melakukan perbuatan tak senonoh macam tu, huh!

The post Pasangan Kekasih Selamba Buat Seks Di Stesen Komuter! appeared first on WOWBERITA.ORG.

(13 Gambar) Sekitar Majlis Graduasi Mira Filzah Di UiTM Shah Alam

$
0
0

Tahniah diucapkan kepada pelakon kecil molek, Mira Filzah yang baru sahaja menamatkan sesi pengajian beliau didalam kursus Perniagaan Antarabangsa. Beliau turut berkongsi beberapa gambar ketika berada di majlis konvokesyen di DATC, UiTM Shah Alam sebentar tadi.

Menerusi akaun Instagramnya, Mira jelas kelihatan kegembiraan di wajah beliau bersama teman rapat yang sama-sama berada di majlis graduasi terbabit. Pada masa yang sama, kedua ibu bapa Mira juga turut hadir bersama berkongsi kenangan didalam majlis yang penuh bermakna itu.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Mira Filzah. Semoga berjaya didalam bidang yang diceburi dimasa akan datang. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis graduasi Mira Filzah. Enjoice!

The post (13 Gambar) Sekitar Majlis Graduasi Mira Filzah Di UiTM Shah Alam appeared first on WOWBERITA.ORG.

(5 Gambar) Kucing Kena Sumpit Di Muka Dengan Besi Tajam

$
0
0

Entah apa dosa kucing ini sehingga ia disumpit oleh individu yang tidak berperikemanusiaan.

Seorang lelaki, Rayyen Khalis telah memuat naik beberapa gambar seekor kucing disumpit pada bahagian mulutnya dan mencetuskan kemarahan para pencinta haiwan.

Rayyen yang baru berpindah ke Rawang itu berkata, itu bukanlah kejadian yang pertama. Sebelum ini, kucing yang sama juga pernah disumpit di bahagian perutnya.

“Bila berpindah ke Rawang ini, macam-macam orang pelik yang ditemui. Semalam balik dari kerja, terkejut tengok kucing ini disumpit dengan besi berkarat buat kali kedua oleh jiran.

“Saya nampak di depan mata saya sendiri. Pelakunya adalah seorang lelaki dewasa yang sudah mempunyai tiga orang anak. Tetapi perangai macam haram!” katanya.

Rayyen cuba bersemuka dengan lelaki terbabit, namun lelaki itu enggan keluar.

“Saya pergi rumah dia, panggil dia keluar tetapi dia tak mahu keluar. Pagi tadi nak panggil lagi lelaki itu tetapi terpaksa batalkan niat sebab dia lepaskan anjing di luar pagar depan rumahnya.

“Apa dosa kucing ini sampai diperlakukan seperti ini? Kali pertama dulu, kucing ini disumpit dan tercacak di tepi perutnya,” katanya.

Mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647), mana-mana individu yang menzalimi binatang boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

The post (5 Gambar) Kucing Kena Sumpit Di Muka Dengan Besi Tajam appeared first on WOWBERITA.ORG.

Gadis Melayu Selamba Tayang Gambar ‘Tundun’ Tembam

$
0
0

Mak aiii! Ini kalau mak bapak minah ni tengok anak dia bergambar tak senonoh macam ni, lepas tu muat naik pulak di media sosial dengan bangganya.. Minah tu memang nak kena sebat sampai mampos lah dengan mak bapak dia! Malu lah melihat anak tersimpang jauh macam tu, dah seperti orang tak ada agama jer.. Apa nak jadi lah dengan anak muda sekarang ni yer??

Buat sesuatu tu ikut kepala dorang jer, tak fikir langsung pasal mak bapak dorang.. Tahu nak berseronok jer! Minah tu pun pasal apa lah meroyan bergambar tayang ‘tundun’ dia di laman sosial tu, hah?? Nak menjalang ke?? Dia tak malu noh dok tayang benda yang sulit tu untuk tatapan umum, apa lah motif dia nak bergambar macam tu?? Nak ‘promosi’ diri ke?? Jahanam, tak boleh pakai minah tu!

Bila minah tu muat naik gambar macam tu di laman sosial Facebooknya, apalagi bersepah lah dengan komen-komen yang berbaur lucah.. Ada yang sanggup bayar untuk tidur dengannya satu malam lah, nak main ‘buih, nak hisap ‘tut’ dan macam-maca lagi lah komen-komen yang bikin meremang bulu roma korang.. Suka ke dia dapat komen-komen macam tu?? Mesti lah suka noh?? Kalau tak, kenapa dia sanggup bergambar macam tu dan muat naik di laman sosial, betul tak??

Inilah jadinya kalau merasakan maruah tu tak penting dijaga, sanggup menjatuhkan maruah seperti perempuan murahan.. Tak kisah dengan pandangan orang lain terhadapnya, kononnya nak jadi diri sendiri.. Macam bengong jer, kalau nak jadi diri sendiri ke arah yang baik tak apa lah jugak.. Orang lain pun suka, tapi kalau macam ni gayanya.. Memang akan dipandang serong sampai mati lah!

The post Gadis Melayu Selamba Tayang Gambar ‘Tundun’ Tembam appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Merarau’, ‘Gabi’, ‘Cicipan’, Istilah Baharu Bahasa Melayu?

$
0
0

“Jom pergi merarau!”

Apa yang muncul dalam fikiran anda apabila rakan anda berkata begitu kepada anda?

Pastinya pelik dan tidak faham, bukan?

‘Merarau’ dikatakan istilah baharu yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menggantikan istilah makan tengah hari yang diguna pakai sebelum ini.

Foto yang mengandungi istilah-istilah baharu itu rancak dimuat naik dan dikongsi ke laman sosial, sekaligus mengundang pelbagai komen dan reaksi lucu daripada netizen.

Ada yang melihat penamaan semula adalah sesuatu yang baik kerana ia membantu memperbanyakkan dan meluaskan tatabahasa.

Tetapi ramai juga yang merasakan penamaan semula itu bukan satu keperluan.

Sebaliknya, DBP dicadangkan agar menumpukan kepada penterjemahan istilah asal bahasa Inggeris, antara istilah atas talian seperti retweet dan like.
Selain makan tengah hari, antara istilah lain yang dikatakan dinamakan semula adalah minum petang (cicipan) dan minum malam (gabi).

Pihak DBP belum dapat dihubungi untuk pengesahan.

The post ‘Merarau’, ‘Gabi’, ‘Cicipan’, Istilah Baharu Bahasa Melayu? appeared first on WOWBERITA.ORG.


(3 Gambar) Pelajar Tingkatan 2 Putus Tangan Disedut Pam Angin

$
0
0

Pelajar tingkatan dua yang putus tangan kanan serta patah tangan dan kaki kirinya selepas disedut mesin pam angin di sebuah bangsal ternakan ayam di Kampung Ulu Krong, Tanjung Lengkong, Perak, kelmarin, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Mangsa, Mohd. Syafiq Mohd. Rosdi, 14, kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Menurut bapa mangsa, Mohd. Rosdi Mat Shohor, 46, meskipun anaknya, Mohd. Syafiq telah mula sedarkan diri, dia masih mengalami trauma sebaik sahaja menyedari tangan kanannya hilang.

“Setakat ini, saya belum dapat berbual dengannya bagi mengetahui punca sebenar memandangkan dia masih terkejut dengan kejadian itu.

“Syafiq masih meracau dan tidak menjawab pertanyaan saya. Kini saya dan isteri menjaga Syafiq di hospital,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, pelajar dari sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Bayor, Rantau Panjang, Perak, tersebut dikatakan melakukan kerja sambilan di sebuah bangsal ternakan ayam berdekatan rumahnya.

Difahamkan, semasa melakukan kerja tersebut, tangan kanan mangsa terkena mesin pam angin sebelum disedut dan putus sebaik sahaja terkena bilah kipas dalam mesin berkenaan.

Susulan kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Selama sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.

Bagaimanapun doktor mengambil keputusan memindahkannya ke HKL, awal pagi semalam.

The post (3 Gambar) Pelajar Tingkatan 2 Putus Tangan Disedut Pam Angin appeared first on WOWBERITA.ORG.

Sadis! Wanita Dirogol 18 Lelaki Selepas Diculik

$
0
0

Seorang wanita India didakwa dirogol oleh 18 lelaki di sebuah kawasan terpencil selepas diculik di rumahnya.

Wanita berusia 20 tahun yang identitinya tidak didedahkan memberitahu polis, sekumpulan lelaki memanjat pagar dan memecah masuk ke rumahnya di Kadarpur, dekat Gurgaon di utara India, Haryana.

Ahli keluarganya mangsa tidak berada di rumah ketika kejadian.

Menurut mangsa, suspek menggunakan bahan kimia yang disembur pada sapu tangan sebelum merogolnya di tempat yang terpencil.

Kesemua 18 lelaki yang dituduh dikenali mangsa.

Ketua polis Badshahpur, Krishan Kumar memberitahu India Today kesemua 18 tertuduh adalah penduduk kampung Kadarpur.

“Menurut mangsa semua ahli keluarganya berada di luar apabila tiga lelaki memasuki rumahnya dengan melompat dinding dan salah seorang suspek menekup mukanya dengan sapu tangan yang disembur bahan kimia.

“Wanita itu dibawa ke sebuah tempat terpencil di mana dia didakwa dirogol,” katanya.

Kumar berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini.

The post Sadis! Wanita Dirogol 18 Lelaki Selepas Diculik appeared first on WOWBERITA.ORG.

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Ibu Pejabat Apple

$
0
0

Satu mayat lelaki telah ditemui di sebuah bilik persidangan di ibu pejabat syarikat teknologi gergasi, Apple di Cupertino , California.

Dailymail melaporkan, pihak polis laporan awal polis menyebut lelaki berkenaan dipercayai membunuh diri.

Namun sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi oleh Apple mengenai penemuan itu.

Penemuan mayat itu datang sehari selepas saham syarikat gergasi itu jatuh selepas pendapatan mereka merosot buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun. – Siakapkeli.my

[Kemaskini]

Menurut pemberita tempatan, sepucuk pistol ditemui berhampiran mayat lelaki tersebut.

Dailymail juga melaporkan, lelaki yang ditemui itu adalah pekerja syarikat berkenaan.

The post Mayat Lelaki Ditemui Dalam Ibu Pejabat Apple appeared first on WOWBERITA.ORG.

Biodata Datuk Muhammad Ibrahim Gabenor Bank Negara 2016

$
0
0

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim, 56, dipilih sebagai Gabenor baharu bagi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara pada akhir April.

Muhammad yang menyertai bank pusat itu pada 1984 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010, akan memegang jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei, 2016.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Harvard University, Ijazah Perakaunan daripada Universiti Malaya dan diploma lepasan ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selama 32 tahun bersama dengan bank pusat, beliau berkhidmat dalam banyak bahagian termasuk peraturan dan pengawalseliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir, perbendaharaan dan pasaran kewangan.

Sebelum itu Muhammad juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti.

Ketika ini beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pembangunan Profesional Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF), Pengarah Agensi Akreditasi Kewangan, Pengarah Bebas Petronas dan ahli lembaga Kumpulan Wang Persaraan.

The post Biodata Datuk Muhammad Ibrahim Gabenor Bank Negara 2016 appeared first on WOWBERITA.ORG.

(6 Gambar) Budak 6 Tahun Maut Digilis Kereta

$
0
0

Budak lelaki berusia enam tahun maut selepas motosikal yang dibonceng bersama bapa dan ibunya merempuh belakang kereta sebelum terjatuh dan digilis kereta lain di Kampung Tapang, di sini petang tadi.

Dalam kejadian 2.20 petang itu, Mohammad Adam Haikal, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Bapanya, Mohd Ibrahim Mohd Salleh, 49, cedera di muka manakala ibunya Karimah Yusof, 43, parah di kepala.

Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk bedah siasat.

Mohd Ibrahim ketika ditemui berkata, ketika kejadian dia bersama bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan ke pasar di Kota Bharu.

“Ketika melalui jalan itu sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berada di hadapan secara tiba-tiba membelok ke kanan menyebabkan saya tidak dapat mengawalnya motosikal sebelum merempuh lampu belakang sebelah kanan dan terjatuh.

“Saya, isteri dan Mohammad Adam Haikal, tercampak di atas jalan sebelum saya dimaklumkan oleh orang ramai anak saya digilis kereta lain dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di HRPZ II.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

The post (6 Gambar) Budak 6 Tahun Maut Digilis Kereta appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) ‘Smule’ Nana & Khai Bahar Tarik Perhatian Netizen

$
0
0

Video karaoke menerusi aplikasi Smule antara penyanyi Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana dengan seorang lelaki mendapat perhatian netizen.

Nyanyian Siti Nordiana dan Khai Bahar kini mendapat tontonan lebih satu juta sejak ia dimuat naik oleh lelaki itu di laman perkongsian video Youtube sejak 16 April lalu.

Berdasarkan tinjauan, netizen turut memuji keserasian yang wujud antara mereka.

Nurjalilah Janudin berkata, suara ada iras-iras arwah achik spin la. best. 

“Boleh lah berduet dalam album Nana selepas ni. Amat sesuai sekali, semoga bro Khai menjadi artis popular satu hari nanti.,” tulis Mohd Amir Alias.

Shamsul Bahri pula berkata, Teruskan usaha boleh jadi penyanyi. Selamat maju jaya. 

Memetik MH Online, Khai Bahar berasal dari Perlis dan turut berduet dengan penyanyi lain seperti Eka Shariff AF9.

The post (Video) ‘Smule’ Nana & Khai Bahar Tarik Perhatian Netizen appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Abang Belum Tahu Tangannya Sudah Tiada’

$
0
0

Pelajar sekolah menengah di Perak yang putus tangan kanan setelah disedut mesin pam air, kini dalam keadaan stabil namun masih tidak dapat mengingati kejadian malang yang menimpanya, Isnin lalu.

BACA: Pelajar Tingkatan 2 Putus Tangan Disedut Pam Angin

Mohamad Syafiq Mohd Rosdi, 14, yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Selasa, telah menjalani rawatan susulan melibatkan luka di bahagian tangan yang putus, dan bakal dihantar semula ke Hospital Taiping, hari ini.

Ibu mangsa, Rozarita Mat Jom, 35, berkata, ketika dibawa ke HKL, anak keduanya yang membahasakan diri sebagai ‘abang’ itu dalam keadaan sedar namun mengadu sakit.

“Dia masih tidak sedar tangan kanannya sudah tiada. Dia sedar keadaanya cedera teruk, tangan dan kaki kiri patah. Dia tanya, kenapa dia jadi begitu. ‘Abang kemalangan ke?’ ‘Siapa buat abang jadi macam ni?’.

“Namun keadaanya semakin baik dan emosinya agak terkawal hari ini. Dia juga ada selera makan. Menurut laporan doktor, kecederaan mata dan kepalanya juga tiada apa yang membimbangkan,”katanya.

The post ‘Abang Belum Tahu Tangannya Sudah Tiada’ appeared first on WOWBERITA.ORG.


Perginya ‘Romeo & Juliet Teluk Intan’, Bawa Cinta, Tinggalkan Ilmu Untuk Kita

$
0
0

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.”

Itulah perumpamaan yang dikaitkan dengan pasangan orang kelainan upaya ini dari Teluk Intan.

Hampir semua warga Teluk Intan mengenali pasangan berbangsa Cina ini kerana mereka sentiasa berada di tepi jalan raya sekitar bandar itu, mengutip kotak dan tin.

Digelar sebagai “uncle” dan “aunty”, pasangan tersebut dikatakan mencari rezeki dengan hanya mengutip barangan kitar semula, menggunakan basikal roda tiga.

Bekerja lebih dari 10 tahun, pasangan istimewa ini merupakan pasangan yang dikasihi ramai.

‘Uncle’ dan ‘aunty’ dilihat sebagai ‘pahlawan kehidupan’ oleh warga bandar itu kerana selama ini, mereka berdua secara tidak langsung mengajar orang di sekelilingi erti tabah mengharungi hidup.

Bukan itu sahaja, mereka merupakan pasangan setia yang sentiasa bersama.

Bagaimanapun, baru-baru ini, warga Teluk Intan dikejutkan dengan berita kematian mereka yang sangat menyayat hati.

Pasangan cinta sejati ini maut selepas terlibat dalam satu kemalangan tragis. Mereka telah dilanggar lari oleh sebuah lori di simpang lampu isyarat Kampung Banjar Teluk Intan, pada Selasa lalu.

Lebih sayu, tubuh mereka dikatakan berpelukan.

Susulan kejadian tersebut, berita sedih itu mula viral di media sosial. Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih mereka terhadap pasangan malang ini.

Mereka turut berkongsi kisah mereka serta ajaran yang disampaikan oleh pasangan tersebut sepanjang kehidupan mereka.

Rata-rata meyifatkan pasangan berdua ini sebagai Romeo dan Juliet kerana berkongsi cinta yang luar biasa.

Seorang netizen, Bila Cikgu Emmet menulis, berkata, “Penduduk Teluk Intan sentiasa tersentuh melihat “aunty” ini mengelap peluh suaminya yang letih mengayuh basikal roda tiga itu.

Mereka dilihat kerap berpanas dan berhujan bersama. Mereka pasangan setia sepanjang masa bersama.”

Ema’s Yunan pula berkata, pasangan yang tidak sempurna pada pandangan mata itu memang romantis.

“Jalan berpegangan tangan dan sebagainya. Sebab mereka saling memerlukan.”

Malah, pasangan istimewa itu turut digelar sebagai ‘guru’ oleh netizen.

Hal ini, menurut mereka, sepanjang perjalanan kehidupan mendiang, mereka berdua sering menunjukkan sikap atapun perbuatan yang sungguh mengagumkan.

Nur Najihah berkata, mereka tidak pernah susahkan orang walaupun hidup dalan keadaan begitu susah.

“Sungguh saya kagum. Mereka kini tinggal memori.”

“Insan yang tidak pernah meminta walapun tiada, malah sering memberi apa yang ada kepada insan lain yang lebih memerlukan,” kata Ahmad Faisal Zakaria.

Nirzawati Mohd Ridzwan pula berkata apa yang dilihat selama ini akan dijadikan teladan.

“Bila terlihat mereka di sekitar Teluk Intan, memang selalu menyuarakan kekaguman melihat kasih sayang mereka pada suami.. kesempatan itu mungkin ilmu dan teladan buat saya dan suami,”

Cikgu Emmert berkata, Teluk Intan kehilngan seorang guru yang berharga dan selepas ini, mereka tidak akan dapat melihat kelibat mendiang.

“Selepas ini Teluk Intan tak akan melihat kelibat uncle dan aunty ini bersama basikalnya berkembara di sekitar bandar ini.

“Tiada lagi lambaian tangan setiap kali mendengar hon dari pemandu yang beramah mesra dengannya. Damailah uncle dan aunty. Damailah bersama cinta mu yang sejati. Damailah,” katanya.

The post Perginya ‘Romeo & Juliet Teluk Intan’, Bawa Cinta, Tinggalkan Ilmu Untuk Kita appeared first on WOWBERITA.ORG.

Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 14 Akhir

$
0
0

Video tonton Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Minggu 14 akhir secara full online. Pentas final MLM kini berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Pembandaran Pasir Gudang, Johor Baharu pada Jumaat 29 April 2016. Siaran secara langsung turut disiarkan menerusi Astro Warna saluran 132 bermula pada jam 10.00 malam. Bagi anda yang terlepas menonton pentas akhir MLM 2016, anda boleh tonton di laman ini sebaik sahaja rancangan tamat.

Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 14 Akhir

Tugasan Pertama: Tema Bebas

Tugasan Kedua: Tema Muzikal

The post Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 14 Akhir appeared first on WOWBERITA.ORG.

Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Akhir

$
0
0

Keputusan juara Maharaja Lawak Mega MLM 2016 akhir. Misi akhir Maharaja Lawak Mega 2016 telah berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Pembandaran Pasir Gudang, Johor Baharu pada Jumaat, 29 April 2016 jam 10.00 malam. Seramai empat finalis MLM 2016 iaitu Kumpulan Bocey, Kumpulan LOL, Kumpulan Joras dan Kumpulan Puteh akan berentap bagi merebut gelaran Juara Maharaja Lawak Mega musim 2016. Dua tema bagi MLM 2016 minggu akhir ialah Muzikal dan Bebas.

Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Akhir

Juara: Kumpulan Bocey (Wang Tunai RM100,000 + Trofi)
Naib Juara: Kumpulan Joras (Wang Tunai RM50,000 + Trofi)
Tempat Ketiga: Kumpulan Puteh (Wang Tunai RM25,000 + Trofi)
Tempat Keempat: Kumpulan LOL (Wang Tunai RM15,000 + Trofi)
Man Of The Match: Achey dari Kumpulan Bocey

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Bocey selaku juara MLM 2016.

The post Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega MLM 2016 Akhir appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nauraj Kini Berada Di Ranking Kedua Dunia

$
0
0

Catatan 2.29 meter pada Kejohanan Terbuka Singapura ke-78, di Stadium Nasional, Singapura, semalam meletakkan atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh pada ranking kedua dunia.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim yang mengesahkan perkara itu berkata, Nauraj kini berkongsi kedudukan tersebut bersama tiga lagi atlet lain iaitu Talles Frederico Silva dari Brazil, Wang Yu dari China, D J Smith dari Amerika Syarikat.

Kedudukan pertama di ranking dunia Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), yang dibuat berdasarkan catatan terbaik sepanjang musim 2016, adalah milik Jamal Wilson dari Bahrain yang mencatat ketinggian 2.30m.

“Kejayaan Nauraj telah mengharumkan negara dan perlu dicontohi semua atlet olahraga negara.

“Selepas ini tiada lagi tiket wild card untuk lelaki negara ke Rio, atlet wanita masih ada peluang untuk layak ke Sukan Olimpik menerusi tiket wild card,” katanya pada sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.

Nauraj, 24, layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Ogos ini secara merit selepas mencatatkan 2.29 meter pada kejohanan di Singapura itu, sekali gus menyamai had kelayakan ke Sukan Olimpik.

Selain memenangi pingat emas, kejayaan Nauraj turut memperbaharui rekod kebangsaan 2.27 meter yang dipegang Lee Hup Wei sejak 2008.

Sebelum ini, catatan peribadi terbaiknya adalah pada 2.25 meter ketika menyertai Canberra Track Classic dua bulan lepas.

The post Nauraj Kini Berada Di Ranking Kedua Dunia appeared first on WOWBERITA.ORG.

Harga Dua Kali Ganda, Peniaga ‘Ayam Terapi Quran’ Kaut Untung Besar

$
0
0

Peniaga kini menggunakan taktik baharu menjaja nama agama untuk mengaut keuntungan apabila menjual ayam yang dibacakan ayat-ayat al-Quran, kononnya boleh membuatkan minda lebih tajam bagi individu yang memakannya.

Produk yang digelar “ayam terapi” itu dilaporkan dijual dengan harga kira-kira RM14 untuk satu kg, dua kali ganda mahal berbanding ayam biasa RM7 per kg.

Ia dijual sekitar ibu kota, selain turut dipromosikan di media sosial, mendakwa ayam mereka disahkan halal, mengikut hukum syarak dan melalui proses bacaan al-Quran, lapor akhbar Harian Metro.

“Selepas semua ayam ini siap disembelih dan dibersihkan, kita akan simpan dalam bilik sejuk beku dan ketika ini, ayam berkenaan akan melalui proses terapi dengan alunan bacaan ayat al-Quran dan ruqyah,” kata salah seorang peniaga dilapor akhbar itu.

“Ruqyah” merupakan istilah digunakan untuk perubatan alternatif berunsur Islam, antaranya menggunakan ayat al-Quran.

Peniaga “ayam terapi” tersebut turut mendakwa bahawa elemen ruqyah ayam tersebut boleh mencegah bala dan penyakit.

“Tujuan kita adalah untuk menyelesaikan masalah umat Islam yang sering berdepan dengan unsur syubhah dalam pemakanan dan kita cuba membantu dengan cara yang lebih Islamik,” tambah peniaga.

Menurut laporan itu, ayam tersebut juga akan menggunakan bahan makanan terkawal dan tidak mengandungi sisa haiwan lain.

Selepas ayam disembelih dengan “semula jadi”, organ dalamannya akan diasingkan sebelum ayam dicelur untuk proses pembersihan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata, kaedah penjualan itu diputuskan sebagai salah selepas dibincangkan beberapa kali dalam siri muzakarah dan forum.

“Tindakan peniaga yang menggunakan promosi agama semata-mata untuk melariskan perniagaan bertentangan dengan prinsip Islam.

“Keadaan ini boleh menimbulkan unsur penipuan serta terdapat pihak yang mengambil kesempatan,” katanya dilapor akhbar itu lagi.

The post Harga Dua Kali Ganda, Peniaga ‘Ayam Terapi Quran’ Kaut Untung Besar appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live